Naura melihat Hud yang sudah pun bersiap sedia untuk ke pejabat. "Hud, awalnya awak siap? Kan office dekat je?"
Hud memandangnya lalu membalas, " Kereta takde so saya ingat nak naik grab je. Takut lama pulak nak tunggu grab. "
Naura mengerutkan dahinya, "Lah? Kita pergi sekali je la, kita kan satu bangunan je? "
"Eh, yeke? La.. saya taktahu pulak. Company mana ni?". Hud duduk dihujung katil sambil membetulkan tali lehernya.
"Saya kerja kat Daichi Cooperation. Awak?"
"Oooo company tu. Saya kerja kat Diligent Technologies. Kalau saya tahu kita satu bangunan baik kita pergi sama-sama sebelum ni."
Naura sengih. "Ala..awak tak tanya pun saya kerja mana.. mana nak tahu.. lagipun awak kan mana berminat dengan saya."
Hud tersenyum kelat lalu mendiamkan diri. Itulah.. terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata binasa.
Menyedari akan suasana yang tiba-tiba bertukar jadi awkward, Naura segera bangun dari sofa bed itu lalu mengambil tuala untuk bersiap. "Err, saya siap kejap. Awak tunggulah kat bawah dulu."
Hud hanya mengangguk perlahan.
______________
"Bak sini kunci. Biar saya drive. " ujar Hud. Naura memberikan kunci keretanya kepada Hud. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri sambil melayan perasaan masing-masing. Mujurlah perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa setengah jam, itu pun disebabkan traffic jam. Kalau tak, perjalanan hanya makan masa selama 20 minit sahaja untuk sampai.
Sesampainya di lot parking, Hud mematikan enjin kereta lalu mengembalikan kunci kereta tersebut kepada Naura.
"So nanti awak balik lambat jugak ke macam mana?" Soal Naura.
"Tak kot. Lunch nanti saya plan nak panggil tow truck angkat kereta tu. Kalau okay, balik ni saya drive sendiri la. "
"Oh.. emm kalau nak balik dengan saya, awak call je la. Saya balik macam biasa. Nanti saya tunggu awak kat sini."
"Okay nanti apa-apa saya bagitahu awak.". Balas Hud. Naura segera mencium tangan Hud sebelum mereka membawa haluan masing-masing. Belum sempat Naura memulakan langkahnya, Hud segera menarik tangan isterinya itu lalu memeluknya.
"Kejap je 30 saat,boleh?". Pipi Naura sudah mula kemerahan umpama memakai blusher. Tanpa disedari tangannya membalas pelukan itu. Tak lama kemudian, dia meleraikan pelukan tersebut dan ingin beredar dari situ tapi Hud menarik lagi tangannya lalu mencium lembut dahinya.
"Thanks. Jaga diri elok-elok." Kata Hud. Naura hanya mengangguk sambil tersenyum simpul.
"Awak pun." Naura segera beredar. Dadanya berdebar kencang akibat dari perilaku Hud terhadapnya tadi. Hud yang melihat Naura berkelakuan begitu turut tersenyum simpul. Hatinya juga tiba-tiba menjadi berbunga-bunga.
Oohh.. no wonder la bila aku ajak keluar macam-macam alasan dia bagi. Rupanya tengah angau dengan bini dia.. let's see sampai bila kau boleh tahan dengan angau kau tu.
Marsha menjeling lalu beredar. Hatinya sakit apabila melihat kemesraan mereka berdua tadi. Dia harus mencari jalan untuk memastikan pasangan itu berpisah agar Hud dapat kembali kepadanya seperti dulu.
_____________
Naura melepaskan lelah. Fikirannya tiba-tiba teringat akan apa yang telah terjadi diparking lot pagi tadi. Dia mula tersenyum sipu. Haihh.. makin cair la aku dengan dia ni. Kelam-kabut rama-rama dalam perut aku ni kalau hari-hari dia buat macam ni...
Aira melihat Naura yang sudah kemerah-merahan lalu disergahnya. Naura tersentak, "Weh! Terkejut aku. Jahatnya."
Aira tergelak, "Amboi, kemain dok berangan apa tu Naura Husna? "
Naura berdehem, " Ehemm, mana ada berangan. Ha ni datang mengacau aku ni ada apa?"
"Kau dah baca emel belum? Bos panggil meeting petang ni pukul 5.15"
Naura membeliakkan matanya. "Pukul 5.15? Lepas waktu office? Siapa pulak yang arrange meeting tu? ". Dia meneliti emel yang baru sempat dibukanya.
"Siapa Marsha Amanda ni? Apa kaitan dia dengan projek development kita kat Alam Impian tu? " Dia menggosok-gosok lembut dagunya.
Aira mengangkat bahunya, "Entahlah weh, aku taktahu apa kaitannya tapi aku rasa dia yang rambut perang yang kita jumpa kat pantry dulu tu kot." Naura memuncungkan bibirnya. Ala meeting lagi. Kena bagitahu Hud ni.
Lantas Naura menaip sesuatu ditelefonnya.
Salam Hud. Saya ada meeting petang ni lepas waktu office. Huhuhu - Naura
Waalaikumussalam, takpe. Awak meeting la dulu. Nanti kita jumpa kat lobi ya. Jangan terus pergi kat parking lot. - Hud
Okay, Sorry ya awak buat awak tunggu. -Naura
It's okay sayang. Awak kerja elok-elok ya. - Hud
Sayang?
Naura menelan airliurnya.
Seriously? Apa ni Hud.. Janganlah buat aku makin jatuh hati kat kau.... getus hati kecil Naura.
_____________
Meeting itu akhirnya tamat tepat pukul 8 malam. Naura sendiri tak faham kenapa meeting tu boleh drag sampai lama-lama macam tu sekali. Padahal semuanya dah disebut kat meeting sebelum ni. Dan separuh daripada perkara yang dibincangkan itu telah pun team mereka laksanakan.
"Tak faham aku meeting tadi. Macam banyak merepek lepas tu ulang balik apa yang kita bincang kat meeting lepas." Ujar Aira perlahan.
"Sama la. Benda boleh settle setengah jam je kalau ikutkan. Ni drag sampai pukul 8. Buang masa betul." Balas Naura juga perlahan, bimbang didengari staff lain.
"Kan..baru nak dating dengan husband balik kerja nanti." Kata Aira sambil memerli Naura. Naura segera menyiku lengan kawannya itu. "Ada je nak mengusik aku. Dahlah aku nak balik. Bye bye."
Naura beredar sambil menaip sesuatu di telefon pintarnya.
Salam awak. Saya dah habis meeting ni. Saya tunggu kat lobi. -Naura
Alright. -Hud
______________
Naura mempercepatkan langkah. Dia tak mahu Hud menunggunya lagi lama. Sesampainya dilobi, Naura segera menghampiri Hud yang sedang tersenyum ke arahnya.
Hud terus memeluknya sambil berkata, " You did well today." Naura hanya mengangguk. Rasa penat mental dan fizikal yang menyelubungi dirinya tadi tiba-tiba hilang ditambah lagi bau perfume Hud yang secara tak langsung dapat menenangkan dirinya.
"Nah, untuk awak. " Naura mengambil aiskrim ditangan Hud.
" Aww, sweetnya awak ni. Thank you." Hud senyum lalu menggenggam sebelah tangan Naura.
"Jom balik." Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke bahagian lif.
Sedang mereka menunggu pintu lif terbuka, tiba-tiba ada seseorang menegur Hud dari belakang.
" Hey Hud! Long time no see !" Ujar Marsha sambil tersenyum sinis.
Hud menjadi kaget. Perempuan ni ada lagi kat sini?
Naura mengangkat kedua keningnya seraya bertanya, "Hi Marsha, you kenal dengan my husband?" Saja dia bertanya walaupun dia sudah mengetahuinya dari dulu lagi.
"Lah, Hud ni husband you ke? Tak sangka pulak I satu office dengan your wife, Hud." Jawab Marsha bersahaja.
Hud memandang Naura "Korang satu office?". Naura hanya mengangguk. Marsha segera menyampuk, "Anyway Hud, patutlah lately bila I ajak you keluar you reject. I taktahu pula yang you dah ada wife?."
Hud memandang wanita itu dengan pandangan tajam.
"Yup, Naura is my wife. I pun tak sangka you satu office dengan my wife. " Dia sengaja menggenggam tangan Naura dengan lebih erat.
Naura yang perasan akan hal itu hanya mendiamkan diri sambil menghabiskan aiskrim yang dibeli oleh Hud tadi.
Marsha tiba-tiba berasa sebal dengan perilaku Hud dengan isterinya itu. "You tak pernah berubah ya Hud. Kalau you nak tahu Naura, Hud ni memang sweet tau. Dulu dengan I pun dia sweet macam ni juga. Selalu belikan I something macam mana yang dia buat kat you sekarang ni."
Naura mula membuat muka annoying. So what kalau dia dulu sweet-sweet dengan kau. Sekarang dia dah jadi laki aku kot.
"?~?~"**
**(ba-ka / idiot)
Tanpa disedari perkataan terakhir itu terkeluar dari bibirnya. Berkerut dahi Hud apabila mendengar perkataan itu.
Marsha seperti terpinga-pinga lalu bertanya "Sorry? You ada cakap apa-apa ke Naura? I tak dengar."
Naura sengih, " Ha? Takde. I takde cakap apa-apa." Hud hanya mengangkat bahu. Dia hanya ketawa didalam hati melihat respond Naura.
Mujur pintu lif sudah terbuka. Laju Hud menarik tangan isterinya keluar dari lif tersebut. "Sorry I dengan wife balik dulu. Bye." Ujar Hud tanpa memandang Marsha. Naura mengikutinya dari belakang. Marsha hanya menjeling tak puas hati melihat Hud meninggalkannya begitu sahaja.
_________________
"Apa masalah perempuan tu pun. Dari kat office tadi asyik cari pasal je." Naura membebel sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
Hud tergelak melihat Naura yang sudah mula membebel. "Yeke? Dia buat apa?"
Naura terus menceritakan apa yang berlaku. Hud hanya menjadi pendengar yang setia tanpa berkata satu apa pun. Sengaja dia membiarkan isterinya itu meluahkan apa yang terpendam dihatinya.
"Nak lawan tak boleh. Mentang-mentang dia lagi up dari kitorang. " Naura menghela nafasnya. Lega dapat meluahkan segalanya kepada Hud.
"Takpelah, lusa kita pergi Cherating tu untuk release stress,okay?" Balas Hud. Naura mengangguk lemah.
Tak lama kemudian, matanya tiba-tiba terasa berat. Tanpa disedari, dia terlelap sepanjang perjalanan pulang. Hud mengusap lembut kepala isterinya. "Kesian bini aku..penat ya?" Lalu dia meneruskan pemanduan. Sengaja dia mengambil jalan pulang yang lebih jauh supaya Naura dah tidur lebih lama dalam kereta.
_____________
Hud menanggalkan tali lehernya lalu membuangkan dirinya ke atas katil sambil menunggu Naura yang sedang berada dalam bilik air.
Sesekali dia tersenyum apabila teringat gelagat dan senyuman Naura. Kadang kala hatinya seperti ais yang sedang mencair setiap kali terbayang wajah isterinya. Dia meletakkan tangannya diatas dadanya. Ya Allah, nampaknya aku dah mula sayangkan dia!
Tak lama kemudian, kedengaran pintu bilik air dibuka. Naura keluar sambil membalut kepalanya dengan tuala. Dia baru teringat yang tudung sarungnya sudah pun dia basuh dan masih belum kering. Nak tak nak, terpaksalah dia menjadikan tualanya sebagai tudung.
Hud segera bangun untuk membersihkan diri. Pandangannya jatuh ke arah Naura yang bertutup litup dengan saiz tuala yang agak besar itu. Dia mengetap sedikit bibirnya. Terasa sedikit kesal apabila dia teringatkan kata-katanya terhadap Naura sewaktu malam pertama mereka bergelar suami isteri.
"Awak, termenung apa lagi? Pergilah mandi." Tegur Naura sambil melakukan rutin skincare nya.
Perlahan-lahan Hud melangkah ke arah Naura yang sedang duduk dihadapan meja solek. Kini dia sudah pun berdiri dibelakang Naura.
Naura mengerutkan dahinya lalu berpaling ke belakang.
"Kenapa ni?" Soalnya.
Hud mempamerkan senyuman segaris dibibirnya. "I'm so sorry."
Terangkat sebelah kening Naura. "Sorry? Untuk apa?"
"Untuk kata-kata saya masa malam pertama kita jadi suami isteri."
"Oh, yang tu.." jawab Naura. Matanya beralih ke tempat lain. Tak sanggup memandang Hud yang sedang tekun menilik mukanya. Dirinya begitu gementar saat ini.
"Naura Husna."
Naura hanya mendiamkan diri. Namun hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Hud ni dah kenapa tiba-tiba macam ni?
Tangan Hud mula meleraikan tuala yang dipakai oleh Naura sebagai tudung. Kini, kelihatan rambut Naura yang panjang hingga mencecah ke bahagian belakangnya dan masih lagi basah. Kemudian jarinya pula membawa rambut Naura yang terjuntai diwajahnya lalu diselitkan ditelinga.
Wajah Naura mula terasa bahang. Malu kerana inilah kali pertama dia mendedahkan rambutnya kepada Hud. Tapi dia tidak menghalang perbuatan Hud itu kerana dia tahu, Hud adalah suaminya yang sah.
"It's okay kalau awak tak cover rambut awak. Awakkan isteri saya?" Ujar Hud. Dadanya juga berdebar kencang. Dia cuba mengawal dirinya.
Naura mengangguk. "Dahlah, pergi mandi lepas tu solat. Dah lewat ni." Tangannya menolak badan Hud menuju ke bilik air.
Hud tersengih. "Iya, sayang. Saya nak pergi lah ni." Hud mengambil tuala miliknya lalu melangkah ke bilik air. Sebelum menutup pintu, dia sempat lagi berkata, "Naura, malam ni kalau awak nak tidur kat katil tu, tidurlah."
Dahi Naura berkerut seribu. Tidur sekatil? Betul ke? Apa masalah dia ni? Dia ni kenapa sebenarnya? Dahlah tiba-tiba panggil sayang bagai.
sorry lama tak update. Terima kasih kepada yang masih lagi membaca cerita ni huhu
Share this novel