SEORANG gadis yang memiliki wajah yang menawan itu mula meletakkan beg sekolah miliknya di atas kerusi dan melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Gadis itu mula mengukirkan senyuman kecil, dia merasa sangat-sangat gembira atas usaha keras dia belajar bersungguh-sungguh selama ini, akhirnya dia dapat masuk ke kelas 5 kristal iaitu kelas sains tulen, perempuan itu adalah aku Irena Rania Binti Tan Sri Ibrahim. Aku mula melilaukan bebola mata ke seluruh kelas untuk mencari jejaka yang aku sukai tetapi hampa apabila aku tidak melihat pun bayang-bayang dirinya.
"Tak kan dia tak sama kelas dengan aku kut? bukan selama ni dia mesti kelas pertama ke, hmm". Ujarnya seorang diri
Tiba-tiba terasa bahuku dipegang oleh seseorang, aku menoleh ke tepi.
"Hai best friendku". sapa Farisha
"Hai Risha". Balasku tidak bermaya
Risha mula melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan diriku.
"Ni kenape macam tak happy je?, tak kan tak happy kut masuk kelas sains tulen, kelas pertama! ". Ujar Farisha dengan riang
"Bukan sebab tuh lah".
"Habistu sebab ape? ".
"Sebab Tengku Izz...." percakapanku serta-merta dipotong oleh Risha.
"eh jap jap! biar aku yang teka okay".
aku mengangguk saja.
"Ni mesti sebab kau tak nampak Tengku Izz dengan group dia takde dekat dalam kelas ni kan? Betul tak? ". Ujar Farisha sambil menaikkan kedua-dua keningnya
"Hmm". Balasku sambil mengangguk lemah
"Alah lek la kejap-kejap lagi mungkin dia sampai, ye lah masa masih awal, tunggu aje aku yakin dia mesti kelas ni". Ujar Farisha
"ye lah kalau...."
"Kalau dia tak sampai kemungkinan besar dia pindah sekolah, tak mungkin punya lah group T4 turun kelas no! no! tak mungkin". Ujar Farisha. Lagi sekali dia memotong percakapanku.
PAP!
"Adeh!". adu Farisha sambil menggosok-gosok lengannya yang ditampar oleh aku sebenar tadi.
"Kau ni janganlah cakap dia pindah sekolah, kalau dia pindah sekolah tak tahu lah ape yang akan jadi nanti dengan aku, aku rela tahu tak dia tak sama kelas dengan aku janji kitaorang bersekolah dekat sekolah yang sama". Ujarku dengan muka masam
"Ye lah, ye lah tak cakap lagi dah". Pujuk Farisha
"Jangan marah okay, tunggu aje, kejap lagi mungkin sampai lah tu". Balas Farisha lagi
"Harap-harap lah".
Beberapa minit kemudian
Suasana yang bising tadi kembali sunyi apabila mendengar tapak kasut seseorang berjalan.
"Assalamualaikum semua". Ucap cikgu Zara
"Kelas berdiri".
Lantang nada suara Luqman, ketua kelas memberi arahan. Tanpa berlengah mereka seisi kelas berdiri dengan tegak.
"Waalaikumussalam cikgu!!!". Jawab Luqman diikuti dengan murid-murid yang lain.
"Okay! boleh duduk semua, apa khabar murid-murid? ". Ujar cikgu Zara sambil memandang satu persatu murid-muridnya.
"Khabar baik!!". Jawab ketua kelas iaitu Luqman
Cikgu Zara menganggukkan kepala.
"Weh cikgu dah sampai ! group T4 dengan Tengku Izz tu tak datang-datang, hmm rasa tak yakin boleh sama kelas dengan Tengku Izz". Bisik Irena perlahan, sebaik saja punggung mereka berdua menyentuh permukaan kerusi.
"Entah lah wei dah lambat sangat ni aku pun tak tahu lah ". Jawab Farisha perlahan
Irena mengeluh perlahan
"Okay-okay jadi saya tak nak cakap banyak-banyak cuma saya nak cakap sedikit saja. Pada sesiapa yang belum mengenali saya panggil saya cikgu Zara saja, jadi saya yang akan mengajar kamu semua bahasa Melayu kalau.....".
Percakapan cikgu Zara terhenti serta merta apabila mendengar ketukan dari luar pintu kelas.
Tok!! Tok!!
Klak!! .Bunyi pintu luar kelas ditolak
Suasana sunyi-sepi tadi digantikan dengan suasana yang kecoh dan bising dengan jeritan-jeritan dari perempuan-perempuan di kelas 5 kristal itu.
"Weh Rena! Rena!, pandang depan! ". Ujar Farisha dengan separuh menjerit
"Ape bendanya kau ni! bukannya Tengku...." percakapannya terhenti apabila bebola matanya terpandang ke arah group T4. Mataku terbeliak dengan besar.
Masya Allah handsomenya Tengku Izzrin!!! rasa nak menjerit je bagitau dekat seluruh dunia.
Mereka berempat mula melangkah mencari tempat duduk setelah selesai bercakap bersama Cikgu Zara sebentar tadi. Tiba-tiba diorang berempat mengatur langkah berdekatan dengan meja yang aku duduki, serentak dengan itu terus aku memandang ke arah Tengku Izz dan kebetulan!! dia pun memandang ke arah aku Ya Allah rindunya aku dekat dia, ade riak terkejut di wajahnya aku hanya mengenyitkan sebelah mata ke arah dia. Tengku Izzrin menjelingku dengan tajam sekali dan dia mula mengalihkan pandangan ke arah lain.
Eleh sombong eh, tak pe tunggu je nanti saya akan buat awak dah tak sombong dengan saya lagi. Bisik hatiku
Aku hanya menghiraukan saja bunyi-bunyi orang yang bercakap, tumpuanku sekarang ini adalah pada Tengku Izz sahaja.
Kini aku sudah melangkah masuk ke alam senior, tidak sabar untuk belajar bermacam-macam lagi.
Sungguh tidak sabar, jadi bermula lah perjalanan hidupku.
Share this novel
Nice