Aku melangkah keluar dari stesen lrt yang berdekatan dan terus kakiku melangkah. Hari yang memenatkan bagiku. Siapa cakap budak intern tak banyak kerja? hampir tiga bulan aku melakukan praktikal dan pabila Kerja di syarikat besar lagi banyak tugasan, nak- nak kalau kau ni seorang budak praktikal lagi la mereka buli kaw- kaw punya! Dengan alasan boleh timba ilmu dan pengalaman banyak- banyak. Acik dia! nasib baik la sekeping hati seorang yang bernama Nur Sara binti Razi ni masih ada iman, jadi bersabar lah dengan sikap orang yang suka mengambil kesempatan. Namun ada juga yang banyak membantu diriku ini sebab itu setiap ujian aku dibuli pasti ada hikmahnya dengan dikurniakan rakan sekerja yang baik hati seperti Kak Gee dan Nadiah.
Dan seperti hari ini, dek kerana terpaksa menyiapkan laporan, aku terpaksa balik lambat dan akhirnya terlepas bas terakhir yang masuk ke kawasan rumah yang aku sewa. Dengan berbaju kurung cotton, dan menggalas beg aku berjalan di laluan penjalan kaki yang tersedia ditepi jalan di waktu yang menghampiri isyak ini. Mujurlah jarak tidak terlalu jauh.
Lahir dan membesar sebagai anak yatim piatu membuat aku hidup berdikari dari kecil namun aku dikurniakan rezeki yang tidak putus- putus. Tinggal bersama bapa dan ibu saudaraku yang sangat baik dan sudah ku anggap seperti ibu bapaku sendiri membuatkan hidup aku cukup seadanya. Abah dan Mama meninggal kerana kemalangan jalan raya dan mungkin umurku panjang, Hanya aku yang terselamat ketika itu.
Dan selepas itu, ibu dan bapa saudaraku yang kini ku panggil ayah dan ibu dengan rela hati menjagaku hingga sekarang.Malah, oleh kerana mereka hanya mempunyai anak lelaki, dan haruslah aku jadi puteri dalam keluarga mereka. Jadi abang- abang sepupunya hanya mampu redha saat aku dimanjakan, Ahaks!
Tapi itu tidak bermakna bahawa aku harus lupa siapa aku yang sebenarnya. Malah aku sentiasa bersyukur saat ibu dan ayah tidak lokek memberikan aku kemudahan sehingga aku mampu menggenggam segulung ijazah. Dan paling penting, mereka membuatkan aku dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Kini mereka la nyawaku dan kasih sayang yang dilimpahkan kepadaku cukup bermakna.
Ting!ting!
lamunanku tersentak lalu poket baju kurungku disebelah kanan diseluk. telefon bimbit di keluarkan. Tertera nama ibu. Aku tersenyum lalu butang hijau diskrin ditekan.
" Assalamualaikum ibu..."
…............
" Haah, Sara baru balik kerja. Tengah jalan balik rumah."
................
" Sara dah solat maghrib dekat office tadi
ya ibu, ibu jangan risau dah nak sampai selekoh masuk ke taman dah ni.."
................
Aku tersenyum saat itu. Ibu sentiasa risau jika aku berseorangan.
" ya ibu... insyaallah Sara sentiasa dilindungi. Berkat doa ibu dan ayah.." Balasku lembut.
Bang!!
Tersentak aku saat mendengar bunyi rempuhan kuat. Laju kepalanya menoleh ke arah depan dan saat itu membulat mataku apabila melihat sebuah kereta yang terbabas melanggar pokok dan hampir terbalik itu.
" Ibu! Sara letak dulu ya, ada hal..... assalamualaikum"
Tanpa menunggu balas salam dari ibu terus Aku bergegas menghampiri kereta yang sudah remuk itu. Lalu aku mengintai dari cermin pintu kereta yang sudah pecah itu. Saat itu aku melihat ada tiga orang. Dua di depan dan seorang dibelakang. Kesemuanya berlumuran darah. Melihat dari wajah mereka, dua diantara mereka berwajah warga asing dan Lelaki di sebelah pemandu itu berwajah melayu. Masing-masing sudah kaku tidak bergerak.
Namun tiba-tiba mataku sempat menangkap pergerakan lelaki di belakang itu. Wajah yang berlumuran darah itu ku pandang.
"ayúdame por favor"
Suara lelaki itu berbisik cukup perlahan namun aku masih mampu mendengarnya. Walaupun tidak faham bahasa apa yang digunakan namun aku seakan mengerti bahawa lelaki itu seperti inginkan bantuan. ini kerana lelaki itu mengangkat tangannya seakan ingin mengapaiku.
Saat itu aku cuba membuka pintu kereta itu namun disebabkan sudah remuk, ia agak menyukarkan aku. Dengan segala kudrat yang ada aku menarik namun tidak berjaya.
" it's really hard to open this door!" ujarku kepada lelaki yang melihat aku dengan mata yang separuh terbuka. Saat itu aku perasan bahawa lelaki itu tidak lepas memandangku dan itu membuat aku lagi serba salah.
Aku mula berfikir macam mana cara untuk membantu keluarkan lelaki itu dari kereta. Mungkin disebabkan pintu itu masih berkunci dan dia harus membuka kunci itu dari dalam. Dan tiba-tiba, Allah seakan memberi aku jalan lalu laju aku melilit tanganku dengan lebihan selendang Dan dengan lafaz bismillah aku memecahkan cermin tingkap itu bagi memudahkan aku membuka lock pintu kereta itu.
Setelah berjaya aku terus membuka pintu itu. Dan terus membantu lelaki tersebut keluar. Aku memapah lelaki itu ke tepi jalan, agak jauh dari kereta tersebut. Setelah berjaya, Aku ingin membantu dua lelaki di bahagian depan pula namun saat ingin bangun, tiba-tiba lelaki itu memegang tanganku. Laju aku menoleh ke arah Lelaki yang berlumuran darah itu. Dia menggelengkan kepalanya.
" They are dead!" bisik lelaki itu perlahan dan itu membuatkan aku terkedu.
Baru aku ingin merungkaikan pegangan lelaki itu, tiba-tiba ada sebuah kereta pacuan empat roda berhenti dekat dengan kereta itu dan saat itu aku mendengar bunyi tembakan dan....
Bomm!!
kereta yang remuk itu meletup.
Terkedu aku saat itu. Rasa takut mula menyelubungi diriku dan aku yakin badanku mula mengeletar saat itu. Hampir saja aku terduduk dan ketika aku memandang wajah lelaki yang sedang terbaring, dia hanya meletakkan jarinya dibibir, mengisyaratkan aku agar tidak menjerit. Mujurlah kedudukan kami ketika itu agak tersorok dan disebabkan kepekatan malam itu aku pasti orang yang menembak tadi tidak sedar akan kehadiran kami disitu.
Tiba-tiba kedengaran siren polis dan Aku melihat kereta itu bergegas meninggalkan tempat tersebut.
" Go!"
Suara lelaki yang sedang terbaring itu menyedarkan aku. Lalu aku memandang tepat ke anak mata yang berwarna kelabu itu. Sangat cantik! Walaupun wajah lelaki itu berlumuran darah, namun mata itu tetap tajam memandangnya.
"Go!! Leave this place!" lelaki itu mengeraskan suaranya. Matanya makin tajam melihat ke arahku.
Itu membuatkan aku terus berdiri dan berundur perlahan lahan. Panahan mata itu membuatkan aku makin takut untuk terus berada disitu lalu terus aku berlari meninggalkan tempat itu. Namun baru beberapa langkah aku menoleh semula ke arah lelaki itu dan mata itu masih melihat langkahku ini. Dan aku seakan melihat bibir lelaki itu bergerak namun aku tidak mampu mendengar patah katanya itu.
Selepas itu aku terus berlari meninggalkan tempat kejadian saat mendengar siren polis makin kuat kedengaran. Entah dari mana kekuatan yang aku dapat, dengan laju aku berlari di dalam kepekatan malam itu memasuki taman perumahan rumah sewaku. Dan saat tiba di depan rumahku, laju aku masuk dan terus mengunci pintu rumah. Rasa takut yang menyelubungi diriku ini seakan aku telah melakukan satu jenayah yang besar. tiba-tiba kepalaku berfikir tentang lelaki radi. Selamatkah dia? Siapa lelaki tadi? kenapa seperti ada orang mahu membunuhnya? persoalan mula muncul difikirannya saat itu.
tiba-tiba rasa pedih di tanganku membuatkan aku menunduk melihat ke arah tanganku itu. Saat itu meluas mataku saat melihat luka di bahagian buku lima. Mungkin luka kerana memecahkan cermin tadi yang tidak aku sedari. Tanpa menunggu, laju aku menuju ke dapur mencari first aid yang tersimpan. Hal lelaki misteri tadi harus dilupakan kerana dia tidak mahu terlibat ke arah sesuatu yang buruk dikemudian hari.
" Señor..."
Lelaki itu tidak menoleh malah dia hanya diam berdiri melihat ke arah luar tingkap. Sebelah tangannya masih berbalut. Tiba-tiba sesuatu dihulurkan di depannya membuatkan pandangannya beralih.
" We found her!" ujar lelaki di sebelahnya itu.
Sekeping kad berwarna biru muda dihulurkan kepadanya dan saat itu tertera gambar yang dia cukup kenal. Seminggu berlalu dan akhirnya dia dapat menjejaki buruannya. Dia membaca nama tersebut lalu wajah lelaki yang juga orang kanannya itu dipandang tajam.
"Vigilarlo! El es mio!" Ujarnya tegas.
lelaki disebelahnya itu menunduk sedikit.
" Sí, señor!" balas lelaki itu lalu mengundur dan terus melangkah keluar.
Matanya tidak lepas memandang kad ditangannya itu. Lalu dia tersenyum sinis.
"Eres mía, cariño" bisiknya perlahan.
hai ce is back....tapi ce muncul sekejap je..nak belanja prolog utk baby bru i..Hak Milik Aku. nak tahu apa yang lelaki tu cakap? silalah Google translate...hahahaha
Share this novel