Dua minggu sebelum kejadian...
Malam itu, Marsha berseronok sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Dia meneguk sebanyak yang mungkin akan air haram itu. Sam yang disebelahnya tidak diendahkan. Dia berasa sangat seronok! Seronok kerana telah berjaya memusnahkan rumah tangga orang!
Dia cuba untuk meneguk lagi air itu tapi Sam menghalangnya. "That's enough, babe! You dah banyak sangat minum ni."
Marsha merentap kembali tangannya. "No! I tak mabuk lagi okay!" Katanya sambil tersenyum lebar.
"Baby, you dah tak nak main dengan I lagi ke?" Soalnya dalam keadaan mabuk.
Sam memegang dagunya lalu berbisik "Jom balik. Kat rumah I ada lagi yang lagi best dari ini."
Marsha bersandar didada lelaki itu. "Jom! Malam ni I nak enjoy puas-puas dengan you!".
Sam yang sedikit pening kerana air haram itu pun bangun sambil memapah Marsha yang kelihatan payah untuk berdiri. Kawan Sam segera menegur, "Eh, kau pun goyang sekali. Boleh ke drive ni?"
Sam tersengih. "Boleh. No hal! Ini bukan first time meh." Dia dan Marsha meninggalkan night club itu dengan keadaan terhuyung-hayang.
Marsha yang sudah tidak sedarkan diri itu terlena disebelah tempat duduk driver. "Baby. I want you....". Ujarnya perlahan. Sam masih cuba untuk drive ke rumahnya walaupun kepalanya sedikit pening. Dia sempat mengucup bibir wanita itu lalu berkata, "It's okay baby. Kita balik dulu okay?"
Dia mula drive untuk pulang. Pemanduannya kejap ke kiri kejap ke kanan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Tiba-tiba terasa kereta dihadapan memandu dengan perlahan. Sam mula merasa marah dan ingin memotong kereta itu. Namun malang tidak berbau. Keretanya bertembung dengan kereta dari arah depan lalu berpusing-pusing dan terhenti ditengah-tengah jalan. Belum sempat Sam mengelak, tiba-tiba datang lori treler terus melanggar keretanya. Sam terus tidak sedarkan diri.
_____________
"Apa maksud kau ada kaitan dengan Naura?". Soal Hud.
"Kau tahu kan, dua kali Naura hampir kena langgar? " Hud mengangguk.
"Dua-dua semuanya Marsha yang plan." Hud terkejut.
"Marsha?"
"Yes, Marsha. That's why aku try bagi warning awal-awal kat korang berdua tapi dua-dua degil tak nak dengar penjelasan aku." Hud mendengus.
"Dan aku tak tahu apa yang Marsha dah cerita kat Naura, tapi apa yang ada kat aku ni, aku rasa ni lah penyebab kenapa tiba-tiba dia ungkit balik pasal kau dulu".
Qayyum menunjukkan telefonnya. Dalam telefon itu terdapat sebuah video semasa Hud dan Marsha masih dizaman universiti. Mungkin video itulah yang menyebabkan Naura makan hati dengannya. Mata Hud bergenang lagi. Kalaulah masa tu dia betul-betul slow talk dengan Naura...
"Dan yang pasal hal dekat hotel tu memang dia yang plan panggil kau dengan Naura so that dia boleh laga-lagakan korang berdua. "
Sekali lagi dia terkesima. Hud menahan marah sambil menggenggam tangannya. "Aku tak sangka dia sanggup buat sampai macam tu sekali."
"So kau dah tahu kan apa nak buat? Hopefully benda ni boleh settlekan masalah kau dengan bini kau."
Hud memandang Qayyum lalu membalas, "Thanks bro. Sebab tolong aku. Tapi kenapa kau buat semua ni?"
Qayyum senyum, "sebab aku nak tebus balik kesalahan yang aku dah buat kat dia dulu. Tapi sumpah aku takde apa-apa perasaan kat dia."
Hud tergelak. "Relax bro. Aku cuma tanya je. Anyway, thank you so much sebab bagitahu aku. Aku pun tak sangka Marsha akan buat sampai macam tu sekali. "
"Lagi satu, aku dapat tahu yang sekarang Marsha tengah koma dah seminggu. Boyfriend dia mati masa accident tu. Katanya sebab mabuk."
Hud membeliakkan mata, "seriously? Mabuk?".
Qayyum mengangguk. "Katanya boyfriend dia nak potong kereta depan tapi tak dapat sebab dah bertembung dengan kereta dari arah depan. Lepas tu datang pulak lori treler. Tu yang teruk tu. "
Hud hanya mendengar.
"Tapi Marsha tu memang jenis kaki mabuk. Tak silap aku dia selalu jugak bawak balik boyfriend dia tu bermalam kat apartment dia."Qayyum bercerita dengan panjang lebar.
"Kau kena bersyukurlah sebab kau tak jadi kahwin dengan dia."
"Sejak bila dia jenis kaki mabuk ni? Tak silap aku, dulu dia tak sentuh benda-benda macam ni.". Hud mengeluh.
"I don't know tapi kalau ikut cerita yang aku dengar memang tu dah jadi habit dia sejak dia kat overseas tu."
Hud mengangguk-angguk tanda faham.
"Maybe kau boleh tanya member kau yang tahu pasal dia dan accident tu. Aku pun tahu setakat tu je lah. Okay lah. Aku gerak dulu. Tunang aku dah tunggu tu." Dia memuncungkan mulutnya ke arah tunangnya yang sedang melambai-lambai dari jauh.
Hud bangun lalu berjabat tangan dengan Qayyum. "Thanks again bro sebab dah tolong aku!"
"No worries! Good luck cari wife kau. Kalau aku tiba-tiba dapat khabar pasal dia aku bagitahu kau." Qayyum kemudian berlari-lari anak mendapatkan tunangnya.
Tiba-tiba, telefon Hud berbunyi.
Hud, aku dapat tahu yang Marsha baru meninggal dunia sebab accident last week. - Iman.
Hud termenung seketika. Baru saja dia dan Qayyum berborak pasal Marsha tadi. Dia segera beredar dan bergerak untuk menemui Iman.
_____________
"Tak sangka aku Marsha la punca semua ni." Ujar Iman sambil meriba anaknya, Rayyan.
Hud mengangguk tanda setuju. "Aku pun tak sangka. Aku tahu pun sebab Qayyum yang bagitau."
"So, apa plan kau lepas ni?".
Hud mengangkat bahunya, "Aku taktahu. Aku sebenarnya nak cari dia tapi aku tak tahu nak mula dari mana."
"Maybe kau kena tenangkan hati kau dulu. Baru kau boleh cari dia. " ujar Iman. Rayyan mula merengek inginkan susu. Dia lalu menyuakan susu botol kepada Rayyan.
Hud tersengih. "Pandai kau jaga anak kau ya." Dia menyentuh lembut pipi Rayyan. Iman tergelak.
"Haha. Kau nanti kena buat macam ni jugak kalau ada anak. Buat macam aku, bagi me time kat bini, biar dia ada masa untuk diri dia." Dia mendodoi Rayyan sehingga Rayyan terlelap.
"Tapi aku rasa aku nak me time untuk diri aku jugak. Aku plan nak pergi Yoshinoyama, nak tengok bunga sakura kat situ. Saja teringat kat bini aku. Tengok bunga sakura memang favourite dia. Dia selalu cerita dekat aku pasal musim bunga kat sana. Aku pun ada janji nak bawak dia pergi honeymoon kat sana tapi tulah...."
Iman menepuk bahu Hud, "Sayang betul kau kat dia sampai sanggup pergi jauh sana semata rindukan dia." Hud hanya tersenyum kelat sambil melihat beberapa kanak-kanak yang ralit bermain di taman permainan.
"Bila kau nak pergi? Kalau tak silap aku, sekarang dah start musim bunga kan kat sana?" Soal Iman.
Hud mengangguk. "Supposedly dah musim bunga dah kat sana. Insyaallah, by next week aku fly ke sana. Bos pun dah approve cuti aku."
"Take care, bro. Kalau ada apa-apa, roger la aku.". Balas Iman. Hud mengangguk tanda faham. Sesekali dia menyentuh pipi Rayyan yang sedang lena dibuai mimpi dengan hujung jarinya. Tiba-tiba, terlintas difikirannya macam mana lah agaknya bila dia mempunyai anak nanti.
Sayang, abang akan tetap cari sayang tak kiralah kat mana pun sayang berada. Getus hati kecilnya.
_____________
Seminggu kemudian...
Hud baring sambil melepaskan lelah. Akhirnya sampai jugak ke guest house. Suasana guest house yang terasa seperti dikawasan perkampungan itu amat menenangkan dan mendamaikan dirinya.
Kamera berjenama Canon itu dibelek dengan berhati-hati. Harap-harap ia masih berfungsi dengan baik. Kamera itulah yang sering digunakan jikalau dia menyertai trip bersama housemates ataupun rakan sekuliah.
Perjalanan dari guest house itu ke Yoshinoyama hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Hud sengaja berjalan kaki menuju ke sana kerana dia ingin menikmati pemandangan disepanjang perjalanannya itu.
Suasana hari itu pun baik. Tak begitu panas, tak begitu sejuk. Cukuplah sekadar dia memakai sweatshirt yang baru dibelinya. Sebelum tiba disini, puas dia mencari sweatshirt kegemarannya dirumah termasuk dirumah ibubapanya tapi langsung tidak dijumpai. Mungkin hilang agaknya.
______________
Melihat akan bunga-bunga sakura yang sedang mekar itu membuatkan hatinya bertambah sayu. Dia lantas teringat akan isterinya yang sering bercerita tentang musim bunga di Jepun.
"Abang, tengok ni! Lawa kan?" Naura menunjukkan sebuah video bunga sakura yang sedang berguguran itu kepada Hud.
Hud mengangguk. "Lawa. Sayang suka ke?"
Naura tersenyum, "Aah, suka sangat. Memang impian sayang nak tengok bunga sakura ni kalau sayang dah ada suami."
Hud membelai lembut rambut Naura yang sengaja dilepaskan hingga mencecah paras bahunya, "Emm, kalau macam tu nanti kita honeymoon kat sana, nak? Kita tak pergi honeymoon lagi kan?"
Naura teruja lalu mencium pipi Hud. "Yeay ! Tak sabarnya nak tengok bunga sakura dengan abang."
Sekali lagi Hud tersenyum sendiri. Tangannya ligat menekan shutter button sambil menangkap keindahan bunga sakura tersebut.
Tiba-tiba perutnya terasa berkeroncong. Lupa dia masih belum makan petang itu. Dia menyudahkan kerjanya dan berjalan sambil mencari makanan disepanjang jalan itu. Seingatnya ada satu restoran halal disekitar sini ketika dia belajar dulu.
Alhamdulillah ada lagi restoran ni. Getus hatinya.
Hud melangkah masuk lalu duduk disudut yang sedikit terlindung dari pintu masuk.
Sementara menunggu makanan tiba, dia membelek gambar-gambar yang diambil tadi. Tiba-tiba dia terlihat satu sosok tubuh yang amat dikenalinya dalam salah satu gambar itu.
Sayang!
Share this novel