Part 2

Romance Series 2509

Naura termenung sambil memandang siling bilik itu. Rumah itu menjadi sunyi sepi selepas ibu dan ayah mertuanya serta adik ipar yang bongsu pulang ke rumah mereka. Tambahan pula Hud pun sudah mula kembali bekerja walaupun baru tiga hari mereka bernikah. Maka, tinggallah dia keseorangan.

Bosan. Itulah perkataan yang terus-terusan diucapkannya. Tapi dengan cuti berbaki dua hari lagi, dia tekad untuk berehat dengan secukupnya sebelum dia kembali ke pejabat.

Tanpa membuang masa, dia mengambil komputer riba lalu menonton anime kegemarannya. Ya. Dia seorang penggemar anime sejak dari zaman belajar lagi. Semua ini gara-gara kawan sebiliknya, Anna yang juga seorang penggemar anime telah berjaya mempengaruhinya.

Disebabkan minatnya itu, Naura juga kadang kala membeli dan mengumpul barang-barang yang berkaitan dengan watak anime yang disukainya itu. Disebabkan itu juga dia mampu berbahasa Jepun sehinggakan dia pernah dihantar untuk berurusan dengan klient disana.

Dengan itu, Naura mula tenggelam dalam dunianya sendiri.

__________

"Apa khabar pengantin baru?" usik Iman.

Hud tersengih. "Kau dah kenapa?" Iman, teman baik sejak dari zaman sekolah sehinggalah sekarang.

"Awal kau masuk kerja? Tak pergi honeymoon ke?"

"Haha!" Hud tergelak. "Beriya la kau ni. Macam tak tahu apa-apa pula." Hanya Iman yang tahu cerita sebenarnya. Apa-apa yang berlaku memang diceritakan semuanya kepada teman baiknya itu. Hal sama yang dilakukan oleh Iman kepada Hud. Mereka berdua memang bagaikan isi dengan kuku. Takkan terpisah.

Iman mengambil tempat disebelahnya lalu berkata, "Kau dah jadi suami orang, takkan sampai sekarang tak move on lagi?"

Hud menggeleng perlahan. "Aku memang tak boleh move on lagi. Aku masih sayangkan dia."

"Setelah apa yang telah dia buat kat kau?"

Hud mengangguk.

"Isteri kau?"

"Aku dah bagitau dia lepas kitorang nikah haritu."

Kening Iman terangkat. "Serius? Dia tak cakap apa-apa ke?"

"Tak ada apa-apa. Tapi aku rasa dia okay je." kata Hud sambil mengangkat bahunya.

"Hmm..luar memanglah nampak okay tapi dalamnya siapa je yang tahu kan? Eh, jom lunch. Aku dah lapar. " ujar Iman sambil mengusap perutnya.

Hud tergelak kecil. Bab makan Iman memang nombor satu. Lagi-lagi sejak dah bergelar suami dan bapa ni. Perut pun dah semakin maju.

"Yelah jom." balasnya sambil mengikuti Iman dari belakang.

"By the way, weekend ni datanglah rumah aku. Isteri aku ada masak-masak sikit sempena birthday anak aku. Bawaklah isteri kau tu sekali. Boleh kenal-kenal dengan isteri aku jugak."

Hud hanya diam seribu bahasa. Tak lama kemudian dia hanya membalas dengan anggukan.

_____________

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 6 petang. Naura masih lagi dengan dunia animenya. Terlampau khusyuk sehinggakan Hud yang baru pulang dari kerja pun tidak disedarinya.

Hud memandang Naura dari belakang dengan pandangan yang pelik. Perghh.. khusyuk betul dia ni tengok laptop tu sampaikan aku balik pun dia tak perasan.

Tiba-tiba, Naura terasa seperti ada sesuatu dibelakangnya. Dia segera berpaling ke belakang.
"Eh, ada orang!" terperanjat kecil Naura apabila melihat Hud betul-betul berada dibelakangnya.

Tanpa berkata apa-apa, Hud segera melangkah ke bilik. Naura yang melihat keadaan itu segera menyapa Hud.

"Hud! Err, awak lapar ke? ataupun awak nak minum? Saya boleh buatkan air untuk awak. "

Hud kaget. Tiba-tiba mindanya kosong. Dia sedikit terkejut dengan soalan dari Naura itu. Manakan tidak, sebelum ini dia hanya tinggal sendirian dan jarang makan dirumah. Sudah tentu dirinya terkejut apabila mendapat pertanyaan sedemikian. Apatah lagi dia menganggap bahawa mereka berdua akan membuat hal masing-masing walaupun tinggal serumah.

"Err, Hud?" soal Naura lagi apabila Hud masih mendiamkan diri.

"kopi o." jawab Hud, ringkas dan padat.

"Okay." Naura segera ke dapur.

Nasib baik tak kena marah. Tu la ringan betul mulut aku ni nak tanya-tanya pulak. Getus hati kecil Naura sambil memukul-mukul perlahan bibirnya.

____________

Naura menutup komputer ribanya lalu membuka tv di ruang tamu untuk menonton salah satu rancangan korea kegemarannya, Sixth Senses. Dia menonton rancangan itu sambil menghirup kopi yang dibuatnya sebentar tadi. Alang-alang buatkan untuk Hud, dia pun buatlah untuk diri sendiri juga.

Hud yang baru usai mandi keluar dari bilik untuk menikmati kopi o yang Naura buatkan untuknya. Dia melihat sebiji mug putih berada dimeja dihadapan Naura. Tanpa berkata apa-apa, dia segera mengambil mug itu dan menghirupnya.

Naura terkejut lalu berkata, "Eh ehhhhhhh.. awak tu saya punya!"

Hud tersedak! "Hah?" Dia segera meletakkan kembali diatas meja itu sambil mengelap sisa-sisa kopi yang berada dikeliling mulutnya.

Tanpa membuang masa, Naura bangun dan berlari-lari anak ke dapur untuk mengambil kopi o kepunyaan Hud. "Nah, ini awak punya."

Hud mengambil mug itu lalu berkata "Kenapa tak cakap awal-awal??"

"Saya ingatkan awak nak ke dapur terus. Saya tinggalkan je la awak punya kopi o tu kat sana." Jawab Naura perlahan sambil memuncungkan bibirnya.

Hud mendengus. Dia bangun dan terus masuk ke bilik bersama kopinya itu.

"Haishh.. macam mana boleh tersalah air." Hud terasa telinganya seperti kepanasan. Sepertinya sedang menahan malu akibat dari kejadian tadi. Tiba-tiba dia teringat pesanan Iman lalu dia menaip sesuatu di telefon pintarnya.

"Memang tak lah aku nak keluar bilik balik bila dah jadi macam ni."ujar Hud perlahan sambil menghirup kopi o miliknya.

"Emm, not bad."

______________

Telefon pintar Naura berbunyi menandakan ada mesej dari Whatsapp masuk.

' Hari Sabtu ni Iman ajak kita berdua pergi ke rumahnya. Ada sambutan hari lahir anak dia'

Iman. Dia hanya berjumpa dengan lelaki itu ketika majlis akad nikahnya dahulu. Tak tahu pula yang Iman tu sudah pun berkahwin dan memiliki anak.

Naura segera membalas, ' Anak dia lelaki ke perempuan?'

Tak lama kemudian, telefon pintarnya berbunyi lagi.

'Lelaki'

'Okay.'

Naura merenung ke arah mug yang telah diminum oleh Hud dan ketawa kecil. Dia perasan akan telinga Hud yang mula memerah setelah mengetahui bahawa Hud tersalah minum air kopi kepunyaannya.

Gopoh! Kan dah free free dapat indirect kiss. getus hati kecilnya.

Kenapa susah sangat ya nak publish? asyik error je..huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience