10 September. Seorang usahawan muda terkenal, Nicolas Gonzalo telah terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kilometer empat puluh lapan lebuh raya Utara Selatan. Berdasarkan keterangan pihak polis, Kemalangan berlaku apabila kereta Range Rover hitam yang dinaiki beliau telah dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda yang dikatakan hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan seterusnya bertembung dengan kereta milik usahawan itu. Dalam kejadian tersebut, pemandu pacuan empat roda itu mengalami kecederaan ringan di kepala manakala Nicolas Gonzalo dan pemandunya mengalami cedera parah dan terus dikejarkan ke hospital berdekatan. Pemandu pacuan empat roda juga telah ditahan reman untuk membantu siasatan.
Skrin telefon ditolak ke atas dan artikel seterusnya aku baca.
14 September. Berita Kehilangan usahawan muda Nicolas Gonzalo di hospital mengemparkan semua apabila pihak sebuah hospital swasta yang memberi rawatan kepada usahawan itu telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak lagi berada di hospital berkenaan. Apa yang mengejutkan lagi apabila pihak polis sendiri tidak dapat mengesan keberadaan beliau. Seperti yang diberitahu pengarah hospital tersebut dan berdasarkan video cctv, usahawan terkenal itu dilihat dibawa keluar oleh beberapa orang berpakaian hitam dan yang tinggal di bilik itu hanyalah sekeping cek bayaran bil sahaja. Pihak polis sekarang sedang sedaya upaya mengesan lelaki yang terlibat yang dilihat di dalam cctv tersebut. Namun ada desas desus mengatakan bahawa beliau telah pulang ke negara kelahiran mendiang bapa beliau di Sepanyol namun kita hanya perlu menunggu kenyataan dari pihak polis. Sebelum ni, kita digemparkan dengan berita usahawan,Nicolas Gonzalo yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau mengalami cedera parah.
Aku mengeluh perlahan. Sudah tiga bulan kejadian itu telah berlaku namun masih tiada berita tentang kehilangan Nicolas. Dan kes tersebut senyap begitu saja seakan ia telah selesai. aku masih lagi mengharapkan ada berita tentang dia. Hati aku tidak tenang selagi kehilangan dia masih belum terjawab.Telefon bimbit ku letakkan ke atas meja lalu ruang cafe aku lihat, memandangkan hari ini cuti umum, maka suasana cafe agak meriah dengan pelanggan termasuklah aku yang menjadi pelanggan setia. Aku melihat ada yang bawa keluarga, ada yang sedang dating dan ada yang sedang lepak bersama kawan. Angah pula kena duty hari ini, kalau tak, boleh aku ajak ke mana-mana. Novel di dalam beg tangan aku di keluarkan lalu aku menyambung bacaan yang tertangguh.
Sedang aku melayan bacaan aku, tiba-tiba sejambak bunga diletakkan di atas meja di depanku. Aku mengalihkan pandanganku ke arah susuk tubuh yang berdiri ditepi meja itu. Pelayan cafe itu tersenyum melihat aku.
" Ada orang suruh bagi bunga ni pada akak" ujar pelayan perempuan yang ku anggarkan baru lepasan SPM itu.
" siapa?" soalku hairan.
" dia tak beritahu nama tapi dia datang bagi bunga ni dan tunjuk ke arah akak.." balas budak itu lagi.
" hensem kak! macam pelakon latin.."
Aku yang sedang melihat jambangan bunga rose itu terkaku. Jantung aku mula berdebar saat mendengar kata-kata pelayan tersebut. Terus aku berdiri sehingga pelayan itu turut terkejut dengan reaksi aku.
" Dah lama dia pergi?" soalku.
"err.. baru lagi kak"
Tanpa menunggu aku terus berlari anak ke pintu dan keluar dari cafe itu. Sekeliling ku lihat, cuba mencari wajah yang sedang bermain difikiranku namun hampa, sekitarku hanya ada beberapa orang tua yang sedang berjalan dan beberapa remaja yang sedang lepak. Jelas riak wajahku yang hampa ketika itu. Entah kenapa hatiku kuat menyatakan bahawa lelaki itu ialah Nicolas namun timbul keraguan kerana setahu aku, Nicolas kini berada di Spain seperti yang diberitahu oleh para media.
Aku melangkah masuk semula ke cafe itu lalu aku mencari pelayan tadi.
"Dik, maaf akak nak tanya, ini ke lelaki yang bagi bunga tadi?" soalku sambil menunjuk gambar Nicolas yang ku cari di internet.
remaja itu melihat skrin telefonku dan dia menelitinya.
"Bukan kak, yang gambar ni lagi hensem. tapi yang hantar bunga tadi tak kurang hensem jugak dan boleh cakap melayu"ujar remaja itu lagi.
kecewa kurasakan saat ini, kalau bukan Nicolas jadi siapa? Pedro ke?
"takpela, terima kasih dik."ujarku lalu melangkah ke arah meja yang kutinggalkan tadi. Niatku ingin pulang, sudah hilang mood aku untuk melepak disini. Aku mengemas baranganku lalu jambangan bunga itu dicapai.
Saat masuk ke dalam kereta, aku terus meletakkan beg tangan serta bunga itu ke kerusi sebelah dan saat itu ada kad terkeluar dari jambangan bunga itu. aku terus mencapai kad tersebut lalu kulihat ada tulisan tangan yang cukup aku kenali. Meluas mataku saat itu.
** Hilang tidak bermaksud mati.... just wait for me, Mi Hermosa...**
AKu membaca kata-kata itu dan saat itu jantungku mula berdegup kencang. Nicolas! aku yakin bahawa Nicolas yang menghantarnya. Awak di mana Nico?
Aku pernah cuba menghubungi Pedro dan Zul namun talian mereka seakan telah ditamatkan. Malah aku juga pernah menghubungi Cassie dan apa yang gadis itu beritahu amat memeranjatkan aku, katanya sejak kehilangan Nicolas syarikat itu dijaga oleh penolong kanan CEO yang baru dilantik Nicolas sebulan sebelum kehilangannya. Entah kenapa aku merasakan bahawa Nicolas seakan merancang kehilangannya namun aku mengusir fikiran negatif. Tak mungkin Nicolas merancang sendiri kemalangan itu. Aku terus menekan minyak lalu kereta terus meninggalkan tempat itu.
Dari dalam kereta dia melihat kereta Myvi biru itu meninggalkan tempat itu. Setiap pergerakan gadis itu dilihat. Ketika kereta mula menjauh, seseorang di tempat duduk pemandu mula bersuara.
" Nak follow ke?"
" Tak perlu, balik office.."
si pemandu mula menekan minyak lalu turut meninggalkan tempat tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku mengemas buku- buku yang ada diatas meja. Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Selesai mengemas beberapa meja yang agak bersepah, Aku kembali ke meja. Baru saja ingin mencapai beg tangan, tiba-tiba ada suara menegurku.
" Teacher..." Aku menoleh, ada kanak- kanak perempuan berusia 4 tahun memegang sejambak bunga rose yang kulihat ada tiga kuntum. Aku sudah tidak merasa teruja mahupun hairan kerana hampir lapan bulan aku mendapat bunga tersebut. Setiap bulan pasti ada jambangan bunga mawar yang aku dapat dan sudah pasti pelajar cilikku yang menjadi posmen tak bergaji. Sejak aku pindah ke Terengganu, aku mengambil keputusan untuk menjadi guru di sebuah taska. Entah kenapa aku memilih kerja itu tapi sebenarnya hati aku makin tenang saat melayan kanak-kanak. Tak dinafikan banyak karenah kanak-kanak yang aku kena hadap tapi mereka jujur dalam setiap pertuturan mereka dan aku rasa seronok melayan mereka yang kadang-kadang lucu itu.
" Teacher tak mboh ke bunga cantik ni?" suara kanak-kanak itu menyedarkan aku. Aku tersenyum lalu mencapai jambangan itu.
" Terima kasih Adra.."
" Sama-sama teacher. Adra balik dulu deh" ujar kanak-kanak itu lalu berlari keluar.
Berbalik kepada bunga ini. Pada mulanya aku menyangka ia dari Nicolas tetapi makin lama aku rasakan ia bukan dari lelaki itu kerana tiada kad dan satunya bunga yang kurasakan dari Nicolas adalah ketika aku di cafe dulu. Namun termasuk hari ini,. jambangan yang aku dapat ketika di taska ini tidak pernah ada kad. Sudah hampir setahun berlalu sejak kehilangan Nicolas namun sehingga hari ini aku masih belum mengetahui berita tentang lelaki itu. Jauh di sudut hatiku ada rindu yang mula bertamu. Kenangan lalu mula bermain difikiranku seperti filem yang sentiasa berputar. Dalam aku merasa tenang disini, entah kenapa semakin hari aku makin teringatkan dia. Aku rindukan dia! aku rindu melihat wajah bekunya, renungannya yang mampu membuat jantungku berdegup tidak normal dan dalam diam, aku merasa selamat ketika disampingnya. Sebelum ni aku bukan tidak sedar tapi aku menidakkan perasaanku hanya kerana sedar akan dunia kami berbeza.
Keluhan ku lepaskan perlahan lalu beg tangan dan jambangan itu ku capai lalu aku keluar dari kelas tersebut.
" Sara nok makang mende hari ni?"
Aku tersenyum melihat Kak Jiela yang duduk di depanku. Sejak hampir setahun aku disini dan menyewa di rumah sekitar sini, Kak Jiela yang paling rapat denganku. Dia sudah kuanggap seperti kakakku sendiri.
" Tak nak pape pun, bagi Sara Teh ais je kak..." Balasku.
" dok dating dengan Naim ke hari ni? Sokmo mane ada Sara, mesti ado Naim" usik Kak Jiela dalam slang Terengganu nya.
Tertawa kecil aku mendengarnya. Tidak dinafikan ada beberapa orang kampung disini ingat aku dan angah bercinta. Malah ada yang ingat kami suami isteri. Tetapi kami telah menjelaskan perkara sebenar namun mereka masih lagi mengusik dan aku hanya membiarkan saja. Sebenarnya angah banyak membantu aku dalam proses pindah kesini. Angah juga yang mencari rumah sewa dan pekerjaan untukku. Dan kuartes angah juga tidak jauh dari tempat sewaku kerana ibu memberi amanat untuk menjagaku disini. Rindu dekat ibu, ayah dan along. Lama tidak pulang ke sana.
" Dok eh, orang tanye dio mengelamun pulok doh."
" Hah?!" terkejut aku saat Kak Jiela menepuk lembut bahuku.
" Angah ada training petang ni, kalau tak mesti dah terpacak dekat sini pekena keropok losong akak" ujarku.
Kak Jiela tersenyum mendengarnya. Tak lama dia bangun menuju ke dapur dan tak sampai lima minit dia keluar sambil membawa segelas teh ais. Aku merenung ke arah laut yang cantik membiru. Salah satu keindahan di pantai di Terengganu. Pantainya sangat cantik!
" Sara, kak nok tanye sikit ni.." Aku menoleh ke arah kak Jiela. Menanti apa yang ingin dikatakan olehnya.
"Kak dok tahu lah, menda ni betul ke kebetulan tapi kak perasan kalu Sara duk tepi pantai, Mesti ada krete hitam parking tepi pokok besar tu. Sara perasan dok?" Soal Kak Jiela kepadaku.
Berkerut dahiku saat itu. Selama ini aku tidak pernah perasan mana- mana kereta atau orang yang memerhatikanku.Mungkin kebetulan kot. entah- entah orang sini yang kebetulan datang ke pantai.
" Kebetulan kot kak. Sara tak perasan pun selama ni."
" Entah la, mungkin kot. Kak bukan nape, takut orang jahat je, Sara kan comey lote." ujar Kak Jiela membuatkan aku ketawa.
" Siapa la nak dekat Sara ni kak oi.." ujarku.
" Alohh... Ramai Sara oi.. Sara jah tok perasan. Kak ni sokmo budok laki duk nanye Sara. Kak oyak la Sara ada gewe dah. Tu Naim tu." ujar Kak Jiela. Tersenyum aku mendengarnya.
" Angah tu dah macam abang Sara sendiri dah kak.."
" Tapi dia sah jadi suami Sara. Hensem pulak tu, kerja bawak jet lagi" Tambah Kak Jiela.
Aku hanya tersenyum tanpa membalasnya. Tiba-tiba aku terpandang sebuah rumah yang masih dalam pembinaan. Saiz rumah tu seakan sebuah villa. Walaupun belum siap sepenuhnya namun reka bentuk rumah itu menarik minatku.
" Kak, tu rumah siapa?" soalku sambil menunding ke arah rumah tersebut. Kak Jiela turut memandang ke arah yang sama.
" Oh.. tu villa baru duk bina. Katanya ada orang kaya beli tanah situ dan buat villa. Tok pasti la bisnes atau pun hak pendirian. Katanya mat salleh hok punya" balas Kak jiela.
Aku hanya mendengar kata-kata kak Jiela. Sememangnya rumah itu menarik perhatianku. Pasti cantik bila sudah siap sepenuhnya.
Aku menanda buku latihan murid- murid sambil melihat para kanak-kanak sedang melakukan tugasan yang diberikan. Tersenyum aku saat ada pelajar menulis sambil kemam bibir.. ada yang ternganga dah macam nak meleleh air liur. fokus sangat tu dik! Ada juga yang dah terlentok kepala ke meja dan tak kurang juga yang menongkat dagu. Aku hanya membiarkan saja kerana mereka masih lagi dalam proses belajar sambil bermain.
" Teacher!"
Aku menoleh ke arah suara itu. Kanak-kanak lelaki bernama Danial menunjukkan ke arah sesuatu. Rupanya dia melihat angah yang sedang berjalan ke arah kelas kami.
Aku terus berdiri dan menghampiri pintu. Angah sudah tersenyum memandangku.
" Sorry ganggu Sara, tapi angah nak bagi barang yang ibu kirim. Takut petang ni angah tak sempat sebab petang ni angah kena pergi meeting" ujar Naim lalu menghulurkan satu beg kertas kepada ku. Aku menyambut beg tersebut.
" Terima kasih. Semua sihat ke?" soalku. Aku tahu angah ada balik Klang semalam kerana kelmarin dia ada seminar di kem Subang. Dan sempat dia menyinggah ke rumah sekejap.
" Alhamdulillah, semua kirim salam dekat Sara. Ibu dah rindu anak perempuan dia tu" ujar Naim lagi.
Aku tersenyum. Aku pun rindukan mereka juga tapi mungkin belum tiba masanya untuk aku pulang ke sana kembali. Nantilah jika ada peluang kerja yang bagus aku akan pertimbangkan. Buat masa sekarang aku selesa disini.
" Okay lah, along tak nak kacau Sara. Anything mesej angah kalau Sara perlukan apa-apa." ujar Naim. Aku mengangguk lalu melihat Naim berlalu. Aku terus melangkah masuk ke kelas semula.
" Tu boyfriend teacher ye?" suara Adra kedengaran. Aku menoleh ke arah kanak-kanak tersebut.
" Amboi pandai ek dia, tu abang teacher la." balasku sambil tersenyum.
" Abang teacher askar ke?" soal kanak-kanak lelaki seorang lagi.
" iya, tapi dia askar udara.."
" oo.. yang bawak helikopter tu ke teacher?" Aku tersenyum saat makin ramai menanyakan soalan.
" Abang cikgu bawak jet pejuang..." jawabku sekadar melayan teletah kanak-kanak itu.
" Fuyooo...." tertawa aku melihat wajah yang masing-masing teruja itu. Kanak-kanak memang tertarik dengan badan beruniform seperti askar dan polis. Terutama kanak-kanak lelaki. Aku meneruskan kerjaku lalu membantu para pelajarku menyiapkan latihan.
Aku melangkah ke arah keretaku, setelah menekan alarm, baru saja aku mahu mencapai pemegang pintu, ku lihat di depan cermin kereta ada sejambak bunga rose berwarna putih. Aku meliaht sekelilingku namun tiada sesiapa. Aku menghampiri lalu mengambil jambangan itu. Pertama kali aku mendapat bunga mawar putih.
Aku membelek namun tiada sebarang kad yang terselit. Bunga itu ku bawa masuk ke dalam kereta dan terus aku meninggalkan tempat itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" everything settled!"
Dia menoleh ke arah suara itu. Tiada senyuman terbias di wajahnya tika itu. Dia mengambil tempat di kerusi kulit lalu dia memejam matanya seketika.
" we will go there tomorrow!" ujarnya tegas.
" Kau dah ready ke? Kau tahu kan kemungkinan yang akan berlaku? Dia sentiasa diawasi.." Dia tersenyum sinis mendengar soalan itu.
" then, now it's a perfect time to hunt.."
Tiada lagi kata balas yang dia dengari. Saat mendengar pintu ditutup, dia membuka matanya kembali. Dia terus termenung mengingati kenangan lalu yang tidak pernah dia lupakan.
"Sara!Sara!"
Aku yang baru sampai ke warung Kak Jiela mengerutkan dahiku saat melihat wajah wanita itu yang jelas teruja. Saat aku melabuhkan punggungku ke kerusi, Kak Jiela turut duduk di sebelahku.
" Nok tahu dok? Tadi tuan villa hok tengoh buat tu mari kedai kak nih!" Terangkat keningku saat mendengarnya. Jadi? Melihat aku yang hanya diam, terus Kak Jiela meneruskan katanya.
" Ya Allah Sara wei! handsome nyo dio. Mudo lagi orangnya. Rupanya tuan rumah tu mat salleh" ujar Kak Jiela lagi. Aku tersenyum.
" Dah tu, akak speaking london tak dengan dia?"
" Uishh mula- mula tergagap juga la nak tanya. Rupa-rupanya dia pandai kecek Melayu. Katanya lama dah duduk Malaysia."
" Sara tahu dok, dia khabor dekat akak yang dia bina villa tu khas untuk orang yang dia sayang. Katanya nak bagi hadiah nanti." tambah Kak Jiela lagi.
"Bertuah isteri dia tu kan kak, dapat suami yang sweet macam tu..." ujarku.
" Tulah, tapi kak takde nampak pulok bini dia."
" memang la tak nampak kak sebab villa tu tak siap lagi. Nanti dah siap boleh la jumpa isteri dia" balasku sekadar melayan Kak Jiela.
" betul jugak ork. Eh! lupa pulak. Sara nak minum mende?"
" Hari ni teringin nak rasa ABC la kak..." ujarku tersenyum.
" Bereh. kejap ya, kak pergi buat." Terus Kak Jiela meninggalkan aku disitu. Sempat mataku melirik ke arah Villa itu. Rupanya itu lambang cinta seorang suami yang menghargai seorang wanita bergelar isteri. Tiba-tiba bibirku tersenyum, tumpang gembira bagi pasangan yang aku tidak kenali itu.
AKU melangkah perlahan-lahan menghampiri pantai. Entah kenapa jika aku merindui dia, aku akan datang ke situ. Sebab dengan memandang laut yang luas itu, fikiranku menjadi tenang. Semenjak dua menjak ini, kerap wajah Nicolas muncul di dalam mimpiku. Aku tak tahu kenapa sedangkan sudah lama aku tidak mencari berita tentang lelaki itu. Malah sampai hari ini aku tidak mengetahui keberadaannya. Namun oleh kerana dia pernah muncul di dalam hidupku, jauh disudut hatiku, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan buatnya. Tanpa sedar aku melepaskan keluhan kecil lalu Aku melangkah menghampiri pokok rhu yang agak rendang. Sedang aku melangkah, Saat itu mataku menangkap satu susuk tubuh yang sedang bersandar sebelah bahunya ke tiang berdekatan. Makin aku melangkah makin jelas wajah itu dan saat aku mengecam wajah tersebut , terus langkah kakiku kaku. Jantung mula berdegup kencang. Setelah hampir setahun tidak bertemu, hari ini aku dapat melihat wajah itu kembali. Dia hanya diam namun matanya tidak lepas memandangku. Buat pertama kali aku melihat penampilannya yang berbeza, bukan kemeja dan seluar slack yang tersarung namun dia hanya berpakaian ringkas dengan mengenakan tshirt kelabu dan jaket kulit hitam berserta seluar jeans.
Mata kami bersatu. Lama. Renungan itu masih sama dan tidak berubah. Tak lama dia terus menegakkan tubuhnya lalu menghampiriku. Saat itu tubuhku seakan tidak mampu untuk bergerak. Mindaku menjerit ingin pergi dari situ namun hatiku menderhaka.
Saat jarak kami hanya dua langkahnya, bibirnya melengkung ke arah. bukan senyuman sinis seperti sebelum ini namun senyuman yang membuat hatiku gembira. Dan jantungku makin berdegup laju saat dia mula bersuara.
" Miss me, mi Hermosa?"
maaf jika adalah typo atau ayat berterabur. Dan maaf kalau dialek Terengganu ce slh..hehehe.. n diawal cerita ce dh tulis tentang kerja Naim a.k.a angah. Kebetulan movie airforce tgh tyg..tapi Naim tiada dlm tu ek..hahaha.. dan juga ce nk ucap terima kasih y sudi tggu update.. maaf sebab slow update..jadual kerja terlalu padat sampai tak sempat menulis ;( nk tgk teaser video? boleh follow ig ce ya.. cikembun.ce
Share this novel