Part 11

Romance Series 2509

Hud menjinjing bagasi mereka lalu memasukkannya ke dalam kereta. Jam menunjukkan hampir pukul 7.30 pagi namun kelibat Naura masih belum kelihatan. Hud segera melaung nama isterinya,

"Naura, tak siap lagi ke? Dah lambat ni. Nak pergi sarapan lagi."

Naura kelam-kabut turun ke bawah. "Sorry, sorry. Terlama pulak. Tudung ni ha buat hal." Katanya sambil meniup hujung tudungnya yang kurang menjadi.

Hud tersengih. "Apa yang tak jadinya? Lawa je saya tengok? " Naura hanya menjeling tanpa menjawab soalan Hud. Ah, orang lelaki. Mana tahu perasaan orang perempuan bila tudung tak jadi ni.

"Jom,masuk kereta. Nanti tak memasal mama babah tunggu kita pulak." Ujar Hud lalu masuk ke dalam kereta.

Mereka berdua memulakan perjalanan mereka ke Cherating. Peluang kali ini takkan Naura lepaskan setelah dua hari bertungkus-lumus menyiapkan kerjanya dipejabat. Dia ingin berehat sepuas-puasnya!

Tiba-tiba perutnya berkeroncong. Hud yang menyedari hal itu tersenyum. "Kita pergi breakfast dulu,nak?"

"Nak! Tapi kita tak pergi sekali dengan mama babah ke?" Soal Naura.

Hud menggeleng. "Tak. Saya dah bagitahu diorang suruh pergi dulu. Nanti jumpa kat sana je terus. Awak ada nak cari apa-apa? Perjalanan jauh jugaklah ni."

"Boleh jugak, nak cari kudap-kudap makan dalam kereta nanti. Takpe kan kalau saya makan dalam kereta?".

Hud memandang Naura sekilas lalu membalas, "Boleh, untuk awak semuanya boleh." Naura cuba menahan senyum. Terasa malu pula apabila Hud berkata begitu.

________________

Akhirnya mereka berdua tiba juga di Cherating. Dari jauh sudah kelihatan Raudhah, adik bongsu Hud sedang melambai-lambai ke arah mereka. Hud kemudian parking berdekatan dengan hotel yang bakal mereka duduki selama semalaman ini.

"Lambatnya. Ni mesti pergi dating dulu kan?" Usik Raudhah.

Naura mencubit perlahan lengan adik iparnya itu. "Mana ada. Jalan jammed tadi,kan awak?"

"Jangan dilayan Raudhah tu. Memang suka menyakat orang. Mama babah mana?" Hud mencari-cari kedua ibu bapanya tapi masih tak kelihatan.

Raudhah mencebik. "Ada kat lobi. Tengah tunggu nak check in. Jomlah jumpa diorang dulu. Semua orang pun ada." Katanya sambil memaut lengan Naura. Naura hanya tersenyum melihat kerenah adik iparnya itu.

__________

"Assalamualaikum mama,babah. Sihat?" Ujar Hud dan Naura sambil bersalaman dengan mama babah mereka.

"Waalaikumussalam Alhamdulillah sihat. Lama betul tak jumpa korang berdua." Mereka saling berpelukan antara satu sama lain.

"Sorry lah mama lama tak jumpa. Masing-masing busy." Jawab Naura. Hud mengangguk tanda setuju.

"Tu lah. Lately ni busy sangat dengan kerja. Alhamdulillah ada gathering ni. Dapatlah jugak relax."

Babah yang melihat dari tadi membalas, "okay la tu. Ni abang long dengan abang ngah kamu tengah uruskan untuk check in bilik. Duduk lah dulu. Korang pun baru sampai."

Hud segera menarik lembut tangan Naura sambil mencari tempat duduk sementara menunggu kunci bilik. Mama yang melihat akan hal itu tersenyum lebar. "Bang, macam ada progress je Hud dengan Naura tu, kan?"

Babah tergelak, "Ish awak ni. Biarlah diorang tu. Kita doa yang baik-baik je la untuk diorang."

________________

Naura membuang dirinya diatas katil yang empuk itu. Akhirnya dapat jugak baring. Agak kepenatan sedikit selepas melayan anak-anak buah Hud yang nakal dan aktif itu.

"Lepas ni kita buat apa?" Soal Naura.

Hud yang sedang melihat telefon pintarnya segera menjawab, "Emm kalau tengok kat sini, diorang kata malam ni ada buat barbecue. Petang ni bebas nak buat apa."

Naura mengangguk sambil memejamkan matanya. "Boleh tak nak lelap kejap? Tiba-tiba rasa mengantuk. " Tanpa disedari dia telah terlelap diatas katil itu.

"Eh? Dah tidur? " bisik Hud. Dia kemudian turut berbaring disebelah Naura dan perlahan-lahan matanya juga terpejam rapat.

______________

Naura membuka matanya. Dia terkejut melihatkan jarak mukanya dan muka Hud kini hanya sejengkal.

Oh my god! Rapatnya? Sejak bila dia tidur sebelah aku ni?

Naura memerhatikan setiap inci muka lelaki itu. Inilah kali pertama dia melihat wajah lelaki itu secara dekat. Kening tak begitu lebat, bulu matanya pula panjang melentik. Dia cuba menyentuh bulu mata itu namun tangannya dipegang oleh Hud.

"Macam mana? Handsome ke saya ni?" Soal Hud. Dia mencium tangan kecil Naura itu lalu diletakkan dipipinya.

Naura cuba menarik tangannya tapi tidak berhasil.

"Jawab dulu. Kalau tak saya tak lepaskan."

Naura menggigit bibirnya lalu mengangguk perlahan. Hud masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu. "Emm.. apa? Tak dengar pun?"

"Handsome.. apa tak handsomenya.. lepaskan lah..saya nak pergi toilet." Hud gelak sambil melepaskan tangan itu. Naura segera menuju ke toilet lalu membasuh mukanya.

Malunyaaaaaaaaaaa!! Jerit Naura didalam hati.

________________

Malam itu, mereka sekeluarga berkumpul ditempat barbecue dan melakukan pelbagai aktiviti disitu. Terdapat pelbagai menu menarik dihidangkan. Aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan. Masa ini digunakan untuk create bonding antara ahli keluarga lebih-lebih lagi apabila mereka jarang bertemu.

Naura mendukung Afnan, anak buah Hud lalu menghampiri Hud yang sedang memanggang daging.

"Nah, rasa. Aaa.." Hud menyuapkan secubit daging yang dipanggang itu ke dalam mulut Naura.

"Emm, sedapnya.. bila boleh masak ni.. tak sabar. Hehe.." balas Naura.

" Awak duduklah dulu. Nanti saya bawakan kat awak semua ni,okay?" Naura mengangguk lalu meninggalkan Hud.

Naura mengambil tempat disisi mama dan kak ngahnya sambil melayan Afnan. "Naura suka ya dengan budak-budak?".

Naura tersengih. "Haah, kakngah. Naurah suka budak-budak lagi-lagi baby macam Afnan."

"Bolehlah mama dengan babah timang cucu baru nanti,kan mama?" Raudhah menyampuk.

"Haha, Insyaallah kalau ada rezeki." Naura tersengih.

Afnan mula merengek kerana kelaparan. Kak ngah mengambil Afnan lalu menyusukannya. "Takpe Naura. Relax-relax la dulu kan. Insyaallah ada rezekinya tu."

Naurah hanya tersenyum sipu. Tak pernah lagi dia membincangkan tentang hal anak dengan Hud. Mungkin ada rezekinya nanti untuk merasa semua itu.

"Insyaallah..coming soon. Naura dengan Hud kan baru nak kenal-kenal." Ujar mama sambil tersenyum.

_______________

Malam itu, seusai membersihkan diri, Naura berdiri diberanda sambil menikmati angin laut ditengah malam.

Hud berdehem lalu menegur isterinya dari belakang, " Emm..Awak buat apa tu?" Dia berdiri tempat disebelah Naura.

"Saje berdiri kat sini sambil-sambil merasa angin laut ni. Best betul. Rasa sejuk je." Balas Naura.

"Amacam? Ada rasa healing ke datang sini?"

Naura memandangnya sekilas, " Emm... Terima kasih, Hud sebab bawa saya kat sini."

Hud senyum. "Baguslah kalau awak rasa macam tu." Dia diam sebentar lalu menyambung, "Awak, saya nak minta maaf."

Kening Naura terangkat. Minta maaf? Lagi?

"Eh? Kenapa minta maaf?"

"Emm..sebab masa awal-awal dulu saya layan awak dengan buruk. Saya cakap kasar dengan awak. Tak hiraukan awak langsung padahal awak isteri saya."

Naura memalingkan tubuhnya ke arah Hud kemudian memegang lembut pipi lelaki itu, "It's okay awak. No hard feeling. Apa-apa pun awak tetap suami saya."

Hud memegang tangan itu lalu menciumnya. "Saya harap kita dapat mulakan hidup baru. Saya nak hidup bersama dengan awak sebagai suami awak. Naura Husna, sudi tak awak menjadi isteri saya dan hidup disamping saya selamanya?"

Air mata Naura hampir bergenang. Dia seperti tidak mempercayai dengan apa yang didengarinya sekarang.

"Saya sayangkan awak, bukan sebagai seorang kawan tapi saya sayangkan awak sebab awak isteri saya."

Naura terpaku mendengarkan luahan Hud itu.

"Betul ke apa yang awak cakapkan ni? Tapi kenapa?"Soal Naura. Dia masih lagi belum dapat mempercayai dengan kata-kata Hud.

Hud mengangguk perlahan. "Awak sentiasa ambil berat tentang saya. Hormatkan saya sebagai seorang suami walaupun saya layan awak dengan buruk. Setiap kali saya ada masalah, awak tetap bagi saya kekuatan dan semangat walaupun saya tak minta semua tu. Dan itu cukup untuk membuka mata hati saya untuk membezakan mana permata dan mana kaca. "

Air mata Naura hampir menitis mendengar luahan ikhlas dan tulus dari hati lelaki itu.

"Naura Husna, I love you..so much." Ucap Hud. Akhirnya terluah juga perkataan itu.

Air mata yang ditahan sejak dari tadi akhirnya menitis. Naura tidak sangka cintanya telah berbalas. Ya, dia mengaku yang dia mula jatuh cinta dengan suaminya sejak hari pertama dia bergelar isteri kepada Hud Rusyaidi.

Tanpa disedari, Naura mengucup lembut bibir lelaki itu lalu membalas, "Awak, cinta saya untuk memang awak sejak hari pertama kita bergelar sebagai suami isteri. Saya takkan pernah berhenti mencintai awak walaupun cinta saya tak berbalas."

Hud menyeka air mata Naura yang menitis dengan ibu jarinya. Lega hatinya apabila Naura turut memiliki perasaan yang sama terhadapnya.

"Cinta awak sekarang dah pun berbalas, Naura Husna. Saya sayangkan awak, saya juga cintakan awak sepenuh hati saya."

Hud merapatkan dirinya ke tubuh Naura. Dia melihat bibir Naura yang merah bak delima. Wajah Naura kelihatan berseri-seri walaupun tidak memakai sebarang make up. Dia membongkok sedikit badannya lalu mendaratkan bibirnya ke atas bibir Naura.

Serta-merta kedua-dua tangan Naura juga erat memeluk leher Hud lalu membalas ciuman itu. Melalui ciuman itu, mereka berdua dapat merasai keikhlasan dan cinta antara satu sama lain. Tanpa disedari, mereka berdua telah tenggelam didalam dunia mereka sambil ditemani bunyi ombak serta angin laut yang mendamaikan.

pendek2 je sebab dah takde idea huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience