Part 15

Romance Series 2509

Naura menunggu Hud seperti biasa dilobi selepas waktu pejabat. Sejak dari kejadian itu, Hud tidak membenarkan lagi Naura berada ditempat yang sunyi dan tiada orang. At least bila berada dilobi, adalah orang lalu lalang termasuklah security guard yang berada di kaunter.

Tiba-tiba, ada suara kasar menegur Naura dari belakang. "Naura."

Naura membeliakkan matanya. Dia tidak percaya yang Qayyum masih lagi mencarinya setelah apa yang telah berlaku dulu.

"Apa kau nak?" Naura menjarakkan dirinya, takut diapa-apakan oleh Qayyum.

"Relax Naura. Aku datang jumpa kau bukan sebab nak apa-apakan kau. Aku datang nak minta maaf."
Qayyum membetulkan topi dikepala lalu menampakkan sedikit wajahnya.

"Aku nak minta maaf dengan kau. Aku tahu aku salah. Aku datang nak berdamai dengan kau.".

Naura masih menjarakkan dirinya. "Kau dah hancurkan hati aku, dan sekarang senang-senang kau datang minta maaf. Kau tahu tak betapa sengsaranya hidup aku lepas tu?" Naura cuba menahan amarah.

Qayyum mengeluh. "Yes, aku tahu aku salah. Aku tak patut buat macam tu. Tapi please maafkan aku. Aku dah pun terima balasan aku."

"Aku takkan maafkan kau! Biar kau rasa macam mana seksanya aku lepas peristiwa tu." Naura cuba melarikan diri tapi lengannya ditarik oleh Qayyum.

"Jangan sentuh aku!!". Kata Naura separa menjerit. Belum sempat Qayyum melepaskannya, dia terasa ada sesuatu yang memegang tangannya itu.

"Kau kenapa?" Hud memegang keras tangan lelaki itu. "Tak puas lagi hancurkan hati wife aku?". Dia membuang tangan lelaki itu. Qayyum mendengus. Dia masih lagi merayu kemaafan daripada Naura tanpa menghiraukan Hud yang berada disitu.

Naura menarik tangan suaminya lalu berkata, "Abang, jom! Jangan layan mamat ni!" Hud cuba melangkah mengikuti isterinya tapi sempat dihalang oleh Qayyum.

"Bro, tolong jaga Naura. Jangan bagi dia sorang-sorang especially bila ada Marsha."

Marsha? Getus hati Hud. Dia tak sempat berkata apa-apa kerana isterinya asyik menarik tangannya meninggalkan tempat itu. Dia hanya memandang Qayyum dari jauh. Apa kaitan Naura dengan Marsha?

_____________

Bebanan kerja yang semakin menimbun memaksa Hud untuk pulang lewat sejak beberapa hari ini. Dia terpaksa melepaskan isterinya untuk drive berseorangan untuk pergi dan pulang kerja walaupun hatinya terasa berat untuk membenarkannya apatah lagi fikirannya masih lagi memikirkan akan kata-kata Qayyum tempoh hari.

Iman perasan akan muka Hud yang suram itu terus menegurnya, " Weh Hud. Kau apahal ni? Gaduh dengan bini ke?"

Hud mengeluh. "Taklah. Aku macam risaukan dia."

"Kenapa?" Hud menceritakan segala yang telah berlaku kepada Iman.

Iman menepuk bahu kawannya itu lalu berkata, "Jangan risau. Insyaallah bini kau okay. Doa je yang baik-baik. Dah lah.. kau pergilah makan. Dah lambat ni nak lunch. Nanti kau pulak yang sakit."

Hud bangun dari kerusinya. Dia baru teringat yang dia belum lagi makan tengahari akibat leka dengan kerjanya.

_____________

Naura yang baru sahaja selesai meeting itu tiba-tiba teringat akan suaminya.

Salam abang. Dah lunch ke belum? Tahu banyak kerja, tapi lunch jangan lupa. -Naura

Waalaikumussalam. Abang baru nak turun lunch. Sayang busy ke? Nak temankan abang tak? Abang rindu. Macam dah lama tak jumpa sayang. -Hud

Naura tersenyum sipu.

Sayang baru habis meeting ni. Abang turunlah dulu nanti kita jumpa kat food court. Miss you too. -Naura

Naura segera melangkah meninggalkan pejabat. Dilihat jam dipergelangan tangannya, masih ada sedikit waktu lagi sebelum habis waktu lunch. Dia mempercepatkan langkahnya. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan suami tercinta.

_____________

"Hi Hud sayang~". Hud yang sedang makan itu mengangkat kepalanya. Dia menjeling sebaik sahaja melihat Marsha, wajah yang paling dibencinya itu.

"You tak habis-habis nak kacau I ni kenapa ya?"

Marsha mengangkat bahunya. "I don't know. You look so sexy bila marah-marah macam tu. I like it."
Jarinya menyentuh dagu Hud. Hud menepis jari itu.

"Look Hud. I datang jumpa you ni sebab I nak minta maaf dengan you la. I dah insaf. I'm sorry okay?" Marsha memegang tangan Hud dengan muka kesian.

Hud tergelak, "You minta maaf? Apa you dah buang tabiat?" Hud menarik tangannya.

Marsha memuncungkan bibirnya. "Hud, please la Hud. I'm begging you. Maafkan I, please?"

Hud memandang ke arah lain. Dia taktahu siapa yang patut dia harus percaya, Marsha ataupun Qayyum, lelaki yang dia tak pernah kenal langsung.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan ada whatsapp masuk.

Salam abang, sorry tak dapat temankan abang. Sayang tiba-tiba ada kerja pulak. -Naura

Hud tersenyum kelat.

It's okay sayang. Kerja elok-elok ya. Love you. - Hud

Dia segera bangun dari tempat duduknya. "Dahlah, I dah takde selera nak makan lagi-lagi bila nampak muka you."

Marsha hanya senyum sinis dan membiarkan Hud pergi begitu sahaja.

______________

Naura duduk dipantry  keseorangan termenung sambil mengacau air milo yang dibuatnya itu. Dia teringat akan apa yang dia nampak di food court sebentar tadi. Dia melihat Hud sedang gelak bersama Marsha yang sedang memuncungkan bibirnya.

Apa yang lawak sangat entah? Kata busy tapi boleh pulak bergelak ketawa dengan perempuan tu? Aku yang bini dia ni dapat tengok waktu pagi je. Itu pun peluk. Takde gelak takde apa. Getus hati kecil Naura. Cemburu dan geram melihat perlakuan mereka berdua.

Naura cuba menghabiskan milo tersebut tapi tidak boleh. Tiba-tiba tekaknya terasa mual melihat milo tersebut. Mungkin sebab dia belum makan makanan berat sejak tengahari tadi.

Marsha yang melihat Naura dipantry itu segera menegurnya, "Hi Naura. You dah lunch ke?". Saja dia buat-buat mesra.

Naura hanya menjawab bersahaja, "I takde selera, I minum milo je."

Marsha mengambil tempat disebelah Naura. "You kena makan nasi la. Kalau you pengsan macam mana? Dahlah beban kerja you banyak kan?"

Naura hanya senyum hambar, "It's okay. I dah biasa. Thank you for your concern." Dia ingin beredar dari situ tapi secara tiba-tiba dia terasa ada benda yang cuba menolak keluar ditekaknya namun dia cuba menahannya.

"Anyway, I tahu you tengah stress dengan kerja. I kalau stress I selalu dengar lagu ni. Agak healing jugaklah. You nak try?" Marsha memberikan airpods itu kepada Naura. Naura hanya mengambilnya lalu diletakkan ditelinganya tanpa berkata apa-apa.

Marsha tersengih lalu memasang lagu yang dikatakannya itu. Naura mendengar dengan tekun. Tiba-tiba dia mengerutkan dahinya. Dia amat mengenali suara itu.

"I sayangkan you. I sangat sayangkan you. I nak kahwin dengan you."  Kedengaran suara itu tergelak dan juga suara Marsha yang seperti memuncungkan mulut ketika bercakap.

Apa ni? Kenapa tiba-tiba ada suara Hud?

Kepalanya terasa bagaikan berpusing-pusing. Tiba-tiba dunianya menjadi gelap.

____________

Naura cuba membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba bangun tapi badannya terlalu lemah.

"Weh, Naura. Kau tak apa-apa?" Soal Aira. Disisinya juga ada Mirul yang melihatnya dengan muka penuh kerisauan.

"Kenapa? Apa dah jadi dengan aku?"

"Kitorang ternampak kau terbaring kat pantry tadi. Risau lah aku. Kau okay ke tak ni?" Ujar Aira.

"Naura, kau nak kitorang temankan pergi ke klinik ke? Muka kau pucat ni." Soal Mirul pula.

Naura tersenyum lemah. "Takpe weh. Aku just perlukan rehat kejap. Nanti bila dah okay aku pergi klinik,okay?"

"Eh tak boleh. Kau tu badan lemah. Dah lah pucat. Tak boleh pergi sorang. Kalau kau pengsan lagi macam mana? Tadi kau pengsan kat pantry sorang-sorang tau. Nasib baik kat dalam office jugak." Bebel Mirul.

Pengsan sorang-sorang? Kat pantry?

"Kau nak aku call husband kau ke? Biar dia temankan kau?". Soal Aira. Naura segera menggeleng.

"Tak payah weh. Laki aku banyak kerja tu. Hari-hari dia balik lambat. Aku okay je jangan risau."

Aira memandang Naura dengan muka tak puas hati. Risau benar la dia dengan kawannya sorang ni.

"Okay lah kalau macam tu. Nanti apa-apa call aku ke atau Aira ke okay? Aku nak kena masuk meeting ni." Ujar Mirul.

Naura mengangguk tanpa membalas apa-apa. Dia memandang Aira, "Aira, kau pun ada kerja kan? Pergilah. Aku okay je. Nanti apa-apa aku call kau okay?". Aira senyum kelat sambil meninggalkan Naura dengan hati yang berat.

Naura meletakkan tangan didahinya. Mujurlah office ni ada tempat berehat. Namun fikirannya kembali teringat akan peristiwa di food court tadi dan juga rakaman suara yang dia dengar dari Marsha itu. Tanpa disedari, air matanya meleleh.

"Abang...."

____________

Naura pulang ke rumah seperti biasa namun dia hanya baring disofa. Kepalanya terlalu berat untuk menyediakan makan malam. Perutnya lapar tapi dia terlalu lemah untuk memasak. Naura membuka telefonnya lalu memesan makanan melalui foodpanda. Jarang sekali dia menggunakkan aplikasi ini kerana dia lebih suka memasak daripada membeli makanan dari luar.

"Setengah jam lagi. Tidur kejap la." ujarnya perlahan lalu melelapkan matanya diatas sofa.

____________

"Sayang..sayang... kenapa tidur atas sofa ni?". kejut Hud perlahan. Dia yang baru sampai dari pejabat terkejut melihat Naura yang masih lagi berpakaian kemeja dan berseluar panjang yang dipakainya ketika ke pejabat.

"Sayang okay ke tak?" dikejutnya lagi.

Naura terjaga dari lelapnya. "Err.. ehh.. alamak food panda." Dia segera bangun tetapi dihalang oleh Hud.

"Eh sayang, ni yang sayang order. Abang dah tolong ambilkan." Hud meletakkan bungkusan itu dihadapan Naura. Naura hanya merenung ke arah bungkusan itu. 

Hud mengambil tempat disisi Naura. Dia cuba membelai lembut rambut Naura tapi segera ditepis.

Hud terkejut dengan tindakan Naura lalu bertanya, "Sayang? Kenapa ni? " Naura masih mendiamkan diri.

"Sayang... kalau ada apa-apa cuba bagitahu abang. Kenapa sayang tiba- tiba bad mood macam ni?".

Naura mengeluh. "Tak ada apa-apalah."

Naura bangun dari sofa tersebut. Hud segera menghalangnya dengan memegang lengan isterinya itu lalu bertanya, "Sayang? Ni dah order makanan ni, tak nak makan ke? Nanti sakit pulak perut tu kalau tak makan."

Naura menarik tangannya lalu berkata, "Tak nak. Dah kenyang."

Hud senyum kelat. Dia bingung dengan perubahan isterinya, "Sayang nak abang suap ke? Mari abang tolong suapkan."

"Tak payah. Pergilah suap girlfriend kesayangan tu. Saya ni siapa lah kan kalau nak dibandingkan dengan girlfriend kesayangan a.k.a bakal isteri!" Naura segera meninggalkan Hud.

"Naura Husna! Apa yang sayang cakap ni? Girlfriend ? bakal isteri? Abang tak faham?"Soal Hud. Suaranya kedengaran agak tegas.

Naura hampir saja ingin menangis tapi ditahannya supaya tidak menangis dihadapan Hud. "Awak lagi tahu. Awak tanyalah girlfriend awak yang seksi tu. Ye lah..saya ni kentang je. Mana lah awak nak pandang saya ni.". 

Hud merengus. "Sayang jangan sengaja cari pasal. Abang ni penat tahu tau tak? Kerja banyak dekat office, balik rumah macam ni pulak. Apa masalah sayang?"

Naura mengetap bibirnya. "Awak sure awak busy dan banyak kerja kat office tu? Yang bergelak ketawa sampai boleh lunch sama-sama tu apa? Awak selama ni balik lambat sebab keluar dating dengan perempuan tu kan?"

Hud mengerutkan dahinya. Dia masih belum boleh proses dengan apa yang Naura katakan sebentar tadi. "Sayang, abang tak faham. Sayang ni cakap pasal apa? Abang mana ada girlfriend? Isteri abang, sayang sorang je. Sejak bila abang kata nak kahwin lain ni?" 

"Hud, kalau awak nak kahwin dengan perempuan tu dipersilakan. Saya tak kisah pun. " Naura masuk ke dalam bilik.

Hud masih lagi bingung. "Kenapa tiba-tiba bini aku jadi macam ni?" Dia meraup wajahnya. Ya Allah stress kat office belum habis, kenapa pula bini aku jadi macam ni? Getus hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience