Setelah habis cuti hujung minggu, Naim menghantarku pulang ke rumah sewaku dan ini kerana dia juga akan kembali ke kem tempat dia bekerja di Terengganu.
" Jaga diri elok- elok. Jangan duk merayap sorang- sorang. Awak tu anak dara. Apa- apa call ibu ayah tak pun Along" Naim mula memberikan kata kata nasihat penaja. Aku tersengih lalu mengangguk.
" Baiklah angah sayang. Angah tu drive elok- elok. Kalau penat berhenti rehat. Sara nak merasa dapat kakak ipar tau!" usikku pula. Terus menjeling mata Naim memandangku.
" Nah! Buat belanja" ujar Naim sambil meletakkan beberapa keping not berwarna ungu ke dalam beg tangan di atas ribaku.
"apa ni angah? kan Sara dah kerja. Sara tak nak susahkan Angah" balasku lalu duit tersebut dihulurkan kembali kepadanya.
" Angah ikhlas, anggap je ni nafkah dari angah untuk Sara. Angah tahu, duit elaun tu berapa la sangat. Atleast duit ni boleh buat back up sampai dapat next elaun. Nanti hujung bulan angah masukkan lagi" balas Naim tersenyum.
Terharu aku mendengarnya.
" Terima kasih angah, semoga Allah limpahkan rezeki untuk abang Sara ni. dan angah tak perlu la masukkan duit untuk Sara. Lagipun ayah selalu bagi duit dekat Sara. Sara dah banyak menyusahkan semua orang" ujarku segan.
Tiba-tiba Naim mengetuk kepalaku perlahan membuatkan aku mengaduh.
" Takyah nak drama sangat la hai. Kami semua ni family Sara. tak ada istilah menyusahkan jika melibatkan keluarga sendiri. Kami semua sayang Sara seperti Sara sayang kami." ujar Naim lagi.
Aku tersengih sambil menggosok perlahan kepalaku. Sebenarnya takde la sakit pun cuma saja nak mengada- ngada dengan abang sepupuku itu.
Setelah itu aku terus keluar dari kereta dan setelah aku melangkah masuk ke dalam pagar, barulah Naim mula meninggalkan perkarangan rumah sewaku itu. Aku melambai dan tika kereta Naim sudah menjauh , aku mula melangkah ke arah rumah namun saat aku makin hampir di depan pintu rumah, langkahku terhenti. Mataku terpaku melihat sesuatu yang elok berada di depan pintu rumah. Aku mula melihat kesekeliling namun tiada apa yang mencurigakan. Aku terus mencapai benda tersebut.
Ia sebuah jambangan bunga yang agak besar. Rose merah. Aku mengerutkan keningku. Siapa punya kerja ni? dari melihat keadaan bunga tersebut yang masih segar, aku yakin bunga itu baru dihantar.
Terasa seperti aku diperhatikan dan laju aku melangkah masuk ke dalam rumah dan terus pintu dikunci. Aku duduk di sofa lalu membelek jika ada kad yang terselit dan aku jumpa dengan apa yang kucari.
Kad yang terselit itu di buka dan ada sebuah tulisan tangan yang kemas dan cantik tertera disitu.
~ Un día serás mío, cariño.~ N.G
Aku mengerutkan lagi keningku. Dah bahasa apa pulak ni? apa N.G? nama penghantar ke? N.G? Norlia Ghani? ke Nasir Ghani? tapi apa yang orang itu cuba cakapkan? Aku terus mencari telefon binbitku dan saat itu aku amat memerlukan bantuan pak cik google translate. Mana la tahu penghantar bunga ni Salah rumah ke. tengok pada ejaan macam bahasa itali tak pun sepanyol. Kan Nak hantar dekat awek europe sekali dapat kat awek melayu. Hahaha.
Jariku laju mencari pak cik kesayangan semua rakyat masa kini. Baru saja nak menaip translate tiba-tiba ada panggilan masuk dari Nadiah. Laju tanganku menekan butang hijau.
" Assalamualaikum Sara..."
"Waalaikumusalam Nad, kenapa tiba-tiba call aku dihari minggu ini?" soalku berdramatis.
"Sara, kau kat mana sekarang ni?" Soal Nadiah serius. langsung tidak menjawab pertanyaanku tadi.
"Aku baru sampai rumah sewa. Kenapa macam kau cemas ni?" soalku.
" Mahu tak cemas wei. Aku terlupa yang aku kena pergi event hari ni! Aku sepatutnya kena pergi event dinner dengan klien syarikat kita. Aku kena wakilkan bahagian Finance sebab Puan Fatimah tak dapat join. tapi....."
" Tapi apa?" entah kenapa apa yang bakal keluar dari mulut Nadiah nanti bukan sesuatu yang baik.
" Aku dekat Melaka lagi sekarang ni! stuck dekat jammed. Aku cuba untuk balik KL tapi aku rasa aku tak sempat ni..." ujar Nadiah.
" Habis tu macam mana?" soalku pula.
" Kau tolong gantikan aku ,Sara. Pleaseee..."
" Tapi kan aku budak intern je..."
" Takde masalah, Sara. Inilah masa kau nak ambil pengalaman. Please Sara tolong aku. Mati aku kalau Puan Fatimah tahu aku tak pergi"
" urmm..."
"Tolong aku, Sara. Dinner simple je. please"
makin meleret please si Nadiah tika itu. Aku menjadi serba salah untuk menolak permintaan gadis itu.
"Dekat mana? "
" i love you Sara. Terima kasih banyak-banyak! Dinner tu dekat Hilton KL. Kau partner dengan Encik Darius tau. Nanti sampai lobi kau tunggu je dia dekat situ. Majlis mula pukul lapan setengah malam" ujar Nadiah lagi.
Encik Darius? aduii ni yang lemah bila kena berdampingan dengan anak Tan Sri Malik tu. Siapa tak kenal dengan buaya tembaga seorang tu. Tapi aku harap malam ni lelaki itu boleh beri kerjasama. Kalau macam- macam memang aku tinggalkan majlis tu.
" hurmm yela.. "
" Aku minta maaf menyusahkan kau. nanti aku belanja kau okay! thank you, Sara!" ujar Nadiah lagi.
Selesai solat maghrib, aku terus bersiap. Dress labuh berwarna hijau emerald dikenakan di tubuhku. mujurlah ada baju malam makan malam graduasi hari tu. dapatlah guna yang tu. takkan nak pakai baju kurung kapas pulak. Setelah mengenakan mekap yang ringkas, aku terus mencapai clutch di atas katil lalu aplikasi grab dibuka dan aku menempah grab ke Hilton KL.
Setelah dua puluh minit akhirnya aku sampai, Aku terus melangkah masuk ke lobi hotel dan dari kejauhan aku melihat kelibat Encik Darius yang segak bersuit biru gelap sedang berbual bersama beberapa lelaki yang turut memakai suit lengkap. Nampaknya ramai klien Wangsa Group hadir malam ni. Tanpa menunggu aku terus mendekati Encik Darius.
Seakan tersedar akan kehadiran aku, Encik Darius menoleh dan jelas riak wajahnya agak terkejut. Aku hanya memberikan senyuman nipis.
" Assalamualaikum encik Darius."
" Eh! Sara?" Balas encik Darius tanpa menjawab salamku. hatiku mencebik menyampah saat melihat reaksi wajah lelaki itu.
Tidak dinafikan wajah lelaki itu sememangnya kacak namun sikap playboynya itu membuatkan Aku harus hindari. Pantang nampak gadis cantik dan seksi mula la mata tu liar macam sekarang ni, sempat lagi matanya menjeling beberapa tetamu wanita yang baru melintas.
" Ye saya, saya ganti Nadiah malam ni. Dia tak dapat datang sebab hal kecemasan. takpe kan encik Darius?" soalku kembali.
" eh takpe... i lagi suka.."
Mula dahh buat muka kasanova dia..... Aku hanya tersenyum nipis.
"Shall we?" soal Encik Darius sambil mengepakkan lengannya.
aku yang melihat sengaja buat muka terpingga-pingga. Faham sangat niat lelaki itu, mengharapkan aku menyeluk tanganku ke lengannya. Dalam mimpi!
" Errr... kenapa encik?" soalku buat-buat tidak faham.
" Awak tak tengok ke semua berjalan masuk ke dewan tu? hold my arm,Sara..."
" Eh! takpelah encik, lagipun ayah saya marah pegang lelaki bukan mahram. Berdosa" sengaja aku menekan perkataan berdosa itu dengan muka innocent aku. Berubah wajah Encik Darius namun cepat saja dia mengawalnya.
" Alahhh.. berlapik kan. Kalau ada air sembahyang pun takkan batal la" balas Encik Darius selamba yang membuatkan aku nak tarik- tarik rambut bergaya high fade tu. Baru aku nak membalas balik tiba-tiba ada suara menegur lelaki itu.
" Mr. Darius.."
terus kepalaku dan encik Darius serentak menoleh ke arah gerangan suara itu. Saat itu aku melihat dua susuk tubuh yang berjalan dengan penuh gaya menghampiri kami atau lebih kepada encik Darius. Nicolas Gonzalo! Lelaki yang pernah datang ke pejabatnya minggu lepas. Kali ini pun lelaki itu tampil segak dan kemas dalam suit berwarna hitam. wajah beku seperti sebelumnya dan pembantunya yang juga orang yang sama minggu lepas tetap setia berada di sampingnya dan saat mataku berlaga dengan lelaki ' pembantu' itu, dia menghadiahkan senyuman manis kepadaku. Terkaku aku seketika. Kacak! dan aku yakin sesiapa yang melihatnya pasti merasa perkara yang sama sepertiku.
" Mr Gonzalo! what a pleasure see you come tonight! i thought you won't come" ujar encik Darius tersenyum sambil berjabat tangan dengan lelaki bernama Nicolas itu.
" i change my mind, besides i have norhing to do tonight" balas Nicolas pula.
Aku hanya diam di sebelah Encik Darius. Dan saat Mataku gatal memandang wajah Nicolas itulah pandangan aku dan lelaki itu bertembung. pandangan Mata kelabu itu dilihat sangat tajam namun entah kenapa aku tertarik untuk melihatnya lagi. Seakan tersedar, laju aku melarikan mataku. Dan tanpa sedar jariku mula meramas jemari yang lain dan itu adalah tabiatku jika gelisah dan berdebar.
" Shall we, Mr Gonzalo? "
" Sure..."
Saat itu encik Darius dan Nicolas mula melangkah masuk dan aku turut mengikuti mereka dari belakang. Mujur kemunculan Nicolas membuatkan encik Darius terus lupa akan hal peluk lengan tadi.
" Hai! I'm Pedro!"
aku menoleh ke kiriku dan pembantu Nicolas itu sedang tersenyum melihatku. Secara automatik aku membalas senyumannya.
" I'm Sara..." balas ku.
" I know..."
" Hah? Apa dia?"
Aku seakan mendengar Pedro ujar sesuatu namun aku tidak dengar dengan jelas. Namun seakan tersedar,aku terbicara dalam bahasa melayu dengannya.
" Sorry, did you said something?" soalku.
" Tak ada apalah. saya cakap gembira kenal dengan awak ,Sara"
Ternganga aku sekejap. Dia boleh berbahasa Melayu!
" Awak boleh cakap Melayu?"
Aku melihat Pedro menjungkit sebelah bahunya sambil tersenyum.
"Parent awak Malaysian ke?"
" Nope! I'm fully Spanish tapi sejak kerja dengan bos saya, Nicolas. Saya ikut dia tinggal di sini dah dekat lima tahun. so saya belajar bahasa melayu. lagipun bahasa ni senang belajar dan mudah untuk difahami" balas Pedro.
Aku tersenyum lebar. Bangga saat ada warga asing seperti Pedro yang sudi belajar bahasa ibundaku. Walaupun masih ada slang nya tapi percakapan Pedro lancar.
"Wow... hebatlah awak!" balasku teruja dan itu membuatkan Pedro tertawa kecil.
" You're so cute,Sara.." ujar Pedro sambil ketawa.
Termalu aku sendiri saat itu. Mesti Pedro ketawakan aku sebab jelas wajahku yang terlebih teruja itu.
" Pedro!"
Mati tawa Pedro saat mendengar namanya di seru. Terus kepalanya menoleh ke arah Suara tersebut. Aku juga turut memandang ke arah yang sama. Dilihat Nicolas yang berwajah serius sedang memerhati kami berdua atau lebih tepat kepada Pedro. Saat itu aku mendengar Pedro berdehem.
" Got to go Sara. Nice to meet you, hope to see you again" Ujar Pedro berura-ura untuk beredar. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum
" Gembira kenal awak, Pedro" balasku lalu Pedro terus berlalu mendekati bosnya itu. Sempat aku melihat renungan tajam Nicolas sebelum dia mengalihkan padangannya.
aku mencebik. Kedekut! nak borak dengan staff dia pun tak boleh. Aku terus mencari tempat dudukku.
Bosan! itulah yang aku rasakan sekarang. Dan tidak ku menyangka malam itu diadakan sesi tarian dan sekarang aku sedang setia menonton pasangan yang sedang menarik di depan dewan itu. Mungkin ini yang pihak syarikat buat untuk raikan para klien mereka. Dari jauh aku melihat Tan Sri Malik dan isterinya sedang menari dan pabila ku lihat di sebelah pula aku nampak encik Darius seronok menari bersama wanita yang cukup seksi. Aku mengeluh lagi, adakah aku berdosa kerana terlibat dalam majlis ini dan paling aku terkejut saat minuman alkohol dihidangkan walaupun untuk bukan islam. Buktinya sekarang aku melihat Nicolas sedang meneguk air itu sambil berbual bersama share holder Wangsa Group yang lain. Tidak dinafikan Wangsa Group sebuah syarikat yang besar. Selain Tan Sri Malik sebagai board of Director, Antara pemegang saham terbesar adalah Tan Sri Robert Chiu yang sedang bercakap dengan Nicolas itu. Nampak gayanya betul kata Nadiah, Nicolas itu sememangnya menjadi rebutan ramai, tidak kurang para wanita. Dari tadi ada saja wanita yang cuba mendampinginya. Lumrah orang kaya dan kacak. pasti menjadi buruan.
Suasana dewan makin suram saat lagu yang perlahan dimainkan dan saat itu aku terlihat satu pasangan sedang bercium. meluas mataku dek terkejut. Aku perlukan udara. Saat itu tanpa menunggu aku terus melangkah ke arah pintu keluar. Dan terus langkah kaki ku menuju ke arah sebuah Mini park yang berada di level yang sama.
Cantik! taman yang tidak terlalu besar dan separuh lagi dihiasi dengan cemrin kaca yang memaparkan ibu kota KL.
Aku berdiri di beranda bersebelahan pokok rendang disitu lalu menikmati panorama malam yang dipenuhi kerlipan lampu dari setiap bangunan.
Sedang aku asyik, tiba- tiba aku mendengar tapak kaki runcing seakan terkocoh- kocoh. Pantas aku menoleh. Dan saat itu aku melihat satu pasangan sedang asyik bercium. Wanita bergaun pendek berwarna merah sedang berpelukan dengan lelaki yang sedang rakus menciumnya.
terkaku aku saat itu. laju tanganku menutup mulut. hampir saja aku menjerit dan saat itu aku tidak mahu kehadiran aku disedari mereka. Aku tak nak dimarahi. laju aku mengalihkan pandanganku. Mataku dipejam, Maafkan hambaMu ini yang Allah kerana melihat kemungkaran.
"Eres tan sexy, mi amor"
Aku tersentak saat itu. Suara itu! laju aku membuka mataku saat mendengar suara itu. aku terus menoleh ke arah pasangan itu namun yang aku lihat hanya lelaki itu seorang. Ya, itu Nicolas Gonzalo. Tapi mana wanita tadi? begitu cepat wanita itu menghilang. Yang ada kini hanya Nicolas yang sedang berdiri di depan cermin sedang memandang ke arah depan.
Tiba-tiba kepala itu menoleh ke arahku dan matanya tepat menikam mataku membuatkan aku tersentak. tiada reaksi, dengan pandangan tajam tanpa senyuman itu membuatkan bulu romaku meremang. Aku mula merasakan sesuatu yang menakutkan. Adakah dia marah kerana aku nampak aksinya dengan wanita tadi? adakah dia akan saman aku? tidak! dan saat itu mahu tercabut jantungku saat melihat Nicolas mula melangkah ke arahku. Jantungku berdegup dengan kencang saat itu, Aku tidak mampu lari malah nak melangkah pun kurasakan payah saat ini. Otakku hanya mampu berfikir untuk meminta maaf.
hanya beberapa langkah lagi, tiba-tiba Pendro muncul dan membisikkan sesuatu ke telinga Nicolas dan aku dapat lihat wajha Nicolas berubah . tak sampai sesaat Nicolas terus berlalu dari situ diikuti Pedro. Baru saat itu aku mampu menarik nafas lega. Aku menekap tapak tanganku ke dada, masih berdegup kencang. Sesungguhnya lelaki bernama Nicolas Gonzalo itu mempunyai aura yang menakutkan!
NICOLAS GONZALO....
Butang search ditekan dan saat itu muncul satu biodata bersama gambar yang aku pasti diambil secara photoshoot.
Nicolas Ian Gonzalo is a young Malaysian-Spanish entrepreneur which is the Oldest heir for Gonzalo's Property. CEO of GM Group in Malaysia.
Born: February 5, (age 29 years)
Height: 1.87 m
Spouse: NIL
Parents: Rafael Gonzalo, Margen Lys Gonzalo.
Siblings: Isabel Ana Gonzalo, Luis Dan Gonzalo.
Nationality: Spanish, Malaysian
Aku membaca setiap butiran yang terpapar di skrin telefonku. Rupanya lelaki itu warganegara Malaysia. namun wajah Sepanyol tetap mendominasi raut dirinya.
Setelah kejadian di mini garden tadi, aku masuk semula ke dewan tetapi sudah tiada kelibat Nicolas mahupun Pedro. Dan setelah balik, aku tidak mampu melelapkan mata kerana bayangan pandangan tajam milik Nicolas kerap muncul. Dan hasilnya dia terus membuat carian tentang lelaki itu. Apa yang aku inginkan pun aku tak tahu tapi yang pasti aku tak boleh mencari masalah dengan lelaki itu kerana andai lelaki yang berketurunan dari keluarga billionaire itu menyamannya kerana kejadian semalam, sudah tentu dia mampu membayarnya. Tidak! Mintak simpang!
Saat itu mataku terpandangkan jambangan bunga di atas meja solek. terus aku bangun dari pembaringan dan mendekati meja itu. Dan saat itu aku mencapai kad itu sekali lagi. Baru aku teringat, aku ingin mencari maksud kata-kata di kad tersebut. Aku terus mencapai telefon bimbit, aku harus tahu siapa penghantar bunga ini!
untuk korang sebelum ce cuti... untuk few days xde updte tau.. ada urusan perkahwinan keluarga
Share this novel