Part 12

Romance Series 2509

Naura membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat Hud masih lagi lena sambil memeluk pinggangnya. Naura membenamkan wajahnya ke dada Hud seraya berkata, " Abang... bangunlah dah masuk subuh ni."

Hud bergerak sedikit sambil mengeratkan lagi pelukannya. "Emm.. cepatnya dah subuh." Ujarnya perlahan namun masih boleh didengari oleh Naura. Matanya masih lagi terpejam.

"Abang.. dahlah..jom bangun. Solat subuh dulu. Nanti sambung tidur balik." Balas Naura sambil meleraikan pelukan Hud. Dia segera bangun lalu mengambil tuala dan berjalan menuju ke bilik air.

Hud yang masih mamai itu menarik kembali selimutnya. "Sayang, nanti kejut abang kalau dah habis mandi.Kita solat sama-sama."

__________

"Amin ya rabb.."

Usai berdoa, Hud terus merebahkan dirinya diatas riba Naura yang berada dibelakangnya. Naura tergelak kecil lalu mengusap lembut kepala suaminya itu.

"Manja betul abang ni. Macam kucing."

Hud tersenyum sambil memejamkan matanya. "Haah, abang memang manja tapi dengan sayang je."

Tiba-tiba telefon Naura berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Assalamualaikum Naura. Nanti jangan lupa turun breakfast. Ajak si Hud tu sekali ya. - mama

"Siapa tu?" Soal Hud. Dia masih lagi memejamkan matanya.

"Mama. Dia suruh kita turun breakfast nanti." Balas Naura.

Hud segera bangun lalu duduk menghadap Naura. "Dah agak dah. Malas betul nak turun breakfast." Dia bingkas bangun lalu melipat sejadah dan kain pelikat yang digunakan semasa solat tadi. Kemudian dia kembali merebahkan diri diatas katil.

"Tapi abang nak lelap kejap. Sayang, sinilah" ujar Hud sambil menepuk-nepuk lengannya. Naura mencebik bibirnya namun masih mengikut arahan suaminya. Lalu Hud merapatkan dirinya ke tubuh Naura. "Abang ni saja je buat sayang rasa nak tidur jugak. Ada jugak yang tak turun breakfast ni."

Hud menatap wajah isteri kesayangan itu lalu berkata, "ke nak 'breakfast' kat sini je?"

"Abang! Pervert!"Naura menepuk lembut lengan suaminya. Hud hanya gelak sambil memeluk kembali tubuh Naura. Akhirnya mereka berdua terlena diatas katil itu.

______________

"Amboi.. bukan main lagi ya korang berdua ni. Kata nak turun breakfast? Tidur la tu." Tegur mama sebaik sahaja melihat Hud dan Naura dilobi.

Naura tersengih, "Marah Hud ni mama. Orang dah ajak dia turun tapi dia taknak."

Hud turut tersengih. "Ingat nak tidur kejap tapi tu la, kelaut jadinya..hehe"

"Haih kamu ni Hud. Nanti kan nak drive jauh." Soal babah.

"Takpelah babah. Nanti kitorang dua singgahlah makan mana-mana." Balas Hud sambil merangkul pinggang Naura.

"Oii oii, hormat orang single please. Ada ke nak bersemut-semut kat sini. Tak hormat orang single langsung." Raudhah menjeling.

Mama mencuit lengan anak bongsunya itu. "Ewah, kamu pulak yang jealous ni kenapa?"

Raudhah memuncungkan bibirnya. Namun jauh disudut hati dia berasa bersyukur kerana pasangan itu sepertinya sudah menjadi lebih rapat berbanding dahulu.

_______________

"Naura, nanti ikut I sekali untuk site visit kat Alam Impian tu. " Kata Marsha. Naura mengerutkan dahinya. "Eh, bukan Mirul ke incharge person untuk site visit? Kenapa pula I tiba-tiba kena ikut you?

Marsha merengus. "You ikut je apa I cakap boleh tak? Sekarang ni I yang lead projek ni kan? 5 minutes more, you tunggu I kat lobi."

Naura memandang Marsha yang sudah pun beredar dengan muka tak puas hati. "Minah ni suka hati je ubah sana sini! Aku dah lah banyak kerja lagi kat office ni! ?????(bakayaro- idiot)!!". Dia mengemas apa yang patut lalu menuju ke lobi.

Naura hanya berdiri dilobi. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Marsha namun masih belum nampak kelibat perempuan ni. Dia mula berasa sakit hati. Dah lah ubah tugasan dan jadual kerja sesuka hati, tak tepati masa pulak tu!

Tiba-tiba kedengaran hon kereta berbunyi diluar. Mirul melaung nama Naura "Naura! Jom!"

Naura sekali lagi mengerutkan dahinya. Mirul?

Naura segera masuk ke dalam kereta tersebut. "Eh, apahal kau ada sekali?"

Mirul mengeluh. "Aku tak faham la perempuan gila tu nak apa. Kejap kata A, kejap kata B. Pagi tadi dia kata nak pergi site visit dengan kau. Aku pun beriyalah dah standby untuk next meeting. Tup tup baru tadi dia inform dia ada hal, suruh aku pergi dengan kau."

"Dia ada hal lepas tu suruh aku pergi dengan kau padahal dari awal lagi memang aku yang incharge bahagian site visit kan..eiii aku rasa nak mencarut-carut."

Naura tergelak. "Haha. Carut je lah. Perempuan tu memang gila pun. Tapi panjang pulak syarahan kau ni. Geram sangat tu."

"Of course lah. Dia kacau schedule aku. Habis carca merba kerja aku. Nanti yang kena marah dengan client siapa? Aku! Yang kena marah dengan boss siapa? Aku! Bukan dia, bukaaaannn! " kata Mirul sambil menunding jari ke arah dirinya sendiri.

Naura mengekek sambil menutup mulutnya. Ni la Mirul kalau dapat membebel. Bila dah sekali dengan Mirul ni memang hilang stress.

Dari jauh kelihatan Hud dan Marsha sedang berdiri sambil melihat kelakuan Naura dan Mirul itu. "Tu you tengok your wife. Bukan main mesra lagi dengan officemate dia." Marsha sengaja menghasut Hud. Hud segera membalas. "So what.. tu kan officemate dia. Kisah apa I."

"Eleh, mulut kata tak kisah, tapi you sebenarnya jealous kan?" Sengaja dia meniup api kemarahan kepada Hud. Hud meninggalkan Marsha dibelakang. Marsha senyum sinis. Tu baru sikit Hud.

Fikirannya masih teringat akan isterinya yang bergelak mesra dengan officemate dia. Dia cuba menidakkan perasaan cemburunya walaupun sebenarnya perasaan itu timbul hanya sekelumit.
Tapi cepat-cepat dia mengusir jauh perasaan itu. Dia taknak disebabkan hal itu akan menjadi punca pergaduhan mereka suami isteri.

_______________

"Haih.. memang hari ni membazir masa betul lah. Dahlah tak buat apa. Ingatkan bila datang kejap kat site visit tu bolehlah nak balik awal. Sekali traffic jammed teruk nak mampus!". Mirul sekali lagi membebel.

Naura hanya diam membatu. Memang hari ni yang paling membazir sekali yang pernah dilaluinya. Entah pukul berapa lah boleh sampai ke office ni.

"Kau nanti drive sendiri ke macam mana?" Soal Mirul.

Naura menepuk dahinya. "Ya Allah weh! Aku lupa nak bagitahu husband aku. Ya rabbiiiiii"

Naura segera mengambil telefonnya lalu menaip sesuatu dengan sepantas yang mungkin.

Salam abang. Sayang otw balik office tapi sekarang tengah terperangkap dalam traffic jammed kat depan stesen lrt ni. Kalau nak balik, balik lah dulu. Tak tahulah boleh sampai office pukul berapa. - Naura

Wassalam, ok. Abang tunggu macam biasa. - Hud

Alright abang. Love you. - Naura

"Laki aku tunggu kat office.Serius lupa nak bagitahu dia."

"Eh kau ni.. nasib baik sempat bagitahu kang tak memasal tu pulak jadi punca gaduh." Ujar Mirul. Naura hanya mengeluh. Haihh bilalah nak sampai ni.

Jam menunjukkan hampir tepat pukul 7.30 malam. Naura dan Mirul akhirnya sampai kat office semula. Hari yang paling sia-sia. Setelah masing-masing selesai clock out, mereka mengambil haluan masing-masing. Naura segera menelefon suaminya.

"Hello assalamualaikum abang. Sayang dah sampai office ni. Abang kat mana?"

"Waalaikumussalam, abang kat office lagi ni. Sayang dah solat maghrib ke?"

"Emm, belum. Sayang solat dulu boleh?"

"Ok. Abang pun nak solat dulu. Nanti sayang tunggu abang kat lobi macam biasa."

"Alright." Dia mematikan panggilan itu lalu segera ke surau untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim.

_____________

Hud berdiri disudut lobi itu sambil menunggu isterinya.

"Abang!" Laung Naura dari jauh sambil berlari-lari anak ke arah Hud.

Hud memandangnya. "La..kenapa berlari-lari ni? " Dia terus memeluk tubuh isterinya itu.

"Abang...penat..." Naura merengek umpama anak kecil. Hud mengusap perlahan kepalanya.

"Penat? Kesiannya wife abang ni. Lapar ke?"

"Emm, lapar la jugak." Balas Naura sambil memeluk pinggang Hud lalu berjalan menuju ke parking lot.

Marsha mengetap bibirnya. Dia melihat kemesraan pasangan itu. Nampaknya plan dia untuk mengapi-apikan Hud tidak menjadi. Dia segera melangkah meninggalkan lobi dengan hati yang panas.

______________

"Semuanya carca merba. Kalau benda ni berterusan, habislah projek kitorang kali ni kena extend." Luah Naura. Hud yang hanya mendengar dari tadi tiba-tiba bertanya, " Sayang pergi dengan siapa tadi?"

Naura mengangkat keningnya. "Huh? Pergi dengan Mirul. Officemate kitorang."

"Berdua?"

Naura mengangguk.

"Kenapa sayang kena pergi? Memang berdua je ke?"

"Abang tanyalah Marsha tu. First of all, site visit tu tugas Mirul je. Lepas tu Marsha kata sayang kena pergi dengan dia. At last, tiba-tiba Mirul kata Marsha suruh kitorang pergi berdua."

"Tapi stress-stress pun boleh bergelak ketawa jugak kan?"

Kening Naura terangkat sedikit. "Gelak? Abang nampak sayang kat lobi ke tadi?"

Hud hanya mendiamkan diri. Makin lama makin membuak rasa cemburunya bila difikirkan balik.

Naura mula tersengih. Dia sudah dapat mengagak mana hala tuju soalan ni. Dia teringat akan kata-kata Mirul didalam kereta tadi.

"Kang tak memasal pulak jadi punca gaduh."

Naura serta merta duduk diatas riba Hud sambil merangkul lembut lehernya. Dia melentokkan kepalanya diatas bahu itu. "Abang jealous ke?" Bisik Naura ke telinga Hud.

Telinga lelaki itu mula kemerahan namun Hud masih lagi membatu.

"Abanggg....janganlah macam ni. Tadi tu sayang gelak sebab dia membebel macam mak jemah. Abang tak dengar dia maki hamun Marsha masa dalam kereta tadi. Balik tadi dalam traffic jammed pun dia membebel lagi. Sayang gelak je la taktahu nak bagi respond apa."

Hud masih mendiamkan diri. Namun dalam hatinya tersangatlah berdebar apabila isterinya mula merengek manja dengannya. Siapa yang tak cair oii bila isteri manja macam ni?

"Hmmm.. tak valid ke alasan tadi? Tapi serius, sayang kalau taktahu nak respond apa sayang akan gelak je lagi-lagi kalau mulut mak jemah macam Mirul tu."

"Tapi dengan abang, sayang tak macam tu pun." Sengaja Hud berkata demikian padahal hatinya sudah pun cair dengan perangai manja dan gedik Naura tadi.

"Tapi dengan abang, sayang bagi lebih dari tu kan?"

Hud mengerutkan dahinya."Bagi apa?"

Naura mengucup lembut leher lelaki itu.

"Ini."

Kemudian, dia mengucup telinga kirinya pula.

"Ini."

Seterusnya kucupan itu beralih ke pipi pula.

"Ini."

Selepas itu, kucupan itu beralih ke hidung sehingga ke bahagian bibir Hud. Hud tergamam dengan tindakan Naura. "Sayang saja nak goda abang ke ni?"

Naura merapatkan mukanya ke pipi kiri Hud. "Bukan goda tapi nak ambil hati abang je. Sayang minta maaf kalau sayang dah mengguriskan hati abang."

Hud terus tersenyum lebar, "Sayang pasti yang sayang cuma nak ambil hati abang? Bukan nak goda abang?"

Dia merangkul pinggang Naura lalu membaringkan Naura diatas katil perlahan-lahan. Dia kemudiannya menatap mata wanita itu sambil membetulkan helaian rambut yang berselerakkan lalu berkata,

"Abang minta maaf sebab tiba-tiba rasa cemburu dengan benda kecik macam tu."

Dikucup lembut bibir isterinya. Naura tersenyum. "Takpe. Jealous tanda sayang kan?"

Hud terus menggesekkan hidungnya perlahan-lahan dileher Naura. "Wanginya sayang. Abang suka bau ni"

Naura gelak manja. "Abang, janganlah.. geli.."

Hud menatap sepasang mata itu sekali lagi. "May I?" Naura mengangguk perlahan sambil memeluk leher Hud.

Bulan dan bintang-bintang penuh menghiasi langit malam itu seperti meraikan kehangatan cinta dan kasih sayang mereka berdua.

btw thanks kepada yang masih lagi sudi membaca. will keep updating secepat yang mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience