Part 22

Romance Series 2509

Hari sudah pun gelap. Hud tak tahu hendak mulakan dari mana. Dilihatnya Naura dari jauh, namun dia tak mampu untuk mendekatinya. 

"Abang minta maaf." Naura masih mendiamkan diri.

"Sayang kalau nak marah abang ke pukul abang ke nak bebel ke sayang buatlah. Tapi janganlah diam macam ni,please."

Naura memejamkan matanya sebentar, "Nak kata apa lagi? Tak cukup ke dulu tu yang awak buat kat saya?"

Hud hanya menunduk. Susahnya nak pujuk hati isterinya ini.

Naura segera bangun lalu melangkah ke bilik. Kemudian dia keluar dengan membawa sebiji bantal dan sehelai selimut lalu diletakkan diatas sofa.

"Malam ni awak tidur kat sini. Mulai esok awak tak payahlah datang lagi."

Hud mengeluh. Tanpa membuang masa dia segera ke bilik air untuk membersihkan diri.

_______________

Walaupun Naura masih lagi bersikap dingin terhadapnya, namun itu tidak memutuskan semangat Hud untuk terus mendampingi Naura. Dia masih lagi melakukan kerja rumah walaupun dia terpaksa menghadap morning sickness setiap hari.

Malam itu, Hud mengetuk pintu bilik Naura. "Abang nak tolong picitkan kaki sayang boleh tak?"

Naura tidak membantah. Dia sendiri pun dah malas nak menghalang lelaki itu yang tidak pernah putus untuk mengurut kakinya setiap malam. Hud duduk dihujung katil dan mula memicit kaki isterinya. Dia teringat akan kata-kata Iman,

"Orang pregnant ni penat. Nanti kalau bini kau pregnant, kau jangan skip picit kaki dia setiap malam. Dia penat. Walaupun baru 3 bulan."

Setelah beberapa malam, baru Hud sedar yang bilik itu tidak lagi berbau perfume milik Naura. Patutlah dia tak lagi berasa hendak muntah seperti selalu.

"Mana pergi perfume sayang tu?" Soal Hud. Tangannya masih lagi mengurut kaki isterinya.

"Dah..dah habis." Balas Naura dingin. Padahal setelah dia mengetahui yang Hud alah kepada perfume kegemarannya, dia tidak lagi menggunakan perfume itu dan hanya menggunakan deodorant sahaja sebagai ganti. Rasa kasihan mula timbul setiap kali dia mendengar Hud muntah-muntah didalam bilik air.

Hud hanya tersenyum mendengarkan jawapan Naura. "Thanks, sayang sebab faham keadaan abang." Ujarnya sambil tersenyum. Naura hanya menjeling sambil membaca majalah yang dibelinya sewaktu dia pulang dari pejabat.

Tanpa disedari, jam menunjukkan hampir pukul 10. Hud menghentikan urutannya lalu bersiap untuk pulang. "Abang balik dulu. Esok abang datang lagi. Jaga diri. Kalau ada apa-apa, call abang."

Naura mula serba salah apabila melihat jam di meja soleknya. Hari dah pun lewat malam. Kalau ikutkan, agak susah nak dapatkan teksi waktu macam ni. Nak jalan kaki pula bahaya.

"Awak."panggilnya perlahan.

Hud segera memandangnya. "Ya, kenapa sayang?"

"Tidurlah sini. Dah lewat malam pun. Takkan awak nak balik jalan kaki kut." Kata Naura lalu baring dan memejamkan matanya.

Hud tersenyum lagi. Jauh disudut hati, dia berasa syukur kerana isterinya masih ada rasa belas ihsan kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, dia menutup lampu bilik itu dan kemudian menutup pintu dengan perlahan-lahan. Dia mencuci tangannya lalu bersiap untuk tidur diruang tamu.

_______________

Hari ini Naura mengambil cuti half day kerana ingin melakukan check up bulanan untuk kandungannya. Selesai melakukan check up, Naura singgah di sebuah cafe yang terletak berhampiran dengan pejabatnya untuk mengisi perutnya yang kelaparan. Padahal dia sudah makan tengahari sebelum pergi ke klinik.

Sedang dia menikmati makanannya, tiba-tiba dia terdengar ada suara yang memanggil namanya.

"Naura? Kau kat sini?" Soal Qayyum.

Naura hanya menjeling. Dah kenapa mamat ni pun ada jugak kat sini??

Qayyum tanpa membuang masa dia mengambil tempat dihadapannya.  "Jauh betul kau membawa diri".

Naura hanya tersenyum kelat. Dia masih lagi menjamah makanannya. Qayyum tersengih sambil menggeleng.

"Kau nak apa Qayyum? Dari Malaysia sampai sini kau nak kacau aku." Ujar Naura.

Qayyum mengeluh kecil. "Sorry lah. Aku pun tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Aku datang sini sebab konvo adik aku. Err..Kau dah jumpa laki kau ke? dia pun ada datang sini jugak kan?"

Kening Naura terangkat sedikit. "Mana kau tau dia ada kat sini?".

"Oh, sebab sebelum dia fly, dia ada bagitahu aku nak datang sini sebab nak tengok bunga sakura. Kau punya pasal lah dia datang. Katanya sebab kau suka bunga sakura tu."

Naura tersentak. Baru dia perasan Hud tak pernah pun cerita akan tujuannya datang ke sini. Setahu dia tidak ada yang tahu akan kedatangannya disini melainkan boss dia sahaja.

Melihatkan wajah Naura yang sedikit berubah, Qayyum meneruskan ceritanya. "Hud tak salah Naura. Dia terlalu sayangkan kau. Janganlah hukum dia sampai macam tu sekali."

"Kenapa pula? Mana kau tahu dia tak bersalah?" Naura membalas. Hatinya sakit apabila mengingat kembali peristiwa hitam itu.

Qayyum mengerutkan dahinya lalu berkata, " Eh, Hud tak cerita kat kau ke apa yang dah jadi lepas kau bawa diri?"

Naura meletakkan sudu dan garfunya. Matanya tertumpu kepada Qayyum.

"Cerita apa?"

______________

Naura melangkah perlahan sambil membuka pintu. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, harum semerbak bau okonomiyaki dengan takoyaki mencucuk hidungnya.

"Eh, sayang dah balik." Tegur Hud yang masih lagi memakai apron. Naura memandang ke arah meja di bahagian ruang tamu yang penuh dengan makanan.

"Sayang mandilah dulu. Nanti kita makan sama-sama ya?" Naura hanya mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik.

Naura berdiri dibawah pancuran shower sambil teringat akan kata-kata Qayyum siang tadi yang masih mekar dalam ingatannya.

"Lepas je kau pergi dia terus macam mayat hidup. Makan pun jarang sebab tak selera dan selalu muntah-muntah. Sampai cengkung muka dia. Aku dengan Iman sampai tak tahu nak bagi makan apa dah."

Naura sengih. Aah, cengkung sikit muka dia. Dah tak handsome macam dulu.

"Orang yang sepatutnya pun dah tak ada dah, Naura. Dia meninggal seminggu selepas koma sebab accident. Ni semua bukti apa yang dia buat kat kau."

Terkedu dia apabila mengingatkan kembali tentang bukti-bukti yang dia lihat siang tadi. Tak semena-mena, dia melepaskan satu keluhan kecil.
Matanya menjadi bahang seketika.

"Hud tak salah,Naura. Cuma dia lembab sikit. Masa tu dia fikirkan kau je tapi tu lah otak tak function pulak dia tu. Puas aku bagi warning tapi dia tak nak dengar."

"Ceh.. sukahati je cakap laki aku lembab." Naura segera menutup shower lalu bersiap sedia untuk makan malam.

__________

Pelbagai hidangan tersedia di meja kecil itu. Naura duduk bersila dihadapan Hud tanpa berkata apa-apa.

"Hud tu lelaki yang baik,Naura. Kau maafkanlah dia. Dia sangat sayangkan kau. Tengoklah datang sini semata nak tengok bunga sakura sebab rindukan kau. Katanya kau suka musim bunga kat sini. Aku tahu kau pun sayangkan dia. Takkan kau tak rindukan dia?"

Air mata Naura mula bergenang. Ya Allah, berdosanya aku buat laki aku macam ni. Hatinya berbisik.

"Sayang, kenapa termenung? Makanlah. Okonomiyaki ni abang buat, Kak Ina ajar tadi. Tak tahulah sedap ke tak baru first time buat. Kak Ina kata sayang suka makan okonomiyaki tu."

Hud meletakkan okonomiyaki itu ke dalam pinggan Naura. Tanpa disedari, air mata Naura meleleh. Naura segera menyeka air matanya.

Hud terkejut apabila melihat Naura menangis. Lantas dia mengambil tisu lalu menghulurkan kepada Naura. "Eh sayang, kenapa ni? Hmm?"

Air mata jernih isterinya semakin laju mengalir. Hud yang panik melihat isterinya tiba-tiba menangis, segera mendapatkan Naura. Naura terus memeluk erat tubuh Hud yang kini berada disebelahnya. Dia masih tidak mampu berkata-kata namun tangisannya semakin kuat. Pandangan Hud menjadi redup sambil mengusap lembut belakang Naura.

"Abang.. sayang minta maaf sebab larikan diri dari abang dan tuduh abang macam-macam." Kata Naura sambil teresak-esak.

Hud terkedu mendengarkan kata-kata Naura. Dia yang masih mengusap belakang Naura kemudian membalas,

"Abang yang patut minta maaf. Abang pun salah jugak sebab tinggikan suara abang masa tu. Abang tak jaga sayang betul-betul macam yang abang janjikan. Abang dah lukakan hati sayang. Lepas sayang pergi, abang betul-betul menyesal."

Naura mula tersedu-sedu. Hud kemudian menyambung, "Sayang, bagi abang peluang lagi sekali untuk bahagiakan sayang,boleh?"

Naura mengangguk.

"Lepas ni jangan tinggalkan abang lagi, boleh?"

Naura mengangguk lagi.

"Izinkan abang untuk besarkan anak kita bersama-sama, boleh?"

Naura mengangguk. Hud melepaskan nafas lega lalu mengucup lembut dahi isterinya.

"Terima kasih sayang. Abang takkan sia-siakan peluang ni."

_______________

Macam biasa, sebelum tidur Hud akan memicit dan mengurut sebentar kedua belah kaki Naura. Naura tersenyum melihat Hud yang hanya menunduk ketika memicit kakinya.

"Abang tak muntah-muntah lagi ke?"Soalan Naura memecahkan kesunyian dalam bilik itu.

Hud tersengih, "Sekarang dah kurang, cuma belah pagi je, kadang-kadang tengah hari. Cuma abang tak boleh bau perfume sayang dengan bau air tu. Sebut pun dah tak lalu. Hehe.."

Naura tergelak. "Tak sangka abang yang dapat alahan tu. Patutlah sayang kadang-kadang je rasa nak muntah. Lepas tu makin selera nak makan .. mujurlah tak mengidam pelik-pelik."

Hud mencuit hidung Naura, "Yelah.. dengan selera makan abang sayang dah angkut sekali. Macam-macam air ibu dengan mama bagi abang tapi tak baik-baik juga. Rupanya sebab tu." Mulutnya memuncung ke arah perut Naura yang makin membesar itu.

Naura tersenyum lebar. Dia mengambil tangan Hud lalu diletakkan diatas perutnya. "Meh sini tangan abang."

Perasaan Hud menjadi terharu bercampur teruja apabila menyentuh perut itu. Tangannya lama terletak dia atas perut Naura. "Err.. sayang kata dah masuk tiga bulan tapi kenapa macam besar je. Betul ke tiga bulan? Macam empat bulan je."

Naura menahan senyum apabila mendengar soalan suaminya. Ada beza ke tiga bulan dengan empat bulan? Mana dia tahu? "Emm.. entah.. maybe baby ni besar kut."

Hud mengusap lembut perut itu. "Moga baby menjadi penyejuk mata penawar dihati buat Mummy dan Daddy,ya?" Hud mencium lembut perut Naura sambil mengenggam tangan isterinya. Sejuk hati Naura apabila mendengar kata-kata itu.

Naura mengeratkan lagi genggaman itu lalu bertanya kepada Hud, "Abang, kenapa abang tak cerita pun kat sayang apa yang dah jadi?"

"Sebab abang tak tahu nak mula dari mana. Abang takut sayang tak boleh terima lepas tu sayang larikan diri lagi dari abang. Abang tak sanggup nak berpisah dari sayang lagi. Sayang ni nyawa abang tahu tak?"

Naura tersengih, "Tahu, kalau tak, takdelah abang jadi macam mayat hidup kan?"

Hud mengangkat kedua-dua keningnya, "Mana sayang tahu?"

Naura tergelak, "Sayang terjumpa Qayyum siang tadi.Dia yang bagitahu."

"Qayyum? Dia ada kat sini? Tapi serius la benda tu pun dia cerita. Dasar makcik-makcik betul."

"Tapi kalau dia tak cerita, sampai sekarang sayang marah kat abang lagi tau." Naura lantas mencium pipi Hud. Hud tersenyum lebar. Dia menghentikan urutannya lalu membaringkan Naura perlahan-lahan.

"Sayang tidurlah. Esok kerja lagi kan?" Hud bangun dari katil itu tapi segera ditahan oleh Naura.

"Abang nak pergi mana?" Soalnya.

"Err.. nak tidur. Kat luar." Naura menarik tangannya.  Sebelah tangannya lagi menepuk-nepuk tempat disebelahnya.

"Tidurlah sini. Sini kan tempat abang." Muka Naura mula kemerahan.

Hud tersengih, "Sayang memang dah tak marahkan abang lagi ke?"

Naura menggeleng malu. Kemudian Hud berpindah dan baring disebelah Naura. Semasa dia membetulkan bantalnya, terdapat sehelai sweatshirt dibawah bantal tersebut.

Hud mengambil sweatshirt itu lalu berkata, "Eh, ni bukan sweatshirt abang ke? Macam mana boleh ada kat sini?"

Naura terkejut. Sungguh dia lupa untuk menyorok kembali sweatshirt yang dipeluknya saban malam. Hud senyum nakal sambil memandang Naura yang sudah kemerah-merahan.

"I see.. no wonder la abang cari takde. Rupanya dah sampai sini dulu dari tuannya. Sayang buat peluk malam-malam eh?"

Lantas Naura mencubit lembut perut Hud. Malu apabila diusik sedemikian. "Diamlah abang... Tidurlah jom."

"Haha..Okay, okay. Jap abang nak tutup lampu."

Sebaik sahaja dia menutup lampu bilik itu, Hud menarik perlahan Naura ke dalam dakapannya lalu berkata, "Abang rindukan sayang sangat-sangat. Lama sungguh tidur tak peluk sayang macam ni.".

Naura membalas pelukan itu. "Sayang pun rindukan abang."

"Abang..." Naura memanggil sambil dahinya disandarkan didada Hud.

"Emm?" Hud menjawab sambil memejamkan matanya.

"Terima kasih sebab sudi tunggu sayang. Tak sangka kita boleh berjumpa kat sini."

"Mungkin sebab jodoh kita masih lagi kuat. Abang pun tak sangka abang boleh jumpa sayang kat sini. Abang sayangkan sayang sangat-sangat."

"Sayang pun sayangkan abang sangat-sangat." Naura mengeratkan pelukannya selagi mampu memandangkan pelukan mereka itu dihalang oleh perutnya yang semakin membesar.

Hud mencium ubun-ubun isterinya sambil melemparkan senyuman bahagia. Ya, inilah saat yang paling bahagia yang pernah dirasakan. Moga bahagia ini tak akan berhenti selepas ini.

Tak lama kemudian, mereka berdua pun lena dibuai mimpi indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience