Bang!
Bang!
Dia mencampak pistol ke arah anak buahnya dan sarung tangan ditanggalkan dan dicampak ke lantai. Dengan riak wajah selamba dia menjeling sekilas ke arah sekujur tubuh kaku di atas lantai.
" Settlekan bangkai tu!" Arahnya kepada anak buahnya. Lalu dia melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Nico!"
Dia menoleh ke arah kanan. Saat itu Pedro menghampirinya.
" Something is not right! Aku dapat info mereka tengah aim dia!"
Saat itu Pedro mula melihat wajah Nicolas menegang.
"Kau hantar orang! Aku tak nak mereka sentuh dia walau secuit pun! kalau tak hancur kepala dia orang aku kerjakan!!"
" Baik!"
Pedro mengangguk, dan saat dia ingin berlalu dari situ tiba-tiba suara Nicolas membuatkan langkahnya terhenti.
"Creo que ha llegado el momento de que sea mío. Cuál es tu opinión?"
Pedro menoleh memandang Nicolas yang sedang memandang ke arahnya.
" buat masa sekarang aku rasa bukan masa yang sesuai. Kehilangan dia akan membuatkan semua jadi huru hara. Sikit masa lagi Nico"
Nicolas hanya memandang Pedro saat itu. Lalu dia juga melangkah ke arah pintu keluar dan tika dia muncul terus anak buahnya membukakan pintu kereta untuknya. Zul yang mengambil tugas mengiringinya turut sama melangkah masuk ke tempat duduk penumpang di hadapan.
"Office.." ujarnya sepatah dan terus pemandunya mengangguk.
Dia terus menukar bajunya kepada kemeja berwarna hitam yang elok tergantung di pemegang di sebelah kirinya. kemeja dibutang dengan kemas dan tali leher berwarna navy blue dililit di lehernya. Tshirt hitamnya yang dia pakai tadi terus dicampak ke lantai kereta. Selesai, dia terus membetulkan rambutnya lalu Tab di kerusi sebelah diambil. Penampilannya terus berubah tiga ratus enam puluh darjah cuma riak wajahnya masih sama. beku dan tidak berperasaan. Dalam sisi seorang usahawan muda dan pewaris kepada Gonzalo's, ada satu sisi lain yang orang biasa tahu. Hanya dia, anak- anak buahnya serta orang yang terlibat dengan kancah itu saja yang mengenali dirinya yang satu lagi. Dan yang pasti, sisi itu di sembunyikan dengan cukup baik.
Sedang dia melihat segala email di Tabnya, tiba-tiba kereta berhenti membuatkan dia hampir terdorong ke depan. Baru saja dia ingin memarahi anak buahnya itu, namun suara Zul mula kedengaran.
" Senor!"
Dan saat itu dia terus melihat sebuah kereta berhenti betul- betul di depan keretanya. Dia cukup kenal akan kereta itu. Malah saat susuk tubuh keluar dari kereta itu dia sudah menjangkakan bahawa lelaki itu pasti datang mencarinya. Dengan wajah tenang, dia menjatuhkan cermin tingkap di sebelahnya.
" Nicolas Gonzalo!"
Dia menoleh ke arah empunya suara itu. Wajahnya tetap tidak merasa teruja malah gementar akan kemunculan wajah itu.
"kau saja cari pasal dengan kami kan!" marah lelaki berbadan agak besar di sebelah keretanya.
"aku takkan kacau orang kalau orang tak kacau aku. you know me very well, right Don?" soal Nicolas. Matanya terus beralih menatap tab di tangannya itu.
" Aku tahu kau dah bunuh orang aku! Kau memang tak guna Nico! Kau ingat kau berkuasa hah!!" marah lelaki bernama Don lagi.
Senyuman sinis terbias dibibir Nicolas. Terus matanya dikalih ke arah Don sekali lagi dan pandangan tajam itu tepat menikam mata Don.
" As i said before! Kalau ada anak anjing cuba masuk sarang aku dan dia buat tahi di kawasan aku, kepala dia aku... bang!bang!" ujar Nicolas sambil membuat aksi tempat ke arah Don menggunakan jarinya.
" Aku malas nak ulang banyak kali, cuma aku nak bagi last 'friendly' advice dekat kau dan anak- anak buah kau! jangan terlalu berani kacau aku, kau buat busuk kau tanggung akibatnya!! Remember Don, you know what i can do and aku boleh buat kau hilang semua anak buah kau dalam masa sesaat. just try me,Don" ugut Nicolas tegas.
Terdiam Don saat itu. Siapa tak kenal dengan Zalos group. Mereka gangster tapi sebuah kumpulan yang sangat licik. Zalos tidak akan berurus niaga dengan sebarangan orang dan mereka mempunyai pelanggan setia dari segenap dunia terutama di Sepanyol.Tidak dapat dinafikan kumpulan mereka merupakan kumpulan paling terpengaruh dalam dunia pasaran gelap terutama dalam urusniaga senjata api.
pemandu Nicolas terus menekan minyak lalu meninggalkan tempat itu dan Don hanya mampu menahan amarahnya saat itu. Buat masa sekarang dia tidak mampu melawan Nicolas namun dia tahu, setiap orang pasti ada kelemahannya. Walaupun dia ada mendengar bahawa telah ramai yang cuba namun gagal tetapi Dia akan cari apa kelemahan seorang Nicolas Gonzalo dan saat itu dia tidak sabar melihat kejatuhan Zalos!
................................
Aku mencapai beg galas kecilku itu. Jam di pergelangan tangan kiriku di tilik. Sebuah keluhan dilepaskan untuk kesekian kalinya. Balik lewat lagi hari ini. Tapi tak boleh nak komplein lebih kerana sekarang hujung bulan dan bahagian kewangan sedang sibuk untuk membuat closing account. Jika di lihat masih ada beberapa staf yang masih bekerja. Tanpa menunggu lagi aku terus melangkah keluar dari pejabat itu. Sekarang pun dah pukul lapan malam, aku harus pulang cepat kerana bila- bila masa ibu akan menelefonnya dan yang pasti jika ibu tahu aku pulang lewat mesti ibu akan buka hikayat bebel dia tu.
Aku berjalan agak laju menuju ke stesen lrt yang berdekatan dengan pejabatku itu. Tiba-tiba bulu romaku meremang, rasa seperti diri diperhatikan dan sempat juga aku menoleh ke kiri kanan jika ada sesiapa namun tiada apa. Mujurlah hari ni tergerak hati ingin memakai sneakers walaupun berbaju kurung.
Pin!
Hampir saja aku buka silat dekat tepi jalan saat terdengar hon dari belakang. Laju kepalaku berpusing dan saat itu sebuah kereta hitam berupa jeep berlogo Mercedes menghampiri dan berhenti di sebelahku. Aku mengerutkan keningku kerana sememangnya aku tidak mengenali sesiapa yang memilikki kereta mewah itu. Saat cermin di bahagian hadapan diturunkan dan wajah Pedro yang sedang tersenyum manis membuatkan kerutan di wajahku mengendur.
" Hai Sara..."
Tersenyum aku mendengarnya. Kerana apabila lelaki itu menyebut namaku terus terdengar bunyi pelat Sepanyol lelaki itu.
" Hola Pedro!" balas aku teruja.
tertawa kecil Pedro saat itu. Lalu aku lihat dia keluar dari kereta itu. Aku melihat penampilan lelaki itu. Tetap segak walupun hanya berkemeja putih dan seluar blueblack. lengan kemeja pula sudah dilipat hingga ke siku, menyerlahkan lagi lengannya yang agak sasa itu.
" Nak pergi mana? "
Soalan dari Pedro membuatkan aku memandang ke wajah lelaki itu.
" Baru balik dari office"
" Lewatnya!?" ujar Pedro setelah melihat jam ditangannya.
Aku hanya tersengih.
" Sekarang kan hujung bulan, so busy sikit. Awak dari mana?" soalku. Sempat mataku menjeling ke cermin bahagian belakang jikalau ada bos lelaki itu namun cermin yang gelap memusnahkan harapanku.
" Saya baru lepas dinner dengan klien. Jom la saya hantar awak balik rumah" pelawa Pedro.
"Eh! Takpe, Saya boleh balik naik LRT."
" Bahaya anak dara macam awak balik rumah malam- malam macam ni. Dan saya dah terserempak dengan awak disini dan tidak bertanggungjawab bagi seorang lelaki jika tidak melindungi awak. Ke awak tak percayakan saya?" soal Pedro sangsi.
" bukan, Saya percayakan awak tapi saya tak nak menyusahkan awak. Lagipun mesti awak dah penat. Susahkan awak pulak nak hantar saya" balasku.
Sememangnya aku segan untuk menerima pertolongan dari Pedro. Kami baru kenal dan aku tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan.
tiba-tiba cermin di pintu bahagian belakang diturunkan dan hampir melompat aku saat melihat wajah bos Pedro,Nicolas sedang memandang tajam ke arah kami berdua. Terus terkaku aku saat itu.
" Cuánto tiempo tengo que esperar, pedro? ¡darse prisa!" Suara garau lelaki itu mula kedengaran.
" Si, Senor!" Balas Pedro sambil menundukkan kepalanya sedikit.
Apa yang dibicarakan mereka memang sepatah pun aku tidak faham dan selepas Pedro membalas kata Nicolas, terus saja dia membuka pintu bahagian belakang itu dan matanya terus memandangku.
" Silakan, Sara..." Meluas mataku. Aku tidak menyatakan persetujuan pun untuk dia menghantarku. Dah la dengan pakej bosnya sekali pulak tu.
" Err..tapi..."
"please...Saya rasa tak tenang kalau biarkan Sara balik sendiri" rayu Pedro lagi.
ini yang lemah bila muka kacak Pedro mula buat muka kesian. Orang nak bantu pun kau nak sombong ke Sara?
" Miss Sara, please hurry up! i don't like to waste my precious times" Saat itu aku melihat Nicolas bersuara lagi dan saat itu matanya tak lepas melihat telefon bimbit ditangannya.
Dan saat itu aku mula melihat wajah serba salah Pedro. Akhirnya kerana tidak sampai hati mengecewakan Pedro, aku melangkah masuk ke dalam kereta. Pedro tersenyum senang lalu dia menutupkan pintu untukku dan laju dia masuk ke bahagian sebelah pemandu. Rasa kekok mula dirasakan saat itu kerana terpaksa duduk di sebelah Nicolas. Lelaki itu pula masih fokus kepada telefonnya malah menganggap aku tidak wujud disitu. Aku pula nak tarik nafas pun rasa segan. Bau wangian yang aku yakin milik Nicolas mendominasi ruang kereta itu. Wangi! kalah wangian victoria secret aku! yela harga sebotol wangian lelaki itu mungkin boleh beli berpuluh botol wangian aku.
" Rumah Sara dekat mana?"
Suara Pedro memecah kesunyian kereta itu. Laju mataku memandang ke hadapan.
" Er... Perumahan Taman Seroja, Ampang"
" Owh... Dekat jela. mungkin dalam dua puluh minit dari sini" Balas Pedro lagi.
Dan selepas itu senyap lagi. Dan tika itulah sesuatu yang memalukan terjadi.
Kriukkkk!!
Meluas mataku saat itu. Dan reaksi spontan, laju tanganku naik menekap perutku. Saat itu aku dapat rasa mata Nicolas memandang ke arahku. Buktinya, aku dapat menangkap kepala Pedro menoleh ke belakang sekilas. Aku tidak berani menoleh kerana wajahku sudah pasti berubah warna saat ini. Time macam ni la perut kau nak berkeroncong Sara oii! Itulah bahananya kalau skip lunch tadi. tapi aku bukan sengaja, disebabkan banyak laporan harus disiapkan aku mengorbankan waktu break aku.
"pedro, ve al hotel más cercano" Suara Nicolas kedengaran. Dan sememangnya aku hanya mampu mendengar sahaja.
" Si,Senor!"
" Err.. Sara, boleh tak awak ikut kami sekejap. Saya nak bawa Senor Nicolas ke satu tempat sekejap" ujar Pedro.
"boleh- boleh takde masalah. Takpun drop je saya dekat mana- mana. Saya boleh balik sendiri je" cadangku.
" It's okay. Sekejap je. Saya dah janji nak hantar awak kan" ujar Pedro dan selepas itu aku hanya diam dan ikut saja kehendak Pedro.
Tak sampai sepuluh minit, Kereta berhenti di sebuah hotel mewah. Mungkin Nicolas ingin berjumpa seseorang. Orang terpengaruh sepertinya pasti sibuk walau di malam hari.
Dan saat itu pintu di sebelah Nicolas dibuka oleh pemandunya dan saat itu dia terus melangkah keluar. Aku hanya melihat saja lelaki itu keluar namun tiba-tiba pintu di sebelah aku pula dibuka oleh Pedro.
" Jom, Sara" Ajak Pedro.
"Hah? nak pergi mana?" Soalku terpingga-pingga. Yela, aku menyangka kami hanya tunggu di dalam kereta sahaja.
" Senor Nicolas akan ambil masa sikit. Apa kata kita tunggu di dalam."
Aku yang mendengar bagai lembu dicucuk hidung hanya mengikut saja dan mengekori langkah Pedro dan Nicolas dari belakang. Dan saat kami masuk ke dalam hotel tersebut, dapatku lihat banyak mata memandang ke arah kami atau ke arah Nicolas sebenarnya. Mesti mereka teruja melihat usahawan muda seperti Nicolas Gonzalo membuat grand entrance di hotel tersebut. Dan aku yakin, Nicolas sedikitpun tidak menghiraukan pandangan tersebut.
Aku pula hanya mengikut langkah panjang lelaki berdua itu sehinggalah kini kakiku melangkah masuk ke cafe hotel tersebut. Hidungku laju menangkap bau yang cukup menyelerakan dan ia membuatkan perutku bertambah lapar.
" Jom kita duduk sana." Ajak Pedro.
Saat itu baru aku sedar bahawa Nicolas sudah jauh berlalu ke arah lain. Aku dapat lihat Nicolas duduk di satu meja exclusive. Mungkin dia sedang menunggu seseorang. Aku pula terus mengekori langkah Pedro ke satu sudut yang bertentangan.
Kami duduk dan saat itu pelayan datang menghampiri.
" Espresso for me" ujar Pedro.
dan Saat itu mata pelayan beralih kepadaku.
"Its okay.." Aku menggeleng.
"Sara, awak boleh order apa yang awak nak. Lagipun tak pasti berapa lama Senor akan duduk sana. Awak mesti lapar kan? Order je makanan.. jangan risau, bos belanja" ujar Pedro.
"Tapi..."
" Takde tapi- tapi. Saya takut selagi awak tak makan selagi tu la kita dekat sini"
"Hah? Maksud awak?"
Pedro tidak membalas pertanyaanku malah menu ditanganku ditarik lalu dia membaca menu itu.
" Makan seafood?"
aku angguk.
" Spicy or not?"
"spicy.."
" Juice?"
angguk lagi.
Pedro menutup menu lalu dia meletakkannya di tepi.
" one spicy seafood oglio olio and one watermelon juice"
pelayan mengangguk lalu dia mencapai buku menu dan terus berlalu.
" Hope you like what I'm ordered for you."
Untuk aku? aku tersenyum lalu mengangguk.
" Saya suka oglio Olio. Thanks Pedro"
"with my pleasure, Sara" balas Pedro mengenyitkan matanya.
tertawa kecil aku. Pedro layan aku macam kami tengah dating sedangkan kami disini hanyalah kerana menunggu Nicolas selesaikan kerja.
"So Sara, Dah berapa lama awak intern di sana?"
Aku menelan spaghetti di dalam mulut aku.
" Dah dekat lima bulan..so kalau ikut perkiraan hujung bulan depan saya habis intern."
" Lepas tu awak ada rancang nak kerja di mana- mana syarikat ke?"
" tengah duk cari juga. Saya nak apply je, ada rezeki nanti ada la"
Pedro mengangguk. Dia menghirup kopi perlahan.
" Awak tak nak try apply di syarikat Senor Nicolas? Rasanya ada beberapa kekosongan tapi saya tak pasti jawatan apa"
" Kalau ada peluang dengan kelayakkan saya, nak juga saya cuba."
" Kalau macam tu nanti saya tanya HR jika ada jawatan yang sesuai dengan awak then nanti saya boleh rekemen nama awak" ujar Pedro membuatkan senyuman aku melebar.
" Seriously Pedro? thank you so much! i appreciate it" balas ku teruja.
" no problem. Lagipun saya yakin awak sangat sesuai bekerja dengan syarikat kami" balas Pedro lagi.
" Awak tak takut ke saya ni pemalas?" usikku lagi. spaghetti terakhir terus aku suap ke mulutku. Dalam tak sedar licin sepinggan spaghetti dimakan olehku.
Pedro tertawa kecil.
" Well, kalau awak berani nak menjawab dengan big boss sana tu try la buat" balas Pedro lagi.
Saat itu aku sempat menjeling Nicolas yang berada dihujung sana. Dari tadi aku lihat tiada siapa pun yang datang ke meja lelaki itu kecuali beberapa perempuan yang seakan singgah beberapa saat. Mungkin para wanita itu tertarik dengan Nicolas dan cuba untuk berkenalan dengan lelaki itu. well, siapa yang tak tertarik dengan wajah kacak sebegitu malah hartawan muda yang memilikki segalanya. Saat aku ralit merenungnya tiba-tiba mata kami bertembung dan saat itu aku lihat Nicolas tidak lepas memandang ke dalam mataku. Terus aku melarikan pandangan. Aku dapat rasakan wajahku berbahang saat itu. Terkantoi pulak usyar dia!
" Pedro, mana toilet?" soalku memandang Pedro.
" Sana, awak jalan terus je. Awak okay ke,Sara? kenapa muka awak merah" soal Pedro pelik.
" er...o..okay je, saya ke toilet sekejap ya" dalihku.
Pedro hanya mengangguk lalu aku bangun dari kerusi dan terus mencari tandas dan aku yakin, sejak aku bangun tadi mata Nicolas tidak lepas memandang ke arahku. Laju langkah kakiku menuju ke arah tandas dan saat itu hampir saja aku terlanggar dengan seseorang yang kebetulan baru keluar dari tandas lelaki.
" I'm sorry..." ujarku lalu laju masuk ke tandas wanita.
Hampir lima minit aku duduk di dalam tandas cuba meneutralkan wajahku kembali. Entah kenapa jika dengan Nicolas,laju saja aku gementar dan gugup. Mungkin aura lelaki itu membuatkan aku takut. Tapi, adakah aku benar- benar takut dengan Nicolas? aku pun bingung.
Setelah aku yakin wajahku sudah okay, aku mula melangkah keluar namun baru saja aku menolak daun pintu, tiba-tiba tanganku ditarik dan satu tangan asing menekup mulutku. Terus jantungku berdegup kencang saat itu. Dan saat mataku menangkap wajah itu, meluas mataku kerana ia adalah Nicolas!
Nicolas menarik aku masuk ke tandas OKU dan setelah kami masuk dia trus menekan kunci di pintu. hanya sebelah tangannya membuat kerja manakala sebelah lagi tetap utuh menekap mulutku. Aku yang masih dalam riak terkejut hanya mampu kaku disitu.
Nicolas menarik aku rapat kepadanya dan badan kami hampir bersentuhan. Hampir.
"Shhh.. don't voice any sound or we' re dead!" Nicolas membisik betul- betul di tepi telingaku. Hampir meremang bulu romaku saat itu.
Namun tak sampai beberapa saat aku dapat menangkap bunyi riuh diluar. Ada jeritan kecil suara perempuan dan saat pintu tandas OKU yang kami duduki itu cuba dibuka dari luar membuatkan jantungku bertambah laju berdetak. Dan saat itu juga aku rasakan tubuh Nicolas makin rapat ke arahku.
" Kau ni bodoh ke apa! tak baca dekat pintu tu gantung out of service! tandas rosak la tu! takkan la diaorang boleh masuk dalam tandas y berkunci! "
saat itu aku mendengar suara itu dari luar. Dan tak lama lepas itu tiada lagi kedengaran sebarang bunyi dari luar. Nicolas terus menjarakkan tubuhnya dariku namun dia masih tiada tanda-tanda ingin keluar dari tandas itu.
" Encik.. Siapa mereka? apa yang mereka nak?" soalku berbisik.
Nicolas menoleh ke arahku dan dia mendekatiku. makin rapat sehinggalah kedua tangannya berada di kanan dan kiri kepalaku. Matanya tajam merenungku.
" looking for their Buruan!" Bisik Nicolas membuatkan aku terkaku.
' Buruan?'
setelah lama bercuti ditambah sekarang dengan musim demam menjadi-jadi.. ce harap semua jga diri elok2 dluar sana... maaf andai update ini ad terkurang... agak2 betul ke Nico pergi hotel tu ada keje?? hehehe
Share this novel
lama tunggu tqvm update xsabar nk tggu bab seterusnya.