Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
AKU mengorak langkah dengan bergaya sekali. Kasut bertumit tinggi 3 inci yang tersarung di kaki tidak menganggu setiap langkah aku untuk berjalan. Beg tangan yang berjenama Gucci digayakan di lengan. Sebelah tangan lagi menarik luggage. Mata aku hanya tertumpu di hadapan walaupun ada beberapa orang yang berada di airport tersebut melihat ke arah aku.
Kaca mata hitam dibetulkan sedikit yang terletak di hidung mancungku. Kaki sudah berhenti di lobi untuk menunggu seorang driver menjemputku.
Dua minit kemudian muncul satu kereta mewah berhenti di hadapan lobi. Seorang lelaki muda keluar dari tempat pemanduan dan menghampiri aku.
"Welcome back Cik Rania, saya driver baru yang mengantikan Pak Mat". Aku hanya sekadar mengangguk dan mengukir senyuman kecil.
Driver itu mengambil bagasi milikku lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Pintu bahagian penumpang dibuka lalu aku melangkah masuk dan pintu kereta itu ditutup kembali. Driver itu meloloskan dirinya ke dalam kereta mewah itu. Dia start enjin dan terus memandu dengan cermat.
Ringtone dari iphone rose gold milikku berbunyi. Aku menyeluk beg tangan aku dan mengambil iphone itu. Punat menjawab ditekan lalu ditekapkan pada telinga.
"Hello yes, what's up?".
"Amboi balik dari luar negara terus speaking eh dengan mama". Aku melihat screen telefon. Terpampang jelas nama mama sayang tertera di screen telefon itu.
Terletus tawaku. Ingatkan sapa lah tadi.
"Why did you call me, because you can't wait to see Nia? Rania is on her way. Mom, wait for Rania near the house". Aku tersenyum lebar.
"Of course mama rindu sangat-sangat dekat Nia. But you forget something. You forget cousin you got married today. So the driver will send Nia near the wedding hall".
"Huh! Which cousin of mine is married?". Aku terkejut.
"Cousin yang paling rapat dengan Rania tu lah. Nama dia Ika, tak kan Nia lupa hari penting dia?".
Aku menutup mulut tanda terkejut. Alamak kau boleh lupa Rania, kalau Ika tahu ni marah dia ni.
"Hehe maybe yes maybe no". Aku tersengih kecil.
"Still children, okay lah see you later".
"Alright, bye mama".
Talian dimatikan. Pandangan dilempar ke luar tingkap. Sudah begitu lama aku meninggalkan tempat asalku, akhirnya aku balik juga ke tempat kelahiran aku setelah lapan tahun berlalu.
PINTU kereta ditolak lalu kedua belah kaki yang tersarung kasut tumit tinggi itu menapak keluar. Selepas saja keluar, kaca mata hitam dipakai lalu melihat sekeliling yang dipenuhi orang ramai. Kini semua perhatian melekat ke arahku, badan aku ditoleh semula dan menutup pintu kereta. Beg tangan dibetulkan yang terletak di lengan.
Lalu aku mengatur langkah dengan dahi berkerut.
Kenapa semua pandang-pandang aku ni? Tadi dekat airport ada orang pandang dekat sini pun ada orang pandang. Cuma jumlah orang yang melihatku sekarang lebih banyak. Aku melihat sekeliling dengan ekor mataku.
Bush!
Tiba-tiba aku merasakan ada orang yang melanggar aku. Dan secara sekelip mata aku hilang keseimbangan. Jangan kata aku akan jatuh dekat sini, habis lah hilang reputasi aku nanti.
Aku sudah tercebik mahu menangis sambil mata sudah tertutup rapat.
Beberapa minit kemudian.
Eh aku tak jatuh!
Aku membuka mata dan mata aku terus terpaku pada jejaka yang berada di hadapanku ini. Aku telan air liur. Sudah lah jarak muka kami sangat dekat.
Fuh handsome duh!
Terleka aku menatap wajah jejaka ini. Tapi kan muka dia macam familier lah pula.
Pap!
Dahiku terasa dijentik.
Aku terus tersedar dari terpaku akan kekacakkan jejaka tampan itu. Jejaka itu menarik tangannya yang terpeluk pinggang aku tadi. Rasanya jejaka ini yang langgar and sekaligus selamatkan aku dari terjatuh tadi.
Aku hanya meliarkan pandangan ke arah lain agar tidak bertatapan dengan jejaka itu. Pipi aku sudah berona merah. Malu!
Kaca mata hitam pula sudah terjatuh di lantai semasa aku hampir hendak terjatuh tadi. Kalau ada kaca mata hitam boleh lah cover sikit malu aku ni.
"Kalau jalan tu pandang depan. Dah besar tapi macam budak-budak tak reti pandang depan bila berjalan". Selepas menuturkan ayat itu jejaka itu terus menjeling aku dengan tajam. Dan mengatur langkah pergi.
What!
Dia yang langgar aku, aku pula yang dipersalahkan!
Aku mengembungkan pipi tanda geram dan terus menapak masuk ke dalam dewan.
Aku meliarkan bebola mata ke seluruh pelosok dewan demi mencari keluarga tercinta. Itu dia!
Aku berjalan perlahan-lahan ingin membuat kejutan.
"Hai my family, how are you?". Aku ukir senyuman yang cukup manis.
"Rania!". Izaan dan Izham segera mendekati aku lalu dipeluk erat oleh kedua-dua orang abangku.
Pelukan dileraikan. Pipi aku dipegang oleh Izaan. Tangan aku pula diusap oleh Izham.
"Ya Allah rindunya Along dekat Nia". Pipiku diusap lembut.
Aku mula mengalirkan air mata merenung abang-abang aku sudah makin kacak dan matang. Rasa menyesal sebab tidak balik apabila cuti sem. Rindunya tidak terkata.
"Hey hey why you cry?". Along mengusap ubun-ubunku.
Aku mengeleng sambil menahan sebak.
"Alolo adik angah ni masih cengeng macam dulu ye, comelnya dia". Izham mencubit pipi aku perlahan.
Aku mula memuncungkan bibir. Hish suka cubit pipi kita.
Along dan angah bergelak ketawa.
"Sudah sudah biar mama pula yang peluk Nia, boleh pula kamu berdua yang peluk dulu. Patutnya biar mama yang peluk dulu". Puan Sri Salina menghalau Izaan dan Izham. Lalu terus tubuhku didakap erat. Terasa kehangatan kasih sayang seorang mama.
"You look beautiful Nia". Puan Sri Salina meleraikan pelukan, Rambutku dielus lembut.
Aku mengoyakkan senyuman.
"Of course lah your son right? Like mom like son".
Puan Sri Salina tergelak kecil.
"Ehem! papa ni Nia tak nak peluk ke?". Aku terus meluru ke arah Tan Sri Ibrahim dan masuk ke dalam dakapan seorang ayah.
Selesai sesi berpelukan dan jejak kasih antara keluarga yang dirindui, aku terus melangkah ke pelamin. Menghampiri sepasang pengantin yang sedang duduk di pelamin.
"Ika!". Aku berlari kecil ke arah Ika lalu dipeluk seketika.
"Ya allah ni Irena Rania ke? Subhanallah cantiknya kau Nia. Seriously makin berseri kau, aku yang kahwin kau pula yang berseri eh".
Tergelak aku mendengar. Memandai je Ika ni puji lebih-lebih.
"Over lah kau ni, aku dulu dengan sekarang tak banyak pun berubah. Berseri tu maybe yes because i excited to meet you and my family, hmm best lah kau dah kahwin. Aku ni tak de sapa pun nak". Aku membuat riak wajah acah-acah sedih.
Pipiku terasa dipicit-picit oleh Ika.
"Amboi drama dia dah datang, sapa kata tak de orang yang tak nak kat kau. Tuh kat luar sana tu kau petik jari je ramai yang datang tahu. Kau tu yang memilih sangat".
Aku tersengih nampak gigi. Betul lah kata Ika tu ramai aja yang datang dekat aku tapi aku yang tak nak pilih.
"Alah biar lah buat masa ni single saja dulu. Ni ha kau tak nak kenalkan aku dekat suami tercinta kau ni ke?". Aku menjongketkan kening lalu memandang sekilas ke arah suami sepupu aku itu.
"Lupa pula nak kenalkan. Ni suami aku nama dia Tengku Raycarl". Aku merenung lama ke arah lelaki yang bergelar suami kepada sepupuku.
Aku kerutkan kening. Macam kenal lah. Aku cuba memikirkan lagi di mana aku berjumpa dengan lelaki ini.
"Tengku Raycarl! group T4, i'm right?".
Aku menyandarkan kepala di kusyen kereta. Earphone diambil di dalam beg lalu dipakai ke telinga, aku membuka lagu kesukaan aku.
Tidak aku sangka sepupu aku sendiri kahwin dengan salah seorang ahli T4. Semasa di kenduri kahwin itu hanya ada Tengku Rayyan dan Tengku Iman saja di meja VIP. Tapi aku tak tegur pun mereka kerana mungkin diaorang pun sudah melupakan aku, kecuali Tengku Raycarl. Dia masih lagi mengingatkan aku masa aku menegurnya tadi.
Tapi aku agak terganggu dengan kejadian terjatuh di hadapan dewan tadi. Adakah orang yang langgar aku itu lelaki tu? Tapi rupa dia dah lain sikit.
Aku mengeleng. Yang kau nak fikir fasal lelaki tu kenapa Rania? dia bukan sesiapa pun dalam hidup kau.
"Driver tolong berhenti di depan Starbucks".
Pemandu itu hanya mengangguk dan memasuki kotak parking yang tersedia.
Aku segera keluar dari perut kereta lalu masuk ke cafe Starbucks untuk membeli air kegemaranku.
Setelah diorder air yang aku mahu. Aku duduk di kerusi seketika untuk menunggu air yang sedang dibuat.
"Cik Rania". Pekerja Starbucks itu memanggil namaku. Aku segera mengatur langkah ke arah kaunter lalu diambil air yang sudah siap. Aku menunjuk screen iphone untuk discan oleh pekerja itu. Guna pembayaran online lebih mudah.
Pintu keluar ditolak dengan tangan. Aku menyedut sedikit air Starbucks itu. Notification iphoneku berbunyi, aku melihat iphone yang sudah berada di tangan. Kaki terus menapak di atas jalan.
"Cik!". Tubuhku terasa ditolak dengan kasar lalu terlentang di atas jalan. Tanganku berlipat kerana tindakan pantas untuk menghalang kepala aku dari terhentak di atas jalan.
Aku cuba perlahan-lahan bangun walaupun tangan terasa sakit sekali. Aku mendesis kesakitan. Kepala yang sedikit pening menganggu penglihatan aku untuk melihat. Mataku terasa kabur, aku cuma boleh melihat orang ramai mula menyerbu ke arah sekujur tubuh yang terbaring di atas jalan raya, dengan sebuah kereta yang berhenti. Aku menyentuh cecair yang mengalir di atas jalan itu. Darah!
Ya Allah disebabkan kecuaian aku orang lain yang menanggung kesakitan. Kalau ikutkan aku yang kena langgar tetapi ada pula manusia yang bertimbang rasa menyelamatkan aku. Astaghfirullah al azim, kalau bukan kerana aku melihat telefon tadi mesti semua ni tak kan terjadi. Aku pegang kepalaku yang semakin pening dan sekelip mata penglihatan bertukar menjadi gelap.
MATA dibuka perlahan-lahan. Pandangan pertama yang dilihat adalah siling yang berwarna putih. Aku mengalihkan bebola mata ke arah seorang perempuan yang sedang duduk di atas sofa sambil bermain telefon. Aku perlahan-lahan bergerak untuk bangkit dari pembaringan. Aku mengesot sedikit ke kepala katil dan bersandar.
"Risha?". Dengan suara sedikit serak aku menegur.
Risha melihat aku sekilas lalu dengan tergesa-gesa dia bergerak ke arah kerusi yang berdekatan dengan aku.
"Kau okay? aku risau sangat tau bila pihak hospital telefon aku kata kau dekat hospital tahu tak. Kau baru balik kenapa tiba-tiba pengsan? ". Risha menatap aku dengan riak yang cemas.
Aku tersenyum kecil.
"Relax, don't worry i'm fine. Bagi aku minum air dulu baru aku story".
"Ouh sorry, lupa kau pengsan terlalu lama, mesti kau dahaga kan?". Risha dengan segera menuangkan aku segelas air kosong.
Aku mengangguk lalu mengambil segelas air kosong yang dituangkan oleh Risha.
Aku memejam mata sejenak untuk mengingat balik perkara yang terjadi. Aku membuka balik kelopak mata dengan mata yang terbuntang.
"Risha! kau ada nampak seorang lelaki yang terluka parah serentak dengan aku dimasukkan wad tadi tak?". Aku bicara dengan sangat laju dan riak wajahku sudah resah.
Risha mengerutkan dahi.
"Rasanya ada, tapi aku tak tahu dia dekat wad mana and rupa dia pun aku tak nampak sebab aku tengok sekilas je. Why?". Risha mula memandang aku dengan kekeliruan.
"Sebenarnya, aku hampir kena langgar tadi. Tapi ada seorang lelaki ni selamatkan aku dan dia pula yang kemalangan, aku dapat agak keadaan lelaki itu mesti parah. Ya Allah bersalah sangat aku dengan dia".
Aku risau jika berlaku apa-apa pada lelaki itu.
Risha melopong.
"Subhanallah nasib kau terselamat Rania. Kalau tak mesti your family risau sangat dekat kau".
"Kejap kau ada beritahu family aku ke yang aku kat hospital?".
"No, because aku tengok keadaan kau tak teruk mana jadi aku tak nak lah call family kau, nanti diaorang susah hati pula. Aku just cakap yang kau tidur rumah aku semalam", terang Risha.
Aku hanya mengangguk.
Tiba-tiba pintu wad dikuak dari luar. Seorang doktor lelaki dan seorang nurse perempuan di sisinya bergerak ke arah aku dengan mengulum senyum.
"How are you today? still rasa pening-pening?".
"No, rasa pening tu dah tak de. Now i'm better but my hand still sakit". Aku lihat doktor itu menulis sesuatu. Mungkin tulis perubahan pesakit.
"Saya dah check tangan awak. Jangan risau tak ada apa-apa yang membahayakan. Maybe awak punya tangan tu terseliuh rasanya. So i suggest you better pergi urut untuk betulkan urat tangan tu".
Aku mengangguk dan membalas senyum.
"Doktor, masa saya dihantar ke hospital serentak dengan seorang lelaki kan? lelaki tu cedera parah. Boleh saya tahu dekat mana wad lelaki tu?".
Doktor itu berfikir sejenak.
"Erm ... Bilik VIP dekat dengan tandas lelaki".
Aku mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.
Doktor lelaki dengan nurse perempuan itu berlalu keluar dari wad.
Aku dengan segera menjulurkan kaki ke lantai dan memakai selipar.
"Kau nak pergi mana?". Risha mengangkat kening.
"Jap eh aku nak pergi tengok keadaan lelaki tu, kau tunggu lah sini".
Risha mengangguk faham.
Tanpa membuang masa lagi aku berjalan ke arah pintu dan keluar mencari wad lelaki yang menyelamatkan aku semalam.
Aku berjalan mencari wad itu seperti mana doktor tadi memberitahu aku.
Wad VIP yang dekat dengan tandas lelaki. Ha ini lah, aku memberhentikan langkah.
Aku menjenguk sedikit untuk melihat di sebalik dinding. Ada seorang lelaki dan wanita yang berusia seperti mama dan papa yang sedang duduk di bangku.
Aku segera keluar dari menyorok di balik dinding. Aku sempat menarik nafas dalam.
Dengan suara mengigil aku menegur mereka. Aku rasa ini kedua ibu bapa lelaki itu.
"Tuan, puan. Saya Rania". Aku mengambil tangan seorang wanita yang berusia itu lalu mengucup sopan.
"Err ... anak puan dengan tuan yang selamatkan saya dari kemalangan semalam. Saya mintak maaf atas disebabkan kecuaian saya sekarang anak tuan puan cedera parah. Saya rela bayar ganti rugi sebanyak mana pun". Aku hanya menunduk sebal.
"Tak pe uncle maafkan Rania. Lagipun bukan Rania yang nak semua ni. Ini semua sudah tertulis, kami kena redha".
Aku mengangkat wajahku lalu menguntumkan senyuman.
"Thank you tu... err uncle".
Uncle itu hanya mengangguk lalu tersenyum nipis.
"Tapi saya masih tak dapat maafkan awak. Anak saya sampai hilang separuh dari ingatan dia tau". Wajah auntie itu kelihatan sangat serius.
Aku terbungkam apabila mendengar apa yang diperkatakan auntie itu sebentar tadi.
Hilang separuh dari ingatan? Teruknya!
"Saya akan bagi ganti rugi yang banyak kepada auntie dengan uncle janji auntie sudi maafkan saya. Boleh?". Wajahku sekarang sudah penuh berharap agar auntie itu setuju dengan cadangan aku.
"Saya tak nak awak bayar dengan duit tapi saya nak awak bayar dengan cara yang lain".
Aku terkelu. Cara lain?
"Cara yang macam mana tu auntie?". Aku mengerutkan dahi.
"Ini adalah satu-satunya cara yang boleh awak bayar ganti rugi kepada saya ". Auntie itu menatap aku dengan mata yang tajam.
Aku menelan air liur. Huish seram.
"Caranya awak kena kahwin dengan anak saya!".
Apakah!!
Mataku terbuntang luas.
Aku terpempan atas apa yang didengari. Katakan ini semua mimpi. Mimpi yang paling ngeri yang pernah aku alami.
Tak pernah dibuat orang ganti rugi boleh ditukar cara dengan mengahwini orang.
Oh tidak apa yang perlu aku buat sekarang! ?
Aku tak sedia nak kahwin lagi!!!
Kepada silent readers sila munculkan diri anda semua. Sebab saya nak berkenalan dengan semua pembaca novel saya. Hari ni saya update double. So enjoy :)
Share this novel