Mujur meeting hari itu dapat dihabiskan dengan awal. Memandangkan esok cuti, petang ni Naura merancang untuk berjalan-jalan disekitar Yoshinoyama. Dapat jalan kat kaki bukit je pun jadilah. Dia berjalan sambil mengusap baby bump yang semakin menampakkan bentuk.
"Sorry babies. Mummy tak datang dengan daddy untuk tengok bunga sakura ni." Hampir menitis air matanya. Jauh disudut hati, dia masih sayang akan lelaki itu tapi egonya lebih menguasai diri.
"Naura, jalan tu elok-elok. Kenapalah aktif sangat awak ni." Tegur seorang wanita dalam lingkungan awal 40-an lalu mendapatkannya.
Naura tergelak, "sorrylah kak Ina. Saya excited sangat lah nak tengok bunga sakura ni. Kalau tak sebab pregnant, saya dah lama naik ke atas."
Kak Ina tersenyum. "Ambil angin tu bagus untuk diri dan baby. Tapi awak kena jaga-jaga juga. Kan baru berapa bulan je kandungan tu."
"Haha yelah kak Ina. Jomlah balik. Saya lapar la pulak." Naura memeluk lengan wanita itu lalu berkata, "Kak Ina masak apa hari ni?"
Kak Ina memuncungkan bibirnya sambil memikirkan sesuatu, "Emm.. okonomiyaki nak tak?"
Naura mengangguk ceria. "Nak! Nak! Lamanya tak makan okonomiyaki!"
_________
Hud segera keluar lalu pergi semula ke tempat tadi dengan harapan dia dapat menemui isterinya. Matanya meliar mencari kelibat isterinya sambil termengah-mengah. Tapi hanya hampa yang dia dapat. Kawasan itu mula dibanjiri orang ramai. Mustahil dia dapat mencari isterinya dalam keadaan sebegitu rupa!
Dengan hampanya, dia pulang ke restoran tadi lalu menjamah makanan yang dipesan. Ada sesetengah makanan jepun yang tekaknya tidak boleh menerimanya. Jika tak merasa mual atau loya, pasti akan muntah. Dia sangkakan ianya adalah faktor usia atau stress level yang masih belum menurun. Hal ini kerana ketika dia masih belajar disini, tekaknya mampu menerima segala apa jua jenis makanan jepun yang ada namun kini tidak lagi. Dia sendiri hairan dengan perubahan dirinya.
Hud menyedut air minumannya sambil merenung ke arah gambar yang diambilnya tadi. Esok dia harus pergi ke tempat itu semula dengan harapan dia dapat menemui Naura.
Alhamdulillah, moga-moga esok abang boleh jumpa dengan sayang. Bisik hati kecilnya.
____________
"Sedapnyaaaaa okonomiyaki ni kak! " puji Naura. Seleranya makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Namun dia hairan, selalunya orang mengandung akan mengalami morning sickness tapi dia hanya mengalami beberapa kali sahaja sebelum ini tapi kini tidak lagi.
"Kak, normal ke kalau orang pregnant tak ada morning sickness?"Soalnya ingin kepastian.
"Emm.. normal je. Kadang-kadang kalau si isteri tak ada alahan, suami yang dapat alahan tu. Awak ada check tak suami awak? Kot la dia yang tanggung morning sickness tu..." ujar Kak Ina.
Naura tersenyum kelat. "Takde lah kot. Dia pun mana ingat kat saya dah kak."
Kak Ina mengusap lembut belakangnya. "Dah lah, jangan dikenang lagi. Mungkin ada hikmahnya. Akak tak tahu apa yang dah jadi tapi awak jangan stress ya.. tak baik untuk baby.".
Naura mengangguk, "Thanks akak. Nasib baik ada akak kat sini."
Kak Ina tersenyum lalu membalas, "Dah lah, habiskan makan tu. Nanti boleh rest awal sikit. Esok cutikan? Awak nak jalan-jalan kat situ lagi ke?"
"Aah,kak. Tapi pagi esoklah kot. Best. Orang pun tak ramai. Lagipun nak habiskan kerja mengait crochet hat baby ni".
Kak Ina mula membasuh dan mengemas pinggan mangkuk yang tak digunakan lagi. "Okay. Tapi esok akak ada kerja. Nanti lepas habis kerja, akak dapatkan awak ya. Esok pakai baju tebal sikit. Cuaca katanya sejuk sikit dari hari ni."
Naura mengangguk lagi lalu menghabiskan suapan terakhirnya.
____________
Naura bersandar dikepala katil sambil mengusap perutnya. Dia berasa amat kenyang selepas dapat menghabiskan beberapa keping okonomiyaki.
"Haih.. kuat betul anak-anak mummy makan, kan?"
Dia termenung lagi. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerana dapat berjumpa dengan Kak Ina. Walaupun dia sudah biasa dengan keadaan di Jepun, namun kondisi badannya tetap memerlukan bantuan dari sesorang. Dia tidak mahu memaksa dirinya, takut akan menjejaskan kandungannya.
"Kita sama-sama stay strong ya hero-hero mummy." Ujarnya perlahan.
"But I'm still missing your daddy.."Dia memeluk sehelai sweatshirt yang berada disisinya sambil menitiskan air matanya. Bau yang dia rindui sangat-sangat itu memenuhi ruang mindanya. Akhirnya dia terlelap sambil bertemankan air mata.
_________________
"Naura, akak pergi dulu ya. Kalau ada apa-apa jangan lupa call." Pesan Kak Ina sebelum meninggalkan rumah. Naura hanya mengangguk sambil melambaikan tangan ke arah Kak Ina. Dia berdiri diberanda sambil menikmati cahaya matahari dipagi hari. Cuaca hari ini agak baik walaupun sejuk sedikit berbanding semalam.
Tanpa membuang masa, dia pun bersiap untuk ke Yoshinoyama.
Sesampainya dia di situ, Naura terus mencari port yang sesuai untuk melepak. Memang itulah rutinnya sejak dia kembali bekerja disini. Ditambah lagi sekarang telah bermula musim bunga, iaitu musim kegemarannya.
Dia duduk disebuah bangku yang berdekatan dengan pohon sakura sambil bersandar melepaskan lelah. Dia segera mengeluarkan barang untuk mengait dan menyambung kerjanya untuk menyiapkan crochet itu. Dia berharap agar dapat menyiapkannya sebelum tiba waktu dia bersalin.
_______________
Hud bergegas menuju ke Yoshinoyama lagi pagi itu dengan harapan dapat berjumpa dengan isterinya itu. Rindu ini semakin membuak-buak. Risau dia jikalau dia terlepas lagi untuk menjumpai isterinya.
Matanya meliar mencari Naura sambil tangannya memegang sekeping gambar yang terdapat Naura dihujung gambar itu. Puas dia mencari tapi masih belum ketemu jua.
Hud mula lelah lalu mengambil tempat dibawah sebatang pokok. Dia membuka air mineralnya lalu meneguk dengan rakus. Dia mula merasa sedikit pening dan mual.
Jangan muntah lagi please. Ini bukan masanya. Getus hati kecil Hud.
Matanya melihat kepada sepasang suami isteri dan anak kecil mereka. Mungkin kerana hari ini hari cuti jadi mereka berjalan-jalan makan angin disini. Hud hanya tersenyum. Dalam diam dia berdoa agar dia juga dapat merasai nikmat bahagia bersama isterinya suatu hari nanti.
Tiba-tiba, matanya terpaku akan tubuh kecil yang berada disebuah bangku berdekatan dengan pokok sakura yang sedang ralit mengait sesuatu.
Mata Hud mula bergenang. Perlahan-lahan dia menghampiri Naura tapi dia menghentikan langkahnya. Dia ingin sekali memanggil namanya tapi lidahnya seakan beku. Dia takut jika dia terus menghampiri Naura, Naura akan terus melarikan diri. Sudahnya, Hud hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan Naura dari jauh.
Diam-diam, dia mengambil gambar Naura yang sedang ralit mengait. Hud tersenyum.
Baguslah kalau sayang bahagia dan selamat sepanjang sayang ada kat sini. Abang minta maaf sebab tak mampu bahagiakan sayang.
Hud terus mengikuti dan memerhatikan Naura dari jauh. Tiap kali itu juga dia akan memicit shutter button seperti seorang paparazi.
Dia melihat kembali gambar-gambar yang diambilnya sambil tersenyum-senyum. Dia dapat merasakan yang isterinya kini makin berseri dan makin cantik dipandangannya.
Tiba-tiba Hud terasa bahunya dicuit oleh seseorang. Dia lantas memaling ke belakang.
"What are you doing right now? Did you just take her photo? Without permission? " Soal wanita itu. Hud terkejut. Hampir saja dia melepaskan kamera ditangannya.
"Err.. No. Actually I'm her husband." Balas Hud tergagap-gagap sambil menjeling ke arah Naura. Risau dia jika Naura dapat tahu akan kehadirannya disitu.
"Husband? Hud?"
Hud mengangkat kedua belah keningnya. "Did you know me? Yeah I'm Hud. Naura Husna's husband."
Wanita itu mengerutkan dahinya. "Betul ke? Suami Naura?"
"Err..kejap." Hud mengeluarkan kad nikah mereka berdua lalu ditunjukkan kepada wanita itu.
Wanita itu tersenyum sebaik sahaja melihat kad yang ditunjukkan oleh Hud."La... awak la Hud. Sorry.. saya tak tahu."
Hud menyimpan kembali kad itu. "Kenal ke dengan Naura?"
"Kenal. Saya Ina, panggil je Kak Ina. Kami duduk serumah kat sini."
Hud menghela nafas lega. Kak Ina tergelak melihat reaksi Hud. "Kenapa awak tak tegur Naura?"
Hud senyum kelat, "Takut dia marah lagi kak Ina."
"Kalau tak cuba mana tahu?" Hud terdiam.
Kak Ina memulakan langkahnya lalu berkata, "Pujuklah dia. Marahnya tak lama tu.Jangan takut. Awak sayangkan dia,kan?" Hud diam lagi sambil memandang ke arah Naura.
Sebelum meninggalkan Hud, Kak Ina sempat memberi sekeping kertas kepada Hud. "Kami berdua tinggal disini. Nanti datanglah. Naura kerja macam biasa. Keluar rumah pukul 8.00 pagi, balik dalam pukul 6.30 macam tu. "
Hud mengambil kertas itu lalu berkata "Terima kasih kak Ina."
"Kat situ tu ada nombor akak. Kalau awak nak datang bagitahu akak dulu. Takut nanti jadi kejutan pulak.."
Hud mengangguk. Kak Ina segera melangkah mendapatkan Naura. Hud pula lantas berlindung disebalik pokok besar itu. Risau jika isterinya menyedari akan kehadirannya. Dia membelek lagi kertas itu lalu disimpan didalam poket seluar. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusannya untuk berjumpa dengan isteri. Moga Naura makin berlembut hati untuk menerima dirinya kembali.
Share this novel