SEBAIK saja bunyi loceng rehat berbunyi, ramai murid tergesa-gesa menyimpan buku-buku dan alat tulis masing-masing tapi tidak pada diriku, aku masih mengelamun jauh mengingati wajah Tengku Izz yang dingin itu sambil tersengih-sengih.
"Rena jom lah kita pergi kantin nanti lambat pula kang tak pasal-pasal aku tak dapat makan nasi lemak ayam kegemaran aku tu". Ujar Farisha tanpa melihat ke arah aku dan menyimpan buku-bukunya ke dalam beg.
"Rena!". Panggil Farisha lagi
Tetapi tiada sahutan langsung dari sahabat baiknya, Risha mula berkerut dahi, selesai saja dia menyimpan buku-buku laju dia menoleh ke arah aku yang masih dalam dunia sendiri. Risha mengelengkan.
Amboi bukan main lagi mengelamun siap tersengih-tersengih ni mesti tak lain tak bukan mengelamun pasal Tengku Izz ni, yang kita ni dari tadi duk bercakap-bercakap bukan dia dengar pun membazir je air liur aku, tak pee kau tunggu aku nak buat something! . Omel hati Farisha
Risha mula mengatur langkah mendekati aku dan membongkokkan tubuhnya supaya berada dekat dengan telinga aku yang beralas dengan tudung sekolah itu, dan...
"IRENA RANIA BINTI TAN SRI IBRAHIM!!". Pekik Farisha di telinga aku.
"Opocot Tengku Izz sayangg!". Latah aku
Aku terus tersedar dari mengelamun.
Terus Risha ketawa berdekah-dekah.
"Ish, yang kau terpekik-pekik ni dah kenape? boleh pekak telinga aku tahu tak".
Aku memasamkan mukanya, nak merajuk.
Rena memasukkan tangan ke dalam tudung dan menggosok telinganya berulang kali.
"Habistu aku dari tadi panggil kau tak sahut-sahut rupanya tengah mengelamun teringatkan anak teruna orang, lepastu tersengih-sengih macam orang tak betul, aduii hahaha".
Beritahu Farisha dengan sisa tawanya masih ada.
"Ha lawak sangat lah tu, kau ni selalu tau buat macam ni, nak merajuk lah".
Aku menyilangkan kedua-dua tangan ke tubuhku.
"Dah tak payah nak buat drama dekat sini, kau tak nak jumpa Tengku Izz kau ke? karang habis rehat masam mencuka muka kau nanti".
Risha menarik lengan Rena untuk keluar dari kelas dan menuju ke kantin.
Begitu lah rutin setiap tahun aku kalau aku ade masa, aku akan berjumpa dengan Tengku Izz pada waktu rehat dan akan cuba berbual-bual dengan Tengku Izz walaupun aku tahu jawapannya, Tengku Izz tetap tidak akan melayan diriku.
PAP!
"Auu, ish Risha ape ni pukul-pukul lengan orang pulak? sakit tahu tak".
Tutur aku, sambil menggosok-gosok lenganku yang dipukul Risha sebentar tadi.
"Salah kau lah, tak puas-puas lagi ke mengelamun dekat kelas tadi, nak sambung balik ke dekat tengah-tengah jalan ni? sampai dah sampai kantin pun tak perasan lagi".
"Hehe jangan marah Risha". Sambil tersengih
"Emm dah lah pergi jumpa Tengku Izz kau tu dulu, aku nak beli nasi lemak ayam nanti aku dah selesai beli aku datang lah sana".
Kata Farisha, selepas itu dia mengorak langkah ke arah tempat menjual makanan.
"Okay". Balas aku sepatah
Aku mula mengatur langkah untuk berjumpa dengan Tengku Izz kesayangan, aku menuju ke sebuah pondok moden yang selalu diduduki oleh T4. Selama empat tahun aku menyukai Tengku Izz bermacam-macam perkara tentang Tengku Izz aku sudah tahu termasuklah tempat rehat Tengku Izz bersama-sama groupnya. Aku juga selalu meninjau atau mendengar perbualan mereka berempat, jika Tengku Izz seorang sahaja berada di situ sudah tentu aku akan menegur dan akan mengajak Tengku Izz berbual dengan aku walaupun Tengku Izz selalu menghiraukan aku hanya lah disebabkan perangai gedik diriku. Haih mampu bertabah je aku bukan sengaja nak buat perangai gedik itu semua, tapi semua itu ade sebabnya mungkin suatu hari nanti semua orang akan tahu, tunggu aje lah hari itu.
Sampai saja di pondok moden yang selalu diduduki oleh T4, aku terus meninjau nampaknya Tengku Izz seorang sahaja yang ade. Aku tersenyum lebar, rezeki ni. Kakiku terus mendekati Tengku Izz secara senyap-senyap.
"Baa!".
Sergah aku sambil memegang bahu Tengku Izz yang beralas.
Terhenjut sedikit bahu Tengku Izz kerana terkejut disergah oleh aku, terus saja dia mengerling ke arah empunya badan.
Haish perempuan gedik ni lagi, tak de perempuan lain ke? setiap tahun mesti nak kacau aku, aku ni bukan setakat rimas tapi muak dah tengok muka dia. Bisik hati kecilnya
"Hai Tengku Izz".
Sapa aku sambil melabuhkan punggung di kerusi yang bersebelahan dengan Tengku Izz.
"Hmm".
Balas Tengku Izz sambil mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Tak kuasa dia nak pandang perempuan tak sedar diri yang berada di sebelah dia ni.
"Awak rindukan saya tak". Soal aku dengan riang
"Tak de masa aku nak rindukan kau". Jawab Tengku Izz dingin
"But saya rindu dekat awak sangat-sangat".
"Tu bukan masalah aku!". Kata Tengku Izz dingin
"Mesti lah awak punya masalah juga sayang, saya kan girlfriend awak". Ujar aku gedik
Tengku Izz meraup rambutnya kasar, sudah berapa kali dia beritahu dia tak suka kan perempuan yang bernama Irena ni tapi tak pernah nak dengar juga dan anggap kitaorang ni bagaikan pasangan kekasih, heh tak ingin aku nak ada hati dekat perempuan gedik macam dia ni. Kutuk Tengku Izz dalam hati
"Haih berapa kali aku nak pesan! yang aku tak pernah terniat nak couple dengan kau dan tak pernah sukakan kau pun!!, tolong lah sedar diri sikit Rena! .Kau fikir dengan cara kau pikat hati aku sekarang ni aku akan cair ke ha? sorry lah kau bukan perempuan pilihan aku Irena Rania!! .Kalau kau suka aku tu bukan masalah aku kau tak boleh nak paksa aku untuk terima kau dan suka kau balik! kau tak de maruah sebagai seorang perempuan ke!!? sibuk tergedik-gedik dekat aku hah! tolong lah jangan buang masa kau lagi Rena sampai bila-bila pun aku tak akan pernah suka kan kau dan tolong berhenti pikat hati aku!, sebab aku bencikan kau!!! . Tengking Tengku Izz
Murid-murid yang lalu-lalang berdekatan dengan mereka terus memandang ke arah mereka dengan mengelengkan kepala dan berbisik sesama sendiri.
Usai menghabiskan kata-katanya terus Tengku Izz berlalu pergi dengan riak wajah yang dingin dan mencari kawan-kawannya, tadi kata beli makanan ni dah lama dah, beli makanan ke buat makanan?, haish menyusahkan betul.
Aku memerhatikan Tengku Izz hingga hilang dari pandangan. Aku cuba untuk mententeramkan hatiku yang kian sedih. Tipu lah kalau aku tak terasa dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Tengku Izz setiap tahun. Tapi aku harus bersabar aku tak akan berputus-asa selagi belum tiba masanya.
Aku cuba menghiraukan pandangan murid-murid lain terhadap aku. Aku mula memejam mata dan menarik nafas, dihembus perlahan-lahan nafasnya, tenang Rena. Kau kena tenang dan kau kena kuat. Chaiyokk Rena!
"Rena". Panggil seseorang di tepi.
Aku mula membuka kelopak mata perlahan-lahan.
Aku mengerdipkan mataku beberapa kali untuk melihat gerangan itu dengan lebih jelas. Lah Risha rupanya ingatkan siapa lah tadi.
Risha mula melabuhkan punggung bersebelahan dengan aku dan menyentuh bahu aku dengan lembut.
"Kau okay?". Soal Risha
Risha akui dia mendengar segala perbualan Rena dan Tengku Izz tadi, dia merasa sebak apabila memandang wajah redup sahabat baiknya. Tengku Izz memang tidak mempunyai perasaan simpati, senang-senang saja menghina orang.
"Aku okay, kenape kau tanye? aku tak sedih pun". Bohong aku sambil cuba untuk menceriakan suara.
"Kau tak okay Rena! kau tak okay!, aku dah dengar segalanya kenape kau masih nak kan Tengku Izz sedangkan selama ni, dia banyak dah lukakan hati kau. Kau move on lah ramai lagi lelaki kat sekolah ni nak kan kau! termasuk Shahmeer Rena". Ujar Farisha sebak sambil mengambil kepala aku dan melentokkan kepala aku ke bahunya, dan dia mengusap-usap lembut kepala aku yang ditutupi tudung itu.
"Tak Risha, aku tak akan move on lagi selagi aku belum berputus-asa. Belum tiba masa yang sesuai untuk aku berputus-asa Risha, pasal Shahmeer tu kan aku dah kata aku anggap dia kawan je tak lebih dari tu". Kataku sambil mendongak memandang Risha
"Aku tahu kenape kau susah sangat nak berputus-asa, ni mesti sebab perangai Tengku Izz sama macam si dia, betul kan?".
Aku mula tersenyum
"Yup kau tahu kan Tengku Izz sorang je lelaki yang boleh buka pintu hati aku, selepas si dia dan memang aku terima Tengku Izz sebab perangai Tengku Izz tu hampir sama dengan si dia tapi tu dulu, sekarang aku betul-betul ikhlas sayang dan cintakan dia Risha".
Mata aku mula mengalirkan air mata
"Kalau macam tu lah kau kata aku dah tak tahu nak cakap macam mana dah Rena, semua keputusan dekat tangan kau dan kau yang kena pilih sendiri". Kata Farisha pasrah
Aku mula mengangkat kepalaku dari bahu Risha dan memandang tepat ke arah Risha. Aku mengeluarkan jari kelingking sambil menaikkan kening sebelah, ditunjuk ke arah jari kelingking aku kepada Risha.
Risha mula tersenyum, lambat-lambat dia mula mengeluarkan jari kelingkingnya dan bergerak mendekati jari aku. Risha mula mencantumkan jari mereka berdua tanda berjanji.
"Promise? akan berada di samping aku dan akan sentiasa sokong aku tak kira apa jua keadaan sekalipun?". Soal aku
"Promise, aku akan sentiasa berada di samping kau saat kau memerlukan aku, aku juga akan sentiasa sokong kau sampai bila-bila pun".
Selepas saja habis menuturkan percakapannya terus Risha mencuit hidung mancung aku.
Terus terhambur tawa mereka
Tanpa mereka sedar ada seseorang yang memerhatikan mereka berdua. yang pasti bukan Tengku Izz.
Kringggggg!!!
"Eh dah dah jom masuk kelas karang lambat pulak". Kata Farisha yang masih ada sisa tawanya.
Aku hanya mengangguk dan tersenyum manis
Aku bersyukur sangat dapat sahabat baik seperti Farisha yang sentiasa ada di samping aku dan sentiasa sokong segala kehendak aku, melayan perangai budak-budak aku. Aku berdoa agar Risha tak bosan berkawan denganku sampai bila-bila. Aaminn..
Jangan lupa support Seri and komen guys. Harap korang terus sokong Seri supaya Seri dapat meneruskan penulisan Seri, sebab kalau tak de yang support mungkin Seri akan delete story ni sebab tak banyak sambutan.
Share this novel