"Miss me, mi hermosa?"
Aku masih pegun memerhati dia di depanku. Aku pasti wajahku kini tidak mampu melindungi riak terkejut.
" It's been a while and now I'm back.." Nicolas bersuara lagi matanya merenung ke lautan di belakangku namun senyuman tidak lekang dari bibirnya. Itu membuatkan jantungku tetap berdegup kencang.
"Nicolas" bisikku perlahan namun dapat membuatkan matanya kembali beralih ke arahku.
" yeah, it's me Nicolas Gonzalo." balasku sambil matanya merenung jauh ke dalam mataku.
" Mana awak pergi selama ni? Setahun awak hilang!" tanpa sedar aku mula beremosi saat menanyakan soalan itu. Mataku mula berkaca namun ku tahan dari tumpah ke pipi. Nicolas tidak perlu tahu apa yang aku rasakan saat ini. Namun apa yang aku harapkan itu mungkin tidak tercapai saat senyuman di bibir Nicolas mengendur. Dari matanya aku seakan dapat lihat rasa bersalah.
" Saya ada cuma public tidak perasan. Dan tidak semestinya harus menonjol ke khalayak ramai untuk membuktikan saya masih hidup. macam yang saya cakap dulu, hilang tak semestinya mati" Balas Nicolas.
"It's really you! you the one who gave me the flowers at cafe, right?" soalku. Dan Nicolas hanya mengangguk tanda mengiakannya.
" Because i miss you so much! Saya jauh namun saya tetap jaga awak,Sara. Even you don't see me but i want you to know that i always have an eye on you"
Tersentak aku mendengarnya. Patutlah dulu kadang-kadang aku rasakan ada yang memerhati, namun aku sangka itu hanya perasaanku saja dan selepas itu aku tidak menghiraukan lagi rasa itu. Rupanya memang ada mata- mata Nicolas!
" Sejak bila lagi awak ada di sini? Jadi awak menghilang ke sini?" soalku ingin tahu.
" Tidak, Saya baru sampai sini minggu lepas. Dan hari ini saya buat keputusan untuk jumpa awak, so I'm here now." Balas Nicolas lagi.
Aku merenung ke wajahnya. Kali ini Nicolas muncul dengan imej yang agak berbeza namun aura yang dia milikki tetap sama. Cuma kali ini wajahnya tidak dihiasi jambang seperti sebelum ini dan aku perasan badannya agak susut sedikit namun masih tegap. Tiba-tiba mataku menangkap segaris parut di bawah rahangnya, agak panjang namun tidak terlalu jelas. Mungkin itu adalah parut yang dia dapat dari kemalangan lalu.
" Macam mana awak boleh kemalangan? Apa yang jadi dekat awak selepas kemalangan itu?" soalku ingin tahu.
Dia bersandar di pohon rhu lalu merenung ke arahku. Senyumannya jelas tawar dibibir, seakan terpaksa mengingati memori pahit itu.
" i just want a peaceful recovery process. then i choose Spain. Banyak perkara berlaku since you left me,Sara. A lots." Aku yang mendengar mengerutkan dahiku. Dia tidak menjawab soalanku. Namun Nicolas buat- buat tidak nampak wajahku yang jelas tidak puas hati. Dan aku bukan tinggalkan dia! Tapi aku pilih untuk pergi kerana aku sememangnya tidak boleh berada disitu.
" I'll tell you what happened but not today..."
Matanya tetap memandangku. Jelas kerinduan yang dapat kulihat dari pandangan matanya. Entah kenapa aku suka melihat renungan itu.
" It's been a year dan awak makin cantik,Sara. "
Merona merah wajahku saat dia memuji. Aku menundukkan wajhku seketika. Cuba mengawal perasaan gemuruhku.
" Macam mana awak tahu saya di sini?" soalku saat mata kami bertaut. Dia tersenyum mendengar soalanku.
" As i said, my eyes always on you. Sejak awak pergi lagi saya tahu setiap yang awak lakukan. I let you go but I'm never let you unwatchable. saya tahu saya dah kacau hak privasi awak but i have to"
Sebuah keluhan ku lepaskan saat mendengar kata-kata Nicolas itu. Tak sangka, aku sentiasa tertanya-tanya tentang dia tapi dia senang je dapat tahu hal aku. Aku tidak mampu berfikir lagi lalu aku mula melangkah dan saat itu Nicolas menahanku.
" Nak pergi mana?" soalnya.
" Balik"
"too soon?"
" Encik Nicolas, dah lewat petang ni. Kejap lagi nak mahgrib!" balasku. Lalu aku mengorak langkah. Nicolas turut melangkah lalu berjalan saing denganku.
" Let's have a dinner together?" pintanya.
" No thanks, malam ni saya ada hal."
" nak buat apa?"
" Personal.."
" What kind of personal?"
Langkahku terhenti. Aku menoleh ke arahnya. keningku dah berkerut melihatnya. Dia hanya membalas renunganku namun jelas wajahnya terpingga-pingga. Sejak bila Nicolas ringan mulut macam sekarang? Dulu dia sangat berbeza. Betul ke Nicolas yang berdiri di sebelahku ini?
" kenapa pandang saya macam tu?" soalnya hairan. Aku tersedar lalu menggeleng kepala.
" I'm sorry i can't. enjoy your stay here. Saya gembira tengok awak dalam berkeadaan baik- baik saja" ujarku lalu melangkah meninggalkannya.
" Can i have your number?" Laungnya pula.
Aku menoleh.
" i think you no need ask my number since you know everything about me." Balasku sarkastik namun saat itu aku melihat senyuman manis Nicolas. Jantungku terus menggila saat itu. Dan tanpa menunggu lagi aku terus melajukan langkah kakiku.
" Teacher!"
Tersentak aku saat itu. Aku menoleh ke arah kanak-kanak lelaki yang sedang berdiri di sebelah mejaku dan ku perasan di tangannya ada sejambak bunga.
" Nah, ada uncle hensem bagi dekat teacher." ujar kanak-kanak itu sambil menghulurkan jambangan itu.
uncle hensem? Aku mengerutkan keningku. Buat pertama kali kanak-kanak yang menjadi mangsa posmen bunga beritahu siapa pengirimnya. Selalunya mereka hanya menghulurkan saja.
" Uncle hensem?" mana Adra jumpa uncle tu?" Soalku.
" Tadi masa Adra nak masuk sekolah, Ibu Adra pun ada masa tu. Uncle tu cakap bagi dekat Teacher Sara." balas Kanak-kanak polos itu.
Aku menjengah ke tingkap namun tiada sesiapa diluar pagar taska ini. Aku menoleh kembali ke arah Adra.
" Terima kasih Adra. Nah, Teacher bagi Adra satu kuntum" Ujarku lalu menarik sekuntum bunga mawar berwarna merah itu lalu diberikan kepadanya. Bersorak gembira kanak-kanak itu lalu menuju ke tempat duduknya setelah mengucap terima kasih.
Ting!
Saat aku meletakkan jambangan bunga itu, telefon bimbitku berbunyi lalu aku mencapai ya.
*** Rise and shine, mi Hermosa. I wish can see your smile, because it's more beautiful than that roses_ N.G***
Tersentak aku saat itu. NG... Nicolas Gonzalo. Aku melirik ke arah bunga itu lalu mesej itu divaca sekali lagi, tanpa kusedar bibirku melengkung ke atas. Ternyata Nicolas bijak dalam menarik perhatianku. Namun ada sesuatu yang aku terfikir. Jika Nicolas yang selalu menghantar bunga kepadaku selama ini, kenapa hari ini baru dia menghantar mesej kepadaku malah kali ini juga ada kad yang terselit? Apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya?
Ting!Ting!
aku tersentak saat telefon bimbitku berbunyi sekali lagi dan kali ini ada panggilan masuk. Terus hilang persoalan dalam fikiranku saat itu. Aku melihat dan ternyata nama ibu di talian. Tanpa menunggu, aku terus menekan butang hijau.
" Assalamualaikum ibu..."
"Waalaikumusalam Sara.. Anak ibu sihat ke?"
" Alhamdulillah sihat,ibu. Ibu,ayah dan along sihat ke?"
"Kami sihat di sini. hurmm...Sara busy ke?"
" Baru nak start mengajar ni,ibu. kenapa bu?"
" owh.. takde pape la, saja je ibu call. Kalau macam tu ibu tak nak kacau la. Nanti Sara free, Sara call ibu ye? ada hal ibu nak cakap dengan kamu."
"Hal apa tu,bu?" Entah kenapa aku dapat rasakan ibu seperti ada sesuatu yang ingin dia beritahu.
" Tunggu Sara free la kita bincang ya. okay lah, ibu tak nak kacau Sara. Nanti jangan lupa call ibu ya. Assalamualaikum..."
" Waalaikumusalam.." Aku melihat skrin telefonku dengan hairan. Hairan dengan kelakuan ibu saat itu. Argh.. mungkin hal biasa aje kut. Aku menjungkit kedua bahuku lalu terus memulakan sesi pembelajaran pagi itu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku melangkah keluar dari kereta. Akhirnya sampai juga setelah lima jam memandu. Memang memenatkan tapi apa yang sedang bermain difikiranku kini lebih memenatkan mentalku. Beberapa hari lepas setelah aku menelefon ibu seperti yang dimintanya namun tidak ku sangka aku akan menerima kejutan besar. Ada orang ingin meminangku!
Dan terus hari ini kamu nekad pulang ke Klang untuk berbincang bersama ibu dan ayah. Siapa yang tiba-tiba masuk meminang? Ibu seakan ingin berselindung bila aku menanyakan siapa lelaki itu, dia hanya berkata bahawa aku mengenali jejaka itu.
Setelah memberi salam, aku melangkah masuk dan saat itu ibu menyambutku sambil tersenyum. Aku terus bersalaman dan ibu terus memelukku. Kami melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bertemu.
" Rindunya ibu dengan kamu. Kenapa makin kurus ni?"
" Kurus apanya,bu. Makin gemuk la, Sana asyik makan keropok lekor je" gurauku. Inu hanya ketawa mendengarnya.
" Jom kita ke dapur, kejap lagi ayah dan along balik kita makan sama-sama." Ajak ibu. Aku meletakkan beg pakaianku ke tepi sofa lalu mengekori langkah ibu.
" Ibu masak apa hari ni? bau sedap betul sampai berbunyi perut Sara."
Ibu tersenyum lalu melangkah ke arah periuk di atas dapur. Aku turut mengekori langkah ibu.
" Wow ketam masak lemak cili padi. Sedapnya,bu!"
" Kan anak dara ibu nak balik, mesti lah ibu masak lauk favourite kamu. Ni ayah yang beria ajak ibu pergi pasar pagi tadi semata mata nak beli lauk fresh untuk anak dara kami."
Terharu aku mendengarnya. Sungguh aku bersyukur kerana ibu dan ayah sentiasa memberikan kasih sayang kepadaku seperti anak mereka sendiri. Aku terus memeluk erat tubuh ibu.
" Terima kasih ibu dan ayah sebab sudi bagi Sara tumpang kasih sayang ibu dan ayah. Sara bersyukur sangat dikurniakan ibu dan ayah dalam hidup Sara." ujarku sebak tiba-tiba. Ibu membalas pelukanku dengan erat.
" Sara tetap anak ibu dan ayah. tiada istilah menumpang. Along dan angah tu abang Sara. Jangan pernah rasa kami ni orang luar. Sara tetap anak ibu sampai bila- bila. ingat tu!" ujar Ibu membuatkan aku tidak mampu menahan air mata lagi. Terus aku menyembam wajahku ke bahu ibu.
" Ni dah kenapa berpelukan depan periuk pulak ni? " Suara ayah kedengaran dan kami terus merungkaikan pelukan sambil tersenyum.
" Ibu lepaskan rindu dekat anak dara dia la tu, abah. Kalau Sara tak balik ni, esok lusa ibu ajak kita pergi Terengganu." ujar Along tersengih.
Aku hanya tersengih lalu tangan ayah disalam.
" Ayah dan along sihat?" soalku.
" Alhamdulillah " Jawab ayah dan along serentak.
Ayah dan along terus mengambil duduk lalu aku membantu ibu menyediakan makan tengah hari. Kami terus menikmati hidangan sambil berbual kosong.
Petang itu ayah dan ibu mengajak aku ke taman di laman rumah. Angin yang sepoi bahasa itu membuatkan petang itu sangat tenang. Aku duduk menghadap ibu, manakala ayah duduk di sebelah ibu.
" Ayah tahu mesti Sara nak tahu tentang pinangan Sara kan?" Ayah membuka bicara. Aku hanya tersenyum nipis tanda mengiakan.
ibu pula kulihat lebih selesa menjadi pendengar. Namun senyuman nipis menghiasi bibirnya.
" Siapa orang tu,ayah?" soalku ingin tahu.
" Dia anak angkat kawan masjid ayah. Sara kenal Imam Syafie? "
Aku mengangguk, siapa tak kenal dengan Tan Sri Syafie, Seorang usahawan tekstile terkenal di ibu kota tapi beliau dah pencen dan sekarang menjadi imam di masjid di perumahan kami. Setahu aku semua anaknya perempuan, Tidakku sangka beliau ada anak angkat lelaki.
" Minggu lepas, Imam Syafie ada jumpa ayah dimasjid dan dia ada tanyakan Sara. Dan tika itu juga dia sampaikan hasratnya untuk merisik kamu bagi pihak anak angkatnya. Dan keesokkan harinya dia sekeluarga datang bersama anak angkatnya untuk berkenalan dengan ayah dan ibu. Terkejut juga kami tapi ayah dan ibu tidak memberi sebarang kata putus kerana ayah nak biarlah Sara sendiri yang membuat keputusan kerana ini semua masa depan Sara." ujar Ayah panjang lebar.
" Jadi kami minta tempoh untuk kami sampaikan hasrat mereka kepada Sara dulu." tambah ibu pula.
" Jika tak silap, Jejaka tu ada cakap yang dia dan kamu dah lama kenal.." ujar ayah lagi.
" Siapa lelaki tu?" soalku dalam debar.
" Ian..."
" Ian??" sebutku dalam hairan. Siapa pula lelaki yang bernama Ian? Setahu aku, aku tidak pernah ada kawan nama itu.
" Oh! lupa pula ayah, Nama dia Nicolas Ian Gonzalo.. Dia anak kacukan Sepanyol dan Sabah. Kata Imam Syafie, Ian baru memeluk Islam setahun yang lalu.. Ayah tengok baik budaknya. Kacak pula tu."
Terus keras tubuhku saat itu. Laju mataku mencari wajah ayah. Betul ke apa yang baru aku dengan ini?
" Siapa?" suaraku antara dengar dan tidak. Namun ayah sempat menangkapnya.
" Nicolas Ian Gonzalo. Sara memang kenal ke dengan dia?'" soal abah kepadaku pula.
Aku tidak menjawab soalan itu. Jujur aku masih terkejut menerima berita ini. Nicolas sudah memeluk Islam? dan sekarang dia meminangku? Aku tidak menyangka Nicolas mengotakan janjinya namun adakah dia benar- benar istiqomah menjadi seorang muslim? Aku tidak mahu dia melakukannya hanya kerana ingin memilikki aku. Aku memicit dahiku dengan sebelah tangan.
" Sara?"
Aku tersentak, lalu aku mencari wajah ibu.
" Sara okay ke?" soal Ibu yang ternyata dapat mengesan perubahan diriku. Aku tersenyum nipis.
" Sara okay,ibu. Sara kenal dia, dia bekas bos Syarikat yang Sara pernah kerja dulu." jawabku jujur.
" Lahh.. Entah-entah dia dah berkenan dengan kamu dari dulu." ujar Ibu sambil tersenyum. Ayah pun turut tersenyum.
" kamu fikirkan dulu. semua keputusan atas tangan kamu. Kami akan sokong semua cuma kalau Sara nak berbincang dengan Ian, ayah izinkan kamu berjumpa dengannya. tengah hari esok dia datang."
" Hah? "
" Tadi Ian call minta izin ayah nak jumpa kamu, ayah pun dah beritahu dia yang kamu balik hari ini. Dan permintaan dia, jika kamu dah tahu dia yang meminang, dia nak jumpa dan berbincang dengan kamu." tambah ayah lagi.
Aku hanya diam tidak membalas. Aku takkan menolak untuk berjumpa dengannya kerana itulah yang aku perlu lakukan sekarang ini. Aku masih terkejut menerima berita ini. Jadi adakah kehilangan Nicolas selama ini kerana dia mendalami Islam?
' i just want a peaceful recovery process. then i choose Spain. Banyak perkara berlaku since you left me,Sara. A lots'
Kata-kata Nicolas tempoh hari terngiang-ngiang di dalam fikiranku. Jadi dia kata dia di Spain hanyalah tipu semata- mata? Entah kenapa hatiku mula merasa marah dan kecewa saat itu.
Aku melangkah masuk ke restoran itu. Mataku melilau mencari wajah yang ingin ku jumpa dan saat mata menangkap susuk tubuhnya yang sedang duduk sambil melihat telefon, aku terus mendekatinya. Makin dekat makin jantungku berdegup kencang. Setelah sekian lama aku tidak melihat dia dalam suit korporat. Tidak dinafikan dia memang kacak pakej rupa dan badan itu cukup untuk menarik mata-mata gadis.
"Assalamualaikum..." Ku lihat dia tersentak lalu laju dia mengangkat wajahnya. Saat mata kami bertembung, bibirnya terus mengukir senyuman.
"Waalaikumusalam...have a seat,Sara." Lembut lidahnya menjawab salamku. tidak bunyi kekok langsung.
Aku mengambil tempat bertentangan dengannya. Matanya tetap merenungku. Aku cuba mengawal perasaan yang agak gemuruh tika ini. Entah kenapa pertemuan kali ini terasa lain. Mungkin kerana apa yang bakal kami bincangkan berkaitan hati dan perasaan.
" Ehem... sorry lambat, Saya tak jumpa restoran ni. Lagipun jalan agak jem tadi." ujarku.
" tadi saya nak ambil, awak tak nak but It's okay. Saya sentiasa boleh tunggu jika yang datang itu awak,Sara." Ujar Nicolas sambil merenung dalam mataku.
Aku tidak mampu melawan renungan itu lalu mataku dialih ke arah luar tingkap. Saat itu ku lihat dia mengangkat tangannya lalu seorang pelayan datang menghampiri meja kami.
" What you would like to drink,Sara?" soal Nicolas lembut ditambah dengan renungan yang redup itu. Pelayan hanya tersenyum melihatku, mungkin dia menyangka kami pasangan kekasih.
" Erm.. bagi saya ice lemon tea satu."
" Makan?" soal Nicolas lagi. Dah rupa dia pula pelayan restoran itu. Kau menggeleng kepalaku tanda tidak mahu.
"that's all," ujar Nicolas kepada pelayan tersebut. Aku melihat setiap gerak dan percakapan dia. Jika dilihat, Nicolas masih sama seperti dulu, berkarisma dan terserlah aura seorang usahawan berjaya. Namun yang membezakan dulu dan kini ialah agamanya dan aku tak pasti jika orang tahu atau tidak. Tapi entah kenapa aku lebih sukakan dirinya yang sekarang, wajahnya seakan-akan lebih berseri dan sejak pertemuan semula kami, Bibirnya kerap kali menguntum senyum.
Sedang aku ralit merenung wajahnya, tiba-tiba mata kami bertembung. Terkedu aku seketika dan saat itu aku merasakan wajahku mula berbahang, segera aku mengalihkan mataku.
" Ehem... " Aku berdehem cuba mengawal rasa gemuruh. Lalu aku memandangnya kembali.
" So, Saya nak berbincang dengan awak tentang hal kita." ujarku.
Dia kulihat menjungkitkan sebelah keningnya sambil menghirup perlahan cappuccino.
"okay.. saya tahu banyak persoalan bermain difikiran awak then you can ask me anything that you want to know. As long i got an answer, insyaallah i will answer it." balas Nicolas bersahaja.
Entah kenapa setiap kali nama Allah meniti di bibir Nicolas membuatkan hatiku rasa tenang. Dalam diam hati aku merasa gembira.
" Awak tak busy ke? "
" urusan kerja boleh saya buat bila masa saja. Sekarang urusan kita lebih penting dan saya tak nak tangguhkan apa yang paling penting bagi saya." Balas Nicolas.
Dalam diam aku terharu dengan kata-katanya. Nicolas kini ternyata jauh berbeza dari yang setahun lepas.
" Apa yang membuatkan awak masuk Islam? sebab saya atau hati awak ikhlas mencintai Islam?" soalku terus. Tidak dinafikan, itulah yang banyak berlegar difikiranku. Aku harap biarlah jawapannya yang kedua. Aku tidak mahu hanya kerana aku dia menerima islam kerana cinta manusia hanya sementara. dan jika cinta itu hilang, hati manusia akan berubah termasuk pegangannya. Namun jika dia menyintai Allah, nescaya cinta itu akan kekal sampai bila-bila.
Nicolas tersenyum mendengar soalanku. Mungkin dia sudah jangka bahawa aku akan menanyakan soalan ini kepadanya.
" Secara jujurnya, pertama kali saya mula mengenali islam adalah kerana awak, Sara. Dulu awak pernah cakap yang cari pemilik hati awak dulu sebelum awak boleh terima cinta saya. Dan saya terus fikir, kalau saya dapat jawapan saya dapat kahwin dengan awak. Sebab masa tu saya hanya fikir cinta dan ingin memilikki awak. Then i try to find it. But i never get the answer." ujar Nicolas sambil tertawa kecil.
" Until i involved in an accident, Saya dah putus asa namun tanpa sedar, Allah dah berikan saya peluang kedua. I meet someone who help me to find the answer."
" Awak kata awak pergi Spain dalam tempoh awak untuk sembuh semula? awak tipu saya?!" cantasku.
" No I'm not! indeed i' m in Spain dan Masa dekat sana saya kenal Imam Syafie. Dia selalu lalui satu taman ni dan dia selalu nampak saya di taman itu. I was sitting there everday until one day, he sit next to me."
Aku terus diam. Kali ini aku makin berminat untuk tahu semua jalan cerita.
" Dia tegur saya. Kenapa setiap hari saya duduk di situ. Dia ingatkan saya menanti seseorang tapi saya balas saya sedang menanti sebuah jawapan. Dia tanya lagi dan saya beritahu dia apa yang awak cakapkan kepada saya. Dan awak nak tahu awak dia balas?" Soal Nicolas kepadaku. Aku hanya diam tapi mataku teguh membalas renungannya.
" He said, find Allah. then you will get the answer. Awak tahu, masa tu saya tanya mana saya nak jumpa Allah? i want to meet him and get the answer! Dan tika itu juga Imam Syafie ketawakan saya. bukan memerli saya tapi lebih kepada terhibur." ujar Nicolas lagi.
" Then he told me everything. Pada mulanya saya rasa awak cuba permainkan saya Tapi Imam Syafie beritahu saya bahawa awak sebenarnya nak saya menerima Islam dengan seikhlasnya sebelum saya menerima awak dalam hati saya. Selepas itu, dari kerana awak hati saya mula terima Islam kerana Allah. Imam Syafie yang mengajar saya mengenal Islam dan saya banyak belajar dari beliau tentang agama yang suci ini. Lama- lama saya mulai sedar bahawa tiada guna jika saya memeluk islam hanya kerana ingin mengahwini awak tetapi tiada rasa cinta terhadap Allah. Alhamdulillah kini saya dah kenal malah turut mencintai pemilik hati awak,Sara." ujar Nicolas panjang lebar.
Bergenang mataku mendengar kisah penghijrahan Nicolas dalam mendalami Islam. Alhamdulillah ya Allah, Kau berjaya bukakan hati Nicolas untuk MencintaiMu.
" Tahniah,Nicolas. Awak seorang yang kuat" ucapku kepadanya. Dia hanya tersenyum, gembira mungkin.
" Dan tentang pinangan saya, Saya hanya ingin tuntut janji awak yang saya boleh milikki cinta awak jika saya temui pemilik hati awak." ujar Nicolas lagi. Aku tersenyum nipis.
" Saya ingat janji itu, Nico. Sentiasa ingat. Dulu, tak pernah terlintas difikiran saya bahawa saya akan menerima awak di dalam hidup saya kerana jurang antara kita cukup besar. Awak dan dunia awak dan saya dengan dunia kecil saya. Saya berkata begitu hanya kerana ingin awak jauhkan diri dari saya. Tapi siapa saya untuk nafikan kuasaNya. Allah dah bukakan hati dan berikan hidayah yang besar kepada awak. Saya gembira dengan awak yang sekarang." Aku berhenti seketika lalu menarik nafas perlahan.
" Mencintai manusia tidak sehebat mencintai Allah. Manusia akan menyakiti hati sesama manusia namun tidak Allah. walaupun UmatNya sentiasa menyakitiNya namun Dia tetap menyayangi hambaNya. Sebab itu saya harap cinta awak kepada Allah melebihi cinta awak kepada saya. Jadi... untuk pinangan awak tempoh hari, saya harap awak dapat berikan masa untuk saya. Saya harap apapun keputusan saya nanti awak boleh terima dengan hati yang terbuka. Jangan sesekali menyalahkan takdir atau sangsi dengan ketentuanNya." ujarku.
Saat itu aku dapat lihat riak wajahnya sedikit berubah namun dia tutup dengan senyuman nipis.
" Demi Allah, I love you,Nur Sara. i just wanna be beside you. Lindungi awak dengan seluruh nyawa saya. i can't afford to lose you again. i never felt love like this before." ujar Nicolas merenung jauh ke dalam mataku. Terkedu aku saat itu.
Tiba-tiba Nicolas mengeluarkan sebuah kotak dari poket blazernya lalu dia membukanya. Sebentuk cincin bertatahkan berlian yang sangat cantik terletak elok didalamnya. Lalu dia menolak kotak itu dekat denganku.
" i know that i supposedly give this ring to your parents but i wanna give it to you by myself. Awak boleh ambil masa yang awak mahukan dan apapun keputusan awak saya terima dengan hati yang terbuka. tidak sesekali saya menyalahkan sesiapa mahupun takdir tapi saya percaya bahawa hati awak Allah yang pegang dan saya yakin apapun keputusan awak, itu semua dari Allah. Saya ikhlas menyintai awak, kehadiran awak memberi saya banyak hikmah dan bawa saya mengenali Tuhan saya. keep this ring, once you get the answer, awak pasti tahu dimana cincin ini patut berada." ujar Nicolas tenang.
Sungguh aku terkedu mendengar kata-kata Nicolas itu. Aku dapat rasai keihklasan dalam kata- katanya. Namun aku tetap perlukan pertolongan dari Allah untuk aku membuat keputusan. Istikharah adalah jalan terbaik buatku tika ini!
pheww...3k++ words.. kali ni pjg skit sbb idea menulis menyala-nyala..hehehe enjoys guys.. come on abg Nico...buat Sara cair meleleh ini kali!..
Share this novel