Naura khusyuk menaip sambil memandang ke arah skrin komputer dihadapannya. Tiba-tiba datang seorang wanita lalu menegurnya, "Err, mana boss you ya?"
Naura sedikit kaget tapi dia segera menjawab, "Emm, boss ada meeting sekarang. Ada apa ya?"
Wanita itu senyum kelat. "Alah.. meeting la pulak. I nak urgent ni. Takpelah nanti I datang balik." Wanita itu meninggalkan Naura yang terkebil-kebil melihatnya.
"Hareyy sungguh. Dah lah tak bagi salam, terima kasih pun takde." Naura menggumam sendirian.
Marsha senyum sinis sambil meninggalkan tempat itu. Well, I found her, Hud.
_____________
Naura mengambil kesempatan untuk membeli sedikit barang dapur sebelum waktu lunch tamat.
Namun langkahnya terhenti apabila dia melihat sosok badan yang dia amat kenalinya.
Kelihatan Hud sedang berjalan beriringan dengan seorang perempuan.
Tu Hud, sebelah dia tu bukan perempuan kat office aku tadi ke? Diorang kenal ke?
Tiba-tiba perempuan itu memaut mesra lengan Hud. Naura terkejut.
Jangan-jangan tu perempuan yang Hud maksudkan masa tu? Ha ha ha kecilnya dunia ni. Pi mai pi mai tang tu jugak.
Dia membatalkan niatnya lalu segera pulang ke pejabat sambil mengetap bibirnya.
Please hati, jangan nak soft sangat. Hud tu tak pernah pun anggap kau isteri dia yang betul. Kau tu cuma kentang je.
___________
Hud terkejut apabila Marsha tiba-tiba memaut lengannya.
"Eh, you ni dah kenapa?" Dia segera menepis tangan wanita itu.
Marsha tergelak kecil. "Tak ada apa-apa. Saja je nak test you."
Hud mendengus. "Dah lah, I nak balik ke office. Kerja I menimbun lagi tak siap." Dia menyegerakan langkahnya tanpa menunggu Marsha yang sedikit tertinggal dibelakangnya.
Marsha mengikuti langkah Hud sambil menjeling sedikit ke belakang. Dia sedikit merasa puas apabila melihat ekspresi Naura yang sedang beredar dari situ.
Tu baru sikit, Naura Husna.
____________
I tak boleh teman you dinner. I kena stay back kat office sebab nak kejar due date next week.
Hud mengeluh. Betullah orang kata kerja takkan pernah habis. Dahlah kerja menimbun, dua tiga hari ni asyik kena marah dengan bos je. Belum lagi si Marsha yang selalu mendesak tentang hal perkahwinan mereka. Ya Allah, serabutnya! Kalau boleh rasa nak pergi jauh dari sini!!
"Hud, bos ajak meeting. Jom!" Ujar Akmal, rakan sepejabatnya.
Meeting lagi... Hud melangkah longlai. Ya Allah, cepat-cepatlah kerja ni habis. Selagi tak sampai due date, selagi itulah dia kena balik lambat.
____________
Marsha hanya membaca mesej itu tanpa membalas.
It's okay. Kalau kau tak boleh, aku ada backup. Easy.
Segera dia menaip sesuatu di telefon pintarnya.
_____________
Tangannya perlahan-lahan membuka kunci pintu grill rumahnya.
"Assalamualaikum." Bisiknya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
Keadaan di ruang tamu itu sunyi. Matanya mencari-cari Naura kot-kot dia ada disofa tapi tiada.
Dah tidur kot. Sekarang pun dah pukul 10.30.
Hud masuk ke dalam bilik untuk bersihkan diri dan bersiap untuk rehat.
"Eh, awak dah balik.." tegur Naura. Dia terlalu leka dengan animenya sehinggakan dia tak perasan akan kepulangan Hud.
Kening Hud terangkat. "Lah.. kenapa tak tidur lagi?"
Naura tersengih. "Hehe..belum nak tidur lagi."
Hud hanya senyum kelat lalu duduk dihujung katil.
Naura perasaan akan wajah Hud yang tidak seperti biasa. " Awak okay ke?" Tanyanya.
Hud segera membalas sambil meleraikan tali lehernya. "Biasalah kerja. Nak kena kejar due date next week. Tu yang penat tu."
Naura bangun dari sofa bed itu lalu berdiri betul-betul dihadapan Hud. "Hud, come." Katanya sambil mendepakan tangannya.
Hud blur. "Kenapa?"
"Berdiri kejap." Ujar Naura lagi.
Hud berdiri. Tiba-tiba Naura memeluk tubuhnya dengan lembut. Hud terpegun. Hatinya mula berdebar kencang.
" Orang kata pelukan selama 30 saat dapat kurangkan stress and make them feel better."
Naura meleraikan pelukannya setelah 30 saat berlalu. "So how? Do you feel better?"
Hud diam. Namun tiba-tiba, dia memeluk Naura kembali. "It works but I need another 30 seconds." Katanya sambil memejamkan matanya. Saat dia memeluk Naura, terasa hilang segala beban yang dialaminya tadi. Naura hanya tersenyum lalu membalas pelukan tersebut sambil membelai lembut belakang lelaki itu.
"Insyaallah, all is well. Awak jangan risau,ya?"
Hud hanya mengangguk apabila mendengarkan kata-kata Naura itu.
"Emm, awak pergi mandi lepas tu solat. Kalau nak makan, saya boleh siapkan untuk awak."
Naura mengukirkan senyuman. Dan senyuman itulah yang membuatkan jantung Hud tiba-tiba berdegup kencang.
""Eh, takpelah. Awak tidurlah dulu. Saya lepas solat nanti nak terus tidur." Hud segera melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia cuba mengawal perasaan gementarnya dengan membasuh muka disinki.
Hud melihat wajahnya dicermin. Aneh betul perasaannya kali ini. Setiap kali melihat senyuman Naura, dia pasti akan berasa tak tentu arah. Dadanya dipegang perlahan.
Perasaan apakah ini?
_______________
Hud masih belum dapat lupakan pelukan Naura malam itu. Ianya seperti magic. Belum pernah dia merasa tenang seperti itu. Setiap kali dia terkenangkan akan pelukan tersebut, dia kembali bertenaga dan semangat untuk menyiapkan kerjanya.
Iman memandang Hud dengan muka yang pelik.
Serius la mamat ni tersengih-sengih macam kerang busuk dah kenapa?
Hud yang terperasan akan pandangan Iman segera berdehem dan menyambung kerjanya balik. Perasaan malu mula menguasai diri. Hampeh betul! Bisiknya.
Sebelum pulang, Hud segera mendapatkan Iman sebelum dia hilang dari pandangan.
"Err, Iman. Aku nak minta tolong boleh?"
Iman mengecilkan matanya. "Suspicious betul kau. Tolong apa?"
happy Chinese New Year! sorry lama tak update sebab bercuti hehe
Share this novel