BAB 4 - JODOH

Romance Completed 123515

Aku merebahkan tubuhku ke katil. Lega rasanya dapat baring setelah seharian penat bekerja. siling bilikku itu dipandang. Entah kenapa kejadian tadi masih bermain difikiranku. Apa maksud Nicolas dengan buruan? siapa yang menjadi buruan orang tadi? adakah ini semua ada kena mengena dengan Nicolas? Sah! aku yakin Nicolas yang menjadi buruan lelaki di luar tandas tadi kerana Nicolas kan jutawan dan aku pasti, target mereka adalah Nicolas! Takkan aku pulak.

Namun tiba-tiba wajahku berbahang. peristiwa tadi bermain di mataku kembali.

Wajah Nicolas agak rapat denganku. Kami tidak bersentuhan namun jika orang melihat kedudukan kami pasti fikir kami sedang berpelukan. Tika lelaki itu sedang ralit mendengar bunyi daripada luar, tanpa lelaki itu sedari bahawa aku sedang menganalisa wajahnya. Tidak dinafikan wajah itu sememangnya kacak, berjambang nipis namun tetap kemas. Kening yang lebat tapi elok terukir, mata kelabu yang cukup menawan, hidung yang sememangnya mancung tinggi dan akhir sekali bibir yang merah itu sangat seksi dipandang oleh para wanita. walaupun tiada senyuman yang sedang terukir namun itu sudah cukup menawan. Kemudian mata aku ingin melihat kembali mata kelabu itu dan saat aku ralit memerhati Mata itu tiba-tiba Nicolas memandang ke arahku. Terkedu aku saat itu dan tak lama aku dapat menangkap senyuman dibibirnya. Sinis!

Nicolas menjarakkan tubuhnya lalu dengan perlahan dia membuka pintu tandas tersebut. Dia menjenguk kepalanya dahulu dan setelah yakin dia melebarkan bukaan pintu dan mengisyaratkan aku untuk keluar. Aku terus melangkah keluar dan saat itu kami berjalan beriringan ke arah kafe hotel tersebut.

" Pedro will send you home now" ujar Nicolas lagi. Aku melihat matanya tetap memandang hadapan dan dari kejauhan aku melihat Pedro menghampiri kami.

" Encik Nicolas,apa maksud encik bila encik cakap lelaki tadi mencari buruannya? Encik ke buruan mereka?" soalku ingin tahu.

Nicolas berhenti melangkah. Dia memusingkan badannya ke arahku.

" Its none of your business, Miss Sara." Matanya tajam merenung ke arahku sehinggalah Pedro berdiri di hadapan kami lalu matanya beralih ke arah Pedro.

" Send her home, Zul dah sampai?" arah Nicolas kepada Pedro.

" sudah,Senor!"

Nicolas mengangguk lalu meninggalkan aku dan Pedro. Aku tidak lepas memandang langkah Nicolas saat itu, entah kenapa aku kecewa saat Nicolas meninggalkan aku bersama Pedro. Begitu banyak persoalan yang bermain difikiran aku saat itu terutama tentang apa yang baru terjadi tadi.

"Sara..." Mataku beralih mencari mata hazel Pedro.

" Jom saya hantar awak balik." ajak Pedro lagi.

aku mengangguk lalu mengikut langkah Pedro ke kereta. Saat aku ingin melangkah masuk ke dalam kereta, entah kenapa hatiku membuak-buak ingin bertanya.

" Pedro, macam mana dengan encik Nicolas?"

Pedro yang sedang memegang pintu kereta menjungkit keningnya tanda tidak faham.

" Senor balik dengan driver lagi sorang dan saya akan hantar awak balik. Awak jangan risau, he's fine" jawab Pedro tersenyum.

"Maksud saya...."

" Get in, Sara. Dalam kereta i will answer all questions in your head" gesa Pedro lagi. Jelas mataku dapat lihat mata lelaki itu sesekali melilau di sekeliling lobi itu. Tanpa berkeras lagi aku terus masuk ke dalam kereta dan laju kereta itu meninggalkan perkarangan hotel tersebut.

Dan kini aku selamat sampai ke rumah namun persoalanku belum terjawab kerana lepas masuk kereta, Pedro tidak henti- henti bercakap di telefon sehinggalah aku memberitahu pemandu itu arah ke rumah sewaku ini. Dan tanpa pamitan, Pedro terus meninggalkan rumah sewaku dan mereka dilihat seakan- akan tergesa- gesa.

Aku mengeluh perlahan. Skrin telefon dilihat jam sudah pukul dua pagi dan saat itu baru aku sedar aku dah mengantuk. Aku menguap sekali lalu telefonku diletakkan di meja kecil sebelah katilku. Hal Nicolas dilupakan dan terus aku mematikan lampu tidur.

Aku mengesat peluh yang memenuhi dahiku. Baru sempat untuk mengemas rumah setelah beberapa hari tidak berkesempatan.Hari minggu yang biasa bagiku kerana minggu ini aku tidak pulang ke Klang. Kerana malas ingin menaiki tren yang akan mengambil masa yang lama jadi aku mengorbankan niatku, Kebetulan sekarang aku harus mula membuat laporan akhir praktikalku ini. Pejam celik hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk aku menamatkan latihan praktikal di Wangsa Group. Sedih namun pengalaman enam bulan sudah cukup mengajar aku tentang dunia pekerjaan.

Selesai mengemas, aku terus membersihkan diri dan seterusnya aku terus menuju ke dapur untuk memasak lauk tengah hari. Menu yang terlintas difikiranku saat ini adalah nasi ayam goreng kunyit. Terbayang- bayang ayam goreng kunyit yang panas, tambah pula sambal belacan dan kicap makan pula dengan nasi panas- panas. Sedapnya! Tanpa menunggu aku terus keluarkan ayam dan kacang panjang serta lobak merah dari peti sejuk. Selesai memotong ayam ke ketulan kecil terus aku perap dengan kunyit dan perasa. Selesai, aku terus memotong sayur sayuran dan panaskan minyak.

Baru sahaja aku menggoreng ayam, tiba-tiba aku terdengar seakan suara seseorang seakan memanggil namaku. Siapa pula yang datang hujung minggu ini. Terus saja aku memperlahankan api lalu terus aku melangkah ke ruang depan. Aku menyelak sedikit langsir dan saat itu aku melihat seorang lelaki berdiri membelakangi rumahku. Susuk tubuh itu seakan ku kenal. Dalam tengah fikir siapa gerangan lelaki itu, tiba-tiba dia menoleh dan saat itu terkejut aku melihat wajah Pedro itu. Apa yang dia buat di depan rumahku waktu begini?

Aku terus mencapai tudung dan kardigan labuh yang sememangnya berada di ruang tamu lalu menyarungnya ke tubuh. Selesai, aku terus membuka pintu rumahku. Pedro yang menangkap tubuhku terus melebarkan senyumannya. Aku terus mendekatinya yang berada betul-betul di luar pagar rumahku.

" Hai Sara..."

" Hai Pedro, ada apa awak datang rumah saya?" soalku terus.

"Sorry for disturbing your lovely weekend, tapi saya datang nak bagi ni.."

Pedro menghulurkan sekeping fail kepadaku. Berkerut keningku saat itu.

" Ni fail awak yang tertinggal dalam kereta bos saya semalam. awak lupa ke?" soal Pedro lagi.

Terus aku menepuk dahiku. Haah lah! boleh pulak aku lupa tentang fail ni.Nasib baik lah Pedro baik hati memulangkan semula fail itu kepadaku.

" Terima kasih banyak Pedro. Susahkan awak je hantar fail ni kepada saya." Ucapku.

Pedro mengangguk sekali.

" not big deal,Sara. Awak sedang prepare untuk cari kerja lepas internship ke?"

Aku memandang tepat ke matanya. Pasti Pedro membaca isi di dalam fail ini yang terkandung maklumat syarikat yang bakal aku cuba nanti.

" Oh! maaf, saya buka sebab nak tahu siapa punya fail ini"

" Takpe saya faham. Haah, lepas internship nanti memang plan nak terus cari kerja lepas konvo. So sekarang saya kena start survey la dulu"

" Tak nak apply di GM property ke? Pihak kami sentiasa mengalu- alukan fresh graduate macam Sara, cubalah mana tahu ada rezeki awak"

" Insyaallah nanti saya cuba..." balasku sambil tersenyum. Saat itu aku perasan wajah Pedro sudah mula berpeluh.

" Err.. maaflah Pedro, saya tak boleh ajak awak masuk. Saya tinggal sorang, tak elok kalau jiran nampak lelaki masuk ke rumah bujang macam saya ni. Boleh timbulkan fitnah"

" Kenapa tak elok? Fitnah?" Soal Pedro terpingga-pingga.

Hampir saja aku menepuk dahiku. Lupa bahawa lelaki di depanku ini bukan Islam. Pasti saja dia tidak mengerti tentang adab- adab seorang muslim.

" Saya muslim dan sebagai seorang beragama islam, ada batas antara lelaki dan perempuan yang tiada pertalian darah yang harus dijaga. Dan awak bukan ahli keluarga saya dan tidak elok untuk kita berdua- duaan. Dan fitnah itu adalah cerita yang boleh mengundang pandangan buruk dan ia tidak elok kerana bakal mengundang kebencian dan akan membuatkan orang yang tidak bersalah teraniaya."

panjang lebar aku menjelaskan kepada lelaki di depanku ini. Dan melihat dia mengangguk kepala, aku harap dia faham lah.

" It's okay i understand now. Maafkan saya juga menganggu awak, So awak tengah buat apa tadi?" soal Pedro lagi.

" Oh! tadi saya tengah...."

Tiba-tiba mataku meluas. Baru teringat apa yang aku tengah lakukan tadi.

"Ayam goreng saya!!" Jeritku lalu terus meninggalkan Pedro di pagar. Laju aku berlari ke dapur untuk melihat ayam yang sedang aku goreng tadi. Laju aku menjenguk ke dalam kuali dan saat itu aku menarik nafas lega.

Mujurlah aku memperlahankan api, kalau tak memang tengah hari ni aku makan ayam goreng hangit la jawabnya.

" Sara, are you okay?"

Saat itu aku terdengar suara Pedro yang seakan menjerit. Lalu aku terus mengangkat ayam di dalam juali terlebih dahulu lalu api di matikan. Lalu aku melangkah semula ke depan rumah. Saat itu aku melihat Pedro yang sudah berada di depan pintu rumahku.

" Saya okay. Tadi terlupa saya tengah goreng ayam" ujarku.

" Baiklah kalau macam tu saya minta diri dulu. Tak nak kacau awak masak." ujar Pedro pula.

aku mengangguk kepalaku.

" Terima kasih lagi sekali sebab sudi hantar fail kepada saya" ujarku lagi.

" No problem...Lagipun saya kena datang juga kalau bos dah suruh" ayat terakhir Pedro hanya bisik perlahan seakan bercakap dengan dirinya sendiri.

" Hah apa dia?" Entah kenapa aku tak mendengar ayat akhir itu dengan jelas.

" oh! nothing... saya pergi dulu Sara. Bye..." pamit Pedro sambil sambil melangkah keluar.

Aku hanya melihat sambil melambai ke arahnya sehinggalah Pedro menghilang ke dalam sebuah kereta BMW hitam yang tiba-tiba berhenti di depan rumahku.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah lalu duduk di sofa. Fail di sebelah ku pandang lalu ku capai. Kata- kata Pedro tadi terngiang- ngiang difikiranku. Tak salah kalau mencuba kan? fikirku. Lalu aku membuka fail tersebut lalu pen yang tersedia di dalam fail tersebut ku capai. Laju tanganku menulis GM Group Property di atas helaian pertama. Aku tersenyum lalu Fail tersebut di tutup. Dan sekarang aku harus meneruskan kembali aktiviti yang tergendala tadi, Jadi terus saja langkah kakiku menuju ke dapur.

*******************

"Tunggu!!"

Aku tak kira walaupun suaraku bergema di lobi syarikat tika itu, yang penting aku harus dapat masuk ke lif tersebut.

Gara ada orang gila yang membuat perangai di dalam LRT yang aku naiki tadi, perkhidmatan tren itu tergendala buat seketika dan tak pasal-pasal aku lambat sampai ke tempat kerja. Sekarang waktu kerja sudah pun lima belas minit berlalu dan walaupun aku telah maklumkan kepada Puan Fatimah namun sedaya upaya aku cuba untuk sampai secepat mungkin ke pejabat.

Bagaikan rezeki aku, pintu lif itu seakan tersedia menungguku. Dengan larian paling laju aku merombos masuk ke dalam lif tersebut.

" Terima kasih! terima kasih!" ujarku sambil termengah- mengah kepada hamba yang baik hati menahan lif untukku.

" Morning Sara!"

Terus terkaku aku saat itu. Suara seperti pernah ku dengar. Aku yang sedang terbongkok itu terus melihat ke arah lantai di depanku. ada dua pasang kasut yang vantik berkilat. Aku angkat lagi kepalaku. Dua- dua mengenakan seluar hitam. Aku angkat lagi kepalaku, Seorang memakai kemeja biru cair dan lagi sorang memakai kemeja putih dan kedua-duanya memakai kot yang elok mengikut tubuh badan. Aku angkat lagi kepalaku dan saat itu dua wajah yang aku kenali itu memuhi kornea mataku.

" Pedro? encik Nicolas?!" sebutku terkejut.

" Si, it's us Sara" balas Pedro tersenyum manakala Nicolas pula seakan tidak mengendahkan aku.

Terus aku tegakkan badanku. Aku membalas senyuman Pedro yang jelas kelihatan kekok.

"Ada appointment ke hari ni? awal datang" soalku kepada Pedro. Dan kulihat Pedro mengangguk kepalanya.

" Ada meeting dengan Tab Sri pagi ni. kenapa awak baru sampai?" Soal Pedro pula.

Aku tersengih segan. Malu saat kantoi dengan klien penting syarikat ini.

" Tadi ada accident dalam LRT. tren delayed sebab tu saya lambat" ramah juga mulutku membalas.

Jari Nicolas yang sedang menaip sesuatu di telefonnya terhenti. Lalu matanya terus menoleh ke arahku. Aku yang turut memandang lelaki itu hanya tersenyum nipis.

"Accident? awak ada cedera ke?"

Aku menoleh ke arah Pedro lalu menggeleng kepala.

" Takde pape, everything okay." balasku lagi.

" Thank god!" balas Pedro lagi.

Ting!

aku menoleh ke arah skrin di lif dan saat itu kami sudah sampai ke level pejabatku.Pedro mempersilakan aku jeluar terlebih dahulu .

" Saya pergi dulu. nice to meet you, Pedro dan Mr Nicolas" ujarku lalu berlalu ke arah department ku.

Pedro hanya mengangguk manakala Nicolas pula hanya diam merenungku tajam namun entah kenapa aku tidak lagi merasa takut saat melihat pandangan itu.

"Hai lah.. kalau hari-hari dapat meeting dengan Mr Nicolas memang segar bijik mata aku" Aku terdengar suara Nadiah saat gadis itu mengambil tempat di meja kerjanya yang bersebelahan denganku.

" Amboi Nad, jarang aku tengok kau berseri- seri lepas meeting. Indah sangat ke dapat tengok muka klien kita tu?" usikku.

" Gila kau tak indah. Sekali dia senyum, cair wei organ dalaman aku" balas Nadiah lagi.

Aku hanya tersenyum menggeleng kepala. Tidak dinafikan lagi, wajah Nicolas memang menjadi tumpuan para wanita memandangnya namun setiap kali mereka bertemu, tidak pernah sekalipun dia melihat wajah itu tersenyum. Riak beku sentiasa menghiasi wajah itu atau mungkin aku tidak layak untuk dapatkan senyuman mahal dia. Aku menjungkitkan bahuku lalu terus menyiapkan kerja. Perbualan Aku dan Nadiah juga terhenti saat gadis itu mula sibuk menyiapkan laporan mesyuarat tadi.

Aku berjalan di kaki lima yang menghubungkan laluan ke stesen bas. Petang itu agak kurang orang yang lalu lalang disini. Mungkin kerana hari ini merupakan hari cuti umum maka kebanyakkan orang banyak menghabiskan waktu di rumah bersama keluarga. Aku pula harus mengangkut barangan dari pejabat memandangkan minggu depan merupakan minggu terakhir aku praktikal.

Sedang aku berjalan, tiba-tiba sebuah Vellfire hitam berhenti di sebelahku. Aku menoleh ke arah kereta bercermin gelap itu namun tiba-tiba keluar dua orang lelaki yang berbadan agak tegap menghampiri aku. Aku yang terkejut itu terus mengelak dari mereka memegangku.

" Eh! kenapa ni!!" soalku dalam riak terkejut.

salah seorang dari lelaki itu merentap tanganku sehingga kotak yang ku pegang itu terhempas ke lantai. Terus saja aku menjerit saat aku mula diseret ke arah kereta tersebut. Sedaya upaya aku bergelut untuk lepaskan diri namun kudrat aku tidak mampu melawan kudrat lelaki berdua itu.

" Tolong!!!"

Jeritku mengharapkan ada yang akan membantu.

"Kalau nak hidup baik kau diam!!" jerkah salah seorang lelaki itu.

"Tolong!!! penculik!!!" aku tidak menghiraukan amaran lelaki itu dan terus menjerit.

Bengang dengan kedegilan aku, lelaki kedua itu terus mengeluarkan sapu tangan dan aku dapat lihat dia meletakkan sesuatu di sapu tangan tersebut sebelum dia cuba menekap ke hidungku. aku tahu itu apa! tidak! Ya Allah, selamatkan hambaMu ini!! jeritku di dalam hati.

Sapu tangan itu terus ditekap ke hidungku. aku tidak mampu mengelak kerana tubuhku kemas dipegang oleh lelaki pertama tadi. Sedaya upaya aku cuba menahan nafasku namun itu sia- sia kerana akhirnya pandanganku mula kabur.

Tiba-tiba aku terdengar suara kuat menjerit.

" Don't you ever touch her, Bastard!!!"

sayup- sayup aku mendengar suara tersebut. Dan saat itu aku rasakan tiada lagi pegangan pada tubuhku dan aku rasa badanku mula jatuh ke bumi. Saat itu, tiba-tiba aku rasakan ada tangan menyambut tubuhku. Wangian itu! aku kenal bau itu! Aku melihat ke arah wajah yang begitu dekat dengan wajahku saat itu namun aku tidak mampu melihat wajah itu dengan jelas kerana pandanganku terus kelam tetapi aku seakan mendengar ada suara berbisik di telingaku.

"que duermas bien, princesa"

Aku berlari mengejar dia! termengah-mengah nafasku saat itu. Siapa lelaki itu dan kenapa aku mengejarnya? aku pun tak tahu tapi yang pasti aku tidak mahu kehilangan dia! Tapi makin laju aku kejar, makin jauh dia menjauhi diriku. Aku hampir menangis,mataku sudah bergenang. Tidak! aku kena hentikan dia!! Aku hanya dapat lihat belakang tubuhnya, dan dia langsung tidak menoleh ke arahku. Aku tidak mahu kehilangan dia! Aku dapat rasakan dia penting dalam hidupku. Dia makin menjauh dan aku tidak mampu mengejarnya lagi lalu aku terus menjerit.

" Abang!!!"

Wajah itu menoleh dan saat itu aku terus terkaku! wajah itu tidak dapat ku lihat dengan jelas namun riak wajah itu buatkan jantungku hampir terhenti!

Laju Aku membuka mataku! terus aku bangun dari pembaringan. Aku menarik dalam nafasku saat itu. Dan terus aku memengang kepalaku yang tiba-tiba pening itu. Setelah beransur hilang pening itu barulah aku sedar akan sesuatu. Aku melihat selimut yang membaluti tubuhku itu. Berwarna hitam, terus saja mataku naik memandang sekeliling. Ini bukan bilikku!!

Aku berada di dalam sebuah bilik tidur mewah berona hitam. Bilik siapa ni? Macam mana aku boleh ada di sini? kepalaku cuba mengingati apa yang terjadi kepada ku sebelum ini.

Meluas mataku setelah mengingati bahawa aku kena culik! Adakah aku dah kena culik? mataku mula bergenang, laju aku menyelak selimut dan saat itu aku merasa lega kerana pakaianku masih tersarung kemas kecuali tudungku yang telah hilang entah ke mana. Tapi aku dimana??

Baru saja aku ingin bangun, tiba-tiba aku terpandangkan satu susuk yang sedang duduk di satu sofa yang menghadap tingkap kaca membelakangiku. Aku mengerutkan keningku, dantak sampai sesaat tiba-tiba kepala itu menoleh ke arahku!

Nicolas??!!

Wajah tidak beriak itu tajam memandangku. Matanya tak berkelip meratah wajahku. Aku juga turut terkaku sehinggalah aku sedar akan sesuatu. Kepalaku!!

Laju aku mengangkat selimut lalu menutup rambutku dari menjadi tontonan lelaki itu! merona merah wajahku saat itu.

Aku melihat dia bangun dan berjalan mendekati katil. reaksi automatik,aku terus mengundur sehingga badanku rapat ke kepala katil. Nicolas hanya mengenakan tshirt ringkas dan berseluar jeans. rambutnya juga agak tidak kemas seperti selalu. Lalu dia berdiri di sebelah katil sambil berpeluk tubuh.

"Sa..saya dekat mana?" soalku tergagap saat melihat mata kelabu Nicolas tetap utuh memandang wajahku.

" At my mansion and on my bed!" jawab lelaki itu beku.

" En...encik selamatkan saya?"

Nicolas hanya menjungkit sebelah bahunya tanpa menjawab. Tiba-tiba dia membongkokkan badannya lalu sebelah tangannya memegang kepala katil. Dekat dengan kepalaku.

"Nampaknya kau dah tak boleh hidup bebas,Sara! Nampaknya kau berjodoh betul dengan aku." bisik Nicolas lalu dia menegapkan tubuhnya. Lalu aku melihat dia melangkah ke arah meja dan saat itu aku melihat dia menatang sebuah dulang kecil lalu dia meletakkan dulang itu ke atas katil. Sarapan? Berapa lama aku tidur? seingat aku, kejadian cubaan culik berlaku petang.

Aku menoleh ke arahnya. Aku masih tidak faham dengan apa yang lelaki itu katakan baru sebentar tadi.

" Apa maksud encik? kenapa saya tak boleh bebas? siapa yang nak culik saya? sekarang pukul berapa? berapa lama saya dah tidur??" Soalku bertalu- talu.

Namun reaksi Nicolas masih begitu. tiada tanda dia akan menjawab soalan aku walau satu pun.

" Eat your breakfast!" ujar Nicolas lalu meninggalkan bilik luas itu.

Aku terkaku melihat langkah lelaki itu meninggalkan bilik itu. Aku di mana? kenapa ? apa yang dah terjadi padaku?? Entah kenapa aku dapat rasakan ada sesuatu yang bakal mengubah hidupku mulai saat ini.Tanpa sedar air mata terus menitis ke pipiku.

setelah ada kudrat menulis...maaf kallau chap ni agak membosankan... jgn lupa follow ig ce.cikembun untuk tahu maksud ayat spanish..hehehe maksud dia ce akan updte djt ig story...

Share this novel

Nur Azlina
2022-08-02 15:32:07 

tq update best cerita ni nk lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience