Tuk! Tuk!
Tersentak aku saat itu. Laju kepalaku menoleh ke sebelah dan wajah Cassie sedang tersenyum memandangku.
" Jauh mengelamun,Sara." Tegur Cassie lalu duduk di kerusi didepanku.
Aku hanya tersenyum nipis. Saat itu dia meletakkan satu fail di hadapanku.
" I nak you semak balik dokumen ni sebelum I hantar kepada Encik Nicolas. Lagipun I tahu you sangat particular."
Aku hanya tersenyum mendengarnya.
" nanti saya lepas settle saya bagi balik."
" Kalau dah settled, you terus bagi dekat bos la. I don't know why, sehari dua ni i tengok bos macam moody je" ujar Cassie lagi.
Tersentak aku mendengarnya. Aku tahu apa punca lelaki itu begitu. Dah tiga hari berlalu sejak dari kejadian di rumahnya tempoh hari dan sejak tiga hari yang lalu aku sedaya upaya menggelak dari berjumpa dengannya dan Cassie juga yang selalu keluar masuk ke dalam bilik pejabat Nicolas.
" Sara, I tanya you jangan marah ya.."
"Apa dia?"
" Betul ke i dengar you bercinta dengan Zul? dah kecoh office ni duk bercerita yang Zul selalu hantar dan jemput you ke office tapi..." Kata-kata Cassie terhenti dan saat itu aku lihat riak wajahnya serba salah.
" Tapi apa?" soalku lagi.
" Tapi i ada dengar juga yang you bercinta dengan bos sebab ada staf nampak you selalu ikut bos.."
Aku terkedu. Tak sangka aku yang baru beberapa bulan kerja disini sudah menjadi bahan gosip.
" Dua- dua pun tak betul Cass, saya tak ada hubungan dengan keduanya melainkan hal kerja. Lagipun saya dah nak berhenti.." ujarku.
" Hah!? seriously Sara?"
Aku mengangguk lalu surat yang telah kutaip dihulurkan kepada Cassie. wanita itu menyambut surat itu lalu membacanya sekilas.
" Tapi kenapa? you tak suka kerja di sini ke? " soal Cassie.
" saya suka tapi saya ada sebab lain yang tak boleh dielakkan."
" Tapi you belum cukup enam bulan kerja, nanti you kena bayar ganti rugi."
" Saya tahu dan saya akan bayar berapa jumlah ganti rugi tu."
" Hurm.. mesti bos susah nak lepaskan you. Dia selalu puji kerja you bagus,Sara. Dan sejak you ada pun kerja i ringan sikit" keluh Cassie.
Aku hanya tersenyum tanpa menjawab. Lepas itu Cassie terus berlalu saat telefon bimbit dimejanya berbunyi. Aku terus menyiapkan kerja yang diberikan Cassie namun aku takkan hantarkannya kepada Nicolas.
Aku menjenguk ke meja Cassie namun susuk tubuhnya tiada di situ. Aku baru berura- ura ingin meletakkan fail itu ke mejanya tiba-tiba interkom dimejaku berbunyi.
" Sara, please send me Lembah Taja project's file."
Aku terus melihat fail ditanganku. Aku mengeluh perlahan, pasti Cassie sudah maklumkan kepada Nicolas yang fail itu ada denganku. Sambil aku bangun, sempat aku mencapai sekeping surat yang berada di dalam laci. Aku rasa sekarang waktunya.
Aku mengetuk pintu bilik itu dan saat mendengar suara Nicolas, dengan berdebar-debar aku melangkah masuk. Aku lihat matanya sudah sedia memandangku. Aku cuba mengawal riak wajahku sebaik mungkin.
" Ini fail yang Encik minta" aku meletakkan fail di depan Nicolas. Dia tidak mengendahkan fail itu dan matanya masih setia merenungku membuatkan aku merasa tidak selesa.
" kenapa lari dari aku?" soalnya.
" Saya tak lari dari sesiapa pun" jawabku pula.
" Then, where's your responsibility as my secretary?"
Nicolas bangun dari kerusinya dan dengan kedua tangan di dalam poket seluar, dia melangkah ke arahku. Aku berdehem, cuba menghilangkan debaran yang makin terasa saat Nicolas berdiri rapat denganku.
" it's been three days i didn't see you,Sara. And i miss you" ujar Nicolas tanpa malu.
" Encik,Saya dah putuskan tiga hari lepas dan saya tetap dengan keputusan saya" Balasku memandang ke arah lain. Entah kenapa aku tidak mampu membalas renungan mata itu.
" Beri aku peluang. Aku akan cuba berubah . Kalau kau nak aku masuk islam, Aku boleh masuk islam seperti kau."
Entah kenapa hatiku berasa marah saat mendengar kata-kata Nicolas yang seakan mengambil mudah tentang agama.
" Jangan mengambil mudah tentang agama! awak ingat dengan masuk islam awak dapat milikki saya? Saya dah cakap sebelum ni cari pemilik hati saya dulu!" tegasku.
" who's that guy?! macam mana dia boleh milikki hati kau? Dia lagi kaya dan hebat dari aku ke? " soal Nicolas berang.
Aku menggeleng kepala kesal dengan kata-kata Nicolas.
" Dia jauh lebih hebat dari segalanya. You can't compete Him but once you know Him, maybe He will give chance to let you have my heart" balasku berkias.
Jelas wajah Nicolas kebinggungan. Biarlah, jika dia betul-betul inginkan aku, dia harus mencintai Penciptanya terlebih dahulu. Namun hatiku masih belum boleh menerima cinta yang dilafazkan oleh lelaki ini.
" Ini surat perletakan jawatan saya. Saya mohon Encik terima perletakan jawatan ini kerana saya tidak mampu lagi untuk terus bertugas disini" ujarku lalu meletakkan surat itu ke atas meja. Jelas wajah Nicolas terkejut.
Aku terus menoleh ke belakang untuk meninggalkan bilik itu. Namun tiba-tiba tanganku direntap oleh Nicolas membuatkan tubuhku tertoleh menghadapnya.
" I can't accept this!" ujar Nicolas sambil mengangkat surat di depan wajahku.
" you know company's policies right? you have to pay three times of your basic salary" tambahnya lagi.
Aku mengerutkan keningku. tiga kali ganda gaji aku?!
" Tapi bukan saya hanya perlu bayar sebulan gaji sahaja ke? kenapa sampai tiga bulan pulak!?'" soalku sambil cuba melepaskan tanganku dari genggaman tangan Nicolas.
Nicolas senyum sinis lalu melepaskan tanganku.
" memang pekerja lain akan bayar sebulan gaji jika berhenti dua puluh empat jam but if your duty involve my daily work, then you have to pay triple. sebab apa? sebab bila my assistant resign twenty four hours,dia dah menyusahkan I dan kerja I" jawabnya mudah.
Sungguh aku terkejut saat itu. tak sangka Nicolas licik dalam hal ini. Aku mengeluh perlahan. tiga bulan gaji tu hampir sepuluh ribu. Mana aku nak cari duit sebanyak itu?!
Dalam aku berfikir, Nicolas menghulurkan surat itu kepadaku.
" So i rasa you nak tarik balik surat ni?" soalnya seakan memperliku.
Aku memicingkan mataku kepadanya. Sakit hati pula melihat senyuman dibibirnya itu. Kalau aku bertahan dua bulan lagi, aku tak perlu bayar pampasan tapi boleh ke aku hadap lelaki di depan ini lagi?
Aku terus merampas surat itu dari tangannya dan saat itu aku dapat lihat senyuman dibibir Nicolas makin lebar.
"Jangan rasa awak dah menang! Saya tetap akan berhenti dua bulan dari sekarang! Dan apa yang awak buat sekarang ni buat saya terfikir, awak sebenarnya bukan cintakan saya tapi hanya ingin milikki! Itu buatkan saya makin ingin jauh dari awak!!"
Aku terus meninggalkan bilik itu tanpa menoleh lagi. Aku terus melabuhkan punggung ke kerusi lalu aku memicit dahiku. Dugaan apa yang aku lalui ini ya Allah. Aku menarik dalam nafasku, cuba untuk tenangkan fikiranku. Dan sekarang aku harus menulis surat baharu. Dari ekor mataku aku melihat Cassie dengan wajah cemas berlari masuk ke bilik Nicolas. Aku tak tahu apa yang membuatkan wanita itu cemas namun kalau Nicolas mengamuk, Saya minta maaf Cassie!
Deruan ombak serta angin yang menampar wajahku membuatkan aku tersedar dari lamunan. laut yang terbentang luas di hadapanku tidak mampu membuatkan aku lupa akan kejadian lalu. Sedar tak sedar sudah sebulan aku menetap disini dan kini aku jauh dari kota atau lebih tepat lagi dari dunia Nicolas. Keluhan dilepaskan dan saat itu kejadian sebulan lalu kembali berlayar difikiranku.
**************
Sebulan yang lalu....
Bunyi ketukan kuat di pintu rumahku membuatkan aku bergegas menuju ke pintu namun aku tidak terus membukanya kerana jam sudah pukul 2 pagi. Aku mengintai dari tepi tingkap dan saat itu aku melihat susuk tubuh Pedro berdiri di depan rumahku. Terus aku menyarung tudung sarung yang ku pegang ditangan lalu pintu rumahku dibuka tanpa membuka grill.
" I'm sorry to disturb you at this hour. Tapi awak kena ikut saya!" ujar Pedro nampak gelisah.
" Kenapa? apa yang terjadi? " soalku risau. Entah kenapa wajah Nicolas terbayang difikiranku. Kejadian sebelum ni membuatkan aku mula memikirkan hal yang sama.
" Senor Nico! he's...." Aku lihat Pedro tidak mampu meneruskan katanya. Jelas wajahnya yang serba salah dan runsing itu.
" It's okay, saya ikut awak. awak tunggu kejap saya nak pergi ambik dompet." Terus aku bergegas ke bilik mengambil dompetku.
Dan saat Pedro melihat aku menghampiri, laju saja dia membukakan pintu kereta untukku.
" Nicolas dekat mana?" soalku.
" Senor dekat penthouse dia. Saya tak tahu nak buat apa, and i think only you who can stop him"
"Apa yang Nico dah buat?" soalku hairan.
"Awak tengok sendiri nanti. Dan awak jangan risau, saya ada dengan awak" ujar Pedro serba salah.
Hatiku merasa tidak sedap saat melihat riak wajah Pedro. Namun aku harap tiada yang buruk berlaku kepada Nicolas.
Sesampai di penthouse milik Nicolas, Pedro terus memasukkan password kalu dia memberi laluan kepadaku untuk masuk terlebih dahulu. Saat aku melangkah masuk, tiba-tiba aku mendengar bunyi kaca pecah. Terkaku aku di situ. Aku menoleh ke arah Pedro. Dia memberi isyarat agar kau mengekorinya. Kami melangkah menuju ke arah ruang sebelah dapur. Aku dapat meneka ke mana kami saat itu. Ruang bar minuman keras Nicolas.
Saat tiba, amtaku dapat menangkap susuk tubuh Nicolas yang sedang duduk bersandar di sofa sambil memegang cawan minuman keras. Jelas sekali dia sudah mabuk. Saat mata kami bertembung, dia melebarkan senyumannya.
" You're here, mi hermosa.." ujarnya sambil meneguk air dari cawan itu.
Aku menoleh ke arah Pedro. Sungguh aku tak faham apa motif Pedro meminta aku ke mari.
" Please, Sara. Senor tak pernah mabuk macam ni sekali. Dari tadi dia asyik sebut nama awak sebab itu saya minta awak ke sini. only you who can stop him" bisik Pedro.
"Tapi Nico dalam keadaan mabuk dan tidak sedar,Pedro. Saya tak nak dia lakukan sesuatu yang melampaui batas!" tolakku .
" you just stand far from him. Kalau nampak dia nak dekat awak lari, saya ada di sudut sana"ujar Pedro.
"Tapi...."
"please,Sara .."
Serba salah aku melihat wajah Pedro. Sekali lagi aku menoleh ke arah Nico yang terus menerus meneguk air haram itu.
" Janji awak akan selamatkan saya?"
"Janji!" balas Pedro sambil mengangkat tangannya sambil berikrar.
Aku mengangguk dan lepas itu Pedro terus berlalu dari situ.
Aku menoleh kembali kepada Nicolas dan saat itu aku lihat dia merenungku.
" Sara... Sara... Sara..."
"I love your name, when i call it, its sound sexy.." ujar Nicolas sambil ketawa perlahan.
Aku hanya diam berdiri di tepi meja.
" kau tahu tak? tak pernah terfikir dalam hidup aku untuk jatuh cinta dengan perempuan Melayu. Aku banyak tinggal di Spain berbanding Malaysia. Dekat sana perempuan seksi dan cantik. Sehinggalah aku kena balik Malaysia dan aku belajar bahasa Melayu sebab aku kena tinggal di sini lama. mom dan dad tinggalkan amanat untuk aku teruskan disini"
Nicolas bangun lalu mendekati aku. Dia meletakkan gelas ke atas meja lalu dia tersenyum memandangku.
" Sehinggalah aku jumpa seorang gadis yang sangat cantik! Dia selamatkan aku dari mati. i love her innocent face. pure and full with kindness. Pertama kali aku memandangnya, hati aku yang kosong mula rasa sesuatu. Rasa yang pernah aku rasa dulu tapi kali ni lebih kuat. Setiap kali aku tengok mata kau,jantung aku berdebar tapi aku suka."
Aku melihat Nicolas duduk di atas meja sambil menunduk. Tiba-tiba dia mengangkat kepalanya dan mata kami bertembung. Mata Nicolas berkaca!
" I'm fall in love again. Fall in love with you,Sara."
Terkedu aku mendengarnya. Ku tahu Nicolas berada dalam keadaan mabuk namun saat Kata yang diucapnya tadi membuatkan jantung aku berdengup kencang. Aku mengalihkan pandanganku. Namun mataku kembali menoleh ke arahnya, kulihat dia sedang menuang lagi minuman keras ke gelas.
" Stop it,Nicolas!" Suaraku membuatkan tangannya yang ingin menyua gelas ke bibir terhenti.
" Saya tak suka tengok keadaan awak macam ni! awak nampak lemah. Ini bukan Nicolas Gonzalo, seorang usahawan terkenal yang orang kenal. Kenapa awak boleh jadi macam ni sekali?!" soalku kepadanya.
Saat itu tawa Nicolas meletus dan dia meletakkan kembali gelasnya ke meja.
" Aku memang lemah, Sara! I'm a loser! aku ada harta! aku ada nama dan kuasa tapi aku hilang orang yang aku sayang! aku hilang keluarga aku!! Aku hanya ada Isabell tapi dia jauh. Aku tak dapat milikki kau! Kau tahu kenapa aku bangunkan Zalos?" soal Nicolas kepadaku.
"Sebab aku nak bunuh orang yang dah bunuh orang yang aku sayang!! Kau tahu berapa banyak nyawa yang dah melayang? banyak Sara tapi aku masih belum jumpa pembunuh keluarga aku dan Mia!! Sebab itu aku memang seorang yang lemah!!" Jerit Nicolas sambil menghempas gelas ke meja hingga berderai pecah. Meluas mata aku saat melihat ada darah yang mengalir dari celah jari lelaki itu.
" Tangan awak cedera!" ujarku. Nicolas melihat tangannya yang berdarah itu dan matanya naik memandang mataku.
" It's nothing compare to how hurt my heart is." ujar Nicolas lirih.
" Just go back,Sara. you shouldn't be here."
Nicolas menoleh membelakangiku lalu dia merebahkan dirinya ke sofa panjang diruangan itu.
" Something you should cure your heart with forgiveness,Nico. Dalam Islam, memaafkan adalah hadiah yang terindah." ujarku.
" It's so easy to say but hard to face with it,Sara." balas Nicolas sarkastik. Aku lihat dia memejam matanya sambil meletakkan sebelah tangannya ke dahi.
" i said something that i had faced it,Nicolas. Dua puluh tahun yang lepas ibu bapa saya meninggal sebab kena langgar dengan pemandu mabuk. its not my parent's fault tapi dah tertakdir ajal ibu bapa saya begitu. Masa kecil saya sedih dan marah tapi Ibu saya sekarang iaitu mak cik saya selalu pesan, memaafkan adalah kunci ketenangan hati. then bila saya makin besar, saya mula terima takdir yang tertulis dan satu hari saya jumpa orang yang langgar mak ayah saya, awak tahu apa yang jadi padanya?"
Aku melihat Nicolas tidak bereaksi dengan soalan aku.
" Lepas dia keluar dari penjara, dia banyak lakukan kerja amal. katanya ingin menebus dosanya kepada ibu bapa saya. Dan dia tidak pernah sentuh arak selepas kejadian itu. Entah kenapa saya rasa gembira saat itu, inilah yang dikatakan sebagai hikmah disebalik musibah yang terjadi. Dan sejak hari itu, saya memaafkan semua orang tanpa ada dendam. Dan lepas itu, hati saya merasa sangat tenang. Malah lebih gembira. Dan saya harap awak noleh rasai ketenangan itu"
" Uwekk!"
Aku menoleh lalu meluas mata aku saagt Nicolas telah memuntahkan isi perutnya ke lantai. Dan ku lihat Nicolas dah terduduk di lantai. Aku baru berura-ura ingin memanggil Pedro namun suara Nicolas mematikan langkahku.
" I accept your resignation, Sara. you no need to pay any compensation."
Aku menoleh kembali ke arahnya. Sungguh aku rasa terkejut, baru petang tadi dia menolak perletakan jawatan aku tapi kini dia terima. tapi entah kenapa hatiku tak suka saat mendengarnya.
" esok kau hantar balik surat tu..."
Dan saat itu aku melihat Nicolas sudah terbaring dilantai. Aku terus memanggil Pedro, Kalut lelaki itu mengangkat tubuh Nicolas lalu memapahnya ke bilik lelaki itu. Aku hanya melihat Pedro melakukannya. Saat Pedro mula membuka butang kemeja Nicolas, aku terus melangkah ke ruang tamu.
Tak sampai Sepuluh minit, Pedro muncul ke ruang tamu. Dia duduk di sofa bertentangan denganku.
" I'm sorry to drag you into this situation" ujar Pedro.
" Takpe, saya faham.. Nicolas dah tidur ke?"
Pedro mengangguk kepalanya. Aku hanya tersenyum nipis.
" Awak baik,Pedro. Awak betul-betul jaga Nicolas dan saya harap awak sentiasa jaga dia ya" ujarku.
"'i will... Jom saya hantar awak balik." ajak Pedro.
Aku mengangguk lalu mengikuti langkah lelaki itu.
Aku merenung surat ditanganku. Tadi pukul sebelas baru lihat kelibat Nicolas. Mungkin penangan alkohol semalam membuatkan dia bangun lewat. Mujurlah pagi ini dia tiada hal penting. Aku terus bangun lalu bilik Nicolas dituju. Sampai di pintu aku terus mengetuk dan saat kedengaran suara Nicolas, aku terus melangkah masuk.
Dia kulihat sedang melihat skrin laptopnya dan aku mendekat dia terus mengalihkan perhatiannya kepadaku. Aku hanya tersenyum nipis. Sempat kulihat matanya menjeling sekilas ke arah tanganku.
" Macam mana encik hari ni?" soalku saat melihat wajahnya yang agak letih.
" getting better and thanks to your porridge. Its make me much better" balas Nicolas tersenyum.
Semalam sebelum melangkah keluar, tiba-tiba aku ingin membuatkan bubur untuk Nicolas lalu aku meminta Pedro tunggu sehingga aku selesai memasak bubur untuk Nicolas dan memesan kepadanya untuk memberi Nicolas makan saat dia sedar.
" Thank again,Sara" Sekali lagi Nicolas mengucapkannya dan makin lebar senyuman dibibir lelaki itu.
Terkaku aku seketika. Pertama kali aku melihat senyuman yang ikhlas darinya untukku.
" Did you bring the letter?" soalan Nicolas membuatkan aku tersedar akan tujuan aku berjumpanya.
Aku mengangguk lalu surat ditanganku dihulurkan kepadanya. Dia menyambut namun tidak membacanya lalu surat itu diletakkan di tepi. Dia kembali menoleh ke arahku.
" I bangun pagi tadi dan i mula terfikir apa yang you cakap semalam. Tapi I'm not as kind as you,Sara. Hati i tidak boleh untuk memaafkan. Dan i mula sedar yang i masih tidak layak untuk you."
Aku mendengar kata-kata darinya. Dan lebih menarik perhatian aku adalah kata ganti nama dan panggilan kepadaku. Tiada lagi aku kau.
" That's why keputusan yang i buat semalam i memang sedar. i accept your resignation. You tak perlu bayar ganti rugi. tapi tak bermaksud saya dah mengalah dalam meraih cinta awak."
aku tersentak. Apa yang cuba Nicolas sampaikan kepadaku?
" I tahu dunia kita sekarang sangat jauh berbeza. Tapi beri i masa untuk buat seperti yang you pinta, i akan cari pemilik hati you. Dan i harap setelah i jumpa jawapannya, i masih berpeluang." ujar Nicolas. Aku lihat wajahnya tika itu sangat tenang. Aku tersenyum.
" Insyaallah, andai ada jodoh kita. Semua dengan izinNya. Dan saya cabar awak,Nicolas"
Mendengar kata-kata aku, terus Nicolas tertawa kecil. terserlah lesung pipit di sebelah kanannya itu. Terpegun aku seketika melihat wajah kacak lelaki itu.
" i terima cabaran you,Sara. Dan i akan muncul bila tiba masanya. Thanks for being part in GM group,Sara. i appreciate it" ujar Nicolas formal.
" Thank you,Mr Nicolas for give me opportunity to gain experience here" balasku. Entah kenapa aku rasa saat ini hanya interaksi antara majikab dan pekerja. Hal yang pernah terjadi antara aku dan Nicolas seakan hilang dari memori aku saat itu.
**************
Dan kini aku sudah berada di bumi Terengganu ini. Di sini aku rasa tempat yang sesuai untukku bawa diri dan tentunya dengan bantuan....
" Sara!!"
Aku menoleh, panjang umurnya. Dari jauh aku melihat dia menuju ke arahku.
"Nah!"
Naim menghulurkan minuman kepadaku. Aku tersenyum lalu menyambutnya.
" Dah lama ke lepak sini?" soalnya.
" Baru lagi. Awal angah balik hari ni?"
" Hari ni tak ada practice, kerja settled boleh la cabut awal." ujar Naim tersenyum.
"Sara nak minta maaf..." ujarku.
" Kenapa pulak?" Soal Naim hairan.
" Sebab Sara, angah tak jadi tukar ke Subang.." ujarku. Pagi tadi berbual dengan Ibu ditalian dan tika itulah ibu terlepas cakap bahawa Naim sanggup batalkan permohonan pertukarannya hanya kerana aku ingin menetap di Terengganu. Terus aku merasa serba salah kerana aku tahu abang sepupunya itu ingin dekat dengan keluarga.
" no problem la. Demi adik angah ni angah sanggup buat apa saja. Lagipun dulu memang rasa nak pindah sebab duduk sorang- sorang dekat sini. Sekarang Sara ada, takdelah angah sunyi." balas Naim lagi.
Aku tersenyum mendengarnya. Laut yang terbentang ku renungi. Entah kenapa saat itu wajah Nicolas terbayang-bayang difikiranku. apa khabar la dia di sana?
" hish.. high profile kes ni.." Suara Naim kedengaran lagi. Aku menoleh lalu dia dilihst sedang melihat skrin telefonnya.
" high profile apa pulak ngah?" soalku ingin tahu.
"Ni ha.. usahawan muda hilang setelah kemalangan." ujar Naim. Dia menyua skrin ke arahku dan aku mengambil peluang membacanya.
Aku memandang sekilas skrin itu namun saat merasakan wajah yang dipaparkan itu seakan aku kenal, aku pandang buat kali kedua. Nicolas!Aku membaca tajuk di artikel.
' USAHAWAN MUDA,NICOLAS GONZALO HILANG SETELAH KEMALANGAN'
meluas mata aku saat itu. Dalam pada yang sama kedengaran suara Naim.
" millionaire hilang. its gonna be high profile case. Bukan calang-calang orang."
Kata- kata Naim sudah aku tidak dengari lagi, difikiranku mula membayangkan keadaan Nicolas saat ini. Apa yang terjadi kepadanya? Saat ini fikiranku hanya memikirkan Nicolas. Kenangan dulu kembali menerjah fikiranku. Aku pasti kemalangan ini bukan kemalangan biasa. Risau akan apa yang sedang berlaku kepada Nicolas. Aku cuba untuk mengawal perasaanku di depan Naim agar aku tidak terlihat terkesan. Aku hanya mendengar bebelan Naim tentang kes ini namun fikiranku tetap memikirkan Nicolas.
'Kemana awak pergi,Nicolas?!'
semalam tak sempat so hari ni la ya.
Share this novel