Pedro mendekati Nicolas yang sedang termenung. Dia dapat lihat kepulan asap yang keluar dari bibir lelaki itu. Sudah lama dia tidak melihat Nicolas merokok. Semenjak Nicolas kahwin, ini kali pertama dia melihatnya. Dia tahu bosnya itu sedang tertekan untuk mencari dalang disebalik semua ini.
" Senor..."
Nicolas menoleh sekilas lalu puntung rokok dibuang ke tanah. Dia menyeluk kedua tangannya ke dalam poket seluar lalu kepalanya mendongak ke langit yang kelam itu.
"Solo quiero que esto acabe, Pedro."
( Aku hanya nak perkara ini berakhir, Pedro.)
Pedro memandang wajah Nicolas. Jelas rasa yang cukup berat ditanggung oleh bosnya itu.
" Jangan risau, Nico. Aku pasti tak lama lagi kita akan dapat dia."
" Keselamatan Ana, Sara dan anak aku dalam bahaya. Kau dengarkan apa yang Don cakap tadi.."
Pedro senyap. Dalam diam dia akui yang kata-kata Don itu ada betulnya. Ternyata target orang tersebut bukan Nicolas tapi orang yang terdekat dengannya. Namun dia yakin dia pasti dapat membantu Nicolas menjejaki orang tersebut seperti mana dia dapat tahu bahawa Don terlibat dalam hal ini. Seperti yang dia jangka, Don yang sememangnya memusuhi Zalos tidak teragak- agak bersubahat dalam cubaan membunuh Nicolas dan Sara tempoh hari. Dan silap besar kerana dia telah jolok sarang tebuan. Kehebatan Zalos tidak mampu dia tandingi dan akhirnya dia berada di dalam tahanan mereka.
" Kau rasa siapa yang tikam aku dari belakang?" Soal Nicolas.
" Kau percaya kata Don?" soal Pedro kembali. Nicolas hanya diam.
" Aku yakin orang itu bukan dari Zalos. Kau pun tahu bagaimana kesetiaan anak buah kau sebelum ini walaupun setelah kau ambil keputusan untuk berundur, kesetiaan mereka masih lagi pada kau. Don hanya ingin kacau pemikiran kau,cuma..."
"Cuma apa?" soal Nicolas lalu memandang wajah Pedro.
" ini hanya andaian aku, boleh jadi orang itu bukan dari dunia Zalos tapi perniagaan kau. Kau tetap ada musuh dalam business kau jugak Nico. itu kau tak boleh lupa. Macam yang Don cakap, dia ada disekeliling kau tanpa kau sedar..."
Nicolas mengerutkan keningnya. Cuba memikirkan apa yang Pedro cakapkan itu.
" Tapi hati aku kuat katakan ini semua dendam lama." Ujar Nicolas. Pedro hanya menjungkit sebelah bahunya lalu dia melihat jam ditangan kirinya.
" Dah lewat, kau balik la dulu. Anything call aku. "
Nicolas mengangguk sekali lalu dia mula melangkah ke arah keretanya. Namun baru kakinya menapak selangkah ke depan, dia menoleh ke arah Pedro.
" Don't kill them. Aku tak nak kau bunuh orang lagi. semua settle, aku nak kau lepaskan Don dan anak buahnya." ujar Nicolas. Pedro hanya diam tidak membalas. Pedro tahu, tindakannya menangkap Don tidak disenangi Nicolas. Memang Nicolas tidak lagi terlibat dengan Zalos namun dia masih bersama kumpulan itu. Tapi dia tahu, tindakannya itu sedikit sebanyak melibatkan Nicolas kerana orang yang masih tidak tahu tentang penghijrahan Nicolas akan menganggap dia masih ketua mereka. Pedro hanya melihat langkah Nicolas memasuki kereta lalu meninggalkan tempat itu. Dan tak sampai sesaat telefonnya berbunyi.
" Hello...."
.....................
" Aku datang sekarang...."
****************************
Aku terjaga saat merasakan pinggangku dipeluk. jantungku mula berdegup kencang namun bau wangian yang cukup aku kenali itu membuatkan jantungku kembali normal. Aku cuba menoleh mencari wajah itu namun pelukan dipinggangku dieratkan.
" Shhh... It's me, mi amor." bisik Nicolas sambil mengucup belakang leherku.
Seingat aku, tadi aku tertidur di atas katil bilik rahsia ini dan tika itu Isabel serta Dona masih lagi bersamaku namun saat mataku melilau mencari susuk tubuh mereka, ternyata mereka tiada di sini.
" They already go back to their room. Tadi Ana nak kejutkan sayang tapi you sleep like a baby. So abang suruh dia orang pergi dulu." ujar Nicolas lagi.
Tidak mampu bersabar lagi dengan hanya mendengar suara saja, aku terus memusingkan tubuhku ke arah Nicolas. dan laju mataku mencari wajah yang aku ingin lihat itu. Jelas wajah itu kepenatan. Tanganku naik memegang pipi berjambang nipis itu.
" Abang okay? tadi Sara dengar tembakan.." jelasku.
" i'm okay... Semua okay. " ujar Nicolas tersenyum.
jika diikutkan hati aku ingin menanyakan banyak soalan namun melihat wajahnya yang cukup penat itu membuatkan niatku terbantut. Lepas itu tiada lagi butir bicara kami dan saat itu Nicolas mengosok perlahan perutku, rutin setiap harinya kini kerana itu caranya berinteraksi dengan anak di dalam kandungan. Aku melihat matanya mula layu dan tak sampai seminit, aku mendengar hembusan nafas perlahan menandakan Nicolas sudah lena. Aku merenung ke wajah lelaki yang aku cintai itu, aku suka melihat wajah Nicolas tidur kerana waktu itu saja aku dapat melihat wajahnya yang paling tenang dan tidak memikirkan masalah kehidupan. Aku mendekatkan wajahku lalu mengucup lembut dahi satu- satunya lelaki yang aku cintai. Saat itu aku dapat rasakan Nicolas menarik aku ke dalam pelukannya. Dan terus aku memejam mata dan turut terlena.
Mangkuk berisi nasi goreng diletakkan ke atas meja. Jam di dinding dapur itu dijeling sekilas. Sudah pukul sembilan pagi namun kelibat Nicolas belum kelihatan.
Entah apa mimpi aku semalam tiba-tiba pagi ini selepas subuh aku tidak mahu sambung tidur. Manakala Nicolas pula yang laju panjat katil selepas solat subuh tadi. Namun aku faham yang dia masih penat. Namun jika pukul sembilan pagi masih belum turun, takkan dia masih tidur? Tak kerja ke Nicolas hari ini?
Laju kakiku melangkah ke bilik kami kerana bangun subuh tadi kami terus meninggalkan bilik rahsia itu. Saat membuka pintu, berkerut dahiku saat katil yang kusangka dihuni susuk tubuh Nicolas ternyata kosong. Kemana pula suami aku ni pergi? Aku terus melilau mencari ke walk in closet namun tiada, bilik air juga kosong.
Sedang aku memikirkan kemana hilangnya Nicolas, tiba- tiba pintu bilik dibuka dari luar. Dan terus terpancul wajah basah berpeluh Nicolas. Dari pakaian yang dipakai, aku yakin dia baru lepas bersenam. Dia yang melihat wajahku yang berkerut itu terus mendekatiku sambil bertanya.
" Kenapa ni, mi amor?"
" Abang pergi joging ke?" soalku.
" Tak, abang pergi bilik gym dekat bawah." balas Nicolas.
" Sara ingat abang tidur." ujarku sambil membuka almari mencari tuala untuknya.
" Abang dah bangun pukul tujuh tadi. Masa abang pergi bilik gym, abang tengok sayang tengah busy dekat dapur. Tak nak kacau sayang." ujar Nicolas sambil memaut pinggangku dari belakang.
"Abang tak kerja ke hari ini?"
" Kerja tapi abang masuk tengah hari sikit. "
" Hurmm.. okaylah, abang pergi mandi dulu lepas tu turun breakfast ya.." Ujarku lalu ingin melangkah namun tiba- tiba Nicolas mengeratkan pelukannya.
" Siapa nak mandikan abang?" bisik Nicolas di tepi telingaku membuatkan bulu romaku meremang. kucupan di tepi telingaku oleh Nicolas membuatkku naik seram.
" Mandi sendirilah, Macam baby pula nak orang mandikan. " Balasku sambil menoleh ke kiriku melihat wajahnya yang berada dibahuku. Sempat aku mencuit hidung mancungnya. wajahnya yang berpeluh itu langsung tidak mencacatkan kekacakkannya.
" Abang kan baby Sara. So sayang kena mandikan abang."
Saat itu Nicolas terus mencepung tubuhku sehingga aku terjerit kecil. Dan melihat tawa dari bibir Nicolas membuatkan hatiku gembira kerana tawa itu membuatkan Nicolas tidak memikirkan masalahnya.
" I love you abang...."ujarku merenung ke dalam matanya. Melebar senyumnya saat mendengar ucapanku itu.
" te quiero más" Balasnya sambil menolak pintu bilik air dengan kakinya.
Aku mengekori langkah Nicolas sambil membawa beg bimbitnya. Sesampai di depan pintu dia menoleh tubuhnya ke arahku. Lalu dia mencapai beg bimbitnya dari tanganku. Terus tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.
" i'm gonna miss you..." bisiknya sambil mengucup lembut tepi kepalaku. Terletus tawa kecilku saat itu. Jelas Nicolas berat hati untuk pergi kerja tika itu.
" abang pergi kerja je kan. Petang nanti dapat jumpa lagi..."
" Entah kenapa hati abang tak nak tinggalkan sayang..."
" Abang jangan risau. Sara elok- elok je dekat rumah..."
" Janji jangan buat kerja berat. Duduk, makan dan tidur je, okay?"
Kerana ingin tenangkan hati suami yang sedang galau itu, aku hanya menganggukkan kepalaku.
" Sweetheart. Jaga mummy okay, daddy going to work. don't naugthy inside." ujar Nicoals di depan perutku. Aku sudah menggeleng kepala mendengarnya.
" Kalau bukan sebab ada meeting hari ni abang tak masuk kerja dah. take care, mi amor." ujar Nicolas lagi sambil mengucup lembut dahiku.
"te quiero, abang!" ucapku lalu mengucup pipinya.
Terus hilang wajah risau Nicolas tika itu.
" I love you more, mi amor..." balas Nicolas.
Aku terus mengucup tangannya dan melihat langkahnya menuju ke kereta. Setelah bayang kereta Nicolas menghilang disebalik pagar terus aku melangkah masuk kembali.
" so, apa kita nak buat sekarang,baby?" soalku smabil mengosok lembut perutku.
"Akak nak ikut Ana?"
Aku yang sedang membaca majalah mengangkat wajahku memandang Isabel.
" Ana nak pergi mana?" soalku melihat Isabel yang sedang menyarung sneakers di kakinya.
" Ana nak keluar cari barang sekejap. lagipun bosan la kak duduk rumah je.." Ujar Isabel yang kini makin fasih berbahasa melayu.
" Dah tanya abang Nicolas?" soalku kembali. Haruslah kena beritahu Nicolas sepatah dua.
" Dah, and Nico said he allowed if you want to join me. Zul will accompany us." Ujar Isabel lagi. Aku memikirkan adakah patut aku ikut adik iparku ini atau duduk dirumah saja. Jika diikutkan sudah lebih sebulan aku tidak keluar melainkan jika perlu dan itupun Nicolas akan ada menemaniku. Jujur aku bosan berada dirumah ini dan ingin sekali hirup udara luar. Dan mendengar kata Isabel bahawa Nicolas memberi keizinan membuatkan hatiku membuak- buak ingin keluar.
" Kalau macam tu, akak pergi tukar baju dulu sekejap ya?" ujarku sambil berdiri. Isabel tersenyum lebar lalu mengangguk kepalanya. Tanda okay ditunjukkan lalu aku terus menapak ke bilikku. Sempat aku menaip mesej kepada Nicolas mengatakan bahawa aku mengikuti Isabel keluar. Selesai memakai tudung, aku terus turun ke bawah dan saat itu aku melihat Zul sedia menanti kami. Setelah Nicolas memberi keizinan, terus kami ke pusat membeli belah yang terkenal di Kuala Lumpur seperti permintaan Isabel.
Ternyata adik iparku seorang yang gila shopping. Namun mujurlah dia sedar akan keadaan aku yang berbadan dua ini. Sekejap- sekejap dia akan pastikan aku dapat duduk hilangkan penat kakiku ini. Dan setiap kali Isabel masuk ke butik- butik mewah yang ada disini, pasti dia akan minta para pekerja sediakan kerusi untukku. Seperti sekarang ini, ralit sungguh dia menilik beg tangan mewah di kaunter manakala aku selesa di sofa yang disediakan butik itu. Sesekali Isabel ada minta aku pilih barangan yang aku suka namun melihat harga saja membuatkan tidak berminat. Terlalu mahal dan aku tidak mahu bazirkan duit hanya untuk sebuah beg tangan. Zul pula setia di sisi Isabel. Dan sesekali dia akan menoleh ke arahku.
Selesai membeli di butik beg tangan tadi, kami terus melangkah mencari tempat untuk makan namun sebelum itu aku harus menunaikan kewajipanku dulu.
" Ana, Akak nak pergi solat dulu. " Ujarku saat nampak papan tanda tandas dan surau. Zul pun mengangguk tanda dia juga ingin melakukan hal yang sama.
" Kalau macam tu, saya solat dulu, nanti Sara pula solat." ujar Zul. Aku mengangguk setuju lalu kami duduk di salah satu restorang berdekatan surau itu. Sambil menunggu Zul selesai, sempat Isabel memesan air untuk kami.
" Sorry, mesti akak penat kan layan Ana..."
" Takde hal lah. Lagipun berjalan elok juga untuk kandungan. kerja berat je tak digalakkan." balasku tersenyum.
Isabel terus menggosok perutku yang sudah cecah hampir empat bulan ini.
" Your tummy looks bigger even you're four months pregnant." ujar Isabel teruja.
Aku mengangguk tanda setuju. Doktor pun ada beritahu hal yang sama dan aku pula asalkan anak kabdunganku ini sihat dan membesar dengan baik, itu sudah mencukupi.
"hola mi amor, this your Tia Ana... Nanti lahir kalau boy mesti hensem macam your daddy and if girl, beautiful as your mummy. " ujar Isabel berbicara dengan kandunganku. Tersenyum aku melihatnya. Ternyata anak aku dan Nicolas amat disayangi semua orang walaupun dia belum lahir ke dunia. Dan aku harap setelah dia lahir juga akan terus disayangi semua orang.
" Sorry kalau lambat."
Aku dan Isabel menoleh ke arah Zul yang baru muncul itu. Tersenyum aku melihat lelaki tinggi itu. Selama aku mengenali Zul dengan lebih rapat, Tidak pernah sekali aku melihat dia mengabaikan kewajipan kepada yang Esa. Terutama setelah aku berkahwin, sesekali Nicolas akan menegurnya agar solat. Itu cukup menggembirakan aku kerana Nicolas menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim dengan baik. Aku terus berdiri.
" Saya pergi solat kejap ya..." ujarku lalu menghulurkan beg tanganku kepada Isabel. Zul mengangguk lalu mengekori langkahku. Aku mengerutkan dahiku saat melihat langkahnya.
" Awak nak pergi mana?" soalku.
" Tugas saya jaga awak dan Isabel. Nak teman awak pergi surau la."
" Eh! Tak perlu la, awak duduk sini dengan Ana. Saya boleh pergi sendiri. Lagipun Ana dah orderkan awak air tu."
" Tapi..."
" Kan dari sini awak boleh tengok ke arah surau tu... Lagipun saya nak ke tandas sekejap." ujarku lagi. Jelas riak serba salah diwajah lelaki itu.
" Tapi Senor .."
" Nicolas mesti faham. Awak duduk sini je sambil teman Ana. Insyaallah saya selamat " ujarku tersenyum.
Akhirnya Zul mengalah sambil duduk dengan wajah masih lagi dengan riak tadi.
" Ingat, jaga Ana elok- elok." Sempat aku pesan sebelum melangkah ke arah tandas.
Selesai urusan di tandas, Aku mula melangkah ke arah surau yang berdekatan. Saat aku melangkah keluar, tiba- tiba muncul susuk yang juga baru keluar dari tandas lelaki itu membuatkan aku hampir bertembung dengannya.
" Sorry..." ujarku sambil menunduk.
" Sara?"
Aku terus mengangkat kepala saat namaku disebut. Terkedu aku seketika saat melihat wajah yang sudah lama aku tidak jumpa.
" Encik Darius?"
" What coincidence! its been a while. How are you?" soalnya ramah. Aku mengukir senyum nipis saat itu.
" Alhamdulillah. Encik Darius apa khabar? Ada meeting ke dekat sini?" soalku berbasi basa.
" I'm good! Nope, bukan meeting tapi nak jumpa kawan lama." ujarnya sambil tersenyum.
Entah kenapa aku rasa tak sedap hati melihat senyumannya. Mungkin kerana di kawasan sunyi begini berdiri berduaan bersama lelaki di depanku ini.
" You buat apa dekat sini?" soal Darius pula.
" Owh! Saya teman adik ipar saya shopping.."
" Owh, in laws bonding la ni." gurau Darius lagi dan aku hanya tersenyum saat mendengarnya. Saat itu aku melihat matanya jatuh ke perutku. Lama. Dan itu membuatkan aku menjadi tidak selesa, Terus aku meletak kedua tanganku di depan.
" Are you and Nicolas expecting?" Saat dia melihat senyumanku, terus wajahnya berubah teruja.
" Wow! Congratulation both of you. Terbukti Nicolas lelaki hebat!" ujar Darius lagi sambil ketawa. Dan saat itu aku tidak betah lagi berada disitu.
" Saya minta diri dulu la Encik Darius." ujarku. Dia aku melihat mengangguk dan selepas itu aku terus menuju ke arah surau. Dab sempat aku melihat Darius berlalu keluar dari kawasan itu.
Saat tiba di depan surau, Sekali lagi aku hampir terlanggar seseorang. Aishh asyik nak terlanggar orang je hari ini.
Terus aku meminta maaf sekali lagi namun tidak ku duga, baru saja aku ingin mengangkat wajahku, Tiba- tiba hidungku ditekup dari arah belakang dan selepas itu terus gelap pandanganku dan terus aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.
*******************
Isabel menilik jam di tangan kirinya. Hampir sejam Sara tak muncul dan Zul juga dilihat mula tidak senang duduk. Dan tak sampai seminit Zul bangkit dari duduknya.
" Saya nak pergi tengok Sara." ujarnya.
Isabel mengangguk.
" Awak tak nak ikut ke?" soal Zul lagi.
" I'm stay here. in case kalau Sara came back here. Mesti dia risau kalau tengok kita tak ada." ujar Isabel.
Zul menjadi serba salah kerana dia harus menjaga Isabel namun Memandangkan Sara masih tidak muncul lagi, itu juga membuatkan dia juga risau.
" Anything call me." ujar Zul lalu meninggalkan Isabel di situ. Dan setelah melihat anggukan Isabel, Zul terus melangkah ke arah surau.
Namun sesuatu yang mengejutkan saat melihat Sara yang sudah rebah di dalam pelukan seseorang.
" Hoi!!" jerkahnya membuatkan tiga orang disitu tersentak.
Namun baru saja Zul ingin menyerang, satu hentakan kuat membuatkan dia rebah. Kepalanya berpinar namun saat itu dia sempat melihat wajah yang menyerangnya dari belakang. Sempat dia melihat senyuman sinis lelaki itu sebelum pandangannya gelap kerana kepalanya di sarung dengan kain hitam.
Mata Isabel tidak lepas memandang ke arah laluan ke surau. Entah kenapa hatinya merasakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku. Hampir sepuluh minit namun kelibat Zul mahupun Sara tidak kelihatan. Dia terus menekan skrin telefonnya lalu nombor Nicolas dicari. Terus dia mendial namun beberapa minit tiada jawapan sehingga panggilan itu masuk ke peti suara. Setelah beberapa kali mencuba masih tiada jawap. Dia terus mendial nombor Pedro. Deringan mula di dengar namun sambil dia menunggu panggilan itu dijawab tiba- tiba....
" Hola mi Isabel Ana Gonzalo...."
Isabel menoleh ke arah suara itu dan saat itu matanya meluas melihat wajah pemilik suara yang menegurnya. Terus terkaku dia saat itu sehinggalah dia mendengar suara Pedro di hujung talian.
" Hello Isabel??....."
Manakala disebelah sana, Pedro yang tidak mendengar balasan dari Isabel memandang kembali skrin telefonnya. Menyangkakan talian sudah terputus namun ia masih bersambung. Dia menekap kembali telefon ke telinganya.
" Hello Isabel??"
" Looking for your lover? datang tuntut dariku!!"
tuttt...tuttt...tuttt...
Kaku Pedro saat itu. Jantungnya mula berdegup kencang saat mendengar suara tadi. Its him!!!
Tanpa menunggu lagi dia terus mencari Nicolas. Tidak lagi menghiraukan mesyuarat yang sedang berlangsung. Terus dia menerjah ke dalam bilik mesyuarat dan saat dia melangkah, semua terkedu dan mata memandang ke arahnya. Nicolas yang sedang mendengar pembentangan dari stafnya turut menoleh namun melihat wajah cemas Pedro membuatkan dia mula tidak puas hati.
"Los consiguió!"
( he got them!)
Terus Nicolas berdiri dan tanpa mempedulikan mesyuarat yang sedang berlaku, dia melangkah keluar. Cassie yang turut terkejut dengan pemergian Nicolas memandang staf yang mula terpingga- pingga.
" Err .. maybe Senor got emergency. We end our meeting here. Sorry guys for inconvenience" ujar Cassie. Akhirnya masing- masing mengangguk lalu mengemas kertas di meja.
" What happen Pedro?" soal Nicolas setelah dia melangkah ke dalam lif peribadinya.
" Isabel, Sara dan Zul kena culik! Isabel call aku tadi tapi suara lelaki asing yang jawab. Aku cuba call Zul pun tak dapat." ujar Pedro.
" Mierda!!!"
Jerit Nicolas sambil mengetuk kuat dinding lif. Memerah wajahnya saat itu.
" Aku rasa aku tahu siapa dalang semua ini! dia dah mulakan persembahan dia!!"
Nicolas menoleh ke arah Pedro. Tajam renungannya saat itu, jelas dia dapat tahu siapa yang berada difikirannya.
" Find my wife and my sister,Pedro!! find them!!!" ujar Nicolas keras. Sungguh dia tidak mampu menahan rasa risaunya saat ini!! mereka mula mengambil kesempatan disebalik kelekaannya.
Setelah keluar dari lif. Kereta sudah menunggu dan terus mereka ke tempat dimana kehilangan Isabel,Sara dan Zul. Sesampai di pusat membeli belah itu, Nicolas menggunakan kuasanya untuk melihat CCTV di situ namun itu bukan mudah untuk menjejakki pergerakan isteri dan adiknya. Namun setelah menolak tambah waktu ketika Sara menghantar pesanan dan kali terakhir Sara menghantar selfienya di mall tersebut akhirnya dia dapat menjejaki mereka bertiga. Dan akhirnya dia melihat bagaimana Sara, Zul dan Isabel dibawa keluar dari Mall ini tanpa ada yang mengesyakinya. Mereka bertiga dibawa menggunakan kerusi roda. Masing- masing ditolak oleh lelaki berbaju serba hitam dan memakai topi dan topeng muka. Tajam Nicolas melihat saat Sara ditolak dan ternyata isterinya itu telah pengsan. Dia mengepal erat tangannya. Sakit melihat isteri dan adiknya diperlakukan begitu. Namun jawapan sudah ada didepan mata. Jelas dan terang wajah dalang disebalik semua ini saat melihat video saat Isabel di serang.
Saat dia melihat Zul yang dibawa masuk ke dalam kereta, terus saja pandangan matanya bertemu dengan Pedro.
" Track them!! jangan biarkan mereka terlepas walau seekor pun!!" ujar Nicolas keras. Pedro yang mendengar mengangguk namun sempat dia melihat riak wajah Nicolas yang sudah lama dia tidak lihat. Nicolas yang lama!
***********************
Bunyi erangan yang kuat membuatkan aku tersedar namun rasa pening yang aku alami membuatkan aku tidak mampu membuka mata. Namun jeritan itu terus bertalu- talu membuatkan aku cuba membuka mata perlahan- lahan. Saat itu mataku menangkap susuk tubuh Zul yang diikat di kerusi dengan wajahnya berlumuran darah. Tika itu, Baru aku sedar bahawa aku kini turut berada dikedudukan yang sama dan terikat. Jantungku mula berubah rentak saat melihat sekeliling. Dan saat aku menoleh ke kananku, aku melihat Isabel yang masih belum sedarkan diri turut berada sama sepertiku. Apa yang berlaku? kami diculik?
" Arghhhh!!!!"
Aku menoleh ke arah Zul yang sedang dibelasah. Menitis air mataku saat melihatnya yang nafasnya sudah tercunggap- cunggap.
" Well...well... our first princess dah sedar..."
Aku menoleh ke arah suara itu. Dia yang tadinya sedang bersandar di dinding melihat Zul dibelasah mula melangkah ke arahku. Lalu dia mencangkung di depanku sambil tersenyum. Sinis.
" you're so beautiful. No wonder he loves you!" ujarnya sambil tekun meratah wajahku.
" Speechless huh?? " soalnya sambil tertawa kecil. Sungguh aku tidak sangka. Selama ini aku melihat kerisauan Nicolas mencari musuhnya yang satu itu. Ternyata orang itu begitu dekat dengan kami. Tapi kenapa? apa yang dia dendam dengan Nicolas?
"i'm sorry sweetheart, you have to see this but this is his lesson. Terlalu setia dengan bos dia."
Aku melihat dia bangun kembali lalu melangkah ke arah Zul yang aku tak tahu berapa lama dia mampu bertahan lagi. Sebak aku melihat keadaan Zul sekarang. Aku hanya mampu berdoa agar Zul selamat. Tanpa sedar air mata terus jatuh ke pipi.
" Tskkk... Sakit kan? just simple questions, itu pun kau tak boleh jawab..." ujarnya sambil menggeleng kepalanya.
" Jadi tiada guna aku simpan kau lagi dekat sini..." ujarnya lalu mencapai pistol di pinggang anak buahnya. Sungguh aku tak sangka sejauh itu dia berani lakukan. Meluas mataku saat melihat pistol itu dihala ke kepala Zul.
"Jangan!!" Saat itu aku beranikan diri untuk bersuara. Niatnya hanya satu, ingin niatnya utnuk membunuh Zul dibatalkan.
Dia menoleh ke arahku, lalu tangannya yang memegang pistol itu dijatuhkan. Itu sudah cukup lega bagiku walaupun aku takut melihat langkahnya ke arahku. Makin dekat dan terus dekat.
" Aku yang kau dendam! Lepaskan mereka!!"
Saat itu mataku dan dia menoleh ke arah yang sama. Isabel sudah sedar! Walaupun masih pening, namun aku lihat mata Isabel tidak lepas memandang lelaki itu. Senyuman sinis terbias dibibir lelaki itu lalu langkahnya melencong ke arah Isabel.
" Rise and shine, cariño. " ujarnya sambil memandang tepat ke wajah Isabel.
" As i expected, it's really you!!" ujar Isabel lagi. Aku mengerutkan dahiku. Macam mana Isabel mengenalinya?
" Awww.. its means that you're still remember me,cariño."
" Stop call me sweetheart!!"
" Ouchh!! it's hurt in here..." ujarnya berdrama.
Pang!!!
Meluas mataku saat itu. Isabel sudah terteleng ke kirinya dan saat itu aku melihat ada darah di tepi bibirnya.
" That's a gift for our reunion. " bisiknya keras. Entah kenapa aku dapat lihat api kemarahan dari wajah itu. Ada sesuatu yang aku tidak tahu? Sungguh aku tak mengerti saat ini.
Aku melihat dia melangkah ke arah pintu. Pistol ditangannya sudah dicampak ke atas meja. Dan tanpa sepatah kata dia terus meninggalkan bilik ini diikuti anak- anak buahnya. Aku menoleh ke arah Isabel.
" Ana okay?"
Isabel mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.
" I'm okay,sis. Don't worry." Setelah itu matanya memandang ke arah Zul.
" I'm sorry Zul..." ujar Isabel lalu menangis teresak - esak.
Zul yang separa sedar itu hanya tersenyum nipis.
" Don't worry about me, Saya dah pernah kena lagi teruk dari ini. Nico dan Pedro akan datang selamatkan kita." Ujar Zul perlahan namun dapat didengariku.
Mendengar nama Nicolas membuatkan aku sebak. 'Abang....Sara takut...Tolong selamatkan kami'...rintihku dalam hati, mengharap Nicolas dapat mendengar suara hatiku ini.
************************
Nicolas menongkat kedua tangannya ke meja lalu dia menunduk ke bawah. Masih belum ada berita tentang keberadaan Sara,Isabel dan Zul. Segala yang kemungkinan yang berada difikirannya kini menjadi igauan ngeri buatnya. Dia tidak mampu elak dari memikirkan perkara negatif.
Pintu dibuka dari luar membuatkan dia mendongak dan saat itu dia melihat Pedro melangkah ke arahnya. Terus dia menegakkan tubuhnya.
" We got the location. Aku dah beritahu polis! "
" Aku ikut!" ujar Nicolas. Pedro hanya mengangguk kepalanya.
Terus Nicolas membuka laci paling bawah meja kerjanya itu lalu dua pucuk pistol di keluarkan.
" Kau dah settlekan dengan polis? " Soal Nicolas sambil menyelit pistol itu ke tempat yang sepatutnya.
" Sudah. Tapi pihak polis tak benarkan kita tembak mati mana- mana suspek. Tembak bila perlu sahaja." ujar Pedro. Nicolas mengangguk lalu menyambar jaket kulitnya di kerusi.
Kali ini Nicolas terpaksa terlibat sekali lagi demi orang yang dia sayang. Mujurlah dia memiliki lesen senjata api dan oleh kerana dia banyak membantu pihak polis memerangi urus niaga haram selama ini, Kali ini pihak polis memberi kebenaran untuknya terlibat dalam hal ini. Tanpa menunggu lagi mereka terus bergegas ke lokasi.
************************
Lenguh yang mula kurasai disekeliling pinggangku membuat aku tidak selesa. Oleh kerana berada dalam posisi duduk yang lama membuatkan pinggangku makin lenguh. sudah berejam kaki diikat begini.
" Akak okay?" soal Isabel risau. Aku tersenyum nipis.
" Lenguh pinggang sikit..." aduku...
" Ini semua salah Ana!! Ana tahu dia berdendam dengan Ana! Dan Nico dan akak jadi mangsa!" rintih Isabel.
" Ana... jangan nangis. Ana tak salah dalam hal ini. Mungkin dia berdendam dengan Nicolas. Akak tak sangka selama ini dia dalam semua ini. Kita doa semoga Nicolas dapat selamatkan kita ya. You have to be strong." ujarku. Saat itu Isabel menggeleng. Baru dia ingin bersuara tiba- tiba pintu dibuka dari luar.
Namun saat melihat wajah yang muncul membuatkan masing- masing terkedu.
Hi guys... akhirnya dpt siapkan malam ni.. maaf kerana lama tak update... di sini CE nak minta maaf sebab HMA slow update... ini je yang mampu CE lakukan.. dkt ig ce ada luahkan apa y berlaku dan terima kasih byk pada yang memberi kata smgt pada CE.. i appreciate it..love you guys...sometimes akan ad msa kita rasa down..tp insyaallah CE xkn stop mnulis... thank you semua sudi mnunggu updte HMA..love you ;) pssttt : CE rasa korang dh dpt agk kn siapa 'Dia' tu...
Share this novel