Aku membuka mata saat merasakan ada tangan sedang membelai wajahku. Wajah kacak Nicolas tersenyum memenuhi pandanganku tika ini. Aku membalas senyumannya. Lalu menekap tanganku ke pipinya pula.
Aku terlena dibilik khas yang ada di dalam pejabat Nicolas. Selepas kemunculan Tan Sri Malik tadi, aku terus ingin mengikut Nicolas ke pejabatnya walaupun pada mulanya dia ingin menghantarku ke rumah. Dan tidak mampu menghalang kedegilanku tika itu akhirnya Nicolas mengalah. Selepas makan tengah hari kami terus ke pejabatnya dan atas permintaan Nicolas untuk aku berada di bilik ini sepanjang pertemuan dia dan Tan Sri Malik. Aku yang pada mulanya ingin mendengar sekali apa yang mahu dibincangkan oleh mereka berdua hanya akur apabila Nicolas menegaskan bahawa aku tidak elok untuk berada di situ. Dan setelah Nicolas berjanji untuk menceritakan semuanya setelah selesai. Dan saat menunggu akhirnya aku tertidur sehinggalah Nicolas mengejutku.
" Semua dah selesai?" soalku sambil bangun dan duduk bersandar badan ke kepala katil.
Nicolas mengangguk sambil tangan menyelit rambutku yang terlepas dari ikatan ke tepi telinga.
" Dia nak abang tarik balik report." ujar Nicolas.
" Hah? seriously?!" soalku terkejut.
" Darius satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Selama ini dia pun tak sangka bahawa Darius boleh buat kerja macam tu. Harapan dia tinggi untuk Darius teruskan legasi dia. Tapi bila jadi macam ni, Kita pasti tahu hukuman yang bakal dikenakan Darius bukan ringan. So he beg me to take back the report tapi abang terangkan kepada beliau yang Darius bukan saja terlibat dengan insiden melibatkan kita tapi dia juga ada urus niaga haram lain. Kalau abang tarik report sekalipun, belum tentu Darius akan terlepas dari sebarang hukuman." Ujar Nicolas lagi.
" Sara tak sangka Darius boleh buat semua tu. Kesian Tan Sri..."
" Abang pun kesian sebab beliau seorang ahli perniagaan yang hebat dan abang tahu beliau cukup kecewa dengan anaknya. Tapi Tan Sri Malik kena terima semua ini."
Aku mengangguk tanda setuju. Aku mengenggam tangan kekarnya erat. Ada persoalan yang masih terbuku dihatiku.
" Abang masih berdendam pada Darius?" soalku perlahan.
" Rasa tu masih ada, mi amor. Tapi abang usaha untuk hilangkannya dari hati abang. Abang bukan Rasulullah SAW yang berhati mulia mudah memaafkan tapi abang ingin jadikan Beliau sebagai model untuk abang jadi seorang muslim yang baik. Dan buat masa sekarang cukuplah Darius tidak muncul di depan abang lagi seperti Rasulullah yang tidak mahu melihat wajah Wahsyi bin Harb al-Habsyi walaupun Beliau sudah memaafkannya.Namun hati abang masih belum mampu memaafkan Darius dan abang percaya hati abang akan memaafkannya suatu hari nanti." ujar Nicolas lagi. Aku tersenyum nipis dan saat itu aku merasa bahagia. Sungguh hati suamiku sudah dipenuhi dengan cinta Allah.
"Apa lagi yang abang bincang dengan Tan Sri?" soalku lagi.
" Nothing much. Dia hanya meluahkan perasaannya. Hubungan bisnes kami baik, dan dia menganggap abang seperti anaknya sendiri. Katanya dia ingin lepaskan apa yang dia pendam. Dia tak mampu luahkan kepada isteri dan anaknya yang lain cuma dia terkilan kerana selama ini tak sangka anaknya sanggup buat kerja sebegitu..."
Kesian Tan Sri Malik. Aku yang dulu pernah bekerja dibawahnya tak nafikan dia seorang bos yang baik dan jaga kebajikan setiap staffnya.
" Tan Sri seorang yang baik. Sebab itu abang tak sangka Darius jadi macam tu. Tapi iman tak dapat diwarisi. Semua yang terjadi adalah keinginan setiap individu dan dah tertulis takdirnya. Tan Sri pun minta maaf pada abang atas segala perbuatan Darius. Dia cakap mungkin kemewahan yang diberikan membuatkan dia tak sedar bahawa itu telah menjadi punca semua ini." Tambah Nicolas lagi.
" Semoga Tan Sri tabah hadapi dugaan ni. Macam mana dengan kes Darius?" soalku lagi. Setahu aku kes itu masih belum selesai, Walaupun hampir dua bulan berlalu namun untuk kes besar seperti ini memakan masa untuk diselesaikan. mungkin bertahun.
" Masih dalam pembicaraan. Cuma untuk kes kita semuanya dah selesai walaupun tiada pengakuan dari Darius tapi bukti cukup untuk menyabitkan dia atas semua kesalahan. Cuma kes pembunuhan mummy daddy dan adik abang tidak dapat disabitkan kerana ia berlaku luar Malaysia. Tapi abang dah redha dan hukuman yang bakal dilakukan sudah setimpal dengan apa yang dia lakukan."
" Sara bangga dengan abang.."
" Kenapa sayang bangga?" soalnya lalu tersenyum merenung mataku.
" Sebab abang punya hati yang sangat baik dan tulus. Abang kuat luar dan dalam dan dengan segala ujian ni abang dapat harungi dengan cukup kuat. Sara bangga sangat." ujarku lalu mengucup lembut pipi kanannya itu. Melebar senyum Nicolas saat itu.
" Abang kuat kerana abang ada isteri yang hebat seperti Sara. Sayang yang jadi penguat hidup abang. Sejak Sara muncul dalam hidup abang, baru abang sedar akan tujuan hidup abang. Falling in love with you is the best thing happened in my life. Cintakan Sara dan paling penting cintakan Islam buatkan abang hidup dalam erti yang sebenar. Thanks, mi amor kerana muncul dalam hidup abang. give me beautiful rainbow in my bleak life." ujar Nicolas sambil tersenyum.
" te amo, mi amor.." bisik Nicolas dalam bahasa ibundanya itu lalu bibirku ditindih lembut.
" Sara cintakan abang juga..." balasku bahagia.
Aku tersenyum melihat pasangan yang sedang dirai tika ini. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah masing- masing tika itu. Setelah dua minggu Pedro discaj dari hospital, dia dan Isabel terus merancang majlis perkahwinan mereka dan hari ini, apa yang dirancang menjadi realiti. Mereka berdua telah selamat berkahwin di gereja tengah hari tadi dan Aku dan Nicolas pula tunggu mereka dihotel yang telah ditemph khas oleh Nicolas untuk satu- satunya adik yang dia ada. Dan tentunya hari ini aku dapat melihat Nicolas tersenyum lebar saat melihat adik dan orang yang paling rapat dengannya disatukan. Majlis tertutup yang hanya dihadiri tiga ratus tetamu itu cukup ekslusif dan mewah. Segala persediaan dilakukan oleh Nicolas sendiri. Walaupun majlis ini kebanyakkannya di hadiri oleh non muslim namun tiada makanan tidak halal serta alkohol disediakan. Dan masing- masing menghormati Nicolas yang sudah beragama Islam.
Ayah, ibu dan Along serta pasangannya turut datang ke majlis ini. Masing- masing teruja saat melihat Pedro kahwin. Dan aku juga dapat perkhabaran dari ibu bahawa angah akan menamatkan tugasnya tidak lama lagi. Sungguh aku rindukan angah dan sekarang hanya doa dapat ku panjatkan untuknya di sana.
Aku duduk di meja makan. Dari tadi mulutku tidak berhenti mengunyah dan Nicolas pula dalam sibuk melayan tetamu, tidak lekang juga sesekali datang menanyakan keadaan aku. Perutku yang makin sarat itu menyukarkan aku untuk bergerak dan semua masing- masing mengucapkan tahniah kepada Nicolas saat melihat perutku. Ramai terkejut melihat perutku yang besar itu dan meneka bahawa kami bakal mendapat anak kembar namun Nicolas hanya menidaknya. Aku pula hanya tersenyum mendengarnya.
Aku mencapai sepotong Buah tembikai lalu disuap ke mulut. Tiba- tiba lampu dewan besar itu dimalapkan. Bunyi viola dan piano mula kedengaran dan saat itu aku melihat Pedro dan Isabel mula menari di tengah dan diikuti beberapa pasangan. Tersenyum aku melihat masing- masing menghayati musik.
Sedang asyik melihat, tiba- tiba ada tangan muncul di depan wajahku. Dan terus aku melihat wajah Nicolas tersenyum.
" Would you like to dance with me?" soalnya sambil membongkokkan sedikit tubuh tingginya itu.
" Sara tak pandai menari..."
" It's okay, mi amor. Just stay in my hug.."
" Kalau Sara terpijak kaki abang macam mana?" soalku lagi.
" no problem, sweetheart. I just wanna dance with you and make precious memories with my beloved wife..."
Dan dalam teragak- agak aku terus menyambut huluran tangannya. Nicolas menarik aku ke arah kelompok yang sedang menari itu. Dan tangannya terus menarik tanganku dan dia menentukan kedudukan tanganku di tubuhnya. Dan dia mula mengerakkan tubuhnya perlahan dan aku pula terus mengikut setiap langkahnya itu.
" You're so gorgeous tonight,m amor..." ujar Nicolas merenung ke dalam mataku. Panas pipiku rasakan saat ini. Nicolas tidak pernah gagal membuatkan hatiku berbunga bunga.
" And you look so handsome tonight, husband. Until i can see few naughty eyes keep following you." Balasku membuatkan tawa Nicolas terletus.
" But my eyes only for my beautiful wife, Nur Sara." Balas Nicolas romantik.
" Tapi Sara dah gemuk."
" I don't care..."
" pipi Sara dah bulat.."
" i dont even care, mi amor... what i care is your love to me and my love to you. Badan dan rupa kita akan berubah tapi perasaan cinta abang pada Sara takkan pernah berubah, insyaallah..." ujar Nicolas lagi. Sungguh terharu aku mendengarnya. Terus aku melentokkan kepalaku ke dadanya dan saat itu aku dapat mendengar degupan jantung Nicolas yang membuatkan aku tersenyum.
" Te amo abang..." bisikku perlahan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku cukup puas hati melihat hidangan di atas meja. Dalam sarat pun aku cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya malah pembantu rumah pun aku halang untuk membantu. Hari ini merupakan hari paling bermakna buat kami.
Ulang tahun perkahwinan pertama kami.
Pagi- pagi lagi selesai solat subuh tadi Nicolas telah ucapkan kepadaku. Terharu saat dia menginggati tarikh perkahwinan kami. Malah dia memberikan aku sekalung rantai berloket berlian yang sangat cantik. Harganya tak usah ditanya, pasti lima angka, dan boleh jadi enam angka kerana ia sangat cantik. Dan sekarang giliran aku pula untuk memberinya kejutan. Dan hadiah yang aku bakal berikan ini pasti menjadi kejutan yang paling bermakna baginya. Lama aku simpannya dan aku pasti dia bakal terkejut. Jam di dinding dilihat. sudah hampir waktu Nicolas pulang dan aku harus bersiap. Terus Aku menutup makanan terhidang itu dengan menutup makanan lalu terus aku berlalu ke bilik untuk membersihkan diri.
Aku mengenakan dress tanpa lengan berwarna pink lembut ke tubuh lalu rambutku yang separa pinggang itu dibiarkan lepas. hanya mengenakan solekan nipis diwajahku, sekadar menaikkan seri wajahku agar tidak nampak pucat. Setelah selesai, minyak wangi kesukaan Nicolas disembur ke tubuhku. Aku melihat tubuhku di cermin, setelah berpuas hati aku akan keluar ke ruang tamu ingin menunggu kepulangan Nicolas.
Namun, saat ingin membuka pintu bilik, tiba-tiba pintu dikuak dari luar dan terpacul wajah suamiku itu dimuka pintu. Jelas wajahnya terkejut melihatku. Beberapa kali aku melihat matanya melihat aku atas bawah.
" Abang dah balik..." ujarku lalu beg kerjanya ku capai. Wajahnya yang masih terkedu itu aku abaikan lalu aku meletak beg itu di meja kerja yang ada di dalam bilik kami.
" You look so gorgeous and sexy, mi amor.." Baru aku mendengar suara Nicolas saat itu. Aku tersenyum lalu tanganku melingkar ke lehernya.
" I got surprise for you. Abang mandi dulu, Sara tunggu abang dekat luar." ujarku lalu tangan merungkai tali lehernya.
"Forget about surprise, i want you now mi amor." ujar Nicolas lalu memagut bibirku. Untuk seketika aku melayan keinginan Nicolas namun sesaat kemudian aku melepaskan bibirku.
" I prepared it special for you, abang. Pergi mandi ya?" pintaku. Jelas wajahnya kecewa namun sesaat kemudian dia tersenyum lalu mengucupku sekilas. Terus Nicolas hilang di sebalik pintu bilik air.
Aku terus ke dapur dan memanaskan kembali makanan yang telah aku sediakan tadi. Air jus dituang ke dalam gelas dan sekali lagi aku melihat jika ada yang tak kena.
Tiba- tiba aku dapat rasakan ngilu dibahagian bawah perutku. Aku terus menggosok perlahan perutku.
" Sayang duk diam- diam ya. Mummy nak candle light dinner dengan daddy sekejap.." bisikku perlahan. Dan seakan mendengar kataku, rasa yang ngilu tadi telah hilang. tersenyum aku saat melihat kandunganku bergerak perlahan.
Sedang ralit melayan perasaan, tiba- tiba ada tangan melingkar ke tubuhku dan dari wangian yang menyapa hidungku itu sudah membuatkan aku tersenyum.
" Hai sayang..."ucap Nicolas lalu mengucup pipiku. Aku menoleh ke arahnya dan saat itu aku melihat wajahnya yang segar selepas mandi itu.
" Did you prepared all this?" soal Nicolas sambil melihat hidangan di atas meja. Sambil tersenyum aku mengangguk.
" Your due just around the corner,mi amor. You should more rest now..." Mengendur senyumanku saat itu. Bersusah payah aku menyediakan makanan ini namun....
" but i really like it. you cooked my favourite food. Thank you,sweetheart. Abang doakan sayang diberikan pahala yang besar." ujar Nicolas mengucup lagi pipiku. Terus melebar senyumanku saat itu. Namun pujian Nicolas tidak mampu menandingi kejutanku sebentar lagi. Tiba- tiba perutku mengeras, terus aku menyambar kepala kerusi untuk mengagahi kakiku. Mujurlah Nicolas tidak perasan. Mungkin aku berdiri terlalu lama.
Tanpa menunggu masa lagi aku terus mengajak Nicolas duduk dan kami mula menikmati makan malam. Nicolas sentiasa menanyakan keadaanku seharian. Berapa kali bayi kami menendang, ada rasa kejang kaki ke, minum tak susu dan macam- macam lagi. Aku menjawab setiap soalan Nicolas tanpa jemu. Aku suka mendapat perhatian sebegitu walaupun aku tahu Nicolas tidak pernah abaikan aku walau sedibuk manapun dia.
Rasa sakit di bahagian bawah perut aku dirasai lagi namun aku ingin meneruskan rancangan yang sudah aku rancangan. Lalu kotak berikat riben yang aku letakkan di kerusi kosong aku capai.
" For you..." Aku menolak kotak itu ke arah Nicolas. Terjungkit sebelah kening Nicolas saat melihat kotak tersebut. Semestinya dia pasti tidak menyangka aku akan berikan hadiah untuknya. Walaupun tidak setanding hadiah rantai berloket berlian yang dia berikan kepadaku pagi tadi tapi aku pasti hadiah ini akan membuatkan dia gembira seperti mana aku juga turut bahagia.
" Apa ni?" soalnya lalu menilik kotak hadiah tersebut.
" open it then you will know the answer.." ujarku. Tersenyum dia mendengarnya. Terus riben pada kotak itu di tarik sehingga terurai.
Dengan penuh berdebar aku melihat dia membuka penutup kotak tersebut dan saat itu aku dapat melihat keningnya berkerut.
" Kenapa banyak ultrasound? baby A? Baby B? what that....." Matanya meluas saat itu seakan dapat menebak apa yang baru dilihat itu namun tak sempat aku ingin memberitahunya tiba-tiba sakit diperutku mencucuk- cucuk.
" Auchh" Jeritku sambil memegang perutku. Nicolas yang melihat aku menunduk itu terus bangun dan menerpa ke arahku.
" Are you okay,Mi amor?" soalnya dengan wajah risau.
Rasa yang makin kuat itu membuatkan aku menggeleng. Lengan Nicolas kugenggam erat.
" Sakit,abang..." ujarku dalam masa yang sama cuba menstabilkan pernafasanku. Saat itu aku rasakan perutku memulas dan pergerakan kandunganku makin kerap.
" I think it's time!! we go to the hospital!" ujar Nicolas lagi. Terus suasana romantik tadi bertukar menjadi kelam kabut. Melihat Nicolas yang sedang kalut menelefon drivernya, sempat aku bangun dari kerusi ingin menuju ke bilik namun baru selangkah, Nicolas menahanku.
" Sayang nak pergi mana?" soalnya.
" Nak ambil kardigan dan tudung..." Seakan sedar aku yang hanya memakai dress tanpa lengan. Nicolas terus berlalu ke bilik.
" Abang! ambil beg baby sekali!" jeritku lagi.
Tak sampai seminit Nicolas muncul bersama tudung dan kardigan hitam ditangan kanannya manakala ada dua beg pakaian di tangan kirinya. Beg itu memang sudahku sediakan awal- awal lagi dan sering aku berpesan kepada Nicolas jika ingin bersalin nanti dua beg itu harus dibawa bersama kerana satu beg merupakan kelengkapan bayi manakala satu lagi untukku.
Nicolas terus membantu menyarungkan kardigan labuh itu ke tubuhku dan aku menyarung tudung sauk ke kepala. Bunyi ketukan pintu membuatkan Nicolas terus memimpin aku ke arah itu. Terjengul wajah Zul saat itu. Tanpa disuruh, dia terus megambil beg di tangan Nicolas lalu dimasukkan ke bonet kereta. Nicolas pula tanpa menunggu terus mencepung tubuhku ke dalam kereta. Dan terus Zul memecut kereta ke hospital berdekatan.
Sepanjang perjalanan, beberapa kali aku merasakan kontraksi dan tanganku tidak lepas mengenggam tangan kekar Nicolas. Dia juga tidak lepas dari memeluk tubuhku dan sesekali memberi kata semangat untukku...
Hampir lima jam berlalu, akhirnya lahirlah cahaya mata aku dan Nicolas, Ternyata kejutan yang sepatutnya aku berikan kepada Nicolas bertukar menjadi kejutan dari anak- anak kami. Ya, aku mengandungkan anak kembar lelaki, berita itu aku ketahui sejak kandunganku empat bulan lagi namun aku rahsiakan dari semua orang terutama Nicolas kerana ingin berikannya kejutan dan semalam sepatutnya berita itu disampaikan kepada Nicolas namun tak sempat melihat reaksi penuh Nicolas tiba- tiba anak- anak kami ingin keluar melihat dunia. Sepanjang tempoh aku bersalin, Nicolas setia berada di sisiku. Malah aku dapat lihat wajahnya yang teruja saat mendengar tangisan pertama anak-anak kami dan sekarang aku dapat lihat wajah Nicolas yang sedang tersenyum melihat wajah suci anak-anaknya yang lena di dalam babycot itu.
Wajah Nicolas tak lekang dari senyuman.Bahagia,bangga jelas terpancar saat dia mengalunkan azan untuk kedua anaknya, jelas kulihat matanya berkaca tika itu. Yang pasti dia tidak menyangka menjadi ayah untuk dua orang anak sekali gus. Tersenyum aku melihat wajah itu bahagia, hilang segala sakitku tadi saat dapat membahagiakan lelaki yang aku cintai.
Nicolas menolak kedua- dua babycot rapat ke katilku lalu dia duduk dibirai katil.
" Abang tak dapat nak cakap betapa bahagianya abang sekarang. Thank you,mi amor. Dengan segala sakit yang sayang rasai untuk lahirkan anak anak kita. our precious twin..." ujar Nicolas lalu mengucup dahiku lembut.
Aku mengapai tangannya lalu merenung tepat ke dalam matanya.
"Sara sanggup harungi apa saja asalkan abang bahagia. Ini salah satu bukti cinta Sara pada abang. Sara bahagia bila tengok abang bahagia. Kita sama- sama besarkan dan didik anak- anak kita ya bang..." balasku.
" This is the best gift that i ever had. I got twin sons...the next generation of Gonzalo..." ujarnya lagi. Aku hanya tersenyum mendengarnya.
" Abang tak sangka akan dapat anak kembar. Thank you sayang, insyaallah kita akan sama- sama didik sehingga mereka menjadi muslim yang baik." tambah Nicolas lagi.
Dia mengangkat salah seorang dari bayi lalu diletakkan ke dadaku. Manakala dia mengambil pula seorang lagi lalu didukungnya.
" they're so cute, mi amor." ujar Nicolas sambil merenung kedua wajah anak- anak kami. Aku tersenyum. Jelas darah Sepanyol Nicolas kuat mendominasi wajah anak- anak kami. Aku tidak kisah kerana walau darah apa sekali pun, mereka tetap akan di didik dengan agama yang cukup dan menjadi anak yang soleh.
" Abang dah fikir nama anak- anak kita?" soalku menoleh ke arah Nicolas.
Nicolas tersenyum lalu mengangguk.
" Since we got two babies, apa kata abang bagi satu nama dan sayang bagi satu. As a doctor said they're identical twin" ujarnya sambil mengucup pipi anak yang berada dalam dukungannya..
" Abang nak letak nama apa?" soalku lagi.
" Dalam dukungan sayang tu si abang, abang nak namakan anak sulung kita Luth Iman Gonzalo..." ujarnya. Aku mengangguk.
" Sedap nama tu...dan untuk adik Sara nak letak Nuh Iman Gonzalo..." ujarku. Melebar senyum Nicolas saat itu lalu dia mengucup kedua anak-anak kami bergilir..
" Assalamualaikum Luth dan Nuh, anak soleh daddy dan mummy...."
dah nak ending guys.... next chap Epilog? maybe yes mybe not..
Share this novel