Part 3

Romance Series 2509

Naura memandang ke arah Hud yang masih lena diatas katil. Dia sendiri tak dapat lelap selepas usai solat subuh pagi tadi. Tak tahu kenapa.

Best betul mamat ni tidur. Lena tak ingat dunia. Aku jugaklah yang terkebil-kebil tak boleh tidur.

Hujung minggu datang lagi. Hari ini sepatutnya dia dan Hud pergi ke rumah Iman seperti yang dijanjikan. Dia memandang Hud lagi.

"Pukul berapa nak perginya? Tak bagitahu pun." ujar Naura perlahan.

"Lepas zohor." Balas Hud tiba-tiba.

Naura terkejut. Eh kuat sangat ke aku cakap sampai dia boleh dengar?

"Tapi kejap lagi aku nak keluar cari barang. Kau nak ikut ke tak? Kalau tak, aku ambil kau je kat rumah nanti." Hud memandangnya dengan mata separuh tutup. Matanya masih belum mampu untuk menerima cahaya dengan sepenuhnya.

"Nak ikut!" Jawab Naura laju.

"Ha! Pergilah siap. Kau tu bersiap dah lah lama."

Naura mencebik. Cakap kasar-kasar ni nak pergi mana? Cubalah ayat tu sopan sikit.

Dia pun segera bangun dari sofa yang kini menjadi tempat tidurnya. Mujurlah sofa ini selesa dan boleh diubah menjadi katil. Nama lagi sofa bed.

Naura kemudian duduk mencangkung dihadapan almari sambil memikirkan baju apa yang harus dipakainya nanti.

Eh, tapikan, kalau aku keluar berdua dengannya maksudnya kitorang ni dating lah? Hahaha! Naura tergelak kecil. Ada saja yang difikirkannya.

Hud melihat gelagat Naura itu sambil mengerutkan dahinya. "Ha! Tu kenapa gelak-gelak tu? Mengutuk aku la tu?" Sergah Hud.

Naura terkejut lalu memandangkan ke arah Hud, "Eh..eh tak .. takde apa-apa..".

Hud menggeleng-geleng kepalanya. Tanpa melengahkan masa, Hud segera bangun dari katilnya melangkah menuju ke bilik air. Nak tunggu perempuan ni masuk ke bilik air memang ke laut.

"Ha lagi satu, kenapa kau tak pernah bukak tudung sepanjang kau duduk sini? Kepala kau ada kutu ke?" Hud tersengih.

Naura mendecit. Apa benda soalanlah dia ni.

"Kalau ada kutu pun, itu bukan masalah awak. Lagipun, awak jugak yang kata kita ni cuma suami isteri secara zahir je. Takkan saya nak tayangkan aurat saya kat lelaki yang tak mengaku saya ni isterinya?"

Gulp! Hud menelan air liurnya. Hatinya terasa ditusuk dengan pisau berulang kali. Padu betul jawapan yang diberikan oleh Naura.

Hud tidak mengendahkan Naura lalu menutup pintu bilik itu.

Naura menaikkan sedikit hujung bibirnya.

Padan muka kau! Puas hati aku!

__________

Lama Hud berdiri dihadapan rak itu sambil memikirkan mainan mana yang sesuai dibelikan sebagai hadiah untuk anaknya Iman, Rayyan. Naura yang dari mulanya berdiri kemudian duduk bersebelahan Hud kerana kepenatan.

Lama betul dia ni pilih mainan. Aku dahlah lapar.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi perut berkeroncong. Hud segera menoleh. Naura pula pura-pura melihat ke arah lain. Malu wehhh.. dahlah kuat sampai orang sebelah pun boleh dengar.

Ya tak ya jugak. Bangun pagi tadi terus bersiap. Masing-masing tak sarapan. Haha nasib kaulah Naura. Bisik hati kecil Hud.

Baik aku decide cepat. Kalau pengsan anak orang ni aku jugak yang susah. Hud segera membuat keputusan dan menyudahkan urusannya.

Dia mengambil sebuah kotak besar yang berada betul-betul dihadapannya lalu berkata, "Dah. Jom! Lepas ni kita pergi makan."

Naura segera bangun dengan wajah yang berseri-seri. Biasalah orang kalau dah lapar teruk beginilah jadinya. Bila dengar perkataan 'makan' pun dah terasa bahagia!

____________

"Kau..nak makan apa? Fast food okay tak?" Soal Hud sambil matanya meliar mencari restoran fast food yang berhampiran, kalau ada.

"Boleh je. Better mcd kalau ada." Balas Naura.

"Huh! Makan memilih betul." Hud merungut sendirian.

Nasib baik mcd memang betul-betul ada berhampiran dengan mereka berdua. Lalu mereka pun masuk dan order apa yang patut.

"Alhamdulillahhhh... lega dapat makan." Ujar Naura sambil tersengih.

Hud hanya memandang Naura tanpa berkata apa-apa. Mindanya melayang sambil mengingatkan tentang masa lalunya bersama dengan Marsha, orang yang dia sayang.

Selama makan diluar, inilah pertama kali bagi Hud melihat gelagat perempuan sebegini rupa. Bukanlah sampai tahap pelahap tapi jauh beza sekali dengan Marsha yang lebih ayu jika dibandingkan dengan Naura yang lebih bersifat terbuka dan happy go lucky orang kata. Tapi bila keluar dengan Marsha sebelum ini, dia hanya makan sedikit sahaja kerana dia lebih mementingkan dietnya. Tak seperti Naura yang mampu menghabiskan semangkuk bubur dan satu set extra burger seperti sekarang. Ke Naura memang lapar sangat sampai tak pandang kiri kanan?

"Dah puas?" Soal Hud sambil menghulurkan tisu kepada Naura. Naura hanya mengangguk sambil mengelap mulut serta tangannya.

"Thanks. Nanti saya transfer kat awak." Ucap Naura.

"Transfer? Untuk apa?"

"Makanan ni?"

"Tak payah. Aku belanja. Salah aku jugak tak bawak kau pergi breakfast awal-awal." Hud membalas sambil siap-siap untuk beredar.

Naura tersenyum lebar. "Alhamdulillah. Moga awak dimurahkan rezeki. Aminnnn"

"Dah dah. Jom gerak sekarang. Nanti lambat pulak nak sampai sana." Hud bangun lalu meninggalkan Naura yang terkial-kial untuk mengikutinya. Dalam diam dia menahan senyum melihat reaksi Naura tadi. Tsk tsk tsk ...Macam-macam perangai la dia ni.

so far okay tak? jangan lupa komen tau guys hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience