Aku merenung cincin yang berkilauan itu. Makin lama aku tenung, makin fikiranku mengingati Nicolas. Keluhan dilepaskan untuk kesekian kalinya.
" Kuatnya mengeluh..."
Aku menoleh ke belakang dan ku lihat along sedang berdiri sambil bersandar badannya ke pintu sliding. Dia melangkah menghampiriku lalu duduk di kerusi yang berdepan dengan buaian bulat yang aku duduki.
" Kenapa asyik tenung cincin tu? teringat kepada si pemberi ke?" usik along lagi. Aku memuncungkan bibirku dan ia mengundang tawa abang sepupuku itu.
" So, Sara dah buat keputusan?" soal Along saat tawanya mereda. Matanya tepat memandang wajahku tika ini.
Aku mengeluh lagi, Kotak cincin itu kututup kembali lalu aku memandang wajah Along.
" Entah la,Along. Sara tak tahu..."
"Apa yang membuatkan Sara tak tahu? its just yes or no, then you have to choose either one" ujar Along lagi.
" Hati Sara berbelah bahagi. Entah lah." luahku jujur.
" Do you love him?"
Tersentak aku saat along menanyakan soalan itu. Terus berbahang wajahku saat ini.
" Oh! you no need to answer it because your face already gave me the answer" ujar along lagi sambil ketawa kecil.
" Look Sara, Along takkan pengaruhi keputusan Sara tapi along hanya boleh bagi nasihat. If you love him then accept his proposal dan trust him. Along tak kenal sangat Ian tu. apa yang along kenal, he's one of successful bachelor in town. thats all. Tapi ayah know him better. Sara pun tahu kalau ayah tak kenal Ian betul-betul, dia takkan puji Ian beria."
Apa yang dikatakan along itu ada betulnya. Ayah bukan seorang yang mudah memuji orang dan jika dia tidak berkenan akan sesuatu selalunya dia hanya diam tetapi tidak akan memburukkan orang lain. Dan jika dia suka, maka kata-kata pujian akan meniti di bibirnya.
" Ayah suka Ian mean he is a good person. Tentang dirinya ketika bukan muslim itu tinggalkan saja di belakang. Lihatlah diri dia yang baru ini. Dan Sara nak tahu tak?" soal Along.
Aku mengerutkan dahiku sambil memandangnya.
" Masa Ian pertama kali datang jumpa ayah, Ian imamkan solat Zuhur di rumah ini tau."
Meluas mataku saat ini. Nicolas mengimamkan solat?
" Mana along tahu?". soalku kurang percaya.
" Ibu yang cakap. Ayah pun ada cerita dekat along, Kalau tak takkan ayah senang-senang izinkan Ian berjumpa dengan Sara. cuma dekat Sara je ayah tak beritahu." Balas along selamba.
" Sara, dari mata along sendiri along dapat lihat keihklasan Ian pada Sara. Cuba bukakan hati untuk menerima dan kenal hati budinya dulu. Insyaallah pasti ada jawapan kepada persoalan dalam fikiran Sara tu." ujar along lagi. Aku hanya diam tidak membalas.
"Dah buat solat istikharah?" soal Along tiba-tiba.
Aku mengangguk kepalaku. sudah dua malam aku melakukannya.
" Then dapat jawapan?"
Aku menggeleng kepalaku. Memang aku tiada dapat bayangan apa- apa pun namun sejak pertemuan aku dan Nicolas, hati ini sentiasa mengingati wajah itu. Perubahan dirinya cukup membuatkan aku gembira dalam diam. Entahlah, mungkin aku perlu lebih masa untuk membuat keputusan kerana ia akan menentukan masa depan dan kebahagiaan aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah seminggu bercuti aku kembali ke Terengganu semula. Dan sejak pertemuan dengan Nicolas tempoh hari, sehingga kini dia tidak menghubungiku. Dia betul-betul memberi ruang untukku membuat keputusan. Namun seminggu tidak melihat wajah itu, ada rindu yang bertamu di hatiku. Namun tentang itu aku tolak tepi dahulu, kini aku berdiri di ruang menunggu kem pengkalan tentera udara Gong Kedak. Siapa lagi aku mahu berjumpa jika bukan angah. Entah kenapa semenjak dua menjak ini angah susah ingin berjumpa denganku. Bila telefon, ada je alasannya. Dan hari ini aku nekad ingin jumpanya. Aku ingin meluahkan apa yang aku rasa saat ini. Antara angah dan along, aku lebih selesa dengan angah. Angah sentiasa mendengar dan memberi kata-kata semangat buatku.
Aku menoleh saat terdengar tapak kaki seseorang mendekatiku. Saat itu aku dapat melihat wajah angah yang segak dalam uniform hijaunya. Senyuman terbias dibibirnya namun entah kenapa senyuman tidak seperti sebelum ini. Aku menghadiahkan senyuman buatnya.
" assalamualaikum, Sara. sorry lama tunggu, angah tengah buat kerja tadi" ujar angah lalu mendekatiku. Dia duduk di kerusi berdepan denganku.
" waalaikumusalam.. maaf Sara ganggu Angah. Tapi Sara rindu angah. Dah lama angah tak datang jumpa Sara." luahku. Saat itu aku dapat tubuhnya menggeras namun sesaat kemudian dia tersenyum nipis.
" Dah nak kahwin, mana boleh rindu angah dah"
" kahwin? siapa cakap Sara nak kahwin?" Soalku hairan.
" Dah ada yang masuk meminang tu dah nak kahwin la.." balas angah lagi.
" Sara tak cakap yang Sara terima pinangan tu.." ujarku pula.
" Ibu cakap Sara dan dia dah lama kenal. Dia bos tempat Sara kerja dulu kan?"
Aku tidak menjawab namun keluhan terlepas dari bibirku.
"Sebab tu Sara nak jumpa angah ni. i need your advice"
Angah menompang kedua sikunya ke meja lalu kepalanya didekatkan kepadaku.
" Sara tak perlukan nasihat dari angah atau pun sesiapa. Semua keputusan kena dari hati Sara sendiri. Kalau Sara ikut cakap orang, Sara takkan rasa kebahagiaan tu. its depend on yourself." ujar angah panjang.
" do you love him?"
Tersentak aku, terus mataku menikam ke mata angah. Soalan yang sama along tanya kepadaku minggu lepas, ketika itu aku tidak punya jawapan namun saat angah tanyakan soalan itu sekali lagi, hatiku seakan ada jawapannya.
" you love him.." Kata-kata angah perlahan namun telingaku sempat menangkapnya. Terus aku mengalihkan mataku. Malu kerana angah seakan dapat membaca fikiranku.
" Angah sayang Sara..." Tersentak aku saat angah mengucapkannya ditambah dengan renungan yang redup itu.
" Angah ada seorang ni je adik perempuan. Angah tak kenal dia tapi kalau dia boleh buat Sara bahagia dan mencintai Sara dengan sepenuh hatinya, Angah akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua. Mungkin Sara lagi kenal dia. Dia mualaf kan? jadi banyak dugaan yang harus dia tempuh sebagai saudara baru kita. Mungkin Allah jodohkan Sara dengan dia supaya Sara boleh jadi bidadari buatnya. kadang-kadang kita harus yakin dengan aturanNya. jika Sara rasa belum ada jawapan lagi, Tak semestinya bila istikharah, Terus nampak bayangan wajah jodoh kita tapi Allah akan hadirkan rasa dalam hati.." ujar Angah lagi.
Aku terasa sebak saat angah mengucapkan kata- kata itu. Angah memang seorang yang bijak dalam berkata- kata dan sentiasa membuat aku merasa lebih tenang jika berkongsi masalah dengannya. Dalam diam aku bersetuju dengan kata-kata akhir angah.
"Angah sentiasa doakan kebahagiaan Sara. Tak pernah angah lupa nama Sara dan keluarga kita dalam doa Angah..." ujar angah memandangku redup.
Aku tersenyum terharu saat itu.
" Terima kasih sebab sayang Sara macam adik angah. Sara bertuah sebab Allah hadirkan keluarga yang sangat baik untuk Sara tumpang kasih." Ujarku sambil menitiskan air mata. Angah menghulurkan sapu tangan kepadaku lalu aku menyambutnya.
" Tiada istilah tumpang, Sara. Kami akan sentiasa jadi keluarga Sara sampai bila-bila. Angah sayang Sara sangat- sangat. Angah nak Sara bahagia. Dan jika Sara cintakan dia, terima dia dan sama- sama harungi kehidupan sehingga syurga."
Aku mengangguk. Kalau lah angah ini abang kandungku, laju sahaja aku peluknya.
" Sara pun sayang angah. Sara nak jadi adik angah dan along sampai bila-bila."
Angah tersenyum nipis lalu mengangguk kepalanya. Renungan itu sungguh redup namun entah kenapa ada kesedihan dapat ku lihat dari mata itu.
"Sara!"
Aku menoleh dan saat itu terlihat wajah Kak Jiela dengan membimbit barang sambil melangkah laju ke arahku.
" Kak Jiela..." tegurku sambil tersenyum.
" Sara gi mane, kak lame dok nampok ? " soal Kak Jiela memandangku.
" Sara balik Klang kak, ada hal keluarga yang nak diselesaikan..Akak dari pasar ke?" soalku.
" Ye.. Beli barang sikit untuk kedai. Rindu la akak ke mu, dik. Dah tak dok orang nok gosip dengan akak.." Aku hanya ketawa mendengarnya. Lalu aku terus mencapai beg plastik di sebelah tangannya lalu kami sama-sama melangkah menuju ke kedai Kak Jiela. Sambil itu kami hanya berbual kosong.
Saat kaki melangkah melintasi rumah besar itu, mataku menoleh ke arah rumah tersebut. Hampir sembilan peratus sudah siap. Memang cantik dan kelihatan sangat mewah dengan kombinasi warna putih dan hitam. Reka bentuk juga lebih kepada moden dan classy.
" Comel kan?"
Aku menoleh ke arah Kak Jiela dan matanya juga melihat ke arah rumah tersebut.
" Haah.. simple yet classy .." akuiku .
" Tuan dia pun hensem. Sekarang dia sokmo datang kedai akak.. Ramah ore nyo. Mujurlah akak ni dok lawa mace Sara. Kalu dok mesti akak ngorat dia doh." ujar Kak Jiela sambil tersengih. Aku hanya tersenyum geli hati mendengarnya.
" Bukan ke dia dah kahwin ke? Berani akak nak mengurat suami orang. Kan kena tarik tudung dek bini dia baru tahu."
" Hahaha.. Akak gurau jela,Sara. Mana la dia nak kelih ko akak ni. Kalau Sara yang cantik manis mesti dio terpikat." ujar Kak Jiela lagi. Aku tertawa kecil sambil menggeleng kepala. Ada - ada saja la Kak Jiela ni. Kami terus melangkah melintasi rumah tersebut dan menuju ke kedai makan Kak Jiela.
Hari minggu itu aku balik ke Klang. Tujuannya hanya satu. Aku ingin berjumpa dengan Nicolas. Ternyata dia betul-betul memberi aku masa untuk membuat keputusan dan sehingga kini dia tidak pernah menghubungi mahupun muncul di depanku. Sehinggalah aku menghantar mesej kepadanya semalam untuk berjumpa. Dia hanya membalas 'okay'. Entah kenapa hatiku kecewa saat dia hanya membalas sedemikian. Mungkin hatiku mengharap agar dia menanyakan khabarku atau pun terus menelefonku. Adakah dia sudah mengalah? ataupun sudah berubah hati. Aku menggeleng kepalaku. Jodoh pertemuan di tangan Allah, dan keputusan aku telah buat dan jika ia keputusan yang betul, pasti Allah akan tetapkan hatiku.
Aku menyedut jus epal asam boi perlahan. Jam di tanganku ditilik. Masih awal lagi dari waktu temu janjinya. Aku datang awal kerana ingin mengelakkan kesesakan waktu rehat.
Namun tak sampai lima minit, aku mengangkat wajahku saat merasakan ada seseorang sedang mendekatiku. Wajah Nicolas yang bersahaja menerpa mataku. Aku melihat langkahnya yang tersusun itu. Seperti biasa dia akan mengenakan suit korporatnya. Saat dia naik melihat wajah itu, tidak semena mata kami bertembung. Terus aku melarikan pandang. Segan saat kantoi aku sedang menilik dirinya.
"Assalamualaikum..." Aku memandangnya kembali saat suara garau itu kedengaran. Aku menjawab perlahan salam yang diberikan.
Nicolas mengambil tempat di depanku. Setelah hampir sebulan tidak melihat wajahnya, kini dia berada di depanku. Wajahnya tetap sama, segak dan kacak seperti selalu. tiada perubahan kecuali jambang yang nipis mulai tumbuh. Namun hari ini aku tidak dapat senyumannya seperti kali terakhir kami bertemu. hanya senyuman nipis saja menghiasi bibirnya saat itu.
" Sara sihat?"
" Alhamdulillah.. awak sihat?" soalku semula.
" Alhamdulillah..." balasnya perlahan. Namun matanya tak lepas dari memandangku, seakan dia ingin melepaskan rindu atau itu hanya perasaanku saja.
" Sorry kacau awak kerja. Saya takkan ambil masa yang lama..." ujarku.
" I have told you before. Anything for you, mi Hermosa. Kerja saya takkan siap kalaupun saya tak keluar jumpa awak."
"so.. do you already have the answer?"soalnya lagi.
Aku menelan air liur, terus jantungku berdegup lebih kencang saat itu. Aku dah ada keputusannya dan aku harap keputusan itu adalah yang terbaik bagi aku dan dia.
" Saya dah buat keputusan tapi sebelum itu ada few thing yang saya nak awak jawab dengan jujur." ujarku memandang tepat ke matanya. Nicolas hanya tenang lalu mengangguk setuju.
" with my pleasure, Sara. i won't lie to you." balas Nicolas lagi.
" I'm sorry to ask you this but i have to know before i give you my decision about us. Dalam masa setahun ni, awak betul- betul dah tinggalkan kehidupan lama awak? i mean, something that prohibited in Islam?" soalku berkias.
" Maksud awak minum alkohol? " Soal Nicolas kembali dan aku hanya mendiamkan diri tidak menjawab.
" I'm stop drinking after the last time you saw me drunk. At my penthouse. That time i can see fear in your eyes, i felt that I'm bad person to you. Saya tak nak awak takut dengan saya. Saya takut awak makin jauh dengan saya dan saya tak nak ia berlaku. When i woke up next morning, Pedro told me that you were scared saw me in that situation. So, lepas itu saya cuba tahan diri saya dari minum arak. Pada awalnya saya tidak mampu menolak keinginan saya. Arak dah sebati dengan diri saya, Sara. Until i meet Imam Syafie and learned Islam, lepas itu saya betul-betul nekad dan alhamdulillah Allah bantu saya." ujar Nicolas panjang lebar.
Hatiku merasa sangat lega dan gembira dengan kegigihan Nicolas. Dalam diam aku bahagia melihat fasa Nicolas yang baru ini. Lebih tenang dan mempunyai jiwa.
" Kalau awak fikirkan tentang perempuan, No. i never slept with women before. Mesti awak tak percayakan?" Soal Nicolas tersenyum lucu.
" Since Mia meninggal dunia, i have no intention to sleep with other women. I don't trust people easily. sometimes they will take for granted dan musuh saya akan sentiasa cari jalan untuk jatuhkan saya. So, saya tak nak ada masalah di kemudian hari. Better saya elakkan dari awal. "
Selepas Mia meninggal? Maksudnya adakah ketika Mia masih hidup, mereka pernah?? Arghh! itu hal Nicolas sebelum dia memeluk Islam dan aku tidak layak untuk menilai dirinya yang lama. Aku percaya apa yang dikatakan Nicolas itu. Namun saat dia menyebut nama Pedro, ada sesuatu yang aku hampir terlupa. The Zalos!
" Macam mana dengan Zalos? awak masih terlibat?" Saat aku menyoal, aku dapat lihat riak wajahnya berubah namun sesaat kemudian wajahnya kembali tenang.
" Sekarang sepupu saya di Spain yang mengetuai Zalos dan Saya sudah tidak terlibat dengan kumpulan itu lagi. Tapi..."
Hatiku mula risau saat mendengar perkataan hujung itu. Aku pasti ia bukan sesuatu yang enak didengar.
" involve in that group is not easy as you can imagine. But i tries my best to settle it. Don't worry, Sweetheart. Saya nak awak percaya yang saya dah tak terlibat dengan kegiatan itu. I left everything that illegal as Muslim, behind. "
Aku yang mendengarnya hanya pegun. Dari apa yang Nicolas cakap sebentar tadi, dia sedang berusaha untuk menyelesaikan hal itu namun ia memerlukan masa. Terlibat dalam dunia gangster bukan semudah yang disangkan. Nak-nak ianya dari keluarga sendiri. Tapi adakah kami bakal hidup tenang nanti? Musuhnya pasti ada dan setiap masa memburunya. Keluhan kecil dilepaskan tanpa sedar.
" Sara, selagi saya bernafas, saya akan lindungi awak dengan nyawa saya. Don't worry about my enemies. I will settle it as soon as possible. And i will make sure no one will hurt you or even touch you. Before they want to touch someone that i love, Over my dead body first!" keras Nicolas bersuara. Dalam diam hatiku tersentuh mendengarnya namun aku telah membuat keputusan ku.
Aku membuka beg tanganku lalu aku mencapai kotak kecil itu. Lalu aku menolak kotak itu ke arah Nicolas. Jelas matanya meluas saat itu. Riak kecewa jelas terpancar diwajahnya. Selepas itu matanya naik memandang tepat ke dalam mataku. Senyum tawar terbias dibibirnya lalu dia mengangguk perlahan.
" So, keputusan awak dah muktamad..." ujarnya perlahan. Tangannya Perlahan mencapai kotak yang dia berikan kepadaku sebulan yang lalu.
" i thought i have a chance but ternyata hati awak bukan milik saya. Tapi saya takkan salahkan awak... Semua yang terjadi atas ketentuanNya dan jika Allah tak mengizinkan awak menjadi milik saya then saya redha..." ujar Nicolas lagi.
Kulihat tangannya mengenggam erat kotak cincin itu.
" This ring I specially customize for you. Saya bukan nak tunjuk kekayaan saya tapi saya nak awak rasa keikhlasan hati saya mencintai awak,Sara. Cinta pada awak tak sama dengan cinta saya yang sebelumnya, takkan sama because you're too special. This ring....."
Kata-kata Nicolas terhenti saat dia membuka kotak itu. Terus dia kaku saat itu. Aku hanya melihat reaksinya saat itu tanpa mahu bersuara.
" Where's the ring?" soalnya kalut. Matanya naik memandangku denga riak terpingga-pingga.
Aku terus mengangkat tangan kananku yang dari tadi berada di bawah meja. Dan saat itu matanya dapat menangkap kilauan dari jari manisku.
" Dulu awak pernah cakap dengan saya yang once i get the answer, saya patut tahu di mana cincin itu patut berada. Then i got the answer now and i put the ring at the right place that it should." Jawabku tenang. Saat aku selesai berkata. terus melebar senyuman Nicolas. Aku dapat lihat dia cuba mengawal rasa teruja dan gembiranya saat itu. Aku tersenyum malu memandangnya.
" awak terima.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah." ujarnya lebih kepada kenyataan. Matanya tak lepas memandang wajahku sehingga naik segan aku rasakan. Aku terus menunduk dan jari kiriku bermain- main dengan cincin yang tersarung di jari manis kananku.
" Sejak awak berikan saya cincin ini. Saya buat istikharah. Saya tak nampak bayangan wajah awak tapi hati saya sentiasa fikirkan awak. Saya tak tahu kenapa, tapi apa yang saya rasa saat ini saya tak nak kehilangan awak... Jadi, beri saya masa untuk belajar mencintai awak, Nicolas." ujarku jujur.
Redup Nicolas memandangku saat ini. Pandangannya memberi seribu rasa dalam hatiku. Aku yakin dengan hatiku, aku akan mencintainya satu hari nanti ataupun sebenarnya aku sudah mencintainya dalam tidak aku sedar. Jika diingati kembali, dulu dia bukan seorang yang romantik dan sweet talker tapi sikapnya yang sentiasa melindungi diriku membuatkan dalam diam hatiku tertarik dengannya. Tapi entah kenapa berat mulutku untuk meluahkannya. Mungkin lepas kahwin nanti aku akan luahkannya.
" Ambillah berapa banyak masa yang awak inginkan, yang penting awak akan sentiasa di sisi dan tetap menjadi milik saya.."
Aku tersenyum nipis memandangnya. Aku suka melihat senyuman mahal Nicolas itu, Dia jarang tersenyum namun jika sekali dia melebarkan bibirnya itu pasti ramai yang akan cair. Terbang habis kegusaran yang bermain difikiranku sebelum ini.
" I don't know how Malay's tradition do about the wedding. Saya akan serahkan semuanya kepada Imam Syafie dan keluarga awak. " ujarnya lagi.
" Awak dah ambil kursus nikah?" soalku.
Dia mengangguk. Maknanya tiada apa yang penting lg dan ujian saringan HIV juga akanku beritahu dia nanti. Mujurlah Nicolas rakyat Malaysia jadi prosedur tidak terlalu rumit. Aku harap semua urusan kami dipermudahkan.
" Baik ibu.... Waalaikumusalam"
Dia mematikan panggilan dan tanpa sedar, keluhan kecil dilepaskan. Matanya merenung lapangan yang luas dihadapannya. Berita yang diterimanya tadi ada sedih dalam gembira. Namun dia tidak berhak untuk menghalang kebahagiaan orang lain. Rasa yang dipendam sejak dari dulu akan tetap dipendamnya sampai bila-bila. Biarlah masa mengubat lara di hatinya. Dalam diam Sara mendapat tempat dihatinya. Sikap Sara yang manja dan rapat dengannya membuatkan rasa asing yang hadir dalam hatinya. Jenuh dia tepis namun dia tidak mampu. Walaupun mulutnya mengucap kasih seorang adik namun di dalam hatinya dia sayangkan Sara lebih dari seorang adik. Namun jodoh pertemuan bukan kuasanya. Keluhan dilepaskan buat kesekian kalinya. Dia merenung langit yang biru. Seakan terlayar kenangan mereka berdua.
"Kapten!" Dia menoleh ke belakang. Dilihat anak buahnya menghampirinya.
" Maaf kapten, saya jumpa Tuan Rahmat tadi." ujar anak buahnya itu.
" It's okay... jom!" ujarnya lalu melangkah ke arah kapal yang sudah menunggu.
" Saya dengar nama kapten tercalon untuk misi ke Lubnan? Kapten nak pergi ke?" suara anak buahnya menyoal.
" Insyaallah...." jawabnya sepatah. Dia juga baru tahu yang namanya tercalon untuk misi itu. Pada mulanya dia ingin membuat permohonan untuk menolak tapi dengan berita yang baru dia terima tapi biarlah dia pergi merawat hatinya.
' Angah doakan Sara bahagia...'
sorry guys sepatutnya update semalam tapi ad masalah teknikal so dpt updte pg ni....sorry kalau chap ini mmbosankan...
Share this novel