" Ayúdame, porfavor..."
perkataan itu masih terngiang-ngiang di telingaku saat itu. Aku tak sangka lelaki yang aku tolong beberapa bulan yang lepas adalah Nicolas. Malah aku hampir melupakan kejadian tersebut.
"Ayúdame porfavor. Don't you remember that?"
Nicolas melepaskan genggamannya. Wajahnya yang tegang itu sudah mula mengendur.
"Awak lelaki itu..." Bukan pertanyaan tetapi lebih kepada kenyataan.
" Yes! lelaki yang kau selamatkan hari itu adalah aku. Kau selamatkan nyawa aku, Sara." ujar Nicolas lagi.
Aku kehilangan kata saat itu. Aku menoleh memandang wajah Nicolas. Entah kenapa saat itu aku lihat lelaki itu merenungku dengan pandangan redup. Tiada renungan tajam seperti tadi.
" Tapi kenapa awak buat saya macam ni? Salah saya ke tolong awak tempoh hari?" soalku perlahan.
" Kau tak tahu apa yang sedang terjadi. Kau..."
" Then tell me what going on now? Kenapa awak kurung saya disini? Sini bukan tempat saya dan saya bukan milik awak, Nicolas"
" Aku tak boleh beritahu kau. Sudah tiba masanya aku akan ceritakan semuanya tapi bukan hari ini."
Nicolas mencapai bunga mawar emas yang berada di dalam bekas kaca itu lalu dia membawanya menghampiriku.
" I never give something's precious to anyone before. And now i give it to you. please take a good care of it" ujar Nicolas lalu meletakkan bunga tersebut di atas tapak tanganku. Selepas itu dia terus berlalu meninggalkan ruang itu.
Aku yang masih kaku di situ menunduk melihat bunga tersebut. Bergenang mataku saat merasakan nasibku dan bunga emas itu sama. terkurung dan rasa tidak bernyawa.
Aku melangkah keluar ke arah balkoni. Angin malam meniup agak keras malam itu. Aku mendongak ke langit dan saat itu tiada sebutir bintang yang kelihatan. Mungkin malam ini bakal hujan.
Selesai solat isyak tadi, aku melangkah keluar dari bilik. Mulanya aku tidak ingin keluar namun setelah Dona memberitahu bahawa Nicolas tidak pulang ke rumah malam ini membuatkan aku mengambil keputusan untu kbersantai di ruangan ini.
Aku membetulkan tudung yang ditiup angin. Aku memakai tudung kerana sekadar berjaga- jaga. Kadang kadang boleh jadi Zul muncul dengan tiba-tiba.
"Hai Sara..."
Aku tak perlu menoleh. Dari suara aku sudah kenal siapa. Aku hanya pegun melihat ke depan. Jujur aku akui aku tertipu dengan kebaikan dan keramahan lelaki itu. Dan memang ada rasa marah dalam hatoku untuknya saat ini.
" I'm sorry..." ucap Pedro saat berdiri di sebelahku.
aku tertawa kecil dan aku yakin ia kedengaran sinis di telinga lelaki itu sehinggakan terdengar keluhan kecil dari bibir itu.
" Saya ingat awak orang yang baik,Pedro tapi nampaknya sangkaan saya salah. Saya terlalu cepat menilai seseorang."
"Sara. Nico tak ada niat jahat. Dia hanya ingin lindungi awak"
" Dengan jadikan saya tahanan dia? Awak tahu tak apa yang dia buat ni salah! Dia kurung saya di sini tanpa kerelaan saya! Keluarga saya pasti risau. Dah hampir dua minggu saya disini! Tolong Pedro lepaskan saya." Rintihku dalam tangis.
Wajah Pedro jelas serba salah saat itu. Dia menghulurkan sapu tangan kepadaku.
" Don't cry,Sara. Look, saya akan cuba pujuk Pedro. Lagipun awak akan konvo tak lama lagi kan? Mungkin Nico akan bagi awak balik cuma buat masa sekarang belum sesuai lagi untuk awak balik. Percayalah cakap saya, Sara. Tiba masanya nanti Nico akan bebaskan awak." pujuk Pedro lagi. Aku terus terduduk di sofa lalu menekup kedua tanganku ke muka.
"Kenapa dia buat saya macam ni Pedro? Saya bukan milik dia. Saya benci dia " ujarku lemah.
" Sara...."
Pedro mengambil tempat disebelahku lalu dia menarik lengan bajuku agar aku menjatuhkan tanganku.
" Saya akan lindungi Sara. Kami tiada niat jahat dan please trust us. Dan setiap pertemuan kita sebelum ni, saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Semua yang ada di dalam rumah ini adalah kawan awak, Hermosa"
" Maafkan saya,Sara..."
Tambah Pedro lagi sambil merenung tepat ke mataku. Aku dapat lihat keihklasan dari kata-kata nya. Aku mengeluh perlahan.
" Sampai bila saya kena ada disini? Macam mana dengan kerja dan keluarga saya?" soalku kepada Pedro.
Saat itu aku melihat Pedro mengeluarkan sebuah telefon bimbit dari poket jaket kulitnya. Lalu dia menghulurkan kepadaku.
" Hal kerja awak dah settle. Mereka tak tahu awak disini atau ' Hilang' dari dunia luar. "
Aku melihat Pedro mengangkat kedua jarinya saat sebut perkataan hilang.
" Keluarga awak pula saya hanya hantar mesej cakap awak ke Langkawi untuk kerja. Lepas tu saya terus off handphone awak. Dan ini Nico minta saya bagi pada awak. handphone baru, ganti untuk handphone awak yang saya dah buang." Saat mendengar ayat akhir itu terus meluas mataku.
"Apa! Awak buang telefon saya!!?"
" Shh... listen first, Hermosa. Yess, i have thrown away your phone. Sebab itu boleh jadi punca menganggu keselamatan awak. So in this phone ada nombor keluarga awak sahaja. Awak boleh call keluar tapi hanya orang tertentu saja boleh call this number. You can call your family using this phone" ujar Pedro.
Aku melihat telefon yang berada di tapak tanganku.
" Sara, Promise me that you will never tell other people about what happened here."
Aku memandang Pedro namun aku tidak membalas. Namun aku dapat lihat bahawa Pedro tidak yakin dengan aku.
" Awak tak kenal Nicolas,Sara. Jangan cabar dia atau awak akan merana nanti. I'm sorry to say this but if you love your family, please don't tell other people where you at and what happened to you"
Aku menelan air liur dengan payah sekali saat mendengar kata-kata Pedro. Aku merenung skrin handphone yang gelap itu.
"Boleh saya call ibu saya?" soalku memandang Pedro.
Pedro tersenyum nipis lalu mengangguk.
Tanpa menunggu terus aku mencari senarai nama dan saat terlihat nama ' IBU' Aku terus menekan butang dial.
Tut..tut...tut..tut....
" Hello?"
Menitis air mataku saat mendengar suara yang hampir sebulan aku tak dengari.
" Assalamualaikum ibu..." ujarku sambil mengawal tangis.
" Waalaikumusalam... Sara ke?" soal ibu.
" iya bu.. Sara ni"
" Laillahailallah... anak dara bertuah sorang ni kenapa baru call ibu? Sara dah tak ingat dekat itu ke? kenapa lama sangat tak call?" aku mendengar soalan dari ibu bertalu-talu. makin deras air mataku mengalir saat itu.
" Maafkan Sara,Bu. Sara susah dapat line dekat sini. ibu,ayah, Along sihat?" Tipuku.
" Alhamdulillah semua sihat. Hari tu angah ada balik. dia pun ada tanyakan pasal kamu. Bila Sara nak balik KL?"
" Insyaallah tak lama lagi tapi tak pasti la sebab kerja dekat sini banyak lagi. Tapi insyaallah sebelum Sara konvo, Sara akan balik" balasku dan saat itu sempat aku menjeling sekilas ke arah Pedro yang dari tadi mendengar perbualanku.
" tak pelah kalau macam tu. Ini nombor baru Sara ke?"
" Haah bu... nanti ibu call nombor ni la ya?"
" Hurmm yela. Sara jaga diri elok-elok. Solat jangan tinggal dan ingat kalau ada masalah, berdoalah pada Allah. Dia pasti akan membantu hambaNya."
Menitis lagi air mataku saat ni. Aku mengetap bibirku menahan esak dari terletus.
" Insyaallah Ibu. Ibu... Sara rindu ibu sangat-sangat" Akhirnya terlepas tangisanku saat itu. Aku tidak mampu menahannya lagi kerana saat ini sememangnya aku amat memerlukan pelukan ibu.
" Ya Allah budak bertuah ni. Tula, bila tak pernah berjauhan terus jadi cengeng. Kalau dah kahwin nanti entah macam mana laki kamu nak layan perangai kamu ni. Alah.. kan tak lama lagi dah nak balik. Nanti ibu dan ayah ambil kamu dekat airport ya" pujuk ibu yang menyangka aku hanya dengan perangai manjaku. Tetapi dia tidak tahu apa yang terjadi pada diriku saat ini.
" Yela... Ibu, Sara kena pergi dulu ni. Nanti Sara call lagi ya? Assalamualaikum.."
Aku menamatkan panggilan lalu aku menoleh ke arah Pedro. Aku menghulurkan telefon bimbit itu kepadanya. Namun dia tidak menyambutnya.
" Keep it, Nico berikan handphone ini kepada awak" ujar Pedro lagi.
"Saya tak nak. Apa yang saya nak hanyalah kebebasan." balasku lalu meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja kopi. Aku berdiri lalu ingin melangkah masuk ke bilik.
Baru saja kakiku menghampiri pintu sliding, tiba-tiba langkah kakiku terhenti. Aku melihat Nicolas yang berbaju kemeja hitam dengan kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sedang memandang ke arahku.
Bukan ke kak Dona cakap dia tidak balik ke? dan setahu aku, sepanjang aku disini lelaki itu tak pernah tidur di rumah ini atau mungkin dia ada tapi aku yang tidak tahu kerana malam aku akan menghabiskan masaku di dalam bilik. Aku tidak mengendahkannya dan teruskan langkah. Namun saat aku ingin melepasinya, tiba-tiba dia bersuara.
"we need to talk.."
Kaku aku saat itu. Suara itu tidak kasar atau memaksa namun lebih kepada seakan memintaku tetap disitu. Aku melihat Pedro mula meninggalkan ruangan itu dan kini hanya tinggal aku dan Nicolas.
Aku lihat dia melangkah ke arah balkoni. Matanya memandang ke arah pekat malam.
" Aku tahu aku paksa kau untuk tinggal disini. Dan aku tak tipu yang aku cakap kau milik aku. Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap. Kau tak tahu apa yang terjadi lepas kau tolong aku."
Aku hanya diam tak bersuara namun mataku hanya memerhatikan dirinya yang membelakangi aku.
" Dalam kau tak sedar, banyak perkara yang berlaku pada diri kau. Selama ni kau rasa benda itu kebetulan tapi semuanya telah dirancang. Kau tak sedar semua itu,Sara. Saat kau muncul dalam hidup aku dulu, sebenarnya hidup kau sudah mula berubah tanpa kau sedar."
Aku mengerutkan keningku. Apa maksud Nicolas dengan semua ini.
" Sebab itu sekarang kau adalah hak aku. Kau suka atau tak kau tetap hak milik aku" ujar Nicolas lagi. Tidak keras mahupun angkuh tapi entah kenapa aku dengar seakan dia pasrah.
"Saya takkan jadi hak sesiapa terutama awak! Berapa lama saya harus tinggal disini? sampai saya tua atau sampai saya mati?" soalku sinis.
Nicolas menoleh ke arahku. Tajam matanya saat itu. Nyata dia seakan marah mendengar soalanku itu.
" I will send you back home.."
Berubah wajahku saat itu. Hampir saja aku bersorak gembira saat itu. Terus terjungkit bibirku
"But...."
Mati senyuman yang baru menghiasi bibirku saat mendengarnya.
" Everything kau nak keluar ke mana- mana, Kau kena keluar dengan anak buah aku. He gonna be your bodyguard. Dan lepas kau konvo, kau kena terima tawaran kerja di syarikat aku" ujar Nicolas lagi.
Aku tidak puas hati saat mendengar kata-kata lelaki itu.
" Apa semua ni,Nicolas? Kenapa saya kena kerja di syarikat awak pulak? awak tak boleh tentukan hidup saya! Saya tak faham betul lah! Apa yang sebenarnya terjadi? Saya pernah tolong awak tapi sekarang ni awak buat saya macam saya ni ada hutang dengan awak! "
" Then, you rather being kill than follow my instructions? Did you know miss Sara? Disebabkan kau tolong selamatkan nyawa aku hari itu, kau jadi buruan musuh aku. Dan disebabkan orang aku selalu jaga kau, mereka ingat kau kekasih aku. kau sedar tak apa yang sedang berlaku? kau hampir dibunuh dan hampir diculik!"
Terkedu aku saat itu. Aku jadi buruan musuh Nicolas? Jadi kejadian di hotel dulu bukan Nicolas target mereka tapi aku?
" Esok Zul akan hantar kau balik dan mulai esok dia akan jadi bodyguard kau. Tapi terpulang pada kau, kalau kau berkeras nak tunjuk bagus, dan buat perangai yang bukan- bukan maknanya kau tempah maut kau sendiri. Kalau kau sayang nyawa kau, ikut cakap aku!"
Terus Nicolas berlalu dari situ tanpa menghiraukan aku yang kaku disitu. Aku hanya melihat susuk tubuh Nicolas menghilang ke dalam salah satu bilik dan aku yakin itu bilik kerjanya kerana kerap aku lihat dia dan Pedro masuk ke bilik itu. Dalam hati aku mengucap syukur kerana akhirnya aku bebas dari lelaki itu walaupun tidak sepenuhnya. Saat mengingati apa yang lelaki itu cakap sebentar tadi, nampak gayanya aku masih terikat dengan lelaki itu. Namun untuk jadikan aku hak milik dia itu perkara yang paling mustahil yang akan berlaku!
***************************
Aku melambai sambil tersenyum lebar ke arah ahli keluargaku yang sedang menunggu di luar dewan. Terus aku memeluk erat ibu yang sedang tersenyum lebar memandangku.
" Congratulations Sara" ucap Ayah.
" Tahniah anak ibu.." ujar ibu lalu mengucup pipiku dengan penuh rasa sayang.
" Terima kasih ibu,ayah" ucapku.
" Tahniah budak comot" Naim menghulurkan sejambak bunga yang dihias denga teddy bear kecil.
Aku tersenyum lalu menyambut jambangan bunga itu.
" Thank you,angah dan Along" Masing-masing tersenyum melihatku.
" Lepas ni kita ambil gambar family ya. Sara dah book dekat sana" ujarku.
Masing-masing mengangguk dan kami terus mengambil gambar kenangan.
Sedang kami tengah bergilir- gilir berselfie, tiba-tiba aku melihat satu susuk tubuh yang cukup aku kenali. Sejak beberapa minggu ini, wajah itu sudah lali di pandangan mataku. Dari jauh aku melihat dia menghala ke arahku dan ditangannya ada satu jambangan bunga yang agak besar.
Dia berhenti di depanku dan dengan wajah bersahaja dia tersenyum lebar.
Semua kepala menoleh ke arahnya. Dan selepas itu semua mata itu menoleh ke arahku dan semuanya melihatku dengan riak tanda tanya. dalam hati ingin saja ku ketuk kepala makhluk di depanku ini.
" This is for you..." ujarnya lalu menghulurkan jambangan itu kepadaku.
" Congratulations Sara" sambungnya lagi sambil tersenyum.
" Thanks Zul." Aku ucapkan kepadanya. Dan saat mata ibu yang menginginkan jawapan bagi persoalan di fikiran mereka.
" Kenalkan ini keluarga saya, ibu ayah saudara dan abang- abang sepupu saya. Semua, kenalkan ini Zul, kawan Sara" aku perkenalkan Zul kepada ahli keluargaku.
Zul berjabat tangan dengan ayah, along dan terakhir angah. Saat itu aku perasan angah memandang tajam ke arah Zul tapi aku tidak mengambil kisah kerana tahu mesti masing-masing terkejut sebab ini kali pertama aku perkenalkan kawan lelaki kepada mereka.
" Handsome kawan Sara. kawan biasa ke kawan luar biasa?" soal Ibu sambil senyum mengusik. Aku hanya diam. Tidak dinafikan Zul memang ada rupa yang kacak ditambah pula dengan badannya yang tinggi dan agak sasa itu. Dan jika berjalan bersama Nicolas, pasti saja mereka menjadi perhatian walaupun Nicolas yang pasti menjadi tarikan utama. Eh! kenapa lelaki itu pula diingati?! Aku menggeleng kepalaku perlahan.
" Kami kawan biasa jela ibu." ujarku.
" Betul tu mak cik. Sara dan saya kawan baik tapi kami tidak bercinta. Saya datang ni pun sebab nak raikan kawan saya ni berjaya tamatkan pelajarannya." ujar Zul lagi.
Ku lihat ibu dan ayah mengangguk perlahan. Along pula hanya diam mendengar manakala Angah pula dilihat tidak lepas memandang Zul.
" Angah macam pernah nampak la kawan Sara ni. Tapi tak ingat dimana..." tiba-tiba Naim bersuara.
Saat itu aku dapat lihat riak wajah Zul terkejut namun cepat saja dia wajahnya berubah tenang.
" Hurmm mungkin angah ada terserempak dekat mana-mana kot. tak pun pelanduk dua serupa." ujarku cuba mengalih perhatian Naim.
" hurm mungkin kot" ujar Naim mengangkat kedua bahunya.
" Boleh saya cakap dengan Sara sekejap?" pinta Zul dan saat masing- masing mengangguk Zul mengajak aku ke satu sudut yang agak jauh dari mereka.
" I think i need to go. Something wrong with your cousin. Saya takut dia ingat sesuatu yang tak elok" ujar Zul.
Aku hanya mengangguk tanda setuju.
" Okay, thanks for flowers Zul" ujarku dan ia mengundang senyum nakal lelaki itu.
" Of behalf of Senor Nicolas, Its his pleasure.." Kata - kata Zul membuat aku terkedu.
" Maksud awak?"
" Saya hanya hantar bunga itu kepada awak,Sara. I'm not the one who give you that bouquet. it's from Senor Nicolas" ujar Zul lagi.
Kaku aku saat itu. Tidak menyangka Nicoals mengirimkan bunga sempena gradusiku. Aku memandang Zul lalu tersenyum nipis.
" I got to go,Sara. tapi saya ada je dekat sini" ujar Zul lalu meminta diri.
Aku melihat langkah Zul lalu jambangan bunga ditanganku ditilik. Sangat cantik. Saat itu aku terpandang ada sekeping kad terselit diantara bunga- bunga tersebut. Aku mencapai kad tersebut lalu aku membuka lipatan itu. Ada tulisan tangan yang sangat cantik.
~ Congratulations on your graduation, Sara~
***N.I.G***
NIG? oh! Nicolas Ian Gonzalo...
Tanpa sedar aku tersenyum. Entah kenapa hatiku sangst gembira saat itu. Tak sangka lelaki itu mengingati akan diriku. Entah kenapa Nicolas sudah berbeza nak dibandingkan dengan ketika kali pertama dia mengurung aku di rumahnya. Dan pada hari Zul menghantar aku pulang juga, aku dapat lihat matanya tidak lepas memandangku sehingga aku keluar dari rumahnya. Pandangan itu tidak lagi tajam, hanya redup melihat setiap langkahku. Walaupun wajah itu masih lagi mahal dengan senyuman tapi aku lebih suka lihat wajahnya yang itu berbanding dengan sebelumnya.
Tiba-tiba aku mendengar suara Naim memanggilku dan terus lamunan tentang Nicolas berkecai. Aku terus menghampiri keluargaku dan kami terus ke booth yang mengambil gambar potret.
" Tomorrow be at my office 9 o'clock sharp! don't be late!"
tut..tut...tut...
Aku melihat skrin telefonku sambil mengerut dahiku.Baru sebentar tadi aku mendengar suara yang hampir sebulan Tidak di dengari dan tidak lihat wajahnya namun tak sempat aku membalas sepatah pun terus talian itu ditamatkan.
" Suka suki dia je bagi arahan! Baru rasa nak rehat- rehat dulu lepas konvo dah kena masuk kerja. arrghh!! malasnya!"
Aku menekup bantal kecil ke mukaku. Serabut kepalaku memikirkan aku harus menghadap lelaki itu esok. Semoga dipermudahkan urusanku esok ya Allah, Amin...
Aku menutup suis lampu tidur disebelah katil lalu dengan lafaz bismillah aku melelapkan mataku.
Aku melangkah masuk ke bangunan dua puluh tingkat itu yang Sepenuhnya milik GM group. Ini merupakan HQ mereka dimana semua staff tertinggi bertempat di bangunan ini. Aku membetulkan tudungku. Hari ini aku hanya mengenakan baju dan seluar serba hitam dan dipadankan dengan jaket labuh berwarna koko. Sempat aku lihat penampilanku dibiasan cermin kaca di lobi itu.
Aku menghampiri meja penyambut tetamu dan saat melihat aku, staf wanita itu tersenyum.
" good morning.. welcome to GM tower..apa yang boleh saya tolong?" soal wanita yang bersama Dhia seperti tertulis di tag yang berada di dada kirinya itu ramah.
" Hai, morning.. Saya Nur Sara, hari ini saya lapor diri di syarikat ini. Dan pagi ini saya kena jumpa Encik Nicolas Gonzalo." ujarku.
" Oh! Cik Sara. Sila tunggu sebentar ya, untuk naik ke atas, cik kena tinggalkan IC ataupun lesen memandu."
Aku menghulurkan IC aku kepada Dhia. Prosedur masih sama dengan syarikat yang aku praktikal dulu cuma jika dilihat, syarikat ini ternyata lebih canggih dan tinggi tahap keselamatannya. Setelah thumbprint, Dhia tadi memberikan aku kad akses dan tak lama, ada seorang wanita yang cantik menjemputku.
" Miss Sara?" tegurnya.
Aku tersenyum lalu mengangguk kepala.
" Hai, I'm Cassie PA Senor Gonzalo. Mari saya bawa Cik ke bilik Senor." Ajak Cassie.
Aku hanya mengikut langkah kakinya dan saat tiba di lif, ada beberapa staf yang turut sama meenunggu lif tersebut. Namun aku melihat Cassie menyentuh kad kerja di salah satu lif dan saat lif itu terbuka, dia mempersilakan aku masuk dan saat kami berdua masuk, terus saja lif itu tertutup. Aku terpingga-pingga kerana pelik kenapa hanya kami berdua saja menggunakan lif itu. Dan Cassie yang perasan terus tersenyum.
" this lift only for Senor Gonzalo and out vvip clients. nobody can't use this lift without Senor permission and today Senor bagi pelepasan untuk i bawa you naik."
Ting!
Tak sampai lima minit, kami telah sampai di pejabat Nicolas. Cassie mempersilakan aku keluar lalu dia membawa aku ke bilik Nicolas.
" Cik duduk dulu sebab Senor belum sampai lagi. Mungkin sekejap lagi dia sampai" ujar Cassie.
Aku mengangguk lalu duduk di sofa kulit yang tersedia di pejabat itu. Cassie meninggalkan aku di bilik itu dan saat itu aku mengambil peluang meneliti bilik yang agak luas itu. Gaya yang diterapkan adalah maskulin dan elegan. Kombinasi warna yang menarik dan nampak mewah. Di tengah- tengah ruang itu terdapat satu meja besar. Pastinya itu merupakan meja kerja Nicolas dan saat aku menoleh, ada satu gambar konvokesyen milik Nicolas dan terus terletus tawaku saat melihat wajah lelaki itu yang jelas berbeza dengan sekarang. Ternyata gambar itu jelas sekali wajah Nicolas yang masih muda dan tidak matang. Malah badannya dulu dilihat sedikit kurus berbanding sekarang yang tegap dan sasa. Malah sekarang wajah lelaki itu nampak lebih matang. Namun mataku tertarik dengan senyuman lebar yang menghiasi bibir itu. Kan bagus kalau aku dapat lihat senyuman itu sekarang.
" Done laughing at my photo?"
Laju kepalaku berputar dan saat itu aku melihat Nicolas yang kemas ber suit sedang berdiri di belakangku sambil berpeluk tubuh. Berapa lama dia dah berada disitu? kenapa aku tak sedar dia masuk?
" Aku cukup lama berdiri di sini. Dari kau gelakkan gambar aku lagi..." tambahnya lagi seakan dapat meneka persoalan difikiranku ini.
Alamak!!
Nico dah start nak berlembut...hahaha mcm nak ngorat Sara je...hahaha
Share this novel