BAB 7 - Por eso te quiero mi hermosa

Romance Completed 123515

Aku terus berdiri saat melihat Nicolas berlalu ke meja kerjanya. Mataku tak lepas memandang gerak lelaki itu sehinggalah Nicolas melabuhkan punggungnya ke kerusi kulit itu. Dan saat itu mata kami bertembung, lama. Makin lama renungan Nicolas seperti makin dalam dan aku menjadi tidak selesa dengan renungan itu. Aku berdehem perlahan membuatkan Nicolas seakan tersedar lalu dia membetulkan duduknya.

" Have a seat,Sara."

Aku mengikut arahannya lalu kerusi di depan meja kerjanya itu aku duduki.

" So, nampaknya kau buat keputusan yang bijak, isn't?" soal Nicolas lebih kepada memperliku. Aku hampir saja membalikkan mata ke atas jika lupa akan lelaki itu namun aku hanya senyum nipis sambil menahan rasa di dalam hati.

" Buat masa sekarang Kau akan jadi setiausaha aku."

Terus mataku naik memandang anak mata Nicolas. Kerutan dimuka tidak dapat dikawal lagi.

" Kenapa saya kena jadi setiausaha awa... erm encik Nicolas pulak? kan Encik dah ada PA?" soalku tidak puas hati. Perlu ke aku hadap muka lelaki ini setiap masa!

" this is my company dan suka hati aku la nak bagi kau jawatan apa. Aku tahu kelulusan kau dan aku akan bagi gaji kau setimpal dengan kelulusan kau. as i said, Buat masa sekarang... Tak bermaksud selamanya kau akan jadi setiausaha aku. Faham?"

"Tapi saya tak tahu tugas- tugas setiausaha" balasku lagi.

" Benda boleh belajar,Sara. Antara rajin dan malas je" bidas Nicolas lagi.

" do i have a choice?"soalku cuba nasib.

" no.." ujarnya selamba.

Aku memicingkan mataku saat itu. tidak ku peduli dia CEO ke apa.

" Tugas setiausaha kan sama dengan tugas PA, Encik tak rasa membazir ke? baik encik letakkan saya di bahagian kewangan, sekurang- kurangnya saya dapat bantu melancarkan hal- hal kewangan di syarikat encik" cubaku lagi.

Dia kulihat menjungkit keningnya lalu jarinya menggosok dagu seakan berfikir. Sepertinya aku ada peluang! Baru bibirku ingin melengkung naik, tiba-tiba...

" No! i want you to be my secretary. Aku dah ada staf finance yang bagus, dan aku tidak risau hal itu" Balas Nicolas selamba.

Dari bawah kerusi aku mengenggam erat tanganku. Teringin sangat nak ketuk kepala lelaki itu. Dalam aku menahan marah, ku lihat dia menekan interkom di sisi mejanya.

" Cassie, come to my office"

" okay Senor!"

Tak lama, bunyi ketukan pintu dari luar dan laju Nicolas memberi kebenaran untuk masuk. Cassie masuk sambil tersenyum bersama tab di tangannya.

" any changes for today's schedule? " Soal Nicolas serius.

" No senor, everything follow as per i sent to you just now" balas Cassie.

" good. Sekarang you bawa Sara le bahagian HR untuk sain offer letter, then show her workstation. And its your job to teach her job scope" arah Nicolas.

" Baik,Tuan." balas Cassie lalu menoleh ke arahku.

"Come Sara, i will assist you to HR department" ujar Cassie.

Aku mengangguk lalu berdiri. Cassie mula melangkah lalu diikuti aku meninggalkan bilik itu. Namun belum sempat aku melepasi pintu tiba-tiba Nicolas memanggilku.

" Sara,wait!"

Aku menoleh ke belakang dan saat itu aku lihat dia sudah berjalan ke arahku. Dan sesaat kemudian dia menutup pintu dan tangannya masih kekal di tombol itu, membuatkan kedudukan kami sangat dekat.

" Zul is your bodyguard je dan aku tak nak kau terlalu mesra dengan dia!" ujar Nicolas.

Aku mengerutkan keningku.

" Bila saya mesra dengan dia? encik jangan nak buat cerita. Saya layan dia seperti kawan saya je"

" He's not your friend!" tegas Nicolas.

" Encik takde hak nak tentukan siapa kawan saya! ikut suka hati saya la nak berkawan dengan Zul hatta nak bercinta dengan dia sekalipun! Dan lagi satu, bukan saya yang minta nak ada bodyguard tapi encik sendiri yang suruh Zul ikut saya! " bidasku berani. Namun sesaat kemudian aku dapat rasakan ketegangan di ruangan ini. Aku tidak berani membalas renungan itu lalu aku menundukkan wajahku. Saat itu aku perasan Nicolas mengenggam erat tangannya.

" get out!"

Nicolas sudah menjarakkan tubuhnya dan terus berpusing menuju ke meja kerjanya. Dari nada aku dapat rasakan bahawa dia sedang marah. Memang aku sengaja untuk buat dia marah dan menyampah denganku, sekurang-kurangnya aku boleh dicampak ke unit lain. Tanpa menunggu lagi aku terus keluar dari bilik itu.

" Sara, Senor panggil"

Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Wajah Cassie juga sudah serba salah memandangku. Aku tahu Nicolas sengaja ingin kenakan aku kerana termasuk yang ini, dah lebih sepuluh kali aku ulang alik masuk ke bilik lelaki itu. Cukup dua puluh kali, aku rasa mahu roboh pintu bilik pejabat lelaki itu asyik buka tutup je. Hari ini masuk hari ke tiga aku bekerja disini dan setiap hari pasti ada saja perkara yang lelaki itu buat untuk kenakan aku.

Tadi suruhnya aku buat kopi. Sebelum bi elok je tea lady buatkan tapi tiba-tiba nak aku pulak. dan apabila aku menghantar air kepada lelaki itu, ada saja komplen darinya.

" Too bitter!"

" Kau nak aku kena kencing manis ke?"

" i don't drink three in one!"

" kenapa bawakkan teh pulak? i want coffee."

" tak kena dengan selera aku, buat baru!"

Dan saat itu mahu saja aku mandikan lelaki itu dengan kopi pekat di dalam cawan itu. Puas aku tanyakan pada Cassie malah wanita itu dah tolong bancuhkan kopi yang biasa Nicolas minum dan aku hanya bawakan tadi. itupun dia kata tak kena selera tekak dia. Akhirnya aku membancuh ikut selera aku. Kali ini kalau dia komen lagi memang aku bagi dia telan cawan kaca itu.

" Hurmm not bad, you can get out"

Dan tanpa terima kasih dia malah menghalau aku lagi. Dasar barbarian sepanyol!

"Sara??"

Aku tersedar lalu wajah Cassie menerpa mataku. Oh! baru ku teringat bahawa barabarian di dalam memanggilku. Aku bangun lalu tersengih kepada Cassie. Lalu bilik CEO 'kesayangan' dituju.

Setelah mengetuk dua kali, Aku mendengar suara Nicolas. Aku membuka pintu lalu saat itu aku memandang kosong ke arah lelaki yang sedang sibuk membaca dokumen di depannya itu.

seminit...

dua minit....

lima minit...

Hai, lelaki ni sedar ke tak aku duk terpacak macam tiang lampu di depannya? Dia kulihat begitu khusyuk meneliti dokumen sehingga tidak mendongak langsung. Hatiku mula panas, Entah kenapa aku dapat rasakan lelaki itu sengaja buat tak endah kepadaku!

" ehem.. ada apa encik panggil saya?"

Barulah ku lihat Nicolas mengangkat wajahnya. Dan dengan rasa tak bersalahnya dia berkata...

" oh! sorry.. i thought nobody enter because I don't hear any sound just now" balas Nicolas.

Aku yang panas hati mendengar kata-kata itu terus senyum yang jelas tidak ikhlas.

" Oh yeke.. Setahu saya encik yang panggil saya, sebab itulah saya disini. Malah saya yang ketuk bilik encik tadi, bukan hantu"dengan penuh sarkatikus aku membalas.

Nicolas menyandarkan belakang badannya ke kerusi lalu dia tersenyum nipis.Cukup sinis dipandangan mataku.

" Dekat meja sana ada senarai dokumen dan invois. Aku nak kau susun ikut date dan lepas dah siap kau bagi kepada pihak finance"

Aku menoleh ke arah meja yang ditunjuk oleh Nicolas. Ada dua bundle dokumen yang elok tersusun di atas meja tersebut. Melihat kepada ketinggian dokumen itu, pasti lama masa yang diperlukan.

" okay"

Aku terus mendekati meja itu lalu bundle pertama ku ambik.

" Encik, satu lagi saya ambik kejap lagi" bilangku lalu mencepung dokumen yang agak tebal itu, berura-ura ingin keluar. Namun baru selangkah aku melangkah,

" Eh! kau nak pergi mana?" soal Nicolas tiba-tiba.

" ke meja saya la..."

" ada aku cakap kau boleh keluar ke?"

Aku mengerutkan keningku. tidak faham dengan kata-kata lelaki itu.

"kau buat kerja dekat situ je. Senang aku nak semak nanti" ujar Nicolas lagi.

Terus meluas mataku saat itu. Nak duduk sebilik dengan Nicolas? Memang tak lah!

" Takpelah encik, saya buat dekat meja saya je. nanti dah siap saya hantar kepada encik" tolakku.

" I don't want to hear any excuses. sit there and do your work,Sara" ujar Nicolas lagi.

Saat itu aku rasakan hatiku kini ibarat gunung berapi yang sedang meletus.Membuak- buak rasa marah saat ini. Namun aku tidak mampu terus menolak kerana dia bos manakala aku hanya pekerja biasa.

Dan akhirnya dengan rasa yang sebal,aku duduk di sofa kulit itu dan terus menyusun dokumen tersebut.

Sesekali aku membetulkan tubuhku. Pinggangku mula merasa lenguh. Hampir separuh sudah siap. Cepat bukan? ini semua hara- gara mahu keluar dari bilik ini. Dari tadi lagi hawa telingaku mendengar pelbagai perbualan telefon lelaki itu bersama klien mahupun peribadi. Macam mana aku tahu itu peribadi? kerana apabila Nicolas bercakap dalam bahasa ayahanda dia dan nada suara juga agak tegas itu malah lagi tegas dari dia bercakap dengan kliennya maknanya dia sedang berbual bukan tentang urusan kerja.

Itu belum lagi tadi sempat juga aku melihat drama sebabak dan pipiku juga hampir menjadi tamparan tangan seorang model. Semuanya gara- gara ada seorang wanita, mungkin girlfriend Nicolas datang dan marah saat melihat aku berada di dalam bilik ini. Tipikal drama sangat, asal nampak perempuan lain je terus nak cemburu buta. Dan terang- terang aku tengah buat kerja. Lain la kalau duk berpelukan dengan Nicolas. Astagfirullahalazim! Mintak jauh la.. Tak hingin aku. Kalau elok peribadi dan islam boleh jugak masuk list lelaki idaman tapi kalau lelaki ini hurm memang tak masuk percalonan langsung. Harap je kacak tapi barbarian!

" Kot ya pun mengata aku, tak payah la mulut muncung macam tu."

Aku terus menoleh ke arah punca suara itu. Ku lihat badan Nicolas menyandar di kerusi dan matanya tepat memandangku. Sibuk je!

Tak lama aku lihat Nicolas bangun lalu membuka kot ditubuhnya lalu kot itu di gantung ke yang tersedia. Dia terus melangkah ke arahku.

" Banyak lagi ke ?" soalnya tiba-tiba.

" Separuh lagi..."

" ikut aku..." ujarnya lalu dia melangkah ke pintu.

" Eh! nak ke mana encik?" soal tu laju berdiri.

" aku suruh ikut, bukan suruh tanya aku banyak soalan" balas Nicolas lalu membuka pintu. Dia menisyaratkan agar aku keluar dulu.

Eleh, nak berlagak gentleman la tu. Tak heran pun encik Nicolas oi. Aku melangkah keluar diikutinya. Saat sampai di meja Cassie, Kulihat Nicolas menghentikan langkah kakinya.

" Cas, i will go out with Sara for a while, anything just take a message." ujar Nicolas.

Cassie mengangguk tanda menerima arahan itu. Dan selepas itu aku terus mengambil beg tangan serta handphone yang berada di atas meja. Lif persendirian di tekan dan tak sampai seminit, lif itu terbuka. Aku melihat dia menyentuh kad kerjanya lalu skrin bertukar hijau, butang G ditekan. Setelah itu pintu itu terus tertutup dan bergerak ke bawah.

" kita nak ke mana encik?"

Ku lihat Nicolas menjeling ke arahku sekilas lalu dia kembali melihat telefon bimbitnya. Aku mencebik bibirku, sombong ek!

Saat lif terbuka, dia terus melangkah keluar diikuti aku. Malah aku berjalan makin perlahan bagi mencipta jarak dengannya apatah lagi saat beberapa staf mula memandang kami dengan pandangan seribu persoalan.

Tiba-tiba aku lihat dia menoleh ke belakang,

" why you walk so slow?" soalnya dan saat itu matanya jelas memandang wajahku. Sempat ku jeling ada staf mula memberi perhatian kepada kami.

" hurmm.. encik jalan dulu la, saya follow belakang" ujarku.

Nicolas menjungkitkan sebelah keningnya dan saat itu dia mula perasan akan mataku sesekali menjeling ke tepi. Dia menoleh ke arah yang sama, dan saat itu aku lihat staff yang tadinya menyaksikan drama kami terkejut lalu terkocoh- kocoh berlalu dari situ.

" sini.." Nicolas memanggilku. Lalu aku melangkah mendekatinya.

" Walk next to me... " ujarnya lalu mula melangkah. Dan aku terus menyaingi langkah lelaki itu sehinggalah ke depan lobi.

Saat itu kereta yang selalu digunakan oleh Pedro sedia menunggu dan saat pintu kereta dibuka terus melebar senyumanku.

"Assalamualaikum Zul," sapaku kepada Zul.

Dah beberapa hari aku tak berjumpa dengannya kerana Pedro yang mengambil alih tugasnya buat sementara waktu. Aku lihat Zul hanya tersenyum nipis lalu mengangguk kepalanya sekali.

" Waalaikumusalam cik Sara.." jawab Zul formal.

Aku merasa pelik saat melihat reaksi Zul. Selalunya dia akan bergurau denganku. Dan saat itu aku lihat pipi kanan lelaki itu juga agak bengkak.

" Ehem.."

Bunyi deheman itu membuatkan aku menoleh ke arah sebelah. Kulihat wajah Nicolas makin beku dan matanya tajam memandang Zul. Terus Zul membuka pintu kereta di bahagian belakang dan Terus Nicolas mengisyaratkan aku untuk masuk.

Setelah aku masuk, Nicolas berlalu ke bahagian sebelah dan turut duduk di sebelahku. Kereta terus bergerak meninggalkan tempat itu.

Aku tak tahu kami ingin ke mana dan sepanjang perjalanan itu, hanya sunyi sepi menemaniku. Nicolas dengan memandang telefon dari tadi, manakala Zul pula hanya diam di depan. Aku tertanya- tanya apa yang jadi kepada lelaki itu sehingga lebam pipinya.

" Zul..."

Aku melihat kepala Zul tertoleh sedikit ke belakang.

" Kenapa dengan pipi awak?" soalku ingin tahu.

" ermm.. tak ada apa- apa. Cedera masa berlatih" jawab Zul perlahan.

" berlatih apa?"

" hurmm.. just friendly sparring "

" friendly sparring pun bengkak muka? kalau tak friendly agaknya masuk icu la jawabnya"

aku mendengar Zul tertawa kecil namun selepas itu dia berdehem. Saat itu aku dapat rasakan seperti ada yang memandangku dan saat aku menoleh ke sebelah, mata Nicolas sedia memandangku. Wajahnya jelas menunjukkan dia tidak senang melihat aku berbual dengan Zul. Mungkin suara aku buatkan dia tidak boleh buat kerja kut.

Aku membetulkan dudukku lalu bersandar di kerusi. Selepas itu hanya sepi yang merajai kereta itu sehinggalah kereta mula menyusur masuk ke bangunan tinggi dan aku cukup kenal akan bangunan itu. Ia bangunan dimana terletaknya penthouse milik Nicolas!

" Kenapa kita databg sini?" soalku menoleh ke arah Nicolas namun lelaki itu tidak mengendahkan aku.

Saat kereta masuk ke kotak parking, aku melihat Nicolas terus saja keluar dari kereta diikuti Zul dan pemandu. Tapi aku masih kekal di tempat dudukku sehinggalah Zul membuka pintu untukku.

" Tunggu apa lagi?" soal Nicolas mengerutkan keningnya.

" Saya tak nak pergi rumah tu lagi! Saya tahu apa niat encik!" ujarku keras.

Nicolas menghampiriku lalu meletakkan kedua tangannya di tepi pintu. Badannya membongkok agar pandangannya separa aku.

" your mind quite naughty but I'm not gonna keep you here like before. Dah, keluar sekarang sebelum aku dukung kau naik atas" ujar Nicolas tersenyum sinis.

Dia menjarakkan tubuhnya dan saat itu laju aku keluar dari kereta itu. Aku,Nicolas dan Zul menaiki lif dan tingkat paling atas di tekan Zul.

Sesampai di rumah, Zul menekan katal laluan dan terus pintu dibuka. Dia memberi laluan kepadaku untuk masuk dahulu diikuti Nicolas dan terakhir dia.

" Cook me a dinner" ujar Nicolas sepatah lalu terus menghilang ke dalam bilik yang pernah aku duduki dulu.

Aku yang terpingga-pingga terus memandang Zul yang sudah tersengih. Bagaikan tahu apa yang bermain difikiranku, Zul mendekatiku lalu bersuara.

" Dona cuti untuk tiga hari sebab ada hal kecemasan. So Senor nak awak masak untuk dia" ujar Zul.

" Hah? saya nak masak apa? Saya tak tahu selera dia macam mana.." Balasku.

" Simple pasta could be fine. Setahu saya Senor selalu makan pasta n steak" balas Zul lagi.

" Kenapa tak makan dekat hotel tak pun restoran five stars. Saya bukannya pandai sangat masak western. Makanan melayu boleh la." balasku. Namun Zul hanya mengangkat kedua bahunya tanda tak tahu.

" Jom saya bawa awak ke dapur." Zul mula melangkah ke arah dapur. Aku mengeluh lemah.

Satu perkara yang aku tak suka berada di sini adalah di satu sudut dapur terdapat deretan botol- botol minuman keras. Hampir satu rak jugak tapi nak buat macam mana sebab pemilik rumah ini bukan islam. Tapi mujurlah Kak Dona pernah beritahu bahawa bahan memasak di rumah ini semuanya menggunakan bahan tempatan dan kebanyakkannya ada logo halal.

Aku melihat Zul membuka peti sejuk dan melihat ke dalamnya.

" So, awak nak masak apa?" soal Zul menoleh ke arahku.

" Lepas saya masak saya boleh balik?" soalku.

" maybe... Rasanya Senor mintak awak masak je" balas Zul.

" Kalau macam tu, saya masakkan Spicy seafood oglio olio" ujarku.

Tanpa menunggu, Zul terus mengeluarkan beberapa bahan dari peti sejuk lalu diletakkan ke dalam sink. Tangannya juga tangkas membuka almari dan terus mengeluarkan sepaket spaghetti. Dan saat dia mengeluarkan kuali pan, terus aku bersuara.

" Ermm kuali tu pernah masak makanan non halal ke?" soalku.

Zul mengerutkan keningnya.

" Maksud awak?"

" Ermm like.. non halal meat" soalku serba salah.

" Oh! no worries, Senor tak makan porks. Dia particular about meat that he eat. cuma setahu saya, Dona pernah masak then campurkan wine dalam masakan tu." ujar Zul.

" So, bawang dan semua barang memasak dekat sana, anything awak boleh panggil saya di luar. Buat dapur ni macam dapur awak sendiri ya" ujar Zul lalu melangkah keluar dari dapur.

" Okay Sara! cepat kau masak, cepatlah kau dapat balik!" ujarku kepada diri sendiri.

Aku tersenyum puas hati melihat apa yang terhidang di atas meja saat itu. Sepinggan spaghetti oglio olio dengan segelas jus oren kotak yang ada di dalam peti sejuk dan sempat juga potong beberapa biji buah epal dan anggur untuk Nicolas merangkap barbarian yang suka memaksa orang ikut cakap dia tu. Nasib muka hensem, tapi itu tidak bermaksud aku terpikat dengannya. Big no! Setelah berpuas hati, aku ingin berlalu ke dapur dan saat itu hampir- hampir saja hidungku mencium dada bidang seseorang. Terus aku mendongak ke atas dan saat itu wajah Nicolas menghiasi kornea mataku. Aku mengundur setapak ke belakang.

" Saya dah siapkan makanan encik. Boleh saya balik sekarang?" soalku kepadanya.

Kulihat dia menjengah ke belakang dan tanpa balas soalanku dia terus melabuhkan punggungnya ke kerusi dan menikmati makanan yang terhidang. Aku yang masih tercegat di situ tidak dihiraukan. Dalam diam aku memerhati dia makan, sangat tertib walaupun aku dapat rasakan dia kelaparan.

" Ask Zul to send you home..." tiba-tiba aku mendengar suara Nicolas.

Aku lihat dia leka mengungah makanannya, langsung tidak memandangku mahupun berterima kasih. Namun apa yang dia katakan tadi cukup menggembirakanku. Terus aku membuka langkah ke arah Zul yang duduk di balkoni luar penthouse itu.

" You seat at the back. I'm not allowed you to seat next to Zul!"

Aku menoleh. Lelaki itu sedang meneguk jus tanpa melihatku. Dah kenapa tak nak bagi aku duduk depan. Argh! bukannya dia tahu pun nanti. Tanpa membalas, aku terus manggil Zul dan kami sama- sama meninggalkan penthouse itu.

" muchos gracias mi hermosa..."

Ting...ting...Ting...

Dengan mata terpejam Aku meraba di tepi bantalku. Siapa pulak yang kacau malam- malam buta ni! Saat telefon bimbitku di tangan, dengan mata sebelah aku melihat nama pemanggil. Pedro?? aku terus menekan butang hijau.

" Hello..." sapaku dengan suara serak basah.

" Hermosa, i need your help!!"

Terus segar mataku saat mendengar suara cemas Pedro.

" Kenapa ni Pedro?"

" Saya dekat depan rumah awak. Awak kena ikut saya sekarang!"

" Hah? nak pergi mana malam- malam macam ni?"

" Please bersiap, saya tunggu dekat luar."

tut....

Aku melihat panggilan yang sudah terputus. Terus aku bangun danenjengah ke tingkap. memang betul, ada kereta yang selalu Pedro guna berada di depan rumah sewaku. Dengan mengenakan hoodie oversize dan tudung sarung. Aku terus mencapai dompet kecilku dan terus keluar. Saat aku menghampiri pagar, Saat itulah Pedro keluar dan aku lihat bibirnya berdarah dan tepi matanya juga luka.

" Kenapa dengan awak?" soalku.

" I'm okay, jom ikut saya"

Pedro terus menarik aku masuk ke dalam kereta dan dia terus memecut. Tak sampai sepuluh minit, kami tiba di satu rumah agam. Aku yang terpingga-pingga keluar lalu berduri di tepi kereta.

" Jom Sara, Senor need your help" ujar Pedro.

Senor? Nicolas?

Saat itu entah kenapa jantungku berdebar- debar. takut untuk lihat keadaan Nicolas. Aku terus mengikut langkah Pedro sehingga ke satu bilik. Alangkah terkejutnya aku saat melihat Nicolas sedang duduk bersandar di satu kerusi dengan tangannya terkulai di tepi dan ada darah yang menitis ke lantai. Wajahnya penuh dengan darah dan lebam seperti dipukul. Aku mendengar suaranya sesekali mengeram sakit.

Laju aku melangkah mendekatinya dan saat merasakan aku di depannya. Dia mengangkat wajahnya memandangku dan saat itu mata kelabunya memanah tepat ke mataku yang sudah berkaca.

" my doctor is on the way, don't worry" ujarnya tiba-tiba.

" Tapi kena hentikan pendarahan ni dulu. Encik boleh hilang banyak darah!" balasku.

" Pedro, tolong saya ambilkan air suam dan kain bersih. " pintaku.

Dan Pedro terus berlalu dan aku terus membantu Nicolas membuka baju tshirt lengan panjang yang dipakainya. Saat baju ditanggalkan, aku melihat satu luka yang ajak panjang dan agak dalam di lengannya. Malah di bahagian perutnya ada kesan lebam bekas tumbukan.

" macam mana boleh jadi macam ni encik?"

Nicolas tidak membalas namun matanya tak lepas memandangku. Saat Pedro datang membawa barang yang ku pinta. Dengan laju aku membersihkan luka itu. berdesis kuat Nicolas saat itu tapi aku tidak hiraukan, apa yang penting pendarahan harus dihentikan sementara menunggu doktor sampai.

Dengan laju aku membalut luka di lengan Nicolas. Dan setelah selesai, aku mencuci luka diwajahnya pula. Aku yang ralit membersihkan luka itu tidak sedar bahawa kedudukan kami sangat rapat. Sedang aku mencuci, Mataku bertembung dengan anak mata kelabu miliknya. Renungannya itu sangat dalam dan redup meratah wajahku. Aku yang seakan tersedar terus mengalihkan pandanganku.

Saat aku ingin menjauh, tiba-tiba Nicolas menyambar lenganku.

"Por eso te quiero mi hermosa" Ujarnya tepat memandang wajahku.

" Hah?" soalku tidak faham.

"Stay here until the doctor arrive" ujarnya lagi.

Aku hanya mengangguk dan saat itu dia terus melepaskan genggamannya. Aku terus mengelap kesan darah dilantai dan aku tahu mata Nicolas tidak lepas melihat setiap gerak geriku.

" Everything is fine. Luka tu nanti Tuan kena datang klinik saya untuk cuci. Ini ubat tahan sakit dan antibiotik. kalau ada apa-apa nanti call saya" ujar doktor lelaki itu sambil berdiri.

Nicolas yang sudah terbaring di katil itu hanya mengangguk sekali.

" thank you doc" ujarnya lagi.

" My pleasure, Mr Gonzalo. have a good rest" ujarnya dan terus Pedro mengiringinya keluar.

Maka tinggallah aku berdua bersama Nicolas di bilik itu. Aku melihat Nicolas sudah memejam matanya, mungkin sudah terlelap. Tiba-tiba aku menguap, dan terus mencari jam di dinding. sudah pukul empat setengah pagi. Nampaknya semua sudah selesai dan aku pun sudah boleh pulang ke rumah. Aku ingin mencari Pedro dan meminta dia menghantarku pulang.

" Kau nak ke mana?"

Baru saja aku ingin melangkah, tiba-tiba suara Nicolas mengejutkanku. aku menoleh memandangnya. Matanya tertutup, tapi macam mana dia tahu aku nak keluar? dia menginggau ke? Aku mendekati katil lalu berdiri di katil. Aku membongkok badanku dan baru saja ingin meletakkan jariku di hidung mancung milik lelaki itu, tiba-tiba matanya terbuka, Hampir saja aku melompat saat itu.

" encik buat saya terkejut tahu tak!" marahku sambil mengurut dadaku.

" Kau ingat aku dah mati ke?" soal Nicolas sarkastik.

" ishh.. bukanlah! saya nak pastikan encik betul- betul dalam keadaan selesa" autaku.

" Kau stay sini. jangan balik" ujarnya.

" kenapa pulak?"

" just listen to me,Sara!" Tegas suaranya. Namun entah kenapa hatiku terasa terbuai saat dia menyebut namaku.

Hampir saja bibirku tersenyum jika aku tak tersedar. ishh!! ada pulak kau syok sendiri ya,Sara!

" Tapi tak elok kita duduk berdua-duaan di dalam bilik ni!" bantahku.

" Aku tak suruh kau tidur dengan aku! dalam rumah ni ada lima lagi bilik kosong. Tapi kalau kau nak duduk sekali dengan aku, aku tak kisah" ujar Nicolas sambil tersenyum nakal.

" Ee.. memang taklah! encik bukannya suami saya! Dahlah, encik berehat la. Saya ada dekat luar" balasku lalu melangkah keluar dari bilik itu.

" Sara, jom saya tunjukkan bilik awak" Pedro menyapaku saat aku menutup pintu bilik Nicolas.

" Saya nak balik!" saja aku berkata begitu.

" I don't think Senor will let you go back home" balas Pedro selamba. Maknanya Pedro dah tahu akan tikah Nicolas.

" Kenapa awak datang rumah saya tadi?" soalku sambil berjalan menuju ke bilikku.

Pedro tersenyum.

" Sebab senor tak habis- habis sebut nama awak. so bagi saya, senor nak awak ada dengan dia saat ini. that why i came to you" ujar Pedro lalu berhenti di depan salah satu pintu.

Nicolas sebut nama aku? Merona merah wajahku saat itu. dan saat mendengar tawa kecil Pedro, aku tahu dia dapat lihat perubahan wajahku itu.

" You are so cute,hermosa. have a nice rest. Your telekung later Zul will send it to you" ujar Pedro sambil membuka pintu bilik itu lalu meninggalkan aku di situ.

Aku melihat ke arah pintu bilik Nicolas yang tertutup rapat itu. Kenapa Dia sebut nama ku? teringat kembali renungan dan pandangan Nicolas yang sukar untuk aku taksirkan. jantungku mula berdebar saat itu dan saat itu hatiku mula berbisik sesuatu. Tidak! Aku menggeleng lalu aku terus masuk ke dalam bilik itu!

sorry kalau lambat updte..dan maaf andai ada kekurangan... setelah dua tahun akhirnya ce positif covid...nasib baik simptom tak teruk..just dmam2 n skit bdn je...take care semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience