Marsha berdiri di jendela biliknya sambil menikmati pemandangan pagi di ibu kota itu. Tiba-tiba dia terasa ada sepasang tangan hangat yang perlahan-lahan melingkari pinggangnya.
"Morning. Awal you bangun hari ni. Ada apa-apa ke?" Soal Sam yang baru bangun dari tidur. Hidungnya diletakkan dileher Marsha sambil menikmati bau wangi dari wanita itu. Sungguh menggoda!
Marsha tersengih. "Of course! Suddenly I feel energetic this morning." Marsha membiarkan sahaja tangan Sam terus-terusan merayap dibahagian dadanya.
"Really? Kalau pagi ni kita buat satu round mesti you lagi energetic kan?"
Tangannya ligat mengusap bahagian bawah perut Marsha. Marsha tersengih lagi lalu menolak Sam ke arah katil dan menindih badan sasa lelaki itu. "You memang saja goda I kan?"
Dilihatnya jam sedang menunjukkan pukul 7.15 pagi. "Make it fast. I kena sampai office before pukul 8.30."
Sam mengangguk. "Sure! Tapi kalau nak cepat bukan kat sini". Marsha mengerutkan dahinya.
"Jom ikut I." Sam menarik tangannya lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Marsha hanya menuruti langkah lelaki itu tanpa berkata apa-apa.
______________
Naura mengetuk pintu bilik bosnya.
"Masuk." Kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk.
"Ada apa boss panggil saya?" Soal Naura sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi dihadapan meja itu.
"I terus terang je lah ya. Our HQ request you untuk kerja disana. Yelah, since you dah pernah kerja dengan diorang kat sana dalam 3-4 tahun kan?"
Naura mengangguk. "Berapa lama boss? Lama macam dulu tu jugak ke?"
Bossnya membetulkan sedikit cermin matanya lalu berkata, "Tak lama pun, they said dalam 3 bulan je atau paling lama pun 5 bulan. Maybe you boleh tanya husband dulu macam mana. Kalau you setuju, I boleh tolong arrange. Kerja you kat sini I boleh tolong settlekan. Jangan risau."
"Okay boss. Bagi I fikir dulu. Thank you boss."
"Alright, no problem! Kalau boleh bagitahu I soonest,okay?"
Naura menutup kembali pintu bilik itu dan berlaku pergi. Dia keliru sama ada perlu atau tidak dia pergi sedangkan dia sendiri belum berbaik dengan suaminya lagi.
_____________
Sudah hampir seminggu mereka tidak bertegur sapa. Naura juga sudah mula mengasingkan diri dari suaminya. Dan seminggu itu jugalah puas Hud cuba mengambil hati Naura tetapi masih belum berjaya.
Hud termenung sambil menghadap komputer riba dihadapannya. Dia makin buntu dan tak pasti mana silapnya. Perlukah dia bertanyakan Qayyum tentang hal yang telah berlaku dulu tu?
Tiba-tiba Hud mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenalinya.
Hi Hud! Ni I Marsha. Can you come here? Naura ada dengan I. Dia tiba-tiba pengsan tadi. Nanti I bagi location. -Marsha
Hud membeliakkan matanya. Naura? Dia segera pergi meninggalkan pejabat. Dia harus segera menemui isterinya.
______________
Naura, datang sini ambil documents kat I untuk meeting nanti. I tak masuk office harini sebab tak berapa sihat. Pergi kat location ni. - Marsha
Naura mengetap bibirnya. Panas betul hatinya melihat mesej dari Marsha itu.
Biadap! Suka-suka je suruh aku datang nak ambil itu ini.
Namun, dia terpaksa melangkah kerana hal itu berkaitan dengan meeting penting petang nanti.
______________
Ding dong! Ding dong!
Hud membunyikan loceng beberapa kali dan akhirnya pintu bilik itu terbuka. Dilihatnya Marsha yang hanya memakai bath robe sedang menyambutnya dengan senyum sinis.
"Mana Naura? Mana isteri I?" Hud terus masuk ke dalam bilik itu lalu mencari isterinya.
Marsha tergelak. "Haha. Kesian ya cari wife tak jumpa. Memanglah tak jumpa. Naura takde pun kat sini."
Hud merenung tajam ke arah Marsha. "Apa masalah kau ni ha?" Marsha menghampiri Hud.
Bau perfume milik Marsha menusuk ke hidung Hud membuatkan Hud berasa mual. Hud menutup mulutnya lalu berlari laju menuju ke bilik air. Dia tidak dapat lagi menahan lalu muntah sehingga terkena bajunya.
Marsha berdiri dihadapan pintu bilik air lalu berkata, "Over la you ni. Bukan ni perfume kesukaan you ke? You yang puji-puji bau ni wangi tapi sekarang you benci sangat sampai muntah-muntah?"
Hud tidak menghiraukan kata-kata Marsha. "You boleh jauhkan diri you dari I tak? Bau you busuk dan jijik!"
Marsha menjeling tajam. "Dah tepi sana! I pun jijik tengok you muntah-muntah ni. Bagi I mandi hilangkan bau ni. Banyak songeh betul."
Hud membersihkan mulutnya lalu keluar dari bilik air itu. Sebahagian bajunya basah sehingga menampakkan dada bidangnya itu.
Basah la pulak. Dahlah tak ada baju spare.
Dia membuka bajunya dan mengambil hair dryer di atas meja lalu mengeringkan bahagian yang basah itu.
Tiba-tiba, loceng bilik itu berbunyi banyak kali. Hud membiarkan sahaja lalu memakai semula bajunya itu.
"Apa bising-bising tu? Kenapa you tak bukak pintu ni?" Marsha keluar dengan hanya memakai bathrobe lalu membuka pintu biliknya.
Naura tergamam. Dia seakan tidak percaya apabila melihat suaminya berada satu bilik dengan Marsha dengan keadaan begitu. Tambahan pula Marsha dengan rambutnya yang masih basah dan Hud yang tidak berbaju.
Hud juga terkejut melihat Naura yang berada dihadapan pintu itu. Dia segera membutangkan bajunya.
Naura masuk lalu berdiri dihadapan Hud dengan air mata yang mula keguguran. "Sampai macam ni sekali abang tergamak buat kat sayang?"
"Sayang, bukan macam tu. Please dengar dulu apa abang nak cakap." Hud cuba memegang tangan Naura tapi Naura menepis laju tangan tersebut.
"Nak cakap apa lagi Hud? Benda semua ada depan mata! Awak memang dah tak sayangkan saya. Dua kali awak hancurkan hati saya. Sampai hati awak!" Naura mengetap bibirnya sambil mengesat air mata.
"Sayang, please dengar dulu." Hud cuba berlembut tapi Naura tidak mengendahkannya.
"Sudahlah awak. Tak payah cakap apa-apa. Saya pergi dulu. Awak teruskanlah perbuatan terkutuk awak dengan Marsha tu. Saya benci awak." Naura melangkah pergi meninggalkan bilik itu dengan hati yang berkecai.
Hud tak sempat mengejar Naura kerana dihalang oleh Marsha. "So, how's your feeling right now? Lagi-lagi dah kena tinggal dengan wife sendiri?" Marsha menyilangkan tangannya sambil bersandar didinding. Dia berasa amat puas melihat drama pasangan itu tadi.
Hud menggenggam tangannya sambil badannya menggeletar menahan marah. "Kau memang plan semua ni kan??!!"
Marsha tergelak. "I tak sangka you ni bodoh. Padan muka you! Puas hati I tengok you macam ni!".
Hud berlari meninggalkan bilik itu. Marsha masih gelak sambil mengilai. Rasakan kau Hud! Marsha terus call seseorang.
"Hi babe! Where are you?"
____________
Naura meletakkan dahinya di stereng kereta. Lepas satu, satu yang terjadi. Lalu dia mendail seseorang.
"Boss, I accept kerja tu. So lusa I dah kena fly? Okay boss."
Dia mengusap perutnya, "Baby, Mummy minta maaf. Kita pergi ya dari sini? Mummy dah tak tahan. Mummy cuma ada baby je sekarang ni. Daddy dah tak sayang kita." Dia kembali menangis.
Hud cuba menghubungi Naura tetapi gagal. Hari hampir gelap namun isterinya masih belum pulang ke rumah. Puas dia mencari tapi masih tidak menjumpainya.
Tiba-tiba tekaknya berasa mual lagi. Dia bergegas ke tandas lalu memuntahkan segalanya. Dia terduduk sambil mengalirkan airmatanya. Penat dengan semua yang telah terjadi. Tanpa disedari, dia terlelap keseorangan di bilik air itu.
Share this novel