"Amin..."
Aku menanggalkan telekung di kepalaku lalu melihatnya dengan kemas. Sekali lagi telekung ini kusarungkan. Telekung yang sama aku gunakan ketika di penthouse milik Nicolas. Kiblat juga aku tentukan melalui applikasi yang sedia ada di dalam telefon bimbitku.
Selesai melipat telekung dan sejadah. Aku mencari telefon bimbitku dan saat itu jam sudah menunjukkan pukul enam empat puluh pagi. Kalau aku tertidur pasti akan terlajak nanti. Aku terus mencapai tudung lalu disarungkan di kepala. Aku membuka pintu dan saat itu hanya cahaya suram menyinari ruang tamu yang luas itu. Pasti semuanya masih tidur. Aku tak tahu berapa orang yang menghuni rumah ini tapi saat melihat rumah yang sebegitu besar dan kemas, aku pasti mesti ada yang menjaganya.
Aku melangkah keluar dari bilikku dan melangkah ke arah yang aku pasti tidak tahu. Aku cuba mencari bahagian dapur lalu aku melangkah ke arah satu lorong.
" Sara?"
Laju aku menoleh. Dari kejauhan aku melihat Pedro yang mendekatiku. Rambutnya agak serabai saat itu dan aku lihat luka di dahinya juga sudah bertampal.
" Buat apa dekat sini awal pagi ni?" soalnya lagi.
" oh! saya cari dapur. Ingat nak buat breakfast untuk semua"
" Don't worry about that, pagi nanti maid akan sediakan breakfast. Awak pergilah tidur, awak masih penat lagi tu" ujar Pedro.
" ermm.. Saya tak boleh tidur.." ujarku.
" kenapa?"
" mungkin sebab tak biasa berubah tempat. Lagipun tak elok tidur lepas subuh, nanti rezeki susah masuk" ujarku.
" Subuh? "
" yup, waktu sekarang ni kami panggil subuh and we must do subuh prayer before sunrise." ujarku kepada Pedro dan saat melihat wajah terpingga-pingga lelaki itu aku tersenyum nipis.
" just forget about it. Awak kenapa bangun awal?" soalku pula.
" saya dengar something, tu yang bangun periksa."
" Oo.. Kalau macam tu apa kata saya belanja awak kopi yabg dibancuh dari dapur rumah ini" ujarku tersengih.
Pedro tertawa mendengarnya.
" my pleasure..." balasnya lalu melangkah ke satu arah yang kuyakini ke arah dapur.
Tepat sangkaanku saat kami tiba dibahagian dapur. Ruang yang sangat luas dengan rekaan yang sangat elegan dan mewah. Terpegun aku seketika.
Aku terus terpandang mesin pembuat kopi tapi aku takkan menggunakannya. Aku terus mencapai dua mug putih yang tergantung di sudut dapur lalu aku mula membancuh kopi setelah Pedro memberitahu di mana bahan- bahan tersebut.
Selesai aku terus membawa dua mug tersebut mendekati Pedro dan salah satunya aku hulurkan kepada Pedro. Dia menyambutnya dengan tersenyum lebar.
" Gracias,Hermosa" ujar Pedro sambil menghirup kopi tersebut.
Gracias tu aku tahu la terima kasih tapi Hermosa tu aku tak mengerti, Selalu aku dengar Pedro menyebutnya dan sesekali Nicolas juga menyebut perkataan yang sama.
" Apa maksud Hermosa tu?" soalku ingin tahu.
Pedro tersenyum senget.
" Cari lah sendiri.." ujar Pedro lalu melangkah ke arah ruang gazebo yang berada di laman tepi rumah agam itu.
Aku mencebik. Dah belanja kopi pun kedekut. Aku mengekori langkah Pedro dan aku melabuhkan punggung ke kerusi di situ manakala Pedro selesa berdiri menghadap kolam renang yang luas itu. Suasana pagi yang sejuk dan sunyi itu sedikit sebanyak memberi ketenangan.
" Ini rumah siapa?" soalku lagi.
" Ini rumah keluarga Nicolas. Dulu ketika mendiang ibu bapanya masih ada, mereka tinggal disini jika balik ke Malaysia." jawab Pedro.
" Maknanya mereka tidak menetap di Malaysia?"
" Dulu ya, tapi sejak Nicolas dan adik- adiknya sambung belajar, ibu bapa mereka mula tinggal di Spain. Mereka hanya balik ke Malaysia jika ada urusan saja. Sejak Ibu bapa Nico meninggal, Dia ambil keputusan untuk menetap di sini selepas dia tamat belajar"
" Adik- adik Tuan Nicolas pun tinggal di sini?" Soalku lagi.
Saat itu gerak Pedro yang ingin menghirup kopi terhenti. Aku seakan terdengar sebuah keluhan kecil yang terluah dari bibir itu.
" Isabel tinggal di UK dan dia takkan pulang ke sini.." ujar Pedro lemah. Entah kenapa saat Pedro menyebut nama Isabel, aku dapat rasakan ada rindu yang dipendam. Adakah Pedro mempunyai hubungan dengan gadis itu? tapi aku tiada hak untuk tahu urusan mereka.
Tetapi aku tersedar sesuatu, Pedro hanya sebut tentang Isabel saja sedangkan tadi dia ada menyebut adik-adik Nicolas. maknanya Nicolas mempunyai lebih dari seorang adik malah di internet yang pernah aku baca dulu pun ada menyebut nama Isabel dan Luis. Macam mana dengan lagi seorang, iaitu Luis?
" jadi, Isabel tu salah seorang dari adik Encik Nicolas ya? " pancingku.
" Yup! Nico ada sorang adik lelaki tapi meninggal bersama ibu bapanya. Mereka terlibat dengan kemalangan lima tahun lalu. Kemalangan ketika percutian keluarga. yacht yang mereka naiki meletup di Spain. Kebetulan ketika itu Nico dan Isabel tengah naik jet ski. Letupan itu mengorbankan ibu bapanya, Luis dan juga seorang krew yang turut berada di atas kapal itu."
Terkejut aku mendengarnya. Tak sangka Nicolas kehilangan tiga ahli keluarganya serentak.
" Nicolas yang awak tengok sekarang tak sama dengan yang dulu. Dulu dia periang dan dalam keluarganya dialah yang penghibur. Dulu dia selalu enjoy dengan life dia, banyak main- main bila daddy dia bising, dia tak ambil pusing pun. Tapi sejak kejadian tu, dia mula berubah. Peristiwa itu menjadikan Nicolas yang sekarang."
Nicolas yang sekarang? Apa maksud Pedro?
"Nico sangat rapat dengan Luis. Beza hanya dua tahun manakala Isabel pula jarak lima tahun dari Luis. Jadi awak boleh fikirlah mereka berdua selama lima tahun sebelum kehadiran Isabel. Kehilangan tiga orang yang tersayang serentak sangat perit dan menyakitkan. Can't you imagine how hard Nico to handle it that time" Tambah Pedro lagi.
" Saya faham. Tapi apa kuasa kita untuk tolak takdir Tuhan kan.. Macam saya, anak yatim piatu juga tapi mujurlah ada ibu bapa saudara yang boleh menumpang kasih. Saya tiada adik beradik tapi dapat kasih sayang dari abang- abang sepupu saya. Saya faham apa yang Encik Nicolas rasa, kehilangan orang yang paling kita sayang itu sangat perit namun itu tidak bermakna kita harus menyalahkan takdir. Cuba fikir dari sudut yang lain. Kadang- kadang apa yang berlaku membuatkan kita mengenal erti kehidupan yang sebenar. Dan bagi saya Encik Nicolas sangat kuat sebab dia boleh harunginya sendirian dan dalam masa yang sama dia harus galas tugas menjaga adiknya. Kalau dia tak kuat, dia takkan jadi seorang yang berjaya seperti sekarang." balasku
Pedro tersenyum sambil mengangguk.
" you're right, hermosa. Now i know why senor choose you"
" Apa maksud awak?"
" awak tak pernah terfikir kenapa awak sentiasa kena jumpa Nicolas?" soal Pedro kepadaku.
" Of course saya sentiasa fikir. Apa yang saya fikirkan ialah kenapa Encik Nicolas buat saya macam saya berhutang dengannya sedangkan saya yang pernah selamatkan dia dulu dan saya tak pernah pun tuntut apa- apa dengannya. Dan kenapa orang nak buru saya? melainkan korang ni kumpulan mafia baru la sa....."
tiba-tiba mataku meluas dan Terus aku mencari wajah Pedro. Lelaki yang berdiri sambil bersandar sebelah bahunya di tiang hanya tenang memandang wajahku.
"We're not that kind of Mafia,Sara. what i can tell you that we have an organization. About what? that's our P&C. I think you should not to know about it"
" Jadi selama ini...?"
" Yup! that why Nico always ask his boys to protect you. Because you are so special to him." Ujar Pedro. Tapi berkerut keningnya saat mendengar tawa kecilku.
" Special? Kenapa saya nak jadi yang istimewa untuk encik Nicolas? saya hanya staf GM group sahaja"
" itu yang awak tahu, yang awak tak tahu? i know him very well, Sara. Dia takkan pedulikan sesiapa pun melainkan orang itu penting baginya. Dan setahu saya, wanita yang paling penting dalam hidupnya sekarang ialah Isabel dan awak, Sara."
Terkedu aku mendengarnya. Aku? Nicolas lindungi aku kerana aku penting buatnya? Aku menoleh ke arah Pedro. Dia duduk lalu meletakkan mug di tangannya ke atas meja.
" Saya tahu saya tak boleh masuk campur dalam urusan Nico. Saya pun tak tahu apa perasaan dia pada awak sebab his face is clueless but action speaks louder than words right?" ujar Pedro. Memang action speaks louder than words tapi bagiku kelakuan Nicolas kepadaku hanyalah kerana dia berkuasa sebagai ketua. Aku tak rasa dia menaruh perasaan kpada gadis melayu biasa sepertiku. Ramai lagi wanita cantik yang lebih layak untuknya. Tapi, kenapa hatiku rasa sakit saat membayangkan jika ada wanita lain bersamanya?
" Tapi since awak dah terlibat dengan kami secara tidak langsung, i think i should tell you that being in Gonzalo's world is not easy as you can see even imagine. it's really hard,Sara. Nico used to love someone before but because of his life, he lost that girl. mungkin sebab tu bila dengan awak dia bersikap begitu, sebab dia tak nak perkara yang sama berulang" Ujar Pedro lagi.
Aku masih diam membisu. Masih cuba memproses apa yang diucapkan Pedro.
" Saya harap awak faham bila saya cakap he lost that girl, Dan kejadian semalam juga pasti akan melibatkan awak,Sara. Sebab itu Nico tak bagi awak pulang ke rumah. Sebab dia tak nak kejadian buruk berlaku pada awak. Kegiatan yang satu ini membuatkan kami ramai musuh. Dan musuh kami tahu awak yang selamatkan Nico that day. Dan perhatian yang Nico bagi pada awak buatkan musuh kami dapat hidu kewujudan awak."
Aku meraup wajahku dengan kedua tapak tanganku. Sebuah keluhan dilepaskan.
" Tapi tak mungkin saya dan Encik Nicolas boleh bersama. Saya tak cintakan dia malah kami tak mungkin dapat bersatu. Kami sangat banyak perbezaannya terutama sekali agama. Malah saya tak boleh hidup dalam dunia dia" ujarku.
" kalau itu takdir Tuhan. Macam yang awak cakap tadi, apa kuasa kita untuk menolak takdir. But, i hope you don't judge Nico in bad ways. He have his own reasons" Ujar Pedro lalu berdiri.
" Thanks for the coffee,Sara. it's really good. breakfast will be serve on eight o'clock. see you later." tambah Pedro lagi lalu berlalu dari situ meninggalkan aku yang masih lagi bingung.
Aku merenung ke arah langit yang makin mencerah. Angin pagi mula meniup lembut. Memikirkan apa yang Pedro cakap tadi membuatkan aku sedar akan sesuatu. Aku tak patut berada di sini dan berada didalam dunia Nicolas. Aku tak tahu apa yang Nicolas mahu dariku? Dulu dia pernah berkata aku miliknya, dan aku tak sangka dia betul-betul mengawal aku seperti hak dia walau tanpa aku sedari.
Aku mengeluh perlahan. Aku harus pergi dari sini. Aku tak boleh terus berada dekat dengan Nicolas dan terus bekerja di syarikatnya. Itu akan menambah bahaya buat aku sendiri. Ya! aku dah buat keputusan aku akan berhenti kerja dan berpindah!
Selesai mengambil baranganku di dalam bilik. Aku terus melangkah ke ruang tamu. Kepalaku menjengah ke kiri dan kanan. Kosong! Aku mula melangkah perlahan- lahan ke arah pintu utama. Namun saat baru beberapa langkah, tiba-tiba tanganku direntap dan belum sempatku menjerit ada tangan menekap mulutku. Aku ditarik masuk ke satu bilik dan saat itu aku dapat menghidu wangian yang cukup aku kenali. Jantungku mula berdegup kencang kerana dia sedang merangkul aku dari belakang. Saat pintu bilik di tutup, Dia menolak aku ke dinding dan terus tangannya mengepung kiri dan kananku. Sempat ku jeling sebelah lengannya yang masih berbalut, agak terlindung sedikit dari tshirt yang dipakainya. Mataku terus naik melihat wajahnya.
" What do you think you're going,Sara?" berbisik namun jelas nada amaran dari suaranya itu.
Senyap, aku tidak membalas pertanyaannya. Dan Nicolas terus merapatkan tubuhnya ke arahku lalu menundukkan wajahnya separa dengan wajahku. Hampir saja hidung kami bertemu. jika aku bergerak sedikitpun, pasti hidung aku dan dia akan bersentuhan.
" don't you dare to go out from this house,Sara! you're mine, remember that!" Nicolas membisikkan tepat di telinga kananku.
" Saya bukan milik awak dan takkan jadi milik awak, Nicolas!" balasku berani.
Matanya terus tajam menikam mataku dan aku tidak mahu kalah terus melawan renungan itu sehinggalah aku lihat anak mata kelabunya itu beralih ke hidungku dan aku tahu matanya turut meratah bibirku, lama sehingga aku menjadi agak goyah saat melihat pandangan itu lama memerhatikan bibirku.
" i wish i could taste your sweet lips.." Suara Nicolas kedengaran sangat perlahan dan seakan merayu. Aku menjadi tidak sedap hati, perkara mungkar akan berlaku jika kami terus begini dan aku tak mahu melakukan itu.
Aku terus menolak tubuh Nicolas yang seakan terleka itu dan berjaya! Nicolas terundur ke belakang beberapa langkah dan aku mengambil kesempatan itu untuk keluar dari bilik ini. Namun Nicolas lebih tangkas, laju saja dia berdiri di depan pintu bilik itu.
" i heard everything, Sara!"
Aku memandang wajahnya. Masih cuba untuk berlagak tenang.
" I don't you think you can run away from me! Because you will be mine forever, mi hermosa." ujar Nicolas sambil tersenyum sinis.
"Do you fall in love with me?" Soalanku membuatkan senyuman dibibir Nicolas mati.
Terus bergema bilik itu dengan bunyi tawa lelaki itu.
" Love? am i fall in love with you?" soal Nicolas dalam tawa. Jelas wajahnya terhibur saat aku menanyakan soalan itu.
Wajahku tidak terkesan dengan tawanya tapi jauh di sudut hatiku seakan ada kecewa mula bertapak.
" Aku tak perlukan cinta! aku hanya ingin memilikki dan apa yang aku nak pasti aku akan dapat! dan kau hak aku!" ujarnya setelah tawanya mati.
" Are you sure, mr Nicolas? " soalku seakan mencabarnya.
" Kau cabar aku?"
Aku menjungkit kedua bahuku lalu memandang tepat ke arah matanya.
" Then look into my eye and say that you never fall in love with me!" Saja aku memancing dirinya agar lebih tercabar.
Dia membalas renunganku namun tiada kata yang terluah dari bibirnya. Aku dapat lihat keegoan yang tinggi dari pandangan itu. Aku hanya ingin mencuit egonya sedangkan aku tahu lelaki seperti dia takkan jatuh cinta denganku.
" Aku tak cintakan kau! Puas hati!"
Aku tersenyum. Makin lebar senyumku saat melihat wajahnya yang jelas tidak puas hati dengan senyumku.
" then awak tak dapat capai keinginan itu sebab awak takkan dapat milikki saya! "
" Don't be so sure, sweetheart. aku boleh buat apa saja tanpa kau tahu." ujar Nicolas sambil melangkah ke arahku dan aku berundur seiring dengan langkahnya.
" Walau saya cintakan awak sekalipun, Saya pasti saya takkan jadi milik awak kerana dunia kita sangat berbeza! Dan saya tak nak hidup dalam dunia awak yang sangat kotor ini!!"
Langkah Nicolas terhenti. Jelas riak wajahnya berubah saat aku berkata begitu.
" Saya akan berhenti kerja dan saya sanggup bayar ganti rugi kepada syarikat awak! Malah saya akan pergi dari sini dan saya pasti musuh awak takkan dapat cari dan ganggu saya lagi! Saya tak mahu terus terlibat dengan dunia awak! Dan saya mohon jangan ganggu kehidupan saya lagi!!" ujarku tegas.
" Kau tak mungkin boleh bebas,Sara. They will kill you!!"
" Then prove it to them that I'm nothing to you!! find some other woman that you like!! just let me live peacefull!!" jeritku marah.
" No!!!"
" Why??"
" Because i don't want and i can't lose you!!"
Tersentak aku. Terus terkedu aku saat meliaht pandangannya yang tiba-tiba berubah redup dan penuh rayuan itu.
" aku tak mahu perkara lalu turut berlaku pada kau,Sara. I can't lose you like i lost Mia years ago. I want you be mine because i love you from the first time we met!" Ujar Nicolas lirih.
Meluas mataku saat mendengar kata-kata Nicolas itu. Jantungku terus berdegup kencang saat itu. Nicolas baru saja meluahkan perasaannya kepadaku! Dan aku? aku tak tahu apa yang aku rasakan saat ini. Yang pasti aku mula merasa takut.
Nicolas memandangku dengan pandangan yang sukar aku taksirkan. Bukan lagi pandangan tajam dan marah tapi renungan itu penuh dengan pengharapan dan impian.
Aku menggeleng. Tidak! ini semua tidak betul!
"te quiero cariño. Aku kalah dengan kau! Aku cuba untuk menidakkan perasaan aku tapi aku tak mampu! Pertama kali aku lihat kau cuba selamatkan aku, Kau tolong aku.Dan renungan mata kau pada aku waktu tu! I never know that i will fall in love again! Aku cuba lupakan kau tapi setiap saat wajah kau muncul dalam mimpi aku,Sara! " sambung Nicolas lagi. Dia sudah terduduk di birai katil ditengah bilik dan aku masih kaku berdiri di situ.
"Tapi...." Aku tidak mampu teruskan kata. Semua ini terlalu mengejutkan aku. Tidak pernah terfikir dalam fikiranku bahawa lelaki di depanku ini akan membuat pengakuan cintanya.
" Kau dah tahu dunia aku macam mana kan? even Pedro didn't tell you all but i bet you can assume how my life isn't? Four years ago i got girlfriend name Mia. She's sweet, innocent and kind,just like you. Tapi hidup aku tak seperti orang biasa. Pada mata orang biasa aku seorang pewaris dari keluarga jutawan tapi dalam masa yang sama aku ketua bagi Zalos. Sebuah kumpulan yang mempunyai sisi gelapnya. involved in that kind of thing will be a consequences. And guess what,Sara?"
Aku memandang Nicolas yang sudah sedia memandangku.
" Mia was killed by one of my enemies." Lirih suara Nicolas saat itu. Aku yang mendengarnya turut dapat rasai keperitan yang dialaminya.
" i lost my parent and my brother then i love Mia. its happened less than a year, Sara."
Aku melihat Nicolas sudah menunduk. Tidak pernah aku lihat Nicolas serapuh begini. Nicoals yang beku dan serius diluar rupanya mempunyai luka yang cukup dalam tapi....
" Sebab itu aku tak nak perkara yang sama terjadi pada kau. Sekarang kau dah terlanjur masuk ke dalam hidup aku. Musuh aku dah mula target kau dan bagi mereka kau titik kelemahan aku sebab aku tak mampu kehilangan kau,Sara. Mereka akan gunakan kau untuk jatuhkan aku. Sebab itu aku sentiasa cuba lindungi kau dari mereka."
" Tapi saya tak cintakan awak! Dan tak mungkin saya akan bersama awak. Dunia kita berdua jauh berbeza,Nicolas. Awak tak boleh senang- senang ungkap rasa cinta tanpa mengambil kira hal lain yang lagi penting! Maafkan saya! Saya tetap akan jauhkan diri dari awak!" tegasku.
" Why Sara? Aku ni terlalu jahat ke untuk kau?"
" No,Nicolas. Saya masih belum mengenali awak sepenuhnya. Saya tak boleh menilai awak sepenuhnya. Sebelum ini hubungan kita hanyalah atas urusan kerja. Saya tak pernah terfikir tentang hubungan seperti ini. This is not you, Nicolas! Awak sekarang terlalu berbeza dengan yang saya kenal. Benda ini terlalu pantas bagi saya dan maafkan saya. Saya tak mampu untuk berada dalam dunia awak,Nicolas."
Tanpa menunggu aku terus melangkah ke arah pintu. Saat tanganku memegang tombol pintu, tiba-tiba Nicolas bersuara.
" Adakah dunia aku terlalu murah untuk orang baik seperti kau?"
" Saya bukan seorang yang baik, Nicolas. Tapi saya sedar dimana batas kita berdua." ujarku tanpa menoleh.
" Bagi awak mungkin cinta penting tapi bagi saya, agama lebih berhak mendapat tangga teratas di dalam hati. cinta awak tak laku jika awak tidak mengenal pemilik hati saya....find the owner of my heart then dengan izin Allah, you can have my love..."
Aku terus melangkah keluar tanpa menunggu kata-kata dari Nicolas. Aku dapat rasakan hatiku mula merintih kecewa tika ini. Aku tak tahu apa yang sedang bergolak di dalam hatiku. Aku takut jika perasaan yang ingin aku jauhi mula bertunas dihatiku namun keadaan tak mungkin akan mengizinkan ia berlaku.
Mana mungkin aku dan Nicolas bersatu. Jurang kami terlalu dalam. Selain berbeza agama, kehidupan sisi gelap lelaki itu yang baru aku ketahui menambah lagi benteng untuk aku menerimanya. Dan jalan yang terbaik adalah pergi jauh dari dia!
ce pon xtau mcm mana boleh terfikir tulis Nico luahkan perasaannya. mungkin dah tiba masanya untuk Nico genggam cinta Sara kan... but not too easy... enjoy guys.. maaf jika ada kekurangan..
Share this novel