Dia melangkah keluar dari bilik itu. Saat menutup pintu, Pedro datang menghampiri.
" Macam mana dengan Sara?" soal Pedro.
" She's fine.. Ask Dona to prepare her clothes then send to her"
" Baik.." balas Pedro mengikut arahan.
" Macam mana dengan bangsat dua ekor tu?" soal Nicolas pula.
" Dah settled tapi aku tak tahu mereka bekerja dengan siapa. Mereka hanya dapat upah untuk culik Sara dan bawa dia ke Genting Highlands. Siapa yang bagi arahan itu mereka tidak tahu"
" Then that's your job to find out. Sekarang kau dapat tengok mereka dah mula target Sara, kau faham apa maksudnya?"
" Si,Senor. Mereka ingat Sara orang yang penting dalam hidup kau"
" Dan aku dah makan jerat mereka,Pedro. Mulai sekarang Sara hak milik aku !"
Pedro memandang Nicolas tidak lepas.
" Tapi..."
" i have told you before. Nobody can touch mine! Dan kau rasa dia akan selamat diluar sana?"
" Aku bukan nak bangkang kau tapi kau tak rasa semua ni terlalu awal? " Soal Pedro lagi.
" Sekarang aku rasa aku dah terlambat. Kau rasa kalau kita lambat sesaat semalam apa akan jadi pada Sara?" soal Nicolas tegas.
Dia terus merebahkan punggungnya ke sofa lalu menyilang kakinya.
" Aku takut penerimaan dia. Dan kau jangan lupa,Nico. Dia masih kerja di Wangsa group dan belum graduate lagi. Kalau kau berkeras nak kurung dia di sini, ia akan bawa masalah nanti"
" Aku tahu apa yang aku buat, Pedro! " marah Nicolas.
Pedro mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Dia tidak mampu melawan kata-kata ketuanya itu.
" do you have feeling toward her?" Tiba-tiba suara Nicolas berbunyi sangsi.
Pedro memandang ke arah Nicolas yang tajam memandangnya. Dia tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.
" Aku suka dia seperti adik aku sendiri,Nico. Dia seorang yang baik dan tulus. Aku tak nak dia terlibat dalam dunia yang kotor ni. Dan aku harap kau faham maksud aku, Aku tak nak kau dan dia merana nanti" Balas Pedro.
" Then protect her like you protect your own life"
" I will.."
Pedro tersenyum nipis. Dia memandang Nicolas. Di mata kasar orang luar, Dia hanya pembantu Nicolas namun mereka lebih dari itu. Mereka ibarat adik beradik kandung. Terlibat dalam dunia gangster ini bukan sesuatu yang mudah. Saat dia hampir di bunuh dulu, Nicolas bergadai nyawa selamatkannya walaupun dia hanya orang suruhan biasa namun Nicolas tahu akan kewujudan dia dan dia terus diangkat dan dilatih oleh Nicolas untuk menjadi seperti sekarang ini malah menjadi antara orang kepercayaan dia. dan setelah itu dia mempertaruhkan nyawanya demi Nicolas dan orang yang penting buat lelaki itu.
Tiba-tiba seorang wanita yang memakai uniform pembantu melangkah sambil menatang sesuatu di dalam bakul. Pedro menoleh ke arah wanita pertengahan 30an itu.
" Dona, hantar baju itu ke bilik Senor" arah Pedro.
Wanita bernama Dona itu mengangguk lalu terus melangkah ke arah bilik tidur utama itu. Nicolas yang melihat mengalihkan pandangannya saat ada panggilan masuk dan tika itu dia terus berlalu ke bilik kerjanya dan Pedro turut mengikut langkah itu saat melihat isyarat mata Nicolas.
Aku turun dari katil bersaiz king tersebut lalu aku melihat ke sekeliling bilik tidur mewah itu. Cukup besar dengan cermin kaca yang menghiasi bilik itu membolehkannya melihat panorama kota. Saat ingin melangkah ke tingkap, barulah aku tersedar akan sesuatu yang terhampar di bahu sofa. Ianya tudung milikku. Laju aku mencapai dan menyarungkan ke kepala. Aku melihat lagi, dan saat itu aku perasan akan jam yang berada di atas kabinet tv. Pukul sembilan lima puluh pagi. Maknanya seharian sudah berlalu dan aku tak tahu di mana aku berada.
Kenapa Nicolas bawaku ke sini sedangkan aku tiada kena mengena dengannya? Dan macam mana dia boleh ada ditempat itu semalam?Sehingga saat ini, hatiku berasa tidak enak.
tok! tok!
Aku menoleh saat pintu bilik itu dibuka. Ku lihat seorang wanita masuk sambil tersenyum melihatku. Aku hanya kaku di tempatku berdiri.
"Selamat pagi cik. Saya, Dona. pembantu Senor Nicolas. Ini pakaiannya, segala kelengkapan saya dah letak dalam ni." ujar Dona sambil meletakkan bakul pakaian itu di atas katil.
Saat itu aku melihat mata wanita itu menjeling sekilas sarapan yang turut berada di atas katil. Aku tidak langsung menyentuh makanan itu.
" Kenapa cik tak makan? Dah lewat ni. Seharian cik pengsan, mesti perut tu dah lapar kan?" soal Dona tersenyum lagi.
" Saya dekat mana kak?" soalku.
" Cik dekat rumah Senor Nicolas. Cik jangan risau, makanan ni halal" ujar Dona lagi.
" Saya nak balik.." ujarku kepada Dona.
Riak Dona terus berubah serba salah. Dia mendekatiku lalu menarik tanganku ke katil.
" Cik mandi bersihkan diri dan makan sarapan ni ya? nanti cik boleh minta dengan Senor untuk balik." pujuk Dona.
" Saya takut ." balasku perlahan. Saat itu mataku sudah bergenang air mata.
" Jangan risau, saya ada. dan Senor seorang yang baik. Cik jangan risau.." pujuk Dona lagi.
" Saya keluar dulu, kalau cik perlukan apa- apa, saya ada di luar. Cik pergi mandi dulu ya. Bilik air di pintu sana"
Ujar Dona lalu berlalu ke pintu.Aku melihat pintu bilik itu di tutup dan saat itu terlepas keluhan kasar dari bibirku. Aku melihat bakul yang berada di atas katil. Ada blouse berwarna hijau berserta seluar hitam. Aku belek lagi dan saat itu aku melihat segalanya lengkap termasuk pakaian dalamku. Sesungguhnya aku merasa tidak selesa saat ini namun hatiku lagi tidak selesa berada di sini.
' nanti cik boleh minta balik dengan Senor'
Kata-kata Dona tadi terngiang-ngiang difikiranku. Lalu aku terus mencapai pakaian dan tanpa menunggu aku terus masuk ke dalam bilik air. Aku nekad, selepas bersihkan diri aku ingin berjumpa Nicolas untuk pinta dia hantar aku kembali ke rumah.
Aku membuka pintu lalu kepalaku menjengah keluar. Kosong. Tiada sebarang kelibat sesiapa pun di ruang itu. Aku membetulkan tudung dikepala lalu aku melangkah keluar.
Ruang tamu luas itu dilihat. Dekorasi ringkas namun ternyata mewah. Bukan. calang-calang orang boleh memilikki rumah ini namun dia tahu, seseorang seperti Nicolas Gonzalo pasti boleh memilikki apa- apa saja dengan harta kekayaannya.
Aku melangkah ke satu sudut. ada tingkap serta pintu sliding yang menghubungkan dengan ruang luar. Aku menjenguk keluar dan saat itu aku melihat satu ruang yang dilengkapi satu kolam renang yang agak luas serta ruang santai dengan beberapa sofa khas outdoor. Melihat kepada ruangan itu, aku yakini rumah ini merupakan sebuah penthouse dan ini bukan sebarang penthouse kerana dari situ aku dapat melihat pemandangan hampir keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur.
"Ehem.."
Aku menoleh ke belakang dan saat itu aku melihat seorang lelaki berwajah melayu berjaket kulit sedang melihatku dengan wajah serius. Kedua Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket tersebut. Terkaku aku saat itu. Renungan lelaki itu membuatkan aku rasa tidak selesa.
Dia melangkah menghampiriku dan automatik kaki ku melangkah mengundur.
"buat apa dekat luar? bukan sepatutnya awak berehat dalam bilik ke?" Lelaki itu bersuara.
Tersentak aku dengan soalan itu. Lelaki ini kenal aku? Dan aku pasti dia salah seorang pekerja Nicolas kerana keberadaan dia di penthouse milik lelaki itu. Sudah pasti bukan calang-calang orang boleh masuk ke sini.
"Eh! Cik dah keluar?"
Saat itu kepalaku dan lelaki di depanku itu menoleh ke kiri dan di lihat Dona sedang menatang dulang lalu meletakkan di atas meja makan.
" Dona, mana Senor?" soal lelaki itu pula.
" Dalam bilik kerja dengan Pedro." balas Dona lagi.
Ku lihat lelaki itu mengangguk dan sesaat kemudian lelaki itu menoleh ke arahku. Baru dia ingin bersuara, tiba-tiba ada suara lain yang terlebih dahulu kedengaran.
" Zul ..."
Saat itu aku melihat Nicolas dan Pedro berjalan menghala ke ruang tamu ini. Wajah Nicolas tegang dan matanya tidak lepas memanah wajahku manakala Pedro hanya santai berjalan sambil menyeluk kedua tangannya ke dalam poket seluar.
"Bos!" sapa lelaki yang bernama Zul tadi.
" Pedro, do as i ask just now!" Nicolas mengeluarkan arahan.
"Si!Zul kau ikut aku" ajak Pedro. Lalu Pedro dan Zul berlalu meninggalkan rumah itu dan sekarang yang tinggal hanyalah aku, Nicolas dan Dona.
Aku pula hanya kaku berdiri di tepi sofa mewah itu. Ku lihat Nicolas menghampiriku lalu menilik wajahku seakan mencari sesuatu. Namun sesaat kemudian dia menoleh ke arah Dona yang sedang menyusun makanan.
" Senor, Makanan dah siap" ujar Dona lalu berlalu ke arah satu bilik yang aku tak pasti bilik apa.
Nicolas berlalu menghampiri meja makan. Dab Tiba-tiba dia menoleh ke arahku.
" Come sit here!" suara itu tegas berbentuk arahan membuatkan aku trerus kaku di tempatku berdiri. Entah kenapa aku rasa takut saat itu. Melihat tubuhku yang masih kaku, riak wajahnya berubah tegang.
" Kau nak datang duduk sendiri atau nak aku dukung kau?" soal Nicolas sinis.
Meluas mataku saat melihat Nicolas mula ingin membuka langkah. Laju kakiku melangkah ke arah meja makan dan terus duduk di kerusi yang selang satu dari tempat Nicoals berdiri. Kekok! itu yang aku rasakan saat ini. Dan tika itu tangan lelaki itu menolak pinggan berisi sepinggan spaghetti dan steak ke depanku.
Ruangan luas ini juga dirasakan sempit kerana terpaksa berdua-duaan dengan lelaki itu. Dan tika itu hujung mataku menangkap gerak tubuh Nicolas sedang menikmati makanan yang terhidang. Aku menoleh ke arah depanku dan saat itu spaghetti bersama steak yang terhidang nampak mengiurkan lebih lebih lagi perutku masih belum terisi. Sarapan pagi tadi pun aku tak sentuh walhal Dona dah beritahu bahawa makanan itu halal. Dan sekarang ini pun aku yakin ia halal cuma....
"Makanan tu takkan berjalan sendiri ke dalam mulut kau!" suara Nicolas kedengaran. Aku menoleh ke arahnya dan dia masih menikmati makanannya itu tanpa memandangku.
" It's halal,Sara. "
Aku tahu. Tapi bukan sebab itu aku tak menjamah makanan itu.
"Saya nak balik."
Terhenti pergerakan Nicolas saat itu. Matanya naik memandang wajahku. Aku menelan air liur melihat renungan itu. Sangat tajam sehingga sehingga mataku tidak mampu untuk terus membalasnya. Terus aku jatuhkan pandanganku.
"Eat first then we will talk about it" balas Nicolas.
Tanpa sempat dikawal, keluhan kecil terlepas dari mulutku. Makin mati seleraku untuk makan. macam macam perkara yang ku fikirkan saat ini. Hari ini aku tak ke kerja. Telefon aku entah ke mana. Macam mana kalau ada yang mencariku?
" If you don't eat the food, i assume that you don't want to talk about it"
Aku menoleh, Saat itu Nicolas sedang menghirup perlahan kopi. Aku memicingkan mataku tanda tidak puas hati. Dia ugut aku? Tanpa sepatah kata aku terus menadah tanganku membaca doa dan terus aku mencapai garfu lalu mennikmati spaghetti itu. Aku tahu mata Nicolas tidak lepas melihat aku makan tapi aku abaikan.
Sedang aku makan, Nicolas yang sudah selesai hanya duduk diam sambil melihat aku. Dan saat pingganku licin, aku dapat menangkap senyuman sinis terbias dibibir itu walau pun sekejap. Aku hanya buat tak tahu. Sememangnya aku lapar dan tidak baik membazir. Malah makanan itu terlalu sedap untuk aku bazirkan.
Nicolas terus berdiri lalu meninggalkan meja makan. Dia menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya ke sofa. Aku yang melihat terus mengekori langkahnya.
"Kenapa encik bawa saya ke sini? Saya nak balik"
Aku memulakan kata. Selagi aku diam mungkin aku akan tetap disini.
"you don't know what's going on outside,Sara. you should be grateful because i save you yesterday!" ujar Nicolas lagi.
" saya memang bersyukur dan sangat berterima kasih kepada tuan tapi buat apa tuan bawa saya ke sini? Saya rasa everything dah settled dan saya tak patut ada disini. Kalau encik tak nak hantar saya, it's okay. Saya boleh balik sendiri. Cuma saya minta bawa saya keluar dari sini dan saya boleh balik dengan grab"
Terletus tawa dari bibir Nicolas. Entah kenapa kurasakan tawa itu seakan memerlu diriku. Dia menyilang jemarinya sambil siku
di tongkat ke sisi sofa kulit itu.
"No es tan fácil, hermosa." Nicolas bersuara perlahan.
" Apa encik cakap?" soalku tidak faham.
Nicolas berdiri lalu menghampiri ku. Aku yang pada mulanya cuba tunjuk juat akhirnya gugup saat Nicolas menghampiriku rapat sehingga aku terduduk di sofa. Dia mengepung dengan tangannya diletakkan di kiri dan kananku.
" I'm not gonna send you home dan kau kena tinggal disini! Sebab..."
"Sebab apa?!" cantasku. Aku sudah mula geram dengan perangai lelaki didepanku ini! Dia mendekatkan kepalanya ke tepi telingaku dan terus berbisik.
" Sebab sekali kau muncul, kau hak milik aku!"
Terkaku aku mendengar kata-kata itu. Mataku terus memanah anak mata kelabu itu. Da menjarakkan dirinya dan seakan ingin berlalu.
"Saya bukan milik encik! Dan encik takde hak ke atas diri saya!! Encik tak boleh kurung saya disini!!" ujarku tegas. suaraku juga sudah naik satu oktaf.
Nicolas berpusing ke arahku.
" Itu semua salah kau sebab muncul dalam hidup aku. Dan kau perlu tahu sesuatu, apa yang aku nak aku akan milikkinya. Termasuk kau!"
"Gila!!" Terlepas kata itu dari bibirku dan saat itu aku melihat bibirnya terjungkit.
" Yeah, it's crazy when you deal with someone crazy. Dan Jangan kau cuba- cuba nak keluar dari sini! Mesti kau tak nak sesuatu terjadi pada keluarga kau kan?"
" Awak ugut saya?!" soalku dalam marah. Sudah tiada panggilan Encik buat lelaki itu.
Nicolas hanya menjungkit sebelah bahunya.
" Awak tak ada hak buat saya macam ni Nicolas Gonzalo!! Saya nak balik!!!" Aku sudah menjerit.
Dan sekelip mata Nicolas menghampiriku dan tangan kekarnya sudah mencengkam rahangku, kuat tapi tidak sehingga mencederakanku. Dari dekat itu aku dengan berani membalas renungannya. Aku tidak mahu tunjuk lemah. Dan saat itu aku melihat dia mengetap rahangnya seakan sedang cuba mengawal amarah dirinya.
" Kau tak tahu apa yang sedang berlaku! Dan sekarang aku yang tentukan hidup kau!! Dan kau hanya boleh mengharap orang akan mencari kau sebab mereka takkan cari!!" Ujar Nicolas lalu melepaskan tangannya. Tanpa mempedulikan aku, Dia terus berlalu dari situ.
Aku kaku di sofa itu sehinggalah ada air mata jatuh ke pipiku. Aku menekup kedua tanganku ke muka dan dari tangisan kecil, kini sudah bertukar esakan.
Apa salahku? kenapa dia harus buat aku begini?
Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahuku. Terus aku mengangkat kepalaku dan saat itu wajah Dona menerpa mataku. Dia tersenyum nipis, bersimpati dengan diriku mungkin.
" Cik Sara sabar ya. Maafkan kak Dona sebab tak boleh tolong cik Sara. Tapi Akak akan sentiasa ada dengan Cik disini" pujuk Dona.
" Saya nak balik kak... Saya tak nak duduk sini.." rintih ku kepadanya. Dia terus memeluk diriku, cuba menenangkan perasaanku saat itu.
" Akak tak ada kuasa. Maafkan akak. Mungkin ada sebab Senor buat semua ini dan Akak harap cik bersabar ya. Jangan risau, Senor takkan lakukan benda tak baik pada cik"
Aku tidak membalas, hanya melepaskan tangisan di bahu wanita itu. Saat itu wajah ibu dan ayah mula terbayang dimataku.
*******************
"Ibu...." dia menoleh lalu tersenyum melihat anak teruna keduanya itu menghampiri.
" Dah selesai ke?" soalnya kepada Naim.
"Dah.. harap adalah rezeki Angah nanti."
" Insyaallah.. ibu doa semoga angah dapat bertukar ke sini."
" Amin...." balas Naim tersenyum.
" Sara dah lama ke tak balik sini bu?"
" Dah tiga minggu. Katanya sibuk uruskan hal praktikal dia. Dan semalam dia mesej ibu cakap syarikat hantar dia ke Langkawi untuk uruskan kerja dekat sana." ujarnya lagi. Teringat kembali mesej yang diterima dari Sara. Anak gadisnya itu hanya memberitahu bahawa dia akan ke Pulau Langkawi untuk tempoh yang lama dan sempat meminta maaf kerana tak sempat berjumpa sebelum pergi. Bila dia cuba hubungi, hanya peti suara sahaja kedengaran. Hatinya merasa tidak enak namun dia cuba untuk bersangka baik.
" Patutlah angah pergi rumah sewa dia, takde orang. Rupanya dah ke Langkawi" ujar Naim tersenyum.
Dia hanya tersenyum tapi entah kenapa hatinya tidak enak saat memikirkan Sara
***************
"Kak Dona..."
Dona yang sedang mengemas menoleh ke arahku yang sedang duduk di tepi tingkap di dalam bilik Nicolas yang kini sudah dihuni olehku.
" ya cik Sara..."
" Panggil Sara je. Tak perlu ber cik dengan Sara. urmm... boleh tak Sara nak pinjam telekung akak? Sara nak solat.." ujarku.
Berubah riak wajah Dona saat itu. Jelas serba salah wajahnya.
" Ermm... Akak bukan Islam, Sara. Akak bangsa Kadazan."
terkejut aku mendengarnya. Sungguh aku menyangka wanita di depan Melayu dan Islam.
"Maafkan Sara. Sara ingat akak orang Melayu."
" Tak mengapa. Kejap akak minta Zul bawakan telekung itu ke sini. Dia pasti boleh dapatkannya." ujar Dona berura-ura ingin keluar dari bilik.
Lega aku mendengarnya, Allah hadirkan Kak Dona untuk mrmbantuku.
" Terima kasih kak.." ucapku tersenyum manis.
" Sama-sama. Senyuman Sara sangat Cantik." puji Dona lalu menghilang disebalik pintu.
Aku hanya mendengarnya dan saat itu senyumanku berubah tawar. Senyuman ini tidak mampu menghilangkan lara dihati saya kak.
Aku mengaminkan doa lalu bibirku menyambung memuji nama Allah dan Rasulullah. Aku cuba tenangkan hatiku yang sedih tika ini. Sudah seminggu berlalu dan aku masih disini. Sedaya upaya aku cuba mengelak dari berjumpa Nicolas. Aku tahu lelaki itu sentiasa balik ke penthouse ini dan setiap itu juga aku akan mengunci diriku di dalam bilik.
Aku merenung sejadah tebal dan lembut berwarna hitam itu. Automatik bibirku tersenyum nipis. Terima kasih kepada lelaki bernama Zul yang memberikan telekung, sejadah serta terjemahan Al Quran untuk aku. Malah dia juga menunjukkan arah kiblat kepadaku tempoh hari. Lelaki itu agak peramah dan banyak mulut namun saat aku meminta tolong dia untuk bawa aku keluar, dia menolak kerana kesetiaan dirinya kepada Nicolas. Malah dia pula memujuk aku agar bersabar dan memberi jaminan bahawa Nicolas pasti akan membebaskanku. Aku pula, hanya mampu mendengar sahaja. Sudah muak dengan pujukan Kak Dona dan Zul.
Selesai melipat telekung, Aku melangkah keluar dari bilik. Dari jauh aku kedengaran bunyi bising dari dapur. Saat itu aku melihat Kak Dona sedang bertungkus lumus memasak.
" Nak Sara tolong?"
Dona menoleh ke arahku lalu dia mengukir senyuman dan aku membalasnya.
" Takpe. Dah nak siap dah, Sara dah lapar ke?"
" Tadi tak tapi bila bau masakan Akak, terus jadi lapar. Akak masak tom yam ke?"
" iyalah. adik akak nak makan, mesti la akak masakkan"
makin melebar senyuman aku tika itu. Terus aku menghampirinya dan memeluk erat tubuh langsing itu.
" Terima kasih kak. Terima kasih kerana sentiasa ada dengan Sara" bisikku perlahan.
" iya.. Dah, pergi luar dulu. Nanti dah siap akak panggil " ujar Dona. Aku mengangguk lalu berlalu dari situ.
Sepanjang aku dikurung disitu. Dona sentiasa menemaniku. Dia tidak tidur disitu tapi dia akan datang seawal pagi dan akan balik selepas pukul sembilan malam. itupun sejak aku ada, kalau tidak pukul empat petang dia sudah pulang.
Aku ingin melangkah ke arah balkoni penthouse itu. Saat melintasi meja kopi, tiba-tiba mataku menangkap sesuatu yang berada di atas meja tersebut. Saat itu mataku terpesona melihat ada sekuntum bunga mawar berwarna emas di dalam sebuah bekas kaca yang di tutup kemas. Sangat cantik dan nampak sangat ekslusif. Aku menghampiri lalu aku duduk bersimpuh di tepi meja.
Aku meneliti bunga itu. Sangat menarik dan aku yakin ia sangat mahal kerana bunga mawar itu dilihat seakan hidup dan bercahaya. Jemariku menyentuh kaca itu.
" Golden Rose. It's rare and very limited"
Terhenti jemariku di kaca itu saat mendengar suara garau yang sudah lama aku tidak dengari. Aku tidak menoleh namun aku melihat sepasang kaki berdiri berdepan denganku.
"It's for you" ujar lelaki itu lagi.
Aku berdiri dan mula ingin meninggalkan ruang itu. Namun baru saja aku memusingkan badanku, tiba-tiba ada tangan menyambar lenganku. Tersu aku mencari wajah itu.
" I hate when people not reply to me!" ujarnya keras.
Aku beriak biasa. Tidak takut akan wajah garang itu.
" And i hate people who take my freedoms!!" Aku cuba merentap tanganku namun tidak berjaya. Dengusan kasar terlepas.
" I bought this rose for you! take it!! "
" And. I . Don't. Want. it!!" balasku sarkastik.
" You!!" tanpa sedar Nicolas mengeratkan cengkamannya tanpa sedar. Berkerut seketika wajahku namun sempat ku kawal.
" Awak nak berikan bunga ini sebab apa? sebab nak sampaikan yang saya sama seperti mawar emas itu? terkurung di dalam bekas yang awak sediakan!? begitu!? " Soal ku tepat ke matanya.
" Apa yang saya ada sehingga awak kurung saya macam ni, Nicolas!? saya bukan anak billionaire! bukan anak mafia! Saya hanya anak yatim piatu!! kenapa saya harus jadi tahanan awak?!" soal ku Keras.
Nicolas menarik lenganku rapat sehingga hampir saja aku terpeluk dirinya.
" Because you are mine! kau Hak milik aku! Sejak dari hari itu!!"
" Hari apa?!" soalku hilang sabar.
" Mungkin kau lupa, tapi tidak bagi aku, hermosa!"
" Apa maksud awak?"
" Ayúdame, porfavor. did you remember that?" soal Nicolas Perlahan.
Aku mengerutkan keningku sehinggalah mataku tiba- tiba meluas.
Tidak!!!
ayokk apa yang ce tulis pon xtau..hahaha harap korang puas hati...story kali ni memang slow updte ya..harap readers dpt sbr menunggu..love you all..
Share this novel