Aku menyuap roti bakar yang disapu jem ke mulut sambil mataku memandang ke arah Nicolas yang sedang menyuap croissant ke mulutnya. Matanya ralit melihat tab di tangan kirinya sehingga tidak sedar aku sedang merenungnya. Seperti yang nota yang ditinggalkan, dia memang tidak pulang semalam. Dan dia muncul apabila aku selesai solat subuh. Tanpa memberitahuku ke mana dia pergi dan aku juga memilih untuk berdiam diri, dia terus membersihkan dirinya serta tidur sekejap dan sekarang kami bersarapan bersama. Aku tunggu juga kalau dia ingin berkongsi tapi apa yang kulihat tiada tanda- tanda dia ingin bersuara.
Entah kenapa hatiku merasakan sesuatu yang cukup negatif sekarang ini. Dan itu membuatkan seleraku mati. Aku meletakkan separuh roti bakar yang tidak dapat dihabiskan lalu aku menyisip kopi panas.
" Lepas ni abang nak bawa Sara balik rumah kita." Nicolas bersuara tanpa memandangku. Matanya masih ralit dengan tab sehinggalah tiada respon dariku membuatkan dia mengangkat wajahnya.
Mata kami bertaut dan dia menghadiahkan senyuman manisnya. Aku membalas seadaanya, kerana fikiranku mula membayangkan penthouse lamanya saat dia kata begitu. Adakah masih sama seperti dulu? Takkan dia masih menyimpan minuman haram itu lagi? astagfirullahalazim Sara... jangan bersangka buruk. Mungkin Nicolas dah buang semua itu.
" Are you okay,mi amor? " soal Nicolas mematikan lamunan aku.
Aku tersenyum nipis lalu mengangguk.
" Sara okay... Barang- barang kita semua Sara dah kemas. Lepas makan boleh la terus check out" ujarku lagi. Dan Nicolas mengangguk lalu matanya beralih ke tab semula. Tanpa sedar aku mengeluh perlahan, nasiblah bila kahwin dengan seorang usahawan seperti suaminya ini. Busy je memanjang.
Selesai check out, Pedro menjemput kami di hotel dan saat aku melangkah masuk sempat Pedro menegur aku dan Nicolas, namun apabila melihat wajahnya, aku dapat lihat kesan seakan bengkak dan lebam di pipi kirinya. Terus saja aku menoleh ke arah Nicolas, namun suamiku itu hanya beriak biasa saja.
" Kenapa dengan pipi awak, Pedro?" soalku.
Dari cermin pandang belakang Pedro memandangku sekilas sebelum dia memfokuskan pemanduannya.
" nothing Señora, semalam sparring je. Tak sempat elak serangan." jawabnya sambil tersengih.
Aku memicingkan mataku tanda tidak percaya. Selama aku kenal Pedro, tak pernah lagi aku lihat wajahnya luka walau seinci pun. Akhirnya aku hanya diam dan terus memandang ke luar tingkap. Nicolas pun masih busy dengan kerjanya. Dari tadi lagi kejap tengok tab, kejap call Cassie.
Sedang ralit aku merenung keluar tingkap, tiba-tiba tanganku di genggam membuatkan aku menoleh ke kananku. Nicolas mendekatkan tubuhnya lalu mengeratkan genggamannya.
" I'm sorry..." ujarnya. Berkerut keningku saat mendengarnya.
" for what?" soalku tidak faham.
" second day of our marriage abang dah start busy dengan kerja sampai tak pedulikan Sara." ujar Nicolas lembut, seakan memujukku.
Aku tersenyum nipis, Aku sebenarnya sudah bersedia akan hal itu. Menjadi isteri Nicolas bukan semudah yang disangkakan. Bukan mengeluh tapi aku sememangnya tahu kehidupan Nicolas. Walaupun sudah berbeza dari sebelum ini namun berada di dalam dunia jutawan sepertinya membuatkan aku harus redha jika menjadi yang kedua selepas kerjanya. Dan aku redha tentang itu.
" Sara faham. Abang tak perlu risau pasal tu. Selagi abang tak buat sesuatu yang melanggar hukum syarak, Sara sebagai isteri abang akan tetap berada di belakang abang." ujarku. Dia melebarkan senyumannya lalu tanganku yang berada di genggamannya diangkat lalu dia mengucup belakang tanganku. Tersipu aku dengan perbuatannya itu kerana bukan kami berdua saja berada di dalam kereta itu. Sempat aku menjeling sekilas ke arah Pedro namun lelaki itu seakan begitu fokus akan pemanduannya.
"te amo mucho mi amor. no puedo vivir sin ti" dalam pelat Spanish yang penuh pekat Nicolas mengucapkannya.
"apa maksudnya?Sara faham yang depan je..." ujarku namun matanya meluas teruja setelah aku berkata begitu.
" Do you understand?"
Aku mengangguk.
" Dulu selalu teman ibu tengok telenovela. Kata ibu dulu drama- drama telenovela famous pada tahun awal dua ribu dekat Malaysia ni. Paling Sara ingat cerita Rosalinda. So dari terpaksa teman ibu sampai Sara pun terjebak sekali. Rosalinda cantik sangat! hero dia pun hensem.." Ringan mulutku bercerita. Nicolas tersenyum mendengarnya.
" But for me, you're more beautiful than other Spanish girl." Bisik Nicolas rapat ke telingaku. Aku mencebik tidak percaya. Aku gadis melayu biasa ni nak dibandingkan dengan gadis Spain? memang aku kalah tak perlu bertanding.
" Tipulah, semua gadis Spain cantik la. Mata dia orang pun lawa. macam - macam colour ada, original lagi." balasku pula.
" unfortunately, all these Spain's girl can't make Nicolas Gonzalo fall in love. But this lady Infront of me now make me fall deeply." balas Nicolas dengan renungan yang memukau. Sebelah tangannya menompang ke penyandar tempat duduk lalu membelai pipiku. Maka mulalah jantungku tidak normal. Namun ku cuba untuk mengawal riak wajahku agar nampak tenang.
" Kalau sayang tahu maksud, apa yang abang cakap tadi?" soal Nicolas lagi. Aku mengingati semula apa yang dikatakan oleh Nicolas tadi.
" I think i love you so much... tapi ayat last tu tak tahu" ujarku sambil mengangkat kedua bahuku.
" I love you too..." balas Nicolas tersenyum nakal.
Aku mengerutkan keningku seketika.. Kenapa Nicolas tiba-tiba cakap macam tu? namun sel- sel otakku mula berhubung lalu terus merona merah wajahku saat itu. Terletus tawa dari bibir Nicolas melihat wajahku. Pertama kali aku mendengar tawa yang ikhlas dari bibir itu. Tawa bahagia, Dari malu tanpa sedar bibirku turut tersenyum melihat Nicolas tika ini.
" We're arrive..."
Suara Pedro membuatkan aku dan Nicolas memandang ke arahnya. Lalu mataku terus menoleh ke arah luar tingkap dan saat itu aku mengerutkan kembali keningku. Aku tak sedar bahawa kami sudah masuk ke sebuah perkarangan rumah banglo dua tingkat. Tidak pernah ku lihat rumah itu sebelum ini. Kami di mana ni?
" Come, mi amor...." ajak Nicolas lalu keluar dari kereta. Aku turut membuka pintu lalu melangkah keluar. Sekeliling rumah itu aku lihat. Cantik dan kemas, seakan rumah yang baru siap dibina.
" Rumah siapa ni?" Soalku saat Nicolas berdiri di sebelahku.
" our home." ujar Nicolas tersenyum lalu memaut bahuku erat.
Rumah kami? Aku menyangkakan kami akan ke penthouse miliknya namun sangkaan aku meleset sama sekali.
" I thought we are going to your penthouse..." ujarku. Saat itu Aku melihat senyuman tawar Nicolas.
" Abang dah jual rumah tu. I had a lot of bad memories in that house that i don't want to remember it. So i choose to sell it." ujar Nicolas.
Aku tersentak, Nicolas ternyata ingin lupakan kisah lamanya dan buka buku baru. Aku tersenyum lega saat melihat perubahan yang dia inginkan.
" But abang sedih juga sebab jual rumah tu..." Kata- kata Nicolas membuatkan aku merenungnya dengan rasa hairan. Tadi cakap tak nak ingat kisah lama, sekarang sedih pulak.
" Abang sedih sebab rumah tu juga ada kenangan kita berdua. Dah lupa ke abang kurung sayang dekat rumah tu." soal Nicolas kepadaku.
Mahu aku lupa, dulu itulah kejadian paling hitam dalam hidupku. Dikurung di penthouse milik Nicolas dan hidup seperti burung di dalam sangkar. Mujurlah ada kak Dona, Zul dan Pedro. Teringat kak Dona, rindunya nak jumpa dia.
" Kak Dona apa khabar? Lama Sara tak jumpa dia.." Soalku sambil memandang wajah Nicolas.
" She's fine... Sekarang dia jaga rumah mak ayah abang..." balas Nicolas tersenyum.
Ting! ting!
Nicolas melepaskan pelukan lalu telefon di dalam poket seluarnya di keluarkan. Selepas dia melihat nama pemanggil, Dia menoleh ke arahku.
" Sekejap, mi amor. I have to pick up this call." ujar Nicolas lalu menjauhi aku. Aku hanya melihat langkah Nicolas yang makin menjauh. Perkahwinan kami ini memberi satu lembaran baru buatnya. Aku suka melihat Nicolas yang nampak lebih hidup berbanding dulu. Malah tingkahnya kadang-kadang membuatkan hatiku berbunga- bunga. Adakah aku mencintainya? Aku tidak mampu menidakkan perasaanku ini. Aku mencintai Nicolas dalam diam. Bila? Aku sendiri pun tak sedar bila rasa itu muncul di dalam hatiku namun ia sudah lama bertapak di hatiku cuma untuk aku masih belum bersedia untuk meluahkannya. Walaupun aku menerimanya dalam hidupku namun masih ada rasa yang membuatkan aku menahan diriku dari meluahkan apa yang ada dihatiku.
" After few years, today i can see he laugh again."
Aku menoleh ke kiriku. Pedro berdiri sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket kulitnya sambil matanya merenung ke arah Nicolas yang sedang membelakangi kami.
" Kali terakhir saya tengok dia ketawa ialah ketika percutian terakhir dia dengan keluarganya. Betul- betul sebelum mereka terbunuh. Sejak dari itu, i never see any laugh even smile on his face. You bring back our old Nicolas." ujar Pedro lagi. Aku tersenyum nipis. Aku tidak pernah kembalikan Nicolas tapi Nicolas sendiri yang cari dirinya yang sebenar. Allah dah berikan dia hidayah kepadanya.
" I do nothing,Pedro. He do it himself. " ujarku perlahan. Pedro menoleh ke arahku. Lalu aku membalas pandangannya.
" Awak lupa yang saya dan dia tidak pernah jumpa untuk setahun? dalam masa setahun itu tanpa saya, dia mencari dirinya yang sebenar. Malah dia menemui hala tuju hidupnya. Saya hanya lah sebab tapi Nicolas yang sekarang datang dari dirinya sendiri. Tuhan itu maha berkuasa. Anything can change anytime."Balasku.
" You never see him within this one year but he always see you, Sara. Not everyday but always. He won't sleep well until he makes sure you are safe." ujar Pedro membuatkan aku tersentak. Jadi selama ini Nicolas memerhati setiap pergerakan aku? Malah menjaga aku dari jauh?
" I might be agree with what in your mind right now,Sara. Nicolas love you so much, unconditionally until he will do everything to have your heart. I been with him for years. Saya tahu Nicolas tak mudah tunduk dengan orang dan tidak mudah untuk jatuh cinta tapi sejak awak muncul dalam hidup dia, i can see it. Thank you Sara." ucap Pedro membuatkan aku mengerut hairan.
" Thank you kenapa?" soalku.
" Nicolas had been thru a rough life. losing his parents and brother. Never see his sister for years. Dan bila dia kahwin dengan awak, i can see happiness at his face walaupun dia harus berdepan dengan segala kemungkinan kerana memilih awak but still he choose you. I love him like my own blood. Tolong bahagiakan dia walaupun saya tahu awak tetap akan lakukannya tanpa sesiapa pinta. You guys are mean to be together. Dan saya tahu awak pun ikhlas cintakan Nicolas " ujar Pedro tersenyum.
Aku mendengar kata-kata Pedro. Ternyata Pedro menyayangi Nicolas dan aku yakin dia telah menyaksikan betapa sukar dan menyakitkannya hidup Nicolas sebelum ini. Namun aku lebih tertarik apabila Pedro menyatakan bahawa Nicolas harus berdepan dengan segala kemungkinan. Kemungkinan apa? ada bahaya yang bakal muncul ke? Aku merenung Pedro yang sedang mengeluarkan rokok dari kotaknya itu.
" Apa maksud awak dengan kemungkinan? Kemungkina apa?" soalku merenung tepat ke matanya. Tangannya yang baru ingin mencucuh api terhenti. Baru dia membuka mulut, ada suara menyampuk membuatkan dia tidak jadi bersuara.
"Sayang, jom. i wanna show you our house." Nicolas bersuara lalu menarik tanganku. Namun matanya beralih ke arah Pedro yang sedang asyik menyedut asap rokok.
"se puede ir Quiero que vigiles todos sus movimientos. ¡Parece que están empezando a hacer locuras!" Suara Nicolas bertukar tegas dan keras. Pedro pula mengangguk kepalanya.
" si senor!" Lalu Pedro terus meninggalkan kami disitu. Arghh! alangkah bagusnya aku dapat faham apa yang Nicolas cakapkan pada Pedro. Takdelah aku dah macam itik yang berada dalam reban ayam. Sepatah haram pun tak faham.
" Sara rasa Sara nak belajar bahasa Spanish la." ujarku tiba-tiba ketika kami bersama- sama melangkah ke arah pintu masuk rumah dan itu membuatkan Nicolas merenung ke arahku.
" Kenapa tiba-tiba nak belajar Spanish?" soal Nicolas.
" Supaya senang Sara nak faham apa yang abang cakap setiap kali borak dengan Pedro. Sara tahu abang saja cakap Spanish sebab tak nak Sara tahu kan?" tebakku merenung ke arahnya.
Terletus tawa Nicolas saat itu.
" indeed i got intelligence wife." ujarnya seakan bangga dapat isteri sepertiku.
" unfortunately it's truth, mi amor. Tapi itu hal kerja la sayang. Lagipun abang selesa cakap Spanish dengan Pedro. Kami dari darah negara yang sama. " ujar Nicolas tersenyum.
" Dah! tak perlu fikirkan tentang tu. Kalau sayang nak belajar, i can be your teacher. FOC and you should be grateful because you're my first student and jarang dapat cikgu kacak macam abang ni." gurau Nicolas. Melihat aku mencebik tidak puas hati dia terus ketawa. Terhibur melihat wajahku itu. Tanpa menunggu dia terus memaut bahuku lalu kami sama-sama melangkah masuk ke dalam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tanganku mengagau mencari mana letaknya telefon bimbitku. Bunyi alarm yang disetkan pukul enam mula bergema di bilik ini. Setelah dapat mencapainya aku mencelikkan mataku, memang tepat pukul enam. Aku menoleh ke sebelah kananku dan satu keluhan kecil dilepaskan. Sudah seminggu kami berkahwin namun inilah yang aku hadap setiap pagi. Nicopas tidak pernah bermalam di rumah. Malah aku perasan setiap malam dia akan mendapat panggilan dan setelah itu dia akan keluar dan malam aku hanya berseorang di rumah ini. Yang pasti mungkin sekejap lagi dia akan pulang. Pada awalnya aku menyangka ia mengenai urusan kerjanya namun jika sudah seminggu lebih, Seperti ada sesuatu yang disembunyikannya namun entah kenapa aku tiada kekuatan untuk bertanya. Menunggu Nicolas sendiri yang bercerita bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Dia seakan mengunci mulutnya. Namun hari ini aku tekad untuk bertanya. Dan aku akan bersedia dengan segala kemungkinan dari jawapan yang keluar dari mulut Nicolas. Sekurang-kurangnya aku dapat jawapan yang aku nak.
Selesai solat subuh, aku tidak mampu melelapkan mataku, jadi aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Selalunya Nicolas akan balik tik waktu hampir pukul tujuh dab setelah dia membersihkan dirinya, dia akan terus bersarapan bersama.
Saat mendekati dapur, Aku mendengar sesuatu dari arah itu dan saat itu aku dapat menghidu semerbak bau masakan. Siapa yang masak pagi- pagi ni? Nicolas ada mengupah pembantu rumah yang tetap ke? Kerana pembantu yang sedia ada hanya datang dua kali seminggu sahaja. Aku melangkah perlahan menuju ke dapur.
Dengan perlahan-lahan aku menjenguh kepala ke dapur dan saat itu terkedu aku saat susuk tubuh Nicolas yang berdiri di depan dapur membelakangiku. Dia sedang memasak! Pukul berapa dia balik sehingga aku tak sedar akan kehadirannya? lihat dari dirinya yang hanya memakai tshirt putih dan sweatpant hitam itu seakan dia sudah lama pulang. Aku lihat setiap pergerakannya, walaupun hanya berpakaian ringkas begitu, ia tidak mencacatkan kekacakannya. Tangkas dan kelihatan sudah biasa di dapur.
Dalam aku ralit melihatnya. Tiba-tiba pergerakannya terhenti dan kepalanya yang menunduk ditegakkan ke depannya. Mungkin seakan sedar dirinya diperhatikan, laju kepalanya menoleh ke arahku dan saat itu bibirnya menguntum senyum.
" Morning, mi amor.." ucapnya dengan tersenyum manis. Aku membalas senyumannya lalu melangkah perlahan-lahan mendekatinya.
" Morning abang....Dah lama abang balik?" soalku, dan tika itu aku melihat perubahan wajahnya. Dia tersenyum nipis.
" Abang ada je dekat rumah ni... Abang tertidur di bilik kerja semalam." balas Nicolas lalu menoleh semula ke arah sosej yang berada di dalam kuali.
Nicolas ada di rumah tapi dia langsung tidak masuk ke dalam bilik? malah jika tertidur sekalipun pasti dia akan terjaga dek ketidakselesa tidur dalam keadaan duduk atau pun dia sengaja tidur di dalam bilik kerja kerana tidak mahu tidur bersamaku. Aku harus cari jawapannya!
" Oh yeke, bukan abang keluar ke semalam? " soalku lagi.
" Sekejap je, bila abang balik tengok Sara dah tidur. Tu abang masuk bilik kerja nak siapkan kerja sekejap.. okay! breakfast ready!" ujar Nicolas sambil menatang dua pinggan putih ke meja. Kau yang berdiri di tepi meja makan melihat ke arah hidangan di atas meja.
Nicolas menyiapkan sarapan ringkas. English breakfast, ada sosej, telur hancur, roti bakar berserta salad ringkas. Dan saat itu Nicolas meletakkan secawan kopi. Aku hanya melihat tingkah lakunya. Tidakku percaya Nicolas yang dulunya dingin dan tegas melakukan semua ini untukku.
"Have a seat, Mi amor... " ujar Nicolas lalu menarik kerusi untukku. Aku melabuhkan punggung ke kerusi lalu Nicolas mengambil tempat di depanku. Aku menadah tangan saat melihat dia membaca doa. Lalu dia terus menyuap makanan ke mulutnya.
Aku mencapai cawan kopi dan menghirupnya perlahan.
"Abang ada sorok something dengan Sara?" soalku. Terus terhenti pergerakan tangan Nicolas yang sedang memotong sosej itu.
" Maksud sayang?"
Aku meletakkan cawan ke meja semula. Mataku tepat memandang ke mata kelabunya. Entah kenapa aku mula rasa sangsi dengannya.
" I don't know... Sara rasa ada sesuatu yang abang sembunyikan dan setiap tingkah abang membuatkan ada satu rasa yang Sara tak suka. Rasa sangsi... " ujarku membuatkan Nicolas tersentak.
" Sara terima abang sebagai suami Sara dengan seikhlas hati. Sara ikhlas tapi entah kenapa keikhlasan Sara seperti tak terbalas. Sara jadi tertanya-tanya ikhlas ke abang ucapkan kata cinta abang dulu? Atau abang hanya nikahi Sara kerana ada sebab lain?"
" Abang ikhlas cintakan Sara! i never lie to you.. Apa yang Sara dengar sebelum ini adalah dari hati abang sendiri! Kenapa Sara boleh fikir macam tu?! " keluh Nicolas kecewa.
" Because you hide something from me,abang. Your action make me think like that. Sara isteri abang, sejak dari hari kita kahwin setiap malam abang keluar dan hanya akan balik pagi. Dan lebam di pipi Pedro pun mesti ada kaitan dengan abang kan? Abang jangan ingat Sara tak tahu luka di perut abang!"
Meluas mata Nicolas saat itu. Iya, Aku pernah nampak luka di bahagian kiri perutnya. Walaupun dia cuba untuk menyembunyikannya namun beberapa hari lepas aku ternampak saat tertengok Nicolas sedang menyarungkan tshirt ke tubuhnya. Dan aku tunggu untuk dia bercerita namun Nicolas tetap akan menjadi Nicolas.
" Sara, abang....." riak wajahnya serba salah saat itu untuk meneruskan kata.
" Sara isteri abang... I'm part of yours. Sara tunggu jika abang ingin kongsikan apa yang berlaku namun abang memilih untuk senyap. it's hurt,abang. in here..." ujarku sambil menunding ke arah dadaku.
" Abang... Abang tak nak Sara risau. Semua akan selesai tak lama lagi dan bukan abang tak nak kingsikan dengan sayang tapi its about your safety, mi amor..." ujar Nicolas lirih. Aku tersenyum tawar. Mengangguk perlahan kepalaku.
" It's okay, abang. you already choose it and i will remain silent. Maafkan Sara." ujarku lalu bangun dari kerusi. Dan terus meninggalkan meja makan tanpa menjamah makanan yang di sediakan oleh Nicolas.
" Sayang!"
Nicolas laju memeluk belakang tubuhku. Erat! Aku memejam mataku sesaat, sungguh aku rindukannya. Walaupun baru seminggu kami kahwin namun kerana kesibukan dia membuatkan hatiku merindunya.
" I'm sorry, mi amor... I'm sorry." Bisik Nicolas perlahan.
Dia merenggangkan pelukannya lalu dia memusingkan tubuhku menghadapnya. Aku yang separas bahunya itu mendongak memandangnya. Sebelah tangannya naik membelai pipiku manakala sebelah lagi memaut erat pinggangku.
" As i told you before. I can't afford to lose you again, mi amor. I love you so much!" ujar Nicolas merenung tepat ke dalam mataku.
" On our wedding day, someone sent our photo to me. Abang tak tahu siapa dan yang pasti dia musuh Zalos kerana mesej ugutan yang abang terima . Abang memang dah tinggalkan Zalos tapi ia tidak semudah itu." Aku mendengar keluhan dari bibir Nicolas saat itu.
"They know that we're married dan Sara akan jadi target mereka dan abang tak nak mereka sentuh isteri abang walau seinci pun! Mereka takkan dapat abang tapi mereka akan hapuskan orang yang abang sayang. dendam lama takkan terhapus walaupun abang dah keluar dari group tu. every night i tried to find who's the culprit, unfortunately Zalos got a lot of enemies." kata-kata Nicolas membuatkan aku meremang. Terlibat dengan dunia gangster ini ibarat menempah maut di tangan sendiri. Jika hebat akan disanjung, dan jika lemah maut menanti.
" But my cousin in Spain try to help me. Dan dia akan selesaikannya. Abang dah tak mahu terlibat dengan semua tu, sayang. I just wanna live peaceful with you and our family. " ujar Nicolas lagi. Sayu aku melihat wajahnya tika itu. Aku merasa bersalah kerana menuduh dia tadi.
" Maafkan Sara.. " ujarku sebak lalu terus memeluknya. Selama ini aku salah sangka dengan Nicolas. Rupanya dia bersengkang mata memikirkan masalah itu.
" Abang yang patut minta maaf dengan Sara. I bring you into trouble. You don't deserve it. Dunia abang terlalu kejam,Sara. Abang menyesal kerana terlibat semua ini sedangkan dulu mummy selalu nasihatkan untuk menjauhinya." ujar Nicolas lirih. Aku melonggarkan pelukan lalu mata kelabunya ku tenung.
" When i accept you in mylife, Sara dah sedia dengan segala kemungkinan. Dan Sara akan sentiasa bersedia,abang. Ajal maut di tangan Allah dan hanya padaNya kita berserah. I will always be side you because i love you so much abang..."
Buat pertama kali aku mengucapkan kata cintaku untuk Nicolas. Aku melihat dia terkedu dan terkejut mendengarnya sebelum bibirnya mula melebar. terus tangannya mengeratkan pelukan di pinggangku.
" At last i can hear that magic words, mi amor.. I love you more and I can't lose you anymore because you're mine, alway be mine!" Balas Nicolas romantik dan terus bibirnya menindih bibirku. Terus tanganku naik memeluk lehernya.
" Te amor... Te amor mucho!!" bisik Nicolas saat bibir kami berpisah. Aku merenung tepat ke dalam matanya dan saat itu aku dapat lihat keinginan dari matanya. Aku membalas renungan itu, dan seakan faham terus Nicolas tersenyum manis lalu tubuhku dicepungnya ke dalam bilik.
Dia merebahkan tubuhku ke atas katil dan selepas itu di meletakkan tangannya kiri dan kanan sisi kepalaku. Dia merenung wajahku.Aku dapat lihat anak matanya bergerak ke seluruh wajahku. sehingga matanyd berhenti di bibirku.
" I miss you so much, sayang. i wish i can be your side every night but i can't because of that thing. And now i can't hold it anymore." ujar Nicolas lalu memagut bibirku sekejap.
" This lip so addictive.." bisik Nicolas.
" Nur Sara, please be mine forever.." bisik Nicolas lagi. Matanya naik mencari mataku. Dan aku membalas renungannya itu.
" Sara milik abang. I love you abang. Te amor!" Makin mengembang mata Nicolas saat mendengar ucapanku.
"Assalamualaikum Nur Sara......"
" Waalaikumusalam Nicolas Gonzalo...." balasku tersenyum. Semua perasaan malu kutolak ke tepi. Apa yang penting sekarang ini perasaan cintaku kepada Nicolas.
Pagi itu menjadi saksi penyatuan kami dalam erti yang sebenarnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku jauh merenung ke luar tingkap kereta. Kenanangan yang baru terjadi pagi tadi masih segar diingatan. Sentuhan Nicolas yang lembut dan jelas dengan rasa cinta itu dapat aku rasai. Mengingati tentang itu membuatkan wajahku berbahang.
Tiba-tiba tanganku digenggam, aku menoleh dan saat itu wajah Nicolas yang sedang tersenyum itu menerpa kornea mataku. Dari tadi wajah itu dihiasi senyuman sehingga Pedro naik hairan melihatnya namun aku hanya beriak biasa saat Pedro menoleh ke arahku. Nasib baik dia tidak bertanya lebih.
Nicolas menarik aku rapat ke tubuhnya lalu dia memaut bahuku. Satu ciuman hinggap di dahiku.
" Thank you so much, mi amor.. Abang rasa bahagia sangat." bisik Nicolas yang cukup sekadar aku yang mendengarnya.
Matanya tunduk merenung mataku sehingga berbahang wajahku. Aku terus menekup wajahku ke dadanya. kedengaran tawa Nicolas saat itu.
" Don't be shy, mi amor. Sara milik abang dan abang milik Sara. " ujar Nicolas lagi. Aku membalas senyumannya itu.
" Abang nak bawa Sarap pergi mana?" Soalku sambil melihat tanganku yang tenggelam dalam genggamannya.
" Office..." jawabnya pendek membuatkan aku menegakkan tubuhku. Lalu berkerut aku merenungnya. Memang jika dilihat dengan pakaian Nicolas yang bersuit kemas itu seperti penampilan sehariannya ketika bekerja namun aku ingat hari ini kami akan pergi ke tempat lain.
" Abang ada kerja nak buat ke? kenapa suruh Sara ikut sekali? " soalku hairan.
" Sebab my employees need to know their Mrs, Gonzalo. Hari ini abang akan kenalkan sayang dengan semua pekerja GM Group event most of them know you before. Tapi kali ni lain.." balas Nicolas tersenyum.
" Tapi...."
" Kenapa? Sayang tak suka ke?" soal Nicolas membelai pipiku.
" Bukan macam tu. Tapi nanti orang akan mengata tentang kita. Yela Sara kan pernah kerja dengan syarikat abang sebelum ni." ujarku.
" Kita takkan puaskan hati semua orang. Ada yang suka dan pasti ada sebaliknya namun yang pati mereka takkan berani mengata depan abang kalau mereka sayang kerja mereka." ujar Nicolas lagi. Betul juga apa yang dikatakan suamiku ini.
" Mereka semua dah tahu ke abang dah masuk Islam?" soalku ingin tahu. Yela, kalau ikutkan dah setahun lebih Nicolas memeluk islam.
" Ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Sejak abang dah convert, abang dah ubah sikit prosedure syarikat. No more alcohol in premises and we don't serve liquor to non muslim guest. Dan kalau meeting pun abang akan tetapkan syarat no alcohol or non halal food will be serve. So most of my client dah tahu yang abang dah convert. Dan yang pasti, kejap lagi semua staff abang akan tahu."
Bangga aku mendengar kata-kata Nicolas. Nampaknya dia betul-betul istiqomah dengan perjalan hidup barunya. Aku mengenggam erat tangannya.
" Sara bangga dengan abang. Sara doakan suami Sara ini dijanjikan syurga nanti." ucapku.
" Dan abang nak masuk syurga dengan Sara." balas Nicolas tersenyum. Makin terharu saat mendengarnya. Lalu dengan spontan aku mencium pipi kirinya itu.
Nicolas jelas tersentak dengan tindakan aku itu namun sesaat kemudian melebar senyumnya. Terus aku ditarik ke dalam pelukannya. Bahagia aku rasakan saat itu. Terima kasih ya Allah!
" Ehem... kita dah sampai."
Suara Pedro membuatkan kami sedar yang kereta sudah berhenti. Aku terlupa bahawa ada orang lain bersama kami tika itu. Terus merona merah wajahku saat melihat tersenyum simpul menjelingku. Aduh! malunya!
" Jom sayang!" Nicolas sudah keluar dan sudah bukakan pintu kereta disebelahku. Tangannya dihulurkan ke arahku dan dengan yakin aku menyambutnya.
Kami berjalan beriringan dan Nicolas setia mengenggam erat tanganku. Saat melintasi bahagian penyambut tetamu, masing-masing tercengang dan ada juga yang terlopong saat melihat kami namun Nicolas hanya beriak biasa manakala aku pula hanya menunduk. Sampai di depan lif, Laju Pedro menekan butang lif yang dikhaskan untuk Nicolas dan sesaat kemudian lif itu terus terbuka. Nicolas memaut bahuku lalu kami melangkah masuk ke dalam lif. Ketika lif tertutup, sempat kulihat para pekerja GM group masih setia melihat kami. Nyata wajah mereka penuh dengan riak tanda tanya.
" Abang, semua pandang kita la.." ujarku kepada Nicolas. Suamiku ingin hanya tersenyum dan sempat lagi dia mengucup tepi kepalaku. Makin segan pula aku dengan Pedro di depan kami. Walaupun kami di belakangnya namun dinding lif ini memantulkan bayang kami dan aku yakin Pedro dapat lihatnya.
" Orang akan lihat apa yang mereka nampak, mi amor. just ignore them." balas Nicolas.
Ting!
Kami melangkah keluar dari lif lalu melangkah masuk ke dalam pejabat Nicolas. Cassie yang nampak kami terus menyambut kehadiran kami.
" Tuan, everything dah settle. Lagi sepuluh minit semua pekerja akan berkumpul di bilik taklimat. " ujar Cassie lalu menoleh ke arahku.
" Welcome back puan Sara" sapa Cassie tersenyum.
Aku mengangguk lalu membalas senyuman Cassie.
" Thanks Cass..."
Seperti yang dikatakan Cassie, tepat sepuluh minit selepas itu aku dan Nicolas melangkah masuk ke bilik taklimat yang sudah dipenuhi para pekerja. Hanya separuh staff pejabat sahaja yang terlibat saat itu. Dan saat melihat wajah Nicolas, masing-masing senyap dan melihat setiap langkah suamiku itu. Aku berjalan di belakang Nicolas sehinggalah Nicolas menoleh ke belajang dan terus tangannya dihulur ke arahku. Faham akan itu, aku terus menyambut lalu kami sama-sama naik ke atas pentas yang tersedia.
" Hi, good afternoon to all..." Suara garau Nicolas bergema di bilik itu. Masing-masing memberi perhatian kepada Nicolas saat itu.
" Saya panggil kamu semua pada petang ini kerana ada berita untuk saay kongsikan kepada semua. Dan i think you guys can guest it, right?" soal Nicolas tersenyum nipis.
" I had been married last week. Dan saya rasa kamu semua dah dapat agak kan siapa isteri saya? " Ujar Nicolas lagi. Aku melihat semua mata pekerja itu menoleh ke arahku. Nicolas menoleh ke arahku lalu tangannya menarik tanganku agar aku datang dekat dengannya.
"Meet my lovely wife, Nur Sara Gonzalo."
Saat itu bergema tepukan para pekerja Nicolas dan ada juga yang bersorak gembira. Aku menoleh ke arah Nicolas dan suamiku itu sudah sedia menyambut pandangan mataku. Aku membalas senyuman itu dengan rasa bahagia.
Masing-masing mengucapkan tahniah kepada kami dan ada yang mengusik aku dan Nicolas. Ada juga yang tidak percaya yang aku berkahwin dengan Nicolas dan sempat mereka mengusik dengan mengucapkan tahniah kerana berjaya tundukkan Nicolas. Tersenyum aku mendengarnya.
" Welcome back, Sara!"
" Congratulations Mrs Gonzalo"
" Aww you guys look suite together"
Dan macam- macam lagi ucapan yang aku terima. Lega hatiku kerana semuanya boleh menerima berita itu malah turut berkongsi gembira.
Kini aku duduk di dalam pejabat Nicolas. Suamiku itu sedang sibuk membuat kerjanya dan aku pula sedang duduk di sofa di sebelahnya. Tengok telefon sudah, Minum kopi sudah, tengok pemandangan kota raya pun sudah. Bosan! Tadi Nicolas hanya cakap ingin menyiapkan kerjanya sekejap saja tapi sekejap dia tu dah dua jam!
" Abangggg....."
" Yes, mi amor..." balas Nicolas namun matanya masih melihat dokumen di atas meja.
" Bosanlah. Abang takde kerja pape ke nak bagi Sara buat? Sara boleh tolong abang...." ujarku. Memandangkan selepas kahwin, aku tidak lagi bekerja di Terengganu. Kini aku menjadi penganggur dan suri rumah yang berjaya. Dan hari ini Nicolas mengajak aku datang ke syarikatnya bukan sekadar ingin perkenalkan aku tapi sempat lagi di 'sidai' aku di officenya ini.
" Your job is stay with me and spend your beautiful eyes for your handsome husband" balas Nicolas menoleh sekilas ke arahku.
Aku menjungkit keningku saat mendengar kata-kata angkat bakul suamiku itu. Namun tidak mampu aku nafikan kerana Nicolas sememangnya kacak. Ahaks!
Teringat kembali kenangan saat aku bekerja sebagai setiausaha Nicolas. Semuanya seakan terlayar kembali. Nicolas yang dingin! fussy! dan paling penting suka membulinya. Dan kali pertama Nicolas datang ke syarikat tempat aku praktikal dulu, sempat dia perli workstation aku. Tersenyum aku mengingatinya.
"Kalau bukan jodoh dengan aku, aku doakan dia berjodoh dengan kau! Amin..."
Teringat kembali kata-Kata Nadiah dulu dan tak sangka Nad, doakan kau termakbul. Rindu pula dengan anak dara seorang tu. tiba-tiba muncul seduatu di fikiranku.
Aku melihat Nicolas yang sudah berada di meja kerjanya. Masih lagi khusyuk tanpa mempedulikan aku.
" Banyak lagi ke kerja abang?" soalku.
" hurmm.. Ada tiga lagi dokumen abang kena semak. Kenapa sayang?" soal Nicolas sambil memandangku.
Aku berdiri lalu menghampirinya. Aku menyandar di meja kerja di sebelahnya.
" Sara nak jumpa kawan sekejap boleh tak?" pintaku. Nicolas mengerutkan keningnya.
"Kawan? siapa?" soalnya.
" Nadiah, kawan tempat Sara praktikal dulu....boleh tak bang?"
"Lama ke?"
" Sekejap je... Nanti abang dah siap kerja abang call la Sara."
" Okay. Pedro will send you there. Nanti abang pick up Sara dekat sana." ujar Nicolas.
Melebar senyumku saat Nicolas mengizinkan.
"thanks abang..." ujarku lalu berdiri. Baru ingin melangkah. tiba-tiba tanganku direntap dan terus aku terduduk di riba Nicolas. terkedu aku saat itu. Tangan Nicolas laju merangkul pinggangku erat.
"takkan terima kasih je.. upahnya mana?" soal Nicolas nakal.
" Upah?"
" Hurm.. i want a kiss.." ujar Nicolas membuatkan wajahku memerah.
" Takkan dekat sini? Dekat rumah la. Sara janji Sara kiss dekat rumah." ujarku sambil melepaskan diriku namun tidak berjaya malah makin kuat pula pelukannya.
" Nope! Dekat rumah lain. Abang nak dekat sini and now! Cepat sayang, Kalau tak kiss tak boleh keluar." ugut Nicolas lagi. Aku mengeluh perlahan. Makin nakal ek suamiku ini!
Aku terus mencium pipi kanannya laju.
" Okay dah! " ujarku setelah mengucup pipinya.
" Alah, lajunya. tak smepat nak feel la sayang. Cuba lama sikit." ujar Nicolas. Aku memicingkan mataku saat mendengarnya. Tidak mahu membazir masa, aku turuti permintaannya namun sesuatu tak diingini berlaku.
Saat aku ingin mencium pipi Nicolas sekali lagi tiba-tiba dia mengalihkan kepalanya dan saat itu terus bibir kami bertemu dan laju tangan Nicolas menahan belakang kepalaku dari bergerak. Lama kami berkeadaan begitu sehinggalah Nicolas melepaskan tangannya.
" Abang nakal!" marahku sambil menepuk dadanya perlahan. terletus tawa Nicolas saat itu. Wajahku yang mencerut itu bertukar senyum saat melihat tawa di wajah Nicolas. Abang hensem bila ketawa.
Namun saat aku melihat wajah Nicolas yang tersenyum nakal itu membuatkan aku sedar bahawa aku dah menzahirkan apa yang di dalam hatiku ini.
" Thanks for your compliment, sweetheart." balas Nicolas tersenyum nakal. Memerah wajahku saat itu terus aku bangun dari riba Nicolas lalu membetulkan tudungku. Terus tanganya ku capai lalu ku kucup.
" Sara pergi dulu. Nanti dah siap kerja call Sara ya."ujarku menahan malu. Nicolas tersenyum. Namun saat aku mahu menarik tanganku , dia menguatkan genggaman.
" Dekat rumah nanti abang nak tuntut upah lain..." bisik Nicolas sambil melepaskan tanganku. Makin memerah wajahku saat itu. Dan aku terus keluar sambil mendengar tawa Nicolas. Dalam diam aku tersenyum. Ada rasa bahagia mekar harum dihatiku saat ini.
Aku tiba di perkarangan lobi syarikat Wangsa group. Aku sudah menelefon Nadiah dan sepatutnya Nadiah akan tunggu aku di bawah kerana waktu kerja pun baru saja tamat. Namun tiada kelibat Nadiah kelihatan. Aku berdiri di sini sambil melilau mencari susuk tubuh Nadiah. Sedang aku menunggu, tiba-tiba...
" Hai Sara....."
Aku menoleh dan saat itu berubah riak wajahku saat melihat gerangan yang menegurku itu. Dia?
Share this novel