Part 13

Romance Series 2509

Naura mengeluh kecil. Terasa malas sungguh untuk ke pejabat lagi-lagi apabila terkenangkan sikap Marsha yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Dia duduk mencangkung dihadapan almari seperti biasa, sambil berfikir baju dan tudung apa yang ingin dipakainya hari ini.

"Nak pakai yang mana satu ya? Hmm.."

Sedang khusyuk berfikir, tiba-tiba dia terasa ada tubuh yang memeluknya dari belakang. Dia tidak dapat mengawal kedudukannya lalu terjatuh kebelakang dalam pelukan itu.

"Abangggg...janganlah.. sayang tengah fikir nak pakai baju apa ni..." Ujar Naura lembut.

Hud tidak mengendahkan kata-kata itu. Dia membenamkan kepalanya ke leher Naura.

"Tak mandi pun wangi sayang ni." Kata Hud sambil memejamkan matanya.

"Abang.. pergilah mandi. Siap-siap apa semua. Nanti tak sempat breakfast pula. Sayang pun nak mandi juga."

Hud tersenyum nakal. "Kita mandi sama-sama lah macam tu. Jimat masa."

Naura mencebik. "Dengan abang mana boleh percaya. Jimat masa konon. Dahlah.. nanti lambat pulak. "

Hud mengeluh lalu melepaskan Naura dari dakapannya. Sempat dia menghadiahkan sebuah kucupan dileher isterinya. Naura hanya senyum tanpa memandang Hud.

______________

Naura meletakkan dahinya dimeja meeting. Hari ini sahaja bertubi-tubi dia dimarahi oleh bos dan juga team leader mereka, iaitu Marsha. Bukan dia sahaja, bahkan seluruh team mereka juga turut dimarahi oleh dua orang itu.

Spoil habis mood aku hari ni.

"Aku rasa bos kita ni dah kena guna-guna lah." Bisik Aira perlahan.

"Entahlah nak." Balas Naura lemah.

"Aku taktahu mana salahnya. Sebelum ni okay je kita buat. Sejak ada minah tu, semuanya lintang pukang. Ya Allah, stress!" Mirul pula berbisik.

"Dia macam nak cari pasal dengan kita pun ada jugak." Aira mencelah.

Naura hanya termenung. "Bila nak habis kerja ni, aku nak balikkkkk..."

Aira membuat muka lalu membalas, "untunglah ada laki, balik rumah boleh peluk puas-puas."

Muka Naura mula kemerah-merahan. Dia mengetuk tangan Aira dengan sebatang pen. "Kau apahal, ada Mirul kot. Malulah."

Mirul hanya menggeleng. "Haih.. bilalah aku ni nak ada bini." Dia bangun dari tempat duduknya.

"Jomlah makan, aku dah lapar." Aira dan Naura turut bangun sama. Mereka kemudian berjalan menuju ke food court yang terdapat berhampiran dengan pejabat mereka.

_______________

Hud menjamah makanannya sambil menunggu Iman beratur membeli makanan.

"Hi Hud. Sorang je ke?" Tegur Marsha lalu mengambil tempat disebelah Hud.

Hud meletakkan kembali sudu dan garfunya. Hilang selera makan apabila melihat Marsha yang tergedik-gedik disebelahnya.

"You nak apa?" Soal Hud,kasar.

"Takde apa. I saja nak duduk dengan you. Kita dah lama tak jumpa. I miss you la."

Hud diam membisu sambil matanya meliar mencari Iman. Eh,lambat pulak Iman ni.

"You ni garang betul. Yelah, sejak dah ada wife ni, sombong betul. You dah lupakan I ke?" Jari jemari Marsha perlahan-lahan menyentuh lengan Hud. Hud mengelak dengan sekilas pantas.

"Marsha, please. I tak suka you sentuh-sentuh I."

"Sebab you takut wife you nampak kita mesra-mesra macam ni?"

Hud diam lagi. Dia menarik nafas lalu berkata, "Sorry Marsha. Dulu I memang sayangkan you, tapi sekarang tak lagi. I ada wife dan I sayangkan my wife so much."

"Alah.. lelaki boleh kahwin empat kan?"

Hud mendengus. "You susah sangat ke nak faham? I sayangkan Naura sorang je. I sayang dia sangat-sangat. Please la Marsha. Past is past."

Kata-kata yang keluar dari mulut Hud sebentar tadi betul-betul mencabar keegoan diri Marsha. Dia menggenggam tangannya lalu berkata, "So, you nak cakap yang kita ni dah putus? You sanggup curang dengan I kan?

Hud menjeling ke arahnya, "You lupa ke siapa yang tinggalkan siapa? Siapa yang selalu curang dengan siapa? Dari dulu lagi siapa yang buat semua tu? Itu you Marsha! I pun bodoh terlalu ikutkan perasaan sebab I ingat you boleh berubah. Tapi tak. Dan seingat I, I tak pernah minta get back dengan you pun."

Marsha senyum sinis. "Okay fine! Macam ni you buat kat I. You dengar sini. Tak ada siapa yang boleh dapatkan you melainkan I. Ingat tu!" Marsha bangun meninggalkan Hud. Makin panas hatinya apabila Hud asyik menyebut nama perempuan itu.

Fine! Just wait and see, Hud!

Hud tidak menghiraukan Marsha. Penat melayan kerenah perempuan yang tak faham bahasa itu.

__________________

Marsha berjalan dihadapan pantry dan menjeling ke arah Naura yang sedang makan disitu. Marahnya makin membara apabila melihat wajah Naura yang sedang bergelak ketawa bersama Aira dan Mirul.

Kau tengok lah nanti perempuan sial!

___________________

Marsha termenung sambil memikirkan rancangan untuk memisahkan pasangan itu. Makin tercabar egonya apabila Hud yang dulu sentiasa menanti dirinya kini telah berpaling arah. Jarinya ligat bermain dibibir gelas itu. Diteguknya lagi air kencing syaitan itu. Bila gelas itu kosong, ditambahnya lagi. Begitulah seterusnya.

Sam yang melihat akan perbuatan Marsha itu, menegurnya perlahan.

"What's wrong with you, honey?" Jari nakalnya mula memanjat peha gebu wanita itu. Marsha tidak mempedulikan apa yang dilakukan oleh Sam.

Sam mendekatkan bibirnya ke telinga Marsha. "Tell me what's wrong? Mana tahu I  boleh tolong ke?" Kini jarinya mula menjalar di bahagian dada Marsha. Marsha menepis laju jari itu. "You jangan macam-macam. I bad mood hari ni."

Sam tergelak. "Kenapa? Mari sini I tolong buat you happy balik."

Marsha memandangnya sambil senyum sinis. "I nak balas dendam."

"Balas dendam? Dekat siapa?".

Marsha menunjukkan gambar ditelefonnya. "Dua orang ni."

Sam membelek telefon tersebut lalu bertanya, "Ni siapa? Ex boyfriend ke?"

Marsha gelak mengilai, " Yes! Ex boyfriend and his wife! I nak hancurkan hidup diorang."

"I boleh tolong tapi dengan satu syarat. " kata Sam sambil menghidu leher wanita itu. Tangannya pula giat berkeliaran dicelah peha Marsha yang gebu itu. "You bagi I happy kan hati you malam ni. I miss you so much"

Marsha bagaikan faham akan maksud Sam itu. "Okay, sure! Tapi bukan kat sini. I miss you too." Tanpa membuang masa Sam menarik tangan wanita itu dan mereka berdua hilang entah ke mana.

Lelaki yang duduk disebelah Sam dari tadi hanya memerhati gelagat mereka berdua.

"Naura?" Ujarnya perlahan.

Terima kasih sebab masih sudi menunggu:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience