BAB 15- ISABEL ANA

Romance Completed 123515

"Hai Sara..."

Sapanya sekali lagi saat tiada respon dariku. Dia melangkah mendekatiku bersama senyuman yang lebar dibibir.

" After a while, tak sangka dapat jumpa you lagi, you apa khabar? Kenapa tak terima offer dari Wangsa group? Ke tak sudi nak kerja disini."

Aku tersenyum nipis. Banyak pula soalan lelaki ini. Agak tak selesa sebenarnya untuk berbual berduaan begini.

" Alhamdulillah, encik Darius apa khabar? Maafkan saya, bukan tak sudi tapi saya dapat tawaran lain terlebih dahulu." balasku.

" I'm not okay. Because i lose one of my beautiful staff..."

Dasar buaya! Aku hanya senyum nipis yang jelas kekok. Ishh! Lambat pula si Nad ni.

" By the way Sara, congratulations on your wedding. Tak sangka i, you dapat tangkap jerung besar. Patutlah la layan ikan bilis macam i ni."

Tersentak aku saat itu. Darius tahu? Mungkin Nicolas ada memberitahu lelaki itu memandang mereka pernah bekerjasama sebelum ini. Aku senyum nipis lalu mengucap terima kasih. Namun entah kenapa pandangan Darius saat itu membuatkan aku meremang.

" Sara!"

Aku menarik nafas lega saat melihat Nadiah yang laju menghampiriku dengan teruja itu. Darius juga memandang ke arah Nadiah.

" Okay Sara, nice to meet you. hope we can meet again.." ujar Darius seraya mengenyitkan matanya kepadaku. Hampir saja bibirku mencebik namun akalku sempat menahan. aku hanya senyum nipis dan melihat dia yang mula meninggalkan aku.

Nadiah yang sudah menghampiri aku turut memandang langkah ketuanya itu.

" Bos buaya aku tu borak apa dengan kau? Nak try kau ke?" soal Nadiah. Aku hanya menjungkitkan kedua bahuku tanda malas melayan. Nadiah memandangku semula lalu terus dia memeluk tubuhku.

" Sara!!! aku rindu giler dekat kau! lama giler tak jumpa kau. Makin cantik ek sekarang" ujar Nadiah sambil mengoyangkan tubuhku ke kiri kanan. Tergelak aku dengan gelagatnya itu.

" Aku pun rindu kau jugak. Maaf lama tak datang jumpa kau."

" Aku faham. Kau pun sibuk. Jom pergi minum. Lama tak jumpa ni. Banyak cerita aku simpan ni." ajak Nadiah lalu menarik tanganku ke arah parking keretanya.

Kami singgah di Secret Recipe berhampiran. Banyak yang kami bualkan tentang kerja, aktiviti harian dan macam-macam lagi. Kadang-kadang Nadiah buat lawak sampai menangis aku dibuatnya. Nadiah hanya beza dua tahun dariku, seorang anak orang berada tapi selesa bekerja di syarikat orang sedangkan keluarganya mempunyai perusahaan sendiri. Katanya syarikat ayahnya semua abang-abangnya dah conquer terpaksalah dia merempat. Itu hanyalah alasannya saja. Wajahnya cantik kulit putih gebu namun tiada boyfriend. Pelik? oh! tidak, kerana bila ditanya kenapa tidak mahu bercinta, katanya lelaki semua sama dengan ex boyfriend nya. Macam-macam alasannya dan disebabkan perangainya yang selamba itu membuatkan kami rapat.

" So, apa kau buat dalam setahun lebih ni?" soal Nadiah sambil menyuap kek red velvet kesukaannya ke dalam mulut.

" Lepas je konvo aku dapat kerja dekat GM group. Lepas beberapa bulan aku berhenti dan kerja cikgu tadika dekat Terengganu selama setahun."

"What!? kau kerja cikgu? biar betul kau ni? from finance to teaching?"

" Kenapa? tak percaya ke?" soalku dengan nada mengajuk iklan dulu- dulu.

" Apa yang membuatkan kau boleh beralih arah macam tu? Eh kejap! Kau dapat kerja dekat GM Group? Syarikat Mr Nicolas Gonzalo tu?" soal Nadiah lagi terkejut

. Aku tersenyum nipis lalu mengangguk. Jelas wajahnya yang teruja itu.

'" Hebat la kau dapat kerja situ! Mesti selalu dapat jumpa Mr Nicolas yang hensem nak mampuih tu kan? " Tergelak aku melihat Nadiah yang teruja itu.

" Okay, balik pada kerja cikgu tu. Kenapa kau boleh terfikir nak jadi cikgu?"

Teringat kembali kenangan di awal kisah aku dan Nicolas. Dan dari detik itu juga lahir rasa yang menghuni hatiku sekarang walaupun aku cuba lari dan lupakan dia namun jodoh Allah itu sangat kuat.

" Sebab cinta...."

Terjungkit sebelah kening Nadiah saat itu. Dia meletak kedua tangannya ke atas meja. merapatkan wajahnya ke arahku. Dia menilik seluruh wajahku lalu kepalanya diangguk perlahan.

" Aku boleh nampak aura angau dekat muka kau ni? siapa lelaki bertuah dapat cinta kau, Sara?"

Aku tertawa kecil mendengar kata-kata dramatis Nadiah saat itu. Dan hari ini aku juga mahu berkongsi tentang perkahwinanku dengan Nadiah.

"Sebenarnya aku dah kahwin."

Meluas mata Nadiah tika itu. Terlopong mulutnya saat mendengar pengakuanku.

" Seriously!? Bila kau kahwin? dengan siapa?"

" Wo..woo.. Sabar. Banyak sangat kau tembak aku ni. Aku baru kahwin seminggu dengan...."

Saat itu aku melihat Nadiah memicingkan matanya.

" Dengan siapa? kau tak payah nak buat suspen la!" marah Nadiah. Makin terhibur aku dengan gadis ini.

" Cuba kau teka. Mana tahu doa kau termakbul." Nadiah mencebik.

" Kan Aku cakap kau kahwin dengan Nicolas Gon..." Kata-kata Nadiah terhenti dan terus dia memandang wajahku dengan mata yang makin meluas. Aku hanya tersenyum memandangnya.

" Oh my!" ujar Nadiah sambil menutup mulutnya.

" Kau? Nicolas Gonzalo?"

Aku mengangguk kepalaku dan makin meluas matanya saat itu.

" Aku nak berterima kasih dekat kau sebab doa kau, Allah makbulkan dan aku kahwin dengan Nicolas Gonzalo."

" Ka..kau.. Tak tipu kan?" soal Nadiah tergagap.

" Tak Nad, Aku dah kahwin dengan Nicolas." Ujarku sambil mengangkat tangan kananku dan jelas cincin yang tersarung di jari manisku menerpa penglihatannya.

"Awww!!! Masin mulut aku!" jerit Nadiah gembira sambil bertepuk tangan sehingga menarik perhatian beberapa pelanggan berdekatan tapi tidak gadis itu hiraukan.

" Nad! Tak perlu la excited sangat..." ujarku sambil menahan tangannya dari bertepuk. Nadiah hanya tergelak kecil.

" Gila kau tak excited. Tak sangka doa aku ni mudah makbul ek? Tapi sampai hati kau tak jemput aku!"Ujar Nadiah sambil menyilang tangannya ke dada. Muncung mulutnya tika itu. Aku hanya tersengih bersalah.

" Maafkan aku, Nad. Semua ni berlaku dengan cepat. Hanya keluarga dan orang terdekat je yang tahu." ujarku serba salah.

Aku melihat Nadiah tersenyum lalu dia mencapai tanganku.

" Aku gurau jela. Alah kenduri tak penting, yang penting kau dah selamat nikah dan majlis kau berjalan lancar. Dan aku sentiasa doakan kebahagiaan kau dengan encik Nicolas. eee... hebatlah la kau sampai encik Nicolas yang super hensem tu terpikat dengan kau! Rasa nak berguru dengan kau la" ujar Nadiah sambil menaikkan kedua keningnya serentak.

" Banyak la kau!" balasku malu.

" Cerita la macam mana dia pikat kau? Bila Encik Nicolas tu peluk Islam? No wonder la aku ada dengar yang GM group ada rules jika ingin adakan appointment. no alcohol and non halal involved. Aku ingat tu rumors je, rupanya betul! Cerita la Sara."

Aku tersenyum. Tak sangka ada gosip tentang Nicolas dan GM group. Aku terus menceritakan semuanya namun ada beberapa perkara yang kurasakan rahsia aku dan Nicolas biarlah ia terus disimpan. Sepanjang aku bercerita, bermacam bunyi yang keluar dari bibir Nadiah, wow..awww.. Uuu.. Semuanya teruja dengan sikap Nicolas yang nyata berbeza dari yang mereka lihat. Malah Nadiah juga seakan tidak percaya. Terpulang.

Sedang kami bercakap, aku dapat panggilan dari Nicolas menyatakan dia sudah selesai dengan kerjanya dan setelah memberikan lokasi, tak sampai dua puluh minit, dari cermin kaca aku melihat sebuah Mercedes Benz G class berwarna hitam yang cukup aku kenali berhenti di depan kafe ini. Dan aku lihat Nicolas keluar dari kereta dan memasuki ke dalam kafe SR ini dengan langkah yang cukup bergaya.

" Nasib kau la dapat laki hot. Kau tengok budak perempuan dekat hujung tu, dua kali toleh haa. " Bisik Nadiah kepadaku. Sempat aku menoleh ke arah gadis- gadis yang ku kira remaja senang memandang setiap langkah Nicolas.

" Assalamualaikum girls.." sapa Nicolas saat mendekat. Kami menjawab salam Nicolas serentak dan tanpa aku bersedia, Nicolas menghadiahkan kucupan di dahiku membuatkan Nadiah tersengih dan aku tersipu malu.

" Miss you, mi amor..." bisik Nicolas perlahan namun aku tahu Nadiah dapat mendengarnya kerana makin melebar sengihan gadis itu. Makin berbahang wajahku saat ini.

" Okay lah, memandang Mr Nicolas dah sampai nak ambil his beloved wife. Aku mintak diri dulu la. Sorry Mr Nicolas sebab culik wife you and nice to meet you." Ujar Nadiah sambil berdiri.

" Just call me Nicolas, Nadiah. Nice to meet you too." Balas Nicolas tersenyum nipis. Aku turut sama berdiri.

" Aku balik dulu, Sara. Nanti kita jumpa lagi tau" ujar Nadiah lalu memeluk aku erat.

" Aku sentiasa doakan kau bahagia dengan Nicolas." bisik Nadiah perlahan di telinga ku. Aku tersenyum lalu mengucapkan terima kasih.

Nadiah terus meninggalkan kami di situ dan setelah dia hilang dari pandangan kami, aku memandang Nicolas semula.

" Abang nak makan apa- apa ke? " soalku. Sempat aku menilik jam di tangan sudah hampir pukul tujuh petang.

" I'm starving but i love to eats home cook. Abang nak makan masakan isteri abang" ujar Nicolas tersenyum. Aku turut tersenyum mendengarnya. Sememangnya sejak seminggu lebih kami berkahwin, setiap hari aku akan masak untuk makan malam dan kebanyakkannya western food sebab Nicolas jarang makan masakan Melayu. Dan setiap kali itu juga pinggan Nicolas licin dan itu juga cukup membuatku bahagia.

Kami sama-sama melangkah keluar dari kafe setelah Nicolas menyelesaikan bayaran.

" Kalau Sara masak lauk melayu hari ini abang okay ke?" soalku. Tekakku hari ini teringin nak makan sambal udang.

" Up to you, mi amor. Abang akan makan apa yang wife abang masak." ujar Nicolas sambil membukakan pintu kereta untukku. Aku tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

Malam itu aku menyediakan masakan melayu. Sambal udang, sayur campur dan juga ayam goreng. Pada mulanya terlihat wajah terpaksa Nicolas makan nasi namun aku terharu saat melihat pinggannya tetap licin. Aku tahu Nicolas cuba walaupun dia tidak menyukainya. Tersenyum senang aku melihat kesungguhan Nicolas mencubanya.

Selesai makan malam, Nicolas hanya duduk santai di sofa sambil menonton tv. Jika sebelum ini, lepas makan malam je terus lesap ke bilik kerjanya. Selesai mengemas dapur aku melangkah ke ruang tamu dan nampak saja kelibat aku, terus Nicolas menepuk sofa tepinya mengisyaratkan aku untuk duduk disitu dan aku terus melabuhkan punggungku disebelahnya dan laju tangannya tarik tubuhku ke dalam pelukannya.

"Thanks abang..." ujarku sambil merenung wajahnya. Dia menoleh ke arahku.

" Why you thanks me?" soalnya hairan.

" Sara tahu abang cuba untuk makan masakan melayu walaupun abang tak biasa." Ku lihat dia tersenyum lalu dia mengucup tepi kepalaku.

" It's call tolerance, mi amor. Sayang cuba untuk terima dunia abang dan abang juga begitu. Abang mengaku yang abang tak biasa makan masakan melayu tapi tadi not bad, abang suka. As i said before mi amor, as long isteri abang yang masak abang makan semua. Dalam hubungan perlu toleransi saling melengkapi. I'm not perfect, so abang perlukan Sara untuk lengkapkan hidup abang."

Aku tersenyum mendengarnya. Jadi inilah hikmah disebalik aku bukakan hatiku untuk Nicolas. Ternyata Allah hadirkan aku seorang suami yang sangat baik!Aku mengenggam erat tangannya lalu membelainya perlahan.

" Terima kasih kerana cintakan Sara. Sara bertuah kerana Allah hadirkan abang dalam hidup Sara.." Luahku sambil merenung mata kelabunya itu.

" Abang pernah terbaca ada ayat yang macam ni, Carilah tangan yang sedia memegang saat kita jatuh, Carilah mata yang nampak kebaikan saat kita tak sempurna dan carilah hati yang sedia menerima saat kita susah. Dan abang nak tangan itu tangan Sara, mata itu mata Sara dan hati itu hati Sara. Abang nak isteri abang yang sentiasa ada dengan abang, hug me when I'm happy and sad..." ujar Nicolas membalas renungan mataku.

Aku tersenyum dalam sebak. Harapan Nicolas sangat tulus dan aku menjanji selagi Allah utuhkan nama Nicolas dalam hatiku, aku akan setia bersamanya.

" Sara isteri abang dan Selagi bernyawa, Sara akan setia bersama abang. I love you so much abang..." balasku. Saat itu terukir senyuman dibibir merah milik Nicolas sebelum bibir itu melekap dibibirku.

" And i love you more, mi amor." balas Nicolas perlahan. Saat itu aku dapat rasakan keinginan yang mula terbias. Dan terus saja tubuhku di cepung masuk ke dalam bilik yang bakal menjadi saksi cinta kami....

Genap sebulan usia perkahwinan kami dan sudah sebulan jugalah aku menjadi suri rumah. Kebosanan mula merajai hatiku sekarang. Sejak aku menerima lamaran Nicolas dulu aku membuat keputusan berhenti kerja di Terengganu. Yela, takkan lepas kahwin aku nak duduk sana sedangkan Nicolas di KL. Dan sekarang aku mula rasa bosan. Ingin saja aku meminta izin Nicolas untuk bekerja namun aku tidak tahu bagaimana ingin memberitahunya. Aku ingin bekerja dan tidak mahu hanya duduk di rumah walaupun aku tahu Nicolas lebih dari mampu namun aku ingin menikmati hasil titik peluhku sendiri.

Senang aku termenung memikirkan hal itu, tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang. Mujurlah aku tak bersilat kerana hidungku lebih laju menghidu wangian milik Nicolas. Satu kucupan singgah dipipiku dan aku terus menoleh memandang wajah kacak suamiku itu.

" Morning, Mi amor..." ucap Nicolas sambil tersenyum. Segar sungguh wajahnya saat itu.

" Morning, abang..." Balasku tersenyum. Nicolas melepaskan pelukannya lalu mencapai mug yang berisi kopi yang baru saja aku siap bancuh. Lalu dia menuju ke meja makan.

Hari ini Nicolas ringkas mengenakan suit biru dengan kemeja putih di dalamnya. Tiada tali leher yang terikat bermaksud tiada agenda penting yang dia akan hadiri hari ini. Itulah rutin Nicolas yang sudah dihafalku semenjak sebulan ini. Jika Nicolas bersiap kemas, pasti ada mesyuarat atau temujanji penting manakala jika penampilannya ringkas seperti sekarang ini, maksudnya dia hanya akan berada di pejabatnya saja. Namun walaupun ringkas, tetap terserlah aura kekacakannya itu. Amboi Sara, Puji suami sendiri Nampak! Tersenyum aku sendirian.

" Why are you smiling?" Soalan Nicolas membuatkan aku tersentak. Aku membalas senyumannya.

" Nothing, Hari ini abang takde appointment penting ke?" soalku.

" Tak ada. Hari ni abang nak settlekan few paperwork yang perlu disemak." Ujarnya sambil menyuap roti bakar ke mulutnya. Sempat Nicolas menyebut Bismillah dan itu membuatkan aku cukup gembira. Keislaman Nicolas sememangnya utuh di dalam hatinya.

" Erm Abang....." Panggilku perlahan.

" Yes, amor..." sahut Nicolas sambil melihat tab di meja.

" Kalau...ermm..Kalau.." Entah kenapa hatiku berbelah bahagi untuk menyuarakan hasrat hati aku.

Saat itu Nicolas mengangkat wajahnya memandangku. Keningnya berkerut tika itu. Dia menekan butang tepi tabnya lalu skrin yang bernyala itu terpadam.

" Anything you want to say, mi amor?" soal Nicolas merenung tepat ke mataku. Aku menelan air liurku saat melihat renungan itu. Bukan takut tapi serba salah tapi alang-alang dah buka mulut ni teruskan jelah!

" Ermm abang, Kalau Sara nak kerja boleh tak?"

Ku lihat kening Nicolas yang berkerut itu makin berkerut.

" Kerja?"

Aku mengangguk.

" Ya, Sara bosanlah duduk rumah ni sorang- sorang. Abang keluar kerja Sara tak tahu nak buat apa. Boleh tak kalau Sara kerja?" soalku lagi.

"Sayang... Abang lebih dari mampu untuk tanggung keluarga kita. Abang tak nak Sara penat dan stress." ujar Nicolas seakan menolak permintaanku secara halus. Bibirku yang melengkung naik itu mula mengendur. Aku tahu Nicolas mampu malah hartanya lebih dari cukup untuk tujuh keturunan pun tapi aku perlu lihat dunia luar juga dan tidak hanya duduk di rumah saja. Susah payah aku belajar sehingga dapat segulung ijazah dan aku ingin gunakan usaha aku itu. Tapi nampaknya Nicolas tak mengerti apa yang aku inginkan.

Aku tersenyum tawar lalu mengangguk kepalaku.

" Tak pelah. Forget about what i said." ujarku tersenyum. Wajah Nicolas ternyata tak menerima kata- kataku kerana tajam matanya merenung mataku. Baru saja dia ingin membuka mulut, deringan telefon bimbitnya membantut tingkahnya. Melihat nama pemanggil, terus saja dia menjawabnya.

" Hello, Pedro..."

................

" Okay, jumpa aku dekat office nanti." Ujarnya lalu menamatkan panggilan.

" i got to go, Mi amor. see you later.." ujar Nicolas lalu bangun. Aku turut bangun lalu mendekatinya. Walaupun hatiku masih lagi sedih akan penolakan Nicolas untuk aku bekerja, namun aku tidak harus tunjukkan kepadanya.

Nicolas memelukku lalu mencium dahiku lama.

" i love you so much. Take care and kalau sayang nak keluar, just call abang. Nanti abang suruh Zul datang." ujarnya. Aku hanya mengangguk kepala saja.

Setelah menghantarnya ke muka pintu dan melihat dia meninggalkan rumah, aku terus melangkah ke bilik bacaan. Baca novel jela yang aku inginkan saat ini. Walaupun Nicolas mengizinkan aku keluar tapi aku tiada hati ingin keluar. Lalu bilik bacaan di tingkat satu di tuju.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
.

Aku melangkah masuk ke dalam bangunan itu dan saat menunggu lif, ada beberapa staff menegur aku ramah. Sejak aku diperkenalkan sebagai isteri Nicolas, ini kali kedua aku datang ke sini dan bagaimana aku boleh berada di bangunan GM group? kerana tadi Nicolas menelefon aku untuk datang ke sini dan tak lama Zul dah terpacak di depan rumah.

Sesampai di ruang pejabat Nicolas, wajah Cassie menyambutku ramah.

" Hai Puan Sara, jemput masuk. Senor tengah meeting dan dia minta puan tunggu di dalam biliknya." Ujar Cassie ramah. Aku membalas senyuman PA Nicolas itu lalu melangkah masuk ke pejabat Nicolas.

Aku menutup majalah ditanganku lalu keluhan kecil dilepaskan. Sudah hampir setengah jam aku menunggu namun Nicolas tidak muncul jua. Sudah habis secawan kopi yang disediakan Cassie aku minum. Hatiku mula rasa sebal, dah tahu ada meeting kenapa suruh aku datang ke sini! Aku bangun lalu melangkah ke arah tingkap kaca yang memaparkan kotaraya Kuala Lumpur itu.

Sedang asyik melihat, aku terpandang satu ruang yang agak tersorok, laluan itu dipisahkan dengan langsir tebal berwarna hitam. Aku menjengah kepalaku dan lihat ada satu ruang kecil, mungkin boleh memuatkan dua atau tiga orang. Ada dua kerusi dan satu meja kecil antaranya. Aku terus melangkah ke arah itu dan saat berada disitu, aku dapat lihat pemandangan yang sangat cantik! Seakan sedang melihat sebuah lukisan yang besar. Aku terus duduk di kerusi itu sambil menyaksikan pemandangan dari cermin kaca itu. Mungkin ini ruangan Nicolas untuk melepaskan lelahnya penat bekerja. Pandai Nicolas mencipta ruangan ini. Pujiku dalam hati.

Sedang leka akan pemandangan itu, aku mendengar pintu dibuka dan di tutup. Mungkin itu Nicolas, terus aku berdiri ingin menyapa suamiku itu namun belum sempat aku melangkah. Aku dapat mendengar suara Nicolas seakan bercakap dengan seseorang. Aku cuba memasang telinga namun hanya bahasa ibunda bapa mentuaku kedengaran. Namun tak sampai sesaaat aku mendengar suara lelaki yang membalasnya. Pedro! Namun suara Nicolas yang kedengaran agak keras itu membuatkan aku kaku di situ.

" Sabar Nico, Kita tak boleh bertindak jika tiada bukti! mereka sangat licik!" Aku bersyukur sangat saat Pedro membalasnya dalam bahasa melayu.

" that bastard should be dead now!! Sesiapa pun mereka, i wouldn't let them touch my wife or my family even inch's, Pedro! Any scratch, they will face with Gonzalo's!!" balas Nicolas keras.

" they will face with me as well, Nico. Kita dah makin dapat siapa keparat tu tapi bukti belum cukup! mereka licik tapi tidak selicik kita. Dan Aku tak nak kau kotorkan tangan kau, you have your new life. Let me settle this. Aku akan lindungi keluarga kau seperti mana kau lindungi maruah keluarga aku dulu, Nico." Aku mendengar suara Pedro.

Kesetiaan Pedro kepada Nicolas amat aku kagumi. Pedro sangat menghormati agama Nicolas sehingga dia tidak mahu Nicolas terlibat tentang hal itu. Dan aku dapat lihat bahawa Nicolas amat mengambil berat terhadap amat buahnya terutama Pedro. Pedro ibarat bayang- bayang Nicolas dan sebaliknya. Dari perbualan mereka, aku dapat rasakan mereka berbicara tentang orang misteri yang menggugut Nicolas tempoh hari. Ternyata orang misteri itu bukan sebarangan orang sehingga Nicolas masih belum mampu menjejakkinya.

Dari suara Nicolas jelas dia dalam keadaan tertekan dan aku dapat rasakan dia sedaya upaya ingin mencari dalang semua ini!

" Kalau betul la si......"

Aku mendengar lagi namun tidak lagi kedengaran suara Pedro. Dia orang ni berbisik pulak ke?Dalam aku sedang memikirkan hal itu, tiba-tiba langsir tebal di tepiku diselak dan tika itu terpacul wajah Nicolas memandangku dengan kening berkerut. Aku yang tersentak itu terus tersengih memandangnya.

" Hai abang!" sapaku.

" Sayang? Buat apa dekat sini?" soalnya hairan. Soalan itu merujuk kepada kenapa aku di ruang itu atau kenapa aku ada di pejabatnya?

" Bukan abang yang suruh Sara datang office ke?" soalku kembali. Aku lihat dia seakan berfikir sebelum dia menepuk dahinya perlahan.

" Astagfirullahalazim.. I'm forgot. Bila Sayang sampai?" Soalnya sambil menarik aku keluar dari ruang itu lalu menuju ke sofa. Aku sempat melihat Pedro yang berdiri di sudut bilik. Pedro yang ringkas dengan jaket kulitnya dan berseluar jeans itu tersenyum melihatku dan aku membalas senyumannya itu.

" Dah hampir sejam. Cassie cakap abang ada meeting. Dah tahu ada meeting kenapa suruh Sara datang?" soalku dengan mula ingin bertukar kepada mode merajuk.

" I'm sorry, mi amor. last minute meeting. Abang tak tahu sayang ada di office. Masa abang masuk tadi Cassie tak ada di mejanya."

Patutlah Nicolas tak tahu kewujudan aku. Tapi bagaimana dia tahu aku ada di ruangan itu tadi?

" Because i saw empty cup on the table. And your handbag on sofa." Nampaknya Nicolas bijak meneka apa yang ada di fikiranku. Aku hanya mampu sengih mendengarnya.

" Hai Pedro. Apa khabar?" soalku saat memandang Pedro.

" I'm good, Sénora. How about you?" balas Pedro tersenyum.

" Alhamdulillah sihat..." balasku tersenyum.

" Good. and i can see happiness in both of oyur face" balas Pedro sambil memandang aku dan Nicolas silih berganti.

" and I'm happy too..." tambahnya lagi. Aku terharu manakala Nicolas beriak biasa.

" Don't happy because of us, find your own happiness, Pedro!" balas Nicolas selamba. Pedro hanya tersengih manakala aku dan berkerut kening memandang Nicolas. Kenapa cakap macam tu!

" Ouch... his words hurting me, Sénora!" balas Pedro berdrama. Tapi aku lihat Pedro tidak mengambil kisah dengan kata- kata Nicolas malah sempat lagi bergurau.

" Abang...."

" What? it's true mi amor. Ask him to be gentleman and confess what inside his heart to her! Tak padan dengan gangster tapi rela memuja dari jauh."

" Nico!" marah Pedro.

" wooo... Pedro ada crush to somebody? siapa bang?" soalku teruja. Saat itu aku dapat lihat Pedro menepuk dahinya sambil menggeleng kepala.

" She's is my......."

" Hola, mi amor!"

Saat itu tiga pasang mata kami memandang ke arah pintu yang baru dibuka dari luar. Saat itu susuk tubuh langsing memakai dress hitam paras betis masuk ke dalam bilik itu sambil tersenyum memandang kami bertiga. Aku dengan kening berkerut manakala Nicolas dan Pedro sudah meluas mata.

" Isabel!!"

" Ana!"

Saat itu aku mendengar Nicolas dan Pedro serentak menyebut dua nama berbeza.

"Hi, you must be Sara right?" Oh my! you're so beautiful!" Aku sudah tenggelam ke dalam pelukan gadis tinggi itu. Tubuhku sempat digoyang kiri dan kanan membuktikan gadis itu teruja berjumpaku. Aku yang masih terpingga-pingga itu memandang wajah Nicolas yang baru saja bertukar tenang itu.

" Mi amor, meet your sister in law, Isabel Ana. my one and only baby sister. And Ana, meet my lovely wife, Sara." ujar Nicolas saat memaut bahu Isabel.

Buat pertama kalinya aku dapat berjumpa adik iparku itu. Isabel sangat cantik. berbeza dengan Nicolas yang lebih kepada darah Spanish. Isabel terlihat wajah campurannya namun ia campuran yang sempurna!

" Hi Isabel!" sapaku.

" Family call me Ana. Dan akak pun kena panggil Ana!" ujarnya tersenyum. Bahasa melayu Isabel kedengaran agak pelat sikit namun dia agak fasih.

" Bertuah punya adik. Kenapa tak beritahu nak balik?!" marah Nicolas.

" Saja nak buat surprise. I miss you a lot and I'm too excited to meet my sis! Now i know why my brother happy now!" ujar Isabel senyum mengusik kepada Nicolas.

" Si, Ana!" Balas Nicolas sambil menjuling mata ke atas. Aku tersenyum melihat reaksi dua beradik itu. Nyata Isabel seorang yang cheeky dan Nicolas pula selaku anak sulung dia lebih serius.

Saat itu mata Isabel menoleh ke arah Pedro yang hanya diam dari tadi. Aku turut memandang arah lelaki itu namun entah kenapa wajah Pedro seakan sedang menahan marah. Tajam pandangannya menikam wajah Isabel.

" Aku keluar dulu.." Tanpa menanti balas, Pedro terus meninggalkan bilik itu. Isabel kulihat tersentak.

" quiero ver a pedro " Ujar Isabel kepada Nicolas dan suamiku itu hanya mengangguk lalu Laju Isabel turut meninggalkan bilik itu.

Aku seakan tahu apa yang dibicarakan Isabel saat itu.

" Ana nak jumpa Pedro." ujar Nicolas menterjemahkan untuk aku. Aku menoleh ke arah Nicolas. Dan dari riak wajah Nicolas itu aku seakan tahu bahawa...

" Si, mi amor. Pedro loves Ana." ujar Nicolas sambil memaut pinggangku. Ternganga aku mendengar kata-kata Nicolas itu. Tak sangka Pedro memendam rasa kepada adik Nicolas.

" Ana tahu?" Nicolas menjungkit sebelah bahunya.

" Bodoh la kalau Ana tak sedar. Pedro dah bersama abang dekat sepuluh tahun. Kami boleh dikatakan membesar bersama dari ayah Pedro masuk dalam kumpulan Zalos dan ayah dia jadi orang kepercayaan daddy dulu. Dan Pedro dibesarkan bersama kami. dulu Pedro sentiasa lindungi Ana lebih dari abang mampu buat."

" Then kenapa Pedro tak luahkan perasaan dia pada Ana?"

" Sebab Ana pernah bercinta dengan orang lain dulu. Then dia fikir Ana hanya anggap dia sebagai kawan saja." balas Nicolas lagi.

" Macam tu pulak. Ana masih bercinta dengan lelaki tu?" Nicolas menggeleng kepalanya.

"Then Pedro should be happy dapat jumpa Ana tadi Tapi kenapa Pedro macam marah je." soalku hairan.

" Mi amor.... Kami dah bertahun tak jumpa Ana. Even kita kahwin abang tak benarkan Ana balik Malaysia. Dan abang pun terkejut bila Ana muncul tadi tapi first of all I'm happy to see my sister again. Pedro pula dia risaukan keselamatan Ana. Musuh Zalos sentiasa cari peluang untuk hapuskan kami. Tak dapat abang, dia cari keluarga abang. Dan abang tak nak sayang dan Ana jadi mangsa... i can't afford to lose both of you, especially you, mi amor." keluh Nicolas menarik aku ke dalam pelukannya. Aku membalas pelukan itu dengan erat. Aku juga tidak mampu untuk kehilangan Nicolas.

" Walau apapun terjadi Sara tetap akan jadi isteri abang dan setia bersama abang. Walau apapun terjadi cinta Sara hanya untuk Nicolas Gonzalo." balasku dalam pelukannya.

Nicolas mengucup kepalaku lembut.

" I know. And i love you even more, mi amor.." Balas Nicolas.

Aku melonggarkan pelukan lalu aku mendongak memandang wajah Nicolas.

" Tadi Sara dengar abang borak dengan Pedro. Abang dah tahu ke siapa orangnya?"

Aku dapat rasakan tubuh Nicolas menggeras sesaat. Dia membalas renungan aku dengan lembut.

" Tak ada bukti lagi, sayang. But we'll trying to get the evidence. sooner or later we will get that culprit!" Balas Nicolas lagi.

" Siapa yang abang syak? kita kenal ke?"

Tersentak Nicolas saat itu. Dia cuba mengawal riak wajahnya dengan memberi senyuman lebar kepadaku.

" forget about that, Sayang nak tahu kenapa abang panggil sayang datang office?" Aku mengerutkan keningku, aku tahu Nicolas cuba mengubah topik perbualan kami namun aku juga tertarik ingin tahu kenapa aku diminta datang lalu aku menggeleng kepala.

" i wanna offer you something. Sayang cakap sayang nak kerja kan? i got job offer for you.."

" Hah?" meluas mataku saat itu lalu wajahku bertukar teruja. Namun sesaat kemudian senyumanku mengendur.

" Sara tak nak jadi setiausaha abang!" ujarku membuatkan Nicolas tertawa.

" Oh No! baru nak offer jawatan tu. Tapi abang tahu isteri abang ni akan tolak. So Saya nak offer puan Sara Gonzalo kerja di bahagian Finance GM Group."

" Seriously?"

Nicolas mengangguk. Dia mengenggam kedua tanganku.

" Syarikat ni perlukan seorang staff di bahagian finance dan abang dah fikirkan tadi, abang tak nak isteri abang stress kerja tapi kalau sayang bosan pun nanti boleh buatkan sayang stres so i think you the best candidate to fill this job. Cuma pergi dan balik kerja kena dengan abang. No overtime or stayback!" ujar Nicolas tegas.

Tersenyum aku mendengarnya. Lalu tubuhnya kupeluk erat.

" Gracias, mi amor!" ujarku. Dan saat itu aku melihat senyum lebar di bibirnya.

"Pedro!!"

Langkah Pedro terhenti namun dia tidak menoleh ke belakang. Bunyi tumit kaki makin kuat menandakan dia makin dekat. Keluhan kecil dilepaskannya. Sebelum dia merasakan tubuh langsing itu berada di tepinya.

" After a while, i thought I'm was dead to you." Perli Isabel sambil menyilang kedua tangannya di dada.

" Why you come here, Isabel?" Soalnya menoleh memandang wajah cantik itu.

" Saya tak nak bersembunyi lagi, Pedro." balas Isabel dalam bahasa Spanish. Saat itu Pedro mengeluh lagi.

" Awak tahu tak nyawa awak dalam bahaya sekarang ni! Nico dah beritahu awak yang musuh Zalos sedang cuba balas dendam. Setelah bertahun dan sekarang awak sengaja dedahkan diri awak kepada bahaya!" Marah Pedro. Entah kenapa dia tidak mampu bersabar saat ini. Kemunculan Isabel makin mengeruhkan keadaan. Dia pasti musuh mereka mengetahui kepulangan Isabel.

Berubah riak Isabel saat itu. Berair matanya saat Pedro memarahinya.

" I thought you were happy to see me! I miss you Pedro! But I'm wrong! You already forget me!!" jerit Isabel sambil menangis. Selain Nicolas, dia juga rindukan Pedro. Bertahun tidak bertemu dan hidup seorang diri membuatkan dia seperti sebatang kara. Kerana itulah dia curi- curi lari bodyguard nya di UK dan terbang balik ke Malaysia. Dia menoleh untuk pergi kerana kecewa. Namun baru selangkah, tangannya di sambar lalu tubuhnya dipeluk dari belakang.

" I miss you, silly girl!" Suara pedro kedengaran di tepi telinganya saat itu. Dan bibir Isabel mula menguntum senyum...

' i miss you too, naughty boy'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience