Part 7

Romance Series 2509

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Naura termenung dimeja makan. Selalunya pada waktu ini dia dan Hud sedang menikmati makan malam sambil bersembang bersama-sama.

Makan je lah. Aku tak rasa dia nak makan balik nanti ni. Mesti dia keluar dinner dengan perempuan tu.

Naura lalu menyenduk nasi dan mula makan.

At least, whatsapp la aku bagitau tak makan kat rumah. Takdelah membazir.

Naura membebel didalam hati. Dia segera menghabiskan nasinya dan bergegas menuju ke ruang tamu. Macam biasa, dia akan menghabiskan masanya dengan menonton drama atau anime melalui telefon pintarnya.

Tanpa disedari, Naura terlelap diatas sofa. Rasa mengantuknya tak dapat ditahan lagi, lebih-lebih lagi apabila dia kekenyangan setelah makan malam tadi.

___________

Hud membuka pintu grill rumahnya. Kelihatan lampu diruang tamu masih menyala. Dia terlihat akan Naura yang sedang tidur diatas sofa itu. Rasa serba salah kembali menghantui dirinya.

Eh, tidur sini? Takkan tunggu aku kot?

Perlahan-lahan dia mengejut Naura, "Naura, Naura. Bangun. Kenapa tidur sini? Pergi tidur dalam bilik tu."

Naura terjaga dari tidur sambil menggosok matanya, "Eh, bila awak balik? Lapar ke? Nak saya buatkan air?"

"Tak payah. Dah lewat malam ni. Pergilah sambung tidur. Esok nak kerja kan?" Balas Hud.

Naura menangguk perlahan lalu bangun dari sofa tersebut dan berjalan menuju ke bilik tidur.

Hud hanya mengikuti Naura dari belakang. Matanya melirik ke arah tudung saji diatas meja makan. Dibawah tudung saji itu terdapat bayangan pinggan dan mangkuk yang sepertinya terisi dengan makanan. Hud tersenyum kelat. Sumpah dia lupa untuk memberitahu Naura bahawa dia tidak makan malam dirumah hari ini.

"Err.. Naura." Panggil Hud.

Naura yang masih lagi mamai itu segera memaling ke belakang. "Emm, ada apa?"

"Mulai esok, tak payah lah masakkan dinner untuk saya. Kalau saya boleh balik awal, saya bagitahu awak."

Naura hanya mengangguk lemah lalu melelapkan diri diatas sofa bed.

________________

Sejak dua menjak ini Hud lebih kerap menghabiskan masa dengan Marsha. Lunch,dinner kadang-kadang weekend pun mereka berdua keluar bersama.

"I tak pernah kenal wife you siapa. You taknak kenalkan kat I ke?" Soal Marsha tiba-tiba.

"Buat apa? I rasa tak perlu kot." Balas Hud.

"Emm saja. I saja nak kenal dengan perempuan yang tolong jagakan boyfriend I semasa I takde kat sini. I nak berterima kasih kat dia la. Tak salah kan?"

Hud tiba-tiba mengeraskan suaranya, " Tak perlu. Dia takde kaitan dengan urusan kita. Tak payah cari pasal."

Marsha senyum sinis. "Well, it's okay kalau you dah tak bagi. So apa plan you? Macam mana you nak kawin dengan I? I bagitahu awal-awal, I taknak jadi your second wife. Better you lepaskan dia before kita kawin."

Hud memandang ke arah Marsha, "Nanti I fikirkan. You bersabar okay? Kalau I boleh bersabar tunggu you takkan you tak boleh kan?"

"Heh, tapi you siap kawin. I takde pulak sampai kawin kan.."

Hud hanya mendiamkan diri. Dia kemudian menghabiskan kopinya itu.

"Dahlah jom. I nak shopping lagi ni. Banyak benda I nak kena beli."

Hud mengeluh. Shopping lagi.

___________

Hud hanya berdiri diluar butik sementara menunggu Marsha yang kelihatan sedang memilih beg tangan yang disukainya.

Tiba-tiba, telefon pintarnya berdering tanda ada panggilan masuk.

"Hello, nak apa?"

Suara itu ketawa sebaik sahaja mendengar suara Hud.

"Ala abang Hud ni, serius nak mampos. Adik ni ada kat area rumah abang Hud. Adik nak datang kejap boleh?" Tanya Raudhah, adik bongsu kesayangan Hud.

Hud tergamam. " Emm boleh, abang takde kat rumah tapi Kak Naura ada. Pergilah temankan kak Naura tu. Nanti abang bagitahu kak Naura yang adik nak datang rumah."

"Okay, takpe. Nanti adik call kak Naura la. Ok bye."

"Alright." Hud segera mematikan call itu.

_________

Raudhah hanya memandang Hud dari jauh. Dia mengetap bibirnya tanda geram terhadap abangnya itu.

Abang Hud kenapa tak pernah serik? Kesiannya Kak Naura. Sampai hati abang Hud buat kat akak macam tu.

Dia segera membuat panggilan.

"Hello assalamualaikum akak. Ni adik ni. Adik nak datang rumah akak boleh ke? Sekarang? Okay jap lagi adik sampai."

Raudhah beredar dari situ dengan hati yang sebal.
_______

"Assalamualaikum, kak Naura."

"Waalaikumussalam." Jawab Naura sambil datang ke arah pintu rumah lalu membuka kunci pintu itu.

Raudhah segera bersalaman dengan kakak iparnya itu. "Lama gila tak jumpa akak. Akak okay ke? Sihat?"

Naura tersenyum sambil memeluk adik iparnya. "Alhamdulillah sihat. Apa mimpi tiba-tiba datang sini?"

Raudhah mencebik, "alaaa..akak tak nak adik datang sini ke?"

"Haha takdelah.. dah lah jom masuk. Kebetulan pulak akak ada buat Japanese cheesecake.
Memang rezeki adik nampaknya. Adik suka kan?"

Mata Raudhah bersinar-sinar. "Seriuslah? Memang favourite adik kot! Tak sabarnya nak rasa."

Raudhah memaut lengan Naura dan jalan beriringan menuju ke dapur.

"Akakkkk.. emmm sedapnyaaaaa. Memang the best la akak ni." Ujar Raudhah sambil menunjukkan ibu jarinya.

Naura tersipu malu. "Alah, akak google je la.Eh nanti adik bawak lah balik sikit ya. Kongsi dengan housemates adik."

Raudhah tersenyum girang. Kalau boleh senyuman tu sampai ke telinga. "Thanks akak!"

"Tapi kan akak, abang Hud pergi mana? Tak ada pun kat rumah?"

Naura tersenyum kelat. "Keluar la tu katanya ada hal. Dah bagitahu abang Hud ke nak datang ni?"

Kak Naura macam tahu je.. Bodoh la abang Hud. Sebab perempuan tu abang Hud sanggup abaikan perasaan Kak Naura.

"Dah. Tadi adik call abang Hud dulu. Tapi dia tak cakap dia pergi mana. Dia suruh datang rumah temankan akak je."

Naura mencebik. "Takpelah..abaikanlah dia tu. Lama betul tak jumpa adik. Apa cerita?"

Raudhah yang memang banyak mulut itu pun terus bercerita dan melupakan sementara apa yang telah berlaku di mall tadi. Masing-masing rancak bersembang sehingga tidak menyedari bahawa hari sudah pun lewat petang.

"Kejap betul dah pukul 6. Adik rasa dah kena balik lah.. malas betul nak drive malam-malam."
Ujar Raudhah sambil memuncungkan bibirnya.

Naura ketawa. "Alahai, ke nak akak hantarkan? Tinggal dulu kat sini kereta tu. Esok suruh abang Hud hantarkan kereta adik."

"Takpayah lah kak... Lagipun tak sabar nak promote cheesecake akak ni haha."

Naura mencuit siku adik iparnya itu. " amboi, manisnya mulut tu.."

"Hehehehehe.. by the way kak, adik tumpang solat jap lepas tu adik cau."

Naura mengangguk. "Boleh. Ada bilik solat kat bawah ni. Nanti solat je la kat situ ya."

Raudhah kemudiannya bangun dan beredar ke bilik solat. Selesai solat dia segera bertolak sementara malam belum menjelma.

___________

Hud menghela nafasnya sambil meletakkan tangannya diatas dahi. Sudah hampir setengah jam dia berada di dalam keretanya tapi sengaja dia tidak masuk ke rumah. Fizikal penat tapi penat lagi mentalnya.

Desakan Marsha untuk segera menikahinya membuatkan fikirannya makin kusut. Hal begini mana mungkin boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Apatah lagi dia seringkali teringat akan kata-kata kedua orang tuanya sewaktu sehari sebelum dia bernikah dengan Naura.

"Ini pilihan Mama dan Babah. Mama yakin Naura adalah yang terbaik untuk Hud. Sudah-sudahlah tunggu perempuan tu. Tak cukup lagi ke dengan apa yang dia dah buat kat Hud? Bukan sekali tau."

Hud hanya menunduk.

Babahnya menepuk-nepuk bahu Hud. "Ibu bapa mana je yang sanggup tengok anaknya sedih dan murung macam ni. Inilah masanya untuk Hud mulakan hidup baru. Tinggalkan masa lalu."

"Kami berdua sayangkan Hud sebab tu la kami buat macam ni. Naura tu pun baik budaknya."

Hud masih lagi mendiamkan diri. Tak mungkin dia mudah melupakan cinta pertamanya itu walaupun nampak seperti dia sahaja yang tergila-gilakan wanita itu.

Ya. Marsha itulah wanitanya. Cinta pertama sejak dari zaman di universiti. Kejelitaan Marsha menjadi kegilaan seluruh kampus. Tapi dialah satu-satunya lelaki yang berjaya menambat hati Marsha walaupun ada kalanya Marsha sering berkelakuan liar dengan lelaki lain atas alasan Hud berfikiran sempit dan tidak terbuka. Tapi entah mengapa, Marsha juga lah yang digilakannya.

"Hud bukalah hati Hud untuk Naura walaupun sedikit. Insyaallah Hud akan jumpa kebahagiaan yang sepatutnya Hud miliki." Mamanya menggenggam erat tangan Hud.

Lamunan Hud terhenti apabila kedengaran bunyi tingkap keretanya diketuk dari luar. Dia lantas membuka tingkap tersebut.

"Kenapa ni? Awak okay ke?" Soal Naura. Terpampar kerisauan diwajah Naura.

Hud senyum. "Okay je. Saja rehat kejap dalam ni."

Naura membalas senyuman itu. "Jomlah masuk. Bersihkan diri, lepas tu boleh rehat betul-betul. Awak dah solat?"

Hud menggelengkan kepalanya tanda belum. Lalu dia mematikan enjin keretanya dan mengikuti langkah Naura masuk ke dalam rumah.

Beza betul Naura dan Marsha. Bagaikan langit dengan bumi!

Thanks sebab masih lagi sudi baca. jangan lupa komen dan vote ya! hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience