"
Betul ke kamu nak ni? Kalau kamu setuju, kami teruskan saja rancangan kami." ujar si ibu.
Naura hanya berdiam diri sambil membuat 'fake smile' ke arah kedua orang tuanya dan juga sepasang suami isteri yang dia sendiri belum pernah mengenalinya.
"Kalau diam tu tandanya setuju " ujar si suami dengan nada bergurau.
Naura tersengih. ibunya segera menyiku lengannya.
"Naura okay je tapi empunya badan tu okay ke tidak?"
"Insyaallah tuan punya badan dah bagi lampu hijau. Naura jangan risau ya?" ujar pula si isteri.
________
"Ha ha. 'Green light' sangat." Naura menggumam sambil melihat keliling bilik yang sangat asing baginya.
Dalam sekelip mata, status dirinya telah berubah. Tahu-tahu dia sudahpun menjadi isteri kepada lelaki yang dia sendiri tidak tahu siapa melainkan namanya sahaja, Hud Rusyaidi.
Tiba-tiba, kedengaran pintu dikuak oleh seseorang. Lalu dia duduk disofa kecil yang terdapat disudut bilik itu.
"Nama kau Naura,kan?" soalnya. Naura mengangkat keningnya tapi masih lagi membisu.
Hud melepaskan lelahnya. Dia meletakkan jam tangan miliknya diatas meja berhampiran.
"Aku cuma nak ingatkan kau, kita hanya suami isteri secara zahir. Kita takkan duduk bersama selamanya. Hati aku... bukan untuk kau. "
Naura mengeluh kecil. Impian untuk bercinta selepas kahwin tak seperti yang diharapkan. Apakah dia tidak layak untuk bahagia seperti orang lain?
"Hmm.. kalau awak tak nak kahwin, kenapa awak setuju untuk kahwin dengan saya?"
Hud terpaku dengan soalan yang keluar dari mulut Naura. Nampaknya perempuan ni pun bukan calang-calang orang.
"Aku kahwin sebab mama."
"Tapi sampai bila kita nak jadi macam ni?" Pandangan Naura jatuh ke atas lantai bilik itu. Kini mereka berdua berada di rumah milik Hud. Ahli keluarga yang lain sudah pun berehat dibilik masing-masing setelah bertungkus-lumus melayan tetamu semasa majlis perkahwinan mereka tadi.
"Sampai aku jumpa balik dengan dia."
Dalam diam Naura mengeluh lagi. Hatinya sedikit terasa dengan kata-kata Hud. Sampainya hati lelaki itu menyeksa anak orang macam ni.
"Don't worry. Tak lama pun. Sampai masanya aku akan lepaskan kau jugak."
Naura hanya menjeling. Malas nak layan lelaki yang telah pun menjadi suaminya. Ingatkan bila dia terima pilihan ibu bapanya, semuanya akan menjadi mudah. Tapi tak sangka, ini yang harus dia lalui.
Aku memang takde luck dalam bercinta kut. Getus hati Naura.
"Oh, lupa aku nak bagitau." kata Hud sambil mengambil tualanya. "Mulai malam ni, kau tidur disofa ni sebab tu katil aku. Aku tak nak kongsi dengan orang luar,faham?"
"Okay,fine." Naura segera berpindah ke sofa. Nasib baik sofa ni lembut dan gebu. Selesa lah jugak kalau nak dibuat sebagai tempat tidur.
Huh, tak gentleman langsung. Ingat aku nak sangat ke tidur dengan dia. Bisik hati kecil Naura.
- bersambung
sorry kalau awal cerita ni pendek sangat. hehe
Share this novel