Hud termenung sendirian sambil merenung siling. Dia masih memikirkan apa yang dikatakan oleh Anna tadi.
Hud, Anna harap Hud jaga Rara elok-elok. Rara dari luar nampak macam happy go lucky tapi sekali hati dia disakiti, susah sangat untuk dia pulih.
Hud mengeluh kecil.
Bila Anna nampak Rara dah kembali happy macam dulu, Anna happy sangat. Memang itu doa Anna setiap hari untuk Rara. Dia kuat dengan sendiri dan ambil masa yang lama. In case Hud tak sudi untuk jaga Rara lagi, Hud pulangkanlah dia dengan cara yang elok. Jangan dihancurkan hatinya lagi sekali.
Hud menatap wajah Naura yang lena diulit mimpi. Penat barangkali setelah hampir seharian bermain dengan Rayyan.
Dia mengeluh untuk kali kedua.
_____________
Hari ni hari pertama Naura mula bekerja setelah lama cuti 'honeymoon'. Terasa malas tapi kalau dia cuti lagi makin berlambak lah kerjanya nanti.
Dia segera turun menuju ke dapur untuk bersarapan. Masih ada masa lagi sebelum dia bergerak ke pejabat.
"Nah, ambil ni." ujar Hud perlahan sambil menyerahkan pinggan yang berisi dua ketul karipap dan sebungkus nasi lemak.
Naura memandang Hud. Kenapa tiba-tiba macam baik sangat ni.
Telinga Hud pulak tiba-tiba menjadi merah. "Makan je la.. nanti lambat pulak ke office tu." Katanya lalu membuka bungkusan nasi lemak miliknya.
"Ouh okay." Naura cuba menahan senyum. Dia terus menyuapkan nasi lemak itu ke dalam mulutnya.
"Hud." Panggil Naura. Hud memandang ke arah Naura sambil mengangkat keningnya.
"Boleh tak kalau saya nak jadi kawan awak?"
"Huh? Kawan? Maksud?"
"Maksud saya, saya dan awak..kawan.. sebab ye la, kita kan baru kenal. Maksudnya takde la awkward sangat kalau kita jadi kawan.. daripada kita terus jadi macam stranger walaupun satu rumah, satu bi..bilik..."
Hud mengetap bibirnya. "Emm,okay." Balasnya perlahan.
Naura tersenyum. "Thank you" balasnya sambil tersenyum lebar. Segera dia menghabiskan suapan terakhirnya. Setelah usai sarapan pagi, dia bersiap sedia untuk ke pejabat.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, tiba-tiba Naura teringatkan sesuatu lalu dia berpatah balik dan datang ke arah Hud yang masih lagi menikmati sarapannya.
"Hud, tangan." Ujarnya. Hud yang masih terpinga-pinga terus menghulurkan tangannya tanpa bertanya kenapa.
Naura menyambut tangan itu lalu menciumnya.
"Okay bye." Naura berlari-lari anak menuju ke pintu dan mula memandu keretanya ke tempat kerja.
Hud masih lagi terpaku. Tiba-tiba dia terasa seluruh mukanya bahang. Dia segera menekup mukanya dengan kedua tangannya.
Apa kena dengan aku ni. Benda macam ni pun nak malu-malu ke..
___________
Meeting selama 4 jam itu akhirnya tamat juga. Naura bersandar dikerusi sambil melepaskan lelahnya. Aira yang melihatnya tergelak.
"Penat ya Naura. "
Naura sengih. "Haha of course la. Lama gila meeting. Banyak pulak songeh client tu. "
"Haha biasalah tu. Tu pun nasib baik kau dah masuk office. Kalau kau takde, memang terkontang-kanting la aku masa meeting tadi tu."
"Jom lunch. Dah lambat ni. Nanti makanan habis pulak haha" Aira mengemas barangnya lalu melangkah keluar dari bilik meeting itu. Naura segera mengikutinya dari belakang.
____________
Suasana di pantry memang selalunya sunyi kerana kebanyakkan staf lebih gemar dine-in berbanding tapau. Tapi bagi Naura dan Aira, itulah tempat yang sangat menenangkan mereka untuk lunch. Tak perlu bersesak dengan orang ramai. Nak membawang pun mudah.
Sedang mereka berdua menikmati makanan masing-masing, tiba-tiba datang seorang wanita bergaya, berambut agak keperangan dalam lingkungan awal 30-an menegur mereka.
"Err.. excuse me. May I know where is HR office?"
Naura segera membalas, "Emm.. oh, you may find it over there. But I think there's nobody since it's lunch hour right now. Have you informed them?"
"Oh I see. It's okay I will just wait for them. Thank you." Balas wanita itu lalu meninggalkan mereka berdua.
"Siapa la tu agaknya.. staff baru ke eh?" Bisik Aira.
"Entah, ye kot. Mesti baru balik dari overseas tu." Balas Naura.
"Siap speaking bagai nak rak. Nasib baik masa kau balik sini dulu kau tak cakap Jepun dengan kitorang." Aira mengekek perlahan.
Naura menyiku lengan kawannya itu. "Haha bengong. Eh tolong bagitau kat budak HR kata ada orang tunggu."
"Emm..yela yela.. aku jugak yang kena ya" Aira mengeluarkan telefon pintarnya lalu menaip sesuatu.
"Okay done." Lalu mereka berdua pun menghabiskan sisa makanan yang ada sebelum masing-masing bersiap untuk menyambung kerja semula.
____________
Darling, I'm back. Miss you a lot.
Mesej pendek itu ditatapnya berkali-kali. Tiba-tiba dia berasa nervous apabila menerima mesej itu.
Iman yang menyedari akan perubahan wajah Hud itu lalu bertanya, "Kenapa Hud?"
Hud menunjukkan mesej tersebut.
"She's back." Ujarnya.
"So, kenapa expresi muka kau macam tu?"
"Emm, entahlah. Aku macam excited tapi pada masa yang sama aku nervous."
Iman mengerutkan dahinya. "Pulak dah. Emm, tapi dia tahu ke kau dah kahwin ni?"
Hud mengangguk perlahan. "Tapi aku kata kat dia itu tak jadi masalah dan aku tetap akan kahwin dengan dia juga."
Iman tersenyum sedikit kelat. Dia terasa sedikit kecewa dengan perilaku Hud, tapi apakan daya, dia hanya mampu menasihati sahaja.
Hud membalas mesej itu.
Alright. See you soon.
Tapi Hud berasa sedikit berat hati. kenapa hatinya tidak seperti yang dia pernah rasa sebelum ini?
________
Hud segera melangkah ke tempat parking kereta. Dia ingin pulang cepat ke rumah untuk mengelakkan traffic jam walaupun perjalanan ke rumahnya mengambil masa hanya 15 minit sahaja.
Belum sempat dia menutup pintu, tiba-tiba terasa ada sesuatu yang menghalangnya untuk menutup pintu tersebut.
"Hi darling, long time no see. laju jalan ni nak pergi mana?"
Terukir senyuman manis di wajah Hud. Dia sememangnya amat mengenali akan sosok badan wanita itu.
"Eh Hi Marsha!! Macam mana you boleh ada disini? I ingatkan you kat rumah lagi?"
"Haha! Surprise!! I rasa bosan cuti lama-lama so I request untuk masuk office awal dari date sepatutnya." Balas Marsha sambil tersenyum lebar.
"Oh. Biasalah you kan workaholic. Tapi you kerja kat sini?"
"Yup. Satu bangunan dengan you so that I takkan berjauhan dari you lagi." Tangannya perlahan-lahan menyentuh wajah lelaki tu tapi Hud segera mengelak.
"Emm.. kenapa elak? Kan you paling suka i buat macam ni dulu? Ke you takut bini you nampak?"
Hud menepis perlahan tangan wanita itu. "Tak adalah. Kan tak elok sentuh-sentuh macam ni."
Marsha hanya senyum hambar. "Okay lah. By the way, you tak nak temankan I dinner ke? I lapar ni? Tak makan dari lunch tadi."
Rasa serba salah mula menyelubungi hati Hud. Manakan tidak. Sejak berumah tangga, dia sudah lama tidak makan diluar selepas waktu kerja dan Naura pula sudah siap masak dirumah. Tapi wanita dihadapannya ini cinta pertamanya. Naura pula hanyalah isteri diatas kertas semata-mata.
"Hud?" Tegur Marsha.
Hud tersentak. "Erm.. jomlah.. you nak makan apa?"
Marsha senyum meleret. Dia tahu lelaki itu masih tetap mencintainya walaupun sudah beberapa kali dia mengecewakan lelaki itu.
"Okay, you follow I dari belakang." Balas Marsha lalu segera masuk ke dalamnya keretanya.
Hud hanya memandang dan terus menutup pintu kereta dan memandu mengikuti Marsha dari belakang.
____________
So itu ke buah hati yang dia tunggu selama ni?
Naura melihat babak sweet pasangan itu sewaktu dia hendak melangkah menuju ke keretanya.
Ada sedikit rasa kecewa terbit dihatinya taktala melihat senyuman yang terukir dibibir lelaki itu. Namun dia sedar bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar nama. Siapalah dia untuk menghalang apa yang Hud buat. Lagipun dia sudah berjanji bahawa mereka adalah kawan semata.
Naura menghidupkan enjin keretanya dan segera pulang ke rumah.
It's okay Naura. Kau kena sedar diri kau bukan siapa-siapa dihatinya. Hatinya berbisik. Cuba menenangkan perasaannya yang sedikit bercelaru.
hmm marsha ni pun -_-
Share this novel