Bab 22

Drama Series 3803

"Maafkan saye datin.. saye nak letak jawatan ." Datin Mona tersedak mendengar keputusan Maya yang baru sahaja bekerja disitu. Maya tunduk membungkam. Malu rasanya dirinya jika datin mengetahui kejadian yang berlaku semalam. Datin Mona merenung dalam wajah Maya , pembantu mudanya itu. Pasti ada sesuatu yang berlaku, kalau tidak manakan Maya ingin berhenti secara tiba-tiba.

"Maya, betul keh Maya cakap ni. Kenapa tiba-tiba aje ni? Maya ada masalah keh? Duit gaji tak cukup ? Tempat tinggal tak selesa keh Maya?" Keprihatinan Datin Mona begitu mengharukan jiwa Maya. Ikutkan hati, Maya tidak sanggup untuk meninggalkan keluarga dato Azizan . Namun, kejadian semalam betul-betul membuatnya ingin melangkah keluar dari banglo besar tersebut .

"Tak datin.. tak.. semua memang cukup datin. Malah lebih dari apa yang saye harapkan selama ini. Selain kemewahan yang datin serta keluarga rasakan pada saye, saye sangat bersyukur kerana layanan yang datin bagi pada saye diluar jangkaan saye. Belum pernah saye rasakan selama saye bekerja sebelum ini.." Maya tertunduk duduk , dia menangis didepan datin Mona. Sebak mula menyelubungi Datin Mona, hatinya semakin terharu dengan kata-kata yang Maya luahkan. Belum pernah dia mendengar pekerja disini meluahkan perasaan tersebut padanya, inilah kali pertama Maya, pembantu rumah yang baru membuatnya benar-benar sebak.

"Maya bagitau sayang, Maya ada apa-apa masalah keh?In sya Allah saye tolong. "Datin Mona memegang bahu Maya yang terduduk didepannya. Seraya itu tubuh kecil Maya didirikannya , tidak sanggup datin Mona melihat Maya begitu walaupun Maya sekadar berstatus orang gaji dirumah tersebut.

"Tak datin. Maya cuma nak balik kampung. Maya rindukan mak abah Maya kat kampung. "Maya mengesat air matanya, terbayang dendam yang menyiat hatinya semalam. Sakit, itu semua salahnya sendiri. Mengapa dia begitu lalai sehingga kini dia perlu pulang dengan air mata kekecewaan kekampung halamannya. Sedangkan azamnya ingin membawa kesenangan buat mak abahnya dikampung. Sayu hatinya. Air matanya bertambah jatuh.

"Maya. Maya jangan nangis sayang. Takpe nanti petang, saye suruh pak Rahim dengan Mak Ton hantarkan Maya ye.." Kali ini Datin Mona pula yang mengesat air mata Maya, matanya juga mula berkaca. Entah mengapa sedih untuknya membuat keputusan tersebut.Maya hanya mengangguk. Dia segera mengucup tangan Datin Mona. Dipeluknya erat tubuh lansing datin Mona itu. Seandainya datin Mona geli untuk memeluknya tidak apa, dia rela kerana dia faham dengan status diantara dia dengan Datin Mona. Namun sangkaan Maya salah, datin Mona bagaikan tidak ingin melepaskan pelukannya. Disapu-sapunya belakang Maya.

"Maya kena kuat ye. Jangan macam ni. Saye tak boleh tau tengok anak-anak saye ni nangis. Dah-dah . Tak mau sedih-sedih. Mak Ton, Mak Ton! Sini jap.. " Datin Mona memanggil Zaiton yang tengah sibuk mengurus masakan tengahari untuk keluarga tersebut. Dia dibantu dengan beberapa orang pembantu didapur tersebut.

"Iye Datin.." Zaiton menghampiri Datin Mona. Dilihatnya Maya juga berada disitu . Dia pasti, datin sudah mengetahui hal yang berlaku semalam. Zaiton kebingungan, siapa yang perlu dipersalahkan. Raihan atau Maya, jika Maya . Bagi Zaiton Maya itu wanita yang lemah lembut. Peramah orangnya. Solatnya juga tidak pernah tinggal kecuali pada waktu-waktu yang tertentu. Jika Raihan, Raihan sudah mempunyai isteri. Bahkan Raihan sudah dari kecil bersama dengan Zaiton, sejak dia belum lahir lagi Zaiton sudah bersama dengan keluarga itu. Hinggalah dia membesar didepan mata Zaiton. Kehidupannya juga hampir seluruh dijaga oleh Zaiton. Dari sakitnya hinggalah sihatnya. Zaiton kebingungan.

"Mak Ton? Mak Ton?"Suara Datin Mona mematikan lamunan Zaiton. Datin Mona juga kebingungan. Mengapa orang rumah banglo tersebut ramai yang berubah gaya. Wajah Zaiton kelihatan agak gusar. Takut resah semuanya seperti bersatu. Entah apa yang difikirkannya. Akhirnya Datin Mona mengarahkan Zaiton agar menemani Rahim untuk menghantar Maya kekampung. Zaiton mengangguk kemudian meninggalkan Maya dan Datin Mona diruang makan dapur tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience