BAB 1 - IC

Romance Completed 123515

Puas diselongkar namun apa yang dicari tidak jumpa. Habis berterabur barangannya saat itu namun tetap juga tidak dijumpainya.

"Ya Allah anak dara sorang ni! kenapa bersepah ni,Sara?"

Aku melihat dan saat itu Ibu sudah bercekak pinggang di muka pintu. Aku hanya mampu tersengih saat itu. Hari itu hari minggu dan menjadi rutinku saat hujung minggu aku akan pulang ke rumah ibu bapa saudaraku yang terletak di Klang.

" Ibu... Sara tak jumpa IC Sara la. Puas Sara cari tak jumpa" Rengekku setelah letih menyepahkan barangan di dalam bilikku itu.

Ibu mendekatiku lalu duduk di birai katil.

" Mana Sara letak? Dan bila last Sara guna IC tu?" soal Ibu pula.

Aku hanya mampu menjungkit bahuku. Seingat aku kali terakhir aku guna IC aku ketika ingin mengambil pas kerja di syarikat yang aku lakukan praktikal namun sejak mendapat pass staf, aku tidak lagi mengeluarkan IC dari dompetku.

Arghh! lupalah!

" Sara tak ingat la ibu.. macam mana ni buu..." aku makin merengek. Dan saat ini aku dapat lihat Ibu menjelingku.

" Macam mana apa, kena buat report ic hilang lah lepas tu pergi buat ic baru" balas Ibu lagi.

"Ala...."

" Ajak Along temankan...." cadang ibu lagi.

Ya, cadangan yang bijak tu, ibu. Mahu bernanah telinga aku mendengar bebelan Najmi, yang ku panggil Along itu sepanjang ke balai polis.Along pantang benar kalau sesiapa yang tidak menjaga barangan dengan baik. Pernah sekali aku hilangkan kad bank, Sepanjang perjalanan ke bank, tak berhenti Along membebel. Mengalahkan mulut nitizen! dan aku yakin nitizen pun akan sembah ratu dekat Along tu. Cuma bezanya Along membebel benda yang betul dan tepat berbanding nitizen yang hanya berkata-kata tanpa mengira betul atau salah.

" Tak nak! nanti Along jadi murai tercabut ekor. Cair taik telinga Sara buuu" balasku.

terlepas tawa ibu saat itu. Aku tahu ibu cukup kenal dengan anak sulungnya itu.

" Dah tu.. ajak la angah..." balas Ibu pula.

Saat mendengar nama Angah, terus wajahku berubah teruja.

" Angah ada balik!?"

Ibu mengangguk kepalanya.

" Semalam, ada tengah membuta dekat dalam bilik. Katanya cuti seminggu" ujar ibu lagi.

Mataku bersinar-sinar saat mendengar kata-kata ibu. Bila Naim cuti, maknanya aku akan ulang alik ke office dari sini sebab Naim akan menjadi driver terhormat aku kalau dia cuti. Naim,yang ku panggil Angah itu yang bekerja sebagai juruterbang jet pejuang tentera udara Malaysia dan jikalau bercuti pasti dengan rela hati menjadi tukang hantar dan ambil aku ketika belajar dulu dah aku pasti kali ini juga pasti Naim akan melarangnya pulang ke rumah sewanya.

" Kalau macam tu,Sara ajak Angah la bu."

" yela. pergi kejut Angah tu. Ajak dia pergi UTC dekat KL tu. Dekat situ hari minggu pun buka kan?"

Aku mengangguk lalu melompat turun dari katil.

" Nanti Sara kemas balik ya bu." ujarku lalu melangkah keluar dari bilik.

Aku melangkah keluar setelah selesai dapatkan IC yang baru. Dari jauh aku melihat Naim datang menghampiri dengan langkah bersahaja. Dan tika itu aku perasan mata dua gadis yang berselisih dengan Angah menoleh dua kali. Aura Leftenan Naim memang hebat. Selain rupa paras yang kacak, ditambah dengan badan sasa dan tegap memang pakej kesukaan anak gadis sekarang. Aku terus tersengih saat dia mula berdiri di depanku.

"Dah siap?"

" Tadaa! Cantik kan gambar Sara?" soalku mengangkat kedua keningku serentak. IC dilayangkan didepan Naim.

Saat itu bibir Naim mencebik dan itu menandakan dia malas layan dengan pujian masuk bakul sendiriku itu.

" Dah jom..." Ajak Naim sambil melangkah.

" Angah, Sara lapar la...." tiba-tiba aku merengek. Jam ditangan ditilik. Sudah pukul empat petang. Patutlah, kali terakhir makan adalah ketika sarapan tadi dan tengah hari pula aku tak sempat makan dek kerana mencari IC ku yang hilang.

Naim tersenyum mendengar aku merengek. Dia pasti dah kenal benar dengan perangaiku yang satu ini.

"Hmm.. McD ke Chicken rice shop?" Soal Naim yang sudah sedia maklum dengan restoran kegemaranku.

" Hurm nak makan Nasi.." Jawabku tersengih.

"Jom. Lets feed that angry tummy" ujar Naim tersenyum.

mereka melangkah bersama-sama ke tempat parking dan saat aku ingin melintas laluan untuk ke kereta, tiba-tiba ada sebuah kereta laju datang ke arahnya. Mujurlah ketika itu Naim pantas bertindak lalu menarikku ke tepi.

Bunyi seretan tayar bergema di kawasan itu namun kereta tersebut terus meninggalkan tempat itu tanpa berhenti memohon maaf.

"tak guna betul! Dalam kawasan parking pun bawa macam pelesit!" Aku mendengar suara Naim memarahi kereta tersebut. Aku yang masih terkejut itu hanya diam sambil cuba menstabilkan denyutan jantungku yang berdegup pantas itu.

"Sara okay ke?" Soal Naim risau.

Aku hanya mengangguk tanda okay. Lalu Naim melepaskan tangannya dari memaut lenganku.

" terima kasih selamatkan Sara." ujarku memandang Naim.

" Sara adik angah. of course your safety is my priority, dik" Balas Naim tersenyum.

" Dah, Jom kita pergi makan." ajak Naim lalu membuka pintu untukku. Terus saja aku melangkah masuk ke dalam kereta.

Seminit kemudian terus saja mereka meninggalkan tempat itu.

Aku keluar dari kereta dan saat ingin menutup pintu, suara Naim kedengaran.

"Balik nanti call Angah setengah jam sebelum. Angah nak balik rumah Angah kejap" ujar Naim kepadaku.

Aku mengangguk sambil mengangkat jari tanda okay. Dan selepas itu, terus saja kereta honda civic hitam itu meluncur laju meninggalkan tempat itu. Seperti yang dijangkakan, Hari ini dah masuk empat hari Naim menghantar aku ke tempat kerja dan sehingga esok aku akan berulang alik dari Klang ke KL. itulah yang sentiasa berlaku jika Naim cuti panjang. Dulu kawan sekelasku pernah cakap bahawa kami ini seperti pasangan kekasih saat melihat Naim menghantarku ke kampus namun bagi aku, Naim sudah dianggap seperti abangku sendiri walaupun hubungan kami hanyalah sepupu.

"Morning Sara!"

aku menoleh ke kanan dan saat itu aku melihat Kak Gee tersenyum mendekatiku.

" Morning kak Gee... awal sampai?" soalku.

"Tadi keluar awal, hari ni suami akak hantar sebab kereta akak merajuk"

" Tadi boyfriend ke?" soal Kak Gee lagi sambil tersengih.

Aku dah agak, mesti ada yang nampak.

"Bukanlah. Itu abang Ngah saya kak" Balasku.

"Handsome!" Puji Kak Gee lagi.

Nampak aje mak cik sorang ni. Kami sama- sama melangkah masuk ke lobi bangunan pejabat kami.

"Akak nak ke?" usik aku tersengih.

" Uish kalau akak bujang tak tunggu Sara offer, akak dulu jalankan misi. Tapi abang Johan akak tetap nombor satu di hati" Balas Kak Gee buatkan aku tersenyum.

pintu lif terbuka dan saat itu kami berdua terus masuk ke dalam bersama beberapa staf yang lain.

...................

"Senor!"

Dia menjeling sekilas ke arah lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. Riak beku sentiasa menghiasi wajah itu dan itu membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti merasa gerun.

" so how?" Soalnya ringkas lalu matanya menoleh semula ke arah Laptop dihadapannya.

" Settled. Orang kita dah jumpa dan dah bagi 'hadiah' baik punya" ujar lelaki di depannya itu.

Dia hanya diam sambil mengangguk sekali. Baru saja dia ingin berkata, tiba-tiba pintu diketuk lalu dibuka.

Dan saat itu PAnya masuk bersama tab ditangan.

"Tuan, Tan Sri Malik dari Wangsa Group tanya tuan free tak petang ni, Saya tengok schedule tuan tiada appointment. Tuan nak saya set appointment dengan dia petang ke?"

"yes, please.." jawabnya sambil memandang lelaki yang masih duduk di depannya dengan pandangan hanya mereka berdua saja faham.

"Kalau macam tu saya booking tempat untuk...."

" No need Cassie, i will make a visit to his company" ujarnya lagi.

Cassie tersentak sempat dia menangkap senyuman sinis Zul yang merupakan orang kanan bosnya itu selain Pedro. Dia juga agak hairan kerana setahu dia, bosnya itu tidak suka pergi ke syarikat business partner nya jika bukan kerana meeting. Nak-nak lagi temujanji itu sekadar ingin melobi urusniaga sahaja namun dia mengangguk faham. Selepas itu terus saja dia meminta diri keluar dari pejabat bosnya itu.

"Tell Pedro that i wanna he come with me after lunch. Dan kau, jalankan tugas kau macam biasa!"

Zul mengangguk kepalanya lalu bangun.

" Si, Senor!"

Lalu tubuh Zul mula menghilang disebalik pintu. Dan terus sahaja dia memusingkan kerusinya lalu menatap paronama bandaraya dari cermin kaca itu. Saat itu wajah yang sudah tidak asing baginya muncul difikirannya.

.................

Aku mengerutkan keningku saat melihat kak Gee dan Nadiah seakan sedang terjenguk- jenguk di sebalik cermin kaca. Aku mendekati mereka berdua yang sedang membelakangi aku dengan perlahan dan yang pasti, sesuatu yang mereka sedang lihat itu lagi menarik kerana mereka langsung tidak sedar akan kehadiran aku di belakang mereka.

"Apa yang begitu menarik dilihat tu?"

"Opocot handsome giler!"

dua kepala itu laju berputar seratus lapan puluh darjah sambil tangan mengurut dada dan aku hanya tersengih tidak bersalah.

"Sara! terkejut kitaorang tau tak!" Marah Nadiah.

"Dah kau dan kak Gee khusyuk betul duk mengintai sampai tak sedar aku dah tercongot dekat belakang kau" balasku.

" Hishh Kami tengah cuci mata ni Sara. Nak join tak? confirm tak menyesal." ujar Kak Gee pula.

Amboi kemain ek bini orang ni. boleh pulak dia orang ni duk cuci mata waktu- waktu macam ni! Nampak dek Puan Fatimah, ketua jabatan kewangan ni mahu pekak kena bebel.

" Handsome la Sara klien baru syarikat kita. Macam model Gorgio Armani. assistant dia pun tak nak kalah tu tapi bos dia lagi heloks. Nampak macam Tan Sri tengah berjalan dengan model pulak." ujar Nadiah.

" Klien?" soalku hairan.

" Eh! diaorang datang sini lah!" tiba-tiba suara Kak Gee kedengaran membuatkan kami bertiga seperti lipas kudung pulang ke workstation masing-masing.

Saat kedengaran tapak kaki yang makin mendekat, masing-masing mengangkat kepalanya termasuklah aku.

Jelas dari pandangannya, Tan Sri Malik serta dua lelaki berwajah asing yang sedang berdiri di sebelahnya. tidak dinafikan apa yang Nadiah cakap itu betul, Handsome giler! seorang berwajah serius tanpa senyuman berada betul-betul di sebelah Tan Sri Malik. Bersuit kemas dan nampak mahal. wajahnya berjambang nipis namun tetap sempurna dimata semua orang. Dan seorang lain yang berada dibelakang lelaki yang itu juga tidak kurang hebatnya turut memakai suit kemas namun lelaki itu tidak mengenakan tali leher tapi tetap dilihat kacak dimata yang memandangnya. cuma air wajah lelaki di depan yang aku yakini bosnya lebih terasa auranya. Aku memandang kembali lelaki yang berada di sebelah Tan Sri Malik itu, wajahnya seperti pernah melihat wajah itu namun tidak pasti di mana, Arghh! mungkin wajah itu pernah kulihat di dalam majalah. Dan saat mataku dan mata lelaki itu bertembung, Aku terus kaget kerana renungan itu membuatkan bulu romaku merinding! Namun mataku kaku memandang wajah lelaki itu sehinggalah lelaki tersebut mengalihkan pandangannya.

" Hai and Assalamualaikum everyone. May i have your attention for while?" Suara Tan sri Malik mengalihkan perhatian aku. Terus wajah big boss aku itu ditatap.

" Let me introduce all of you with our new VIP client, Mr Nicolas Gonzalo. Hope you guys can treats Mr Gonzalo very well. " ujar Tan Sri Malik.

Saat itu aku mula perasan bahawa staf lain mula terkaku. Wajah masing- masing begitu teruja. Siapa lelaki itu? aku seakan ketinggalan kapal pulak. Dan saat Tan Sri Malik dan klien VIP kami itu melalui meja- meja di sini, masing-masing tersenyum lebar dan menunduk kepalanya sedikit tanda hormat. Dan tiba saat di depan aku, tiba-tiba langkah lelaki bernama Mr Nicolas itu terhenti.

Matanya tajam merenungku membuatkan aku hampir tercekik air liur sendiri.

" Any problem Mr. Gonzalo?" suara Tan Sri Malik kedengaran.

" Nothing, just quite impressive with your staff's workstation. colourful, it's seem like her bring positive vibes while working." Suara lelaki itu mula kedengaran. Maskulin dan dominan.

Tapi seakan tersedar, mataku laju menoleh ke arah dinding pembahagi tempat kerja aku dan disitu ada bertampal sticky notes yang banyak. Sangat banyak malah berwarna warni! Entah kenapa aku melihat seakan bibir lelaki itu melengkung naik. Menyinis. Namun sesaat kemudian wajah itu kembali membeku.Cess! dia perli aku ke apa!?

Tak sampai sesaat kedengaran suara ketawa Tan Sri Malik yang menyangka lelaki itu bergurau. Apa yang dibicarakan oleh Tan Sri Malik tidak kudengari. Dan sesaat kemudian Lelaki bernama Nicolas seterusnya mula melangkah dan Tan Sri Malik juga laju mengikut langkah lelaki itu sambil mulutnya ramah bercerita. Dan saat mereka melangkah ke arah ke unit operasi, masing-masing melepaskan nafas lega.

"psst!!"

Aku menoleh ke sebelah kiriku. Wajah Nadiah tersengih memandangku.

" Handsome kan? " soal Nadiah sambil menjungkit kedua keningnya.

" hurmm boleh la... cuci mata jela Nad, bukan boleh buat laki pun. " balasku.

" Hishh.. usaha tangga kejayaan,Sara. Ni kalau dapat memang hari- hari duk melanguk tengok muka dia la" balas Nadiah gedik.

Aku menggelengkan kepalaku.

" Yela Nad, usaha kau tu bukan kaleng- kaleng tahu tak. Jenuh nak mengislamkan dia sebetul- betulnya. Tapi kalau jodoh kau, aku doakan kau berjaya" balas ku memberi semangat. Sekadar melayan minah sorang ni.

" Amin... tapi kalau bukan jodoh aku, aku harap jadi jodoh kau" balas Nadiah membuatkan laju mataku menjeling. Dan saat itu aku mula kedengaran suara tawa rakan sekerjaku yang lain. Aku hanya memekakkan telingaku. Memang mintak simpang la dapat jodoh macam lelaki itu.

" Tapi kan, tak pernah pulak aku tengok klien syarikat datang buat inspection dekat semua department. kenapa yang ni special pulak?" soalku kepada Nadiah yang sememangnya pekerja tetap syarikat ini.

" Memang tak pernah klien nak jenguk kita buat kerja.Tapi dengar cerita Mr Nicolas ni lain. Dengar cerita, Dia yang request nak tengok pekerja syarikat yang dia deals. Siapa yang pernah collaborate dengan Mr Nicolas ni memang tahu perangai dia. Katanya nak memastikan pelaburan yang dia buat menguntungkan." ujar Nadiah panjang lebar.

"Macam tu pulak. Sayang betul duit dia ek" Balasku lagi.

"Siapa nak business rugi,Sara. Lagipun semua orang berebut nak Mr Nicolas ni, untuk bukan biasa tapi luar biasa. Tu yang Tan Sri tatang bagai minyak melimpah tu." balas Nadiah lagi.

"Siapa dia tu?" soal Aku pula. Adakah aku ni ketinggalan? Tapi sejujurnya aku tidak mengenali siapa lelaki itu.

"Takkan tak kenal dia? he's one of the powerful entrepreneur in Malaysia. Yang paling membuatkan nama dia famous sebab dia antara hot bachelor businessman. Tu yang jadi kegilaan para wanita. Jerung besar tu." balas Nadiah lagi.

mulutku automatik membetuk 'Ooo' saat mendengar kata-kata Nadiah itu. tidak dinafikan memang lelaki seperti itu memang menjadi tarikan para gadis di luar sana. Aku? Biasa- biasa je. bak kataku kepada Nadiah tadi, bukan senang untuk mengislamkan seseorang yang mempunyai segalanya seperti Nicolas itu tapi hidayah itu milik Allah. Tiada siapa tahu jika Allah berkehendak, pasti akan terjadi. Eh! Dah kenapa aku duk fikir pasal nak mengislamkan lelaki itu?!

" Tapi kenapa akak rasa macam Mr Nicolas tu asyik pandang Sara tak lepas je..." Suara kak Gee pula menyampuk membuatkan aku menoleh ke arahnya. keningku berkerut mendengar kata-kata Kak Gee itu.

" Mana nak lepas kalau dah pandang yang cantik, kak Gee" suara Shahrul, juga salah seorang staff di bahagian kewangan ini kedengaran.

"Betul tu Rul. Siapa la tak tertarik dengan Sara ni. Putih gebu, Cantik dan muka innocent macam ni. Kalau tak ramai la staf klien kita yang lain duk giat minta nombor telefon" balas Kak Gee lagi sambil tersegih memandangku.

Aku innocent? tak buka mulut memang la nampak innocent, kalau peluru aku dah keluar aku rasa masing-masing angkat kaki agaknya. i'm look innocent but I'm a fighter..aagiteww.

"Dah tersengih pulak tu. ada la tu berangan. Takpe Sara, kalau Kau dengan Mr Nicolas tu akak restu." usik Kak Gee lagi.

" Hishh akak ni mula la nak merapu. Simpan jela restu akak tu. Mintak jauh la kak, jenuh nak jadi ustazah nanti" balasku membuatkan Kak Gee tergelak.

Selepas itu masing-masing terus menyambung kerja yang terhenti tadi dan kisah Nicolas Gonzalo terus dilupakan.

salam perkenalan dari Nicolas Gonzalo dan Nur Sara...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience