Pagi itu Naura membuka hampir keseluruh pintu kabinet di dapur mencari sesuatu. Dia mengeluh kecil.
"La..tak perasaan pulak banyak barang dah habis." Naura kemudian menaiki tangga lalu masuk ke dalam bilik tidur. Dia melihat Hud yang masih lena sambil diselubungi selimut.
Naura tersenyum sambil menggeleng kepalanya, "Abang... bangun lah. Berapa lama nak tidur lagi ni. Hari ni cuti kot. "
Perlahan-lahan dia menarik selimut itu. Hud bergerak sedikit tapi tangannya tetap lincah menarik Naura ke dalam dakapannya.
"Ala sayang.. cuti kan.. bagilah abang tidur puas-puas." Balas Hud dengan suara serak yang baru bangun dari tidur.
"Abang, bangunlah.. temankan sayang beli barang. Barang dapur banyak habis. Bila lagi nak beli. Abang jugak yang nak makan nanti..". Naura membelai lembut rambut Hud.
"Hmm.." Hud meletakkan jarinya dibibirnya. Naura tergelak apabila melihatnya lalu dia segera merapatkan bibirnya ke bibir Hud. Hud tersenyum lebar.
"Bagi abang mandi dulu. Sayang dah mandi ke belum? Kalau belum jomlah mandi sama-sama." Tangannya melingkari pinggang Naura sambil memajamkan matanya. Naura memukul lembut lengan Hud.
"Gatal betul. Laki sape la ni!"
Hud ketawa lalu membalas. "Entahlah,laki siapa la tu..."
_______________
Naura menyorong troli yang dipenuhi dengan barang-barang keperluan rumah ke kereta Hud. Hud menyuruh isterinya pergi dahulu kerana dia ingin membayar tiket parking dilobi.
Sedang dia menyorong troli itu, tiba-tiba datang satu kereta dari belakang yang ingin melanggarnya. Tangan Naura tiba-tiba direntap laju oleh seseorang. Naura menjadi panik dan terkejut. "Ya Allah! Gila apa kereta ni!??" Dia hampir terduduk akibat kejadian itu.
"Kau okay ke?" Tegur suara itu. "Saya okay. Ter..." Naura tak sempat menghabiskan kata-kata apabila melihat lelaki yang amat dikenalinya itu kini berada betul-betul dihadapannya. Qayyum!
Naura merentap tangannya kembali.
"Naura? Kau okay tak?" Naura membisu. Dia masih kaku melihat Qayyum.
"Sayang? Kenapa ni?" Laung Hud dari jauh mendapatkan isterinya. Naura segera memeluk Hud dengan erat. Lelaki itu membetulkan topinya lalu beredar dari situ.
Hud menenangkan Naura. "Sayang, masuk dalam kereta dulu. Biar abang settlekan barang tu."
Sepanjang perjalanan pulang, Naura hanya membisu. Dia masih lagi terkejut dengan dua kejadian tadi dan kehadiran Qayyum la yang paling mengejutkan dia. Hud yang tidak tahu apa-apa hanya melihat Naura dari ekor matanya sambil memandu pulang ke rumah.
___________
Hud menghulurkan segelas air kosong kepada Naura. "Sayang abang okay ke? Risaulah abang tengok sayang dari tadi macam ni." Hud membelai lembut rambut isterinya.
Naura segera memeluk lengan Hud. "Okay, cuma shocked sikit." Hud membalas pelukan itu dengan harapan perasaan Naura akan kembali tenang.
"Tadi masa abang pergi bayar parking ticket, ada kereta hampir langgar sayang masa sayang tengah sorong troli tu."
Hud terkejut.
"Tapi mamat tu sempat tarik tangan sayang ketepi."
"Sayang nampak tak siapa yang drive kereta tu?" Naura menggeleng.
"Tapi yang lelaki pakai topi tu sayang kenal."
"Siapa?"
"Qayyum."
Hud mengerutkan dahinya. Dia kenal siapa Qayyum itu dan tahu mengenai Qayyum dari Anna. Hud menggosok-gosok lembut lengan Naura sambil memeluknya dengan lebih erat.
"It's okay, sayang. Jangan takut. I'm here." Ujarnya lagi.
_______________
Marsha gelak sepuas-puasnya didalam dakapan Sam. Dia tidak menyangka bahawa Naura akan menjadi sebegitu rupa apabila kereta yang dinaikinya itu hampir melanggarnya. Kalaulah tidak disebabkan lelaki bertopi itu, sudah tentu Naura sedang bertarung nyawa ketika ini.
"Bukan main you gelak lagi. Dah puas ke?" Soal Sam sambil meneguk air haram itu.
Marsha senyum sinis, "Nope, itu baru introduction. Tapi still I rasa puas." Marsha kini menyilangkan kakinya dengan kaki Sam. Jarinya berputar-putar diatas dada bidang Sam.
"So, apa plan you lepas ni?". Tangan Sam kini merayap di bahagian dada Marsha yang sebahagiannya sudah pun terdedah.
"Idea tu dah ada tapi I nak relax dulu." Tangannya kini mengusap perlahan di bahagian bawah perut Sam. Sam tersengih sambil menahan rasa. Seakan memahami kehendak Marsha.
"Sure baby, it's yours anyway." Marsha tergelak lalu mengiring menghadap Sam. Sam merebahkan mukanya didada Marsha yang sudah terdedah sepenuhnya. Mereka berdua memuaskan nafsu serakah mereka tanpa menghiraukan hujan yang sedang turun dengan lebatnya diikuti dengan kilat sabung menyabung.
______________
Hud mendapatkan Naura yang sedang menyiapkan makan malam didapur. Dia segera memeluk dari belakang lalu bertanya, "Sayang dah okay ke?".
Naura tersenyum sambil menyentuh pipi suaminya itu. "Sayang okay je. Jomlah. Makanan dah siap ni."
"Mari abang tolong." Hud mengambil mangkuk dan pinggan dari tangan Naura lalu diletakkan diatas meja makan.
"Abang minta maaf. Kalaulah abang tak suruh sayang pergi dulu tadi.." Hud mengeluh.
Naura terus mengusap tangan Hud. " Takde apa lah abang. Sayang dah okay. Cuma terkejut sikit je. Mungkin driver tu mamai kot. Abang jangan risau okay?"
Hud hanya mengangguk dan meneruskan suapannya. Namun dia masih berasa tidak sedap hati dengan apa yang menimpa Naura tadi. Harap-harapnya sekali itu jelah yang terjadi.
__________
Qayyum berdiri dijendela sambil memerhati hujan yang turun dengan lebat tanpa henti dari tadi. Fikirannya teringat akan kejadian yang menimpa Naura siang tadi. Dia harus berbuat sesuatu agar Naura tahu siapa dalang disebalik kejadian itu supaya wanita itu akan lebih berhati-hati. Risau kalau akan berlaku kejadian lebih teruk dimasa akan datang.
hi, I'm back ! :)
Share this novel