Naura duduk disamping Anna sambil memeluk bahunya. Hanya senyuman pahit yang terukir dibibirnya. Anna yang sedang menonton anime pada ketika itu terus memberhentikan seketika. Perhatian dia kini tertumpu sepenuhnya terhadap Naura.
"Kau okay ke?" Soal Anna,lembut.
Naura mengangguk perlahan. "Aku okay je. Cuma penat sikit dengan kerja. Biasalah kan."
Anna menepuk-nepuk bahu Naura. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku kepada Naura. Tapi terserah kepada Naura untuk bercerita atau tidak.
"It's okay. Aku ada." balas Anna lalu memeluk erat sahabat baiknya itu. "Kau kena ingat aku sentiasa ada untuk kau. Kau jangan sedih-sedih,okay?"
Naura mengangguk sekali lagi. Dia terkadang rasa segan kerana setiap kali berlaku sesuatu, Anna mesti sentiasa ada dengannya. Dia bersyukur tapi sampai bila dia perlu bergantung kepada Anna? Anna pun tak lama lagi akan disatukan dengan jejaka pilihan hatinya. Dia tak nak menyusahkan Anna dengan masalahnya lagi.
Naura memejam erat matanya. Mulutnya seperti terkunci rapat. Dia ingin mengatakan sesuatu tapi bagaikan ada yang menghalang. Pahit rasanya. Tetapi tidak akan matanya. Air matanya mengalir deras tanpa disedari. Anna yang melihat akan hal itu mula panik.
"Ya Allah, Rara!" Anna mengesat air mata Naura yang semakin mengalir tanpa henti.
"Aku ternampak Qayyum dengan kawan-kawan dia lepak kat mall tadi..."
Naura tersedu-sedu. Anna hanya mendiamkan diri sambil menunggu Naura tenang.
"Rupa-rupanya dia cuma prank aku je. Dia bertaruh dengan kawan-kawan dia. Kalau dia berjaya buat aku sebagai girlfriend dia, perempuan yang dia suka setuju untuk jadi girlfriend dia."
Naura memejamkan matanya lagi.
"Aku ikhlas dengan dia tapi kenapa dia malukan aku dengan betting bodoh dia tu..."
Naura terus tersedu-sedu sambil berkata "Ke... kenapa... per..lu... perbodohkan... aku sampai..ma..cam ni.. aaaa". Tak tahan lagi, dia meraung semahu-mahunya.
Anna memeluk Naura kembali sambil menggosok perlahan belakang Naura.
"Menangislah Rara. Menangislah banyak mana kau nak. So that esok kau boleh jadi lagi kuat."
Naura menangis semahu-mahunya. Hatinya luka, pedih, hancur. Mungkin kerana harapan yang diletakkan terlalu tinggi sehingga membuatkan dia mengalami kekecewaan yang besar.
Anna terus mengusap kepala dan bahu Naura tanpa henti bagi menenangkannya. Sial punya jantan! Getus hati kecil Anna.
Malam itu, Naura tidur dalam kekecewaan. Anna memandangnya dengan pandangan sayu. Dalam hatinya berdoa agar sahabat baiknya itu kembali pulih sepenuhnya seperti sedia kala.
Sejak itu, Naura seperti robot. Dirinya tak ceria seperti dahulu. Kadang-kadang dia bekerja sehingga lewat malam. Jika ada dirumah pun dia lebih suka bersendirian dan berkurung di dalam biliknya. Anna kadang-kadang risau akan keadaan Naura, takut terbawa-bawa sehingga mendatangkan mudarat.
___________
"Naura, Naura fasih berbahasa Jepun kan?" Soal bossnya atau lebih mesra dipanggil Kak Ain.
Naura mengerutkan dahinya, "Boleh juga lah Kak Ain kalau sekadar nak bercakap. Ada apa?"
"HR kata ada kekosongan kat HQ sana. Naura mahu? Kalau dari sudut kerjaya, ini mungkin peluang Naura untuk menambahbaikkan kerjaya Naura."
Naura diam. Kemudian bossnya menyambung lagi,
"Tapi dari sudut peribadi, Naura ambillah peluang ini untuk pulihkan semangat Naura yang makin menghilang tu. Akak harap apa yang dah terjadi tu takkan terus-terusan menghancurkan apa yang Naura ada sekarang. Naura kuat. Ramai lagi yang sayang akan Naura."
Naura terasa matanya mula membahang. "Berapa lama Kak Ain? " soalnya.
"Jawatan tu based on projek yang ada. Tak silap akak, projek tu dianggarkan makan masa dalam 3-4 tahun. Lagipun berkaitan jugaklah dengan kerja yang Naura buat sekarang ni. Cumanya sebab language barrier. So,kalau Naura berminat, akak akan usulkan ke bahagian HR untuk lebih lanjut. Kalau lulus, maybe dalam 2-3 minggu Naura kena get ready la untuk ke sana."
Naura mengangkat keningnya, "Cepatnya?"
"Cepat jugaklah since Naura pun dah tak perlu untuk ambil kelas bahasa but still diorang akan evaluate Naura sama ada Naura layak atau tak dengan jawatan tu."
Kak Ain memandang Naura sambil tersenyum, " Naura fikir-fikirkanlah dulu. Fikir dalam-dalam. Akak cuma cadangkan saja. Naura fikirkanlah apa yang terbaik untuk Naura. Mana pun pilihan Naura, akak sentiasa support."
Naura membalas senyuman manis itu. "Baiklah Kak Ain. Naura akan bagitahu Kak Ain secepat yang mungkin."
Naura bangun lalu kembali ke mejanya.
___________
Naura keluar dari biliknya untuk menemui Anna. Kelihatan Anna yang masih sibuk menguruskan hal akad nikah yang akan berlangsung 2 minggu sahaja lagi.
Anna yang perasan akan kehadiran Naura segera menangguhkan kerjanya.
"Rara, kau okay?" Naura angguk lalu tersenyum.
"Busy ke Anna? Sorry kalau ganggu. Aku nak bagitau something."
Anna membetulkan tempat duduknya. "Ada apa Rara?"
"Haritu aku ada interview dengan HQ kat Jepun sana tu dan diorang offer aku jawatan tu. So aku dah decided untuk terima dan bekerja disana." Kata Naura, perlahan.
Anna senyum. "Weh, bestnya! Bila?"
"Next week. Dalam erti kata lain, aku mungkin tak dapat hadir ke majlis kau." Mata Naura bergenang.
Anna memegang erat tangan Naura. "Jangan risau Rara. Benda ni pun melibatkan masa depan kau. It's okay. Aku faham."
"Tapi..."
"Takde tapi-tapi. Jangan risaukan aku. Utamakan diri kau dulu,okay? Tapi kan.. tak sangka ya ada jugak manfaat aku hasut kau tengok anime. Haha"
Naura tergelak tapi dia masih tak dapat menahan air matanya dari mengalir laju.
"Ha ha, kau memang main peranan besar tau. Tak sia-sia kita stay up tengok anime sama-sama."
Air matanya mengalir makin laju. Terus dia memeluk Anna dengan erat sekali.
"Anna, terima kasih banyak sebab tolong aku. Aku minta maaf tak dapat balas semua tu."
Anna mengesat matanya sambil membalas pelukan Naura. " Takde lah. Kau kan kawan baik aku. Masa belajar dulu kau banyak tolong aku. Dah lah jangan menangis. Nanti aku menangis jugak. Habis krim malam aku ni...."
Mereka berdua ketawa. Tapi dalam ketawa itu terselit juga tangisan. Entahkan tangisan kerana kegembiraan atau tangisan kerana kesedihan.
Terima kasih Anna. Aku sayang kau sangat-sangat.
_______________
Terima kasih sebab masih lagi sudi baca. sorry ya kalau plot cerita agak slow sikit
Share this novel