Bab 9

Drama Series 3803

" arh!!!" Suara Dilaila mengejutkan Ain Humairah serta orang-orang dirumah tersebut. Zaiton menjadi panik ,begitu pantas dia mencapai ubat yang berada diatas meja terkawal.Ain Humairah menjadi tidak keruan melihat gelagat zaiton. Zaiton dan beberapa orang pembantu rumah berlari ketingkat atas untuk mendapatkan Dilaila yang seperti terkena histeria. Tapi,kalau histeria kenapa perlu makan ubat? Kenapa tak panggil ustaz? Satu persatu soalan timbul dibenak Ain Humairah.

Ain Humairah cuba mengambil tahu apa yang terjadi. Dia berlari anak mengikut jejak Zaiton yang berlari kebilik Dilaila.

"Dilaila. Dilaila sayang. Ni mak Ton ni.. tengok sini.. Maya ,bawa sini air tu.."Zaiton memeluk tubuh kurus Dilaila. Dilaila seperti orang yang meroyan. Ada sahaja karenanya yang menakutkan.Ain Humairah mendekati mereka. Gelas yang dipegang oleh Maya serta merta disepak oleh Dilaila. Ain Humairah terkejut bukan main kepalang, dia tidak sangkah sampai begitu sekali agresifnya Dilaila. Membuntam matanya. Dilaila merenung tepat kewajah Ain Humairah yang tercengang disebelah Zaiton. Dia begitu pantas melepaskan dirinya dari pelukan Zaiton. Lantas Dilaila menjadi mangsanya. Dicekiknya Dilaila .Tudung besar Dilaila hampir terbuka dibuatnya . Air mata Dilaila mengalir jatuh. Tidak sangkah sebegitu bencinya Dilaila dengannya. Sudah berbulan-bulan lamanya,namun mengapa Dilaila masi lagi berdendam dengannya.

"Dilaila! Lepaskan dia Dilaila.."Raihan menarik tangan Dilaila dengan sekuat hati. Tidak disangkah begitu kuat Dilaila mencengkam dan menggoncang-goncangkan Ain Humairah. Datin Mona segera mendapatkan Ain Humairah,dibawanya Ain Humairah keluar dari bilik itu.

"Ain tak ape-ape sayang?" Datin Mona kelihatan begitu risau. Suara jerkahan Raihan masi terdengar melalui bilik Dilaila. Begitu juga Dilaila yang tidak berhenti dengan teriakannya. Ain Humairah memeluk tubuh Datin Mona,badannya menjadi tidak tentu,bergegar bagaikan kesejukkan. Menunjukkan betapa dia dalam delima ketakutan ketika itu. Datin Mona mengusap kepala Ain Humairah berkali-kali. Cuba menenangkan Ain Humairah yang bergegar ketakutan.

"Ain okay? " Raihan datang menghampiri Ain Humairah. Sakit hatinya apabila buah hatinya dibuat begitu tanpa apa-apa salah. Ain Humairah tidak bersuara. Dia begitu takut, dia tidak tahu apa kesalahan yang dia telah lakukan sehingga sebegitu sekali Dilaila melakukannya. Bagaikan kucing digoncang-goncang. Apakah kekasarannya terlibat dengan panggilannya terhadap Ain Humairah iaitu 'kucing kurap'. Ain Humairah begitu takut. Datin Mona meminta Raihan untuk menghantar Ain Humairah kehospital. Ain Humairah dipeluk oleh Datin Mona . Di hantarnya mereka berdua hingga kekereta.

Ain Humairah hanya mendiamkan diri. Keluh kesah lidahnya tidak terkata. Terbayang dengan sikap Dilaila dengannya sebentar tadi. Badannya masi terasa bergegar.Mungkin kesan dari ketakutan yang amat.

"Ain.. sabar ye Ain.. abang bawa Ain dekat hospital ye.." Raihan begitu resah melihat keadaan Ain Humairah. Habis lebam wajah manis itu. Senyumannya yang manis kini serta merta hilang. Satu soalanpun dari Raihan tidak dijawapnya. Dia hanya diam dan mengikut sahaja kata Raihan.

Ain Humairah segera dimasukkan ke wad kecemasan dan trauma. Raihan memanggil Dr,Ilyana . Orang bawahannya. Sebenarnya Raihan mempunyai hospital tersendiri, cukup terkenal kerana ketangkasan dan keramahan petugas dihospital tersebut. Mulanya Raihan merancang untuk merawat sendiri Ain Humairah,tapi dia tersedar Ain Humairah dengan baru terikat dengan ikatan pertunangan. Belum sah dan halal. Itulah sebabnya dia memanggil Dr,Ilyana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience