Part 18

Romance Series 2546

Naura memberi salam dengan lemah namun suaranya masih dapat didengari dari dalam. Anna segera membuka pintu tersebut. "Ya Allah, Rara! Kau kenapa ni? Jom masuk dulu."

Iman yang melihat keadaan Naura yang lemah itu segera mendapatkan isterinya. "Kenapa ni sayang? Naura, are you okay?"

Anna memimpin Naura dan menyuruh Naura duduk disofa. Iman yang bagaikan faham akan keadaan itu segera membawa Rayyan naik ke bilik. Dia sengaja memberi ruang privasi kepada dua sahabat itu.

Naura menyandarkan badannya. Tangannya diletakkan didahi. Terasa seakan-akan masa berpatah balik 5 tahun dahulu. Anna mengusap lembut bahu Naura tanpa bertanyakan apa-apa. Dia tahu kawan baiknya itu perlukan masa untuk meluahkan segalanya.

"Aku dah tak tahan, Anna." Naura jeda sebentar kemudian menyambung, "Dua kali dia hancurkan hati aku."

"Siapa?" Soal Anna.

"Hud."

Anna mengerutkan dahinya. "Kenapa? Apa Hud buat kat kau?"

"Aku terjumpa Hud dengan Marsha satu bilik. Dia tak berbaju, perempuan tu pulak cuma pakai bathrobe je. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Hancur hati aku, Anna!" Naura mula menangis teresak-esak.

"Apa dosa aku Anna? Aku terlalu sayangkan dia tapi sampai hati dia buat aku macam ni!".

Anna memeluk erat sahabat baiknya itu. "Sabar ya Rara. Aku selalu ada untuk kau."

Naura tersedu-sedu. Dilepaskan pelukan itu lalu membalas, "Kebetulan HQ panggil aku untuk kerja balik kat sana. Kalau tak ada apa-apa, lusa aku dah kena fly."

Anna memandangnya dengan pandangan sayu, " Kau nak bawa diri lagi ke? Habis tu Hud macam mana? Dia tahu tak?"

Naura menggeleng. "Dia taktahu. Aku baru confirmkan dengan boss petang tadi."

"Jangan macam tu Rara. Hud tu husband kau. Dia kena tahu pasal ni. "

Naura tersenyum lemah, "Hud pun dah tak hiraukan aku. Dia dah ada Marsha. First love dia. Aku ni siapa je Anna. Lagipun, ini mungkin masa yang sesuai untuk aku fikirkan tentang perkahwinan kitorang ni."

"Rara, kau fikirlah masak-masak. Jangan sebab terlalu ikutkan marah kau buat keputusan terburu-buru,okay?" Naura mengangguk. Rara memeluknya kembali dengan lebih erat.

_______________

Sudah lewat malam baru Naura sampai dirumah. Lampu ruang tamu masih lagi menyala. Dia segera menuju ke biliknya untuk mengemas apa yang perlu. Bilik Hud kelihatan samar-samar namun dia tidak mempedulikan semua itu. Dia segera masuk ke biliknya.

Dari dalam, Hud perasan akan kelibat isterinya tapi dia tak mampu memanggil nama isterinya.

Abang rindukan sayang.. getus hatinya. Matanya terasa pedih akibat terlalu banyak menangis.

________________

Pagi ini Hud tekad untuk memujuk kembali isterinya. Rindu ini tidak dapat ditahan lagi. Dia rindu segalanya tentang isterinya itu.

Dia mengetuk pintu bilik Naura sambil memanggil namanya namun tiada sahutan. Dia mengetuk lagi tapi kali ini dia memulas tombol pintu tersebut. Dia lihat sekeliling bilik itu terasa seperti kosong. Matanya terpaku akan sepucuk surat yang berada diatas meja kecil itu lalu dibacanya.

Assalamualaikum Hud Rusyaidi,

Awak,
Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Hud Rusyaidi. Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya merasai nikmat kebahagiaan berumah tangga bersama awak. Saya betul-betul bahagia sepanjang saya bersama dengan awak.

Segala kenangan kita berdua akan sentiasa bersemi dihati ini. Mohon awak halalkan makan minum dan segalanya yang awak berikan kepada saya. Terima kasih Hud Rusyaidi atas cinta dan harapan yang telah awak berikan kepada saya. Saya akan sentiasa menjaga dan menghargai kedua-duanya. Untuk selamanya.

Yang ikhlas,
Naura Husna.

Hud terduduk setelah membaca surat itu. Dia meraung memanggil nama isterinya.

Sayang, jangan tinggalkan abang!

____________

Hampir sebulan sudah Naura meninggalkannya. Hud umpama mayat hidup. Pergi kerja sebelum matahari terbit, pulang ketika lewat malam.
Baginya hidup dia sudah tidak bermakna lagi tanpa ada Naura disisi.

Sehari selepas Naura meninggalkannya, dia pulang ke rumah mama dan babahnya. Dia menceritakan kesemuanya kepada mereka termasuklah kedua ibu bapa Naura.

"Hud minta maaf, ibu. Hud tak jaga anak ibu dengan baik. Hud dah hancurkan hatinya." Hud menangis sambil melutut dihadapan ibu Naura sehingga tersedu-sedu.

Ibu Naura menggosok belakang Hud dengan lembut. "Sudahlah Hud. Jangan macam ni. Ibu tak marahkan Hud. Sudah ya."

Dia memegang tangan Hud sambil berkata, "Hud bersabar ya. Doa yang baik-baik. Bagi dia masa untuk pulih. Hatinya tengah kacau. Bila dia dah elok, dia akan kembali lagi kepada Hud."

Hud mengesat air matanya. "Tapi Hud takut dia tinggalkan Hud. Hud tak sanggup kalau takde dia."

Ayah Naura pula bersuara, "Hud, Hud pun kena kuat jugak. Kalau Hud tak kuat macam mana Hud nak cari isteri Hud nanti? Takkan Hud nak duduk sini je?"

Hud kini memandang ayah mertuanya walaupun pandangannya kabur disebabkan air mata mengalir tanpa henti. "Ayah, Hud sendiri pun tak tahu mana dia pergi. Hud cuba call tapi tak dapat. Hud tanya kawan baik dia, dia pun taktahu. Hud dah buntu tak tahu nak cari dia kat mana."

"Dahlah Hud. Hud pergi berehat dalam bilik ya. Hud penat ni." Ujar mamanya pula.

Hud pun bangun lalu meninggalkan mereka diruang tamu. Langkahnya longlai, matanya pedih.

"Nampaknya Hud sayang sangat kat Naura sampai cengkung jadinya. Risau pula saya tengok. " ujar ibu Naura perlahan.

Mama Hud memandang dengan pandangan sayu, "Tak sangka dua-dua makan hati sampai jadi macam ni. Macam manalah Naura sekarang ni ya?"

Ayah Naura membalas, "Kita sebagai orang tua ,doakan lah diorang yang baik-baik. Naura tu pun tak lama rajuknya tu. Kita cuma kena bagi dia tempoh bertenang."

"Betul lah tu. Buat masa sekarang kita kena jaga Hud. Takut dia buat benda-benda pelik pulak. Makin parah jadinya." Ujar babah Hud pula. Mereka semua mengangguk tanda setuju.

Raudhah yang memerhati dari jauh sempat menyeka air matanya. Kesian melihat abang kesayangan jadi sampai macam tu sekali. Dulu putus cinta pun takde sampai macam ni sekali. Kali ini penangannya memang parah!

_____________

Kali ini sudah masuk kali ketiga dia ke toilet. Sejak kebelakangan ini, kerap sangat dia muntah-muntah terutamanya waktu pagi dan malam. Hud sudah pun pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan, tapi doktor hanya berkata dia kemungkinan terlalu stress atau keracunan makanan. Selera makan yang makin berkurang menyebabkan badannya makin susut mendadak.

"Kau ni teruk sangat muntahnya. Kau makan tak breakfast tadi?" Soal Iman.

Hud menggeleng. "Aku tak larat nak makan. Takde selera."

Iman menghulurkan semangkuk bubur mcd. "Nah, ambil ni, buatlah lapik perut kau tu. Kau kena makan Hud. Nanti sakit lain pulak jadinya."

Hud mengambil bubur itu tapi dia hanya mampu makan beberapa sudu sahaja. Tak larat nak habiskan. Seperti ada yang menahan bubur itu dari masuk ke dalam perut.

"Thanks Iman. By the way, aku half day hari ni. Tak larat dah badan aku ni."

Iman mengangguk. "Okay. Kau rehatlah cukup-cukup. Kalau ada apa-apa call aku."

Hud melangkah ke keretanya. Dia masih berasa pening tapi digagahkan jua. Tiba-tiba, Qayyum datang menegurnya. "Hud, aku ada benda nak cakap dengan kau."

Hud mendengus. "Untuk apa lagi? Naura dah tinggalkan aku. Takde apa lagi yang nak dikatakan."

Qayyum mengeluh. "Kau ni sama dengan isteri kau. Dua-dua degil tak nak dengar cakap aku!" Hud hanya menjeling lalu menutup pintu keretanya tapi dihalang oleh Qayyum.

"Benda yang aku nak cakap ni ada kaitan dengan Naura." Hud terpegun seketika.

"Naura?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience