Bab 18

Drama Series 3803

"Dilaila, kak nak tanye ni. Betul ke apa yang Dilaila cakap dekat akak hari tu. Pasal Abang Ra..." Belumpun habis Ain Humairah menghabiskan katanya, Dilaila dengan segera berdiri di hadapan cermin bilik milik Raihan. Matanya seperti berair. Namun, yang mengejutkan Ain Humairah, Dilaila dengan tiba-tibanya tertawa kuat. Seperti soalan itu begitu lucu padanya. Ain Humairah menjadi bingun, mengapa Dilaila secara mengejut berubah emosi. Kemungkinan di asbabkan oleh pemikirannya yang tidak betul.

"Kak Ain nak tahu. Semua yang I cakap ni betul, cuma takde orang yang nak percayakan I. Papa? Siap ugut Die supaya tak bagi tau mama and sesiapa. So, apa yang Die perlu buat. Nak jerit kuat-kuat bagi semua orang tahu perangai terkutuk Rayyan tu. Dahlah, penat tau I. Kak Ain, tolong kemas rambut I macam hari tu. Yang ala-ala princess tu. "Ain Humairah terkedu dengan ulasan Dilaila. Dia begitu sedih, mengapa dato Azizan perlu menyembunyikan kejahilan disebalik kasih sayang yang begitu akrab ini. Ain Humairah mengangguk tanda setuju untuk membetulkan sekaligus mengikut kemahuan Dilaila. Dihatinya kini penuh kegusaran. Bimbang perangai buas Rayyan masi ada seperti dulu.

"Die. Maafkan akak ye. Akak tak sengaja nak soal semua ni. Kak Ain cuma tak faham ape yang Die cakap malam tu dekat akak. Tu yang akak nak minta kepastian dari Die. Betul ke tak apa yang Die malam tu." Ain Humairah menjadi serba salah. Tapi, dia tidak begitu yakin lagi dengan apa yang Dilaila kata, andai itu salah. Boleh jadi fitnah dan fitnah adalah dosa yang amat besar berbanding membunuh.

"Sokay. Die sure yang akak pun takkan caye dengan apa yang Die cakap ni. Kak Ain , kalau I cakap somethin kak Ain jangan bagitau sesiapa tau. Ain takkan makanpun ubat yang Mak Ton bagi Die hari - hari makan tu." Dilaila senyum, kelihatan wajahnya seperti puas. Puas dengan meluah serba sedikit dengan Ain Humairah.

"Ya Allah, kenapa Die tak makan. Nanti Die sakit tau.."Ain Humairah mengusap kepala Dilaila dengan lembut. Dimanjakannya Dilaila. Ketika itu, air mata Dilaila laju meluncur membasahi pipi cengkungnya itu . Ain Humairah begitu terkejut. Salahkah tindakannya untuk bertanya asbab kenapa Dilaila tidak mengambil ubat yang dibagi oleh Zaiton setiap hari.

"Kak Ain tak tahu, papa dan Rayyan dah rancang supaya Die akan gila selepas Rayyam sentuh Die. Ni semua sebab mereka tak nak orang rumah ni tahu perangai terkutuk mereka.Kununnya Die akan hilang ingatan dan jadi gila. Tulah sebab Rayyan tu pergi luar negara. Papa yang hantar." Dilaila dengan penuh perasaan bercerita tanpa dia sedari air matanya kini benar-benar membasahi pipinya. Ain Humairah hanya terdiam, diusap-usapnya belakang Dilaila untuk menyabarkan gadis itu.

"Syukurlah abang Han kawin dengan akak cepat. Kalau tak, Die takut akakpun jadi mangsa durjana tu juga." Bulat mata Ain Humairah dibuatnya. Mengapa begitu kejam manusia yang bernama Rayyan itu, sanggupnya dia menghilangkan maruah adik kandungnya sendiri demi memuaskan nafsunya. Mata Dilaila kuyup melihat keluar jendela. Dalam masa yang sama, dia menikmati udara segar yang memasuki ruang tersebut dari jendela besar yang ada dibilik besar itu.

"Kalau kak Ain nak tahu. Anak pertama kak Diana tu anak papa. Papa sendiri tau yang buat, mama lansung tak tahupun apa-apa pasal ni. Suami kak Diana yang pertama tu jadi pak sanggup. Ape tak, dah disuap duit oleh papa. But now, Kak Diana dah lepas dari nereka ni. Neraka yang berselindung disebalik keluargaku syurgaku ni. Anak Tan Sri Rosli dan kawin dengan kak Diana. Untung tau kak Diana dapat suami ustaz. Alim macam akak.." Ain Humairah lansung tidak mengendahkan pujian Dilaila terhadapnya, sebab fikirannya kini begitu serabut dengan keterangan Dilaila.

"Betul ke apa Die cakap ni, sayang?" Mata bulat Ain Humairah kelihatan kuyup. Sayu rasanya, dalam hatinya bagaikan dicarit-carit pisau yang tajam. Bayangkanlah perasaan Diana dan Dilaila yang menanggungnya,betapa sakitnya luka dihati mereka walaupun tidak berdarah. Dilaila meminta izin untuk turun kebawah, Ain Humairah menjadi pening dengan kata-kata Dilaila padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience