Part 9

Romance Series 2509

Suasana hingar-bingar tetap tidak menghalang Marsha untuk berseronok sambil menikmati air kencing syaitan itu. Ya. Dia tidak serik dan tidak mampu untuk menahan dirinya. Janji yang sendiri dimaterai itu tak mampu lagi dipertahankan.
Dia belajar semua itu semasa dia berhijrah ke luar negara empat tahun lalu. Bahkan Hud pun tidak pernah mengetahui akan perbuatannya itu.

Dan kali ini, dia terpaksa dengan alasan sunyi. Sejak kebelakangan ini, Hud tidak lagi menemaninya seperti selalu dek kerana kesibukan kerja.

"Hi pretty.. sorang je ke?" Tegur lelaki yang berbadan agak sasa itu.

Marsha tersengih, "well, as you can see..". Dia meneguk air haram itu dengan rakus.

Laju tangan lelaki itu menghalang Marsha meneruskan kegiatannya itu. Marsha menjeling. "Sorry but I nak duduk sorang-sorang je malam ni."
Lelaki itu tergelak. "Are you sure? Because I have something fun to share with you." Katanya sambil berbisik di telinga Marsha.

Ayat itu berjaya menarik minatnya. "Huh, apa?"

"Kalau nak tahu, you kena join I dengan kawan-kawan I kat sana tu." Ujar lelaki itu sambil menunding jarinya ke arah sekumpulan lelaki yang sedang melambai-lambai mereka berdua.
Marsha sengih, "If that so, why not?" Lalu dia mengikuti lelaki itu.

"Wow, damn! That's so hot!" Tegur lelaki berambut agak kemerahan itu. Marsha senyum sinis. Dia segera duduk disebelah lelaki yang dia ikuti tadi.

"I Sam, and you?" soal lelaki berbadan sasa itu sambil mengucup lembut tangan Marsha. "Marsha." Jawabnya ringkas. Jawapannya itu disahut dengan beberapa siulan dari kawan-kawan sekelilingnya.

"So, apa benda yang you kata best tu?" Soal Marsha. Dia seperti dapat menjangkakan perkara itu tapi sengaja dia bertanya.

Sam tersengih. "Haha, relax. Kita enjoy dulu okay?" Dia mengenyit matanya. Marsha meneguk air ditangannya lalu dia tenggelam dalam keseronokan bersama kumpulan itu.

______________

Dia melihat lelaki itu sedang bersiap-siap. Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Lelaki itu lantas mengucup dahinya dengan lembut seraya berkata, "Thanks, it was fun last night."

Marsha sengih. "Well, my pleasure. Hopefully we won't meet again." Balas Marsha lalu memejamkan matanya. Dia hanya mendengar bunyi tapak kaki melangkah dan tak lama kemudian dia terlena dibuai mimpi.

_______________

Jam menunjukkan hampir pukul 9. Hud membelek-belek telefon pintarnya. Dia berasa pelik. Selalunya waktu begini dia mesti dapat mesej bertalu-talu dari Marsha. Tapi tidak hari ni.

Bagus jugak. Kalau selamanya pun nice. Takdelah sakit kepala aku menghadap perempuan tu.

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Emm? Mama?

Salam Hud. Next week Hud dengan Naura free tak? Mama dan Babah ingat nak buat family gathering kat Cherating. Kalau boleh korang berdua join la sekali. -Mama

Hud segera membalas.

Waalaikumussalam Mama. Insyaallah nanti Hud tanyakan Naura. Nanti apa-apa Hud bagitahu ya. - Hud

Hud tak mampu menahan diri dari tersenyum lebar apabila mengenangkan bahawa dia akan datang bersama Naura di family gathering itu.

Iman yang dari tadi melihat Hud tersenyum sendirian menegurnya, " Bro, apa senyum-seyum ni ha?"

Hud terkejut. "Err mana ada.." Iman sengih. "Haha malu la tu. Ada orang dah angau sih." Hud menunjukkan penumbuknya. "Eh mamat ni. Baik kau diam."

"Emm tapi sorrylah terpaksa rosakkan mood kau. Kita ada meeting petang nanti. Ada projek baru. Due date taktahu la bila."

Hud mengeluh. "Adoii..baru nak relax habiskan kerja yang sebelum ni tertangguh. "

"Tula pasal.. si Akmal pun dah macam nak meroyan. Member dah lah dah plan nak pergi honeymoon dengan wife dia. Haha "

Hud ikut sama tergelak. "Dapat boss yang workaholic macam ni la gayanya. Tsk tsk tsk"

_______________

Salam Naura. Mama ajak kita join family gathering kat Cherating next week. Tak lama pun. 1 malam je. Kalau awak free, joinlah. Lagipun Mama rindukan awak. -Hud

Naura tersipu-sipu setelah membaca mesej dari Hud itu. Tak tahulah kenapa mesej macam tu pun boleh buatkan hatinya berbunga-bunga bagaikan berada disyurga.

Insyaallah. Saya free waktu tu. Bagitau Mama saya join. -Naura

Butang 'hantar' ditekan. Tak lama kemudian, telefon pintarnya berbunyi lagi.

Alright. By the way malam ni saya mungkin balik lambat macam haritu. Banyak kerja tertangguh nak disiapkan. Awak tak payahlah masakkan untuk saya ya. - Hud

Naura mencebik. Balik lambat sebab kerja ke sebab perempuan tu? Getus hatinya.

Okay. Baik. Kalau ada apa-apa bagitahu la ya. -Naura

Emm.. lagi satu. Awak tidurlah awal. Tak tunggu saya pun takpe,okay? - Hud

Okay awak. Hati-hati ya. - Naura

Naura mengeluh sendirian. Sendiri lagilah aku lepas ni. Baru nak rasa best sebab hari-hari dapat jumpa dia kat rumah...

Alright. You too. Gonna miss you. - Hud

Naura membeliakkan matanya. Seriously? Dia masih tak percaya dengan apa yang dibacanya. Biar betul Hud ni. Tolonglah jangan bagi harapan palsu. Dia menutup separuh mukanya supaya tiada yang perasan akan mukanya yang sudah mula memerah kerana menahan malu.

I already miss you. Bisik hati kecilnya.
____________

Dari jauh, ada sepasang mata yang memerhati gelagat si Naura yang sedang tersipu-sipu sambil melihat ke arah telefonnya. Apalah yang membuatkan Naura berkelakuan sebegitu rupa?

Dia kemudiannya mengetap bibirnya. Perasaan cemburu mula menguasai diri. Marsha melangkah pergi dengan perasaan annoying.

Mesti ada kaitan dengan Hud. Huh! Jagalah kau Naura.

____________

Hud menggeliat. Tak sangka dapat jugak dia habiskan separuh kerja yang tertangguh awal dari jangkaannya. Dilihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 9.00 malam. Dia tersenyum. Tak sabar rasanya nak balik.

Dia menghidupkan enjin keretanya beberapa kali tapi tetap tidak berjaya. Lah, kereta ni dah kenapa? Takkan rosak kot?

Dia mengeluh lagi. Mana ada pomen waktu macam ni... Nampak gayanya terpaksalah dia bermalam di office. Dia tak mahu call Iman kerana takut menyusahkan kawannya itu. Naura pula sudah tentu sedang bersiap untuk tidur. Tak sampai hati pula dia hendak menyuruh isterinya itu keluar waktu malam macam ni semata untuk mengambilnya.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering tanda ada panggilan masuk.

"Hello, you. Busy ke? Teman I dinner jom? Lama tak dinner sama-sama."
Soal Marsha.

"Emm.. kereta I rosak. I still kat office. " balas Hud dingin.

"Oh rosak? You dah call mechanic ke?"

"Belum lagi. Jap lagi nak call."

"Okaylah kalau macam tu. You tunggu je lah mechanic tu datang. Nanti okay la tu kereta you. Okay bye."

Belum sempat Hud membalas, Marsha sudah mematikan panggilan tersebut terlebih dahulu.

Huh? Macam tu je? Kata Hud sambil senyum sinis. Dia tidak mengharapkan apa-apa dari perempuan itu langsung kerana memang sebelum ini pun perempuan itu tidak pernah ada ketika dia didalam kesulitan. Tapi taktahu lah kenapa dia masih setia bersama perempuan itu.

Hud teringat akan sesuatu lalu segera menaip dengan laju. Dia kemudiannya memandang sebuah kotak kecil ditempat duduk penumpang sebelahnya. Baru ingat nak buat surprise. Bisik hati kecilnya.

______________

Naura yang baru lepas mandi itu segera check telefon pintarnya sambil menunggu rambutnya kering.

Dia terpandang akan mesej dari Hud lalu membukanya.

Salam awak, jangan lupa kunci pintu. Saya tak balik malam ni. Tidur kat office. Kereta rosak. Esok baru call mechanic. -Hud

Tanpa membuang masa, Naura segera menghubungi suaminya.

"Hello, Assalamualaikum awak. Awak kat mana ni? Kat office lagi ke?"

"Waalaikumussalam, haah. Kat office lagi. Saya tak balik malam ni. Jangan lupa kunci pintu." Balas Hud.

Naura seperti memikirkan sesuatu, "Err, saya ambil awak la. Kereta tu biar je kat situ. Esok baru settle."

"Takpelah. Lagipun dah malam sangat dah ni. Awak sorang pulak tu."

"No. Saya datang sekarang. Awak share location awak. Kejap lagi saya sampai."

Hud tersentak lalu segera membalas, " okay. Hati-hati drive tu."

Naura mematikan panggilan itu lalu bersiap untuk mengambil Hud.

______________

Naura melihat location yang dihantar oleh Hud sebentar tadi. Dia mengerutkan dahinya. Eh, ni bukan jalan nak pergi office aku jugak ke?

Dia segera memandu ke tempat tersebut. Walaupun dia jarang memandu pada waktu malam tapi digagahkan juga kerana risau akan keadaan Hud.

Dari jauh Naura sudah nampak akan kereta Hud. Lalu dia parking dihadapan kereta lelaki tersebut. Hud yang nampak akan kehadiran Naura segera keluar dari keretanya.

"Sorry menyusahkan awak." Ujar Hud.

Naura tersenyum. "Awak ni, nasib baik saya tak tidur lagi. Dah lah jom balik. Kesian awak, penat."

Hud membalas senyuman itu. Dia pun melangkah masuk ke dalam kereta Naura. Tapi dia segera berpatah balik kerana terlupa untuk mengambil sesuatu.

"Kenapa?" Soal Naura.

Hud sengih lalu menunjukkan kotak kecil itu kepada isterinya. " Emm, ni untuk awak."

Naura mengambil kotak itu lalu membukanya. Matanya bersinar-sinar apabila melihat kek kegemarannya itu.

" Kek strawberry! Mana awak tahu saya suka kek ni?" Soal Naura bercampur teruja.

"Hehe..adalah. tapi taktahulah rasanya macam mana sebab dah lama tak masuk dalam peti sejuk. Saya ingatkan nak bagi awak lepas sampai rumah. Tapi kereta pulak rosak. " Hud menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Naura rasa terharu. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu tahu akan kegemarannya. Dia mengambil sudu lalu menyuap kek itu ke dalam mulutnya. Hud tersenyum sipu apabila melihat Naura menikmati kek itu dengan penuh rasa teruja. 

"Emm, sedap lagi keknya. Terima kasih, awak!"

Naura mengambil sedikit kek itu lalu disuakan terhadap Hud. "Awak nak try? Sedap tau."

Hud yang mulanya terkesima hanya mengangguk. Dia segera memakan kek yang disuap oleh Naura.

"Sedap juga kek ni. Maybe lagi sedap sebab ada orang suap kot. " usik Hud. Naura tersengih lalu memukul perlahan lengan lelaki itu. Mereka kemudiannya bergerak dan pulang ke rumah meninggalkan kereta Hud disitu.

Dah mula sweet-sweet dah si Hud ni haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience