BAB 13 - MALAM PERTAMA

Romance Completed 123502

Aku melihat diriku di cermin. Mak andam sedang membetulkan veil dan tiara di kepalaku. Setelah berpuas hati, dia merenung aku melalui cermin lalu tersenyum manis.

" Sara cantik sangat! Tak sia- sia akak bersengkang mata siapkan baju seperti yang Encik Gonzalo mahukan. Fussy tapi taste dia memang tip top!" ujar Mak andam tersebut.

Aku hanya tersenyum mendengarnya. Dalam kesibukan Nicolas sempat sama- sama cari baju akad nikah dan baju di badanku adalah permintaan daripadanya.

' I want my bride looks like an angel'

Itulah kata- katanya tempoh hari kepada wedding planner. Oleh kerana pengaruh Nicolas, tiada siapa mahu menolaknya. Takkan mereka mahu lepaskan peluang untuk menguruskan perkahwinan seorang usahawan terkenal sedangkan itu boleh dijadikan marketing mereka untuk lebih dikenali. Dan hasilnya sungguh menakjubkan. Mereka tunaikan permintaan Nicolas.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar dan saat itu terpacul wajah ibu yang anggun berbaju kurung berwarna ungu pastel. Jelas wajahnya sebak melihatku yang sudah siap dihias. Ibu melangkah perlahan-lahan memasuki bilik lalu mendekatiku.

" Subhanallah, Cantiknya anak dara ibu..." ujarnya lalu mengenggam tanganku.

Aku tersenyum lalu membalas genggaman tangan ibu.

" Seiras wajah mama Sara. Kalau la mama dan abah Sara masih ada, mesti mereka gembira tengok anak mereka kahwin..." ujar ibu yang sudah tidak mampu menahan air mata. Aku terus memeluk tubuh tua itu. Sedaya upaya aku menahan air mata dari gugur.

" Dan ayah dan ibu boleh jadi wakil mama dan abah Sara. Sara sayang keluarga kita.." balasku sambil menggosok perlahan belakang badan ibu.

Ibu melonggarkan pelukan lalu saat itu aku menyapu lembut air mata di pipi ibu dengan tisu yang sempat ku capai.

" ibu doa semoga Sara dan Ian bahagia sehingga syurga. Ibu yakin, Ian pasti dapat bahagiakan dan jaga Sara sebaiknya. Hormati suami Sara, dialah yang paling teratas saat lafaznya akad, Ingat ya nak.." pesan Ibu.

Aku mengangguk kepalaku lalu memeluk bahu ibu.

" Sara akan sentiasa ingat,bu. Terima kasih kerana besarkan Sara dan Sara sentiasa perlukan doa dari ibu dan ayah. Sara sayang Ibu..." ujarku lagi.

Ibu terus menyapu sisa air mata dipipinya lalu mengenggam tanganku. Lalu dia tersenyum, cuba menghalau rasa sebak yang menyelubungi ruang itu.

" Pihak pengantin lelaki dah sampai, Mereka baru saja sampai, Sara get ready ya..." ujar ibu.

Aku mengangguk perlahan walhal jantungku mula berdegup dengan rentak yang laju.

Tok!tok!

Ketiga- tiga pasang mata menoleh ke pintu. Saat itu susuk tubuh angah yang lengkap berbaju melayu warna sedondon dengan ibu sedang melihat kami dari muka pintu. Matanya tidak lepas memandang wajahku sebelum mengalihkan ke wajah ibu.

" Pengantin lelaki dah sedia ke?" soal ibu.

" Tok kadi belum sampai lagi, bu. Tapi mereka dah ada dekat ruang tamu." ujar Angah.

" ibu turun dulu la, kejap lagi ibu naik balik ya." ujar ibu lalu berlalu ke pintu.

" Bu, boleh angah cakap dengan Sara kejap?" Angah meminta izin.

" Boleh... Tapi Fara kena teman Sara ya. Tak elok kamu berduaan dalam bilik, Sara tengah darah manis tu." ujar ibu lalu memandang Fara yang merupakan mak andam ku hari ini.

Fara mengangguk lalu Ibu terus keluar. Fara memberikan ruang untuk aku dan angah lalu dia menjauhkan dirinya sedikit. Angah menghampiri aku lalu berdiri tidak jauh dariku. Matanya tidak lepas memandangku saat ini.

" Cantik adik angah hari ini. Like an angel.." ujar Angah tersenyum nipis.

Tersenyum sipu aku mendengarnya. Namun aku dapat lihat kesedihan dari mata angah saat itu. Dia sedih ke aku bakal berkahwin? mungkin angah fikir kami akan jarang berjumpa. Tapi aku yakin Nicolas pasti takkan menghalang jika aku ingin pulang ke rumah ini.

" Angah sedih ke Sara nak kahwin" Soalku membuatkan angah tersentak.

" Mesti angah fikir yang Sara akan jarang balik sini kan?" Soalku lagi. Dia hanya tersenyum.

" honestly memang angah sedih. Lepas ni Sara dah takde nak rindu angah, cari angah kalau ada masalah. Selalu mintak angah teman cari barang. Adik angah dah nak kahwin. Nanti suami Sara yang akan ambil alih tugas angah." ujar angah tersenyum. Berubah riak wajahku saat itu. Betul yang dikatakan angah itu. Selama ini aku akan sentiasa cari angah. Pantang nampak angah ada dirumah, pasti dia yang jadi mangsaku. Boleh ke Nicolas jadi seperti angah? Aku tidak boleh membandingkan mereka kerana Angah abang sepupuku manakala Nicolas pula suami, darjat mereka disisiku jauh berbeza.

" Hey! fikir apa tu? " sergah angah perlahan membuatkan aku tersentak. Terletus tawa kecilnya saat itu.

" Jangan Sara bandingkan angah dan Ian. Pasti kedudukan Ian lagi penting disisi Sara. Ingat, lepas ni Ian dah jadi suami Sara. Hormat dan cintai Ian selayaknya dia. Tapi kalau dia berani lukakan hati adik angah ni, orang pertama yang dia hadap ialah angah." ujar angah.

Aku tersenyum saat mendengar ayat akhirnya.

" Angah, Sara akan tetap jadi adik angah kan? kalau Sara ada masalah, angah sudi dengar lagi kan?" soalku.

" Always, my dear... dah, jangan nangis. Mak andam Sara tu dah menjeling dah tu." bisik angah tersenyum sambil menjeling sekilas ke arah Fara yang sedang duduk di birai katil sambil melihat telefon di tangannya. Langsung tidak mempedulikan kami di sini. Terletus tawa kecilku saat itu.

Tok!tok!

Kami menoleh ke arah pintu. Saat itu pintu terbuka lalu terjegul wajah ibu.

" Tok Kadi dah sampai, jom Sara kita turun."uajr ibu. Angah terus melangkah ke pintu, lalu meninggalkan bilik.

" meh sini Sara, akak touch up sikit." ujar Fara.

Aku terus mendekati mak andamku itu lalu dia merapikan kembali mekap diwajahku. Setelah selesai, Aku bersama ibu beriringan turun ke bawah. Saat aku melangkah turun, berkilauan kerdipan lampu kamera dari jurugambar yang di upah yang sedang mengambil gambarku. Saat ini aku dapat rasakan semua mata memandang ke arahku. Terus aku menguatkan genggaman tangan ibu. Sempat ibu menoleh ke arahku, seakan faham perasaanku saat ini, ibu mengosok perlahan lenganku.

Aku terus melangkah ke arah pelamin yang tersergam indah di ruang tamu. Dan saat melintasi para tetamu, Mataku sempat menoleh ke arah Nicolas yang sudah duduk di kerusi di depan meja akad nikah. Dia sungguh kacak dan segak dalam persalinan baju melayu berwarna sedondon denganku. Songkok dikepalanya membuatkan dia bertambah kacak. Disebelahnya pula kulihat Imam Syafie yang setia menemaninya. berdepan dengannya pula tok kadi dan ayah. Hari ini ayah akan menikahkan kami. Kata ayah, dia akan menunaikan amanat arwah abah yang inginkan aku dinikahkan olehnya sendiri. Dan jika abah tidak mampu lakukannya, ayah yang akan mengambil alih tugas itu.

Tiba-tiba mataku dan Nicolas bersatu. Jelas diwajahnya yang seakan terpegun melihatku. Malu akan renungan itu, terus aku menundukkan pandangan.

" Nampak gayanya pengantin dah tak sabar ni,Imam." Saat itu kedengaran suara tok kadi, apa lagi, terus bergema ruangan itu dengan tawa dari ahli keluarga. Aku sempat lihat Nicolas tersengih malu sambil menggosok belakang lehernya. Makin menunduk aku saat itu.

" Nicolas Ian Bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku Nur Sara binti Razi dengan mas kahwinnya Lima ribu ringgit tunai!" Saat itu suara ayah kedengaran.

" Aku terima nikahnya Nur Sara binti Razi dengan mas kahwinnya yang tersebut" cukup jelas dan teratur Nicolas melafazkan akad.

" Sah!"

" Sah!"

" Alhamdulillah..."

Saat itu aku melepaskan nafas lega. Begitu juga dengan Nicolas, terus dia meraupkan wajahnya dengan kedua tangannya tanda kesyukuran. Ibu yang berada di sampingku terus memelukku. Jatuh air mataku saat itu. Kini aku sudah bergelar isteri kepada Nicolas.

Doa dibacakan dan semua menghayati doakan yang sedang dibacakan oleh ayah. Makin sebak kurasakan saat ini apabila wajah mama dan papa terbayang difikiranku. Andai masih ada, pasti mereka akan sama-sama mendoakan perkahwinanku ini namun mereka sudah kembali ke sisi Allah dan hanya ingatan dan doakan kuiringkan untuk mereka.

Selesai mengaminkan doa, Ku lihat along menghampiri Nicolas lalu membisikkan sesuatu. Jelas wajah Nicolas yang terpingga-pingga itu. Yela, disebabkan kaum kami yang berbeza dan dia masih baru dalam islam, Dia pasti tidak biasa dengan adat melayu. Selepas dia bersalaman dengan Imam Syafie, tok kadi dan ayah, terus dia berdiri dan menghampiri pelamin. Terus jantungku berubah rentak. Langkahnya yang tersusun itu membuatkan jantungku makin berdebar. Ibu terus bangun meninggalkan aku memberi ruang untuk Nicolas duduk di sebelahku selepas ibu memberi arahan. Matanya tak lepas memandangku dengan pandangan yang cukup redup.

Kak Maya yang merupakan tunang along terus menghulurkan dulang berisi cincin ke arah Nicolas. Lalu Nicolas mencapai cincin itu dan dia mendekatkan dirinya ke arahku. Semerbak bau wangian yang cukup sebati dengan dirinya menerpa hidungku. Terus dia mencapai tangan kananku lalu cincin itu di sarungkan ke jari manis ku.

Selesai, Kak Maya mengisyaratkan aku menyarungkan cincin untuk Nicolas pula. Terus aku mencapai cincin itu lalu jari manis sebelah kanan Nicolas disarungkan dengan cincin itu. Terus aku menyalam tangan lelaki yang sudah menjadi suamiku itu lalu dengan penuh ikhlas aku mencium tangan itu. Kerdipan lampu kamera menyinari kami saat itu.

Saat aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba Nicolas memegang daguku dengan jemarinya lalu bibirnya terus mendarat ke ubun-ubunku. Terkedu aku saat itu. Sekali lagi cahaya flash kamera menghujani kami. Saat selesai, aku dapat melihat Nicolas tersenyum ke arahku. Dengan rasa gugup aku membalas senyuman itu. Tangannya masih utuh memegang tanganku dan sebelah lagi tangannya memaut pinggangku.

" You're so beautiful, mi amor. i wish i can kiss you right now but i know it's will make a chaos." usik Nicolas berbisik di telingaku. Terus merona merah wajahku saat ini.

Selesai sesi bergambar, terus aku di bawa berjumpa dengan keluarga angkat Nicolas, Haji Imam Syafie. Keluarga yang sudah cukup dikenali itu sangat mesra dan baik. Malah aku dapat lihat hubungan Nicolas dan mereka sangat rapat. Selepas itu kami berjumpa dengan saudara mara dan aku mula perkenalkan Nicolas kepada mereka dan Nicolas ramah melayan mereka. Aku terkejut saat melihat keramahan Nicolas saat itu kerana dulu suamiku ini cukup dikenali dengan seorang yang tegas dan beku.Tapi, walaupun mulutnya sedang berbual dengan orang lain, pautan dipinggangku tidak dia lepaskan. Kalau bukan pinggang, pasti tanganku di dalam genggamannya.

" Señor..." Aku dan Nicolas sama- sama menoleh ke arah suara tersebut. Saat itu aku menatap wajah Pedro dan Zul setelah setahun lebih tidak bertemu. Mereka masih tetap sama macam dulu. Tiada perubahan langsung. Dan saat mata Pedro menoleh ke arahku, dia tersenyum.

" Señora... Congratulations." ujar Pedro kepadaku dan juga Nicolas. Dia segak memakai kemeja putih manakala Zul pula memakai kurta berwarna hitam. Aku hanya membalas senyuman itu. Mereka kemudian berjabat tangan dengan Nicolas.

" Terima kasih, Awak berdua sihat? lama kan kita tak jumpa. Ingat awak berdua dah lupa saya." gurauku. Mereka berdua tertawa kecil manakala Nicolas hanya tersenyum. Saat itu juga aku dapat rasakan pautan tangannya di pinggangku makin kemas. Sempat aku menjeling sekilas kepadanya sebelum menoleh semula ke depan.

" Takkan kami lupakan orang penting dalam hidup Señor. Kami sentiasa ada cuba Puan je tak nampak kami.. kan Bos?" ujar Zul sambil menyoal Nicolas di tepi. Nicolas pula hanya membuat wajah tidak berperasaannya saja.

" Puan?" soalku.

" Yela, puan Sara la..." ujar Zul lagi.

" kenapa nak panggil saya puan? Panggil Sara macam dulu jela..." ujarku. janggal rasanya saat Zul memanggilku begitu. Aku bukan bos mereka seperti Nicolas, lagipun dulu kami berkawan dan akan tetap berkawan.

" Tapi kan puan isteri bos, so kami akan panggil puan la." balas Zul pula. Pedro hanya diam dan melihat saja perdebatan kecil aku dan Zul.

" Tapi saya tak nak!"

"Tapi...."

Belum sempat Zul membalas, dia dah melihat mataku memandang Nicolas. Tanpa bersuara aku merenung Nicolas meminta dia memahami apa yang aku inginkan. Dia yang dari tadi hanya diam tersenyum nipis sambil menggeleng kepalanya.

" Today is our wedding day, sayang. Takkan sebab panggilan pun jadi isu.Lagi lagi dengan si Zul yang tak makan saman ni." ujar Nicolas tersenyum lucu. Baru saja aku nak tarik muka masam namun kata-katanya yang seterusnya membuatkan aku tersenyum menang walaupun segan apabila dia memanggilku sayang di depan Pedro dan Zul.

" As her wish, Zul. just follow her order. Lagipun you guys dah berkawan sebelum ni kan." ujar Nicolas lagi. Aku terus menoleh ke arah Zul dan mengangkat keningku beberapa kali.

" Whatever floating your boats, Sara..." Zul bersuara lalu tertawa kecil. Pedro pula hanya tersenyum melihat aku yang sudah tersengih menang. Mesti dia ingat aku ni lupa sekarang majlis nikah aku.

Aku menjemput Pedro dan Zul menjamu selera dan aku juga turut mengajak Nicolas makan. Namun, aku tak nampak saudara mahupun adik Nicolas. Adakah mereka tidak tahu Nicolas kahwin hari ini? Namun aku tidak pula menyoalkan hal itu kepadanya. Hanya menungu jika Nicolas akan memberitahuku namun sampai ke hujung majlis dia masih membisu.

Kami tiba di hotel Majestic selepas asar. Atas permintaan Nicolas, dia ingin mengadakan resepsi pada hari yang sama jadi pagi tadi akad nikah dan malam ini kami bersanding di sini. Setelah check in, kami terus ke suite yang sudah ditempah oleh Nicolas. Suite ekslusif itu sangat luas dan cantik, malah permandangan bandaraya dapat dilihat dari cermin kaca bilik itu. Sekarang ada aku dan Cassie. PA Nicolas itulah yang bawa kami ke sini. Nicolas? Lepas majlis pagi tadi, dia minta untuk balik sekejap namun sekejap dia tu sehingga sekarang aku tak nampak wajahnya. Malah Cassie yang terpacul di lobi hotel menjemput aku. Dalam hatiku tertanya- tanya ke mana Nicolas pergi.

" So Sara, take a rest. malam nanti dalam pukul tujuh setengah your MUA arrive." uajr Cassie tersenyum. Seketika kemudian dia menghampiri aku.

" Congratulations Sara. Señor looks more alive than before. you have brightening his life." ujar Cassie tersenyum. Aku hanya tersenyum nipis.

" Thank you, Cass. Thanks because always be his side." ujarku. Cassie tersenyum lalu mengangguk.

" I doa you dengan bos bahagia selamanya. He is a good bos to us. And we always pray for his happiness and i think God already heard our pray..." ujar Cassie tergelak kecil. Aku hanya tersenyum mendengarnya.

" Okaylah, i tak nak ganggu you rest. Oh! Señor ada beritahu tadi yang kejap lagi dia sampai. You don't have to wait for him because he already got the acces card. I keluar dulu, anything you can call roon service ya..."

Aku mengangguk lalu Cassie terus meninggalkan aku disini. Aku masuk ke ruangan bilik tidur. handbag kuletakkan di atas meja lalu aku mendekati meja solek lalu aku menanggalkan tudung di kepala. Ikatan rambut ku lepaskan memberi ruang untuk rambut ikalku bernafas. Lalu aku merebahkan badanku ke katil. Niatku hanya satu, ingin berehat seketika sebelum majlis malam ini. Dengan penghawa dingin yang nyaman dan katil yang cukup selesa, akhirnya aku tak sedar bila aku tertidur.

Aku merasakan seperti ada sesuatu sedang bermain dikepalaku. Benda itu seakan sedang membelai rambutku yang menganggu lenaku. Apa benda itu? Aku menguis perlahan benda itu dikepalaku sambil membuka perlahan mataku. Dalam samar aku melihat seakan bayangan di depanku ini. Makin lama makin jelas dan saat itu terkaku aku saat melihat wajah Nicolas yang sedang tersenyum memandangku. Tindakan refleks, terus aku menegakkan tubuhku.

Rambutku yang agak serabai ku betulkan guna jemariku. Dan saat itu mata Nicolas tidak lepas memandangku.

" Bi..bila sampai?" soalku gugup.

" Lama dah..." Balas Nicolas. Tangannya tiba-tiba membelai pipiku. Mujurlah aku tidak menepis tangan itu kerana terkejut. Aku hanya menahan debaran yang kian beraja dihatiku.

" You're so beautiful,my wife... I'm so lucky that I'm the only one who can see your beautiful hair."

aku menundukkan wajahku. Malu saat Nicolas memujiku. Nicolas merapati aku lalu dia mengenggam kedua tanganku.

" Thank you for being my wife, mi amor. thanks for bring back the happiness in my life." ujar Nicolas lalu mengucup lembut dahiku. Aku memejam mata sesaat dan saat dia melepaskan kucupan itu. Aku membalas genggaman tangannya lalu tersenyum memandang tepat ke matanya.

" When Allah want two hearts to meet. He will move both of them not just one. Allah dah bukakan hati Sara untuk lelaki yang bernama Nicolas Ian Bin Abdullah." ujarku. Makin lebar senyumnya. Aku lihat matanya menjalar di wajahku. Dari mata, hidung dan lama matanya merenung bibirku. Jantungku makin tidak keruan saat dia merapatkan wajahnya. Dan aku tidak mampu menolak kerana Nicolas sememangnya berhak ke atasku.

Tangannya naik memegang lembut belakang leherku dan saat bibir kami hanya tinggal beberapa inci untuk bertemu, tiba-tiba bunyi pintu membuatkan tingkah Nicolas terhenti. Sempat aku mendengar keluhan kecil dari bibir Nicolas sebelum dia menjarakkan wajahnya.

"that's must be room services. Saya ada order our dinner. Saya pergi buka pintu, go wash your face then come out okay?" ujar Nicolas sambil berdiri. Aku hanya mengangguk kecil sambil melihat Nicolas melangkah keluar dari bilik tidur ini. Terus aku melangkah ke bilik air dan mencuci mukaku. Sempat aku melirik ke jam di telefonku, jam sudah hampir pukul tujuh petang. Maknanya aku tertidur hampir dua jam.

Saat aku melangkah keluar ke ruang tamu suite mewah itu, aku mencari- cari susuk Nicolas namun tidak kelihatan. Di meja makan sudah terhidang makanan namun tiada kelibat Nicolas. Aku menjenguk ke ruang tingkap yang berkonsep ceiling to floor windows itu dan baru la aku melihat susuk Nicolas yang sedang berbual di telefon sambil tubuhnya menghadap tingkap itu. Sedar akan kehadiran aku, laju dia menoleh kebelakang. Dia bercakap beberapa patah lalu terus dia menamatkan panggilan dan menghampiri aku.

" Jom makan, kejap lagi your MUA will arrive." ajak Nicolas lalu mencapai tanganku dan terus menarik aku ke meja makan.

Dia menarik kerusi untukku duduk lalu dia mengambil tempat disebelahku. Di meja terhidang satu nasi putih, tomyam campur, sayur kailan, udang goreng butter, dan beberapa lagi jenis lauk. Dan semuanya lauk kegemaran aku. Aku menoleh ke wajahnya saat lihat dia mencedok lauk lalu diletakkan ke dalam pingganku.

" Abang order semua ni?"

Terhenti tangannya saat mendengar suara ku. Dia menoleh dan mata kami bertaut.

" Abang??" soalnya.

Tersentak aku saat itu. Tanpa sedar aku memanggilnya dengan gelaran yang dah bertukar. Tapi niat dihatiku memang ingin memanggilnya dengan panggilan itu kerana kini dia sudah menjadi suamiku. Alang- alang

"Ehem.. Kenapa? A..abang tak suka ke?" soalku kembali. Nicolas tersenyum memandangku.

"Why abang? kenapa bukan Honey? baby? or Hubby?" soal Nicolas lagi.

" Abang sebagai tanda hormat saya pada suami saya dan i never call other men abang. even along dan angah pun. Because you're my husband then i want call you abang." jawabku jujur.

Melebar senyuman Nicolas saat itu.

"As you wish,sayang. Its heard weird and actually i prefer if you call me Hubby but abang is nice too. its acceptable." ujar Nicolas lagi.

Tersenyum aku saat Nicolas menerimanya. Even jelas wajahnya terpaksa. Lucu pulak riak wajahnya saat ini. tapi tetap kacak. Entah kenapa aku dapat rasakan bila hanya aku dan dia, wataknya tidak sama jika ada orang lain bersama kami. Dan aku lagi suka dirinya tika hanya kami berdua saja.

" Sorry tadi abang ada urgent meeting kena selesaikan. Sebab abang minta Cassie tunggu disini." Ujar Nicolas sambil mengupas kulit udang lalu isinya diletakkan di dalam pingganku.

Suka aku mendengar saat Nicolas menggelar dirinya abang. tersenyum aku memandangnya. Tentang kerja Nicolas itu aku sudah sedia tahu. Hanya orang tertentu saja tahu dia sudah berkahwin. Malah majlis resepsi malam ini juga hanya tetamu tertentu saja dijemput dengan syarat gambar perkahwinannya tidak boleh disebarkan. Begitu juga dengan wedding planner untuk majlis kami, aku baru tahu yang Nicolas mengenakan syarat jika ingin membuat posting, maklumat serta wajah kami tidak boleh didedahkan di media sosial. Ada juga yang bertanya namun Nicolas hanya memberi alasan dia tidak mahu privasi hidup kami diganggu nanti. Aku pula seakan tahu sebab yang sebenarnya, mungkin ini berkaitan dengan keselamatan semua orang. Tapi aku tidak kisah kerana itu akan lebih menjaga privasi hidup kami. Selesai makan dan solat mahgrib, Terus kami bersiap untuk majlis resepsi.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .

Penat! itulah yang aku dirasakan saat ini. Seperti yang dikatakan Nicolas, sememangnya tetamu yang hadir tidaklah ramai dan hanya orang tertentu saja yang dijemput. Namun wajah adik Nicolas, Isabel tidak kelihatan malah aku tidak pernah mengenali gadis yang sudah menjadi adik iparku itu. Aku dan Nicolas melangkah masuk ke suite semula setelah majlis selesai. Ibu dan ayah telah pulang ke Klang walaupun Nicolas ingin menempah bilik untuk semua malam ini namun ibu dan ayah tetap berkeras nak balik.

Aku melabuhkan punggungku ke katil lalu kasut tumit lima inci aku tanggalkan. Nicolas pula sedang menanggalkan kot dan bow tie dilehernya lalu butang kemeja di tangannya dibuka. Aku pula menghampiri meja solek lalu membuka pin dan tudung dikepalaku. Dari pantulan cermin aku melihat Nicolas menanggalkan kemeja putih ditubuhnya sehingga menampakkan susuk tegap tubuhnya itu. Terus aku melarikan pandanganku.

" Sayang, can you get me a towel." pinta Nicolas memandangku. Aku terus laju mencapai tuala yang sudah disediakan oleh pihak hotel lalu menghulurkan kepadanya. Nicolas terus mencapainya lalu berlalu ke bilik air.

Saat mendengar pintu dikunci, terus aku mengambil peluang untuk menukar gaun yang berada ditubuhku sebelum Nicolas keluar. Laju tanganku menurunkan zip dibelakang tubuhku sehingga terdedah bahagian belakangku. Baru saja ingin mencapai tshirt di atas katil, tiba-tiba pitnu bilik air terbuka.

" Sayang, tolong ambilkan........"

Terus kaku pergerakan aku saat itu. Laju aku menoleh ke arah Nicolas yang sudah berada di muka pintu bilik air dengan hanya bertuala. Aku dapat lihat matanya sedang pegun memandang ke arah belakang tubuhku yang terdedah sehingga ke pinggang itu. Dan aku juga yang terkejut terus terkaku. Namun saat mata kami bertaut terus aku pusingkan tubuhku menghadapnya.

" Erm.. abang nak apa?" soalku cuba mengalidh perhatiannya. Dia seakan tersentak lalu berdehem lalu mengosok perlahan belakang lehernya.

" err .. takpelah, abang ambil sendiri.." ujar Nicolas lalu melangkah ke arah beg pakaiannya. Aku lihat dia mengeluarkan peralatan mandiannya.

Aku cuba beriak biasa walaupun jantungku hampir meletup saat melihatnya yabg hanya bertuala itu menunduk. Dari belakang dapat dilihat segala ototnya yang timbul itu sedang bekerja. Sangat seksi dari pandanganku namun sesaat kemudian aku tersedar lalu aku menampar perlahan pipiku.

" Are you okay?"

Tersentak aku saat mendengar suara Nicolas yang begitu dekat. Terus aku menoleh ke kiri dan saat itu hampir saja aku mencium dada bidang itu kerana jarak kami sangatlah dekat. Bila pandangan kami bertaut, dalam renungannya memandang.

" Ehem.. Sara okay... abang pergilah mandi dulu." ujarku dalam kata lain cuba menghalaunya dengan cara halus. Namun lain yang kuharapkan lain pulak yang jadi. Tiba-tiba tangan kekar Nicolas naik memaut pinggangku. Terus kaku tubuhku saat ini. Makin tak keruan aku saat tangannya bersentuhan dengan kulit belakang tubuhku. Aku menelan air liurku dengan rasa kesat saat ini.

" You smell so good, mi amor..." Ujar Nicolas perlahan, Hidungnya turut mencium tepi kepalaku. Aku pula hanya mampu kaku berdiri tidka bergerak walau seinci pun. Rasa debar merajai diriku saat ini.

" i love you... love you so much Sara..." bisik Nicolas lagi lalu mencium telingaku perlahan. Tangannya yang memaut pinggangku naik membelai belakang badanku yang terdedah itu. Terpejam aku seketika saat kulit kami bersentuhan. Jantungku hanya menunggu masa untuk meletup tika ini. aku turut dapat rasai desahan nafas Nicolas yang menampar tepi kepalaku saat ini.

" Akhirnya Sara jadi milik abang...please be mine, mi amor." ujar Nicolas lagi dengan suaranya sudah berubah rentak. Matanya merenung tepat ke mataku, dan aku seakan dapat lihat perasaannya yang terpendam tika itu.

Jemarinya naik membelai bibirku seketika sebelum wajahnya mula mendekat. Aku terus memejam mataku, bersedia dengan sentuhan yang bakal diberikan.

ting!ting!ting!

Aku membuka kembali mataku saat mendengar bunyi telefon. Dan saat itu bibir kami terus bertaut. Meluas mataku saat itu, terkejut dengan sentuhan Nicolas. Dia mengemaskan rangkulannya manakala tangannya sebelah lagi menahan belakang leherku. Lama bibir kami bertaut seiring bunyi deringan telefon itu dan Nicolas tiada tanda ingin melihat siapa yang menelefonnya. Makin lama ciuman itu mula bertukar rentak dan tika itu juga telefon Nicolas berbunyi untuk kali ketiga. Aku cuba melepaskan ciuman itu dan berjaya. Aku melihat wajahnya yang jelas terpingga-pingga dan tidak puas hati itu.

" Telefon abang dah berbunyi tiga kali.." ujarku sambil mengelap bibirnya yang agak comot dengan gincuku.

"Just ignore it. Today is our wedding day. Nobody can disturb us!" ujar Nicolas kembali merapatkan wajahnya namun laju aku menahan tubuhnya. Terlepas dengusannya saat itu.

" Tapi tak semua orang tahu abang dah kahwin. Mana tahu panggilan tu penting? Dah banyak kali telefon tu berbunyi." ujarku lagi.

Dia mengeluh keras lalu melepaskan pelukan. Lalu dengan malas dia menghampiri telefon bimbitnya yang berada di almari bedside. Keruh wajahnya saat itu, mungkin dia akan memarahi pemanggil yang dah mengganggunya di malam pertama. Saat dia melihat skrin telefonnya terus dia melangkah ke luar bilik itu. Dengan peluang itu aku terus menarik zip gaun ke atas sedikit menutup badanku dan terus aku mencapai tuala dan baju tidurku dan terus masuk ke dalam bilik air.

' Sorry abang..hehe..'

Setelah hampir lima belas minit aku selesai membersihkan badan. Aku keluar membawa gaun lalu aku letakkan ke sudut bilik. Tiada susuk Nicolas diruangan ini. Tak habis bercakap lagi ke? desis hatiku. Setelah menyikat rambutku, aku melangkah keluar dan menuju ke ruang tamu. Namun Nicolas masih tidak kelihatan. Aku mengerut keningku. Kemana pula dia pergi? Aku kembali ke bilik mencari telefon bimbitku. Namun saat menghampiri aku melihat ada sehelai kertas kecil dibawah telefonku.

~ Abang keluar sekejap. Sayang tidur dulu, don't wait for me~

Makin berkerut keningku saat ini. Ke mana Nicolas pergi? Siapa yang menelefonnya tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience