Bergema alunan selawat memenuhi ruangan rumah besar ini. Aku yang duduk bersama ibu, Nadiah dan Isabel di hujung sudut ruang tamu ini tersenyum melihat suamiku yang segak berjubah putih sedang mendukung anak sulung kami, Luth Iman sementara Nuh Iman berada dalam dukungan Angah yang sedang mengelilingi para tamu lelaki yang sedang berselawat. Setelah seminggu kelahiran mereka, kami mengadakan majlis cukur jambul untuk putera- putera kami.
Ternyata kelahiran kembar kami menjadi sinar yang indah kepada keluarga kami. Ibu dan ayah yang paling teruja saat mendapat dua cucu pertama. Isabel dan Pedro pula sanggup menangguhkan bulan madu mereka kerana mendapat berita aku sudah bersalin. Dan yang kejutan buatku saat aku dibawa pulang dari hospital, sampai saja dirumah mataku dijamu dengan susuk angah dimuka pintu. Angah pulang ke Malaysia setelah sembilan bulan berada di Lubnan. Itu pun angah sanggup memohon agar menamatkan tugas awal di sana.
Namun ada berita lagi mengejutkan yang baru ibu sampaikan tadi. Angah bakal melangsungkan pertunangannya dengan Nadiah. Ya, Nadiah kawan baikku. Sungguh aku terkejut kerana selama ini aku tidak pernah melihat angah dan Nad rapat dan seingat aku, mereka hanya berjumpa beberapa kali saja itupun tika aku ada bersama. Belum sempat aku mengorek rahsia mereka dari Nad, tunggulah selesai majlis nanti pasti aku takkan lepaskan gadis yang sedang tersipu malu berbual dengan ibu ini. Namun aku cukup gembira, Nadiah seorang gadis yang baik dan aku yakin angah pasti dapat bahagiakan kawan baikku ini.
" Hensem kan angah,Nad. Dah ada ciri- ciri bapa mithali. Tengok, pegang anak aku pun tak kekok." bisikku ke tepi telinga Nadiah.
Terus dia menepuk lenganku perlahan. Dapat dilihat wajahnya merah tika itu.
" Kau ni, nak lobi angah kesayangan kau tu biarlah belakang ibu. Kan jap lagi kantoi aku usyar anak teruna dia kan jatuh saham aku depan ibu.." Terus terletus tawaku perlahan.
" Alah, aci kerat kuku ibu dah cop lulus dekat dahi kau tu. Silap- silap dah warning angah suruh jaga kau elok- elok..."
melebar senyum Nadiah saat itu. Sempat dia menampar lembut lenganku. Lalu dia memeluk bahuku erat.
"Aku tumpang gembira tengok kau dan Nicolas sekarang. Nicolas pun dah makin berubah dari sebelum kahwin dengan kau. Tambah-tambah dah lahir hero kembar kau orang aku tengok laki kau tu asyik senyum je. Dulu sahkan nak senyum, tengok orang pun macam nak telan.." ujar Nadiah tersengih. aku hanya senyum mendengarnya itu. sememangnya apa yang dikatakan Nadiah itu aku akui.
" Aku pun tak sangka Allah dah kurniakan aku rezeki sebegini sekali dan aku bersyukur, Nad. Allah hadirkan Nicolas dalam hidup aku dan dalam pada yang sama dia dapat hidayah dari Allah. Dan sekarang aku nak tengok kau dan angah pula rasa benda yang sama. Aku sayang angah macam abang aku sendiri dan aku yakin kau akan bahagiakan dia. " ujarku.
" Insyaallah Sara. Aku pun tak sangka jodoh aku dengan abang Naim. Terima kasih dekat kau juga sebab kau yang temukan kami berdua..."
" Mi amor..."
Terhenti kata- kata Nadiah saat Nicolas memanggilku. Dalam tak sedar, selawat sudah tamat dan para jemaah sedang duduk sambil berzikir perlahan. Aku melihat Nicolas meletakkan Luth ke dalam baby cot disampingku dan selepas itu Nuh pula diletakkan disebelah oleh Angah. Sempat aku melihat angah menjeling sekilas ke arah Nadiah dan saat matanya bertembung denganku, terus memerah wajahnya kerana kantoi denganku. Laju dia menyertai jemaah di ruang tamu.
" Sayang nak makan ke? Abang ambilkan makanan untuk sayang dulu." soal Nicolas prihatin. Dari hari pertama aku bersalin sehinggalah sekarang, Nicolas yang menjaga pakai makanku. Walaupun dia mengupah orang untuk menjagaku selama tempoh berpantang, selain ibu. Tapi kadang- kadang dia turut mengambil tugas tersebut dan paling kerap dia menjaga kembar kami dan itu membuatkan aku cukup bahagia.
" Its okay, abang pergi la dekat sana. Ibu ada, Nad pun ada ni. Kalau Sara lapar nanti Sara boleh minta dengan Nad." Balasku tersenyum.
Nicolas membalas senyumanku lalu mengangguk. Tak lama dia terus menyertai kumpulan jemaah di ruangan tamu itu dan selepas itu bergema suara Imam Syafie membacakan doa untuk kesejahteraan semua orang.
*****************************
Aku menepuk perlahan tubuh Luth yang baru ingin terlena itu. Nuh yang berada di katil sebelah sudah diulit mimpi. Tersenyum sendiri aku melihat anak- anakku yang kini sudah berusia hampir dua tahun ini. Wajah mereka berdua memang photostat wajah ayah mereka. Itulah yang orang ujar setiap kali memandang mereka berdua. betul la para ibu sering merunggut, penat je mengandung tapi keluar anak ikut muka ayah. Tapi bagiku, asalkan anak- anakku ini sihat itu sudah membahagiakan aku.
Sejak kelahiran kembar ini, aku akui macam- macam dugaan dan ujian yang aku hadapi. Beberapa bulan ini Nicolas bertambah sibuk dengan kerjanya. Malah hampir setiap bulan dia harus outstation dan kerap ke luar negara. Walaupun Nicolas mengambil pembantu rumah namun dalam menguruskan anak anak aku lakukan sendiri. Kadang- kadang aku tertekan namun aku harus faham itulah kerja suamiku dan malah Nicolas sendiri pasti merasa penat dengan kerjanya. Buktinya, walaupun setiap kali cuti dia akan luangkan masa bersama kami bertiga namun dia lebih banyak berehat dan berkurung dalam bilik kerjanya.
Begitu juga dengan hari ini, Sepatutnya kami sekeluarga bersama- sama meraikan majlis akikah anak pertama angah dan Nadiah tapi saat- saat akhir Nicolas terpaksa terbang ke UK kerana ada mesyuarat yang dia terlepas pandang. Dan seharian dia tidak bertanya khabar kami bertiga. Mujurlah keletah anak- anak dapat mengubat rasa kecewa di hatiku. Namun bukan majlis itu yang membuatkan aku agak kecewa namun ternyata Nicolas lupa akan tarikh penting dalam hidup kami berdua.
Aku membetulkan selimut di tubuh anak- anakku lalu aku berlalu ke katil. Tubuhku yang penat aku rebahkan ke katilku. Lalu bantal sebelah ku usap. Aku rindukan Nicolas. Tidak semena-mena mataku bergenang dan hatiku merasa sebak. Syaitan mula membolak balikkan hatiku dan aku tidak mahu rasa itu terus menghasuti hatiku ini.
Baru saja aku ingin melelapkan mataku, tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Setiap malam aku akan tukarkan mod telefon bimbitku ke mod senyap agar tidak menganggu lena anak kembarku. Laju aku lihat skrin dan saat nombor Nicolas tertera, hatiku menjadi sebak. Aku rindukan dia tapi dalam masa yang sama ada rasa merajuk di dalam hati. Sempat ku lihat jam di dinding. Sudah pukul sebelas malam, jika aku tidak jawab pasti Nicolas menyangka aku sudah tidur dan sekarang ini sememangnya aku penat fizikal dan mental. Akhirnya aku membiarkan panggilan itu tidak terjawab. Dan setelah beberapa kali panggilan, akhirnya tiada lagi darinya. Baru aku ingin meletak telefonku ke meja sebelah katilku, tiba- tiba telefonku bergetaran pendek menandakan ada mesej masuk. Aku hanya melihat melalui notifikasi di home skrin dan ternyata itu mesej dari Nicolas.
*** I miss you so much,mi amor. And i miss our boys too. i know you mad at me and i admit its all my fault. i' m so sorry, mi amor. I'll try my best to back home as soon as possible. I love you so much..gud nite my love****
Keluhan kecil dilepaskan setelah membaca mesej itu. Rasa bersalah kerana turutkan emosi. Dan aku pasti Nicolas menyangka aku sudah tidur.
" I miss you more, abang..." ucapku lalu memeluk bantal yang menjadi alas tidur Nicolas.
" Sayang, Jangan buat abang macam tu. Tak baik." Tangan Nuh yang seronok menampar- nampar kepala Luth aku capai lalu aku usap perlahan. Tersenyum aku melihat Luth yang hanya diam sahaja walau dibuli adiknya itu. Luth sememangnya anak yang mudah dijaga manakala Nuh pula lebih hyperactive tapi dalam masa yang sama dia sayangkan Luth. Lihat sekarang, Nuh laju memeluk Luth.
" Luth dan Nuh memang anak mommy yang baik. Semoga anak- anak mommy sentiasa sayang antara satu sama lain ya.." ucapku sambil mengagah keduanya. Mengekek si kembar tika itu. Tiba- tiba wajah mereka berdua beriak teruja lalu kedua- dua tangan mereka di awangkan ke arahku.
Dan saat itu aku dapat menghidu wangian yang sudah sebati dengan seseorang yang aku sentiasa rindui. Tak sampai sesaat tubuhku di rangkul erat dari belakang.
" i miss you mi amor..." Terdengar bisikan lembut tepi telingaku. Laju aku menoleh ke tepi dan wajah Nicolas menyapa pandangan mataku.
Sungguh aku tak menyangka Nicolas akan pulang seawal begini. Baru kelmarin dia pergi dan petang ini dia dah pulang.
" Abang??" soalku perlahan.
" Yes, mi amor.." balasnya bersama kucupan lembut di pipiku.
" Happy belated anniversary my love..." Dengan itu sejambak bunga rose merah menghiasi pandanganku. Terharu aku melihatnya. akun menyangka Nicolas mula lupakan tarikh penting kami berdua.
" Happy anniversary too, abang..." balasku lalu memeluknya erat. Arghh! aku rindukan suamiku ini.
" Abang minta maaf sebab selalu busy . Abang tahu perasaan sayang dan abang minta maaf..." ujarnya sambil mengucup tepi kepalaku.
" Sara yang patut minta maaf dengan abang sebab ikutkan perasaan. Sara sepatutnya faham kerja abang yang sentiasa sibuk. I'm sorry, abang.." ujarku manja. Bibir Nicolas melebar saat itu.
" Oh! i miss that voice,mi amor." usik Nicolas gatal. Terus aku menyembam mukaku ke dadanya dan kedengaran tawa Nicolas diruangan itu.
"Daddy..Dy.."
Kedengaran jeritan anak kembar kami memanggil Daddynya.
" hola mi chico!!" Nicolas terus mendekati anak anak kami lalu digomolnya. Mengekek bunyi tawa Luth dan Nuh tika itu. Tersenyum aku melihatnya.
******************************************
Dari jauh aku melihat Nicolas dan Pedro berdiri berpeluk tubuh sambil melihat arah yang sama dengan wajah yang berkerut. Lalu mataku menoleh ke arah yang dilihat mereka berdua. Dan sekarang aku tahu punca kerutan diwajah mereka berdua.
Diruangan yang di khas kan untuk ruang mainan bagi anak anakku terlihat Luth dan Nuh sedang bertekak sambil menarik tangan Anastasia, anak Pedro dan Isabel.
" No! she's mine!" Aku mendengar jeritan Nuh.
"Mana boleh! you have to share her with me!" Balas si Luth pula.
" find other baby girl! Nuh dah minta Anas dari Aunty Bell!"
" But i already ask Uncle Pedro and he give Ana to Me!"
Aku dapat lihat Pedro menepuk dahinya. Lalu mungkin dia tidak mahu tangan anak daranya yang berusia dua tahun itu tercabut dek tarikan anak- anakku yang berusia lima tahun itu, laju kakinya melangkah ke arah mereka bertiga diikuti Nicolas dari belakang.
" Papa..papa..." jerit gembira Anastasia melihat wajah ayahnya itu.
" hey boys, what happen? kenapa bergaduh ni?" soal Pedro.
"Nuh nak Anastasia!" bentak Nuh.
"Luth pun nak Anas jugak!" Balas Luth pula.
" Then you both can share her, right?" soal Pedro lagi.
" But Nuh don't want to share her with me. And i want Ana to stay with us!" ujar Luth lagi.
" oh! that one uncle tak boleh bagi. She's belong to me and aunty Bell. Mana boleh Anastasia tinggal dengan Luth dan Nuh, nanti uncle dan aunty sedih la kamu berdua ambil anak kami." Balas Pedro.
" Tapi kami suka Anas. She's like a princess.. Kami nak adik macam Anastasia." ujar Luth lagi. Nuh mengangguk kepalanya tanda menyokong kata-kata abang kembarnya itu. Tersenyum kecil aku melihatnya.
"hurmm.. that's one i thinks you should ask your daddy and mummy, maybe they can give you one or maybe two." ujar Pedro sambil tersenyum sinis menoleh ke arah Nicolas.
Nicolas yang tadi hanya tersenyum melihat perbualan itu terus tersentak. Tajam matanya menjeling Pedro. Namun wajahnya berubah saat melihat dua pasang mata anak lelakinya memandang ke arahnya. Dia berdehem perlahan sambil menggosok belakang lehernya. Lucu melihat Nicolas yang tiba-tiba mengelabah. Ingin aku mendengar apa jawapan yang bakal diberikan Nicolas itu.
"Betul ke daddy dan mummy boleh bagi kami adik macam Anastasia?" Soal Nuh mendekati Nicolas.
" Errr..."
"Daddy, please.... give us sister like Anas.." Rayu Luth pula.
Aku lihat Pedro begitu terhibur melihat Nicolas diserang oleh anak-anak. Dan tika itu mataku dan Nicolas bertembung dan aku seakan dapat rasa apa yang bakal keluar dari bibir Nicolas.
" Hurmm.. why not both of you ask mummy. "
Meluas mataku saat mendengarnya. Dan apatah lagi bila mlihat anak-anakku mula berlari ke arahku dan soalan sama yang ditanyakan kepada daddynya kini beralih kepadaku. Aku mencangkung menghadap kedua anakku.
" well my boys, bukan tak boleh tapi bukan minta hari ini esok terus boleh dapat. it's take time to get it." balasku.
"how long?" soal Luth berkerut mukanya.
" i don't know, maybe a month or take more than that. Semua atas rezeki dari Allah." balas Nicolas pula.
" Jadi Luth dan Nuh kena selalu berdoa semoga Allah kurniakan adik untuk Luth dan Nuh. Dan sementara ni, Anastasia will be your sister." Tambahku lagi.
" uncle boleh bawa Anas ke sini selalu?" soal Nuh memandang Pedro.
"por supuesto, cualquier cosa por mis muchachos."
(of course, anything for my boys.)
balas Pedro. melompat gembira Nuh dan Luth saat itu. Terus hal adik tadi seakan dilupakan mereka berdua lalu diajak Anastasia main bersama. Nicolas pula mengambil peluang untuk menumbuk lengan Pedro. tak kuat tapi sekadar melepaskan geram.
" por qué?" soal Pedro sambil menggosok lengannya.
" Kau la ni memandai-mandai bagi idea dekat anak-anak aku!" marah Nicolas.
" Betul apa, dengan siapa lagi diaorang nak minta kalau bukan kau orang berdua. Mereka dan lima tahun kot, memang patut la kau orang bagi adik pula. Alah apa susah, pergi jela honeymoon. twins tu bagi aku dan Ana jaga. kan sara?" ujar Pedro tersenyum mengusik memandangku. merona merah wajahku saat itu.
"para, pedro. haces que mi esposa sea tÃmida" tegas Nicolas. Aku tidak faham namun mendengar tawa Pedro makin kuat lalu meninggalkan aku dan Nicolas di situ.
" tak payah dengar apa yang Pedro cakap. he's crazy."
tersenyum lucu aku mendengar dengan selamba Nicolas 'gila'kan Pedro.
Aku keluar dari bilik air lalu memanjat katil. Nicolas yang tadi sedang melihat ipadnya terus mematikan skrin lalu tablet itu diletakkan di meja tepi katil. lalu dia tersenyum manis melihatku dan laju tangannya menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Satu kucupan dihadiahkan di dahiku.
Aku menghirup bauan segar dari tubuh Nicolas. Bau yang sudah sebati denganku sejak lebih enam tahun ini. Dapat kuraskan tangan kekarnya bermain dengan rambutku.
" i love you, mi amor." tersenyum aku mendengarnya. setiap malam pasti tak lekang bibir Nicolas mengucapkan kata-kata itu.
" i love you more, abang." Balasku lalu bibirku mencari pipinya.
Melebar senyuman Nicolas tika itu. Aku tahu seperti aku, dia tidak pernah bosan mendengar bibirku mengucapkan kata-kata yang sama kepadanya. Aku melentokkan kepalaku ke dadanya lalu tangaku bermain di dadanya yang bidang itu.
" abang rasa kita patut tunaikan permintaan anak-anak kita ?" soalku. Saat itu aku dapat rasakan tubuh Nicolas menggigil sedikit. aku tak tahu sama ada soalanku ataupun kerana gerakan jemariku. Tapi aku harap Nicolas faham apa yang ada di dalam hatiku.
" are you ready to face it again, mi amor?" soal Nicolas pula.
"maksud abang?" soalku tidak faham. kepalaku diangkat mencari wajah suamiku itu.
" the morning sickness, sakit nak bersalin. Abang tak nak Sara buat sebab abang. Abang harus hormati keputusan sayang." ujar Nicolas mencium sekilas bibirku.
" Sara tak nafikan, fasa tu memang menakutkan tapi Sara rindu bau baby. and i think i'm ready sebab dah dua bulan Sara tak ambil perancang." balasku. berubah riak wajah Nicolas saat itu. Jelas wajah keterujaan terpancar di wajahnya. Lalu aku mendekatkan bibirku ke telinga kirinya.
" let's give our twin little sister or brother." bisikku romantik.
" i love you, mi amor. you're mine! just mine only!" balas Nicolas lalu memagut bibirku.
Dan tidak menunggu lama, terus aku tenggelam dalam lautan cinta Nicolas Ian Gonzalo.
****************************************************
Angin sejuk menampar lembut wajahku. Bathrobe separa lutut yang membaluti tubuhku ku kemaskan. Mataku tidak lepas menikmati pemandangan yang indah ini dan ia akan menjadi salah satu kenangan yang terindah dalam hidupku.
Tiba-tiba ada tangan kekar memeluk erat pinggangku berserta satu kucupan dileherku. Tersenyum aku seketika saat merasa dengusan lembut menyapa belakang telingaku.
"kenapa bangun awal sangat? i can't sleep without you." ujar Nicolas sambil mengucup leherku berkali-kali.
" Dah pukul sepuluh, abang.Kita kan nak keluar kejap lagi."
" but i miss you, mi amor." balas Nicolas lagi. tertawa kecil aku mendengarnya.
Tak sangka Nicolas mengambil kira kata-kata Pedro tempoh hari. Dan hari ini kami berdua telah pun berada di bumi Switzerland. Dan seperti yang dijanjikan Pedro menjaga anak-anak kami sepanjang kami disini. Walau pada mulanya berat hati ingin meninggalkan anakku namun ternyata Pedro pandai pancing Luth dan Nuh agak membiarkan kami datang berdua.
"hey, jauhnya mengelamun. ingat apa tu sayang?" soal Nicolas yang kini sudah berada didepanku. Aku tersenyum malu lalu menggeleng.
" teringatkan anak-anak kita. i miss them."
"i miss them too. tapi sayang kena ingat. Kita datang sini sebab ada misi. honeymoon plus making a baby." laju tanganku menampar dada bidang Nicolas itu. pecah tawa Nicolas saat melihat wajahku yang sudah pasti berubah warna tika ini.
" jom. let's enjoy our beautiful moments. Bukan senang abang dapat moment tak payah berebut sayang dengan anak-anak sendiri." kata- kata Nicolas membuatkan aku tersenyum lucu. Aku tak nafikan sememangnya sejak lahirnya anak kami, Nicolas selalu terpaksa beralah dengan anak-anak.
******************************************************
Setahun kemudian.........
"She's so cute"
"beautiful.."
Tersenyum aku melihat gelagat anak-anak terunaku saat itu. MAsing-masing tidak mengalihkan pandangan ke dalam babycot di sebelah katilku. Nicolas yang berada disisiku juga turut tersenyum.
" Daddy, apa nama baby?" Soal Nuh.
" Sofia Iman" balas Nicolas.
" just like our second name!" ujar Luth teruja.
" indeed.." Nicolas mengangguk.
" Thank you mummy and daddy because give us this little sister." Ujar Nuh terharu. Hampir saja tawa aku meletus melihat wajah Nuh itu. Nicolas berdehem perlahan.
" well, my pleasure. tapi janji dengan mummy daddy. Luth dan Nuh sebagai abang Sofia kena jaga dan lindungi Sofia. Bukan senang tau daddy dan mummy nak dapatkan adik untuk kamu berdua." ujar Nicolas.
Aku menampar lembut lengan Nicolas. Sempat lagi!.
Nicolas mengenyitkan matanya sambil tersengih. Lalu dia mengucup lembut kepalaku.
" Thanks sayang untuk segalanya. i never felt more happier than now. Abang lelaki paling bahagia dengan kehadiran sayang dan anak-anak kita. Sara bagaikan sinar yang muncul sebagai penyelamat abang dan terus menyinari hidup abang yang kelam sebelum ini. i'm feel so blessed. Alhamdulillah." ujar Nicolas lalu mengucup lembut jemariku.
" Sara pun bertuah kerana dicintai abang. Terima kasih kerana sentiasa lindungi Sara dari awal pertemuan kita. Sara cintakan abang sangat-sangat."
" i love you too Nur Sara. Sara akan tetap menjadi hak milik abang..."
TAMAT...........
salam guys.. setelah berbulan hampir setengah tahun juga CE menghilang atas banyak sebab. pertama kali CE nak minta maaf kepada semua readers cerita ini yang endingnya tergantung sehingga hari ini. Ce minta maaf kerana byk y berlaku membuatkan CE tidak dapat menulis. kedua, mungkin ini cerita terakhir CE. mungkin ya. mungkin kesibukkan hakiki menghalang CE utk terus menulis tapi pasti ada rindu utk terus wujud di NP. doakan CE ya. ada jodoh kita berjumpa lg :) . Salam sayang dari CE buat semua. thanks for all your support. i appreciate it so much. and what happened to NP? i saw a lot of writer lost their followers?
Share this novel
Alhamdulilah n Tahniah ... best ceritanya ... terima kasih author... 20/07/2024