BAB 19 - WILL YOU MARRY ME?

Romance Completed 123515

Jari di angkat ke bibirnya yang berselindung di sebalik topeng muka yang dipakainya. Namun matanya sudah cukup membuatkan kami kenal.

" Pedro...." Panggil Isabel perlahan. Wajahnya sudah basah dengan air mata.

Pedro melangkah ke arah kami setelah pintu ditutup dan terus dia merapati Isabel lalu ditarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya.

"No llores, estoy aquí para ti."
( don't cry, i'm here for you.)

Makin kuat tangisan Isabel saat itu. Aku juga sayu dan merasa lega saat melihat Pedro. Jika Pedro berjaya menyelinap masuk ke sini? adakah Nicolas juga ada bersama?

" Are you okay, Señora?" suara Pedro membuatkan aku tersentak.

" Saya okay. Cuma Zul..." Saat itu mata Pedro menoleh ke arah Zul yang menunduk itu. Terus dia melangkah ke arah Zul.

" Bro! stay awake! Medic on the way."

" Aku okay! kau selamatkan Sara dan Isabel dulu..." ujar Zul lemah.

" Macam mana awak boleh masuk ke sini?" soalku.

" Long story... i'll tell you later..."

" Nicolas ada sekali?"

Pedro memandang ke arahku lama baru dia mengangguk kepalanya. Entah kenapa pandangannya membuatkan aku kurang enak. Sesuatu berlaku pada Nicolas ke?

" Is he okay?" soalku takut.

" He's fine. Don't worry, Señora." Ujar Pedro sambil merungkai ikatan tangan kami.

Setelah itu dia memapah Zul. Namun baru saja ingin melangkah, pintu bilik ditendang dari luar. Terkedu kami semua dan saat itu Isabel terus memelukku serta melindungi aku disebalik tubuhnya.

" Sial!!!"

Saat itu beberapa lelaki berbadan besar melangkah masuk dan tentunya Pedro menjadi target mereka.

" Kau jangan ingat kau boleh lari!!"

Sempat Pedro meletak Zul kembali ke kerusi. Dan tak sampai seminit dia diserang dua lelaki tersebut. Namun ketangkasan Pedro dapat mengelak serangan dari musuh. Malah dua lelaki itu jatuh tersungkur saat dibelasah Pedro. Beberapa hentakan dan sepakan akhirnya Dua lelaki itu terus tidak sedarkan diri.

Tidak sanggup aku melihat pergaduhan itu. Ngeri. Setelah yakin, Pedro kembali dapatkan Zul dan Isabel pula terus menarik aku keluar dari bilik itu. Saat keluar dari bilik itu barulah aku dapat lihat keadaan sebenar, Beberapa penjahat sudah terbaring tidak sedarkan diri di lantai. Aku tak pasti mereka masih bernyawa atau tidak. Namun aku tidak nampak dia. Kemana dia pergi?

" Sara, cepat!" Suara Pedro menyedarkan aku. aku menoleh ke arahnya. Isabel juga sudah berada disamping Pedro saat itu.

" Mana Nicolas?" soalku ingin tahu.

" Mi Amor..." Saat itu aku terus menoleh ke arah suara itu. Nicolas dilihat berdiri di muka pintu gudang yang menjadi markas penculikan kami. Nicolas dilihat melangkah ke arahku dan tanpa menunggu terus melangkah ke arah Nicolas sambil air mata jujur ke pipi.

Namun tidak kuduga tiba- tiba lenganku direntap kasar dan sempat kulihat mata Nicolas meluas. Dan sekelip mata aku dirangkul kasar oleh 'dia'. Lengannya berada dileherku manakala pistol ditangannya sebelah lagi tepat dihala ke tepi kepalaku.

" Not so fast, sweetheart..." ujarnya ditepi telingaku. Terus mengigil seluruh tubuhku saat itu. Aku juga dapat lihat Nicolas mengepal kedua tangannya dan rahangnya diketap.

" Akhirnya... kau muncul juga! Dah puas jadi pengecut?" ujar Nicolas sinis.

" Aku bukan pengecut tapi aku bijak! bijak dalam menghancurkan hidup kau!!"

" Lepaskan isteri aku! Darius!!!"

Saat itu aku mendengar tawa kuat dari Darius. Ya! Selama ini dia yang menjadi dalang untuk semua yang berlaku. Aku tak mengerti, bagaimana Darius boleh berdendam dengan Nicolas sedangkan ayahnya Tan Sri Malik dan Nicolas mempunyai hubungan bisnes yang sangat baik.

" Aku atau kau pengecut, Nico?! Dari dulu kau memang lemah! Lemah saat tidak mampu buat apa- apa bila aku bunuh Mak bapak dan adik kesayangan kau!"

" Darius!!!!!!" Jerkah Nicolas saat itu. Memerah muka Nicolas saat mendengar kata- kata Darius itu. Isabel juga dilihat sudah terduduk dan meraung mendengar akuan Darius.

" Papa aku puji kau! Dan aku terpaksa tahan perasaan benci aku saat kau muncul didepan aku! Kalau ikutkan hati aku, memang berkecai kepala kau. Tapi aku takkan puas tengok kau mati. Dan aku rasa aku lagi puas tengok muka kau saat aku bunuh isteri kau ni, kan Sara?" soal Darius kepadaku. Aku tidak menjawab namun mataku tetap merenung ke arah Nicolas. Sebak aku melihat wajah Nicolas saat ini. Penuh dengan amarah dan kekecewaan. Marah kerana kini dia mengetahui pembunuh ahli keluarganya dan kecewa saat selama ini dia tidak sedar bahawa musuhnya begitu dekat dengannya.

" hey mi Cariño... " Darius memanggil Isabel yang tajam memandangnya.

"thanks for two years love relations that you gave me. Tapi aku tak pernah cintakan kau. Aku hanya gunakan kau untuk lebih tahu tentang Zalos. Kau tak pernah beritahu aku tapi sebab kau, orang Zalos percayakan aku!"

" You bastard!!"

" Shhh...shhh!! Jangan bising, Aku tak suka orang bising- bising. Nanti aku akan buat sesuatu yang luar kawalan aku!" bentak Darius lalu dia menekan pistol di tepi kepalaku membuatkan aku terteleng ke tepi. Makin tajam mata Nicolas menikam wajah Darius saat itu.

" Apa yang kau dendam dengan aku?!" Soal Nicolas kembali.

Bibir Darius menyinis.

" Kau tanya aku? Mustahil kau dah lupa apa yang kau buat!! Oh! Kau kan dah warak sekarang. Mungkin kau dah lupa... Meh sini aku kasi refresh balik otak kau!"

Aku hanya diam mendengar, Dari hujung mataku, sempat aku lihat Pedro yang mula melangkah saat melihat Darius leka bercakap dengan Nicolas.

" Kau mungkin boleh lupa tapi aku takkan lupakan kesengsaraan aku!!!"

" Disebabkan jantan seperti kau, Mia berpaling tadah!!!"

Berubah wajah Nicolas saat mendengar nama Mia disebut. Entah kenapa aku dapat lihat ada satu rasa yang terlihat dari wajah itu. Adakah Nicolass masih ada perasaan terhadap Mia? Tidak,Sara! kau tidak boleh ada rasa cemburu terhadap orang yang telah tiada! aku kena yakin dengan cinta Nicolas.

" Kenapa? Pelik macam mana aku boleh kenal bekas kekasih kau tu?" Soal Darius sinis membuatkan aku kembali memandang ke wajah Nicolas.

" Aku kenal dia lebih lama dari kau kenal dia! Aku korbankan apa saja demi dia! Tapi lepas kau muncul, dia buang aku macam sampah busuk!! Setiap kali aku tengok dia ketawa dengan kau ibarat satu peluru tembus badan aku!! Aku benci tengok dia bahagia dengan kau dan aku paling benci tengok kau ketawa disamping dia!! Kau nak tahu apa aku buat lepas tu?" soal Darius lagi.

" Aku join El Cosa!!! musuh nombor satu Zalos...."

" Jadi selama ni kau...."

" Ya, aku Drac! orang kanan Carlos!.. Senang cerita, aku nak hancurkan kau. Dan Cosa nak hancurkan Zalos! so aku gunakan peluang yang ada ni. Dan kau nak tahu satu fakta menarik?" soal Darius tersenyum sinis.

" Tugasan pertama aku yang paling cemerlang ialah aku dapat bunuh tiga anggota keluarga Gonzalo...."

" Tak guna!!!" jerit Isabel marah.

Nicolas tidak mampu menahan lagi amarahnya. Dengan wajah yang sangat bengis dia menarik pistol dari belakang pinggangnya ingin menembak Darius dan dalam masa yang sama sekelip mata Pedro yang sudah bersedia dari belakang menyambar tangannya yang memegang pistol itu lalu dikilas ke belakang.

Dalam kekalutan itu, akhirnya aku terlepas dan laju Nicolas menyambut tubuhku dari menyembah bumi.

" Abang...." Aku memeluk erat tubuh Nicolas saat itu.

" I'm here, Mi amor..." balas Nicolas lalu mengucup kepalaku.

"Arghhh...sial!!" Saat itu aku dan Nicolas berpaling ke arah suara itu.

Dilihat Darius mula melawan tumbukan Pedro namun ketangkasan Pedro dapat mengelak dari tangan Darius menyentuh tubuhnya. Pedro membuat serangan demi serangan namun tiba- tiba Darius dapat peluang dan terus dia menendang perut Pedro sehingga jatuh terbaring. Terus saja dia menuju ke pintu keluar. Nicolas yang melihat tidak akan biarkan Darius terlepas. Terus membuka langkah namun aku terus menyambar lengan Nicolas.

" Abang...jangan..jangan tinggalkan Sara!" ujarku bersama linangan air mata.

" Abang takkan lepaskan Darius. Dia harus ditangkap!!" Tegas Nicolas.

Terus Nicolas melepaskan genggaman tanganku dan terus berlari keluar.

" Abang!!!" jeritku namun aku hanya melihat langkah kaki Nicolas saat itu. Hanya tolehan buat kali terakhir sebelum Nicolas menghilang. Aku tidak tunggu lama lalu mengekori jejak Nicolas sambil ditemani Isabel. Manakala Pedro yang baru bangun itu terus mendapatkan Zul.

Darius yang terkocoh-kocoh lari itu tidak sedar bahawa Nicolas sudah berada dibelakangnya. Dan dengan sekali tendangan, Darius terus tersungkur jatuh. Hujan mula membasahi bumi tika itu.Nicolas terus mendekati Darius yang terbaring itu.

" Kau ambik nyawa keluarga aku!"

Seraya itu satu sepakan mengenai perut Darius.

" hanya kerana cinta buta kau?! Kau bunuh Mia!"

Satu lagi sepakan dihayunkan oleh Nicolas.

" Kau permainkan cinta adik aku!! "

"dan Kau sentuh isteri aku!!"

Terus Nicolas memijak tangan Darius sehingga meraung lelaki itu. Tanpa menunggu,terus Nicolas mencengkam baju Darius sehingga lelaki itu terpaksa berdiri. Aku hanya mampu melihat Nicolas yang dalam amarah yang cukup mengerikan. Jelas Darius sendiri tidak menyangka bahawa Nicolas akan bertindak sedemikian. Darius yang sudah nyawa- nyawa ikan itu tidak mampu berdiri hanya terbaring.

Nicolas mencangkung di depan tubuh Darius itu lalu saat itu aku mendengar dengan jelas kata-kata Nicolas.

" Orang seperti kau tidak layak hidup di atas dunia ini! Kau terlalu mendongak ke atas sehingga kau lupa Tuhan itu sentiasa melihat!!!"

Saat itu aku dapat lihat sesuatu di tangan kanan Nicolas. Meluas mataku saat melihat sepucuk pistol dihala ke arah kepala Darius. Tidak! Nicoals tidak boleh membunuh! Aku tidak mahu dia melakukan perkara itu. Laju aku menghampirinya.

" Abang! jangan!!" jeritku mengharapkan dia tidak melakukannya. Saat itu Nicolas menoleh ke arahku dan jelas dia dapat memahami isyarat mataku.

Lalu dia berdiri. Aku menghampirinya lalu memeluk erat tubuh tinggi itu.

" No! tolong jangan. Sara tak nak abang lakukannya."

Seakan tersedar akan keterlanjurannya. Kemarahannya membuatkan dia leka dan terhasut dengan bisikan syaitan. aku mendengar Nicolas beristifar beberapa kali.

"Lo siento! I'm sorry, mi amor." ujar Nicolas lalu memelukku erat. Sempat aku menjeling tubuh Darius yang terbaring lemah itu.

Nicolas terus membawa aku ke tempat teduh. Saat itu pihak polis terus menangkap beberapa penjenayah tersebut. Kami terus meninggalkan Darius yang aku yakin sudah tidak berdaya lagi.

Namun tiba- tiba aku melihat Pedro berlari ke arah kami dengan wajah yang cemas.

" Sènor! watch out!!"

Belum sempat aku dan Nicolas menoleh ke arah belakang, tiba- tiba Pedro terus berlari ke belakang Nicolas dan saat itu dua das tembakan kedengaran. Aku dan Nicolas masing- masing terkedu saat itu. Namun meluas mata Nicolas saat melihat badan Pedro memberat ke arahnya berserta jeritan kuat Isabel.

Pedro rebah dan tubuhnya sempat disambut Nicolas. Sungguh aku terkejut melihat semua itu. Ia terjadi terlalu pantas sehingga aku tidak mampu untuk memberi sebarang reaksi. Aku melihat Pedro yang terbaring itu. Darah merah mula membasahi tshirt disebalik jaket kulitnya itu.

"Espera, Pedro!"
(bertahan, Pedro!")

Nicolas memangku Pedro yang sudah lemah terbaring. sempat ku lihat tubuh Pedro yang terkena dua das tembakan. Satu tepat di dada kanannya dan satu lagi di lengan kirinya.

" Rasakan!!! hahaha...." Saat itu terdengar jeritan Darius. Dia sudah di gari oleh pihak polis itu tersenyum sinis memandang ke arah kami.

"Pedro!!"

Isabel terus menerpa ke arah Pedro. Mengeletar tangannya saat menyentuh tangan Pedro yang berada di tempat tembakan itu berlumuran darah.

" Pedro! don't close your eyes! please stay strong!....." rintih Isabel lalu menekup kedua tangannya ke pipi Pedro.

Aku lihat mata Pedro yang hanpir tertutup itu memandang tepat ke wajah Isabel. Lalu tangannya naik mengapai tangan Isabel.

"Te quiero mucho, Isabel Ana.."
( i love you so much, Isabel Ana)

ujar Pedro dalam lemah. Makin banyak air mata Isabel gugur tika itu.

"si realmente me amas ¡Tienes que vivir! porque yo también te quiero, Pedro."
(kalau awak betul-betul cintakan saya. Awak kena terus hidup! sebab saya juga cintakan awak,Pedro.)

Saat itu bibir Pedro tersenyum. Tangannya erat mengenggam tangan Isabel sehingga kami semua melihat pasukan medik tiba lalu menerpa ke arah Pedro. Sempat aku lihat Zul dibawa keluar oleh pasukan perubatan.

Pedro diberikan bantuan dengan segera lalu Nicolas terus menerpa ke arahku. Erat pelukannya namun itu membuatkan aku rasa lebih tenang.

" Alhamdulillah....Let's go, mi amor..." bisik Nicolas perlahan. Tanpa melepaskan pelukannya. Tiba- tiba Aku dicepung oleh Nicolas membuatkan aku tersentak.

" Abang, Sara okay dan boleh jalan sendiri. Abang kan cedera.."

" It's okay,sweetheart. you've been through this worst. now i want you to rest. For our baby.." ujar Nicolas. Aku mendengar terus melentok kepalaku ke dada Nicolas.

" Sara tak dapat bayangkan kalau Sara tak dapat jumpa abang lagi. i love you,abang..." Ujarku perlahan namun aku yakin Nicolas mampu mendengarnya. Tika itu tubuhku merasa sangat letih.Perlahan- lahan mataku terpejam namun sempat aku mendengar suara Nicolas.

" and i can't afford to lose you,mi amor because i love you more..."
. .
. .
. .
. .
. .
.

Sebulan Berlalu.......

Dari jauh aku melihat tubuh sasa itu merenung ke luar jendela. Aku tahu apa yang dia rasakan tika ini dan dengan perlahan aku mendekatinya. Aku tahu dia sedar akan kehadiranku namun aku tetap juga mendekatinya lalu aku memeluk tubuh itu dari belakang.Erat.

" Abang okay?" Soalku sedangkan aku tahu apa yang ada di dalam hatinya. Dia memusingkan tubuhnya menghadapku lalu sebuah kucupan hinggap di dahiku sebelum dia memeluk erat tubuhku.

" I'm fine.." Jawabnya perlahan.

Aku menggosok perlahan belakang badannya. Cuba untuk mengalirkan secebis ketenangan untuknya.

" He's still in coma..." ujar Nicolas lagi. Aku tahu siapa. Pedro masih lagi tidak sedarkan diri. Tidak sangka tembakan Darius tempoh hari terkena organ penting dan akibat kecederaan tersebut, doktor memutuskan untuk tidurkan Pedro buat seketika. Dan Isabel jua yang sentiasa berada di disisi lelaki itu. Jelas rasa cinta yang dapat dilihat oleh Isabel saat itu. Dia tidak putus-putus berada disisi Pedro.

Nicolas juga turut terkesan akan keadaan Pedro. Selama ini, kemana Nicolas ada, Pedro akan menjadi bayang-bayangnya. Walau luaran mereka berdua bos dan pekerja, tapi aku tahu Nicolas menganggap Pedro seperti darah dagingnya sendiri. Dan pengorbanan Pedro menjadi penghalang Nicolas dari terkena peluru itu membuktikan bahawa dia sanggup pertaruhkan nyawanya demi Nicolas dan Isabel.

" Kita doakan agar Pedro kuat. Insyaallah, semoga Allah perkenankan doa kita..." ujarku.

Dan saat itu aku dapat rasakan gerakan kepala Nicolas yang mengangguk. Tiba-tiba aku dapat rasakan tendangan anakku dan aku rasakan tubuh Nicolas mengeras saat itu.

" Did you feel it too?" soalku.

Nicolas melongkarkan pelukan lalu matanya tepat memandangku. Senyum manis diberikan lalu dia mengangguk. Tangan kanannya laju naik menggosok perutku yang sudah berbukit itu.

" Anak daddy so strong... Thank you sebab kuat dengan mummy.." bisik Nicolas ke perutku dan saat itu aku rasakan anakku menendang lagi. Makin Melebar senyum Nicolas saat itu. Lega aku rasakan saat itu, sekurang-kurangnya agak kegembiraan yang dapat mengubat rasa sedih itu.

" We're strong because we love daddy so much" balasku tersenyum.

Terus Nicolas memelukku.

" Thank you, mi amor.." bisiknya lalu mengeratkan pelukannya. Dan aku dengan senang hati membalas pelukan hangat itu.

Aku duduk di kerusi yang tersedia. Lalu terus aku membalas senyuman nipis yang diberikannya. Aku tahu, dia masih lagi dapat rasai kesakitannya. Nicolas sudah menceritakan semuanya. Dan disebabkan lelaki didepanku inilah, suamiku dapat menjejaki kami semua semasa kejadian culik tempoh hari.

Ya, ini semua jasa Zul. Sungguh aku terkejut saat Nicolas menceritakan bahawa Zul sanggup menyerah ketika diculik tempoh hari kerana ingin mendapatkan koordinat lokasi aku dan Isabel dibawa oleh Darius.

**************

" Macam mana abang dapat jejak lokasi kami?" soalku ingin tahu. Kerana tempoh kami diculik tidak terlalu lama. Dan aku juga terkejut saat lihat Pedro berjaya masuk ke bilik kami dikurung.

" Zul..."

" Zul??"

" Yup, Abang dapat trace location base on his phone. Kami ada satu apps yang bolehkan abang trace semua staff abang. either phone or tracker.. cuma dalam kes sayang, Zul sangat bijak. dia simpan tracker tu di dalam kasutnya so orang Darius tidak terfikir tentang hal itu dan dia menyangka hanya phone saja cara kami dapat jejak."

"Kalau sayang nak tahu. selain Pedro, Zul antara anak buah abang yang terbaik. Dia takkan pernah tewas dalam perlawanan kecuali dia yang nak kalah. Dan dalam kes ini, he choose to lose sebab dia nak abang tahu lokasi sayang dan Ana." Tambah Nicolas.

" He sacrified his live to save me and Ana." ujarku perlahan.

" Indeed,mi amor. Sebab itu dia selalu menjadi pilihan abang untuk lindungi Sara dan Isabel selain Pedro."

" Sebab Sara, Zul cedera parah..."

Nicolas menarik aku ke dalam pelukannya.

" Shh... it's not your fault,mi amor... Zul ikhlas buat semua tu demi Sara dan Ana. Dia anggap sayang dan Ana seperti adik- adiknya sendiri."

***************

" Thank you...." Aku bersuara sambil memandang tepat ke dalam mata Zul.

Zul pula hanya tersenyum nipis. Dia membetulkan duduknya agar lebih selesa.

" my loyalty for Nicolas. I will protect what he love, especially he loves the most. Saya patut ucapkan terima kasih pada awak,Sara. "

Aku mengerutkan dahiku dan Zul yang melihat tertawa kecil. Sungguh aku tak faham kata- kata Zul. Berterima kasih padaku?

" Terima kasih kerana membuatkan Senor bahagia. Bila awak muncul dalam hidup Sènor, i can see he's alive. Sebelum ini dia seperti seorang manusia yang tidak punya perasaan. Tapi kerana jasa sènor yang menyelamatkan saya membuatkan saya terus bernafas ke hari ini." Aku mendengar luahan kata- kata Zul.

" Dulu saya orang yang tak berguna. mencuri, menipu dan merompak rutin hidup saya. Penjara ibarat rumah kedua. Namun saat nyawa saya dihujung picu pistol, Nico muncul dan itu adalah asbab untuk saya menjadi seperti sekarang. Dia trained saya jadi bodyguardnya dan dia juga selalu ingatkan saya agar tidak lupakan tuhan. Walaupun kami berlainan agama tika itu, dia tidak pernah menghalang. Dan kalau awak nak tahu, saya tak pernah bunuh orang. Tugas saya hanya melindungi dan membela diri. Sebab Nico tahu Islam haramkan pembunuhan." tambah Zul lagi.

Sungguh aku terkejut mendengar kata- kata Zul itu. Sesungguhnya Allah sudah mula berikan hidayah kepada Nicolas sebelum kami bertemu lagi.Alhamdulillah.

" Dan saya paling gembira saat Nico peluk Islam. Seperti saya mendapat seorang abang seagama dan Nico ternyata lebih hebat dari segala segi berbanding sebelum keIslamannya. "

Aku tersenyum nipis, cuba menahan sebak terharu mendengar kata-kata Zul. Betul, Nico sekarang lebih hebat sempurna. Islam banyak mengajarnya untuk menjadi insan lebih baik, bukan dimata manusia tapi di mata Allah. Setiap malam tidak putus aku melihat Nicolas bangun solat sunat dan pernah aku mendengar rintihannya agar Zul dan Pedro cepat sembuh. Di depan orang dia tenang saja tapi saat menghadap Allah, dia luahkan segalanya. Apa yang Nicolas lakukan itu membuatkan aku begitu bersyukur Allah mengurniakan seorang suami sepertinya. Dan aku tidak akan pernah menyesal menyintai dan menjadi milik kepada Nicolas Ian Gonzalo.

Laju langkah kami bertiga menuju je arah wad kelas pertama itu. Isabel terlebih dahulu menerjah masuk diikuti aku dan Nicolas yang sentiasa menjaga langkah kakiku. Kandungan aku yang sudah hampir lapan bulan itu menyukarkan pergerakanku. Mungkin kerana perutku yang sangat besar dan juga puncanya yang masih aku rahsiakan dari Nicolas.

"Pedro?"

Isabel duduk di birai katil sambil merenung tepat ke arah Pedro yang duduk separa baring itu. Mata mereka bertaut lama.

" It's me, Isabel..." ujar Isabel lagi.

Aku tersenyum lucu, Nicolas pula sudah menggelengkan kepalanya. Pedro juga sempat aku lihat dia menahan senyum lucunya namun sesaat wajah kosong ditayangkan.

Isabel yang ternyata tidak dapat menangkap agenda Pedro yang ingin mengusik terus mula mencebik bibirnya ingin menangis.

"Nico, Pedro ya no me conoce!"
(Nico, Pedro doesn't know me anymore!)

Ujar Isabel lagi terus menekup wajahnya.

" Si aun te conozco mi hermosa."
(yes, i still know you my beautiful)

Terus Isabel mengangkat wajahnya memandang ke arah Pedro yang sudah tersenyum.

" Awak tak lupa ingatan?" soal Isabel dalam bahasa sepanyol lagi.

" Who said that?" Nicolas pula menyampuk sambil menyilang kedua tangannya ke dada.

" I think after a person wakes up from a coma, he will lose his memory" balas Isabel lagi membuatkan aku tidak mampu menahan tawaku. Terus tawaku bergabung bersama tawa Pedro. Wajah Nicolas pula seakan redha dapat adik perangai seperti Isabel.

" Such a drama queen!" Omel Nicolas.

"But..." Baru saja Isabel mahu membalas, Pedro terus menyampuk.

" I'm okay, sweetheart. I still can remember everything. And i dont want to lose my sweetest memory ever. the time you confess your love to me."

Terus merona wajah Isabel saat itu terus wajahnya ditundukkan. Pedro tersenyum lalu jarinya menolak dagu Isabel agar dia dapat melihat mata cantik gadis itu. Meluas mataku saat melihat wajah mereka merapat. Aku tahu aksi yang bakal dilakukan mereka berdua. Laju aku menoleh ke arah lain.

" Seriously? you guys don't try to make my wife's eye dirty! and please get married!" sindir Nicolas menyampah. Sempat Nicolas menarik aku ke dalam pelukannya. seakan melindung mataku dari melihat adegan yang belum terjadi lagi.

" as you said so, Nico. Isabel Ana Gonzalo, will you marry me?" soal Pedro memandang tepat ke dalam mata Isabel. Jelas wajah terkedu Isabel saat itu. Belum lagi aku dan Nicolas yang menjadi saksi sudah ternganga mendengar lamaran luar alam Pedro itu.

" Kau biar betul Pedro?" soal Nicolas tidak percaya.

" Betul la ni!" balas Pedro pula.

" Masa koma kau ada dapat bayangan pelik ke? sampai bangun-bangun teurs melamar adik aku?"

" Nico! can you please shut your mouth! this is my moment!" marah Isabel pula.

Baru sja Nico ingin membalas, Aku terus menarik lengan Nicolas agak kami keluar dari wad tersebut. Walaupun Nicolas seakan tidak mahu tapi akhirnya kami berada di luar wad sekarang.

" Kenapa sayang tarik abang keluar? " Soal Nicolas tidak puas hati.

" That's their moment. Biarlah ia jadi kenangan manis bagi diaorang." Balasku sambil duduk di kerusi. lenguh kakiku berdiri lama-lama.

" Are you okay, mi amor?" Soal Nicolas risau saat melihat wajahku yang sedang berkerut.

" okay, rasa lenguh je.."

" let's go home, you should have a good rest..." ajak Nicolas lalu memimpin tanganku ke lif.

Saat sampai dilobi hospital, driver Nicolas sudah sedia menunggu kami. Lihat kelibat kami, laju dia membuka pintu penumpang bahagian belakang. Aku masuk dan saat Nicolas ingin menutup pintu, tiba-tiba ada suara garau memanggilnya. Seraya kepala aku dan Nicolas menoleh ke arah tersebut. Terkaku aku melihat wajah itu, namun Nicolas hanya beriak tenang.

" can i have your time for a while?" Soal suara itu. Dan tika itu aku dapat rasakan suasana yang agak tegang tika itu.

" Sure, Tan Sri Malik. We meet at my office at three." ujar Nicolas lalu terus dia menutup pintu kereta di sebelahku.

Tak sampai seminit, Nicolas sudah berada di sebelahku dan sempat aku melihat Tan Sri Malik berdiri di tempat yang sama saat kereta kami menjauh. Tetap memandang ke arah kami. Aku menoleh ke arah Nicolas. Walaupun setenang mana wajah yang cuba dia tunjukkan, aku tetap rasa hatinya berlawanan. Jelas Nicolas sedang menahan rasa dengan mengetap kuat rahangnya.

" Kenapa Tan Sri Malik cari abang? it's everything okay, abang?"soalku sambil mengenggam tangannya. Dan dia membalas genggamanku erat lalu tersenyum nipis. Sebelah tangannya naik membelai pipiku. Kebisuannya merunsingkan aku.

Adakah ia masih belum selesai?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience