Hud busy mengemas barang-barangnya. Dia terpaksa pulang ke Malaysia sebentar atas urusan kerja. Habis mengemas, dia duduk diatas lantai tepi katil lalu meletakkan dagunya diatas lutut Naura. Dia hanya memerhatikan tangan Naura yang lincah mengait crochet itu.
"Sayang, berapa banyak crochet yang sayang nak buat ni?". Soal Hud
"Tengoklah mana yang sempat. Tapi kalau boleh nak buat at least 4 helai topi ke.." Naura tersenyum. Tangannya masih lagi ligat mengait crochet itu.
Hud mengerutkan dahinya. "Empat? Macam banyak je.. Kenapa banyak sangat?"
Naura tersengih. "Emm nak buat surprise kat abang sebenarnya tak sabar pulak nak bagitahu kat abang."
Naura meletakkan crochet itu disisinya lalu mengusap lembut perutnya, "Dalam ni, bukan ada sorang tau, tapi ada dua."
Hud membeliakkan matanya sambil tersenyum girang, "Ya Allah! Betul ke sayang? Maksudnya kita bakal dapat kembar?".
"Aah, kembar lelaki. Hehe"
Hud terus bangun lalu memeluk erat tubuh Naura sambil mengucup bibirnya berulang kali. "Ya Allah, Alhamdulillah syukur! Terima kasih sayang! Patutlah perut sayang besarnya lain macam." Naura hanya tersenyum bahagia sambil memegang pipi Hud dengan sebelah tangannya.
"Tak sabar nak bagitahu mama dengan ibu."
Kini tangan Hud pula yang mengusap perut itu.
"Eh, abang tak bagitahu lagi ke?"
Hud menggeleng. "Belum. Abang ingat nak bagitahu lepas sayang balik sana nanti. Kita bagitahu sama-sama ya?"
"Emm.. tapi lambat lagi." Ujar Naura sambil memuncungkan bibirnya.
"Sayang lagi berapa lama kat sini?"
Naura mengira sambil menggerakkan jarinya. "Emm maybe dalam 3 minggu lagi. Tapi abang dah nak balik. Sunyinya." Naura memeluk pinggang suaminya lalu meletakkan kepala didadanya.
Hud membelai rambut panjang Naura yang sengaja dilepaskan itu lalu berkata, " Abang balik kejap je. Lepas settle kerja tu, abang terus datang sini." Naura mengangguk perlahan.
"Emm, abang dah mintak tolong Kak Ina untuk tolong tengokkan sayang."
Kemudian Hud membongkokkan badannya hingga ke paras perut Naura lalu berkata, "Hero-hero daddy tolong daddy boleh? Jagakan mummy untuk daddy ya? Nanti daddy datang balik sini tau."
Dia mengucup perut Naura. "Sayang jaga diri baik-baik ya."
Naura memuncungkan bibirnya lalu membalas, "Abang janganlah cakap macam tu. Sayang rasa nak nangis ni." Hud hanya membalas dengan pelukan erat sambil tangannya menggenggam erat akan tangan Naura.
"Jaga diri. Abang cuba siapkan kerja secepat yang mungkin,okay?"
Naura hanya mengangguk sambil memeluk erat suaminya itu.
_________________
Beberapa bulan kemudian...
Naura terjaga dari lenanya. Tiba-tiba terasa tempat tidurnya basah.
"Eh, aku ni terkencing ke? Nak tengok tapi gelap pulak.. tapi takde pun bau hancing. Entah-entah...". Dia terus menggerakkan badan Hud yang lena diulit mimpi.
"Abang, abang..bangunlah..abangg..".
Hud terjaga lalu terduduk. "Ha? Kenapa sayang? Sakit ke?"
Naura menggeleng. "Tak. Tapi sayang rasa air ketuban dah pecah."
Hud membesarkan matanya. "Allah! Kejap.. kejap.. abang pergi start enjin kereta dulu. Kembar nanti dulu. Jangan keluar dulu." Hud bergegas menghidupkan enjin keretanya. Dia memimpin isterinya perlahan-lahan menuju ke kereta.
Dan dia terus memecut laju keretanya menuju ke hospital.
___________
"Alhamdulillah, Puan Naura selamat melahirkan anak kembar lelaki. Tahniah ya Encik Hud. Encik boleh tengok wife dan baby kat dalam.". Ujar doktor itu.
"Alhamdulillah, terima kasih doktor." Hud segera melangkah masuk ke wad bersalin lalu mendapatkan isterinya yang kepenatan.
"Sayang.. Alhamdulillah..sayang dan baby selamat. You did well sayang. Terima kasih." Katanya lalu mengucup dahi Naura berulang kali. Naura hanya senyum lemah. Dahinya masih penuh dengan keringat.
"Abang... sayang lapar."
"Okay okay.. nanti abang bawakkan makanan untuk sayang ya."
Naura segera membalas, "Abang pergilah azankan kembar kita tu." Hud mengangguk lalu mendapatkan kembar mereka dan mengazankan kedua-duanya.
Naura melihat sambil mengalir air mata. Terasa sebak didada apabila terdengar suara Hud melaungkan azan ditelinga anak kembar mereka.
Hud membawa makanan seperti yang diminta oleh Naura.
"Sayang, ni ada sup ikan dengan nasi untuk sayang. Makan dulu ya. " Hud menarik meja ke arah Naura lalu menghidangkan makanan itu.
Perut Naura sudah pun berkeroncong apabila melihat makanan itu.
"Terima kasih, abang sebab tolong bawakkan makanan."
"Sama-sama. Makanlah dulu sementara baby tak menangis ni. Meh abang suapkan."
Hud mengambil sudu yang berada ditangan Naura. Naura hanya mengangguk. Suka dirinya apabila dilayan seperti itu. Alah, bukan selalu!
"Emm, nurse bagitau abang tadi. Kalau baby kembar kita sihat, sayang pun okay, insyaallah esok sayang dah boleh discharge sekali dengan anak-anak. Lepas tu, kita balik terus rumah ibu ya."
Naura mengangguk perlahan tanda faham. Perlahan-lahan, dia meletakkan kepalanya diatas bahu Hud sambil mengunyah perlahan makanan didalam mulutnya. Tangannya pula memeluk lengan sasa Hud. Bahagia rasanya apabila berada disamping suaminya.
Hud mengukirkan senyuman sambil mencium tepi kepala isterinya. Matanya tidak lepas memandang ke arah anak-anaknya yang masih lena itu.
"Abang, abang dah ada nama ke untuk anak-anak kita tu?" Naura mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Hud.
Hud senyum. " Dah, itu pun kalau sayang setuju."
"Apa dia?"
"Emm..nantilah abang bagitau, sayang makan dulu,okay? Lepas tu, boleh rest kejap."
Naira mengangguk lagi. Dia kemudian menganga sedikit mulutnya tanda menyuruh Hud menyuapnya lagi.
Hud faham akan isyarat itu lalu menyuap Naira sekali lagi. Sesekali dia mengusap lembut bahu isterinya.
"I love you." Ucap Naura sambil mengeratkan pelukan lengannya. Entah kenapa dia terasa ingin mengucapkan perkataan itu. Dia dapat merasakan bahawa semakin hari semakin mendalam rasa cintanya terhadap Hud.
Hud tersengih lalu mencium pipi Naura.
"I love you more, sayang."
_____________
Kini sudah hampir dua bulan Naura selamat melahirkan si kembar yang diberi nama Harraz Rifqi dan Naufal Harith. Naura kini menghabiskan tempoh berpantang dirumah ibunya. Dilihatnya si kembar yang sedang lena setelah disusukan sebentar tadi.
"Assalamualaikum, sayang...". Pintu bilik dikuak perlahan. Hud datang sambil menjinjing mangkuk tingkat yang berisi lauk orang pantang yang dikirim oleh mamanya.
Naura memeluk suaminya. "Abang bawak apa tu?".
"Ni lauk untuk orang pantang. Mama kirimkan untuk sayang."
Hud melihat kembarnya lalu menyentuh pipi Harraz dan Naufal. "Baiknya hero-hero daddy ni. Dah lah handsome macam daddy jugak!"
Naura mencuit bahu Hud. "Perasan!"
Hud membantu Naura untuk duduk ditepi katil sambil menghadap ke arah beranda. Kemudian Hud duduk disebelahnya sambil memeluk erat bahu isterinya. "Sayang macam mana hari ni? Okay?"
Naura mengangguk. "Okay. Cuma bosan sikit. Abang, tiba-tiba sayang teringin nak makan okonomiyaki."
Hud mencuit hidung Naura lalu berkata, "aip! Tunggulah habis pantang nanti. Nanti bila sayang dah habis pantang, abang buatkan sayang okonomiyaki tu hari-hari,okay?"
Naura mencebik, "ala.. abang sorok-sorok la. Boleh la abang..hmm?" Naura cuba meraih simpati suaminya namun tidak berjaya.
"Sabar... tunggu sayang habis pantang ya? Ni kalau ibu tahu, tak pasal-pasal abang sekali kena bebel.".
Naura mengekek. "Takpelah. Bukan selalu pun kena bebel dengan ibu."
"Sayang baru pantang 3 bulan, abang ni dah lama berpantang tau.. lebih 9 bulan. Lagi lama dari sayang." Hud berkata sambil tersenyum nakal.
Naura menepuk lembut peha suaminya, "Abang jangan nak gatal ya. Anak baru 2 bulan tau." Hud tergelak. Naura menjeling manja lalu memandang ke arah luar sambil melihat bulan penuh yang sedang mengambang.
"???????? "** ujar Naura perlahan.
**( tsuki ga kirei desu ne? / the moon is beautiful isn't it?)
"???????." ** Hud membalas sambil mengucup bibir Naura.
**(shindemo iiwa / I can die happy)
Naura terpegun. Dia menolak perlahan dada Hud lalu bertanya, "Abang faham?"
Hud tersenyum sipu. "Of course abang faham. Abang kan dulu belajar kat sana. Cumanya abang tak minat anime macam sayang." Dicuit lembut hidung Naura lalu memeluknya dengan lebih erat. Naura hanya membiarkan saja perbuatan Hud itu.
"Abang.." Hud memandangnya.
"Terima kasih sebab sudi terima sayang sebagai isteri abang." Ujar Naura perlahan.
"Abang pun nak ucap terima kasih juga kat sayang sebab bagi abang peluang kedua untuk bahagiakan sayang. Abang sayangkan sayang selamanya." Dikucupnya lembut dahi itu.
Naura tersenyum bahagia sambil menikmati keindahan bulan dimalam itu bersama Hud.
*****
"Bernikah denganmu,
Mungkin adalah jawapan terindah dari Tuhan,
Atas doa yang paling sederhana dalam setiap tahajudku,
'Tuhan,aku ingin berbahagia bersamanya.'"
-Naura Husna
****
"Cintaku tercipta hanya untuk mencintai dirimu,
Dan izinkan aku untuk terus begitu sehingga akhir hayatku."
-Hud Rusyaidi
~TAMAT~
thanks guys sebab sudi baca sampai habis! in future akan ada lagi satu cerita, hopefully korang sudi baca. kalau sudi, korang boleh follow kat wattpad : snowdreamm
Share this novel