Part 21

Romance Series 2509

Hud termenung lama sambil memandang ke arah kertas yang diberikan oleh Kak Ina itu. Kalau ikutkan hati, ingin saja dia menerjah ke rumah itu sekarang tapi dia takut jikalau Naura akan menjadi semakin jauh darinya. Hud kemudian mengambil telefon pintarnya lalu menaip sesuatu.

Selesai bersarapan, dia berkunjung lagi ke tempat yang sama dengan harapan yang sama. Hatinya lega kerana dapat melihat isteri didepan mata walaupun dari jarak jauh. Tanpa membuang masa, dia mengambil kameranya lalu menangkap gambar Naura.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk,

Waalaikumussalam, boleh. Esok datanglah dalam pukul 10. Akak tunggu awak kat sini. -Kak Ina

Hud membacanya dengan senyum lebar. Yosh! Hatinya mula berasa teruja.

_____________

"Kak Ina, Naura gerak dulu. Hari ni Naura balik lambat sikit tau sebab ada kerja nak disiapkan. Boss nak urgent pulak."

Kak Ina mengangguk. "Okay, Naura hati-hati ya." Naura melambai-lambai Kak Ina sebelum dia keluar dan menutup pintu.

Tak lama kemudian, ada seseorang mengetuk pintu rumah mereka. Kak Ina segera membukanya. "Amboi excited ya?" Hud tersengih.

"Sorry kak..hehe. Dia dah pergi ke?" Kak Ina mengangguk.

"Dah. Baru je pergi. Ha, masuklah dulu."

Hud membuka kasutnya lalu memasuki ruang tamu rumah itu. Keadaan rumah itu tidaklah luas tapi disebabkan ianya bersih dan kemas, memang akan nampak selesa. Kak Ina menghidangkan air teh hijau. "Minumlah. Teh ni favourite Naura tau." Ujarnya. Hud senyum lagi lalu menghirup sedikit teh tersebut. Terasa kurang payau ditekaknya.

"Kalau Naura tak ada, Kak Ina buat apa?" Soal Hud.

"Sebenarnya rumah ni Naura duduk sorang je. Akak cuma temankan dia kadang-kadang sebab akak pun kerja juga tapi tak jauh dari sini. Ada lah kadang-kadang masak untuk dia, kemas-kemas sikit rumah ni. Cumanya kalau suami akak datang sini melawat akak, akak terpaksa tinggalkan dia sorang-sorang."

Hud mengangguk-angguk.

"Akak pun macam Naura juga, kerja sini sementara sebelum balik ke Malaysia semula."

"Emm.. kalau macam tu kak, sementara saya ada kat sini, boleh tak saya ambil alih semua kerja akak tu? I mean bab mengemas tu je la. Masak saya tak reti, hehe." Kata Hud sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 

Kak Ina tergelak, "Haha! Lah..mestilah boleh. Apa tak bolehnya. So Hud, akak pun tak boleh lama-lama sebab dah nak kena masuk office, ni kunci rumah. Jangan kantoi pulak. Ingat! Sebelum pukul 5 kalau boleh baliklah kalau tak nak terserempak dengan dia. Ni kunci pendua untuk awak."

"Okay kak. Terima kasih banyak-banyak ya kak sebab tolong jaga Naura sepanjang dia ada kat sini."

"Sama-sama. Akak pergi dulu." Kak Ina tersenyum lalu bangun meninggalkan Hud keseorangan dirumah itu.

Hud memandang sekeliling rumah itu. Dia bingkas bangun lalu mula mengemas di bahagian ruang tamu dan dapur. Kemudian dia membersihkan ruangan bilik air dan bilik study.

Setelah selesai, dia membuka bilik tidur Naura perlahan-lahan. Hatinya menjadi sebak. Sudah lama dia tidak menghidu bau ini. Bau perfume kegemaran Naura.

Tapi tiba-tiba dia terasa seperti ada yang menolak keluar. Dia tidak dapat menahan lagi lalu berlari ke bilik air.

Haihh..muntah lagi. Getus hatinya.

Dia kemudian masuk ke bilik tersebut sambil menutup hidungnya. Bimbang termuntah buat kali kedua. Matanya kemudian tertarik akan sebuah bekas yang terdapat disisi katil itu. Hud membuka bekas itu lalu melihat akan crochet yang separuh siap itu.

Crochet? Untuk apa ni? Macam untuk baby je. Dia buat untuk Kak Ina kot..

Dia segera meletakkan kembali crochet itu lalu bersiap-sedia untuk pulang. Takut Naura tiba-tiba muncul dihadapan pintu.

"Esok abang datang lagi."

________________

Naura sampai dirumah hampir pukul 9 malam. Dia terkejut melihat keadaan sekeliling yang nampak rapi dan kemas. Dia melihat dapur juga begitu. Dia membuka bilik study dan terkejut melihat keadaan meja yang sebelum ini memang berselerak telah tersusun kemas.

Haih la kak Ina ni. Aku dah pesan tak payah kemas.

Bukan dia tak bersyukur tapi dia tak nak menyusahkan Kak Ina lebih-lebih apabila Kak Ina sendiri pun bekerja sepertinya.

Naura segera memasukkan makanan yang dibelinya ketika pulang dari pejabat tadi ke dalam microwave untuk dipanaskan sebelum makan. Sambil menunggu, dia pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

Eh, takkan bilik air pun Kak Ina bersihkan jugak?

Naura mula berasa pelik. Jarang-jarang kak Ina membersihkan satu rumah unless dia bermalam disini. Tapi hari ni kak Ina tak tidur sini pun.

______________

Sudah hampir seminggu Hud berulang alik dari guest house ke rumah Naura. Walaupun penat tapi dia masih sanggup melakukan semua kerja rumah tersebut demi isterinya.

Selepas selesai mengemas, Hud duduk di luar beranda sambil menonton video cara untuk mengait. Niatnya ingin menghabiskan crochet yang dikait oleh Naura itu. Mujurlah dia seorang yang cepat belajar. Dia pun memulakan aktiviti mengait itu walaupun ianya mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Tanpa disedari, warna merah dikaki langit mula menampakkan diri menandakan matahari sudah hampir terbenam. Hud menggeliat sambil menggosok tengkuknya. Lenguh kerana seharian mengait crochet itu. Dia melihat jam tangannya yang sedang menunjukkan hampir pukul 6 petang.

"Ya Allah! Dah pukul 6? Aku patutnya dah kena balik ni." Dia kelam kabut mengemas barang-barangnya.

Tiba-tiba pintu rumah itu terbuka.

Naura mula melangkah masuk. Dia melihat terdapat sepasang sandal yang sedikit besar saiznya. Kemudian matanya terlihat akan bayang-bayang diberanda rumahnya.
"Kak Ina ke tu? Kak Ina?" Laung Naura

Hud yang terdengar akan suara itu menjadi panik.
Dia segera menyimpan segala peralatan didalam bekas.

Naura mula mengesyaki sesuatu apabila Kak Ina tidak menyahut panggilannya. Dia segera menghampiri beranda lalu diselak langsir itu. Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat akan wajah yang sangat dikenalinya itu.

"APA AWAK BUAT KAT SINI?!!" Suara Naura menjadi keras sambil menahan kemarahan.

Gulp! Hud terpegun. Tahulah dia kini tidak dapat melarikan diri lagi dan semuanya telah terbongkar.

________________

Suasana menjadi sunyi sepi walaupun diruang tamu itu terdapat dua orang yang sedang duduk menghadap antara satu sama lain.

Kak Ina yang sedang menyediakan air di dapur lantas berkata, "Kak Ina yang bagi kunci kat Hud tu lepas Kak Ina jumpa Hud kat Yoshinoyama dulu."
Dia kemudian membawa air tersebut ke ruang tamu.

"Dah lah tu. Awak berdua suami isteri kan. Sampai bila nak macam ni?"

Kak Ina meletakkan secawan milo dihadapan Hud dan Naura. Bau milo itu membuatkan Hud secara automatik berasa mual. Mukanya tiba-tiba berubah menjadi pucat.

Kak Ina yang perasan akan perubahan muka Hud segera menegur "Kenapa Hud? Okay ke tak ni?".

Hud menutup mulutnya dengan sebelah tangan lalu bertanya "Ni air apa kak Ina?"

Kak Ina mengerutkan dahinya, "Milo. Hud tak suka ke?" Hud lantas menekup mulutnya dengan lebih rapat lalu berlari ke bilik air sebaik sahaja mendengar perkataan milo itu.

"Uwek!"

Naura memandang sekilas ke arah Hud yang kelam kabut berlari ke bilik air. Kedengaran suara lelaki itu yang muntah-muntah sampai terbatuk-batuk. Dia menjadi musykil. Bukan ke milo ni air favourite dia? Kenapa pulak tiba-tiba jadi macam ni?

Kak Ina mengejar Hud ke bilik air untuk memeriksa keadaan Hud. "Hud, awak okay tak ni? Kenapa tiba-tiba muntah? Sakit ke?"

Hud membasuh mukanya lalu keluar dari bilik air.
"Tak ada apa lah kak. Dah biasa dah. Saya tak boleh dengar nama dan bau air tu. Tekak tiba-tiba terasa loya."

Kak Ina tergelak. "Pulak dah. Dah lama ke jadi macam ni?"

Hud mengangguk. "Lama jugak, dah nak dekat dua bulan. Tapi muntah-muntah ni dah biasa kak. Selalunya lepas subuh, kadang-kadang malam pun ada jugak. Bila check dengan doktor, doktor kata semuanya okay. Tapi tu la, sampai sekarang jadi macam ni lagi. Perfume Naura pun saya tak boleh bau."

Kak Ina mula tersenyum lebar. Kini, dia faham kenapa Hud boleh muntah-muntah sebegitu rupa.

"Okay akak faham kenapa."

Hud dan Naura serta merta memandang sambil menunggu jawapan dari Kak Ina. "No wonder la awak sihat walafiat je Naura, semua morning sickness tu suami awak dah ambil." 

Hud masih belum mengerti akan maksud Kak Ina.
Kak Ina menggeleng lagi setelah melihat muka Hud yang masih lagi dalam kebingungan.

"Hud, Isteri awak tu pregnant. Yang awak muntah-muntah tu sebab morning sickness."

Hud terkejut lalu memandang ke arah Naura yang hanya mendiamkan diri dari tadi. "Ha? Pregnant? Dah berapa bulan?"

Perlahan-lahan Naura mengangkat dua jarinya.

Hud segera melangkah ke arah Naura sambil meraih tangannya, "Betul ke sayang?"

Naura hanya mengangguk. Riak wajahnya tak berubah namun hatinya hampir saja ingin memeluk suaminya itu. Kesian melihat keadaan Hud yang masih lagi mengalami alahan.

Hud hampir menangis apabila mendengar berita itu. Ingin sekali dia memeluk isterinya itu tapi dia mula berasa mual kembali. Dia berpatah balik lalu berlari ke bilik air.

Kak Ina hanya senyum melihat gelagat Hud. "Orang kata kalau suami yang tanggung morning sickness isteri ni maksudnya suami tu sayang sangat kat isterinya tu. Untung awak, Naura."

Kata-kata Kak Ina itu serba sedikit telah menyentuh hati Naura. Air mata Naura mula bergenang.

Hud keluar dari bilik air lalu berkata, "Sorry sayang. Abang tak tahan bau milo tu dengan bau perfume sayang."

Kak Ina yang semakin mengerti akan keadaan itu segera berkata, "Korang settle kan lah apa yang patut. Akak balik dulu. By the way Naura, akak tak dapat temankan Naura minggu ni sebab husband akak datang. Hud je la yang jaga awak ya."

Hud yang  masih lagi berdiri dipintu bilik air itu mula tersenyum lebar, " Baik kak Ina. Kak Ina janganlah risau."

Kak Ina mula beredar meninggalkan rumah itu. Kini tinggallah mereka berdua dengan perasaan bercampur baur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience