BAB 17 - BUKAN AKU SEORANG

Romance Completed 123515

Aku berlari mengejar dia! termengah-mengah nafasku saat itu. Siapa lelaki itu dan kenapa aku mengejarnya? aku pun tak tahu tapi yang pasti aku tidak mahu kehilangan dia! Tapi makin laju aku kejar, makin jauh dia menjauhi diriku. Aku hampir menangis,mataku sudah bergenang. Tidak! aku kena hentikan dia!! Aku hanya dapat lihat belakang tubuhnya, dan dia langsung tidak menoleh ke arahku. Aku tidak mahu kehilangan dia! Dia makin menjauh dan aku tidak mampu mengejarnya lagi lalu aku terus menjerit.

" Abang!!!"

kedua kelopak mataku dibuka dan saat itu silau lampu menerjah ke dalam mataku. Aku kembali menutup mataku dan cuba meneutralkan semula kesedaranku. Setelah itu aku membuka kembali mataku perlahan-lahan. Aku melihat sekeliling, dinding putih dan aku mengangkat tangan kananku tercucuk drip air. Aku tahu aku berada di wad hospital. Mimpi tadi menerpa kembali ke fikiranku. Mimpi yang sama dengan apa yang aku pernah lalui dulu. Sungguh aku tidak pernah melupakan mimpi yang hampir dua tahun lalu. Seakan dejavu, cuma kali ini aku kenal lelaki itu. Dia adalah Nicolas, suamiku sendiri! Dekat jantungku yang masih laju itu membuatkan bayangan itu kembali terlayar. Entah kenapa mimpi itu seakan nyata. Nicolas seakan ingin meninggalkan aku. Aku merenung ke arah siling. cuba untuk menenangkan hatiku yang gundah tika ini. Sambil itu, aku tertanya jua. Mana Nicolas? adakah dia baik- baik saja?

" Mi amor...."

Laju Aku menoleh ke arah kananku dan saat itu aku melihat Nicolas yang baru melangkah masuk ke wad ini berlari anak ke arahku. Jelas wajahnya yang risau itu. Saat mendekat, dia terus duduk di birai katil lalu tangan digapai lalu dikucupnya lembut.

" Alhamdulillah akhirnya sayang sedar juga. you scared me to death,mi amor..." ujar Nicolas sambil mengucup dahiku. Aku merenung wajah yang aku rindui itu. Aku melihat ada tampalan plaster di tepi keningnya saat itu. Lalu aku menyentuh tempat itu perlahan.

" Abang okay?" soalku merenung ke dalam matanya.

"I'm okay, sweetheart. Sayang yang buat abang risau. dua hari sayang tak sedarkan diri. Abang takut abang akan kehilangan Sara." ujar Nicolas sambil mengucup tanganku.

Dua hari? aku sangkakan aku hanya tidur selepas kemalangan itu. Tak sangka sudah dua hari kemalangan itu berlaku. Patutlah aku melihat wajah Nicolas kelihatan penat dan agak tidak terurus.

" yang lain macam mana?"

" Zul dan driver still in ward. Cuma Zul boleh discharge hari ini manakala driver abang masih lagi di ICU." ujar Nicolas lirih.

Aku masih ingat lagi, sebelum aku pengsan, sempat aku melihat keadaan kepala pemandu kami itu berlumuran darah dan tidak sedarkan diri setelah rempuhan. Dan Zul pula kepalanya terhentak di cermin hadapan. Seakan tersedar sesuatu, laju aku menoleh ke arah Nicolas.

" Abang, what happened to me? kenapa Sara bleeding that time?" soalku ingin tahu. Aku hairan kerana aku tidak mengalami kecederaan teruk. Aku melihat riak wajah Nicolas berubah namun seketika dia tersenyum nipis.

" Doktor cakap Sara bleeding sebab hentakan kuat dari seatbelt. You're pregnant, sweetheart. four weeks." ujar Nicolas mengenggam erat tanganku. Aku terkaku mendengar kata-kata Nicolas.

Aku mengandung? sudah empat minggu dan aku tidak sedar ada nyawa kecil sudah menghuni rahimku. Jadi maknanya aku keguguran? Tanpa aku sedar air mataku jatuh ke pipi. Makin laju sehingga terlepas esakan kecilku. Nicolas terus memaut lembut daguku supaya aku memandangnya.

" Shhh... don't cry mi amor." pujuk Nicolas sambil jemarinya mengelap air mata pipiku.

" we lost the baby,abang..." rintihku dalam tangis.

" No no, mi amor. our baby still in here." ujar Nicolas sambil mengosok lembut perut kempisku. Aku memandangnya dengan kerutan di dahi. Dia mengangguk sambil tersenyum.

" Yes, mi amor. Baby kita selamat and still strong in your tummy." ujar Nicolas lagi.

" Tapi darah tu...."

" doktor cakap bleeding sebab hentakan namun doesn't harm the baby. Allah nak berikan rezeki ini pada kita maka Dia kuatkan baby dekat dalam ni."

Menitis lagi air mataku. Namun kali ini air mata gembiraku. Terus aku memeluk tubuh Nicolas.

" I'm pregnant,abang. We gonna have a baby!" ujarku dalam tangis.

" Yes, mi amor. Alhamdulillah...." Nicolas membalas pelukanku seketika sebelum dia melonggarkannya.

" Abang minta maaf sayang..." Ujar Nicolas sambil membelai pipiku.

Aku tahu, dia rasa bersalah atas kemalangan ini. Namun ini semua bukan salahnya, hanya kehidupan masa lalunya yang masih lagi mengejarnya.

" It's not your fault,abang. Jangan sesekali salahkan abang."

" Abang akan selesaikan hal ini secepat mungkin. Abang tak nak Sara dan anak kita jadi mangsa kerana masa silam abang." ujar Nicolas lirih.

" Dan Sara akan sentiasa ada bersama abang. Kita hadapi bersama. Insyaallah, Semua akan selesai dengan izin Allah." Ujarku lagi. Dan saat itu Nicolas terus mengeratkan pelukannya.

Berita aku kemalangan akhirnya sampai ke keluargaku. Keesokkan harinya seluruh ahli keluargaku melawatku. Tentunya mereka ingat kami hanya kemalangan biasa kerana Nicolas telah memberi amaran agar kejadian tembak menembak itu tidak tersebar. Ayah sedang berborak dengan Nicolas manakala ibu sedang mengupas buah di tepi katilku dan kami hanya mendengar celoteh along yang dari tadi merungut tentang persiapan kahwinnya. itu belum lagi dia bertikam lidah dengan Kak Maya. Tersenyum aku meliaht pasangan itu. Namun dalam diam aku terfikirkan seseorang. Sejak kahwin, aku tidak bertemu dengannya.

Sedang ralit aku mengelamun, tiba-tiba pintu wad dibuka dari luar dan seseorang melangkah masuk.

" Assalamualaikum..."

Laju aku menoleh ke arah suara itu dan terpana aku melihat susuk tubuh itu menghampiri kami. Baru sebut dah muncul! Dia melangkah sambil tersenyum. Aku sempat lihat dia bersalaman dengan ayah dan Nicolas lalu menghampiri katilku lalu dia bersalaman dengan ibu dan along. Dan saat mata kami bertemu, dia menghadiahkan senyuman manisnya.

" How do you feel today?" soalnya.

" Hurmm.. Alhamdulillah getting better. Angah apa khabar?" entah kenapa aku merasa sebak saat ini. Mungkin kerana rindu setelah hampir tiga bulan kami tidak bersua.

" Alhamdulillah sihat..." ujarnya lalu duduk di birai katil di hujung kakiku. Dia seakan dapat rasai apa yang aku rasai tika ini hanya tersenyum nipis.

" Angah ni, semenjak Sara dah kahwin. mana lah dia nak balik Klang. Katanya kalau balik pun bosan sebab adik dia tak ada." suara ibu kedengaran.

Aku lihat semua tersenyum saat mendengar kata-kata ibu dan saat aku memandang wajah Nicolas, dia hanya senyum nipis.

" indeed. Dulu kalau balik Klang, dapat la angah buli budak ni. Sekarang tak dapat la, kalau buat jugak memang angah dapat penyakit la dari Ian. Mungkin kena tunggu anak Sara kot, nanti angah buli anak dia pulak" seloroh Angah dan saat itu bergema bilik wad itu dengan tawa ahli keluargaku.

" Amboi berani nak buli cucu ibu nanti! Sara, kalau Sara mengandung nanti, Sara kena beritahu ibu. Senang ibu nak tarbiah angah ni cukup- cukup sebelum Sara bersalin." ujar ibu membuatkan aku terus mencari mata Nicolas. Dan saat mata kami bertaut, dia hanya tersenyum. Sememangnya berita kehamilan aku masih belum diketahui orang lain selain aku,Nicolas dan doktor yang merawat aku. Bukan aku tidak mahu berkongsi namun umur kandunganku yang terlalu muda ini membuatkan aku merahsiakan dulu malah Nicolas juga turut ingin merahsiakan demi keselamatan aku dan anak di dalam kandungan.

" Bila Sara boleh keluar?" soal Ayah.

" maybe in few days, ayah. Doktor nak pantau kesihatan Sara dulu sebab takut ada komplikasi dalaman." Nicolas menjawab soalan ayah. Dan ayah hanya mengangguk kepalanya.

" I miss you angah..."

Aku melihat bibir angah melengkung naik. Kini tinggal kami berdua di wad ini. Ibu dan ayah dan berangkat pulang. Begitu juga dengan along dan kak Maya. Nicolas keluar setelah ada panggilan telefon.

"Tak malu ek rindukan angah. Kalau Ian dengar mesti dia jeles."

" Kenapa angah tak pernah balas mesej Sara? Angah dah tak anggap Sara adik angah ke?" soalku ingin tahu. Mengendur senyum mengusik di bibir angah saat mendengar kata-kata ku itu.

" Don't say like that,Sara. Tak pernah terfikir dalam hati angah untuk buat macam tu dekat orang yang angah sayang. Angah busy kursus . Lagipun angah tak nak la kacau Sara."

" Dulu pun angah selalu kursus juga. Tapi boleh je angah mesej. Sara rindu nak borak dengan angah macam dulu.."

Aku melihat angah melemparkan senyuman hambar.

" Kursus kali ni lain...." Kata- kata angah terhenti sekektika. Entah kenapa reaksi dia saat ini membuatkan aku merasa sesuatu.

" Angah akan ke Lubnan minggu depan...."

Mataku meluas saat mendengar Kata-kata angah. Lubnan? Misi PBB selama setahun itu?

" Minggu depan?"

Aku melihat dia mengangguk sambil tersebyum tawar.

" Dan hari ni baru angah beritahu Sara? Am i the last person know about this?" soalku beku. Dan dengan riak serba salah dia mengangguk kepalanya.

Terus bergenang air mataku saat itu. Terus aku mengalihkan pandanganku. Terasa hati dengan angah. Kalau dulu, akulah orang paling awal tahu malah dulu pernah angah juga dapat tugas untuk ke luar negara namun disebabkan aku merengek tidak mahu dia jauh dari kami, dia sanggup tolak dan berjumpa dengan atasannya. Namun kali ini tidak ku sangka dia akan pergi jua.

" Bila angah dapat tahu nama angah terpilih?" soalku lagi.

" Sara ...." Aku mendengar keluhan kecil dari bibirnya. Aku merenung tepat ke dalam matanya. Jelas riak serba salah di matanya. Aku mengangguk sambil senyum nipis yang jelas tidak bergula.

" Angah dah lama tahu kan...." Telah ku lagi.

" Before you get married, Sara. Dan kali ini hati angah berat untuk pergi ke sana."

" Pergi berapa lama?"

" Paling singkat setahun. Tapi kalau masih perlu, akan sambing mungkin dua atau tiga tahun."

Aku terus menundukkan wajahku lalu merenung jemariku dengan mata yang bergenang.

" Sara, don't cry... it's not good for your current health" Aku dengar suara angah memujuk. Namun makin laju air mataku jatuh ke pipi. Entah kenapa Aku sedih saat dapat tahu yang angah akan pergi jauh sebab aku tahu aku takkan jumpa dia untuk bertahun lamanya.

" Sara...."

" Angah cakap nak jaga Sara!" ujarku dalam teresak- esak.

" Sara dah ada Ian. Angah yakin Ian dapat jaga Sara lebih dari nyawanya sendiri. Tugas angah dah selesai saat Ian lafaz terima nikah. Tapi angah tetap akan jadi abang Sara dunia akhirat. Sekarang tugas yang angah lakukan dulu angah serahkan kepada Ian."

Aku mengangkat wajahku dan saat itu angah tersenyum memandangku. Lalu dia menghulurkan tisu kepadaku. Aku menyambut tisu lalu aku mengelap sisa air mata dipipi.

" Ingat dah ada laki, hilang la cengeng tu rupanya makin cengeng jadinya. Ian manjakan sangat Sara ni!" usik angah membuatkan aku menjelingnya. terletus tawa angah tika itu.

" Angah sayang Sara. Sayang sangat-sangat. Walaupun angah jauh namun doa angah sentiasa untuk Sara. Please take care of yourself and our family. Dengar cakap Ian, jadi isteri yang baik. Redha suami tu syurga Sara." Sebak aku mendengar kata-kata dari angah.

" Angah kena pergi setahun je! janji dengan Sara!"

" Insyaallah Sara. Panjang umur kita jumpa lagi. Angah ada permintaan..." Aku merenung wajahnya. Senyuman tak lekang dari bibirnya saat itu.

" Angah nak hari angah berangkat, Sara ada untuk hantar angah nanti. Boleh?" soalnya.

Tanpa teragak- agak aku terus mengangguk kepalaku. Tidak mungkin aku tidak menghantarnya.

" Angah balik dulu, kejap lagi nak terus balik Terengganu. Jaga diri elok- elok. Angah sayang Sara." ujarnya lalu berdiri.

" Sara sayang angah sangat-sangat. Terima kasih datang melawat Sara."

" Don't be, you're my little baby. Always be my baby, unless you get child later that tittle will get to your baby." ujar Angah lalu mengenyitkan matanya. Aku tersenyum mendengarnya.

Setelah memberi salam, aku melihat angah melangkah keluar dari wad. Sunyi bilik aku tika ini namun tak sampai lima minit, Wajah Nicolas muncul di pintu wad. Aku yang duduk separa baring terus tersenyum. Dia merapati katil lalu duduk disebelahku. Tangan kekarnya terus memeluk bahuku.

"how do you feel now?"

" Okay sikit cuma sakit tubuh tu masih ada. Sara patut tanya abang. You look exhausted, abang.." ujarku lalu memegang pipi kanannya. Dia tersenyum sambil memegang tanganku yang berada di pipinya.

" abang tak dapat tidur bila sayang tak sedarkan diri. I'm scared. Biar abang letih dan letih abang terbayar saat tengok sayang sekarang. And i will do anything to my both precious." ujar Nicolas sambil mengosok perlahan perutku. Tersenyum aku melihat gelagatnya.

" Amor..."

" Hmmm..."

" I'm sorry because not to share this news with family" ujar Nicolas. Aku tersenyum nipis.

" It's okay, Sara faham. Lagipun Sara pun nak hold dulu. Tunggu baby kita besar dan betul-betul kuat then we can share this good news to others."

Aku melihat bibir Nicolas senyum saat itu. Tiba-tiba dia mendekatkan kepalanya ke perutku.

" Assalamualaikum my angel.. this is your daddy's voice. Daddy harap anak daddy ni kuat dan sihat. Be good to mummy ya? i love you so much." Tersenyum aku mendengar Nicolas berbicara dengan kandunganku.

" And mummy love you too and love daddy more.." Ujarku. Melebar senyum Nicolas saat itu.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .

" Aku melangkah turun ke ruang bawah. Selesai mandi, perutku mula berdondang sayang. Semenjak keluar hospital sebulan yang lalu, sekali lagi aku menjadi penganggur terhormat. Nicolas tidak membenarkan aku bekerja kerana doktor sudah menasihati aku agar lebihkan berehat. Tambahan lagi aku mula mengalami morning sickness yang teruk. malah rumah kami juga sudah ada pembantu tetap. Tidak lain tidak bukan kak Dona!

Bila cakap tentang lapar, semenjak aku mengandung perangai aku seakan berubah seratus lapan puluh darjah. Aku suka tidur, dan tidak boleh memasak. Kadang-kadang mood aku swing dan yang menjadi mangsanya tentulah Nicolas yang terpaksa melayan karenah tak cukup IQ aku. Namun Nicolas tak pernah melenting atau pun mengeluh. Setiap permintaan aku dia turuti selagi tidak keterlaluan.

Dan tadi pun aku tak menyediakan keperluannya. Lepas solat subuh tadi, aku terus mencari bantal dan lepas itu aku tak sedar bila Nicolas ke pejabat. Teruk betul perubahan hormon aku kali ni.

Aku melangkah ke dapur namun kelibat kak Dona tidak kelihatan. Aku mendekati peti sejuk dan kotak susu segar di capai lalu dituangkan ke dalam gelas. Itulah rutin aku setiap pagi. Perkara pertama aku akan cari susu, kalau tak ada susu sejuk ni, alamatnya drama air mata la aku. Dan drama pertama haruslah terjadi di depan Nicolas, puas dia nak pujuk aku dan sejak dari hari itu, Setiap hari Nicolas akan tanyakan stok susu di dalam peti sejuk.

" Eh, Sara dah bangun?"

Aku menoleh ke belakang dan terus tersenyum melihat wajah Kak Dona yang memasuki dapur.

" Baru bangun. Akak, Nicolas pergi kerja pukul berapa?" soalku sambil mencapai roti bakar yang sudah disapu jem itu.

" Senor keluar awal tadi, dalam pukul tujuh suku. Katanya ada meeting. Senor tak sarapan tadi, dan dia pesan suruh buat sarapan pukul sembilan pagi lepas Sara bangun. Sarapan akak dah buatkan, akak hidangkan ya?"

" Takpelah kak, nanti Sara ambil sendiri. Akak dari mana tadi?"

" Dari belakang. ambil daun kesum dan bunga kantan. Kan Sara nak makan asam pedas ikan pari. Akak nak masak lauk tu la hari ni."

Mendengar menu itu, terus kecur air liurku. Semalam aku memang aku ada cakap teringin lauk tu tapi pada Nicolas. Mesti suamiku itu yang memberitahu kak Dona. Terharunya aku. I love you,abang!

"Suka akak tengok Sara dan Senor sekarang. Bahagia, Senor pun dah murah dengan senyuman sekarang. Tak sangka dulu senor kidnap terus terkidnap hati yer.." usik kak Dona sambil tersenyum. Aku pula mulalah berbahang wajah. Malu dengan Kak Dona sebab dia juga saksi kerja gila Nicolas dulu.

" Alhamdulillah jodoh kami,kak..." ujarku malu.

" Akak doa kamu berdua bahagia sampai bila-bila. "

" Thank you, kak Dona." ujarku lalu memeluk Kak Dona dalam sebak. Manja Kan? semenjak aku mengandung ni memang perangai cengeng aku menjadi jadi.

Aku tersedar saat merasakan ada pergerakan di sebelahku. Laju mataku dibuka dan saat itu aku melihat Nicolas yang baru ingin menarik selimut terkejut melihatku.

" Sorry, did my move make you awake?" suara garau Nicolas menampar telingaku.

" Pukul berapa sekarang bang?" soalku sambil memeluk tubuhnya yang separa baring itu.

" Almost one.."

" Lambatnya abang tidur.." ujarku sambil wajahku menekap di dadanya.

" Abang kena semak paperwork. Esok ada meeting penting. "

Senyap. Aku leka menghidu wangian tubuh Nicolas. bau itu membuatkan aku terbuai dan tenang.

" Mi amor?" Tiada balasan dariku akhirnya Nicolas menarik aku ke dalam pelukannya. Mungkin dia menyangka aku sudah terlena.

Namun baru saja aku mendengar keluhan lega dari mulut Nicolas, Tiba-tiba aku bangun dari pembaringan membuatkan Nicolas sekali lagi terkejut dengan gelagatku.

" What's wrong, mi amor?" Soal Nicolas risau.

" Abang, Nak ais krim.."

" Huh?"

" Sara nak makan aiskrim..." ujarku lagi.

" At this hour, mi amor?" Aku mengangguk yakin.

" Jom bang, kita pergi nearest seven eleven. Nak aiskrim magnum." ajakku lagi sambil menarik tangannya supaya dia bangun dari baringan.

" Esok tak boleh?" Dia cuba buat rundingan namun gelengan kepalaku membuatkan wajahnya berubah pasrah.

Tersenyum aku saat Nicolas bangun lalu melangkah ke dalam walk in closet dan tak sampai seminit dia sudah lengkap berbaju tshirt datang ke arahku sambil membawa kardigan dan tudung untukku.

Pusing punya pusing akhirnya kami jumpa satu kedai dua puluh empat jam itu. Dan sekarang aku dengan senang hati sedang menikmati aiskrim magnum almond di dalam kereta. Di ribaku juga ada lima lagi aiskrim jenama yang sama namun perisa berbeza.

" Sayang, malam ni makan satu je. Esok baru makan pula ya."

" Kenapa pulak?" soalku tak puas hati. Sempat mataku menjeling Nicolas yang sedang memandu di sebelah.

" Sekarang dah lewat. Sayang kan dah makan satu tu, atleast you fulfill your craving right? Yang lain makan esok ya sayang. Sweets not good for your pregnancy." ujar Nicolas lembut seakan memujuk. Dan aku yang sudah terpujuk hanya mengangguk kepala. melebar senyumnya saat itu.

" Good girl.." ujarnya sambil menarik tanganku yang memegang aiskrim itu lalu mengucupnya lembut. Tak sempat sampai rumah, habis sebatang ais krim ditanganku itu.

Tika mataku menangkap mulut Nicolas menguap, mula diriku sedar bahawa aku telah menyusahkan suamiku sendiri. Dahlah dia kena siapkan kerja lepas tu kena layan karenah aku lagi. Bukan aku tak dengar tadi Nicolas cakap dia ada mesyuarat penting esok.

"Sara minta maaf..." ujarku saat kereta berhenti di perkarangan rumah kami. Nicolas menoleh ke arahku lalu dia membelai pipiku lembut.

" Don't be, mi amor. you're craving because of hormone's changed while pregnant. Lagipun apa yang abang buat sekarang tak sama dengan pengorbanan Saram mengandungkan anak kita. i'll do anything as long can make you happy." ujar Nicolas sambil sebelah tangannya mengosok perutku yang sudah berbukit sedikit.Melebar senyumku saat itu. Terus aku mencium pipi kirinya.

" Thank you abang! i love you so much!"

" And i love you more."

Nicolas mengucup lembut tangan kananku.Renungannya penuh dengan rasa cinta walaupun jelas wajahnya kepenatan.

" Jom masuk, dah lewat ni. You need enough sleep,Mi amor."

Kami terus melangkah keluar lalu menuju ke dalam rumah. Saat sampai di muka pintu, tiba- tiba alarm berbunyi membuatkan Nicolas terus menoleh ke belakang. Aku tahu bunyi alarm itu, ia akan berbunyi saat ada berlaku pencerobohan ke dalam kawasan rumah ini. Tiba- tiba tubuhku ditarik ke dalam pelukannya sambil matanya tidak lepas dari melilau ke sekeliling.

Tak lama, Isabel yang berbaju tidur serta mula mamai muncul dari ruang tamu diikuti Kak Dona. Tak lama, entah dari mana muncul Pedro serta salah seorang pekerja Nicolas yang menjadi pengawal di rumah ini.

" What's wrong,Nico?" soal Isabel sambil mengosok matanya.

Aku turut memandang Nicolas namun entah kenapa saat aku melihat pandangan mata antara Nicolas dan Pedro membuatkan aku tak sedap hati. Pandangannya dialihkan kepadaku.

" Sayang masuk dalam bilik dan stay with Ana and Dona. I'm gonna check what happen." arah Nicolas sambil membelai pipiku.

" Ana, Dona.. jaga Sara and yourself. just stay in my work's room!" Arah Nicolas tegas. Masing-masing mengangguk faham namun aku masih terpingga- pingga. Saat Nicolas ingin melangkah pergi bersama Pedro, aku menyambar lengannya.

" Abang nak pergi mana?" soalku risau.

" Abang nak pergi tengok kalau ada penceroboh. Sayang duduk dengan Ana dan Dona ya?"

" Abang, bahaya! kita panggil polis la.."

" Everything gonna be fine. Don't worry okay. i'll be back."

" Tapi..."

"Sara, everything will be fine. I will protect Nico.." Pedro menyampuk. Aku menoleh ke arah Pedro seraya itu dia menganggukkan kepalanya sekali. Akhirnya aku terus melepaskan pegangan tanganku lalu Nicolas terus melangkah diikuti Pedro dan pengawal itu tadi. Rasa risau terus merajai hatiku saat ini dan pandanganku kekal sehingga bayang Nicolas hilang dalam kepekatan malam.

" Sara...."

Aku menoleh ke arah Dona lalu dia mengangguk sekali. Isabel juga turut memaut bahuku dan aku terus menarik aku agar mengikutnya ke bilik kerja Nicolas. Dona juga mengikut dari belakang setelah dia menutup pintu.

Bang! Bang!

Baru beberapa langkah tiba- tiba bunyi tembakan membuatkan langkah kami bertiga terhenti. Terus aku menoleh ke arah pintu dan terus aku mencari wajah Isabel.

" its a gun shot!!' ujar aku kepada Isabel. Jelas saat itu wajah Isabel juga terkejut saat mendengar bunyi tembakan itu.

" Sara... come. Senor dan semua semua selamat. Don't worry."

" Ana..." Aku memanggil Isabel yang tadi terkaku. Dia membalas renungan aku saat itu. Aku dapat rasakan pelukannya semakin erat.

" They are fine,sis. Don't worry. I know Nico and Pedro. Come, Nico asked us to stay in that room. we just wait for them there."

Dalam aku risau memikirkan Nico, akhirnya aku ikut langkah mereka masuk ke dalam bilik kerja Nico. Dan Isabel seakan tahu selok belok ruang itu terus menolak almari buku Di belakang meja kerja Nicolas. Jika diperhatikan ia hanya nampak seperti dinding biasa namun saat Isabel menekap ibu jarinya, tiba- tiba meluas mataku saat melihat ada satu ruang disebalik rak tersebut dan Isabel meminta aku dan Dona melangkah masuk sebelum dia juga turut melangkah masuk ke ruangan itu. Setelah dia masuk, pintu tadi terus tertutup namun apa yang menakjubkan dari situ kami dapat melihat ruang bilik kerja Nicolas dari celah rak buku itu. Ia ibarat kami berada di sebalik rak buku tersebut namun orang di ruang itu tidak mampu melihat kami.

"This is our safe room. Nico built it for our safety." Isabel bersuara lalu dia mengambil duduk di salah sebuah sofa di situ. Di ruangan itu juga terdapat sebuah katil bersaiz queen serta ada sebuah bilik air lengkap dengan tandas.

" How do you know about this room?" soalku ingin tahu.

" Few days ago, Nico told me. Dia cakap bilik ini hanya boleh diakses oleh dia, Pedro, you and me. by our finger print." ujar Isabel sambil menunjukkan ibu jarinya.

" Sebenarnya Nico nak beritahu you tentang bilik ni tapi tak sempat nak beritahu mereka dah mula serang kita."

"mereka? siapa mereka?"

Isabel terkelu saat itu. Jelas riak wajahnya berubah seakan terlepas cakap akan sesuatu rahsia. Ada sesuatu yang tidak kena!

***********************

Nicolas menyambut pistol yang dihulurkan oleh Pedro. Mereka melangkah perlahan-lahan tanpa bunyi ke arah ruang belakang rumahnya itu. Mengikut Pedro, ada pergerakan dari arah belakang rumahnya itu. Berapa ramai? dia sendiri tak pasti namun yang dia yakin, musuhnya mula menunjukkan belang.

" Aku rasa mereka nak bos mereka." bisik Pedro.

" Dan mereka memang bodoh kalau ingat aku simpan bos mereka tu dekat sini!" balas Nicolas.

Mereka bertiga mula mendekati deretan pokok di tepi pagar. Setiap penjuru sudah dilengkapi dengan sistem keselematan dan bunyi penggera tadi menunjukkan mereka sudah melanggar penggeran yang dipasang. Bunyi ranting patah membuatkan langkah mereka bertiga terhenti. Nicolas terus memberi isyarat kepada Pedro dan anak buahnya saat mereka melihat ada susuk tubuh di sebalik Dinding pagar tinggi itu.

Dengan cekap Pedro mengambil posisi dan Nicolas juga turut melangkah mencari sudut yang strategik. Namun entah dimana silapnya, Nicolas terlanggar batang penyapu besi membuatkan terhasil bunyi.

Bang! Bang!

Laju Nicolas berlindung di sebalik dinding saat tembakan dilepaskan ke arahnya.

" Shit!"

Nicolas terus memberi isyarat kepada Pedro dan dengan tangkas Pedro menyerang ke arah penembak yang tidak sedar akan kehadiran Pedro itu. Pedro terus menerkam ke arah penceroboh itu lalu menyepak kakinya sehingga dia jatuh tersungkur. Laju Pedro menyepak jauh pistol ditangan penceroboh itu. Dia terus menindih belakang lelaki itu dengan lututnya.

" Nico! Clear!" jerit Pedro dan saat itu Nicolas terus melangkah keluar. Namun seminit kemudian anak buahnya sorang lagi muncul dengan nafas tercunggap-cunggap.

" Sorang lagi terlepas, Senor!" Ujarnya

Nicolas terus mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang sedang tertiarap itu. Terus dia menarik topeng muka lelaki tersebut.

" As i expected!" ujar Nicolas tersenyum sinis.

" Get a car! we will bring him to his beloved bos!" ujar Nicolas Keras.

Pedro terus menolak lelaki itu ke dalam bilik sehingga dia jatuh tersungkur. Lelaki yang terikat tangannya itu cuba bangun dan saat itu dia dapat melihat seseorang yang berlumuran darah duduk terikat di atas kerusi. Meluas matanya saat melihat wajah yang berlumuran darah itu.

" Miss him so much huh?" soal Pedro sinis lalu menarik tubuh lelaki itu bangun.

Nicolas hanya diam berpeluk tubuh melihat di sudut bilik. Dia hanya diam melihat Pedro menarik lelaki penceroboh tadi lalu mencampak tubuhnya di tepi kerusi lelaki yang terikat itu.

"Don??" Suara lelaki itu memanggil lelaki dikerusi itu.

" Kau kenal lagi bos kesayangan kau ni?maknanya tak la teruk sangat aku bantai dia kan?" soal Pedro menyindir sambil tertawa sinis. Lelaki yang terduduk di lantai itu hanya menjeling tajam ke arah Pedro.

" Untuk kesekian kali aku tanya! atau aku tanya kau jela. Kau orang yang rancang kemalangan Nico tempoh hari kan?! Kau yang hantar orang tembak kereta Nico!!?" soal Pedro sambil mencengkam kolar baju lelaki itu sehingga tercunggap-cunggap lelaki itu mencari nafas.

Tiba- tiba lelaki bernama Don tertawa kecil membuatkan pandangan Nicolas beralih kepadanya. Tawa kecil itu menarik Nicolas mendekatinya sambil tangan keduanya dimasukkan ke dalam poket. Lelaki itu mendongak lalu pandangannya bersatu dengan Nicolas.

" Kau rasa aku yang rancang semua ni? Bukan aku seorang musuh kau Nico! Masa silam kau tetap akan mengejar walaupun sesuci mana kau berubah! Phui!!" ujar Don lalu meludah air liur bercampur darah ke lantai.

" Aku tahu bukan kau seorang. Yang aku nak tahu, dengan siapa kau bersubahat?" ujar Nicolas tenang. Namun soalan itu tak dibalas selain hanya senyuman sinis yang diberikan.

" Nico mungkin takkan cuit kulit kau! Tapi aku boleh siat- siat kulit kotor kau orang ni dengan mudah sekali!!" tengking Pedro lalu menghentak tubuh anak buah Don ke dinding. Gamat bilik itu dengan erangan sakit dari lelaki itu.

" Kenapa? sebab kau rasa kau dah suci? kevkau dah jadi penakut? " sindir Don tersengih.

" Aku tak perlu kotorkan tangan aku hanya untuk darah kotor kau,Don! yang aku perlu hanya jawapan. Itu saja. Mungkin aku takkan jadi macam dulu tapi kau jangan lupa, bila- bila masa saja empayar kebanggaan kau akan musnah sekelip mata...."

Meluas mata Don saat mendengar kata- kata Nicolas tika itu. Dia faham apa yang diberitahu Nicolas. Dia tahu lelaki itu ada kuasa yang cukup untuk memusnahkan kekuasaannya. Dia tahu khabar angin menyatakan Nicolas sudah berubah adalah benar namun jangan kejut harimau yang sedang tidur, kalau tak padah jadinya. seperti sekarang ini.

" Macam yang aku cakap, Musuh kau bukan aku seorang! Memang aku bencikan kau, Nicolas tapi aku tahu setahap mana kemampuan aku. Aku hanya tolong dia sebab aku nak tahu kau jatuh!!! Tapi mastermind sebenarnya bukan aku!!"

Terjungkit sebelah kening Nicolas saat itu.

"Dia datang jumpa aku dan offer plan untuk jatuhkan kau! itu seperti peluang keemasan bagi aku!! aku memang nak tengok kau jatuh! Tapi dendam dia lagi dalam dari aku! kalau aku nak tengok kau jatuh tersungkur tapi dia nak tengok kau merana! dia nak hapuskan orang yang kau sayang. Sama seperti ketika kau kehilangan keluarga kau dulu!!" ujar Don sinis. Tanpa sedar Nicolas sudah mengepal erat kedua tangannya sehingga timbul urat dilengannya.

" Bangsat!!" jerit Pedro ingin menumbuk wajah Don namun Nicolas sempat menghalang. Matanya tak lepas memandang tepat ke mata Don.

" Who is he??" soal Nicolas perlahan namun cukup keras sehingga Don menelan air liur mendengarnya.

" Kau cukup kenal dia! Dia ada disekitar kau saja! Dan tanpa kau sedar dia sentiasa merancang kemusnahan hidup kau..." ujar Don tersengih sinis sambil sempat matanya menjeling Pedro yang sednag menahan amarahnya.

" Remember, Zalos. Sometime your friends can be your biggest enemy." ujar Don tersengih lalu dia melepaskan tawa kuatnya.

Nicolas terus menumbuk dinding kuat. Kata- Kata Don membuatkan dia merasakan dikhianati! Tapi siapa manusia durjana itu?

sorry lama tak muncul.. ttbe byk perkara berlaku. my MIL admitted dan jaga beliau selepas discharge. maaf jika ada yang bosan menunggu. Harap semua boleh support ce lg ya. thank you so much for your support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience