"Tahniah! Puan mengandung. Kandungan puan sekarang dah berusia 5 minggu."
Bergenang air mata Naura. "Yeke doktor? Alhamdulillah! " Teruja dia apabila mendengar kata-kata doktor itu.
"Tapi awak kena jaga makan, jaga kesihatan awak. Jangan stress. Emosi pun kena kawal. Semua tu penting untuk awal kandungan ya." Naura mengangguk sambil mengusap lembut perutnya.
Naura melangkah perlahan sambil tersenyum-senyum. Tiba-tiba datang sebuah motor dengan laju yang hampir melanggarnya. Namun, Qayyum sempat menarik Naura sehingga ke dalam pelukannya.
"Apa kau buat ni Qayyum????!!". Naura cuba untuk menampar Qayyum tapi tidak kesampaian. Qayyum lebih laju menahan tangan itu.
"Kau gila ke?!! Ada motor tu nak langgar kau, tahu tak?" Jerkah Qayyum. Naura terdiam. Tidak semena-mena, air matanya mengalir.
Qayyum menjadi panik apabila melihat Naura tiba-tiba menangis. "Weh, sorry sebab aku tertinggikan suara. Aku tak berniat nak marah kau. Aku cuma terkejut je."
Naura menyeka air matanya. "Entah-entah, kau yang plan semua ni? Kau ingat aku akan maafkan kau kalau kau buat semua ni?". Ujar Naura.
Qayyum meraup wajahnya. Geram dengan kedegilan Naura yang tak mahu langsung mendengar penjelasannya.
"Naura, please. Kau ni degil betul! Apa aku cakap kau tak nak dengar. Dah dua kali jadi benda macam ni, takkan kau tak rasa pelik?!!"
"Tak pelik sebab kau yang rancang semua ni! Kau cemburu tengok aku bahagia dengan suami aku kan?". Qayyum memejamkan matanya. Ya Allah, degil gila minah ni!
"Kenapa kalau aku yang rancang, aku still selamatkan kau?". Naura terdiam seketika. Tiba-tiba dia berasa pening dan tidak dapat mengimbangkan badannya.
Qayyum menjadi kaget lalu memegang lengannya. "Weh, kau okay tak? Weh Naura!"
Naura menunjukkan tapak tangannya lalu berkata, "Aku okay. Cuma pening sikit."
Qayyum membuka pintu kereta itu lalu berkata "Kau duduklah kat dalam kereta ni dulu. Hilangkan pening kau tu. Aku belikan something untuk lapik perut. Kau ni lapar kot."
Belum sempat Naura menghalangnya, Qayyum telah hilang dari pandangan.
Tak lama kemudian, Qayyum muncul dengan membawa sebuah beg plastik yang berisi roti dan air coklat. "Nah! Ambil ni. Rest dulu. Nanti dah okay baru kau drive."
Naura mengambil beg plastik itu lalu membuka bungkusan roti itu. Dia cuba untuk makan tapi tekak masih tidak mahu menerimanya. Qayyum berdiri sambil bersandar diluar kereta. Dia mendiamkan diri sambil melihat Naura dari luar. "Kau tak suka ke? Sorrylah. Aku ambil apa yang aku nampak je."
Naura menggeleng. "Tak. Aku okay je dengan roti ni. Thanks by the way."
________
Marsha yang melihat mereka berdua dari jauh tersenyum lebar sambil mendail nombor seseorang. "Hello, you kat mana?".
_________
"Naura, aku tahu kau benci dengan aku. Tapi aku serius nak minta maaf kat kau ni." Suara Qayyum memecahkan kesunyian. Naura mengeluh kecil.
"Sudahlah Qayyum. Aku dah maafkan kau lama dah tapi aku taknak tengok muka kau lagi. "
Qayyum memejamkan matanya. Susah betul untuk dapatkan kemaafan dari wanita ini. Dia buntu memikirkan cara apa yang harus dia lakukan supaya wanita itu kembali mempercayai dan memaafkan dirinya.
Tiba-tiba dia rasa mukanya sakit. Dia segera membuka matanya dan melihat kini Hud sedang berada dihadapannya sambil mengenggam tangannya menahan marah.
"Abang! Ya Allah, Qayyum. Kau tak apa-apa?" Soal Naura panik apabila melihat Hud tiba-tiba menumbuk muka Qayyum. Qayyum mengusap kesan tumbukan Hud dimukanya lalu menggeleng.
"Abang, kenapa ni?" Soal Naura lagi.
"Kenapa? Sayang nak marahkan abang sebab abang dah tumbuk boyfriend kesayangan ni ke?!! Soal Hud kembali. Naura mengerutkan dahinya.
"Apa maksud abang ni?". Qayyum cuba menyampuk, "Bro, aku rasa.."
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Hud membalas sambil menunding jari ke arah Qayyum. "Kau diam! Kau tak layak nak kata apa-apa!!"
Air mata Naura bergenang lagi. Inilah kali pertama Hud meninggikan suara terhadapnya. "Apa ni abang? Apa salah sayang sampai abang nak tinggikan suara macam ni?"
Hud memandang tajam ke arahnya. "Apa salah awak? Awak tu isteri saya tapi keluar bermesra dengan ex boyfriend. Tu tak salah?"
Naura mula berasa marah dengan tindakan Hud yang main terjah tanpa usul periksa. "Awak main tuduh-tuduh ni kenapa?! Apa masalah awak? Kitorang kat sini takde bermesra ke apa. Awak tahu tak, kalau tak sebabkan Qayyum ni, saya sekarang dah kat hospital!"
Hud tersentak. Dia seperti baru sedar dari lamunan panjang.
"Saya tadi hampir kena langgar dengan motor! Qayyum yang selamatkan saya! Salah ke?" Naura mula menyeka air matanya.
Naura teringat akan apa yang berlaku beberapa hari lepas. "Awak pun sedar diri sikit! Cakap busy dengan kerja tapi bukan main mesra lagi dengan ex sendiri. Siap gelak-gelak lagi makan lunch sama-sama! Awak nak sangat kahwin dengan ex awak tu kan? Pergilah kahwin! Saya tak kisah pun!" Naura segera berpindah ke tempat duduk driver.
Qayyum yang menyedari akan hal itu segera menghalang Naura. "Kau tak sihat lagi tu. Biar aku yang drive. Kau duduk sana."
Hud masih lagi terpaku dengan kata-kata Naura. Naura segera menutup tingkap dan tidak menghiraukan Hud disitu. "Dah Qayyum. Aku nak balik." Ujarnya perlahan.
Naura tak tahan lagi. Dia menangis sepuas-puasnya tanpa menghiraukan Qayyum disebelahnya. Qayyum masih lagi mendiamkan diri sambil memandu kereta milik Naura.
Setelah puas menangis, Naura pun mengesat matanya yang mula bengkak, "Sorry Qayyum. Tiba-tiba kau jadi mangsa pulak."
Qayyum senyum. "It's okay. Kau tu ha, dah puas ke menangis?"
Naura mengangguk. "Rumah kau kat mana? Marilah aku hantar terus."
________________
Hud meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya. Ya Allah, apa aku dah buat ni?
Marsha yang hanya melihat dari jauh tersenyum puas. Padan muka kau Hud! Puas hati aku.
________________
Hud menyandarkan badannya. Dia sudah tidak mampu untuk fokus kepada kerjanya. Iman menepuk perlahan bahu Hud lalu berkata, "Hud, kau balik lah. Try slow talk dengan bini kau. Minta maaf dekat dia. Buang ego kau tu."
Mata Hud bergenang. "Memang aku yang salah tapi hati aku sebal bila aku tengok dia dengan mamat tu. Ex dia kot."
"Dah tu, takkan kau nak duduk sini lagi. At least mintak maaf. Explain elok-elok dekat dia. Kau kena dengar dari pihak dia jugak."
Hud mengeluh. Iman menyambung.
"Kau sayangkan dia kan? Pergilah. Lama-lama macam ni boleh jadi lagi keruh keadaan. Kau balik dulu, okay?"
Hud bangun lalu membalas, "Thanks, Iman. Aku gerak dulu.". Iman mengangguk lalu menaip sesuatu di telefonnya.
Sayang, nanti jangan lupa tolong checkkan Naura tu. Abang dah try pujuk Hud tadi. Harap-harapnya menjadilah. -Iman
Okay Insyaallah. - Anna
_______________
Perlahan-lahan Hud membuka pintu bilik tidur itu. Dia melihat Naura sedang tidur dengan baju yang dipakainya siang tadi. Hud mengusap lembut pipi isterinya. Air matanya hampir menitis apabila melihat matanya isterinya yang sembab itu, mungkin baru lepas menangis.
"Abang mintak maaf sayang. Abang tak berniat buat macam tu kat sayang. Abang tahu abang salah. Abang sayangkan sayang." Ujarnya perlahan. Dia bersandar disofa bed sambil ditemani air mata lelakinya itu.
Naura memejam rapat matanya sambil membiarkan air matanya mengalir. Dia ingin sekali memeluk lelaki itu tapi niatnya terbantut apabila mengenangkan kembali peristiwa yang menyakitkan hati itu.
Pagi itu Hud terjaga dari tidurnya. Badannya terasa lenguh kerana tidur dalam keadaan duduk sambil bersandar disofa sepanjang malam. Dia kemudian melihat Naura sedang bersiap untuk ke pejabat. Dia cuba untuk berkata sesuatu tapi Naura segera bergegas pergi.
"Sayang. Nanti dulu. Abang nak cakap sesuatu."
Naura berdiri dihadapan pintu bilik tanpa memandang muka Hud.
"Takpe. Saya faham. Saya bukan first love awak. Kalau awak berubah hati dan tak sayangkan saya, saya redha. Hati dan perasaan bukannya boleh dipaksa." Katanya lalu meninggalkan Hud yang terpinga-pinga dengan kata-kata Naura sebentar tadi.
Hud hanya memandang Naura yang berlalu meninggalkan dirinya.
Ya Allah lembutkanlah hati isteriku.
Share this novel