BAB 16 - JANJI

Romance Completed 123515

"Ehem!.."

Pedro dan Isabel menoleh ke arah deheman itu. Laju Pedro merungkaikan pelukannya. Aku yang berada di sebelah Nicolas yang sudah menyilang kedua tangannya ke dada hanya tersenyum lucu melihat wajah cuak Pedro tika itu. Manakala Isabel pula dengan selamba memaut lengan Pedro.

" Tak habis lagi ke drama kau orang? " Perli Nicolas.

" Mana ada drama!" balas Isabel muncung.

" Yeah, I'm too blind to not to see drama's both of you just now. you love Pedro more than your own blood brother, Ana.!" balas Nicolas merenung tajam ke arah adiknya itu.

" Or maybe aku patut kahwinkan kau orang berdua, kan Pedro?" Tambah Nicolas lagi membuatkan wajah Pedro memerah. Isabel pulak hanya diam memandang Nicolas.

" And you, Ana! your bodyguards just call me and tell me about your missing. After more than ten hours!?" Keluh Nicolas kesal.

"Then what happened to them?" soal Isabel ingin tahu.

" I fired them! i said no need to take care of you because you're getting married to Pedro!"

" Nico!!" jerit Isabel dan Pedro serentak.

" Abang, dah la jangan usik dia orang. Jom Ana, Pedro kita pergi makan. Abaikan Nicolas, he's jealous because Ana miss you more than him." beritahu aku kepada Pedro.

Pedro mengosok belakang lehernya manakala Isabel laju menarik tanganku lalu kami beriringan menuju ke lif.

" Hey! that my wife!" ujar Nicolas saat melihat Isabel sudah menarik aku jauh darinya. Isabel menoleh lalu menjelirkan lidah kepada abangnya itu. Terhibur aku melihat dua beradik ini. Ternyata Isabel membuatkan aku kenal sisi lain Nicolas.

Selesai makan malam, Pedro menghantar kami bertiga pulang. Setelah menunjukkan bilik Isabel, aku bergegas ke tingkat atas untuk menunaikan solat Isyak bersama Nicolas memandangkan Mahgrib tadi kami hanya solat disurau restoran. Setiap hari Nicolas ingin berjemaah denganku. Katanya biarlah hanya sempat satu waktu sahaja janji setiap hari dia dapat mengucup dahiku selepas solat. Terharu aku mendengarnya namun ada lagi yang membanggakan aku sebagai isterinya, Nicolas mampu mengimamkan solat sejak dari hari pertama kami kahwin. Walaupun surah yang dibacanya kadang-kadang yang pendek tapi itu cukup membahagiakan aku. Ternyata Nicolas betul-betul mendalami ilmu agama dan ayah pernah memberitahuku sebelum aku berkahwin bahawa Nicolas sempat khatam Qur'an dengan Imam Syafie. Syukur pada Allah kerana kurniakan hidayah buat suamiku ini.

Selesai mengaminkan doa, seperti biasa Nicolas memusingkan tubuhnya menghadapku dengan tersenyum dia menghulurkan tangannya. Aku dengan senang hati menyambut huluran itu dan dengan penuh rasa cinta mengucup tangan itu. Dan dia juga turut melakukan rutinnya mengucup lembut dahiku. Saat aku mengangkat kepalaku, Nicolas dengan lembut menarik aku ke dalam pelukannya. Sambil mengosok perlahan belakangku dia mengucup kepalaku.

" I miss you so much..." bisik Nicolas. Aku tersenyum lalu membalas pelukannya dengan erat. Setiap hari ucapan itu tidak pernah lekang dari bibirnya. Aku harap ia kekal sampai bila-bila.

" I miss you too abang..."

Nicolas melonggarkan pelukannya namun tidak melepaskannya. Matanya bergerak mencari mataku dengan bibirnya tidak lekang dari senyum.

" You're so beautiful, sayang. I can see Nur on your face. Nur yang membuatkan abang bahagia."

Tersipu aku saat mendengar Nicolas berkata begitu. Aku membalas pandangan suamiku itu. Sememangnya aku suka melihat suamiku berkopiah ini. Setiap kali solat di rumah, dia akan mengenakan baju putih. Dan itu menambahkan lagi kekacakannya.

" Abang yang membahagiakan Sara. Dulu walaupun Sara terima lamaran abang, jauh di sudut hati Sara masih ada sangsi namun sekarang Sara bersyukur kerana Allah tetapkan hati Sara untuk terima abang. Abang seakan lahir semula dan Sara bangga dengan abang kerana Sara nampak abang menyintai Islam sesungguh - sungguhnya."

Nicolas tersenyum.

" Terima kasih kepada isteri abang ni juga sebab cabar abang..." ujarnya sambil mencuit hidungku. Tersenyum aku mendengarnya.

" Abang penat ke?"

" Tak pun, Kenapa?"

" Sara nak tahu, macam mana proses abang belajar tentang agama dulu? Cerita la bang..." pintaku. Nicolas tersenyum lalu tangannya menanggalkan telekung di kepalaku. Lalu dia merebahkan tubuhku lalu pahanya dijadikan alas kepalaku. Dia menunduk untuk melihat wajahku sambil membelai rambutku.

" Sayang nak tahu yang mana?"

" Semua" jawabku pendek. Nicolas tersenyum mendengarnya.

" Seperti yang sayang tahu sebelum ini, Imam Syafie yang banyak membantu abang. Selepas abang masuk Islam, Abang banyak berjumpa dengan Imam Syafie, tapi abang tak tinggal di rumah tu sebab Imam ada anak perempuan yang tinggal bersamanya dirumah itu walaupun anaknya itu sudah berkahwin. Jadi setiap hari abang akan tunggu Imam Syafie di masjid untuk belajar. Bermula dari belajar solat sehinggalah mengaji. Semua Imam yang ajarkan abang. Dan abang selalu ikut Imam ke majlis ilmu. Dari situ abang makin jatuh cinta dengan Allah, pemilik hati isteri abang ni dan sekarang Dia juga pemilik hati abang." Ujar Nicolas lagi. Aku hanya memandang wajah Nicolas saat itu. Bangga. itu yang aku ada dihatiku saat ini.

" Pada mulanya abang takut sebab abang banyak dosa. Dulu abang pernah buat bisnes haram. dan paling teruk, abang pernah bunuh orang. bukan seorang tapi ramai. Tapi Imam banyak bagi semangat dekat abang. Dari situ abang bersemangat semula untuk belajar." ujar Nicolas.

" Pernah tak abang rasa goyah?" soalku lagi. Dia tersenyum tawar saat itu.

" Tipulah kalau cakap abang tak goyah dengan godaan syaitan. Terutama apabila abang pernah rasa arak tu macam mana. Ada sekali abang rasa nak minum sangat. Abang rindukan Sara. Abang nak Sara ada depan abang tapi Sara jauh. Nak- nak bila abang dapat tahu bila Sara sentiasa dapat bunga. I thought you already have someone else. I'm so stressed. Abang dah pegang gelas tapi Allah tetap lindungi abang. You know what, when i want to drink it i said Bismillah. Masa tu abang seakan tersedar dari mimpi dan abang rasa berdosa sangat dengan Allah. Lepas dari itu abang nekad untuk taat kepada Allah."

Aku mendengar kata-kata Nicolas saat itu. Tak sangka Nicolas begitu kuat demi agama. Namun sesaat kemudian keningku berkerut.

" Bukan abang ke yang bagi Sara bunga masa di Terengganu dulu?" soalku. Selama ini aku menyangka Nicolas la yang memberikanku semua bunga itu kerana aku pernah menerima bunga yang berserta kad dari Nicolas.

" Nope, mi amor. When i sent flowers to you,. i will give you a card so that you know I'm the one who give it to you." Balas Nicolas.

Laju aku bangkit dari baringan lalu memandang Nicolas dengan riak hairan.

" Habis tu siapa?" soalku lebih kepada diriku sendiri.

" them..." Bila Nicolas sebut itu laju otakku mendapat jawapannya. Meluas mataku saat itu. Jantungku mula berdebar. Takut memikirkan selama ini aku diperhatikan oleh mereka.

" No worries,mi amor. Abang akan sentiasa lindungi sayang. Insyaallah, Allah akan lindungi kita. Abang akan cari siapa dalang disebalik semua ini" Ujar Nicolas sambil memelukku.

" Sara tak nak apa- apa jadi dekat abang. Please abang..."

" Shhhh.. nothing gonna happen to me and to us, mi amor. it's gonna be alright."
Aku mengeratkan pelukanku. Sungguh aku takut. Takut kehilangan Nicolas. Dan aku tak pasti jika aku mampu terus kuat tanpa Nicolas.

" Sayang pernah baca tak kisah Rasulullah SAW dengan isterinya Saidatina Aisyah?" Aku mendengar suara Nicolas lagi. Dia melonggarkan pelukannya lalu memegang kedua pipiku. Matanya redup merenung ke dalam mataku.

" Abang suka baca kisah Rasulullah SAW. Dan abang harap abang boleh jadi sebaik beliau walaupun abang tahu abang tak mampu. Dan abang ada baca kisah Beliau qiamullail bersama Saidatina Aisyah. Kerana rasa mengantuk yang tidak tertahan, Saidatina Aisyah terlelap di pangkuan Nabi, Dan Nabi tak mengejutnya lalu Beliau terus berdoa sehingga Beliau menitiskan air mata. Rasa cinta terhadap isterinya serta cinta pada Allah dalam masa yang sama amat abang kagumi. Dan abang nak lakukan perkara yang sama dengan isteri abang." Nicolas membelai pipiku lembut sambil tersenyum.

" Janji dengan abang yang Sara akan cintakan abang kerana Allah sebab abang cintakan Sara pun kerana Allah SWT. Janji dengan abang yang jika satu hari nanti Sara kehilangan abang, Janganlah bersedih sehingga kesedihan itu melebihi rasa cinta kerana Allah. Sara kena kuat, dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama Sara." Mendengar kata-kata Nicolas itu, laju air mataku jatuh ke pipi. Ya Allah, kau telah lahirkan hambaMu yang soleh ya Allah!

" Abang! Jangan cakap macam tu! Sara akan sentiasa bersama abang dan Sara nak abang sentiasa ada bersama Sara." rintihku memegang pipinya. Nicolas tersenyum lalu dia mengelap air mataku dengan jemarinya.

"Insyaallah, Sayang. Insyaallah" balasnya lalu menarik aku ke dalam pelukannya. terus kedengaran bunyi esakan tangisku di dalam bilik tidur kami itu. bibirnya mengucup tepi kepalaku berulang kali, seakan memujukku hatiku yang berduka itu.

Bunyi ombak ibarat irama yang sungguh mengasyikkan. Aku membuka mata saat merasakan ada tangan yang melingakari pinggangku. Tersenyum aku saat satu kucupan hinggap di pipi kananku.

Tidak menyangka bahawa kami akan kembali ke Terengganu. Aku ingat lagi saat Nicolas mengajak aku, Isabel dan Pedro datang ke Terengganu. Katanya ada hal penting yang harus di uruskan. Walaupun aku baru bekerja di syarikat Nicolas namun kuasa seorang bos, tiada siapa mampu menghalang saat Nicolas membawa aku ke sini pada hari Khamis lepas. Hari ini sudah hari ketiga kami disini di rumah yang sungguh cantik ini.

Tidakku menduga bahawa villa yang aku dan kak Jiela selalu tengok itu rupanya milik Nicolas. Saat dia membawa aku ke sini, sungguh aku merasa sangat terkejut. Dan bila ditanya mengapa dibina Villa ini di Terengganu, katanya hanya kerana aku suka datang ke pantai di depan villa ini. Jadi Nicolas binakan aku villa ini sebagai tempat percutian kami. Khas buatku sebagai bukti cintanya padaku. Aku tidak pernah mengharapkan hadiah sebegini. Cukuplah Allah hadiahkan aku suami yang baik sepertinya.

Sempat aku pergi berjumpa dengan Kak Jiela. Yang pastinya dia juga terkejut saat melihat Nicolas sebagai suamiku. Dia juga tidak menyangka bahawa villa yang dibina itu khas daripada Nicolas kepadaku. Sempat kami berbual sekejap sebelum Nicolas membawa aku, Isabel dan Pedro ke villa.

" Are you ready, mi amor?" suara Nicolas menampar gegendang telingaku. Aku tersenyum lalu mengangguk. Dari jauh aku sudah melihat Isabel dan Pedro berjalan beriringan menuju ke arah kapal Yacht yang sudah sedia menunggu.

Aku melihat suamiku yang ringkas memakai seluar serta kemeja putih itu yang dibuka tiga butang dari atas itu. Tetap kacak walaupun jambang mula tumbuh di wajahnya. Aku menyambut tangan Nicolas saat dia menghulur. Kami sama-sama melangkah ke arah kapal itu.

Atas permintaan Isabel ingin berpiknik di atas kapal, Nicolas sanggup mencari Yacht yang ada disekitar Terengganu ini dan mujurlah ada. Bersama kami dua orang krew. Seorang akan menjadi driver Yacht ini manakala seorang lagi akan menyediakan makanan.

" Wow, this is so awesome, Nico!" jerit Isabel di depan deck kapal itu. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Isabel. Pedro pula hanya santai separuh terbaring di sebelah Isabel. Sekarang aku nampak apa yang Nicolas pernah beritahu dulu, Pedro sentiasa menjaga Isabel dan sentiasa berada di sisi gadis itu. Jauh di sudut hatiku mengatakan Isabel juga memendam rasa yang sama namun entah kenapa mereka terus memendam rasa itu.

" Thank you for welcoming Ana here." Suara Nicolas membuatkan aku menoleh ke tepi. Aku tahu disebalik cermin mata hitam itu, matanya memandang wajahku.

" She's our sister, of course Sara senang hati dengan kedatangan Ana. Lagipun dah lama Sara nak jumpa Ana." balasku. Nicolas tersenyum mendengarnya.

" Kejap lagi krew akan hidangkan makanan. Sementara tu, jom kita pergi sana." ajak Nicolas menunjuk ke arah depan Yacht.

Kami melangkah ke arah Pedro dan Isabel yang sedang duduk santai. Pedro yang sedang terbaring terus bangun saat kami menghampiri.

" Guys, jom mandi laut!" ajak Isabel lagi.

Pedro menggelengkan kepalanya tanda menolak.

" No thanks, I don't bring any extra clothes." tolak Pedro. Muncung mulut Isabel saat itu dan kini matanya beralih ke arah Nicolas dan aku. Laju aku menggeleng.

" Akak pun tak bawa baju lebih." tolakku.

" Nico, pleaseee...." Rayu Isabel memandang Nicolas. Jelas riak wajah Nicolas yang tidak rela itu. Tertawa kecil aku saat itu. Sayang seorang abang kepada adik, dalam terpaksa pun dia tunaikan permintaan Isabel. Dengan keluhan Nicolas berdiri lalu baju kemejanya ditanggalkan. baju itu menghulurkan kepadaku. Merona merah wajahku saat melihat badan sasa Nicolas itu. Namun sedaya upaya aku mengawal riak wajahku.

" Pedro, Take care of my wife!" Ujar Nicolas lebih kepada arahan. Pedro hanya mengangguk kepalanya.

" of course, Sénor." balasnya.

Dan saat itu aku dan Pedro melihat Nicolas dan Isabel terjun ke laut. Dan berenang di sekitar bot. Kawasan itu juga selamat seperti yang diberitahu oleh krew kapal. Aku ralit melihat gaya kuak Nicolas, sesekali dia saja mengusik Isabel dengan cuba selam adiknya itu. Dan saat bunyi tawa keluar dari bibir dia, aku bahagia.

" he overcome his fear to be on sea.." Suara Pedro menyapa telingaku. Aku menoleh Ke arah Pedro yang duduk dengan menompang kedua tangannya di belakang.

" Dia hilangkan semua ketakutan dia kerana awak,Sara. Sebab dia tahu awak sangat sukakan pantai." Tambah Pedro lagi.

Nicolas tahu aku sukakan pantai? Jujur aku akui, terlalu banyak perkara yang Nicolas tahu tentang aku namun aku masih lagi cuba untuk mengenali suamiku ini. Andai dia tiada, bolehkah aku hidup tanpanya sedangkan namanya sudah menjadi pemilik hatiku.

" Pedro..." panggilku. Pedro menoleh sekilas ke arahku.

" Awak janji akan jaga Nico dengan baik ya? Saya percayakan awak dan saya juga yakin awak akan jaga Nico dengan baik." ujarku membuatkan Pedro pegun melihatku seraya dia tertawa kecil.

" Nico ask same thing to me. Dia minta saya jaga awak dan Isabel dan sekarang awak minta saya jaga Nico. Dia tak perlu dijaga,Sara. Malah dia yang banyak menjaga kami selama ini. Tapi, saya akan tunaikan permintaan awak, Sénora. My death for Nico and his family." ujar Pedro.

" Awak pun jaga diri awak juga. Demi Isabel."

Ku lihat tubuh Pedro mengeras seketika sebelum dia memandang ke hadapan.

" Luahkan perasaan awak, Pedro. Sakit kalau dipendam dalam hati."

" Banyak akibatnya jika kami bersama,Sara. Bukan mudah untuk dunia kami ini bahagia atas nama cinta." ujar Pedro lirih. Matanya tak lepas memandang Isabel yang sedang gelak ketawa bersama.

" Bahagia tu kita sendiri yang cari. Jika saya dan Nico boleh takkan awak tidak? Saya yakin perasaan awak berdua mutual. Trust me. Dan awak rasa setelah bertahun, kenapa tiba-tiba Isabel sanggup balik Malaysia walaupun dia tahu ada bahaya menanti?" Soalku sambil tersenyum. Pedro pula pandang aku seakan tidak percaya.

Saat itu kedengaran suara Isabel dan Nico bersilih ganti dan aku dan Pedro menoleh ke arah mereka berdua. Dan saat mataku bertembung dengan Nicolas, Senyum lebar suamiku itu. Perbualan aku dan Pedro terhenti lalu aku terus menghulurkan tuala kepada Nico dan Isabel pula mencapai tuala yang berada di riba Pedro.

Selepas Nicolas dan Isabel membersihkan dirinya, kami terus menuju ke dalam yacht tersebut. Aku duduk di sebelah Nicolas menghadap Isabel yang berada di sebelah Pedro. Saat itu krew kapal datang menghidangkan makanan. Satu- satu pinggan berisi makanan diletakkan ke atas meja. Namun saat aku terpandangkan sushi yang berada di depan Isabel itu, tiba- tiba kepalaku pening, dan aku mula kerap menelan air liurku. itu tandanya aku ingin muntah. Aku mabuk laut ke? tapi kenapa tadi elok je....

"Are you okay, mi amor?"

Suara Nicolas membuatkan tanganku yang memicit dahi terhenti. Aku menoleh ke arah Nicolas sambil tersenyum nipis.

" You look pale, sis!" ujar Isabel pula.

Nicolas memegang kedua lenganku lalu menarik tubuhku menghadapnya.

" What's wrong, Sayang?" Soal Nicolas risau. Aku menggeleng lalu memegang tangannya yang kejap memegang lenganku.

" Sara tak sedap badan la bang, tiba-tiba pening kepala. Mungkin Sara mabuk laut kot.." ujarku.

" Take her to the room, Nico." ujar Pedro pula. Dan Nicolas terus mengikut kata Pedro lalu membawa aku ke bilik yang ada di dalam yacht itu.

Aku baring di katil yang tersedia dan Nicolas membantu membuka tudungku.

" Sayang baring dulu nanti abang ambilkan ubat." ujar Nicolas sambil membelai rambutku.

" Sara okay, tadi je pening. Mungkin sebab mabuk laut kot. Abang pergilah makan dengan mereka. Sara nak rehat kejap."

" I'll stay here with you. Isabel dah ada Pedro yang teman." Balas Nicolas lalu dia turut baringkan tubuhnya ke sebelahku lalu dia menarik tubuhku rapat ke dalam pelukannya. Sugguh selesa aku rasakan saat itu. Haba tubuh Nicolas sedikit sebanyak menghilangkan peningku.

" I'm sorry..."

Aku yang baru ingin terlelap itu membuka mata dan matanya sudah sedia menyambut renunganku.

" Kenapa abang minta maaf?" soalku hairan.

" I don't know yang sayang mabuk laut. Kalau tak i won't agreed with Ana' s plan."

" Abang, it's okay. Sara pun tak tahu yang Sara mabuk laut. Sebelum ni tak pernah naik kapal macam ni. Mungkin sebab Sara tak biasa lagi. Tu yang pening. Abang jangan risau ya, it's not your fault." Ujarku sambil mengusap pipinya yang berjambang itu.

Tanpa membalas kata-kataku, Nicolas memeluk aku dengan lebih erat lagi. Dan aku turut membalas pelukan itu dengan penuh rasa cinta. Dan selepas itu aku tak sedar bila aku terlelap mdan sedar- sedar, Nicolas telah mengejut aku dan memberitahu kami sudah sampai di jeti.

Aku membuka pintu sliding yang menghubungkan bilik dan balkoni. Sungguh cantik ciptaan Tuhan. Dari balkoni ini aku dapat melihat pemandangan laut yang biru. Dan aku sememangnya sudah jatuh cinta dengan villa ini. Berada disini seperti aku berada di dunia aku dan Nicolas. Tenang dan damai.

" Morning, sunshine.."

Seraya itu tangan kekar Nicolas melingkari pinggangku. Satu kucupan diberikan di pipiku. Aku menoleh ke sebelah kananku dan wajah segar Nicolas menjadi tatapanku. Pagi ini dia kelihatan segar dengan jambang yang sudah di kemas rapi. Dan melihat pakaiannya aku tahulah bahawa pagi ini dia akan menghadiri mesyuarat. Hari ini hari ahad dan di Terengganu merupakan hari bekerja. Dan selepas dia selesai nanti kami akan bertolak balik ke KL.

" how do you feel today? getting better?" soal Nicolas sambil merenung ke wajahku. Mungkin mencari jika wajahku masih pucat seperti semalam.

" Sara dah okay..." Balasku sambil tersenyum. Dia juga turut tersenyum melihatku.

" Do you like this house?" soalnya lagi.

" I love it abang. Sara tak sangka sebelum ni Sara selalu tengok progress buat rumah ni dan tak sangka owner tu abang. Design dan tempat sangat cantik. Rasa nak duduk sini je.." ujarku teruja.

" I built it because you love that beach. Setiap hari abang tengok gambar Sara dekat pantai tu. So i decided to make this house so that one day i can stay here with you and our child in future."

Tersenyum aku saat mendengar Nicolas menyebut tentang anak. Fikiranku mula terbayang akan wajah anak- anak kami nanti. Semoga Allah kurniakan kami anak- anak yang baik suatu hari nanti.

" Mi amor...." Aku menoleh memandang wajah Nicolas.

" Abang hadiahkan villa ini untuk Sara. If some day abang dah tak ada atau tidak lagi ada bersama Sara, abang nak Sara tinggal disini.. Janji dengan abang ya?" ujar Nicolas sambil membelai pipiku. Aku mengerutkan keningku saat mendengar kata-kata itu.

" Kenapa abang cakap macam tu? abang nak tinggalkan Sara?" soalku marah.

" No, tak pernah terlintas difikiran abang untuk tinggalkan Sara. You're my soul, without you, i won't be like this. Allah sent you to me with a great reasons and I'm grateful. Tapi ajal maut jodoh pertemuan itu semua Allah yang tentukan. Apa yang abang nak cakap disini, rumah ni abang bina atas cinta abang pada Sara. Even dulu abang tak tahu yang Sara akan terima abang ke tak tapi abang tetap juga bina sebab rasa cinta yang kuat dalam hati abang. Rumah ini sangat bermakna buat abang. Sebab itu abang nak Sara sayang rumah ini seperti abang. Permintaan abang, jik suatu hari nanti abang tiada disisi Sara, abang nak Sara tinggal disini...."

" Insyaallah, Kita akan tetap bersama abang. Sara tak boleh hidup tanpa abang." Ujarku lalu memeluk tubuh sasa itu. Nicolas membalas pelukan itu lalu mengucup tepi kepalaku.

" Abang dah buat drama ke pagi ni?" usik Nicolas saat melihat wajahku sudah mula sebak. Aku tertawa kecil.

" Sara janji akan sayang rumah ni tapi tak boleh melebihi sayang Sara pada abang..." ujarku dalam pelukan Nicolas. Selepas itu terus kedengaran tawa lelaki itu.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .

Aku menyemak dokumen kewangan di atas mejaku. Semuanya terlihat kemas dan teratur. Sistem di syarikat ini sangat sempurna. Dan itu banyak membantu syarikat itu terus maju. Sedang Aku ralit tiba-tiba terdengar suara Alia yang merupakan staff satu bahagian denganku bersuara.

" Sara, lunch dengan kitaorang ke?" soalnya. Mereka sedia maklum bahawa Nicolas tiada di pejabat tika ini kerana dia sudah selamat ke Sepang untuk menghadiri lunch appointment dengan klien.

" Tak pasti lagi..." jawabku jujur. Tiada mood rasa hendak keluar makan, rasa penat dan mengantuk menguasai dirinya saat ini kerana semalam kami sampai agak lewat di KL. Walau Nicolas sudah mengingatkan aku agar keluar makan namun hanya tidur saja yang ada di dalam fikiranku sekarang.

" Ke awak nak kami tapaukan nasi untuk awak?" soal Alia lagi. Aku hanya menggeleng sambil tersenyum nipis.

" Takpelah, nanti saya boleh makan roti atau biskut di pantry. Tak rasa nak makan nasi pun. tak pe awak pergi la lunch." ujarku.

" Okaylah kalau macam tu, kalau awak nak apa-apa just text me." setelah aku mengangguk, Alia terus beredar dari situ. Aku menilik jam tanganku. Sudah pukul satu tiga minit. Fail di meja di tutup lalu aku terus meletakkan kepalaku dimeja dengan beralaskan lengan. Dan tak lama selepas itu aku terus tertidur.

Aku rasakan seperti ada sesuatu yang bermain diwajahku. Tanpa membuka mata, Aku menepis benda itu dengan tanganku. Apa benda yang menganggu waktu tidurku ini?! Saat tiada gangguan itu, aku cuba tidur kembali namun tiba-tiba satu kucupan hinggap di pipiku membuatkan mataku luas terbuka. Terus tegak kepalaku saat melihay bayang seseorang didepanku! Berderau darahku saat sedar bahawa kau berada dipejabat saat itu.

Akibat bangun dalam keadaan terkejut, berpinar kepalaku saat itu. Aku pejam celik mataku beberapa kali bagi menghilangkan peningku. Namun tiba-tiba tanganku disambar membuatkan aku terkedu dan tindakan reflek, terus aku menyentap tanganku dari pegangannya. Siapa berani- berani pegang aku ni!?

" Hey, mi amor... what's wrong? ini abang la..." Suara itu membuatkan aku terkaku. Terus kau menoleh ke arah wajah Nicolas yang sedang berdiri membongkok di sebelah kananku.

" Abang??" soalku blur.

" Ye, abang ni. Kenapa ni? are you okay mi amor?" soal Nicolas risau melihat aku yang seakan terpingga-pingga itu.

" Okay, Sara terkejut je. Abang pun satu, kenapa tak kejutkan Sara? Eh! kejap. Bila abang balik? bukan abang ada lunch appointment ke?" soalku. Nicolas bersandar di meja kerjaku sambil menggapai tanganku dan mengenggamnya erat.

" Sekarang dah pukul satu lima puluh tengah hari, sayang. Lagipun abang tak makan tadi sebab abang nak balik awal and nak lunch dengan sayang. And my instincts is right. Kenapa Sara tak keluar makan? and kenapa muka pucat je ni?" soal Nicolas yang begitu tekun menilik wajahku.

" Sara mengantuk, lagipun tak lapar sangat. Tu yang rehat nak tidur je..."

" Jom..." ajak Nicolas seraya menarik tanganku. Berkerut keningku melihat tindakan Nicolas itu.

" Nak pergi mana?" soalku hairan.

" Makan..."

" Tapi lunch hour dah nak habis la abang .."

" Who cares, this is my company so, suka hati abang la.."

" Tapi Sara staff dekat company abang!"

" but you're my wife, mi amor. Tugas isteri lagi penting dari seorang staff" ujar Nicolas membuatkan aku terdiam. Susah juga kalau bos suami sendiri.

" Isabel ajak kita makan. Dia dah tunggu dekat restoran." ujar Nicolas lagi dan saat aku berdiri, laju tangannya mencapai beg tanganku di atas meja dan memaut pinggangku. Saat kami melangkah keluar, sempat kami berselisih dengan ketua jabatanku dan sempat Nicolas memberitahu kepergiaan aku bersama Nicolas. Dan ketua jabatanku hanya mampu mengangguk sahaja.

Sepanjang di dalam kereta, Bicolas agak sibuk dengan panggilan dan tabnya. Sekejap pegang tab, sekejap jawab call. Aku? hanya mampu melihat ke luar tingkap dan apabila bosan, mulalah kantuk datang kembali. Entah kenapa hari ini aku rasa sangat mengantuk. dan melihat Nicolas masih sibuk, aku terus menyandarkan kepalaku dan baru mataku ingin pejam, tiba-tiba kereta brek secara mengejut membuatkan mataku meluas.

" Shit!!"

Suara pemandu Nicolas membuatkan aku menoleh ke arahnya. Tiba-tiba meluas mataku saat melihat Zul yang berada di sebelah pemandu mengeluarkan pistol dari jaket kulitnya.

" Sénor! it's them!" ujar Zul keras. Aku melihat wajah Nicolas berubah tegang. Saat itu aku meliaht pemandu mula menekan minyak dan sesekali mencilok ke lorong yang lain. Aku menoleh ke belakang dan saat itu aku melihat sebuah kereta mengejar kami dari belakang.

" Abang, kenapa ni?!" soalku kepada Nicolas.

Tanpa menjawab soalanku, Nicolas terus memasang tali pinggang keledar untukku.

" Shhh.. nothing,mi amor. everything gonna be okay." ujar Nicolas.

Bang! Bang!

" Arghhh...." jeritku sambil menunduk saat satu tembakan dilepaskan mengenai kereta kami. Mujurlah tingkap kereta ini sudah dibuat kalis peluru. Laju Nicolas memelukku.

Zul yang berada di depan mula membuka tingkap lalu dia terus melepaskan tembakan balas ke arah belakang. Makin kejap aku menekap telingaku. Buat pertama kali dalam hidup aku mengalami situasi ini. Takut mulai menguasai diriku saat ini.

" Sial! mereka betul- betul nekad ke apa nih!!" aku dengar Zul marah! Nicolas pula hanya diam dan tetap memelukku.

" Avoid them! bahaya jika dibiarkan. Banyak nyawa dalam bahaya! " ujar Nicolas keras.

Pemandu terus menekan minyak dan terus berusaha lolos dari kereta belakang. Namun Makin laju kereta ini, makin laju juga mereka mengejar.

Tiba-tiba kereta tersebut terus menghimpit kereta kami sehingga ada pelanggaran kuat dari tepi.

" Mierda!" Aku dengar suara keras Nicolas lagi saat itu. Aku lihat dia menoleh ke arah belakang. Dan Zul juga melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut. Dan saat mengena, kereta itu terbabas namun nasib tidak baik, sebelum kereta tersebut terbabas ke dalam gaung, sempat kereta itu menghentam kereta kami sehingga pemandu tidak dapat mengawal stereng sehingga kami melanggar pembahagi jalan.

Tak sempat Nicolas melindungi aku, satu hentakan kuat membuatkan aku terhenyak ke depan dan mujurlah ada tali pinggang keledar yang dipakaikan oleh Nicolas tadi, kalau tak pasti aku sudah terpelanting ke luar kereta. hentakan kuat aku rasai dari tali pinggang keledarku dab kepalaku sempat terhentak di cermin kereta sebelum kereta berhenti.

Namun tiba-tiba aku merasa sakit di bahagian bawah perutku sebelum aku merasakan ada cecair panas mengalir di pahaku. Belum sempat aku melihat ke bawah, aku dapat lihat mata Nicolas meluas memandang ke arah seluarku. Aku turut melihat ke arah yang sama, Terkaku aku melihat seluar slack warna krim aku sudah dicemari dengan darah.

" Sara!!"

Sayup aku dengar suara Nicolas menjerit namaku sambil menerpa ke arahku dengan wajah risau. Aku sempat melihat luka di tepi keningnya sebelum pandanganku menjadi gelap....

akhirnya dpt siapkan satu chap ni.. maaf kpda y menunggu dan maaf sbb xdpt tunaikan janji nak siapkan kelmarin... sebarang kekurangan harap dpt dimaafkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience